Anda di halaman 1dari 6

PK01 Pengurusan Panitia

PK01/3 LAPORAN AKTIVITI PERTANDINGAN EXPLORACE MATEMATIK DAN SAINS 2013 1. 2. 3. 4. 5. Nama program : Tarikh Masa Tempat Objektif 5.1 5.2 : : : : Menarik minat pelajar untuk menyertai aktiviti-aktiviti ilmiah. Memberi pendedahan dan kemahiran pada murid-murid dalam pencarian maklumat. 5.3 5.4 Merangsang pemikiran kreatif dan kritis dan menyelesaikan masalah. Mendedahkan kepada pelajar bahawa ilmu boleh didapati di mana-mana bukan sahaja di Pusat Sumber malah disekitar sekolah. 5.5 Merangsang rasa ingin tahu dalam mendorong keseronokan menerokai dunia ilmu. 5.6 Mengisi masa lapang selepas peperiksaan dengan aktiviti berilmiah. Pertandingan Explorace Matematik dan Sains 9 Oktober 2013 ( Rabu ) 10.00 pagi 12.00 tengahari Sekitar kawasan sekolah SKTDA

6. 7.

Sasaran

Murid tahun 6

Butiran aktiviti : 7.1 Sebanyak 10 kumpulan akan dibentuk menggabungkan setiap kelas di SK Taman Damansara Aliff. Setiap kumpulan terdiri daripada 6-7 orang peserta bagi menyertai pertandingan yang mencabar minda dan pemikiran kritis pelajar. 7.2 Setiap kumpulan akan mendapat arahan berteraskan ilmu pengetahuan yang memerlukan mereka mengembara dari satu perhentian (check point) ke satu perhentian lain untuk mendapatkan pembayang. 7.3 Pembayang akan menujukan peserta ke lokasi yang seterusnya dan permasalahan yang dinyatakan pada setiap segmen perlu diselesaikan. (Rujuk lampiran)

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia

7.4

Pelbagai halangan akan diwujudkan sepanjang pengembaraan tersebut bagi membina daya tahan dan meningkatkan pemikiran kreatif untuk melepasi setiap halangan.

7.5

Terdapat 10 perhentian yang meliputi 2 segmen (Matematik dan Sains) yang perlu dilalui oleh para peserta secara berkumpulan.

7.6

Kumpulan pertama yang dapat menyelesaikan pembayang utama adalah johan pertandingan ini. Bagi memenangi pertandingan ini, peserta memerlukan persediaan, kerjasama, ketahanan dan strategi yang terancang.

7.7

Markah bonus diberikan kepada 3 kumpulan terawal tiba di perhentian terakhir dan markah bagi setiap penyelesaian masalah diberikan kepada jawapan yang betul.

8.

Penilaian Program 8.1

: :

Kekuatan Program

Murid-murid gembira dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan. Murid-murid bekerjasama di kalangan ahli dalam menyelesaikan masalah.

8.2

Kelemahan Program : Perancangan aktiviti perlu lebih teratur dan sistematik. Terdapat murid yang menyembunyikan pembayang pasukan lawan kerana kurang kawalan di check point oleh guru.

8.3

Cadangan Penambahbaikan

Perbincangan yang lebih terperinci dalam tahap persediaan aktiviti dikalangan AJK dan guru matapelajaran.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia

9.

Dokumentasi Bergambar

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

Disahkan oleh :

................................................ (CIK AZA ABEHA ADAM) Penyelaras Pertandingan Explorace Sains & Matematik SK Taman Damansara Aliff

................................................ (EN. PAAT B. POTO) PK Pentadbiran SK Taman Damansara Aliff

................................................ (PN HJH SHAMSIAH A. JABAR) Guru Besar SK Taman Damansara Aliff

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia

Lampiran 1

Explorace Matematik
1. En. Paat, Pn. Wan, Pn. Rose GPK kita, Disiplin pula En. Azman yang jaga, Kamu menyayangi mereka semua, Kalau gitu tolong tambahkan umur mereka. Jawapan : ____________________________________________________________ 2. Murid berkumpul selepas rehat, Tidak di marah atau disebat, Kipas berputar lajunya sangat, Berapakah bilahnya jika kau ingat. Jawapan : ____________________________________________________________ 3. Aku dikunjungi sewaktu rehat, Hilang dahaga, lapar dan penat, Meja dan kerusi di susun rapat, Berapa jumlah ku cuba kira cepat. Jawapan : ____________________________________________________________ 4. Aku diguna setiap hari, Naik dan turun silih berganti, Dipijak aku setiap kali, Berapa anakku dari bawah ke atas sekali. Jawapan : ____________________________________________________________

5. Berhampiran dataran aku bertempat, Motor dan kereta di susun dekat, Kaki ku pula rapat-rapat, Cuba kira berapa kalau kau dapat. Jawapan : ____________________________________________________________

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia

Explorace Sains
6. Bilik yang penuh dengan bahan terkumpul, Tempat membaca sambil berekreasi, Lantainya licin murid selalu terjatuh, Apakah alasan saintifik yang boleh diberi? Jawapan : ___________________________________________________________ 7. Depa, hasta, jengkal dan kaki, Cara ukur panjang yang tak simetri, Alatan bersukan diletakkan di sini, Apakah alat mengira kelajuan orang berlari? Jawapan : ____________________________________________________________ 8. Di bilik ini ada patung yang ngeri, Ada masanya dianggapkan seksi, Badannya tegap dan beranatomi, Bilik apakah persoalan di hati? Jawapan : ____________________________________________________________ 9. Berlari sudah, berjalan pun sudah, Yang pasti belum hanyalah menyanyi, Berdiri tegak bukannya susah, Mesin ringkas apakah yang berfungsi di sini? Jawapan : ____________________________________________________________ 10. Tumbuh dok ngadap padang jiran sebelah, Sepanjang pagar ditanamkan kami, Selalunya hijau kat sini ada merah, Tumbuhan apakah yang disoalkan di sini? Jawapan : ____________________________________________________________ Cukuplah sudah sepuluh soalan, Gunakan akal dan juga fikiran, Janganlah berlari berkeliaran, Jagalah adab dan juga kesopanan.

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

PK01 Pengurusan Panitia

Lampiran 2

SENARAI PEMENANG PERTANDINGAN EXPLORACE SAINS DAN MATEMATIK 2013 TEMPAT PERTAMA : Kumpulan LEGEND TEMPAT KEDUA : Kumpulan THE TOP TEN STUDENT TEMPAT KETIGA : Kumpulan PRO EXTREME

SAGU HATI : 1. 2. 3. 4. Kumpulan PARAMORE Kumpulan 21st CENTURY Kumpulan GENERATION MEMBERS Kumpulan TLB

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor 19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai