Anda di halaman 1dari 7

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID

2.0

PENGENALAN Perubahan perkembangan kanak-kanak dengan perhubungannya dengan

persekitaran menyumbang kepada perubahan dalam konteks penyebab gangguan emosi. Terdapat perbezaan antara gangguan emosi dengan tekanan emosi. Gangguan emosi akan bertindak balas sekiranya tindakan diambil segera. Sekiranya gangguan emosi tiddak dicegah daripada awal, ia boleh mengakibatkan gangguan mental. Sebagai seorang guru, kita juga bertanggungjawab dalam

memperkembangkan emosi kanak-kanak. Kanak-kanak itu dikatakan mengalami gangguan emosi apabila jika keadaan emosi yang dialaminya menimbulkan gangguan kepada dirinya.

2.1

Gangguan Emosi Di antara sebab terjadinya masalah gangguan emosi dalam kalangan kanak-

kanak ialah seseorang itu mengalami emosi tertentu seperti depresi, kecemasan dan kemarahan. Semua ini sentiasa dialami atau menjadi terlalu kuat. Selain itu, seorang kanak-kanak itu mungkin jarang mengalami gangguan emosi. Sekiranya berlaku hanyalah pada peringkat lemah. Gangguan emosi juga menyebabkan mereka berasa tidak mampu menunjukkan kasih sayang, kepercayaan, sentiasa marah atau penolakan, bersalah, kecewa atau kawan menimbulkan rasa takut dan sebagainya.

2.2

Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid Seorang kanak-kanak itu akan mengalami konflik kerana mempunyai dua

atau lebih emosi. Misalnya antara marah dengan takut, antara benci dan sayang dan sebagainya. Kanak-kanak yang menghadapi gangguan emosi biasanya tidak berupaya untuk berinteraksi secara normal dengan kanak-kanak lain. Tingkah laku mereka adalah lebih bersifat keanak-anakan dan tidak mengkikut tahap umur mereka. Selain itu, mereka kadangkala bersikap ganas, tidak mempunyai sifat sabar dan kerap mengamuk. Gangguan emosi dalam kalangan murid cenderung bertingkah laku yang kurang sesuai dengan situasi dan tidak mengikut norma sebagai kanak-kanak yang sama peringkat umur. Menurut Achamanto Mendatu

(2007), gangguan emosi berdasarkan persoalan takut dan cemas. Tanggungjwab guru adalah untuk mengenal pasti gangguan emosi muridnya dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengatasinya. Kebimbangan berkait rapat dengan emosi ketakutan. Walaupun kebimbangan adalah suatu keadaan emosi yang berlaku di peringkat dalaman murid namun ianya juga merupakan salah satu daripada jenis tingkah laku bermasalah yang kurang ditonjolkan permasalahannya. Seseorang yang sentiasa bimbang akan sentiasa cemas atau phobia menghadapi sesuatu cabaran. Mengikut kajian Barat, kanak-kanak yang selalu berada di dalam kebimbangan akan mendapat markah yang rendah berbanding dengan kanak-kanak yang normal. Mereka banyak melakukan kesilapan. Kebimbangan adalah fenomena yang akan menyebabkan kanak-kanak mempunyai personaliti dan kendiri yang negatif. Individu sebegini akan menghadapi kesusahan dalam perhubungan dengan orang lain. Antara sebab terjadi tingkah laku kebimbangan ialah percanggahan motif, konflik diri antara tingkah laku dan nilai sebenarnya, penyesuaian diri dalam menghadapi suatu keadaan yang baru, menghadapi suatu keadaan yang sukar diramal dan kehilangan tempat bergantung.

2.3

Punca Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid

Gangguan emosi murid di sekolah kadangkala berpunca dari rumah. Murid akan terbawa-bawa masalah atau situasi yang dialaminya di rumah semasa berada di sekolah. Murid yang menunjukkan ciri-ciri tidak matang, tidak suka bergaul dengan rakan lain, kurang memberi kerjasama kumpulan dan tidak berani menyuarakan pendapat biasanya dialami oleh murid yang mengalami gangguan emosi. Selain itu, ahli keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa kepada gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil. Akhirnya, murid akan bertindak berlainan di antara satu sama lain. Penerimaan rakan sebaya akan membuatkan murid berasa ceria,

bersemangat, baik hati, mempunyai dorongan serta memberikan idea yang baik. Rakan sebaya adalah sangat penting pada seseorang murid kerana rakan sebaya adalah orang yang paling rapat dengan mereka untuk berkongsi dari segi perasaan, kemahiran, idea dan sebagainya. Murid yang tidak mempunyai rakan sebaya adalah

