Anda di halaman 1dari 37

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI BALI

FOLIO GEOGRAFI, 2012


... EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA , TEREGGANU DI KAWASAN HUTAN SIMPANAN KEKAL BEKOK, SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM

NAMA CALON

NO KAD PENGENALAN : NO CALON PENILAI


FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

: : ENCIK HISHAMUDIN BIN MOHAMED


Page 1

2. SENARAI KANDUNGAN 2.Senarai kandungan 3.Penghargaan 4.Pendahuluan 5.Objektif kajian 6.Kawasan kajian 7.Kaedah kajian 8.Dapatan kajian 8.1 Konsep ekosistem hutan di Hutan Simpanan Kekal Bekok 8.2 Kepentingan ekosistem hutan di Hutan Simpanan Kekal Bekok 8.3 Faktor yang menyebabklan ekosistem hutan Teganggu di Hutan Simpanan Kekal Bekok 8.4 Kesan ekosistem terganggu di Hutan Simpanan Kekal Bekok 8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem Hutan terganggu di kawasan kajian 9.Rumusan 10.Lampiran 22 24 26 20 17 9 8 2 3 3 4 4 6 8

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 2

3. PENGHARGAAN : Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada Encik Balakrishnan a/l A. Nair, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bali kerana memberikan keizinan dan sering memberikan kata-kata semangat sehingga saya berjaya menyiapkan folio kajian saya ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru matapelajaran Geografi saya, Encik Hishamudin Bin Mohamed kerana membantu dan sentiasa memantau perkembangan folio saya ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini juga ditujukan keapada ibu-bapa saya yang banyak memberikan sokongan dan bantuan kepada saya . Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Hutan, semua rakan-rakan dan mereka yang terlibat didalam kajian folio saya ini samada secara langsung atau tidak. 4. PENDAHULUAN Kajian folio yang saya jalankan adalah , ekosistem hutan terganggu dikawasan Hutan Hujan Tropika, di Hutan Simpanan, Bekok, Segamat, Johor. Saya memilih tajuk ini kerana: Hutan Simpanan Kekal Bekok ini merupakan kawasan hutan simpanan. Pada masa yang sama kawasan ini menjadi diantara kawasan tarikan pelancongan, petempatan kekal (perkampungan orang asli) dan aktiviti pertanian. Oleh itu, selain daripada ingin melihat sendiri ekosistem dihutan berkenaan, saya ingin melihat kesan langsung akviti manusia ini kepada ekosistem itu sendiri Saya juga ini melihat signifikan ekosistem dengan pembukaan tanah pertanian oleh perkampungan orang asli yang tinggal di pinggir kawasan hutan berkenaan dan pembukaan tanah pertanian di kawasan sekitar. Ini amat penting kerana kawasan hutan

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 3

simpan ini membekalkan air bersih kepada Empangan Bekok yang menjadi sumber pembekal bekalan air bersih kepada saya, keluarga dan penduduk di komuniti saya Untuk tujuan dapatan sumber rujukan dan dapatan kajian yang baik dan lengkap, folio saya ini akan disiapkan dengan baik dan tepat untuk tempoh masa, mulai 27 Februari 2012 sehingga 20 Jun 2012. 5. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian saya adalah: Menghuraikan dan mentakrifkan dengan mendalam konsep ekosistem hutan Mengenal pasti kepentingan ekosistem hutan Menyenaraikan dan menjelaskan faktor yang menyebabkan ekosistem hutan di Hutan Simpanan Kekal Bekok terganggu Mencadangkan dan menghuraikan langkah untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu di Hutan Simpanan Kekal Bekok Memupuk nilai bersyukur, menghargai dan berkerjasama bagi mengekalkan Hutan Simpanan Kekal Bekok 6. KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian saya Hutan Simpanan Kekal Bekok terletak di 8 km daripada Pekan Bekok dan 36 km daripada Jalan Negeri Segamat ke Yong Peng. Kawasan hutan ini berkeluasan 158,751.39 hektar atau 392,250 ekar , bersempadan dengan Daerah Kluang, Mersing sehingga ke sempadan Negeri Pahang.

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 4

Kawasan hutan ini mula diwartakan sebagai hutan simpan pada tahun 1962 dan diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal Bekok mulai 27 Julai 2010. Kawasan kajian saya ini merupakan sebahagian daripada Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Johor (2006-2015) dan diletakkan dibawah Jabatan Perhutanan Negeri Johor berpusat di Kluang dan semua urusan pentadbiran dan penyeliaannya dibawah Jabatan Hutan Bekok. Dikawasan pinggiran hutan simpanan ini terdapat : + petempatan kekal orang asli iaitu Kampung Tembayan, Kudung, Tamok, Kemidak dan Selai +Ladang kelapa sawit iaitu Ladang Gunung Mas, Sungai Bekok dan Hock Lee +kawasan hutan lipur iaitu kawasan air terjun Hutan Lipur Sungai Bantang dan Selai. Bentuk muka bumi kawasan hutan simpanan kekal ini terdiri daripada tanah tinggi, tanah tinggi beralun dan tanah pamah. Terdapat paya air tawar. Dikawasan hutan simpanan ini terdapat hutan gunung, hutan paya air tawar, hutan belukar dan hutan hujan khatulistiwa. Bagi menyempurnakan kajian, saya memfokuskan kepada hutan hujan tropika. Ia amat mudah dikenal pasti dan dapat dilihat dengan jelas seperti foto di bawah

