Anda di halaman 1dari 15

A.

Huraikan konsep, jenis-jenis tingkah laku bermasalah disruptif dan distruktif.

Mengapakah wujudnya tingkah laku tersebut. Cadangkan teknik-teknik modifikasi tingkah laku dan juga kaedah pengajaran untuk membantu murid-murid bermasalah tersebut.

1.1

Konsep Kendiri

Secara umumnya,manusia mempunyai suatu gambaran atau pandangan tentang diri sendiri. Gambaran inilah disebut konsep kendiri atau imej kendiri. Ia merangkumi gambaran tentang rupa paras, kesihatan, fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku kita. Selain itu, konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Hal ini, adalah berkait rapat dengan perasaan kita terhadap kebolehan diri sendiri, perkara yang berlaku pada diri kita dan perkara yang akan berlaku pada diri kita. Untuk membina konsep kendiri seseorang individu itu harus menerima pandangan dan penilaian orang terhadap dirinya dengan fikiran yang terbuka. Terdapat pelbagai takrifan mengenai pengertian konsep kendiri antaranya menurut H.V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974), berpendapat konsep kendiri terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya. Mengikut Vernon (1980), konsep kendiri ialah pandangan kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta disokong dengan maklum balas tentang dirinya daripada orang lain. Manakala, Stewat dan Friedman (1987) menghuraikan konsep kendiri sebagai tanggapan individu terhadap identitinya yang berbeza dengan individu yang lain sejak bayi. Harter(1983) dalam buku Personaliti: Becoming a Person, konsep kendiri ialah agen perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai objek iaitu merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya. Oleh itu, ia memerlukan kerjasama daripada banyak pihak supaya konsep kendiri kanak-kanak subur secara positif. Berdasarkan huraian-huraian diatas, maka konsep kendiri boleh dirumuskan sebagai penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Ia dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru,
1

sekolah, rakan sebaya, masyarakat serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran. Tingkah laku yang dihasilkan oleh seseorang itu sebenarnya menggambarkan konsep kendirinya yang sebenar.

1.2

Jenis-jenis Konsep Kendiri

Konsep kendiri seseorang boleh digolongkan kepada dua jenis iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Kedua-dua konsep ini secara dasarnya membentuk peribadi dan sahsiah seseorang samada secara langsung ataupun tidak langsung. 1.2.1 Konsep Kendiri Positif Kebiasaanya individu yang mempunyai konsep kendiri positif ini adalah mereka yang mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang, bersifat tenang dan penuh ketabahan, tidak mudah mengalah apabila menghadapi cabaran, berfikiran terbuka dan bertimbang rasa, mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri, merasa bangga pada diri sendiri, berani mencuba, mudah bersosialisasi dengan orang lain, mudah diterima oleh orang lain, sedia menerima teguran, dan optimistik. Individu yang mempunyai sifat kendiri yang baik akan sentiasa menerima pujian, kasih sayang, pertolongan dan perhatian daripada keluarga, guru, rakan sebaya dan masyarakat. Selain itu, individu ini juga mudah didampingi dan dan sentiasa berasa tenang dan stabil dari segi emosi dan dan tingkah lakunya. 1.2.2 Konsep Kendiri Negatif Konsep kendiri negatif sering dikaitkan dengan individu yang sering menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam apa jua bidang sekalipun. Sahsiah yang tidak seimbang menyebabkan mereka sering kali diketepikan oleh semua pihak. Berbeza penampilannya dengan individu yang mempunyai konsep kendiri yang positif di mana individu jenis ini akan sentiasa berasa tidak puas hati, tidak gembira, cepat merajuk serta perasaannya mudah tersinggung. Individu seperti ini sering dimarahi ataupun dikritik sama ada oleh ibu bapa, guru, rakan - rakan dan sesiapa sahaja yang berada di sekelilingnya. Mereka juga kurang menerima kasih sayang atau perhatian. Disebabkan sikap dan tingkah lakunya yang tidak positif, kesannya individu ini kurang diterima oleh guru, rakan sebaya mahupun orang lain. Keadaan
2

