Anda di halaman 1dari 23

1.

0 Cabaran Globalisasi

Kita sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman di mana proses penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang diperkatakan, kita sudah hampir pasti mengatakan kepelbagaian adalah satu ketidaksempurnaan. Malah dapat diperhatikan dalam semua aspek kehidupan kita yang sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret kita ke dalam satu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh pelusuk dunia. Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuaan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan globalisasi. Namun begitu kita tidak pula memandang ianya satu sikap yang kritikal terhadap proses ini. Dalam keghairahan untuk diglobalisasikan, kita semakin terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Satu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus membentuk seluruh tamadun hidup semasa. Itulah hakikat globalisasi sebenarnya di mana ia adalah satu proses penyeragaman dan penyamarataan semua untuk satu dan satu untuk semua. Globalisasi dilihat sebagai satu fahaman bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan nilai murni dan mulia sebagai objektif. Akibat dari nilai -nilai global yang dibentuk serta didalangi dan didukungi oleh kefahaman dan

pandangan hidup barat. Maka kehidupan yang dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak berdasarkan pegangan agama tidak lagi dapat diterima. Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan mengambilkira semua aspek dan kepentingan setiap warga dunia, kenapakah realiti globalisasi yang sedang berjalan kini tidak menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin ketara fenomena dunia yang bersifat unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu blok kuasa iaitu blok kuasa barat sahaja. Yang semakin jelas ialah bukan konsep menyeluruh itu yang ditekankan tetapi sebaliknya konsep semua untuk satu yang menjadi agenda barat. Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan globalisasi ke atas golongan remaja, sebenarnya kita sudah agak lewat untuk membuat satu penilaian kritikal bagi mempersiapkan golongan tersebut menghadapi fenomena ini.

Malah kesan globalisasi sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa besar dalam pelbagai bentuk seperti badan ekonomi, badan korporat dan konglomerat teknologi. Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya sendiri. Dalam kegairahan untuk megejari gaya hidup global yang ditandai oleh pelbagai ciri kehidupan barat, masyarakat kita dan anak-anak muda secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat saksikan globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia. Pengamatan yang jelas dapat membuktikan pelbagai kesan dan dapat disaksikan dengan insiden-insiden dan trend kebendaan seperti pakaian berjenama barat, makanan segera barat, minuman global yang ditaja barat, produk rokok yang menajakan budaya hidup barat rekreasi yang meniru ala barat dan banyak lagi. Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal implikasi globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Hanya golongan yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita akan tetap terus yakin dan tegas dalam mempertahankan jati diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi akan menenggelam dan melemaskan semua golongan dengan nilai dan pegangan hidup yang sangat mengelirukan dan palsu. (dipetik dari Utusan Pengguna, November 1997)

2.0 Fenomena Kebendaan Budaya Barat

Kita sering tertanya-tanya adakah generasi kini dan yang akan datang dapat mempertahankan budaya dan adat resam yang telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi? Sudah tentu jawapannya tidak. Ini terbukti sejak akhir-akhir ini kita dapat melihat dan merasai bahawa budaya dan adat resam yang telah diamalkan semakin pudar. Budaya yang menunjukkan ciri-ciri ketimuran masyarakat kita seolah-olah telah dtransformasikan manjadi satu budaya baru yang lebih kepada budaya materialistik. Kita dapat melihat pelbagai bentuk kebendaan yang telah ditonjolkan dan kini menjadi ikutan oleh masyarakat kita tanpa rasa malu dan bersalah. Antara kebendaan yang semakin dipelopori dalam era globalisasi ini adalah seperti berikut. i) Pakaian dan aksesori Berjenama dari Barat Apabila kita memerhati di kompleks beli-belah di sekitar ibu Negara mahupun di tempat-tempat yang lain, kita dapat menyaksikan ramai masyarakat Malaysia menjual, memakai atau menggunakan barangan berjenama seperti Louis Vuitton, Gucci, Prada, Gergio Armani, Savatore Faragamo, Dior dan banyak lagi yang sudah tentu datangnya dari barat. Pandangan kita tentunya tidak terlepas dari memandang baik dari segi pakaian yang menyaluti tubuh mereka, aksesori seperti beg tangan sehinggalah kepada telefon bimbit, kenderaan yang dipandu, produk-produk kecantikan dan kesihatan, malah penggunaan cermin mata hitam yang dipakai semuanya barangan yang berjenama dan sudah pasti harga barangan tersebut mahal. Kebanyakan golongan yang memakai barangan yang