mereka yang tidak disanjung dan akan disingkirkan rakan-rakan. Banyak sebab bagaimana seseorang murid itu tidak menjadi sanjungan rakan-rakan antaranya faktor kemiskinan, kecerdasan, keadaan fizikal murid dan sebagainya. Keadaan murid yang tidak disanjung dan tidak mempunyai rakan sebaya itu akan menyebabkan murid berasa tidak yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri daripada rakan sebaya. Persekitaran sekolah yang tidak kondusif juga mempengaruhi gangguan emosi kanak-kanak. Kecenderungan kearah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Contohnya keadaan fizikal kelas yang sesak, dikelilingi rakan-rakan yang suka mengganggu semasa pengajaran dan pembelajaran boleh menyebabkan emosi kanak-kanak terganggu. Keadaan fizikal kelas adalah punca utama gangguan yang berlaku semasa di dalam bilik darjah. Murid-murid memerlukan ruang untuk bergerak bebas semasa melakukan aktiviti pembelajaran selain berinteraksi dengan rakan sebaya untuk melakukan bercerita. Pergerakan yang terbatas menyebabkan murid sering sahaja didorong perasaan tidak sabar untuk berjumpa dengan rakan semasa waktu rehat ataupun tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Selain itu, suasana pembelajaran yang suram, tidak banyak bahan rujukan dan tidak ceria akan mendorong kepada kekurangan motivasi murid, tidak selesa dan tidak menganggap diri mereka berada dalam bilik darjah. Sistem peperiksaan yang masih digunakan terutama bagi murid tahap dua untuk menetukan gred dan keputusan murid setiap semester telah memberi gangguan emosi kepada murid yang menganggap masih belum bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Murid-murid ini akan sentiasa kelam kabut semasa menyiapkan kerja sekolah dan mungkin melebihkan usaha untuk memahami topik pelajaran sehingga tidak mempedulikan hal-hal lain seperti mengambil bahagian dalam pertandingan kuiz, gotong-royong kelas dan

menyiapkan kerja sekolah lain yang dianggap tidak penting. Selain itu, desakan ibu bapa juga punca berlakunya gangguan emosi kepada mereka. Terdapat ibu bapa yang sentiasa mengikuti perkembangan pelajaran anak mereka sehingga mendesak anak untuk melakukan yang terbaik untuk mendapat keputusan yang cemerlang sepanjang masa. Ibu bapa seperti ini tidak akan menghiraukan perasaan murid yang

inginkan masa bersama rakan sebaya dan beriadah bagi merehatkan otak. Gangguan emosi sedemikian jika tidak terkawal akan menyebabkan tekanan emosi yang lebih teruk seperti depresi dan cubaan untuk membunuh diri. Guru perlu mempertingkatkan kemahiran kaunseling bagi membantu mereka menangani masalah murid sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Guru perlu mengelak untuk sering menyalahkan tindakan seseorang murid selain bijak untuk mengawal emosi kepada murid terhadap tindakan mereka seperti apabila berlakunya pergaduhan dan kes kecurian. Dalam situasi tertentu, guru adakalanya tidak memahami sikap dan keperluan murid. Murid akan berasa teraniaya sekiranya guru tidak menggunakan kuasa yang betul dan adil terhadap keputusan bagi kesalahan seseorang murid. Emosi murid akan terganggu sekiranya guru sering menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah antara murid, sebaliknya guru perlu adil bagi memastikan kedua-dua pihak mendapat kebaikan dan pengajaran atas tindakan mereka. Oleh itu, selain memahami sikap murid, guru juga perlu memastikan mereka juga memahami keperluan seseorang murid itu sama ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran ataupun semasa di luar bilik darjah.

2.4

Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi Kalangan Murid Guru dan ibubapa boleh membantu murid-murid yang mengalami gangguan

emosi dengan membantu mereka menguruskan emosinya secara berpatutan, kebijaksanaan dan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah Guru boleh menggunakan modifikasi tingkah laku yang bersesuaian. Peneguhan positif diberikan kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini manakala hukuman dikenakan perlulah adil dan bersesuaian. Dalam hal ini, ibu bapa yang arif dan berpengalaman dalam banyak perkara perlulah menjadi mentor iaitu pembimbing atau penasihat serta jurulatih kepada anak-anak mereka pada setiap peringkat umur dan keadaan. Mereka iaitu ibu bapa bolehlah menggunakan peristiwa-peristiwa emosi dalam kehidupan anak-anak seperti marah, suka, duka, geram, irihati, takut, murung dan sebagainya dengan menjelas dan menyatakan bahawa emosi-emosi sedemikian merupakan situasi yang normal. Tetapi ia perlu diseimbangkan mengikut kesesuaian dan tidak menjejaskan diri dan individu yang lainnya.