ini akan memburukkan lagi keadaan di mana individu tersebut akan berasa dirinya mempunyai aras keyakinan yang rendah. Seterusnya keadaan ini akan

menyebabkan individu berkenaan merasa rendah diri akibat kekurangannya. Akibat daripada itu juga dia akan menjadi seorang yang pasif, dan sentiasa dalam keadaan yang muram. Mereka yang tergolong dalam golongan ini lazimnya suka melakukan kerja-kerja yang mudah dan senang untuk menjamin kejayaan. Mereka juga suka bergaul dan bermain dengan individu yang lebih muda darinya dan yang mempunyai kemampuan intelektual yang rendah.

1.3

Definisi Tingkah Laku Bermasalah

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, Tingkah Laku bermaksud gerak geri, kelakuan dan perbuatan. Manakala, Masalah pula ialah perkara atau keadaan yang menimbulkan kesukaran dan kesulitan. Selain itu, tingkah laku bermasalah juga membawa pengertian tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial dalam masyarakat Menurut Atkinson (1990), tingkah laku bermasalah adalah merupakan tingkahlaku yang terkeluar daripada kehendak, norma-norma dan nilai sesuatu masyarakat. Tingkah laku bermasalah ini akan menjadi lebih berbahaya sekiranya ianya melibatkan dan mengakibatkan keganasan sekiranya tidak dibendung dengan lebih awal. Manakala Mok Soon Sang (2003) merujuk tingkah laku bermasalah dari konteks pendidikan sebagai sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, khasnya di bilik darjah. Tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid bukan sahaja merujuk kepada tingkah laku bermasalah negatif semata-mata tetapi juga merangkumi tingkah laku bermasalah positif iaitu seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Walau bagaimanapun, di dalam tugasan ini, fokus diberikan kepada tingkah laku bermasalah negatif yang merangkumi tingkah laku disruktif (anti sosial), distruptif (mengganggu) dan bergantung termasuklah hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.

1.4

Jenis-jenis Tingkah Laku Bermasalah 1.4.1 Tingkah Laku Yang Bermasalah

Tingkah laku yang menghalang murid sendiri belajar ialah tingkah laku bergantung yang biasanya disebabkan oleh murid sendiri. Ini dikenalpasti sebagai tingkah laku yang sangat bergantung kepada rakan sebaya atau guru untuk menolongnya menyelesaikan masalah pembelajaran dan menyempurnakan tugasan sekolah. Di antara faktor yang menyebabkan tingkah laku bergantung ialah cara pengasuhan anak yang sering mengamalkan perlindungan melampau hingga membentuk kepada tingkah laku yang kurang keyakinan, konsep kendiri yang rendah serta tidak dapat berdikari. Disamping itu, kecerdasan yang rendah pula merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pembentukan tingkah laku bergantung. Untuk membantu murid-murid ini mempunyai konsep kendiri yang positif, guru perlu menggunakan teknik modifikasi peniruan/modelling. Teknik ini amat bagus digunakan bagi membantu murid-murid ini mudah bersosial dan bergaul dengan orang lain serta dapat membentuk sifat kendiri yang positif. Selain itu, guru boleh menggunakan teknik modifikasi peneguhan positif iaitu guru memberikan kata-kata peransang, pujian dan motivasi kepada mereka. Ganjaran yang diberikan atau dihadiahkan kepada mereka akan meningkatkan dan membangkitkan semangat suka belajar dalam diri dan berani untuk bergaul dengan orang disekitarnya. 1.4.2 Tingkah Laku Yang Menganggu Mok Soon Sang (2003) tingkah laku yang menganggu merupakan tingkah laku disruptif yang boleh menghalang kelicinan serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Di antara faktor yang menyebabkan tingkah laku disruptif ini ialah kekurangan matangnya iaitu pemikiran murid itu sendiri. Masalah kesihatan murid ataupun iklim bilik darjah yang kurang kondusif dan kurang selesa pula menggalakkan tingkah laku disruptif ini berlaku. Contoh bagi jenis-jenis tingkah laku disruptif di dalam bilik darjah ialah hiperaktif dan kelakuan nakal. Murid yang berkelakuan hiperaktif ialah murid yang tidak dapat duduk diam tetapi sering bergerak disana sini, membuat bising,
4