berjenama akan mengunjungi kafe-kafe atau restoran-restoran yang elit dan mewah seperti Starbucks, Coffe Bean, hotel bertaraf lima bintang dan sebagainya. Topik yang melingkari kehidupan mereka menjadi bualan ketika bersembang sesama mereka ialah tentang ketaasuban mereka terhadap barangan dan kebendaan berjenama dan yang terkini yang sering terpampang di media cetak ataupun media elektronik. Jika dahulu golongan yang memakai barangan berjenama sering dikaitkan dengan status seseorang, tetapi tidak lagi pada zaman era globalisasi ini, kebanyakan masyarakat Malaysia sudah mampu memakai atau menggunakan barangan yang

berjenama. Sikap seperti ini telah menjadi ikutan rakyat Malaysia yang lain. Mereka berlumba-lumba untuk memenuhi keperluan diri yang tidak sepatutnya itu yang ingin menempatkan diri dalam golongan yang tidak ketinggalan dalam semua sudut kebendaan dari segi berfesyen atau menggunakan gajet terkini. Citarasa masyarakat Malaysia dewasa kini semakin jauh berubah. Mereka lebih berminat memakai dan menggunakan serta membeli barangan keluaran luar Negara berbanding dengan barangan keluaran tempatan sendiri.

ii)

Makanan Segera Keluaran Barat Selain daripada penggunaan barangan yang berjenama, masyarakat kita juga gemar makanan keluaran barat seperti Mc Donalds, KFC dan banyak lagi. Bagi mereka makanan keluaran barat ini lebih terjamin kesedapannya dan berkualiti. Golongan seperti ini memang kurang berminat dengan makanan tempatan. Sikap mereka yang lupa tentang asal usul diri dan membiarkan diri mereka diglobalisasikan oleh barat membuatkan mereka semakin jauh dan tenggelam dengan era globalisasi.

iii)

Minuman Global Yang Ditaja Oleh Barat Kita sering melihat jenama minuman seperti Pepsi, Coca Cola dan sebagainya di mana-mana sahaja sama ada di media masa, media cetak mahupun media elektronik. Minuman global ini

sebenarnya mencari ruang untuk menjadi minuman yang dapat memonopoli dunia daripada jenama-jenama yang lain. Mereka ingin masyarakat di dunia supaya gemar akan akan produk yang ditaja oleh mereka.

iv)

Produk Rokok Yang Menajakan Budaya Hidup Barat Pada era globalisasi ini mungkin sudah menjadi lumrah masyarakat Malaysia mengamalkan gaya hidup bebas yang kononnya mengikut trend dan tidak ketinggalan zaman. Sikap suka merokok mengikut budaya barat sama ada lelaki mahupun wanita

sememangnya mendatangkan kesan yang buruk terhadap diri dan

masyarakat di sekeliling. Tanpa disedari, mereka merupakan salah satu ejen penyebaran yang menajakan hidup barat. Permasalahan ini tidak dipandang serius oleh masyarakat kita pada zaman sekarang kerana mereka semua berada dalam era globalisasi yang menjanjikan satu untuk semua.

v)

Rekreasi Yang Meniru Ala Barat Antara pusat rekreasi yang sedang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ialah Spa Kecantikan dan kesihatan yang dahulunya sangat terkenal di negara barat dan kini telah menjadi budaya ikutan masyarakat di negara ini terutamanya golongan elit yang sering mengamalkan budaya memanjakan diri pada era globalisasi.

Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri masyarakat terutamnya golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, masyarakat kta semakin terdedah kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya hidup timur.

3.0 Faktor Yang Menyebabkan Pengaruh Budaya Kebendaan Barat Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia.

Dalam era globalisasi kini yang sering berkembang dan berubah dalam pelbagai sudut kebendaan telah menampakkan masyarakat hari ini lebih ke arah budaya kebendaan barat. Banyak pengaruh yang menjadi ejen-ejen dalam penyebaran pengaruh budaya barat dalam mendominasi masyarakat di dunia. i) Media Massa Di sini, kita dapat lihat bahawa media massa merupakan medium yang sangat penting dalam mempengaruhi minda masyarakat. Dengan adanya media massa berbentuk media cetak sehinggalah ke media elektronik seperti televisyen, radio, internet, surat khabar, risalah, majalah dan juga papan iklan, maka segala maklumat dapat disampaikan kepada masyarakat dengan tepat dan cepat. Sasaran yang lebih kepada golongan remja menyebabkan penyebaran kebendaan merebak dengan pantas. Remaja merupakan pembeli utama majalah hiburan dan fesyen. Pendedahan secara meluas kepada gaya semasa, sedikit sebanyak telah mewarnai dan

mencorakkan kehidupan mereka. Apa sahaja benda atau rekaan terbaru di pasaran, pasti mereka akan berusaha untuk

