Anda di halaman 1dari 6

BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

Dalam Bab ini akan dimuatkan perkara-perkara berkaitan dengan kajian keperluan yang akan memberi fokus kepada masalah yang dikenalpasti, keadaan sekarang dan keadaan yang dikehendaki. Bab 2.0 2.1 Kajian Keperluan Latarbelakang Sekolah Kebangsaan Tan Sri P.Ramlee menunjukkan komposisi muridmurid yang datang ke sekolah tersebut berasal dari keluarga yang berpendapatan rendah. Kebanyakan ibubapa murid bekerja sebagai buruh di Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Jabatan Haiwan, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain Jabatan Kerajaan dan Swasta di sekitar Bandar Georgetown. Tidak kurang juga ibubapa yang menjalankan perniagaan sendiri di Pasar Awam Sungai Pinang yang tidak jauh dari sekolah.Rumah Pangsa yang dibina oleh kerajaan negeri di Jalan Sungai Pinang merupakan tempat penginapan kebanyakan murid yang belajar di sekolah ini.Kerajaan negeri juga menawarkan kemudahan rumah pangsa yang boleh disewa dengan bayaran RM100 untuk keluarga yang memerlukan.Keutamaan diberi kepada ibu tunggal dan keluarga miskin yang tidak mampu mendapatkan rumah sewa yang lebih selesa. Lagipun usaha untuk memiliki rumah sendiri adalah umpama pungguk merindukan bulan kerana kemampuan kewangan mereka yang serba kekurangan. Berikutan daripada latarbelakang sosial yang tersebut di atas pihak sekolah menghadapi beberapa masalah kritikal yang menjadi batu penghalang kepada peningkatan prestasi sekolah. Jika dilihat dari pencapaian sekolah ini sejak 5 tahun yang lampau kita dapat mengatakan bahawa tiada sebarang pencapaian yang memberangsangkan dalam aspek aspek kurikulum dan kokurikulum yang boleh dibanggakan. Pencapaian akademik murid dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum yang sederhana, kurang memberi dorongan masyarakat persekitaran untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah ini.Enrolmen murid yang semakin berkurangan membuktikan sekolah ini masih belum mencipta satu tarikan seperti mana yang tercatat dalam visi sekolah.

10

BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

2.2 Faktor Keluarga Faktor keluarga dan kedudukan sosio-ekonomi memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan mutu pencapaian dan sahsia anak-anak mereka.Menurut Abd. Rahim (2006), golongan remaja menyesuaikan dirinya dengan faktor-faktor persekitaran keluarga, persekitaran sosial dan budaya yang akan mencorakkan perkembangan tingkah laku mereka.Saya berpendapat kenyataan ini bukan sahaja memberi kesan kepada remaja namun ia juga mendedahkan kanak-kanak menjadi mangsa kepada tekanan ekonomi dan sosial yang dialami oleh keluarga mereka.Norhayati (1994) dalam kajiannya juga mendapati semua pelajar daripada keluarga bercerai mempunyai masalah peribadi yang membawa kepada tingkah laku negatif.Rata-rata remaja yang bermasalah datang daripada keluarga yang tidak bahagia dan kucar-kacir. Menurut Hamidah, et al. (2006), ramai anak-anak dari keluarga tunggal mempunyai masalah tingkah laku dan emosi akibat kurangnya pengawasan. Masa yang dihabiskan untuk bersama anak-anak semakin berkurangan kerana ibu atau bapa tunggal perlu bekerja lebih masa untuk menyara keluarga. Hasil temu bual dengan guru-guru yang telah lama berkhidmat di sekolah ini mendedahkan bahawa sikap murid-murid sekolah ini seolah-olah tidak mempedulikan kepentingan pendidikan dan sukar untuk menerima nasihat dan tunjuk ajar guru.Tujuan kanak-kanak ini datang ke sekolah seolah-olah dipakasa dan mereka tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya dalam bilik darjah semasa pdp.