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 5

Lapisan renjong / emergen

Lapisan kanopi / silara Lapisan tengah

Lantai hutan

7.KAEDAH KAJIAN Berasaskan kepada rujukan yang dibuat, beberapa teknik kaedah kajian telah dipraktikkan iaitu: 7.1 Pemerhatian dan lawatan ke kawasan kajian Kaedah utama yang saya jalankan ialah pemerhatian. Saya telah ke kawasan kajian iaitu Hutan Simpanan Kekal Bekok dan perkampungan asli di kawasan kajian untuk melihat sendiri ciri-ciri hutan hujan khatulistiwa, hutan belukar, entiti-entiti fizikal ekosistem, muka bumi , topografi, flora dan fauna serta kesan-kesan langsung ekosistem. 7.2 Temu bual Saya telah menjalankan kaedah temubual untuk mencari sumber orang iaitu pegawai hutan sendiri, pengunjung, penduduk kampong dan pengusaha pertanian untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan relevan untuk kajian saya.
FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012 Page 6

Encik Sentot bin Maya . (721112-01-4567) No 3, Kampung Tembayan. Bekok

Encik Taman bin Iha (660122-01-4577) No 4, Kampung Tembayan, Bekok

Ranjer Hutan Mohd. Hatta Bin Kassim (590123-06-8457) Pejabat Hutan Bekok

7.3 Soal selidik Bagi menghasilkan kajian yang relevan dan berkesan, saya telah melakukan soal selidik kepada 30 orang responden. Senarai nama dan soalan yang di guna pakai disertakan di lampiran. 7.4 Rujukan Dengan bantuan dan kerjasama bapa saya Encik Zubir bin Mohamed, saya telah melakukan rujukan di perpustakaan Negara bagi menghasilkan folio yang bermutu dan relevan. Selain itu saya menggunakan juga sumber rujukan daripada internat melalui blog-blog, facebook dan carian goole untuk di gunakan sebagai bahan rujukan.

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 7

8. Dapatan kajian 8.1 Konsep ekosistem hutan di kawasan kajian Berdasarkan kepada rujukan yang dilakukan melalui buku rujukan ilmiah dan kajian ilmiah yang telah dilakukan, saya menggunakan rumusan yang ditulis oleh Ismail Ahmad dalam bukunya Biogeografi, Kajian Tentang Tumbuh-tumhuhan Daratan yang merumuskan konsep ekosistem hutan telah mula-mula diperkenalkan oleh Forbes (1887) melalui bukunya The lake as a microcosm dimana beliau menegaskan terdapatnya saling hubungan yang dinamik diantara komponen-komponen yang hidup dengan komponen tidak hidup di sesuatu sistem semulajadi. Tansley (1935) melalui bukunya The problems of ecology, ekosistem sebagai satu konsep yang dianggap unit asasi ekologi dan mencakupi setiap peringkat organisasi dimana komponen hidupan dan koponen bukan organik yang berada dalam keadaan yang agak stabil dan merupakan satu sistem yang terbuka dan berbesa-beza saiznya. Ia menekankan peri pentingnya integrasi semua komponen hidup-hidupan menjadi satu keseluruhan yang stabil seperti yang terkandung di dalam istilah sistem itu sendiri. Setiap jenis ekosistem tersebut mempunyai komponen-komponen biotik dan abiotik yang berbeza-beza tertabur di lokasi-lokasi yang berbeza. Biodiversiti sesuatu jenis ekosistem berbeza dengan jenis ekosistem yang lain. Setiap jenis ekosistem menunjukkan ciri-ciri fizikal yang berbeza yang merupakan factor penentu kepada jenis-jenis organism yang menduduki ekosistem tersebut. Ekosistem yang mempunyai tahap biodiversiti yang tinggi menunjukkan tahap kompleksiti yang juga tinggi. Selain daripada itu, ekosistem yang mempunyai tahap biodiversity yang tinggi juga menunjukkan tahap kestabilan ekosistem yang lebih tinggi.

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 8

Oleh yang demikian bolahlah dirumuskan iaitu sesuatu ekosistem itu terdiri daripada tiga komponen hidupan iaitu pengeluar (autotrof) atau tumbuhan hijau yang boleh membuat makanannya sendiri, haiwan heterotrof yang memakan bahan organik dan pengurai bahana organik (terdiri daripada mikrohidupan. Proses makanan dan dimakan membentuk satu rantai makanan. Suatu komuniti organism hidup dan bukan hidup ini saling berinteraksi antara satu sama lain. 8.2 Kepentingan ekosistem hutan di Hutan Simpanan Kekal Bekok 8.2.1 Habitat flora dan fauna Berdasarkan kepada kajian yang telah saya lakukan, saya telah ke Hutan Simpan Kekal Bekok dan saya merumuskan bahawa kawasan Hutan Simpan Bekok ini menjadi kawasan habitat penting kepada flora and fauna. Saya mendapati bahawa kawasan hutan simpan ini sebagai emporium rujukan atau perpustakaan alam yang penting kerana sifatnya yang menyimpan pelbagai jenis sepsis flora dan fauna. Spesis-spesis flora dan fauna ini amat penting dan signifikan kerana masing-masing membentuk satu rantaian yang membekalkan makanan

kepada satu sama lain dalam bentuk rantaian ekosistem yang amat unit. Rantaian pelbagai jenis flora contohnya membekalkan makanan kepada fauna terutamanya dari jenis herbivor. Herbivor pula menjadi makanan kepada Karnivor. Herbivor bertindak sebagai pengimbang untuk memastikan herbivore tidak memusnahkan fauna untuk satu kawasan yang luas. Apabila mati pula sepsis herbivore dan karnovor ini membekalkan nutrient yang penting kepada tumbesaran sepsis fauna ini. Pada masa yang masa fauna membekalkan oksigen yang amat diperlukan fauna manakan fauna pula membekalkan karborn dioksida untuk fotosintesis sepsis flora. Apabila saya

