Anda di halaman 1dari 6

Fasa 1 - Persediaan ( 7 minit ) 1.

Guru melekatkan kad huruf ( P,I,K,T,O,G,R,A,F) secara rawak ,sekeping gambar watak animasi kartun popular Upin & Ipin, dan sekeping gambar graf di papan hitam 2. Murid diminta menyusun huruf-huruf tersebut untuk membentuk perkataan yang mempunyai kaitan dengan dua gambar yang ditunjukkan. 3. Guru mengaitkan perkataan tersebut dengan topik yang akan dipelajari.

Fasa 2- Imaginasi dan Penjanaan Idea( 10 minit) 1. Guru menerangkan konsep piktograf dan menunjukkan menunjukkan contoh piktograf melalui tayangan slaid power point serta menyatakan apa maklumat yang perlu ada dalam graf a) Tajuk b) Paksi (perkara/bilangan) c) Simbol d) Petunjuk

Fasa 3 - Perkembangan ( 13 minit) 1. Guru memaparkan slaid watak animasi popular iaitu, Upin & Ipin, Boboiboy,dan Bola

Kampung. 2. Guru menyediakan sebuah jadual kosong dan kad simbol . Jadual piktograf kosong

ditampal dipapan hitam dan kad simbol diberi kepada setiap murid. 3. Murid diminta memilih satu watak animasi yang disukai dan membina kumpulan peminat animasi yang disukai. Murid diminta membuat tiga barisan kumpulan peminat. 4. Murid paling hadapan dalam setiap barisan mengira bilangan murid dalam kumpulan mereka dan menulis bilangan murid dalam jadual yang disediakan. 5. Guru meminta murid lain dalam setiap barisan menukarkan angka bilangan murid dengan menggunakan perwakilan simbol 6. Murid melekatkan kad simbol yang disediakan pada jadual untuk membentuk piktograf lengkap. 7. Guru membimbing murid menganalisis maklumat pada piktograf tersebut dengan bertanyakan soalan yang berikut? a) Manakah animasi yang paling digemari?

b) Manakah animasi yang kurang digemari 1. c) Berapakah perbezaan bilangan peminat animasi Upin Ipin dan Boboiboy? Fasa 4 Penilaian ( 10 minit) 1. Guru menyediakan permainan kuiz interaktif melalui komputer 2. Guru memantau latihan kuiz murid 3. Setelah murid menjawab soalan kuiz, berbincang tentang jawapan kuiz tersebut.

Miskonsepsi berasal daripada perkataan Inggeris misconception. Menurut Websters Third New International Dictionary(1996), conception bermaksud kemampuan, fungsi atau proses

membentuk idea, abstrak atau berkenaan pemahaman maksud simbol yang mewakili idea atau abstraks. Misbermaksud tidak atau salah. Gabungan pengertian kedua-dua suku kata tersebut membentuk idea, abstrak atau pemahaman yang salah. Dengan kata lain, miskonsepsi didefinisikan sebagai kekaburan dan tidak kesempurnaan atau salah kefahaman tentang sesuatu. Miskonsepsi ini menjadi masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan.

Perwakilan data. Terdapat 4 peringkat dalam perwakilan data iaitu mengemukakan soalan, pengumpulan data, analisis data dan keputusan interpretasi. Data-data yang dikumpulkan terbahagi kepada dua jenis iaitu data diskrit dan data selanjar dan ia boleh disusun samada dengan menggunakan kaedah jadual, senarai dan penggundal.Data-data yang diperolehi boleh dipersembahkan secara visual sama ada dengan menggunakan pictogram, carta palang, carta pai, histogram, poligan kekerapan atau graf garisan mengikut kesesuaian. Dalam mempelajari tajuk ini, terdapat miskonsepsi yang sering dilakukan oleh murid. Pertama, murid-murid salah untuk menginterpretasikan pictogram. Biasanya di dalam pictogram data ditunjukkan dengan menggunakan symbol atau gambar. Jika murid tidak berhati-hati, kemungkinan akan berlaku kesilapan mentafsir maklumat kerana ada