mendapatkannya. Dalam memburu keinginan dan kehendak ini, remaja sebenarnya tertipu akan barangan berjenama barat atau apaapa shaja slogan yang digunakan oleh pengeluar barangan yang hanya merujuk kepada kualiti dan sifat barangan tersebut, tetapi bukan sifat si pemakainya. Sementara gaya atau model yang ditampilkan pula sememangnya sempurna dari segala segi. Perkara yang penting di sini ialah tidak semestinya apa-apa yang digunakan atau dipakai ke badan model sesuai dengan diri si pembeli. Iklan-iklan yang hebat dapat mempengaruhi masyarakat dan golongan muda dengan warna-warna yang menarik perhatian dan yang paling penting, iklan-iklan sering memaparkan promosi-promosi yang sering menjerat pengguna untuk berfikiran bahawa mereka harus memiliki barang yang diiklankan itu. Di sini, pengguna lebih bersifat ke arah kebendaan barat mungkin kerana iklan mempengaruhi mereka

untuk membeli barangan yang tidak penting untuk dimiliki dan kadang kala tidak berguna dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini adalah disebabkan apabila masyarakat melihat iklan-iklan yang

mempromosikan barang yang menarik terutamanya iklan barangan yang berjenama barat seperti Levis, Gucci dan sebagainya , mereka akan terus membeli barang tersebut kerana berpendapat bahawa memiliki barangan berjenama adalah sesuatu yang melambangkan status ataupun taraf seseorang dan apabila mereka memiliki barangan berjenama berkenaan mereka beranggapan bahawa status mereka jauh lebih tinggi dari orang yang tidak menggayakan pakaian ataupun aksesori tersebut. Hampir semua pengguna amat mengharapkan kepuasan yang maksimum terhadap barangan yang ingin dimilkinya dan disebabkan itulah mereka lebih memandang tinggi terhadap barangan berjenama barat yang berkualiti tanpa mementingkan soal wang ringgit khususnya bagi golongan berada dan yang berkemampuan. Selain itu,

masyarakat pada era globalisasi ini berfikiran bahawa barangan yang berjenama mempunyai kualiti yang lebih baik berbanding dengan barangan yang murah dan yang tidak berjenama. Bagi sesetengah pengguna pula, mereka berpendapat bahawa dengan memiliki barangan yang berjenama barat seperti Louis Vuitton, Gucci, DKNY dan sebagainya mereka akan merasa kepuasannya dan tidak akan difahami oleh orang lain. Umum mengetahui, masyarakat hari ini lebih memandang kepada status seseorang jika memiliki banyak barangan berjenama dari Negara barat ini, reputasi seseorang akan lebih terjaga khususnya kepada golongan yang terlalu mementingkan taraf dan kedudukan.

ii)

Persekitaran Faktor persekitaran juga mempengaruhi sikap dan juga tingkah laku seseorang. Sebagai contoh, apabila seseorang dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan sering dilimpahi dengan semua barangan mewah sejak dari kecil, maka tidak hairanlah apabila mereka dewasa kelak mereka lebih memandang kepada barangan yang berjenama

terutamanya barangan dari barat. Mereka yang hidup dikelilingi oleh orang yang kaya dan mementingkan jenama juga akan terasa terpengaruh untuk membeli barangan berjenama. Hal ini adalah kerana mereka akan merasa tergugat dengan orang yang berada disekeliling mereka yang memiliki barangan berjenama tersebut.

iii)

Pertumbuhan Ekonomi yang Pesat Ekoran daripada pertumbuhan ekonomi yang pesat, maka kebanyakan masyarakat kita mampu membeli barangan yang diingini. Hal ini disebabkan oleh pendapatan isi rumah yang semakin meningkat dan menyebabkan masyarakat lebih cenderung untuk berbelanja lebih dari kebiasaannya. Mereka berpendapat bahawa jika pendapatan meningkat, mereka mampu untuk membeli barang yang sudah lama dihajati. Namun begitu jika pendapatan isi rumah meningkat, harga barang-barang di pasaran juga akan meningkat dan pengguna juga akan mengalami kerugian. Oleh itu, mereka akan melakukan apa-apa sahaja untuk memenuhi kemahuan dan impian mereka.

iv)

Sikap Bersaing Mengejar Kemewahan Selain itu, masyarakat Malaysia juga mempunyai sikap bersaing antara satu sama lain. Hal ini adalah kerana apabila melihat orang yang lebih bagus kedudukan ekonominya ditambah lagi apabila orang tersebut memiliki banyak barang berjenama, maka rasa persaingan akan wujud untuk melihat ekonomi siapa yang lebih kukuh. Apabila wujudnya persaingan, maka keinginan untuk mengatasi antara satu sama lain akan wujud di dalam diri masing-masing dan ketika itulah sikap ingin menunjuk-nunjuk akan timbul. Hal ini akan menyebabkan masyarakat bersikap materialistik dan membeli barangbarang di luar kemampuan mereka hanya dengan tujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk bahawa mereka pun mampu untuk memiliki barangan berjenama barat yang tinggi harganya. Mereka juga akan beranggapan bahawa masyarakat luar akan memandang tinggi jika mereka menggunakan barangan dan pakaian yang berjenama barat.

