Anda di halaman 1dari 6

KOMUNIKASI DALAM ISLAM.

KONSEP DAN PERANAN.

PRAKATA
Assalamualaikum w.b.h.
Syukur kehadrat Allah s.w.t., selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad
Rasulullah s.a.w., kaum kerabat, para sahabat serta pejuang-pejuang Islam dari zaman silam
hinggalah ke akhir zaman.
Terlebih dahulu kami ingin merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada
Allah Taala yang kerana kekuatan serta inayah-Nya maka dapat kami selesaikan usaha
menyiapkan tugasan ini.

PENDAHULUAN
Kita sedia maklum bahawa manusia adalah mahluk ciptaan Allah yang paling
kompleks. Bukan sahaja manusia dilengkapi akal dan nafsu, malah manusia juga disyaratkan
dengan keperluan untuk bersosial. Dengan kata lain manusia tidak dapat hidup sendirian.
Dalam hidup, manusia sentiasa perlukan orang lain. Untuk memenuhi segala peringkat
keperluannya manusia perlukan sumbangan daripada manusia lain. Umpamanya untuk
makan, yakni peringkat keperluan yang paling asas pun manusia perlukan orang lain. Petani
umpamanya meskipun sudah mempunyai beras dan sayur, masih memerlukan nelayan yang
dapat memberikannya ikan. Dia memerlukan penternak yang boleh memberinya ternakan.
Begitulah seterusnya dalam usaha meneruskan kehidupan manusia tidak mungkin boleh
mengerjakan segala-galnya tanpa kehadiran orang lain. Malah untuk senyum pun kita
memerlukan orang lain.
Maka apabila orang lain hadir dalam hidup kita, kita perlu berhubung dengan mereka.
Kita perlu menyatakan kepada mereka apa yang kita perlukan dan apa yang tidak kita
perlukan daripada mereka. Kita perlu memujuk dan mempengaruhi mereka untuk bertindak
seperti mana yang kita hajati. Maka di sinilah keperluan komunikasi tidak dinafikan lagi.
Komunikasi digunakan untuk menyatakan hasrat. Manusia berkomunikasi di mana sahaja
terdapatnya aktiviti. Komunikasi berlaku dalam diri manusia, sesama ahli keluarga, denagn
sahabat, dengan jiran tetangga, di tempat kerja, di tempat menuntut ilmu, di tempat laluan dan
jalanan, di tempat bersiar serta bersantai dan seterusnya. Keperluan berkomunikasi bagi
manusia samalah dengan keperluan-keperluan lain seperti makan dan tidur. Manusia mungkin
mati jika tidak makan atau lemah jika tidak tidur. Manusia mungkin tidak mati jasadnya jika
tidak berkomunikasi tetapi akan mati akalnya. Mereka yang dipencilkan daripada masyarakat
seperti disumbat ke penjara misalnya, akan menjadi manusia yang tidak normal setelah
beberapa lama tidak berkomunikasi dengan orang lain.
Dalam konteks dakwah Islamiah, komunikasi baik lisan mahupun bukan lisan
merupakan satu bakat dan kebolehan yang harus dipelajari demi menyempurnakan mesej dan
dakwah Islamiah itu sendiri. Lebih-lebih lagi dalm dunia moden hari ini, yang mana manusia
lebih banyak melihat daripada hanya mendengar.
Jadi jelas bahawa komunikasi itu satu keperluan. Tetapi ia bukanlah satu kemahiran
yang boleh diperoleh secara semulajadi. Ada orang boleh berkomunikasi denagn berkesan dan
ada yang tidak. Banyak mesej yang tidak sampai seperti yang dihasratkan dan adapula yang
disalahertikan. Justeru komunikasi perlu dipelajari agar dapat difahami dan garis panduan
yang betul perlu diamalkan agar dapat dibentuk kemahirannya.

OBJEKTIF
ISI KANDUNGAN
RUMUSAN
Memang jelas bahawa ilmu komunikasi merupakan satu bidang yang amat penting
kepada umat manusia terutamanya kepada individu muslim. Lebih-lebih lagi bagi mereka
yang secara langsung yang berkecimpung di dalam dakwah Islamiah secara sepenuh masa.
Namun yang besar yang terletak dihadapan kita ialah tidak ramai dikalangan umat Islam
termasuk para intelek dan ulama yang melihat hakikat ini secara lebih objektif. Sebaliknya
mereka merasakan ilmu komunikasi adalah bakat yang tidak perlu dipelajari.
Oleh kerana itu, berlakulah kecelaruan dalam berkomunikasi di kalangan manusia.
Implikasinya, dakwah Islamiah sendiri akan terencat akibat kecuaian pendukungnya sendiri.
Bila kita membicarakan tentang komunikasi, maka yang kita maksudkan bukan sekadar
komunikasi lisan semata-mata atau sebaliknya, malah kedua-dua aspek lisan dan bukan lisan
perlu diambil perhatian agar tidak berlaku salah tafsir atau tanggapan dikalangan mad’u
terhadap sesuatu mesej yang hendak disampaikan.
Oleh sebab pentingnya komunikasi dalam kehidupan manusia, maka sudah tiba
masanya ia dijadikan subjek wajib sejak dari bangku sekolah lagi. Buat masa ini komunikasi
hanya dijadikan sebahagian kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah rendah dan menengah
di negara kita. Jesteru murid-murid tidak diperkenalkan secara formal kepada prinsip-prinsip
berkomunikasi yang betul apabila mereka berkomunikasi dengan guru, sesama rakan
mahupun ketika berada di rumah. Komunikasi hanya menjadi subjek formal apabila pelajar
memasuki institusi pengajian tinggi. Perlu diingat kini pengajian di menara gading hanya
mengambil masa selama tiga tahun di peringkat ijazah pertama. Soalnya mampukah masa
sesingkat ini mampu membentuk kemahiran dan keterampilan berkomunikasi di kalangan
graduan yang bakal mengemudi negara kita yang tercinta ini? Di kebanyakan negara maju
subjek komunikasi diperkenalkan sejak dari bangku sekolah lagi dan kemudian disambung di
institut pengajian tinggi. Dengan itu kemahiran berkomunikasi sempat dibentuk dan
prinsipnya dapat diterap kerana tempoh pembelajaran yang lebih panjang dan dimulakan lebih
awal, iaitu ketika pelajar itu masih muda.

BIBLIOGRAFI
1. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad, 2001. Santun Komunikasi. Selangor: Dewan Bahasa
dan Pustka.
2. Amin Hazya, 2006. Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berkomunikasi. Kuala
Lumpur: Perintis Book Sdn. Bhd.
3. Maimunah osman, 2000. Komunikasi Berkesan: Hubungan Interpersonal. Kuala
Lumpur: Institut Tadbir Awam Negara (INTAN).
4. Samsuddin A Rahim, 2003. Komunikasi Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.