ketawa kuat, tolak menolak serta melakukan sesuatu tiba-tiba tanpa memikirkan kesan dan akibatnya. Manakala bagi murid yang berkelakuan nakal ialah murid yang tidak berminat atau tidak dapat mengikuti pelajaran didalam bilik darjah. Murid yang tidak dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru akan membuat bising, menganggu murid lain, ketawa terbahak-bahak, tidak duduk diam, bergerak kesana sini, ataupun menunjukkan ciri agresif fizikal iaitu dengan menolak atau menumbuk murid lain didalam bilik darjah. Tiwi Kamidin (2004) menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tingkah laku disruptif akan sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku menganggu ini bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah sama ada terhadap adik beradik atau rakan sebaya. Jika tidak dikawal, tidak mustahil tingkah laku tersebut membawa kepada tingkah laku distruktif iaitu balas dendam, tidak puas hati dan sebagainya. Punca utama yang menyebabkan berlakunya tingkah laku disruptif ini ialah penyampaian guru yang kurang menarik ataupun terlalu sukar difahami oleh murid yang berkenaan. Selain itu, iklim bilik darjah yang kurang selesa seperti panas, dan kurang kondusif. Oleh itu, untuk mengatasi masalah tingkah laku disruptif ini, terdapat beberapa teknik-teknik modifikasi yang boleh digunakan antaranya teknik modifikasi time-out, pengasingan dan kawalan kendiri. Time-out merupakan satu teknik modifikasi tingkah laku di mana guru mengalihkan seseorang murid daripada persekitaran di mana tingkah laku negatif berlaku sebagai satu cara untuk mengurangkan atau menghapuskan tingkah laku negatif tersebut. Dalam teknik ini, jika murid menunjukkan tingkah laku seperti yang dikehendaki oleh guru, mereka akan dihantar ke satu lokasi yang telah ditetapkan oleh guru, seperti ke satu sudut di dalam bilik darjah di mana murid tersebut akan menghadap dinding atau dihantar ke bilik lain. Dalam teknik time out, jika seseorang murid tidak dapat mengawal dirinya, dia akan dikeluarkan dari tempat bermasalah dan dibiarkan bersendirian di satu sudut di dalam bilik darjah. Bila kelakuan murid menjadi lebih positif, dia dibenarkan duduk balik di tempatnya di dalam bilik darjah. Time-out sangat berkesan untuk murid-murid yang berumur diantara 4 hingga 12 tahun. Masa yang diperuntukkan
5

untuk duduk dalam masa time-out biasanya di antara 1 hingga 10 minit bergantung kepada darjah keseriusan masalah tingkah laku murid tersebut. Selepas sesi time out guru-guru perlu menerangkan kepada murid-murid mengapa dia telah diberikan hukuman tersebut. Bagi teknik modifikasi pengasingan pula, murid-murid di suruh keluar