2.3 Masalah Disiplin Walaupun enrolmen murid sekolah ini agak kecil (259 orang) namun berbagai masalah disiplin dapat dikenalpasti seperti mana yang terdapat di sekolah sekolah harian yang lain dikawasan ini.. Walaubagaimanapun tidak terdapat sebarang masalah besar yang melibatkan agensi-agensi luar dan ibubapa untuk campurtangan.

11

BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

2.4 Kehadiran Kehadiran murid merupakan satu masalah yang amat ketara dimana hampir setiap hari terdapat 25 hingga 30 orang murid tidak hadir kesekolah. Di samping itu terdapat juga beberapa orang murid yang sekolah ini yang tidak hadir berpanjangan. Dalam darjah 1M terdapat 2 orang murid yang tidak hadir berpanjangan ke sekolah dan setiap hari terdapat purata 10 orang murid tidak hadir ke sekolah dari jumlah 37 orang murid dalam kelas tersebut. 2.5 Kesediaan Murid Di samping itu masalah kesediaan murid untuk menerima pelajaran semasa berada dibilik darjah juga memberi kesan kepada peningkatan kualiti pendidikan di sekolah ini. Guru-guru mendapati beberapa orang murid sering tidak membawa buku latihan dan teks yang betul ke sekolah. Alasan mereka adalah tertinggal, hilang dan tak pasti. Maka dalam keadaan ini murid-murid tersebut akan mengganggu rakan sebaya yang lain dan kawalan kelas sering menjadi sukar semasa PdP berlangsung.

2.6 Kualiti Pencapaian Kualiti pencapaian akademik murid adalah tidak memberangsangkan dengan kegagalan yang tinggi dalam matapelajaran teras terutamanya dalam Tahap 2 pembelajaran. Rekod menunjukkan kualiti pencapaian murid tahun 4, 5 dan 6 perlu dipertingkatkan lagi untuk memperbaiki GPS sekolah yang berada sekitar 2.5 ke atas. (Rujuk Lampiran)

2.7 Guru Bermasalah Sekolah ini juga menghadapi masalah guru bermasalah yang tidak dapat menjalankan PdP dengan berkesan kerana sering tidak hadir sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku dan murid sering ketinggalan dalam matapelajaran yang diajar. Berikutan dengan itu ibubapa tidak berpuashati dengan pencapaian anak-anak dan aduan mereka kepada pihak pentadbiran sia-sia sahaja kerana pentadbiran tidak dapat menukarkan guru bermasalah dengan sewenang-wenangnya. Arahan ini dikeluarkan oleh
12

BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL


PPD dan JPN di mana guru bermasalah harus dibimbing dan dipantau oleh pengetua/guru besar dan langkah memindahkan guru bermasalah ke sekolah lain setiap tahun bukanlah langkah yang wajar dilakukan untuk mengatasi masalah.

2.8 Kerjasama Ibubapa Kerjasama ibubapa dalam usaha meningkatkan mutu ppendidikan murid-murid juga tidak begitu memberi kesan kerana ramai dikalangan ibubapa yang menyerahkan tugas berat ini kepad sekolah semata-mata. Kesedaran penglibatan ibubapa dalam perkembangan pendidikan murid sering didedahkan dalam mesyuarat agung dan seminar motivasi kepada ibubapa namun sambutan yang dingin dalam setiap program sekolah adalah sangat menyedihkan.