sebilangan symbol atau gambar diwakili sebahagian (pecahan) bilangan item. Contohnya: Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini ialah meminta murid menyenaraikan bulan-bulan dalam setahun. Kemudian murid diminta menyatakan bulan kelahiran mereka di dalam jadual yang disediakan. Setiap murid diberikan pelekat bergambar. Murid diminta melekatkannya mengikut bulan kelahiran mereka di dalam jadual. Contohnya Guru menerangkan bahawa setiap pelekat mewakili 2 orang murid. Seterusnya guru menyoal murid .Berapakah pelekat yang diperlukan untuk seorang murid. Guru memberi bimbingan kepada murid dan menerangkan langkah yang perlu diingati semasa melukis pictogram. a)Pastikan semua pictogram mempunyai tajuk dan kekunci. b)Pilih gambar atau symbol yang mudah untuk dilukis. c)Tuliskan dengan jelas perwakilan symbol yang digunakan. d)Bilang bilangan symbol yang diperlukan untuk setiap data e)Gunakan kertas graf untuk melukis pictogram agar symbol yang dilukiskan dengan kemas dan sekata.

Miskonsepsi seterusnya ialah carta pai yang mengelirukan.Terdapat murid yang tidak melukis dengan betul menyebabkan maklumat yang hendak disampaikan tidak jelas.Inikerana dengan menggunakan pengetahuan tentang carta pai,kita dapat menafsir suatucarta pai untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki.Antara aktiviti yang bolehdijalankan ialah menyediakan satu jadual seperti berikut: B
Guru-guru perlu peka kepada miskonsepsi yang dialami oleh murid dan memperbetulkannya sebelum mereka menganggap yang konsep mereka adalah betul memandangkan pendidikan bersifat berterusan. Dikhuatiri miskonsepsi yang berlaku akan berterusan dan menjejaskan penguasaan ilmu matematik murid. Miskonsepsi dan kesukaran yang pelbagai dikesan berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran topik statistik. Faktor data-data yang pelbagai, penggunaan bahasa Matematik dan istilah-istilah khusus dan kekeliruan konsep menjadi penyebab berlakunya miskonsepsi. Antara miskonsepsi yang berlaku ialah:

i)

PENGUMPULAN DAN PENGURUSAN DATA Dalam pengumpulan dan pengurusan data, miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan murid ialah semasa hendak mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah atau data yang terlibat. Penggunaan istilah-istilah khusus berkaitan pembolehubah dan data seperti pembolehubah kualitatif, pembolehubah kuantitatif, data kuantitatif dan data kualitatif boleh mengelirukan murid. Pembolehubah adalah ciri ahli-ahli populasi yang dikaji. Contoh pembolehubah yang mengukur ciri populasi adalah umur, pendapatan, berat badan, jantina, taraf perkahwinan, jumlah harta yang dimiliki dan sebagainya. Pembolehubah kualitatif merupakan satu pembolehubah yang tidak dinyatakan dalam bentuk nombor. Contohnya jantina, keturunan seseorang, taraf pendidikan, gred getah, gred koko dan lain-lain. Pembolehubah Kuantitatif pula merupakan pembolehubah yang dinyatakan dalam bentuk nombor, contohnya adalah tinggi, berat badan seseorang, jumlah pendapatan bulanan, bilangan kereta yang menggunakan kereta di lebuhraya dan sebagainya. Pembolehubah kuantitatif pula boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu pembolehubah kuantitatif diskret dan pembolehubah kuantitatif selanjar. Murid dikesan keliru untuk membezakan dan menentukan pembolehubah-pembolehubah tersebut. Bagi mengatasi miskonsepsi atau kesukaran untuk mengenalpasti jenis-jenis pembolehubah dan data, guru hendaklah menerangkan dengan jelas supaya murid tidak keliru. Penggunaan peta minda bagi memperjelaskan konsep dan membezakan jenis-jenis pembolehubah serta data boleh digunakan. Murid boleh melihat makna, jenis dan contoh serta membezakannya dengan jelas. Data yang banyak dan tidak teratur perlu dikumpulkan supaya lebih mudah difahami. Oleh itu, pengumpulan data mengikut kelas-kelas akan memudahkan pemahaman murid. Namun, miskonsepsi juga sering berlaku berkaitan selang kelas. Bagi suatu kumpulan data yang besar, selang kelas perlu digunakan bagi menguruskan data. Ada murid yang tidak tahu cara untuk mendapatkan selang kelas. Kebiasaannya selang kelas yang mudah ialah 10. Murid-murid selalu beranggapan yang selang kelas dimulakan dengan 0 bagi selang kelas yang pertama. Selain itu, ada juga murid yang memasukkan satu data ke dalam lebih daripada satu kelas. Contoh : 10-20, 20-30, 30-40 Jika 20 diambil sebagai satu data, selang kelas yang manakah 20 akan dimasukkan? Ini adalah satu miskonsepsi yang perlu diperbetulkan kerana akan mempengaruhi statistik yang mengelirukan. Bagi mengatasi miskonsepsi berkaitan selang kelas, guru perlulah menerangkan tatacara untuk mengumpulkan data ke dalam bentuk jadual mengikut kategori-kategori tertentu atau kelas-kelas tertentu bagi memudahkan pemahaman murid. Tegaskan kepada murid, selang kelas yang mudah digunakan ialah saiz 10. Manakala bagi mencari selang kelas pertama dengan tepat, guru perlulah mengaitkannya dengan menggunakan data minimum yang diberikan dalam suatu set data serta mengaitkan data maksimum bagi mencari selang kelas yang terakhir dengan betul. Guru boleh membimbing murid dan bertindak sebagai fasilitator bagi menjalankan aktiviti membina jadual kekerapan dalam kumpulan. Murid boleh diberikan set soalan latihan yang pelbagai sebagai latih tubi untuk mengira selang kelas bagi memberikan kefahaman yang jelas berkaitan penentuan kelas-kelas atau selang kelas bagi suatu set data. Guru perlulah sentiasa membimbing murid.

