Anda di halaman 1dari 15

PENDAHULUAN 1.

1 PENGENALAN Seni visual adalah suatu bidang yang tidak terhad kepada ilmu melukis dan mewarna semata-mata tetapi juga merangkumi kemahiran berfikir, menterjemah dan mengaplikasi bahan yang terdapat di sekelilingnya. Semua kebolehan dan kemahiran itu biasanya muncul daripada idea sama ada secara langsung atau tidak langsung berdasarkan pemerhatian kepada alam sekeliling. Pendidikan berkait rapat dengan kreativiti dan pemikiran kreatif. Menurut Graham Wallas (1926), pengajaran dan pembelajaran secara pemikiran sebenarnya adalah di antara pendekatan yang baik bagi menimbulkan nilai kreativiti di kalangan pelajar yang berhubung kait dengan pemikiran mereka. Pendidikan Seni dalam Kurukulum Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan melahirkan warganegara berbudaya, khususnya individu yang kreatif, berpengetahuan dalam bidang seni, mempunyai kemahiran mencipta dan peka terhadap ciri estetik. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kreativiti adalah kemampuan untuk menghasilkan idea-idea yang inovatif dan nyata dari fikiran menjadi kenyataan. Proses ini melibatkan proses berfikir yang asli dan kemudian dihasilkan. Seiring dengan peralihan waktu, istilah kreativiti telah muncul dan berlakunya inovasi manusia, terutama dalam seni dan ilmu pengetahuan dan menyebabkan munculnya kelas kreatif.

1.2

PERANAN GURU MENGEMBANGKAN KREATIVITI MURID Di dalam menjana idea, pengkarya menetapkan objektif, haluan dan tujuan

penghasilan karya. Berfikir kreatif adalah proses mental yang melibatkan penyelesaian masalah secara kreatif dan penemuan idea-idea baru atau konsep, atau persatuan baru dari idea-idea yang ada atau konsep, diselaraskan oleh proses sedar atau tidak sedar. Dari sudut pandang ilmiah, produk pemikiran kreatif biasanya dianggap memiliki keaslian dan kesesuaian baik. William G. Perry (1970) menjelaskan guru perlu mengambil kira tentang perkembangan individu seperti kreativiti, idea, persepsi dan perasaan seseorang pelajar. Sikap guru itu sendiri akan menentukan samada berjaya atau gagalnya proses pengajaran dan pembelajaran ini, dan bertindak sebagai agen utama dalam merangsang dan menggalakkan
HBAE1403 MENGGAMBAR

pelajar meneroka dan menimba seberapa banyak pengetahuan dan kemahiran dalam bidang seni.Di dalam visual, konteks guru pendidikan dimestikan pelajar seni untuk dalam

membimbing

menetapkan hala tuju penghasilan karya selain menerangkan kaedah menjana idea. Sekiranya diabaikan, adalah dikhuatiri murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

Terdapat lima peranan utama guru Pendidikan Seni Visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu :

(i)

Guru Sebagai Pengurus Guru adalah perancang utama aktiviti. Guru perlu menyediakan tema dan tajuk yang

bersesuaian dengan tahap pengetahuan dan kesediaan murid. Guru juga bertanggungjawab terhadap perlatan yang digunakan. Contohnya, untuk menggalakkan murid-murid menghasilkan karya yang kreatif, guru perlu mempelbagaikan kegunaan media dan perlatan seperti warna air, krayon, berus warna dan bukan pensel warna semata-mata. Selain itu, guru perlu membuat penilaian terhadap hasil karya murid dan memberi sedikit cadangan atau penambahbaikan agar murid dapat meningkatkan daya imaginasi atau pengetahuan yang menggalakkan hasil karya yang lebih kreatif.