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 9

ke hutan simapanan ini, saya dapat melihat hubungan rantaian ekosistem yang amat unik ini dengan jelasnya. Dengan bantuan dan temu bual bersama Pegawai Hutan, saya mengenali sepsis-spesis flora dan fauna yang boleh didapati dikawasan kajian. Ini dapat dilihat di lampiran 1.Melalui hasil rujukan
yang saya lakukan di perpustakaan Negara pula, saya merumuskan emporium atau perpustakaan semula jadi ini merujuk kepada istilah Biodiversiti . Istilah ini digunakan untuk menerangkan bilangan

spesies, berapa banyak variasi genetik atau bilangan jenis komuniti yang terdapat di sesuatu ekosistem. Kompleksiti sesuatu ekosistem bergantung kepada biodiversiti sesuatu ekosistem. Kestabilan ekosistem pula dinyatakan dengan beberapa cara yang berbeza. Hutan Simpan Kekal Bekok ini adalah hutan hujan tropika. Hutan ini terdiri daripada biome yang terkaya dari segi biodiversiti dan biojisim total. Haiwanhaiwan di hutan hujan tropika adalah sangat pelbagai dan ini terhasil daripada adaptasi mereka terhadap persekitaran mereka. Hasil kajian yang saya lakukan mendapati iaitu spesis flora dan fauna ini melalui proses memakan dan dimakan untuk membentuk satu rantaian makanan yang unik dalam ekosistem berkenaan. Rantaian makanan ini bolehlah ditakrifkan sebagai satu turutan atau sekuen pemakanan yang melibatkan pemindahan tenaga melalui persekitaran. Diatom contohnya dimakan oleh jejentik yang menjadi makanan ikan dan ikan pula dimakan oleh burung. Ini dapat dilihat di dalam carata aliran di bawah: Diatom Jejentik kancil Ikan Penduduk Burung Tumbuhan

Rumput/tumbuhan/pucuk tumbuhan

Carta aliran: Rantaian ekosistem

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 10

Rantaian makanan ekosistem mudah melalui hasil pemerhatian dan pembacaan saya, saya mendapati wujudnya rantaian makanan dimana akhirnya harimau yang mati membekalkan nutrien kepada tanah dan rumput dan tumbuhan itu sendiri untuk memulakan kembali rantaian makanan pada ekosistem itu sendiri. Memahami keunikan alam sekitar ini membuatkan saya lebih menghargai dan menyintai alam sekitar. 8.2.2 Ekopelancongan Pemandangan indah, air terjun yang cantik, air yang tidak tercemar dan asli serta suasana yang aman menjadi aset daya tarikan utama ekopelancongan. Kepelbagaian spesis flora dan fauna itu sendiri menjadi tarikan kepada pelancong untuk menikmati pandangan yang cantik dan menarik.Hasil pembacaan dan penelitian yang saya lakukan membuktikan wujudnya komunit tumbuhan semula jadi dikawasan kajian. Whitmore , 1975) dalam bukunya Tropical Rain Forests of the Far East merumuskan, didalam sesuatu komuniti ekosistem tumbuhan, setiap spesies menduduki nic dan mikro-habitat yang berlainan. Kejayaannya hidup bersama disesuatu kawasan tertentu bergantung kerpada keupayaannya menghadapi keadaan persekitaran yang fizikal di stiu dan tolenrasinya terhadap spesis lain.; di dalam ekosistem ini kejayaan sesuatu spesis dalam persaingannya dengan spesis lain di sesuatu nic terletak pada kadar pertumbuhannya dan gerak balasnya terhadap cahaya. Oleh yang demikian, tumbuhan ini membentuk empat lapisan tumbuhan asas yang cantik dan menarik iaitu Renjong (emergen), kanopi (silara), lapisan tengah dan lantai hutan. Raunkiaer didalam bukunnya, The life forms of plants and statistical plant Geography merumuskan lapisan-lapisan tumbuhan ini dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut ketinggian iaitu,

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 11

Fanerofit pokok yang tumbuh labih daripada 30 cm daripada permukaan bumi Kamefit pokok berkayu yang mempunyai matu tunas kurang daripada 25-30 cm tingginya daripada permukaan

Hemikriptofit herba dan rumput yang mempunyai mata tunas tertimbus didalam tanih atas atau humas

Kriptofit mata tunas terlindung sepenuhnya didalam air atau tanis, termasuklah hidrofit

Terofit tumbuhan yang tidak mempunyai organ pembiak yang khusus

Kumpulan spesis fauna yang mendiamia setiap lapisan ini menjadikan kawasan ekosistem ini amat cantik, menarik dan unik, menjadi daya tarikan untuk ekosistem dikawasan hutan simpan ini Renjong (emergen) : burung kakak tua, burung hantu, lebah, kelawar, burung enggang Kanopi (silara) : kera, kongkang, monyet, ular sawa, tupai terbang Lapisan tengah : katak terbang, tupai, tenggiling, kucing gunung, Tenggiling, musang, Orang Utan dan lotong Lantai hutan : semut hutan, ulat gonggok, memerang, cipan, landak, seladang, gajah, harimau, napoh dan kancil Kepelbagaian inilah merupakan aset berharga yang menjadi tarikan pelancong untuk melancong di hutan simpan ini, disamping tarikan untuk menikmati kesegaran air dari gunung dan deruan kicauan burung yang menyenangkan. Oleh yang demikian, kajian saya ini membuatkan saya berazam untuk memelihara khazanah alam yang tidak ternilai ini. Saya lebih menghargai dan

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 12

menyintai alam sekitar. Kaji selidik yang saya jalankan mendapati sebahagaian besar daripada pengunjung berasal daripada Mukim Bekok sendiri kerana lokasinya yang dekat dengan hutan lipur ini. Selain itu pengujung juga berasal daripada sekitar Daerah Segamat, Johor dan lainlaian iaitu Singapura dan Selangor. PENGUNJUNG BERASAL DARI Bekok Segamat Johor Lain-lain BILANGAN 18 (60% - 216 ) 5 (17%-60 ) 4 (13% -48 ) 3 (10%-36 )