daripada bilik darjah atau di masukkan dalam kelas detensi untuk menjalani hukuman yang telah ditetapkan oleh guru. Satu konsep penting dalam teknik pengasingan ialah guru membiarkan tingkah laku murid yang bermasalah negatif dengan tidak memberi apa-apa perhatian padanya. Teknik ini berdasarkan andaian bahawa tingkah laku yang tidak diteguhkan akan terhapus dengan sendirinya. Dengan mengabaikan atau tidak mengendahkan sesuatu tingkah laku yang negatif secara konsisten, tingkah laku tersebut akan terhapus dengan sendirinya. Teknik ini adalah sesuai apabila murid-murid tidak menunjukkan tingkah laku yang positif walaupun telah diingatkan oleh guru beberapa kali. Dalam teknik ini guru-guru tidak akan memberikan perhatian kepada murid tersebut sehingga murid tersebut mengikuti arahan guru. Reverse psychology ialah satu teknik modifikasi tingkah laku yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk mendapatkan tingkah laku yang dikehendaki daripada murid-murid di dalam bilik darjah. Guru-guru akan membuat satu tindakan yang berlainan daripada tindakan-tindakan biasa. Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku negatif dan beralih kepada tingkah laku positif. Sebagai contoh, jika seseorang guru ingin muridnya diam, beliau mungkin mengatakan sesuatu seperti berikut, Teruskan dan buat bising sekuat yang anda semua boleh dalam suara yang kuat dan tegas. Murid -murid akan memahami maksud sebenar yang ingin diperkatakan oleh guru ialah untuk mereka diam dengan serta merta kerana mereka mengetahui guru tidak bermaksud apa yang beliau lafazkan. Justeru itu, untuk menyelesaikan masalah tingkah laku yang menghalang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran didalam bilik darjah dan membantu murid-murid bermasalah iaitu guru harus mengambil langkah yang berkesan seperti menggunakan pelbagai teknik mengajar termasuk penggunaan alat
6

bantu mengajar yang konsisten supaya dapat menarik minat dan perhatian murid untuk belajar, menggunakan teknik variasi rangsangan untuk mengekalkan minat murid, menggalakkan aktiviti berkumpulan mengikut kebolehan murid, menguruskan bilik darjah dengan membina ilkim bilik darjah yang kondusif iaitu pembinaan ruangruang yang selesa, suasana bilik darjah yang menarik dan sebagainya. 1.4.3 Tingkah Laku Anti Sosial Menurut Mok Soon Sang (2000), tingkah laku anti sosial merupakan salah satu jenis tingkah laku distruktif iaitu permusuhan nyata. Ia disifatkan sebagai tingkah laku masalah negatif kerana melibatkan tingkah laku yang dapat melukai atau menyakiti orang lain, sama ada secara lisan atau secara fizikal. Zirpoli & Melloy (2001) dalam Nora Mislan (2007) menjelaskan bahawa tingkah laku distruktif boleh berlaku tidak kira sama ada secara lisan, bukan lisan atau fizikal yang boleh mencederakan orang lain secara sengaja ataupun tidak. Dipercayai semua bahasa badan yang ditunjukkan oleh pelajar untuk kesemua tingkah laku yang distruktif dan agresif ini menunjukkan kemarahan, keberangan, kekecewaan, kehinaan atau sebagainya yang menyebabkan kelakuan distruktif. Sikap agresif mereka dapat dilihat dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain dan hal ini boleh membawa kepada permusuhan nyata, vandalisme dan kumpulan liar. Permusuhan nyata ialah pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang negatif, naluri agresif, dan satu sikap yang selalunya ditunjukkan ialah mudah berasa kecewa dan tersinggung kerana mendapat penilaian negatif daripada ibu bapa, saudara mara, rakan sebaya dan gurunya. Manakala bagi tingkah laku vandalisme pula, seperti suka merosakkan kemudahan-kemudahan fizikal sekolah iaitu peralatan-peralatan sekolah,

menconteng dinding dan mencalar kereta guru. Biasanya, pelajar yang menunjukkan sikap ini mereka berasa marah dan kecewa kerana mendapat penilaian rendah daripada rakan sebaya atau didenda oleh gurunya. Tingkah laku kumpulan liar atau kumpulan klik adalah dibentuk oleh sekumpulan murid dikenali sebagai geng, yang bekerjasama untuk melakukan aktiviti disruktif di sekolah. Aktiviti ini merangkumi perlawanan diantara geng-geng, mengugut, menumbuk guru, mencalar kereta guru, atau melepaskan udara daripada tayar kereta guru. Murid-murid yang menyertai
7