(ii)

Guru Sebagai Pemudahcara Guru adalah pemudahcara terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Pengajaran

itu harus berteraskan unsur maju. Pembelajaran seni perlu berdasarkan tahap kebolehan murid. Contohnnya murid yang baru belajar menggunakan berus dan warna tidak perlu didesak untuk menggunakan media itu sepenuhnya dalam menghasilkan karya. Sebaliknya guru boleh menyuruh murid menggunakan berus dan warna air untuk mewarna latar belakang air laut atau langit sahaja manakala objek lain disudahi dengan pensel warna sahaja. Selain itu, guru perlu mengaitkan unsur luar dalam pengajaran dan pembelajaran seni. Guru boleh mengaitkan sekolah yang dipenuhi sampah sarap akan menyebabkan pencemaran dan sekolah
HBAE1403 MENGGAMBAR

menjadi kotor dan tidak sesuai sebagai tempat belajar. Oleh itu, murid-murid akan mencari idea bagaimana sekolah yang cantik itu boleh dipelihara dan dijaga sebaiknya.

(iii)

Guru Sebagai Pembimbing Guru adalah pembimbing utama murid semasa berada di sekolah. guru-guru

seharusnya tidak mengambil mudah murid-murid yang memerlukan aktiviti pemulihan. Mereka ini perlu diberi perhatian dan motivasi agar pemikiran kreatif mereka boleh dibina dan meningkatkan keyakinan mereka menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif. Manakala murid-murid yang kreatif pula, perlu diberi aktiviti pengukuhan dan pengayaan atau idea tambahan terhadap hasil karya mereka. Contohnya, guru boleh membimbing murid untuk melakar objek yang boleh menimbulkan situasi pergerakan seperti liukan rumput dan sungai yang mengalir deras.

(iv)

Guru Sebagai Inisiator Walaupun pendidikan seni visual lebih kepada aktiviti fizikal iaitu melukis dan

mewarnai tetapi guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran bagi merangsang pemikiran murid. Guru boleh memberikan soalan yang kreatif dan kritis berdarkan hasil karya muridmurid lain atau contoh lukisan yang menarik. Guru juga perlu menggalakkan murid untuk menyelesaikan aktiviti menyelesaikan masalah sama ada melalui perbincangan atau menterjemahkannya dalam bentuk lukisan. Dan lebih baik sekiranya guru dapat menggalakkan suasana pembelajaran secara kolaboratif fan koperatif khususnya dalam aktiviti seni berkumpulan.

(v)

Guru Sebagai Motivator Motivasi sangat penting kepada murid-murid. Bukan sahaja untuk memberi idea

tambahan tetapi untuk membina semangat dan keyakinan murid untuk menjadi lebih kreatif dan berfikiran maju. Motivasi guru akan merangsang dan menggalakkan murid menjadi lebih berimaginasi tinggi dan logik. Selain itu, motivasi juga akan membawa perubahan sikap kepada murid-murid yang tidak meminati seni kepada meminati seni visual dengan lebih kreatif. Motivasi adalah berkaitan dengan keperluan psikologi kanak-kanak dari segi emosi dan sosial.

HBAE1403 MENGGAMBAR

Guru memberikan

berperanan penerangan

terperinci kepada murid-murid semasa melaksanakan aktiviti pembelajaran seni. Guru perlu menerangkan tujuan, objektif dan haluan karya yang akan dihasilkan pada hari tersebut. Menetapkan objektif penting untuk memastikan murid faham apa yang hendak dilukis dan bersedia untuk menjana idea yang memerlukan masa untuk memperolehinya. Sebagai contoh, guru menerangkan objektif menghasilkan karya pada hari tersebut ialah untuk memahami prinsip rekaan ketika menghasilkan karya seni. Manakala tujuan penghasilan karya pula adalah untuk memastikan murid dapat mengenal pasti objek-objek yang terdapat di sekeliling murid dan mengaitkannya dengan prinsip rekaan seni visual. Dalam proses penjanaan idea, murid lebih yakin untuk menggunakan lakaran pensel terlebih dahulu untuk membentuk objek. Lakaran telah diiktiraf sebagai alat mereka bentuk yang sangat berguna dalam merangsang kreativiti (Tano et al, 2003; Verstijnen et al, 1998a, b; Sedivy dan Johnson, 1999). Ia mungkin agak keterlaluan untuk mengatakan bahawa lakaran adalah kaedah utama untuk mereka bentuk. Walau bagaimanapun, dalam pembangunan idea-idea awalan, lakaran menyediakan medium persembahan yang mudah dan segera bagi proses penilaian dan seterusnya mengembangkan idea-idea tersebut. Hubungan antara lakaran dan kreativiti juga turut ditekankan oleh Garner (1989) yang mencadangkan bahawa ianya menggalakkan penerokaan kreatif dan mungkin merangsang idea-idea kreatif.