ii)

PERWAKILAN DATA Dalam perwakilan data terdapat pelbagai peringkat yang merangkumi peringkat mengumpul, mengurus, mewakilkan data, membuat analisa dan menginterpretasikan data kepada bentuk yang lebih mudah difahami secara visual seperti carta dan graf. Dalam bahasa mudah, setelah semua data diperolehi, ia akan dipersembahkan ke dalam bentuk yang mudah ditafsirkan oleh pengguna seperti carta dan graf. Terdapat pelbagai bentuk carta dan graf yang digunakan dalam persembahan statistik iaitu piktogram, carta bar, carta palang, graf garisan, histogram dan lain-lain. Semasa menginterpretasikan data ke dalam bentuk carta dan graf inilah banyak berlaku miskonsepsi di kalangan murid. Antara miskonsepsi yang sering berlaku dalam perwakilan data ialah perwakilan secara simbol dan gambar. Penggunaan simbol dan gambar dengan sebahagian atau pecahan dan bilangan item kerapkali memberikan interpretasi yang salah kepada murid. Kesilapan ini akan mempengaruhi jawapan murid. Contohnya interpretasi yang salah berkaitan piktogram. Piktogram ialah satu bentuk paparan data bergambar khas untuk data kuantitatif seperti data diskret dan data selanjar. Setiap palang dalam histogram bercantum pada sempadan kelas antara satu sama lain. Piktogram ialah perwakilan data yang paling mudah dan ia menggunakan gambarajah yang diwakili oleh siri simbol yang piawai (sama nilai). Di dalam piktogram, data yang ditunjukkan atau diwakilkan berbentuk simbol atau gambar. Kesilapan sering berlaku apabila simbol atau ruang dilukis secara tidak sekata, berbeza saiz dan ruang di antara simbol dan tidak kemas. Ini menyebabkan murid tersalah kira bilangan perwakilan simbol. Tambahan pula, jika murid yang selalu mengambil jalan mudah mengira perwakilan simbol dengan hanya memerhati ruang di antara simbol kemudian membuat anggaran bilangan simbol pada baris yang berikutnya tanpa melihat dengan teliti. Bagi mengatasinya, guru berperanan untuk menjelaskan cara-cara menginterpretasi piktogram dengan betul langkah demi langkah. Murid-murid juga hendaklah selalu diingatkan agar meneliti setiap perwakilan simbol dan sentiasa merujuk kekunci yang diberi. Gunakan contoh yang jelas supaya murid dapat memperkembangkan kemahiran melukis simbol dengan betul dan mewakili data dengan tepat. Guru boleh membimbing murid menggunakan teknologi seperti perisian komputer sebagai pengayaan. Di samping itu, miskonsepsi yang sering berlaku dalam topik piktogram ini adalah kesilapan menginterpretasi data yang melibatkan simbol atau gambar yang diwakili sebahagian(pecahan) bilangan item. Murid yang lemah dalam penguasaan fakta asas akan menghadapi kesukaran mengira jumlah bilangan perwakilan simbol. Oleh yang demikian, cara mengatasi kesukaran ini guru bolehlah menggalakkan murid mengira bilangan perwakilan hanya dengan fakta asas sahaja tanpa melibatkan operasi pecahan. Terdapat juga miskonsepsi yang berlaku berkaitan carta palang. Carta palang ialah graf khas yang menggunakan palang atau bar untuk menunjukkan saiz data terutamanya bagi data kualitatif. Dalam carta palang menegak, palang-palang yang menegak dari bawah ke atas digunakan manakala bagi carta palang melintang, palang-palang dilukis dari kiri ke kanan.Jika terdapat perbezaan di antara subkategori, carta palang berganda akan digunakan. Antara perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam graf palang ialah tajuk dan tujuan graf tersebut, paksi-paksi yang mewakili label palang dan bilangan item di