Guru juga perlu bersikap kepimpinan demokratik terutama sama ada di luar kelas atau di dalam proses pengajaran pembelajaran. Sikap kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan dan mendorong murid berinteraksi di antara satu sama lain selain aktif melibatkan diri dalam kumpulan. Kerjasama daripada ibu bapa juga perlu diperolehi. Ibu bapa perlu diberi maklumat tentang masalah yang dihadapi anak-anak mereka dan berusaha mencari jalan

penyelesaian bersama melalui perbincangan dan pemerhatian bersama guru dari semasa ke semasa. Selain itu, murid juga boleh dibantu dengan menggunakan khidmat guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Murid yang mempunyai masalah peribadi seperti penakut, dan pemalu perlu diberi khidmat bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang berkelayakan untuk mengatasi masalah gangguan emosi. Manakala pihak sekolah juga boleh membantu dengan menganjurkan Program Bimbingan Kerjaya. Program ini bertujuan mebantu mereka memahami bakat dan kelebihan yang ada pada diri dan seterusnya dapat menanam keyakinan terhadap keupayaan diri sendiri. Dengan itu, murid akan meningkatkan konsep kendiri yang lebih sensitif. Seterusnya,murid hendaklah didedahkan dengan teknik-teknik

meningkatkan kecerdasan emosi. Menurut Mayer dan Salovey pula, kecerdasan emosi adalah sejenis kecerdasan sosial yang melibatkan kebolehan untuk mengawasi diri sendiri dan juga orang lain serta boleh membezakan diri dengan orang lain. Ia juga menggunakan maklumat untuk membimbing ke arah satu pemikiran dan juga tindakan. Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain. Sementara individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang rendah pula akan bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat hidup yang kurang jelas. Selain itu juga, individu tersebut kurang mahir mengurus perasaan negatif serta kurang mahir dalam menjalinkan persahabatan dengan orang lain.

Murid-murid perlu diberi tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masingmasing. Selain itu, guru perlu mahir dalam kawalan bilik darjah. Peraturanperaturan perlu dijelaskan kepada murid. Guru perlu memastikan murid memahami serta bersetuju dengan peraturan yang disediakan. Peraturan pula mestilah bersesuaian dengan peringkat umur dan kumpulan murid. Murid juga perlu diberikan peluang untuk mengenal pasti kesalahan tingkah laku yang tidak diingini. Setelah mengenalpasti masalah sendiri, murid hendaklah diberi ruang untuk menyelesaikan masalah mereka sama ada melalui perbincangn bersama guru atau diberi masa untuk berubah. Guru dan pihak sekolah perlu berusaha untuk menyediakan bilik darjah yang kondusif kepada murid-murid di dalam kelas. Salah satunya ialah susunan kedudukan murid di dalam kelas iaitu dari komponen fizikal. Komponen fizikal meliputi semua keadaan fizikal seperti fizikal bilik darjah, bahan-bahan pelajaran, kemudahan dalam alam persekitaran (Mok Soon Sang, 2008). Bilik darjah yang kreatif serta kondusif dapat mengembangkan kreativiti pelajar (Azizi Jaafar, 2009). Bagi menggalakkan pemikiran kreatif, suasana bilik darjah yang selesa perlu disediakan. Oleh itu, terdapat berbagai-bagai cara penyusunan bilik darjah yang akan mencerminkan gaya pengajaran kita sebagai guru. Antara cara penyusunan bilik darjah menurut Choong (2008) ialah Gaya Auditorium iaitu gaya penyusunan tradisional di mana murid-murid duduk menghadap guru. Selain itu, Gaya Bersemuka iaitu gaya murid-murid duduk menghadap satu sama lain di dalam kumpulan seramai enam atau lapan orang. Manakala Gaya Off-Set memerlukan tiga atau empat orang murid-murid duduk pada meja tetapi tidak menghadap sesama mereka. Murid juga boleh disusun mengikut Gaya Seminar iaitu kumpulan murid-murid yang terdiri daripada 10 atau lebih orang duduk dalam bulatan, segiempat sama atau berbentuk-U. Seterusnya Gaya Kluster yang terdiri daripada 4 hingga 8 orang murid duduk dalam kumpulan yang dekat dan rapat.

2.5

RUMUSAN Gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak mungkin berlaku pada

peringkat awal perkembangan kanak-kanak dan ada kemungkinan gangguan tersebut akan hilang semasa mereka meningkat remaja. Di antara gangguan emosi yang biasa dialami oleh kanak-kanak ialah suka bersendirian, tidak melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti, suka memberontak dan berkelakuan pelik. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan yang sesuai untuk membantu mereka. Murid-murid yang mengalami masalah gangguan emosi boleh mendapatkan khidmat atau bantuan daripada pihak tertentu seperti pakar psikologi dan kaunseling. Selain itu, hak kanakkanak ini perlu sentiasa dijamin dan dihormati. Sebagai ibu bapa dan guru, kita perlu tahu bahawa kanak-kanak tidak boleh didiskriminasikan dari segi warna kulit, jantina, bangsa, agama, pendapat politik atau lain-lain pendapat, asal usul kebangsaan, kaum atau sosial, harta benda, kecacatan, kelahiran atau lain-lain status kanakkanak itu atau ibubapa atau penjaga sahnya. Kesimpulannya, selain untuk membantu dan mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi di sekolah, guru juga perlu mengetahui akta-akta dan hak asasi setiap kanak-kanak itu yang sebenarnya dapat membantu kanak-kanak ini membina kehidupan yang sempurna disamping dapat menjadikan mereka modal insan yang berharga kepada negara.