1.3

CIRI-CIRI GURU PENDIDIKAN SENI Guru Pendidikan Seni berperanan membantu murid untuk meningkatkan daya

imaginasi mereka. Cropley (1997) telah menyenaraikan ciri-ciri tingkah laku guru yang berikut sebagai ciri-ciri tingkah laku yang memupuk kreativiti dalam bilik darjah: Menggalakkan pelajar untuk belajar secara bebas. Memiliki stail pengajaran yang saling bekerjasama dengan pelajar dan bersepadu secara sosial.
HBAE1403 MENGGAMBAR

Memotivasikan pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan untuk dijadikan asas kepada pemikiran divergen. Menangguhkan sebarang penilaian terhadap idea yang dikemukakan oleh pelajar kecuali setelah idea-idea tersebut telah diteliti dan diungkapkan dengan jelas. Menggalakkan pelajar berfikir secara fleksibel. Menggalakkan pelajar melakukan penilaian kendiri terhadap idea-idea yang mereka keluarkan. Mengambil segala cadangan dan soalan pelajar secara serius atau bersungguhsungguh. Menawarkan kepada pelajar peluang-peluang untuk melakukan tugasan dengan menggunakan pelbagai bahan dan dalam berbagai keadaan. Membantu pelajar belajar bagaimana untuk menghadapi kekecewaan dan kegagalan supaya pelajar akan tabah untuk mencuba sesuatu yang baru dan luarbiasa. Apabila guru dapat mengajar dan menerangkan murid menggunakan bahan dengan

baik, secara tidak langsung murid berjaya menghasilkan lukisan mereka dengan menarik dan menghasilkan karya mengikut kreativiti mereka.

2.0

APRESIASI SENI HASIL KARYA KANAK-KANAK Apresiasi didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang

mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema serta gaya dan stail tertentu mereka. Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan. Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

HBAE1403 MENGGAMBAR

i.

aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk;

ii. iii. iv. v.

aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan. Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek

pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Proses apresiasi seni karya murid terdiri daripada : i. ii. iii. iv. v. pengetahuan tentang tema atau tajuk yang dilukis cara pelukis menginterpretasi gambar alat, bahan dan media yang digunakan teknik-teknik yang digunakan penilaian dan kritikan hasil seni

HBAE1403 MENGGAMBAR

2.1

APRESIASI KARYA BERDASARKAN PROSES ARTISTIK Nama Murid : Mohamad Afandi Asraf Kelas Tema Tajuk : 1 Cemerlang : Flora Dan Fauna : Hidupan Di Dasar Lautan

2.1.1 Pengetahuan Tentang Tema Atau Tajuk Yang Dilukis Tema lukisan adalah Lukisan Flora dan Fauna. Manakala tajuk lukisan adalah bebas. Pelukis memilih tajuk Hidupan Di Dasar Laut untuk menghasilkan karya. Tajuk ini bersesuaian dengan tema kerana fauna adalah berkaitan dengan habitat haiwan manakala flora berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan.