Faktor-faktor

sebeginilah

yang

boleh

menyebabkan

penyebaran

era

globalisasi semakin cepat dan ianya merupakan perkara yang serius tetapi tidak terlintas di fikiran masyarakat pada masa kini, ianya merupakan penyakit yang menular dan berbahaya kepada diri, masyarakat dan seterusnya Negara.

4.0 Impak Terhadap Masyarakat Malaysia Sememangnya, budaya kebendaan atau lebih dikenali sebagai materialistic mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat Malaysia khususnya, dimana ianya boleh dibahagikan kepada dua aspek iaitu kesan positif dan negatif. Malaysia merupakan sebuah Negara yang sedang pesat membangun dan dijangka akan mencapai Negara maju menjelang tahun 2020. Namun dalam mengejar kemajuan, nilai-nilai MORAL tidak haruslah diketepikan begitu sahaja. Sebelum mencapai wawasan 2020 seperti yang di perkatakan oleh mantan Perdana Menteri kita yang ke-empat iaitu Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad. Malaysia telah mengalami satu arus perubahan yang amat ketara dari segi sosialnya. Antara perubahan yang dapat kita lihat ialah budaya kebendaan barat yang se makin mendominasi masyarakat Malaysia pada masa kini. i) Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja Berdasarkan kepada pemerhatian, antara impak negatif yang dapat kita bincangkan akibat daripada pengaruh kebendaan barat terhadap masyarakat Malaysia ialah dengan timbulnya masalah sosial dalam kalangan remaja seperti masalah pelacuran. Masalah pelacuran akan berlaku apabila sesetengah remaja sanggup menggadaikan maruah diri demi mendapatkan apa yang mereka hajati dan diinginkan. Hal ini kerana faktor kurangnya kemampuan untuk memiliki barangan berjenama barat kerana harganya yang amat mahal. Sememangnya, perkara ini tidak seharusnya berlaku dalam mayarakat Malaysia kerana ini bukan sahaja mencemarkan maruah diri sendiri tetapi juga maruah keluarga, bangsa dan Negara.

ii)

Sikap Mementingkan Diri Sendiri Selain itu, impak negatif yang berlaku terhadap masyarakat Malaysia adalah sikap yang mendorong ke arah mementingkan dri sendiri tanpa mengambil berat tentang kebajikan orang lain. Dimana keadaan seperti ini akan membawa banyak keburukan kepada orang lain sedangkan masyarakat Malaysia terkenal dengan budayanya yang tersendiri seperti, tolong-menolong dan bantu-membantu. Masyarakat secara umumnya perlulah prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik. Sebagai contoh, kita seharusnya menyumbangkan derma kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa dan budaya daripada menbelanjakan duit tersebut dengan membeli pelbagai barangan yang berjenama barat yang mempunyai harga yang mahal. Dengan ini, secara tidak langsung kita dapat memberikan bakti dan sumbangan kepada orang lain.

iii)

Jurang Sosial Antara Masyarakat Selain permasalahan yang telah dinyatakan di atas, terdapat juga masalah sosial lain yang berlaku iaitu berlakunya jurang sosial antara masyarakat. Dimana orang yang mempunyai kemewahan seperti melalui cara pemakaiannya yang menggunakan pelbagai barangan yang mempunyai jenama besar dari barat seperti Levis, Prada, Louise Vuitton dan sebagainya akan dipandang tinggi dan juga lebih dihormati berbanding dengan orang yang hanya memakai barangan buatan tempatan yang tidak berjenama. Hal ini akan menimbulkan ketidakpuasan dalam sesetengah masyarakat itu. Dalam pada itu, masalah ini juga akan menimbulkan perasaan individualistik, mementingkan diri sendiri, serta perasaan tinggi diri (ego) yang akan memberi kesan negatif kepada pembentukan gagasan 1 malaysia seperti yang talah diwar-warkan oleh Perdana Menteri kita yang keenam, Yang Amat Berhormat Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.

iv)

Jenayah Selain itu masalah yang berlaku akibat daripada budaya kebendaan barat ialah sesetengah masyarakat akan melakukan apa

10

sahaja cara untuk mencapai kesenangan ataupun ingin memiliki kemewahan walaupun dengan cara yang tidak HALAL. Pernyataan tidak halal ini bermaksud melakukan sesuatu perbuatan yang dilarang oleh Agama. Sebagai contoh, melakukan kes penculikan, ragut ,rasuah dan sebagainya. Dan ini secara tidak langsung akan mengundang bahaya serta mampu mengancam keselamatan masyarakat umum. Ia juga akan menyebabkan kesejahteraan dan kemakmuran rakyat tergugat.