geng ialah murid-murid yang mempunyai kecerdasan dan konsep kendiri rendah. Sekolah yang menggunakan pendekatan displin yang autokratik dan kurang adil juga menjadi punca yang menyebabkan murid memberontak dengan menyertai kumpulan liar atau geng untuk membalas dendam terhadap guru yang menghukum mereka. Oleh itu, untuk mengatasi masalah tingkah laku disruktif ini, terdapat beberapa teknik-teknik modifikasi yang boleh digunakan iaitu shaping, token ekonomi, dan kontrak lisan ataupun bertulis. Shaping adalah salah satu kaedah modifikasi tingkah laku yang sangat berguna. Ia merupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini atau positif melalui beberapa peneguhan diberi secara beransur-ansur, dan memberhentikan tingkah laku yang tidak diingini atau yang negatif. Misalnya, guru akan memberi ganjaran secara bertahap setiap kali murid hampir mencapai matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru. Ganjaran menjadi semakin lumayan jika murid bergerak hampir ke arah matlamat akhir. Token ekonomi pula ialah satu bentuk menggunakan pendekatan peneguhan tingkah laku positif yang mudah dilaksanakan di sekolah terutamanya di prasekolah. Dengan menggunakan sistem token ekonomi ini, tingkah laku positif murid-murid akan dipertingkatkan. Setiap kali murid berkenaan berkelakuan baik atau menunjukkan tingkah laku positif, maka dia akan mendapat ganjaran seperti bintang, pelekat, gambar, setem dan lain-lain Sekirannya murid berjaya mendapat jumlah token tertentu, maka token-token tersebut boleh ditebus untuk sesuatu hadiah atau pun sesuatu aktiviti yang digemarinya. Secara tidak langsung, tingkah laku positif murid berkenaan akan diperkukuhkan lagi sekiranya guru memberitahunya bahawa kenapa dia yang layak mendapatkan token-token tersebut. Tindakan ini akan memotivasikan lagi murid berkenaan untuk menunjukkan tingkah laku yang positif. Bagi teknik kontrak lisan ataupun bertulis, ianya dibuat secara lisan dan bertulis. Ia merupakan satu pertujuan di antara guru dan murid setelah perbincangan dibuat berkaitan tingkah laku. ini adalah satu perjanjian dibuat secara lisan atau menandatangani kontrak merupakan salah satu cara yang berkesan untuk memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif. Contoh didalam kontrak

bertulis ini ialah borang itu mesti ditandatangi oleh murid dengan guru dan mengandungi segala butiran seperti ganjaran atau hukuman, tempoh dan cara-cara penilaian. Ibu bapa juga digalakkan untuk turut serta.
8

Guru perlu kreatif dalam melaksanakan strategi dan menggunakan kaedah yang berkesan utuk meransang murid-murid supaya mereka berminat dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan menggunakan strategi pengurusan yang baik, maka ia akan membantu dalam kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Pemberian ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku murid berkenaan adalah lebih efektif jika berbanding dengan mengenakan hukuman atau dendaan ke atas murid berkenaan kerana tingkah laku yang tidak diingini. Dengan memberikan ganjaran yang setimpal dengan tingkah laku positifnya, ini akan memotivasikan mereka secara instrintik dan mengukuhkan lagi tingkah laku positif tersebut. Dengan implikasi modifikasi tingkah laku dalam proses pengajaran dan pembelajaran, ia dapat meningkatkan pencapaian akademik, kompetensi sosial dan iklim sekolah yang kondusif. Murid-murid bermasalah turut dapat seiringan dengan murid lain. Selain itu, ia dapat membantu murid-murid mengubah tingkah laku dan seterusnya melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dengan itu, ia akan menolong menukar persekitaran sekolah dengan menggantikan tingkah laku negatif kepada positif. Implikasi modifikasi tingkah laku ini juga dapat meningkatkan penglibatan dan peningkatan intrinsik murid-murid di dalam aktiviti kelas. Misalnya, guru memuji murid berkenaan apabila dia berjaya menyiapkan soalannya dalam masa yang diberikan. Dengan itu, murid berkenaan berasa sendiri dihargai oleh guru dan ini akan memotivasikan intrinsik untuk menyiapkan soalan yang seterusnya supaya mendapatkan lagi pujian daripada guru. Dengan secara tidak langsung, ini akan menimbulkan sifat percaya-mempercayai antara guru dan murid serta memupuk hubungan yang baik. Kesimpulannya, guru-guru boleh mendapati bahawa kebanyakan murid mahu disukai dan merasa seronok apabila gurunya menyedari tingkah laku positif mereka. Guru boleh berbincang dengan murid berkenaan tentang tingkah laku yang tidak diingininya dan sebab akibat atau kesan daripadanya. Dengan itu, murid berkenaan akan fahami apakah yang menyebabkan gurunya suka tentang dirinya sekiranya dia berbuat demikian.