2.1.2 Cara Pelukis Menginterpretasi Gambar Pelbagai jenis hidupan laut. Terdapat seekor ketam besar berwarna merah di tengah-tengah Sotong besar berwarna biru Ikan pelbagai jenis warna dan saiz Kuda laut berwarna merah jambu Batu besar terletak di sebelah kanan dan kiri dasar laut.
HBAE1403 MENGGAMBAR

Tapak sulaiman berada di dasar laut Beberapa tumbuhan laut atau rumpai laut panjang tumbuh di dasar laut Air laut atau sungai berwarna biru

2.1.3 Alat, Bahan Dan Media Yang Digunakan Pelukis hanya menggunakan kertas lukisan, pensel dan pensel warna jenis kayu untuk menyiapkan karya.

2.1.4 Teknik-Teknik Yang Digunakan Pelukis memilih teknik kering untuk menyiapkan lukisannya. Warna laut diwarnakan biru tetapi tidak sekata dan kelihatan pucat. Laut memenuhi ruang kertas lukisan. Teknik mewarna pula memperlihatkan kelemahan kerana objek diwarna secara menyerong, melintang dan menegak pada objek yang sama contohnya objek sotong. Kepelbagaian jenis garisan juga hasil dari karakter garisan itu sendiri. Garisan dan warna boleh dijadikan ikon komunikasi yang cekap dan bermesej. Pelukis menggunakan pensel untuk melakar objek dan membuat garisan tebal pada objek untuk menonjolkan bentuk. Ketam besar berwarna merah memberi kontra yang jelas di dalam laut dan hidupan lain. Mata ketam yang lebih besar Ikan-ikan diwarna dengan warna biru, merah,oren dan hijau tetapi bentuk seakan sama. Ia untuk mewujudkan keharmonian dan kepelbagaian dalam penggunaan warna kerana ikan paling banyak dilukis. Kedudukan batu yang terletak di sebelah kiri dan kanan dasar laut menunjukkan keseimbangan dalam lukisan. Ia diwarnakan lebih gelap untuk menimbulkan objek itu seperti sesuatu yang berat, padat dan keras. Sotong biru yang dilukis lebih besar daripada ikan mungkin menceritakan bahawa ikan-ikan tersebut adalah bersaiz kecil.

HBAE1403 MENGGAMBAR

Saiz ketam dan sotong yang besar disusuli ikan-ikan yang kecil dapat menunjukkan perspekstif dekat dan jauh. Tapak Sulaiman berwarna oren dilukis seolah-olah berdiri manakala satu lagi berada di dasar. Rumpai laut dapat menunjukkan pergerakan terapung kerana rumpai adalah jenis tumbuhan yang lembut. Ikan-ikan kelihatan bergerak ke arah yang sama. Lukisan ini telah menunjukkan keseimbangan ekosistem laut yang terdiri daripada pelbagai jenis dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lukisan ini memberi sumber inspirasi kepada pelukis untuk meneroka hidupan laut dengan lebih dalam lagi. Hasil karya ini dianggap berjaya kerana telah dapat mengekspresi emosi dasar lautan.

2.1.5 Penilaian Dan Kritikan Hasil Seni Daya imaginasi adalah sederhana kerana hidupan laut yang dilukis adalah hidupan yang biasa dilihat seperti ikan, ketam dan sotong. Manakala batu karang dasar laut, rumpai laut dan tapak sulaiman adalah penghias alam semula jadi yang biasa dilihat murid melalui gambar-gambar dan rancangan televisyen. Walau bagaimanapun, lakaran kuda laut memberi sedikit kelainan dalam lukisan rakan-rakan lain dan menarik. Susunan hidupan laut adalah seimbang dan berat di bahagian tengah. Gambar ketam yang besar diletak di tengah-tengah lukisan. Ia berjaya menarik perhatian mereka yang melihat kerana bentuk dan warna yang kontra. Manakala rumpai laut dan tapak sulaiman memenuhi bahagian dasar laut. Berdasarkan kepelbagaian hidupan ini, didapati pelukis telah didedahkan atau terdedah kepada kawasan laut dan tidak pada daratan semata-mata. Selain itu, pelukis mungkin mendapatkan maklumat berdasarkan rancangan yang ditonton pada televisyen ataupun bahan bacaan, majalah dan ensiklopedia. Idea dan persembahan pelukis adalah ringkas dan hanya bertumpu kepada jenisjenis hidupan laut sahaja namun ia sudah cukup untuk menjelaskan tahap pengetahuan kanak-kanak tentang hidupan di dasar laut.