2.9 Masalah Kritikal Antara masalah-masalah yang telah dihuraikan diatas pihak sekolah mendapati kualiti pencapaian murid dalam akademik merupakan masalah yang paling kritikal dan perlu perhatian khusus. Pihak sekolah percaya bahawa dengan meningkatkan kualiti pendidikan pencapaian sekolah akan meningkat danb seterunya perhatian negatif masyarakat terhadap sekolah ini akan dapat diubah. Keadaan ini perlu diubah dari akar umbi dimana sasaran utama dan paling strategik adalah murid-murid tahun pertama di sekolah ini. Pemerhatian rekod menunjukkan bahawa murid-murid yang tidak menguasai saringan LINUS adalah ramai dalam tahun 1 pada awal tahun. Sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia juga tidak dicapai. Keadaan ini memberi kesan yang mendalam terhadap keupayaan sekolah dalam proses meningkatkan kecemerlangan. Justeru itu kualiti pencapaian murid yang rendah akan menyumbang kepada kegagalan sekolah menghasilkan murid yang berkualiti. Maka dengan itu pihak pengurusan sekolah membuat keputusan untuk memberi tumpuan yang khusus dalam menangani murid murid yang menghadapi masalah dalam penguasaan Literasi dan Numerasi diperingkat awal lagi. Langkah ini adalah seiring dengan langakah kerajaan untuk memperkenalkan LINUS kepada murid tahap 1 KSSR dalam NKRA Pendidikan supaya untuk membendung murid-murid tahap 2 yang masih tidak dapat menguasai Literasi dan Numerasi.
13

BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

2.10 Keputusan Saringan KPM Jadual 1.0 dibawah menunjukkan peratus murid yang menguasai LINUS saringan pertama pada penggal pertama persekolahan 2013.

Matapelajaran Literasi Bahasa Melayu Numerasi Literasi Bahasa Inggeris

Bil Tidak Pelajar Menguasai (K1-K2) 36 14

Tidak Bilangan Peratus menguasai Menguasai Menguasai (K3-K12) 16 6 17.00

36 36

4 8

23 20

9 8

25.00 22.22

Jadual 1.0: Keputusan saringan 1 / 2013

Walaupun data saringan LINUS kedua menunjukkan peningkatan, namun penguasaan tersebut dirasakan masih tidak memenuhi sasaran yang diharapkan terutamanaya dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Bil Pelajar Matapelajaran Literasi Bahasa Melayu Numerasi Literasi Bahasa Inggeris 37 37 37

Tidak Menguasai (K1-K2) 8

Tidak menguasai (K3-K12) 10

Bilangan Menguasai 18

Peratus Menguasai 48.6

3 4

6 7

28 18

75.7 48.6

Jadual 2.0: Data saringan LINUS kedua 2013

14

BAB 2 LAPORAN PROGRAM SANDARAN NPQEL

Keadaan ini menimbulkan keperluan yang agak serius kepada pihak sekolah untuk membantu murid-murid yang masih tidak menguasai Literasi supaya kumpulan murid ini dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna seperti rakanrakan mereka yang lain. Maka dengan itu satu program khas yang dinamakan Program Peningkatan Penguasaan Linus telah dirancang bersama jawatankuasa LINUS sekolah, Panitia Matapelajaran dan Pusat Sumber sekolah bagi menangani isu tersebut.

2.11 Keadaan semasa dan keadaan yang dikehendaki Melalui Program ini pihak sekolah berhasrat meningkatkan peratus murid yang menguasai LINUS dengan melaksanakan pecutan akhir sebelum tamat sesi persekolahan 2013. Penglibatan semua guru akan dikerahkan untuk menangani isu tersebut dan diharapkan perubahan-perubahan yang dinyatakan dibawah akan menjadi kenyataan. Keadaan Semasa Selepas Saringan ke 2 Keadaan Yang dikehendaki selepas Program Intervensi Penguasaan 48.6 % Literasi BM Penguasaan 48.6 % Literasi BI Penguasaan 75.7 % Numerasi Bilangan murid tidak menguasai K1-K2 BM = 7 orang Bilangan murid tidak menguasai K1-K2 BI = 8 orang Bilangan murid tidak menguasai K1-K2 Numerasi = 3 orang Penguasaan 75% Literasi BM Penguasaan 75% Literasi BI Penguasaan 80% Numerasi Mensifarkan bilangan murid yang tidak menguasai K1 K2 Mensifarkan bilangan murid yang tidak menguasai K1 K2 Mensifarkan bilangan murid yang tidak menguasai K1 K2

Dalam Bab seterusnya akan dimuatkan dengan Kajian Literatur, Analisis Persekitaran, Pemilihan Strategi dan Proposal Program.
15