v)

Kepincangan Institusi Sesebuah Keluarga Selain itu, budaya kebendaan barat mampu membawa kesan negatif kepada sesebuah institusi keluarga itu. Dalam sesebuah institusi kekeluargaan pula sekiranya mereka mementingkan

kebendaan atau bersikap materialistik mereka akan menumpukan perhatian kepada kerjaya semata-mata tanpa memikirkan keharmonian dalam keluarga sehingga membawa banyak masalah kepada

sesebuah keluarga. Hal ini boleh berlaku apabila kedua-dua ibu bapa tidak mempunyai waktu untuk meluangkan masa bersama anak-anak mereka sehingga menjadi penyebab utama kepada berlakunya keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan. Sebaliknya kita harus mempunyai kesedaran bahawa apabila seseorang itu terlalu

mementingkan kehendak mereka tanpa mengetahui baik dan buruknya sesuatu keadaan, itu merupakan nafsu semata-mata.

vi)

Ketidakstabilan Ekonomi Negara Budaya kebendaan barat ini juga mampu memberikan impak negatif dari aspek ekonomi Negara kita. Impak negatif yang dimaksudkan adalah barangan buatan Malaysia tidak mampu bersaing dengan barangan luar Negara dan menyebabkan kepada

ketidakstabilan ekonomi Negara. Dimana kita dapat melihat walaupun kosnya tinggi tetapi dalam masa yang sama dapat menjamin kualiti yang sangat baik. Sebagai contoh, mengimport lebih banyak kereta buatan Negara asing sehingga mengabaikan kereta buatan Negara

11

sendiri dimana hal ini akan menyebabkan lebihan keluaran mata wang ke Negara asing lalu mengurangkan keuntungan Negara.

vii)

Pembaziran Pengaruh budaya kebendaan barat terhadap masyarakat Malaysia juga menyebabkan pembaziran yang keteterlaluan.

Sesetengah masyarakat kita sanggup beberbelanja dengan boros untuk mendapatkan sesuatu tanpa memikirkan kesan dan akibat yang berlaku. Terdapat segelintir masyarakat yang sanggup meminjam daripada ceti haram untuk memuaskan kehendak mereka. Selain itu, kesan daripada masalah ini boleh menyebabkan kualiti hidup akan menurun kerana dibebani oleh beban hutang yang banyak.

viii)

Meningkatkan Taraf Hidup Masyarakat Namun yang demikian, walaupun budaya kebendaan barat ini memberikan impak yang negatif terhadap masyarakat Malaysia dan juga ekonomi Negara, tetapi pada masa yang sama juga ia mampu memberikan impak positif kepada sosio-ekonomi umumnya. Antara kebaikan pengaruh budaya kebendaan dalam kalangan masyarakat Malaysia ialah, meningkatkan taraf hidup masyarakat. Hal ini dapat dinilai apabila nasyarakat berlumba-lumba untuk memperbaiki taraf ekonomi dan sosial dan ini secara tidak langsung mampu

meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia.

12

5.0 Cara Mengatasi Masalah Pengaruh Budaya Kebendaan Barat

Globalisasi sebenarnya juga penting kepada sesebuah Negara. Namun ianya perlu dikawal oleh Negara tersebut agar cara hidup dan budaya mereka tidak hilang ditelan oleh era globalisasi. Pelbagai agensi dan pihak perlu mengabil serius dalam menangani permasalahan ini agar ianya menular kepada masyarakat kita dengan cara yang betul, sesuai dan terkawal.

i)

Perana Ibu dan Bapa Terhadap Anak-anak Ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam mendidik anak mereka serta tidak terlalu memanjakan anak-anak mereka dengan pemberian pelbagai barangan yang berjenama terutamanya dalam lingkungan umur remaja dengan cara mengawal setiap perbelanjaan mereka dan memastikan setiap wang yang diberikan kepada anakanak mereka perlu dibelanjakan ataupun digunakan dengan bijak bagi mengelakkan berlakunya pembaziran. Ini dapat dilihat dengan penggunaan wang yang diberi itu dengan membeli keperluan yang lebih berfaedah seperti buku-buku pelajaran dan bukanya

menggunakan wang itu membeli pelbagai barangan mewah yang berjenama. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang amat penting

terhadap anak-anaknya. Hal ini kerana dunia remaja adalah sebuah dunia yang rapuh dan mudah terpengaruh dengan keadaan

persekitaran terutamanya oleh rakan sebaya. Ibu bapa sebagai orang yang terdekat seharusnya mengawasi setiap tingkah laku anak mereka. Pengaruh ke atas barangan-barangaan berjenama mewah ini perlu diberi perhatian oleh ibu bapa di peringkat awal seperti kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya agar apabila dewasa kelak, mereka tidak akan terpengaruh dengan budaya barat yang sedikit sebanyak dapat melunturkan nilai dan norma masyarakat Malaysia pada masa kini.