PENGUNJUNG KE HUTAN LIPUR SUNGAI BANTANG, HUTAN SIMPANAN KEKAL BEKOK PADA 10 MAC 2012

BEKOK SEGAMAT JOHOR LAIN-LAIN

Jadual 1 : Carta Pie menunjukkan jumlah pengunjung berasaskan 30 orang responden yang ditemubual (kaji selidik) pada 10 Mac 2012 di Hutan Lipur Sungai Bantang (Hutan Simpanan Kekal Bekok)

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 13

8.2.3 Menyederhanakan suhu / mengekalkan kelembapan udara Apabila saya menghampiri kawasan hutan simpan kekal ini, saya mendapati suhunya semakin menurun, terasa semakin sejuk dan udara lebih nyaman. Saya mendapati dikawasan Hutan Simpan Kekal Bekok ini, akar-akar pokok-pokoknya yang besar membuka rongga-rongga tanah menyebabkan air diserap dan disimpan didalam tanah. Kandungan air bawah tanah ini membantu menyederahanakan suhu, kerana melalui sejatan ia membantu membentuk awanawan kumulus nimbus yang membawa hujan. Secara langsung ia menyederahanakan suhu di kawasan ini. Akar pokok yang besar ini dapat dilihat di foto 1 Seperti yang telah dibincangkan, Hutan Simpanan Kekal Bekok ini adalah terdiri daripada hutan hujan tropika yang terdiri daripada empat lapisan utama. Dedaunan daripada empat lapisan utama ini menghalang bumi menerima pancaran matahari secara terus dan membolehkan proses sejat peluhan melalui dedaunana tinggi dan kesannya meningkatkan peratus kelembapan udara. Kandungan paras wap air diudara yang tinggi inilah yang membantu mewujudkan suhu yang rendah. 8.2.4 Sumber bahan mentah Berdasarkan kepada lawatan ke kawasan kajian dan temu bual bersama orang sumber, saya telah ke Kampung Tembayan, Kampung Kudung dan Kampung Tamok yang terletak di pinggir Hutan Simpan Kekal Bekok ini. Kesemua penduduk kampong ini terdiri daripada orang asli. Hasil temu bual dan kaji selidik yang saya jalankan saya mendapati sumber air bersih kegunaan harian penduduk kampong adalah didapati secara langsung daripada Takah Pengkoi bagi penduduk asli Kampung Tembayan dan Kampung Kudung. Manakala Kampung Tamok pula dari Takah Demai. Penduduk kampong telah bergotong royong membina saliran dari takah berkenaan ke perkampungan.

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 14

Saya merumuskan wujudnya pusingan ekosistem yang sangat signifikan dimana penduduk orang asli menggunakan sepenuhnya sumber daripada tumbuhan dan mendapat sumber protein daripada sungai dari Hutan Simpan Kekal Bekok ini seperti ikan haruan, patin, tilan, puyu, ikan ubi dan ikan patung. Ini dapat dilihat daripada jadual di bawah dimana 25 orang responden (83.33%) penduduk ke sungai untuk mendapatkan protein dalam seminggu. Sayuran segar seperti pucuk paku, batang pisang hutan (batang sot), pokok kalit uni dan ubi boleh didapati secara terus daripada hutan ini. 24 orang daripada 30 responden (80%) menyatakan mereka kehutan untuk mendapatkan sayuran dan ulam-ulaman segar Menuruta Encik Sentot Bin Maya yang ditemu bual, kubis hutan digunakan untuk sakit kepala dan demam panas dimana ditumbuk halus dan dijadikan balutan di kepala. Kacip Fatimah untuk mempercepatkan kelahiran anak, Labu air hutan untuk melawaskan pembuangan air, buah jering dan akar bakawali untuk darah tinggi, senduduk putih, halia merah dan tongkat ali sebagai ganti Viagra, dukung anak atau hempedu bumi untuk demam panas. 12 orang responden (40%) menyatakan mereka mendapatkan bekalan utabatan daripada hutan berdekatan. Berdasarkan kepada temu bual dan kaji selidik yang saya lakukan, saya merumuskan hutan simapanan kekal ini amat signifikan kepada penduduk perkampungan asli ini. Sebab Utama ke Ikan dan Memburu Sayur-sayuran Ubatan dari hutan Simpanan hidupan air tupai, napuh, dan lain-lain tumbuhan Kekal Bekok kancil dll Bilangan (berdasarkan 30 25 15 24 12 responden dari perkampungan orang asli) Jadual 2 : Sebab utama responden ke hutan berdasarkan kepada 30 orang responden dari perkampungan orang asli Kampung Sri Tembayan dan Kampung Kudung dalam seminggu

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 15

Kancil, napuh dan pelanduk yang memakan tumbuhan pula diburu dan dijadikan sumber protein penting penduduk kampong asli ini. Selain itu penduduk juga memburu monyet, tupai, ayam hutan dan burung ayam-ayam untuk dijadikan makanan. Secara langsung saya menyedari betapa pentingnya hutan kekal ini kepada semua penduduk perkampungan asli ini. Penduduk kampong asli pula membekalkan karban dioksida dan nutrient kepada tumbuhan untuk proses fotosentisis. Proses sejatan pula membekalkan air untuk wujud hujan dan seterusnya membekalkan air bersih kepada penduduk. Air bawah tanah yang disimpan oleh hutan pula keluar sebagai mata air bersih dan digunakan melalui perigi yang dikorek secara bergotong-royong oleh penduduk perkampungan asli ini. Hasilan saya ke tempat kajian besama penduduk-penduduk perkampungan orang asli ini menyebabkan saya insaf dan menyedari betapa pentingnya hutan simpang kekal ini kepada penduduk perkampungan ini. Saya dapat merasai keseronokan bersama memancing ikan dan akhirnya saya menyedari dan merumuskan betapa pentingnya untuk menyintai dan menghargai alam sekitar ciptaan hutan. Kita perlu bersifat bertanggung jawab dan menghargai apa yang dikurniakan kepada tuhan kepada kita. Ekosistem Hutan Simpanan Kekal Bekok ini amat relevan dan signifikan serta penting dan ia dapat dirumuskan seperti di bawah. Habitat flora dan fauna Menyederhanakan suhu/mengekalkan kelembapan udara