HBAE1403 MENGGAMBAR

Penggunaan warna mungkin tidak menarik tetapi lukisan ketam yang besar telah menunjukkan ekspresi kanak-kanak ini yang teruja dengan bentuk ketam yang unik dan mungkin jarang ditemuinya. Walaupun warna air itu tidak menyerlah namun kita dapat menilai bahawa air itu adalah air laut dan bukannya air sungai kerana terdapat sotong dan kuda laut yang biasanya tidak akan hidup di dalam sungai. Akhir sekali, kita mungkin tidak terfikir untuk melukis sebuah lukisan yang dapat menunjukkan keserasian hidupan dalam lautan ini. Pelukis sebenarnya menggambarkan keadaan hubungan dan keserasian ini adalah seperti

perhubungannya dengan rakan-rakan dan masyarakat di sekelilingnya. Hasil lukisan ini telah memberikan saya inspirasi agar dapat menghasilkan karya yang dapat menggabungkan unsur-unsur hubungan dan perkaitan antara satu sama supaya dapat memberi inspirasi kepada murid-murid tentang pentingnya keserasian hubungan itu dalam sesebuah koloni dan masyarakat.

3.0

KAITAN KARYA SENI DENGAN KREATIVITI DAN PSIKOLOGI KANAKKANAK Kanak-kanak sangat

berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Pfeiffer (dalam Goetz, 19981:297) kreativiti mendefinisikan sebagai kebolehan

mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang

menunjukkan

tahap

kejayaan

yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Kreativiti kanak-kanak adalah berdasarkan beberapa perkara seperti pengalaman, keinginan, pemerhatian dan imaginasi mereka sendiri. Melalui lukisan karya di atas, kanak-kanak ini seolah-olah ingin meneroka kehidupan di dasar laut. Walaupun lukisannya ringkas dan tidak menceritakan banyak perkara yang terjadi di dasar laut itu, tetapi daya imaginasinya telah memberi sedikit gambaran luahan emosinya tentang perkara-perkara yang mungkin terdapat di dasar lautan. Bayangkan kanakHBAE1403 MENGGAMBAR

10

kanak diberi kebebasan untuk melukis bertemakan flora dan fauna. Dan kanak-kanak ini telah memilih pemandangan di dasar atau dalam laut sebagai tajuk lukisannya sedangkan kanakkanak lain lebih gemar melukis pemandangan yang berada di daratan. Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia.

3.1

Keperluan Psikologi Kanak-kanak Karya yang dihasilkan kanak-kanak turut dipengaruhi oleh keperluan psikologi

mereka. Kanak-kanak normal akan sentiasa berkembang dengan melakukan pelbagai aktiviti harian yang berkaitan dengan perkembangan tahap kreativiti mereka. Kanak-kanak perempuan biasanya suka bermain dengan permainan alat solek kerana mereka berminat untuk meneroka kegunaan warna tersebut dalam diri mereka. Begitu juga dengan kanakkanak lelaki yang suka melihat rancangan kartun dalam televisyen dan cuba melukis semula watak kartun atau komik tersebut di dalam kertas lukisan mereka. Mereka sebenarnya dipengaruhi oleh keinginan psikologi mereka untuk menjadi seperti watak komik tersebut yang sekali gus mencetuskan idea kreatif untuk melukis menggunakan imaginasi mereka sendiri. Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di kelas anda. Ia bersifat terbuka, segar, baru, asli, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti dapat membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Psikologi adalah berkaitan dengan penerapan prinsip-prinsip belajar, pengembangan, bakat dan proses interaksi. Kanak-kanak yang kreatif ini sebenarnya mempunyai emosi yang tidak boleh dijangka. Berdasarkan karya tersebut, guru dapat menilai kanak-kanak ini cenderung kepada kehidupan di dasar laut walaupun sebenarnya kanak-kanak ini jarang didedahkan dengan suasana dalam air kerana tempat tinggal kanak-kanak di perumahan tentera. Menurut Maher, (1961), Seseorang itu boleh melahirkan tindak balas emosi akibat proses pembelajaran yang lalu. Jika sesuatu aspek negatif berlaku dalam pembelajaran yang