B.

Berdasarkan huraian anda tentang tingkah laku bermasalah diatas tadi, buat

satu pengurusan grafik dalam bentuk peta minda untuk menggambarkan kefahaman anda tentang tingkah laku bermasalah itu. Definisi Vernon (1980) Vernonjajaaa Pandangan kekuatan dan kelemahan diri sendiri. KONSEP KENDIRI Stewart dan Friedman (1987) Tanggapan individu terhadap identitinya yang berbeza dengan indivu lain sejak bayi. H.V Perkins (1974) Persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta nilai yang khusus dipegang oleh individu tentang dirinya. -Suatu gambaran atau pandangan tentang diri sendiri.

JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

Konsep Kendiri Positif Personality yang harmonis dan seimbang. Bersifat tenang dan sabar. Penuh ketabahan dan berjiwa kental. Tidak mudah mengalah Mudah bergaul dengan orang lain. Berani Berkeyakinan

Konsep Kendiri Negatif Sahsiah yang tidak seimbang. Mudah tersinggung Kurang mendapat kasih sayang dan perhatian Pasif Cepat merajuk Mudah putus asa Tidak berkeyakinan Penakut

10

Kamus Dewan Edisi Empat


Tingkah Laku : Gerak geri, kelakuan, dan perbuatan

DEFINISI TINGKAH LAKU

Mok Soon Sang (2003) Tingkah laku bermasalah dari konteks pendidikan yang menjejaskan proses pembelajaran dan pengajaran

Atkinson (1990) Tingkah laku yang terkeluar daripada kehendak, normanorma dan nilai sesuatu masyarakat.

Tingkah Laku Yang Bermasalah

Tingkah Laku Yang Menganggu (Disruptif)

JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tingkah Laku Anti Sosial (Distruktif)

11

JENIS JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Tingkah Laku Bermasalah

Tingkah Laku Yang Menganggu (Disruptif)

Tingkah Laku Anti Sosial (Distruktif)

Definisi Tingkah Laku Yang disebabkan oleh murid sendiri.

Definisi Tingkah laku yang sentiasa menganggu dan menjejaskan perjalanan pengajaran dan pembelajaran.

Definisi Tingkah laku yang dapat melukai atau menyakiti orang lain, sama ada secara lisan atau secara fizikal.

Sebab Wujudnya - Kurang Kasih Sayang - Tiada keyakinan Diri - Tidak pandai berdikari. - Anak manja dalam keluarga.

.Sebab Wujudnya - Suasana bilik darjah yang kurang kondusif. - Penyampaian guru yang tidak menarik. - Inginkan perhatian.

Sebab Wujudnya - Pergolakan di dalam keluarga. - Kurang kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa dan guru. - Luahan perasaan ketidakpuas hati kepada sesuatu perkara.