13

ii)

Bijak Memilih Barangan Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa barangan berjenama kebiasaannya mempunyai kualiti yang amat baik yang sesuai dengan harganya. Namun begitu, kita juga perlu menerima hakikat bahawa masih banyak lagi barangan keluaran tempatan yang terdapat di Malaysia atau yang kurang berjenama memiliki kualiti yang hampir sama. Jenama-jenama yang terkenal telah menjadi daya tarikan dalam kalangan rakyat negara ini kerana mereka beranggapan bahawa apabila mereka menggunakan sesuatu jenama tersebut ianya akan membawa atau menampilkan satu budaya hidup moden, bergaya dan mengikut peredaran masa (tidak ketinggalan zaman).

iii)

Amalan Berjimat Cermat Selain daripada itu, masyarakat di negara ini perlulah menanam sikap berjimat cermat. Hal ini amatlah penting untuk mengurangkan setiap perbelanjaan dan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan pembaziran.

iv)

Peranan Media Massa Seterusnya peranan media massa seperti media elektronik ataupun cetak perlulah memainkan peranan dengan

memperbanyakkan paparan mengenai barangan buatan tempatan bagi memastikan rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan budaya kebendaan yang mana memberikan impak negatif terhadap rakyat Malaysia. Seperti yang kita lihat di dalam majalah-majalah hiburan seperti Hai, Media hiburan, surat khabar, iklan-iklan di televisyen ataupun iklan-iklan di papan-papan iklan pada hari ini kebanyakannya memaparkan maklumat ataupun cerita yang berkaitan dengan budaya meterialistik barat dan ianya ditambah lagi dengan cerita-cerita orang kenamaan dan artis tempatan yang menggunakan pelbagai barangan berjenama mewah di dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh di dalam akhbar Utusan Malaysia yang memaparkan budaya meterialistik yang diamalkan dalam kalangan artis iaitu Dato Siti Nurhaliza yang telah membelanjakan RM100 ribu

14

ringgit untuk memiliki barangan berjenama iaitu lebih daripada 20 jenis termasuk beg tangan, dompet dan beg pakaian berjenama Louis Vuitton. Tambahan pula, pada hari jadinya yang ke 31 tahun pada 11 January 2010 yang lalu, suaminya telah menghadiahkan Siti Nurhaliza dengan sebuah bag tangan yang berjenama Louis Vuitton yang berharga RM40 ribu ringgit. Beg tersebut yang merupakan edisi terbaru jenama tersebut dan merupakan satu-satunya model yang dijual di Kuala Lumpur ketika ini dan pada hari jadinya yang ke 30 tahun tahun lalu juga suaminya telah menghadiahkan seutas jam tangan Richard Mille berharga RM200,000 ribu ringgit. Ini juga dapat dilihat daripada hantaran perkahwinan penyanyi yang diberi oleh suaminya seperti set permata Chopard, kain lace, beg tangan Louis Vuitton dan seutas jam tangan Roger Dubuis semasa pernikahan. Apabila media lebih memilih untuk memaparkan pelbagai barangan barat yang berjenama berbanding memaparkan barangan buatan tempatan ini akan menyebabkan para pembaca lebih mengetahuhi dan tertarik kepada barangan berjenama barat

berbanding dengan barangan buatan tempatan. Hal ini akan menyebabkan barangan buatan tempatan tidak mendapat tempat dihati pengguna dan sekaligus dipinggirkan berbanding barangan buatan barat yang semakin mendapat sambutan dan menjadi kegilaan rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, media massa perlulah mengambil langkah yang sewajarnya dengan memperbanyakkan paparan mengenai barangan buatan tempatan berbanding barangan buatan barat agar rakyat negara ini tahu akan kelebihan dan kualiti buatan tempatan berbanding dengan barangan buatan barat.

v)

Menjalankan Pelbagai Kempen Antara cara lain untuk menangani budaya meterialistik barat ini, pihak kerajaan juga perlulah memainkan peranan dengan menjalankan pelbagai bentuk kempen seperti Belilah Barangan Buatan Malaysia sebagai usaha untuk membantu merangsang ekonomi negara, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, telah melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia pada 16 Januari

15

2009. Kempen ini akan dijalankan sepanjang tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan Malaysia. Kempen ini perlu diperluaskan ke seluruh negara untuk memberi impak kepada sektor ekonomi. Justeru itu, Pejabat-Pejabat Negeri dan Cawangan-