KEPENTINGAN EKOSISTEM DI HUTAN SIMPANAN KEKAL BEKOK

Eko pelancongan

Sumber Bahan Mentah

Peta Minda : Kepentingan Ekosistem Di Hutan Simpanan Kekal Bekok

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 16

8.3 FAKTOR YANG MENYEBABKAN EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI HUTAN SIMPANAN KEKAL BEKOK 8.3.1 Pembalakan Berdasarkan kepada orang sumber Ranger Hutan Mohd. Haata Bin Kassim , pembalakan merupakan masalah dan kelemahan kepada pengurusan hutan di Hutan Simpanan Kekal Bekok. Pembalakan haram contohnya masih berleluasa walaupun tindakan undang-undang dan pemantauan oleh Jabatan Hutan kerap dilakukan. Hutan Simpanan Kekal yang luas merupakan merupakan satu cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Jabatan Hutan Bekok. Pembalakan juga disebabkan pembukaan tanah pertanian secara haram samada oleh penduduk perkampungan asli mahu pun orang luar. Penebangan hutan ini diikuti dengan pembakaran menyebabkan kerosakan kepada ekosistem dan ini dapat dilihat dengan mata kasar apabila saya ke tapak kajian bersama ranjer hutan. Untuk itu, saya berpeluang melihat sendiri kesan pembalakan haram ini di Hutan Simpanan Kekal Bekok ini bersama dengan Ranjer Hutan dan perjalanan ini mengambil masa selama dua jam dengan melalui jalan balak yang rosak teruk dengan menaiki pacuan empat roda Jabatan Hutan. Saya amat terkejut dan marah apabila melihat kesan pembalakan haram ini. Ia telah menyebabkan kerosakan teruk kepada ekosistem. Pembalakan memusnahkan spesis flora dan seterusnya fauna di kawasan ini, dikeseluruhan keluasan pembalakan haram ini. 8.3.2 Pelancongan

Hutan Simpanan Kekal Bekok ini mempunyai dua kawasan pelancongan yang terkenal iaitu Hutan Lipur Sungai Bantang dan Hutan Lipur Selai. Walaubagaimanapun, hanya Hutan Lipur Sungai Bantang sahaja termasuk didalam kawasan kajian saya kerana kedudukan Hutan Lipur Selai yang terletak 18 km daripada Hutan Lipur Sungai Bantang.
FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012 Page 17

Tujuan utama kawasan hutan lipur ini dibuka adalah membuka peluang kepada semua penduduk Daerah Segamat khususnya dan penduduk lain termasuk daripada Singapura untuk menikmati keindahan alam, mempelajari nama-nama spesis fauna, beriadah bersama keluarga dan berehat dihujung minggu. Kemakmuran dan keamanan Negara kita khususnya membolehkan kita menikmati kita dengan bebas pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu seharusnya kita mengahargai nikmat kemanan dan kemakmuran ini

Bagi keselesaan pengunjung hutan lipu ini dilengkapi dengan dua termpat letak kenderaan yang sangat luas, gerai jualan, pusat operasi Jabatan Hutan, pondok-pondok rehat, tandas-tandas awam, surau, tapak perkhemahan dan pondok salin pakaian. Kesannya kepada ekosistem amat jelas. Pembinaan kemudahan pengangkutan iaitu jalanraya dan semua kemudahan ini sedikit sebanyak menjejaskan ekosistem. Lapisan hutan lantai untuk hujan hujan tropika di Hutan Simpanan Kekal Bekok ini contohnya ketara terjejas. Selain itu ia mewujudkan hutan belukar.

Pembakaran di tapak perkehaman samada untuk memasak, menghalau nyamuk atau unggun api diwaktu malam dapat dilihat dengan jelas. Pembuangan sampah oleh pengunjung ditapak hutan lipur iniyang kadang kala seolah-olah tidak terurus, juga menjejaskan ekosistem. Fauna yang sepaututnya kelihatan terutamanya herbivor tidak dapat saya lihat. Burung-burung dan serangga sahaja dapat dilihat dengan jelas di tapak kajian saya ini.

Saya amat percaya, sekiranya semua pengujung menghargai keuntikan ciptaan tuhan ini, mereka seharusnya mempunyai sifat bertanggung-jawab dan menghargainya. Kita patut berbangga kerana Malaysia adalah diantara tempat dimana wujudnya hutan hujan tropika yang unik ini.

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 18

8.3.3 Pertanian

Dipesisir kawasan hutan simpanan kekal ini terdiri daripada kawasan pertanian iaitu Ladang Gunung Mas dan Ladang Sungai Bekok. Penduduk-penduduk perkampungan orang asli di Kampung Sri Tembayan, Kampung Kudung dan Kampung Tamuk mengusahakan tanaman kelapa sawit sebagai pertanian kebun kecil. Sebaliknya Ladang Sungai Mas berkeluasan 2450 hektar mengusahkan tanaman kelapa sawit secara ladang.

Disepanjang kawasan kajian, penanaman pertanian semada secara ladang mahu pun secara pekebun kecil dapat diihat dengan jelas mengubah bentuk landskap mukabumi seterusnya mempengaruhi ekosistem. Ia secara langsung menghapuskan lapisan tumbuhan lantai hutan hujan tropika . Tidak lagi wujud empat lapisan hutan hujan tropika. Makanakala spesis tumbuhan hapus dan digantikan dengan pokok kelapa sawit sahaja. Haiwan harbivor dan karnivor juga pupus.