HBAE1403 MENGGAMBAR

11

lepas, ianya memberi kesan psikologi yang memakan masa panjang untuk pulih, malahan ada yang terus tidak dapat dipulihkan.

3.2

Seni Untuk Menggambarkan Emosi Berdasarkan pemerhatian dan pengetahuan guru pendidikan seni visual, kanak-kanak

akan menghasilkan karya yang kreatif apabila mendapat pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah. Kanak-kanak akan sentiasa mencuba menggambarkan emosi dan imaginasi mereka sekreatif yang mungkin bagi memuaskan kemahuan diri. Oleh sebab itu, kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mendapat cemerlang sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi. Guru dan ibu bapa harus prihatin untuk menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan. Selain itu, faktor tidak mahu mengalah, rela diuji dan tidak takut gagal akan dapat membentuk hubungan dengan rakan sebaya. Kanak-kanak akan sentiasa berusaha memastikan mereka juga dapat melakukan perkara yang dilakukan oleh rakan-rakan lain. Pendek kata, keinginan untuk menjadi yang terbaik turut menjadi faktor bagaimana sikap kreatif itu boleh menghasilkan suatu karya yang baik. Galakan yang disertai dengan penghargaan dan kasih sayang juga mempengaruhi hasil karya yang kreatif. Berdasarkan lukisan tersebut, murid sebenarnya telah berusaha sedaya upaya untuk mengumpul hidupan laut yang biasanya terdapat di dalam laut setelah menceritakan perkara yang ditontonnya dalam dokumentari di televisyen. Pengalaman seni ini adalah untuk memperkembang dan menyelaraskan persepsi dan konsepsi visual murid sebagai asas bagi menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif. Pengalaman ini juga selaras dengan perkembangan peringkat kesediaan dan penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor dan mental yang merangkumi perasaan, koordinasi, manipulasi dan persepsi visual.

3.3

Kreativiti Melalui Pemerhatian Kanak-kanak Melalui aspek pemerhatian secara aktif yang merangkumi kesedaran pemerhatian

keseluruhan, berfokus dan terperinci dapat menajamkan persepsi kanak-kanak. Selain memperkembangkan deria penglihatan ia juga melibatkan pancaindera lain melalui kajian perbandingan. Kajian seperti ini membantu perkembangan emosi dan imaginasi. Pemahaman

HBAE1403 MENGGAMBAR

12

tentang asas seni visual juga turut diperkembangkan melalui kegiatan pemerhatian ini. Murid akan dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia. Ini adalah untuk membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Kegiatankegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Bidang Seni Visual menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia memberi peluang kepada murid belajar secara tidak langsung. Murid juga dapat mengenali perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni pada masa akan datang. Kanak-kanak sebenarnya mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Kanak-kanak terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara. Melalui seni visual ini juga akan menjadikan kanak-kanak yang kreatif boleh mengaplikasikan kemahiran seni yang dipelajari dalam kehidupan harian yang sebenar. Contohnya, cara memberus warna boleh diaplikasikan dalam kerja-kerja mengecat peralatan kecil di rumah dan sebagainya. Perkembangan fizikal dan emosi kanak-kanak yang diperolehi melalui pengalaman akan dapat membuat apresiasi seni visual secara mudah. Dengan pendidikan seni, kanak-kanak akan dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan dan kepekaan. Dengan ini kanak-kanak akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua keadaan seterusnya mengaitkan faktor psikologi itu adalah salah satu sebab tercetusnya kreativiti mereka.