Cawangan KPDNHEP harus memainkan peranan masing-masing untuk menjayakan kempen tersebut. Untuk menjayakan kempen itu, masyarakat pengguna, penjual, pengilang dan media perlulah membantu kerajaan dengan bersungguh-sungguh agar kempen seperti ini benar-benar membuahkan hasil yang diharapkan.

vi)

Beli Barangan Buatan Malaysia Setiap pengguna seharusnya mengubah sikap dan tanggapan terhadap barangan buatan tempatan. Kita tidak boleh menafikan masih ramai rakyat Malaysia terutama golongan pertengahan dan atasan yang lebih cenderung untuk membeli barangan buatan barat. Jika sikap sedemikian berterusan, kempen yang dijalankan kerajaan ini akan terbantut. Dengan membeli barangan tempatan, kita bukan sekadar menyokong industri tempatan malah membantu melestarikan ekonomi negara. Membeli barangan tempatan sekurang-kurangnya mengurangkan pengaliran wang negara keluar. Membeli dan

menggunakan barangan tempatan adalah tindakan awal yang perlu kita ambil untuk bersama-sama menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara

vii)

Kerjasama Pertubuhan Badan-Badan Bukan Kerajaan Selain itu pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan(NGO) amatlah penting dalam menangani masalah ini. Pertubuhan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) perlu digerakkan bagi membentuk remaja yang bersifat dan berlandaskan kepada ajaran agama, budaya dan jati diri yang kukuh. Masalah-masalah sosial remaja atau tingkah laku sosial remaja yang tidak terkawal perlu ditangani secara berterusan. Hal ini penting kerana tanda kepada keruntuhan nilai, budaya, dan moral dalam kalangan remaja semakin terasa di negara kita sejak kebelakangan ini.

16

Ini

kerana

apabila

kerajaan

menjalankan

kempen

yang

sedemikian ianya akan membuka mata rakyat Malaysia akan kesungguhan kerajaan dalam mempromosikan barangan buatan tempatan yang setanding dengan barangan buatan barat sekaligus dapat mempertingkatkan penjualan barangan tersebut. Hasil daripada promosi yang dijalankan secara besar-besaran dan mendapat liputan media massa, ianya akan dapat menaikkan nama negara sekaligus pendapatan negara. Kerajaan juga telah melakukan pelbagai usaha bagi memupuk kesedaran dan semangat patriotisme dalam kalangan belia negara yang semakin diperlukan pada alaf baru ini ekoran daripada pelbagai cabaran yang bakal dihadapi oleh mereka terutamanya ancaman globalisasi seperti budaya meterialistik barat yang semakin hari semakin meresap ke dalam jiwa mereka. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Hishammuddin Tun Hussein berkata, kesedaran patriotisme itu perlu dalam membina kekuatan dalaman diri yang akan menjadi tonggak kekuatan diri masing-masing daripada terpengaruh dengan budaya-budaya barat serta mengenali apa yang harus ditapis dan dikikis bukan saja pengaruh dari budaya barat tetapi segalagalanya yang mempunyai unsur-unsur kebarataan.

17

6.0 Penutup Konklusinya, sikap materialistik banyak memberikan impak negatif

berbanding positif. Faktor ekonomi, politik dan juga sosial mempengaruhi budaya hidup sesebuah masyarakat. Dari aspek ekonomi, kita boleh lihat apabila pertumbuhan ekonomi yang pesat berlaku maka pelbagai faktor mempengaruhi dan diantaranya ialah persaingan. Apabila persaingan berlaku, maka masyarakat akan lebih berusaha dan bekerja keras untuk meningkatkan taraf hidup bagi memperbaiki kehidupan mereka. Bagi faktor sosial pula media massa seperti iklan, majalah, internet dan juga radio memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi pemikiran

masyarakat, kerana setiap hari kita disajikan pelbagai penawaran yang bercorak kebendaan barat dimana ianya akan menarik minat masyarakat untuk memiliki barangan tersebut. Corak hidup dan juga persekitaran individu juga meningkatkan minat ke arah budaya materialistik itu sendiri yang mana jika seseorang individu dibesarkan dengan dilimpahi kemewahan, maka sudah tentulah apabila menjadi dewasa kelak mereka akan terus cuba mendapatkan setiap barangan yang ingin dimilikinya. Populariti artis tempatan itu sendiri adalah sebagai pendorong budaya kebendaan ini. Hal ini kerana golongan artis sering menjadi idola dan ikutan masyarakat baik dari segi pakaian mahupun penampilan mereka. Golongan artis kebanyakannya lebih memilih untuk menampakkan diri dan cara hidup mereka lebih mewah dan bergaya contohnya dengan memakai beg tangan yang berjenama seperti Louia Vuitton. Jadi secara tidak langsung masyarakat tempatan semakin hari semakin berminat untuk mendapatkan barangan seperti idola mereka tidak kira sama ada ia maha ataupun tidak. Filem-filem ataupun drama tempatan pada hari ini kebanyakannya lebih berminat untuk membawakan cerita yang memaparkan cara hidup yang mewah. Keadaan ini sekaligus mendekatkan lagi budaya kebendaan kepada masyarakat dalam kehidupan mereka. Budaya materialistik yang diamalkan tanpa batasan akan mempengaruhi kehidupan seseorang. Seseorang itu mungkin akan melupakan budaya dan adat yang diamalkan sejak turun-temurun. Oleh itu, sikap atau budaya kebendaan barat ini perlu ditangani dengan segera agar ia tidak menular dalam sanubari masyarakat di Malaysia.