setiap palang serta skala yang diberikan. Namun, ada juga graf palang yang boleh mengelirukan sekiranya tidak dibina dengan betul. Miskonsepsi boleh berlaku berkaitan dengan skala pada paksi yang dibina tidak bermula dengan 0 dan selang nombor yang tidak sesuai.

Selain kesukaran perlaksaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijangkakan berlaku, kesukaran lain yang akan dihadapi ialah miskonsepsi murid dalam mempelajari topik piktograf ini. Di dalam piktograf, data yang ditunjukkan atau diwakilkan melalui simbol atau gambar. Oleh yang demikian miskonsepsi yang selalu dihadapi oleh murid adalah berkaitan menginterpretasi data daripada piktograf. Kesilapan sering berlaku apabila simbol atau ruang dilukis secara tidak sekata, berbeza saiz dan ruang diantara simbol dan tidak kemas. Ini menyebabkan murid tersalah kira bilangan perwakilan simbol. Tambahan pula, jika murid yang selalu mengambil jalan mudah mengira perwakilan simbol dengan hanya memerhati ruang di antara simbol kemudian membuat anggaran bilangan simbol pada baris yang berikutnya tanpa melihat dengan teliti. Justeru itu, untuk mengatasi miskonsepsi ini, murid-murid hendaklah selalu diingatkan agar meneliti setiap perwakilan perwakilan simbol dan sentiasa merujuk kekunci yang diberi. Disamping itu miskonsepsi yang sering berlaku dalam topik piktograf ini adalah kesilapan menginterpretasi data yang melibatkan simbol atau gambar yang diwakili sebahagian(pecahan) bilangan item. Murid yang lemah dalam penguasaan fakta asas akan menghadapi kesukaran mengira jumlah bilangan perwakilan simbol. Oleh yang demikian, cara mengatasi kesukaran ini guru boleh menggalakkan murid mengira bilangan perwakilan hanya dengan fakta asas sahaja tanpa melibatkan operasi pecahan. Diharap aktiviti yang dirancang ini akan mencapai hasil pembelajaran yang diingini dan kesukaran yang dijangkakan akan dapat di atasi dan berjaya menarik minat murid mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan. Pendekatan belajar sambil bermain seperti permainan kuiz interaktif ini diharap akan menimbulkan minat murid untuk mempelajari matematik yang seringkali diberi tanggapan sebagai mata pelajaran yang susah. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep. Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan yang berguna untuk diaplikasi dalam kehidupan seharain mereka.