HBAE1403 MENGGAMBAR

13

4.0

KESIMPULAN Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan peniruan terhadap apa yang mereka

lihat dan dengar. Proses pembelajaran mereka adalah mengikut tahap kemampuan mereka masing-masing. Pengulangan dan pengalaman yang terkumpul akan dapat membina pengetahuan kanak-kanak. Pengajaran pendidikan seni yang berkesan memang bermula daripada guru kemudian berkembang kepada kaedah dan teknik pengajaran, bahan yang digunakan hinggalah kepada produk yang dihasilkan. Selain itu, murid-murid juga penting untuk mempunyai minat dan bakat yang merupakan dimensi-dimensi yang wajar digilap dan diasuh oleb guru sehingga menjadi satu sumber penting dalam pengajaran yang lebih berkesan. Apresiasi seni selepas penghasilan karya perlu dilakukan untuk menilai tahap perkembangan murid dari segi kreativiti pemikiran, kematangan idea, keaslian karya dan perkembangan emosi mereka. Kurikulum Pendidikan Seni melibatkan perasaan estetik, daya kreatif pelajar melalui penjanaan daya intuisi, persepsi dan konsepsi, juga boleh mewujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat serta kemampuan diri pelajar. Bagi menilai kefahaman dan pengetahuan seseorang pelajar dalam aspek kreativiti, seseorang guru harus menggunakan pendekatan yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika pendekatan yang digunakan mempunyai kekurangan, maka hasil yang diperolehi daripada proses pembelajaran yang dijalankan juga tidak akan memenuhi aspek apresiasi seni dari segi tema, bahan, teknik dan penilaian pendidikan seni visual. Kesimpulannya, melalui kaedah apresiasi seni, guru akan dapat menilai di persekitarannya akan dapat menghasilkan satu karya seni yang kreatif dan seterusnya sesuai untuk diapresiasikan sebagai hasil karya seni yang bermutu dan kreatif. Guru juga dapat menilai perkembangan psikologi dan tahap emosi kanak-kanak yang sememangnya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Kesimpulannya, seni adalah cara seseorang meluahkan emosi melalui karya. Dan penilaian karya itu pula hanya boleh dilaksanakan melalui kaedah apresiasi seni yang mengkaji dari semua aspek berkaitan secara keseluruhannya.

Jumlah : 3394 patah perkataan

HBAE1403 MENGGAMBAR

14

RUJUKAN

Cropley, A. J. (1997). Fostering creativity in the classroom: General principles. In M. A. Runco (Ed.), The creativity research handbook: Volume one (pp. 83-114). Cresskill, NJ: Hampton Press.

Gardner, Howard (1999) Intelligence Reframed. Multiple intelligences for the 21st century, New York: Basic Books

Graham Wallas. (1926). The Art of Thought.; First Edition edition. Harcourt, Brace & Company

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual, KBSR.Dewan Bahasa Pustaka: Kuala Lumpur

Mazlan Mohamad. (1996). Pendidikan Seni I, Prinsip Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Md. Nasir Hj. Ibrahim. (2003). Pengurusan Seni. Kuala Lumpur : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Perry, William G., Jr. (1970). Forms of Intellectual and Ethical Development in the College Years: A Scheme (New York: Holt, Rinehart, and Winston).

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2002). Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://cgisaiman.blogspot.com/2012/04/nota-seni-dalam-pendidikan.html http://duniapendidikanipg.blogspot.com/2013/04/modul-seni-dalam-pendidikan.html http://www.slideshare.net/miao12345/peranan-seni-dalam-pendidikan

HBAE1403 MENGGAMBAR

15