18

Dapat disimpulkan di sini bahawa, budaya kebendaan barat sememangnya lebih banyak mendatangkan kesan negatif daripada kesan positif secara umumnya kepada masyarakat Malaysia. Ini dapat dibuktikan berdasarkan pengamatan yang dapat dilihat dengan jelas. Oleh yang demikian pelbagai langkah perlulah diambil oleh kerajaan dan masyarakat sendiri bagi mengelakkan budaya ini terus diamalkan oleh masyarakat Malaysia khususnya. Sekiranya masalah ini tidak dibendung atau diatasi dengan segera, ianya akan melunturkan nilai dan moral masyarakat Malaysia.

19

7.0 Lampiran GAMBAR YANG MENUNJUKKAN CONTOH-CONTOH BUDAYA METERIALISTIK BARAT YANG TERDAPAT DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA

(Diantara barangan yang berjenama dari barat yang menunjukkan sikap meterialistik kepada si pemilik dan pemakainya berikutan dari harganya yang begitu mahal mencecah ribuan ringgit untuk satu barang sahaja contohnya seperti yang diatas barangan berjenama GUCCI yang berasal dari negara ITALI iaitu kasut, bag tangan dan sebagainya)

20

(Dato Siti Nurhaliza Taruddin bersama dengan sebuah bag tangan yang berjenama Louis Vuitton yang berharga RM40000 ringgit Malaysia. Beg tersebut yang merupakan edisi terbaru jenama tersebut dan merupakan satu-satunya model yang dijual di Kuala Lumpur ketika ini)

(Para artis di Malaysia yang menggunakan barangan berjenama dari barat seperti Loise Vuitton yang berasal dari negara Paris dan Gucci berasal dari negara Itali yang berharga ribuan ringgit bagi setiap barangannya)

21

(Diantara contoh barangan berjenama dari barat yang menjadi plihan jenerasi muda zaman sekarang untuk digayakan dalam kehidupan seharian seperti Adidas, Nike dan Levis)

(Budaya memanjakan diri di Spa yang dahulunya sangat terkenal di barat tetapi kini telah menjadi budaya rakyat negara ini terutamanya bagi golongan elit)

(Pelbagai jenama cosmetics dari barat seperti MAC,DIOR,CHANEL dan BOBBI BROWN yang menjadi pilihan pengguna terutamanya wanita berbanding cosmetics buatan tempatan contohnya AVON)

22

8.0 RUJUKAN - Muhammad Haffy Zikry, 2009 , Dewan Siswa ,Remaja Dipasung Jenama, Dawama Sdn.Bhd. - Che Mahzan Ahmad, 2009 , Dewan Siswa, Pesona Jenama, Dawama Sdn.Bhd. - Hamzah Hamdani, 2009 , Dewan Bahasa Dan Pustaka. - Haw Tian Soo, 6.5.92 ,Dr Mahathir Mahu Belia Siap Sedia, Berita Harian. - 6.12.92 ,Belia Profesional Tahun 2020 Akan Punyai Hidup Tersendiri, Utusan Malaysia Amir Sarifudin, 19.2.2001 ,Generasi Muda Perlu Pupuk Semangat

Patriotisme, utusan Malaysia. - 19.2.2001, Kesedaran Patriotisme Di Kalangan Belia Perlu, Utusan Malaysia. - www.Utusan.com.my, 12.1.2010 , Bag Tangan Lv Buat Siti, Utusan Malaysia, diekses pada 24.1.2010. -Sadatul Mahiran Rosli dan Wan Syamsul Almy, 22.8.2006, Siti Sah Jadi Isteri Datuk K, Utusan Malaysia -www.Pusat Maklumat Rakyat.Penerangan.gov.my/Kempen Belilah Barangan Buatan Malaysia, 6.1.2009, Ucapan Y.B Dato Shahrir bin Abdul Samad Menyeri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, diekses pada 24.1.2010.

23