Penggunaan baja kimia dan racun kimia secara intensif menganggu kesuburan tanih. Apabila saya ke tapak kajian, saya dapat mencium bau racun rumput dan baja dengan jelas. Air hujan yang mengalir dipermukaan membawa racun dan baja ini masuk ke sungai. Kesannya ikan di sungai dan hidupan lainnya terjejas

8.3.4 Pembinaan jalan raya

Jalanraya merupakan sistem perhubungan utama di kawasan kajian saya yang menhubungkan secara terus Pekan Bekok ke Hutan Lipur Selai. Ia dibina terus untuk tujuan pelancongan iaitu ke Hutan Lipur Sungai Bantang. Selain itu ia berfungsi sebagai perhubungan utama petempatan iaitu perkampungan asli Kampung Sri Tembayan, Kudung, Kemidak, Tamuk dan Selai ke Pekan
FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012 Page 19

Bekok.Ia juga berfungsi membawa hasil pertanian untuk pemasaran khususnya daripada kebun kecil penduduk perkampungan asli dan ladang-ladang iaitu Ladang Gunung Mas, Ladang Sungai Bekok dan Ladang Hock Lee.

Pembinaan jalanraya ini mengubah landskap. Hutan-hutan ditebang, tanah ditambak dan lereng bukit ke Hutan Lipur Sungai Bantang diteres. Ini secara langsung memusnahkan lapisan hutan hujan tropika dan mewujudkan hutan skunder. Permukaan tanah yang terdedah akibat pembinaan jalanraya, meningkatkan hakisan tanah, disebabkan intensiti dan kelajuan air hujan yang turun.

8.4 KESAN EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI HUTAN SIMPANAN KEKAL BEKOK 8.4.1 Rantaian makanan terganggu Berdasarkan kepada kajian yang saya jalankan di kawasan kajian, saya merumuskan biodiversiti hutan dan hidupan liar terjejas dan ini menjejaskan rantaian ekosistem. Penebangan pokok menyebabkan fauna terjejas. Ini secara langsung menyebabkan haiwan-haiwan hervibor lari atau berpindah ketempat lain kerana ketiadaan atau kekurangan fauna. Saya tidak dapat melihat spesis hidupan di Hutan Lipur Sungai Bantang disepanjang saya berada disini walupaun burung atau monyet yang sepatutnya dapat dilihat dengan jelas di sini. Air dicemari akibat hakisan air lari permukaan . Hidupan air yang selama ini membekalkan sumber protein juga terjejas terus kerana air lari akibat intensiti hujan perolakan dan bukit , menyebabkan air tercemar dan dasar sungai menjadi cetek. Jumlah sepsis hidupan ikan yang berkurangan menjejaskan penduduk tempatan di perkampungan asli. Kelembapan diudara terjejas. Apabila saya melihat sendiri kesan pembalakan haram yang seluar 25 ekar ini, saya merasa marah dan kesal dengan tindakan tidak bertangguang jawab segilintir
FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012 Page 20

manusia yang hanya mementing kewangan dan keuntungan sementara. Saya percaya kita perlulah mempunyai rasa tanggung jawab dan akuantibiliti yang tinggi. Kita perlulah memastikan apa yang kita nikmati hari ini dinikmati oleh generasi Malaysia akan datang dan ini merupakan sebahagian daripada cara tebaik kita menunjukkan rasa cinta kita kepada Negara kita tercinta. 8.4.2 Hakisan berlaku Berdasarkan pemerhatian dan lawatan saya ke kawasan kajian, saya mendapati pokok-pokok Hutan Simpanan Kekal Bekok ini ditebang samada disebebkan oleh pembalakan, pemabalakan haram, pembinaan kemudahan hutan lipur, membina jalanraya dan ladang tanaman. Ini menyebabkan hakisan tanah yang teruk. Ketiadaan akar-akar pokok besar yang mengikat tanah dan kelajuan air hujan yang turun menyebabkan hakisan tanah yang serius dan kerosakan cerun dan tanah runtuh. Kerosakan cerun akibat pembalakan haram ini dapat dilihat daripada gambar foto 5 dan ia amat menakutkan saya. Saya dapat melihat kesan hakisan ini dengan jelas. Proses larut lesap menyebabkan kesuburan tanah terjejas. Natrium, kalium dan magnesium tanih di larut lesap menyebabkan aluminium dan ferum menukar warna tanah kepada kemerahan. Kesan pembakaran jelas dapat dilihat. Tanah ini tidak subur. Kesan pembalakan ini yang menjejaskan kesuburan tanah ini mengubah sama sekali

8.4.3 Perubahan landskap

Tuntutan untuk kehidupan lebih baik menyebabkan sistem perhubungan diperbaiki. Perumahan tersusun dibina untuk perkampungan orang asli. Selain itu pembukaan ladang dan Hutan Lipur Sungai Bantang dan Selai dimajukan untuk menjana ekonomi disamping mendidik orang ramai supaya mencintai alam sekitar.
FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012 Page 21

Eleman-eleman ini secara lansung telah mengubah landskap kawasan secara total samada disengajakan mahukan tidak disengajakan. Hutan Simpanan Kekal Bekok ini sepatutnya didomonisi diantaranya oleh hutan hujan tropika terjejas. Tidak lagi wujud lapisan lantai hutan, apalagi lapisan tengah atau kanopi. Ekosistem terjejas teruk kerana ketiadaan flora bermaksud ketiadaan atau kekurangan jumlah spesis fauna. Penebangan hutan juga menyebabkan teres lereng terdedah kepada tanah runtuh dan hakisan langusng akibat intensiti hujan bukit disini dan ini mengubah langsung landskap

8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGAKAN KESAN EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI HUTAN SIMPANAN KEKAL BEKOK 8.5.1 Pembangunan terancang