Teknik Modifikasi Peniruan

Teknik Modifikasi Kawalan Kendiri

Teknik Modifikasi Pengasingan

Teknik Modifikasi Shaping

Teknik Modifikasi Kontrak Lisan atau Bertulis

Teknik Modifikasi Peneguhan Positif

Teknik Modifikasi Time-Out

Teknik Modifikasi Reverse Phsychology

Teknik Modifikasi Token Ekonomi

12

Kaedah Pengajaran Yang Sesuai Untuk Membantu Murid-Murid Bermasalah

Menggunakan pelbagai teknik mengajar termasuk penggunaan alat bantu mengajar yang konsisten

Meningkatkan penglibatan dan peningkatan intrinsik muridmurid di dalam aktiviti kelas seperti memuji kepada usaha yang dilakukan

Menggalakkan aktiviti berkumpulan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Memberi bimbingan dan sokongan kepada murid dengan membetulkan kesilapan murid dalam proses pembelajaran.

Mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka supaya mereka tidak berasa bosan, menikmati pengalaman berjaya dan dapat meningkatkan perasaan penghargaan diri dan keyakinan

Guru harus mempunyai ilmu dalam pengurusan tingkah laku bermasalah bagi murid-murid sekolah rendah supaya tidak menimbulkan sebarang masalah semasa guru mengajar.

13

C.

Refleksi Kendiri Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana di beri kesempatan kepada saya

untuk menyiapkan tugasan Psikologi Pendidikan (EDC 2103) tepat pada masa yang telah diberikan. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli keluarga saya yang memberi semangat kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam mencari bahan-bahan tugasan

Didalam menyiapkan tugasan yang diberi tentu sahaja mempunyai cabaran yang terpaksa di tempuhi terutamanya dari segi masa yang terhad untuk saya menyiapkannya ditambah pula dengan tugasaan di sekolah. Namun, berkat kesabaran dan kesungguhan saya akhirnya kerja kursus ini dapat disiapkan dengan jayanya.

Apa yang dapat saya perolehi hasil daripada penulisan kerja kursus ini adalah saya dapat mengetahui tentang konsep kendiri dan jenis-jenis tingkah laku yang bermasalah dan cara mengatasinya. Di sekolah dan kelas saya, terdapat beberapa orang murid yang bersikap sedemikian. Ada diantara mereka yang suka ketawa hingga menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Namun, setelah saya teliti dan analisa daripada apa yang telah saya himpunkan segala rujukan berkenaan tajuk-tajuk diatas, saya mendapati banyak ilmu baru yang telah saya ketahui yang mana sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan saya tentang apa itu konsep kendiri serta dapat mengenali dan mengetahui jenis-jenis tingkah laku yang bermasalah dengan lebih mendalam ini terutamanya dalam mendidik dan membimbing anak-anak didik. Dengan adanya tugasan ini juga menyebabkan saya banyak membaca dan rasa berminat untuk mengkajinya lagi. Ini kerana personaliti setiap manusia adalah berbeza-beza. Bak kata pepatah Rambut sama hitam tetapi hati berbeza-beza.

Oleh yang demikian, tugasan berkaitan ilmu pendidikan ini sedikit sebanyak telah menambahkan ilmu pengetahuan saya dan saya juga yakin saya dapat membuat tugasan ini dengan lebih baik jika di berikan waktu yang panjang. Semoga ilmu yang telah saya dapati ini akan menjadi manfaat yang berguna pada diri saya terutamanya serta akan saya ingati untuk diajarkan pada generasi akan datang.
14

RUJUKAN Buku Hugh V. Perkins (1974). Human Development and Learning, Wadsworth Pub. Co., University of Michigan Mok Soon Sang (2000). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Subang Jaya, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2001). Psikologi Pendidikan, Subang Jaya, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2003). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Subang Jaya, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noresah Baharom (2007). Kamus Dewan Edisi Empat, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka. Ragbir Kaur A/P Jaginder Singh (2006). Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah dan Menengah). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd

15