Saya telah mengadakan temuramah secara langsung dengan Pegawai Ranger Hutan Mohd. Hatta Bin Kassim, pegawai yang mengetuai Pejabat Hutan Bekok yang diberikan tanggung jawab sepenuhnya menguruskan Hutan Simpanan Kekal Bekok ini meliputi pengurusan Hutan Lipur Sungai Bantang, Selai , lesen pembalakan dan penguatkuasaan undang-undang. Saya dimaklumkan dan dibekalkan dengan buku Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Johor (2006-2015). Ini bermakna, Hutan Simpanan Kekal Bekok ini merupakan sebahagian daripada pembangunan terancang meliputi rancangan jangka panjang 10 tahun. Semua bentuk

pembangunan termasuk petempatan perkampungan orang asli, kemudahan awam dan pengurusan hutan lipur ini diuruskan dengan teratur dan sistematik supaya ekosistem hutan tidak dijejaskan sewenang-wenangnya. Saya telah dibawa untuk melihat rawatan silvikultur dilakukan di hutan simpanan kekal ini dilakukan. Ia bertujuan meransang pokok terpilih hidup subur dan sihat dengan menebas pokok yang tidak bernilai dan bersaing dengan pokok yang dikenal pasti.
FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012 Page 22

Hutan diplot untuk menjelaskan kedudukan hutan dan ekosistemnya. Penebangan juga hanya dibenarkan untuk diameter pokok melebihi 45 cm sahaja.

Sebagai rumusannya, pembangunan terancang ini amat penting dan signifikan bagi memastikan kelansungan ekosistem di Hutan Simpanan Kekal Bekok ini. Seabagai rakyat Malaysia, saya amat berbangga kerana saya dapat merasai pengalaman sendiri bagaimana pembangunan yang dipelajari dibilik darjah dipraktikkan dihadapan mata. Pembangunan terancang yang memelihara dan memulihara ekosistem ini dijalankan tanpa mengenepikan tuntutan pembangunan, pembukaan ladang pertanian, pembinaan kemudahan pengangkutan dan memajukan hutan lipur. Saya mencadangkan pembangunan terancang ini diteruskan ditambah baikan lagi. Kita perlulah meletakkan menghargai alam sekitar ini sebagai keutamaan. Kita perlulah lebih bertanggungjawab dan menghargai anugerah tuhan kepada kita semua.

8.5.2 Mewartakan Hutan Simpan

Hutan Simpanan Kekal Bekok ini telah diwartakan sebagai hutan simpanan kekal mulai tahun 29 Julai 2010 melalui warta 375 Negeri Johor selaras dengan Akta Perhutanan Negara (pindaan 1993). Sehubungan itu Pejabat Hutan Bekok telah ditempatkan di Bekok dengan diketuai oleh Pegawai Hutan Mohd. Hatta Bin Kassim dibantu oleh 11 orang kakitangan Jabatan Hutan. Pejabat yang lengkap ini dilengkapi dengan rumah kakitangan, sebuah pacuan empat roda dan tiga motor lasak.

Pewartaan ini diikuti dengan usaha memplot dan pemetaan kawasan hutan secara sistematik (Foto 2). Pewartaan ini bermaksud kawasan ini tidak akan dimajukan lagi samada untuk

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 23

pembukaan ladang pertanian, petempatan baru, pembalakan atau sebagainya. Ini menjamin kelangsungan ekosistem kawasaan ini sebagai Hutan Simpanan Kekal.

8.5.3 Kuat kuasa undang-undang Pengutkuasaan undang-udang adalah kaedah terbaik baik mengekang salah-laku khususnya pembalakan haram dan pemubukaan tanah pertanian secara haram yang secara total mengganggu dan merosakkan kesimbangan ekosistem di hutan simpanan kekal ini. Akta Perhutanan Negara (pindaan) 1993, Enakmen Perhutanan Negara (pemakaian) (pindaan) 1993, Negeri Johor memperuntukkan humukan madotori, denda tidak melebihi RM 500,000 dan penjara tidak kurang setahun tetapi tidak melebihi 20 tahun bagi kesalahan memeindahkan apa-apa hasil hutan dan pembukaan tanah pertanian tanpa kebenaran. Berdasarkan temubual saya besama pegawai ranger hutan dan kajian saya di tapak kajian, saya merasakan hukuman ini terlalu ringan dan tidak memadai untuk mereka yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu , demia masa depan generasi kita akan datang, saya mencadangkan supaya hukuman yang lebih berat wajar dikenakan seperti hukuman mandotori penjara ditingkatkan kepada tidak kurang daripada 7 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun. 8.5.4 Penyelidikan dan pembangunan Berdasarkan rujukan yang dibuat berdasaerkan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Johor (2006-2015) dengan dibantu oleh Pegawai Hutan Encik Mohd. Hatta, saya merumuskan bahawa usaha penyelidikan dan pembangunan merupakan entiti penting dalam road map pelan pengurusan hutan di Hutan Simpanan Kekal Bekok ini. Pejabat hutan telah melakukan kajian operasi yang membolehkan maklumat diakses dengan tepat dari lapangan. Ianya meliputi kajian mengenai tumbesaran, kadar ketumbuhan baru (ingrowth), kadar kematian dan gerak balas dirian tinggal terhadap intensity pengubahhasilan yang berlainan.
FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012 Page 24

Ianya telah dilakukan dikeluasan hutan 120.44 hektar (latitud, longitud: 249000/575000) mulai 1987 dan dikawasan seluas 136.37 hektar (latitude, longitud: 250000/578000) mulai 2005. Malalui plot hutan di ladang hutan seluas 0.50 hektar di Ladang Hutan 1.1 dan 1.5 contohnya pokok dari jenis pinus caribaae dan pinus merkesuii ditanam. Manakala di Ladang hutang 4.3B pula seluas 0.91 hektar pokok dari jenis meranti tembaga dan Jelutong ditanam. Usaha penyelidikan dan pembangunan ini perlulah diteruskan dan ditambah baikan dimana penanaman ladang hutan ini amat responsif dan berkesan untuk memastikan keseimbangan ekosistem dihutan simpanan kekal ini terus kekal.

9. RUMUSAN

Saya bersyukur kerana berkat usaha bersungguh-sungguh dan tidak mengenal penat akhirnya saya berjaya menyiapkan folio ini dengan baik. Kajian ini membolehkan saya mengaplikasikan dan membuat generalisasi khusus ketika memberi takrifan kepada konsep ekosistem dengan mengapikasikan apa yang dibaca dengan apa yang saya temui dilapangan. Saya lebih memahami dan akhirnya menyedari betapa pentingnya ekosistem kepada kelansungan saya dan semua.

Saya menyedari kepentingan ekosistem khususnya kepada keseimbangan cuaca dan iklim dan berpeluang melihat sendiri betapa pentinganya keseimbangan ekosistem ini khususnya kepada penduduk diperkampuangan asli disini. Air yang jernih dan bebas daripada toksid baja dan pengunaan racun tanaman. Justeru itu tindakan tegas perlulah dikenakan kepada mereka yang tidak bertanggung jawab merosakkan keseimbangan ekosistem di Hutan Simapanan Kekal Bekok ini.

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 25

Sebagai genenasi muda dan sebagai rakyat Malaysia, saya bersyukur kerana dapat merasai nikmat keseimabangan ekosistem kurniaan tuhan. Kita perlulah menghargai dan memeliharanya.

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 26

LAMPIRAN SENARAI 1 : DIANTARA SPESIS FLORA DAN FAUNA TERPELIHARA DI HUTAN SIMPANAN KEKAL BEKOK FLORA: Keruing Merah (dipterocarpus Verrucosus) Meranti Tembaga (shorea Leprosula) Kedondong (canaruium spp) Simpuh Gajah (dillenia Peticulata)

Keruing Gombang merah (dipterocarpus kunstleri) Keranji (dialium spp) Jelawai (terminalia spp) Kayu arang (diasouros spp) Kelempayan (neolamarka cadamba) Keruing gombang (dipteracarpus cornutus) Meranti rambai (shorea accuminata) Kundang remenia (boyea appstifolio) Meranti Kepong (shorea ovalis) Ara Bertih (parartacarpus bracteatus) FAUNA: Burung gelam (Ixobrychus cinnamonmeus) Koel (cuculidae) Merbah Kapur (pycnonotidea)
FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Ara kelempong (ficus spp) Terap nasi (artocarpus elsaticus) Melembu (pterocymbium javancum) Petaling (ochanostachus amentacea) Merawan bunga (hopea pubescens) Putat (barringtonia spp) Damar hitam (shorea matiflois) Karas (aquilaria malaccensis)

Pucong Kuak (Nycticorax) Berek-berek (meropidea) Perenjek pisang (sylviidea)


Page 27

Foto 1 : Hutan Simpanan Kekal Bekok

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 28

FOTO 2: KAWASAN HUTAN YANG DIPLOT DAN PETAKAN BAGI HUTAN SIMPANAN KEKAL BEKOK

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 29

FOTO 3: Akar yang besar membantu mengikat tanah mengurangkan larut lesap dan hakisan, membuka ruang tanah untuk membolehkan air diserap dan simpan di dalam tanah.

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 30

FOTO 4: Pokok-pokok hutan ditandakan dan dilabelkan namanya bagi meningkatkan pengetahuan pengunjung nama spesis hutan bersesuaian dengan fungsi hutan simpan ini sebagai perpustakaan

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 31

FOTO 5: PERKAMPUNGAN ORANG ASLI, KAMPUNG SRI TEMBAYAN, DIPERSISIR HUTAN SIMPANAN KEKAL BEKOK

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 32

FOTO 6 : TAKAH PENGKOI SUMBER AIR BERSIH PENDUDUK KAMPUNG TEMBAYAN DAN KAMPUNG KUDUNG

FOTO 7: ENCIK SENTOT BIN MAYA (PENDUDUK KAMPUNG SRI TEMBAYAN

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 33

FOTO 8: DIANTARA HASIL IKAN YANG BERJAYA DITANGKAP OLEH ENCIK SENTOT BIN MAYA, TAMAN BIN IHA DAN MANSOR BIN MELIM

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 34

FOTO 9 : KAWASAN PEMBALAKAN HARAM DI HUTAN SIMPANAN KEKAL BEKOK

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 35

FOTO 10 ; Kesan pembalakan haram di Takah Pengkoi

FOTO 11 ; Kesan peneresan tebing untuk pembinaan jalanraya, pokok tumbang dan runtuhan tanah ditanah cerun

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 36

Rujukan :
Buku Rujukan 1.Ismail Bin Ahmad. Biogeografi, Kajian Tentang Tumbu-tumbuhan Daratan. 1989. Dewan Bahasa Dan Pustaka. 2.Raunkiaer, C, The Life Forms of Plants and Statistical Plant Geography, 1964. Clarendon Press, Oxford 3.Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Rancangan Pengurusan Hutan Negeri Johor 2006 hingga 2015, 2006. Jabatan Perhutanan Negeri Johor. Buku Teks 1.Mohd. Jalil Bin Mohamed, Hj Rodzli Bin Hashim, Hjh Mahani Binti Haji Mahbar. Geografi Tingkatan 3. 2004. Johor Central Store Sdn. Bhd 2.Chong Mui Sen, Dr. Azizan Bin Hj Abu Samah, 2002. Geografi Tingkatan 1. Sasbadi Sdn, Bhd. Orang Sumber Encik Sentot bin Maya . (721112-01-4567) No 3, Kampung Tembayan. Bekok Encik Taman bin Iha (660122-01-4577) No 4, Kampung Tembayan, Bekok Ranjer Hutan Mohd. Hatta Bin Kassim (590123-06-8457) Pejabat Hutan Bekok , Jabatan Perhutanan Negeri Johor.

FOLIO GEOGRAFI SMKSB, 2012

Page 37

Anda mungkin juga menyukai