Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Alhamdulillah dengan izinNya dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan ini dengan jayanya.

Tugasan individu yang saya pilih sangat menarik dan sangat sesuai untuk dijadikan panduan semasa berada di sekolah. Ia bertajuk Tekanan Emosi Dalam Kalangan Murid. Setelah mendapat tajuk ini, saya membuat kesimpulan bahawa tekanan emosi adalah berkaitan dengan ilmu psikologi. Saya sangat berminat untuk meneroka dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tekanan emosi murid ini kerana sebagai seorang guru, kita perlu mengetahui dan

menyediakan diri dengan pelbagai jenis murid yang berlainan latar belakang, budaya dan kepercayaan. Banyak ilmu dan input yang saya dapat sepanjang menyiapkan tugasan. Selain daripada buku-buku rujukan, saya juga memperolehi maklumat daripada bahan laman web yang banyak menyediakan bahan rujukan terutama sekali individu yang sudi berkongsi bahan mereka. Melalui kefahaman saya, murid-murid mengalami tekanan emosi tanpa mengira umur. Itulah adalah fakta yang baru saya ketahui kerana pada saya selama ini murid tidak pernah menghadapi tekanan kerana sering bermain dan gembira bersama rakan-rakan. Walau bagaimanapun, saya mendapati ada beberapa orang murid yang

menghadapi tekanan tetapi tidak membimbangkan. Biasanya ia disebabkan tekanan belajar kerana murid-murid yang sering menghadapi tekanan adalah mereka yang sangat lemah dalam kemahiran literasi dan numerasi. Desakan guru yang menyuruh mereka menghafal huruf, nombor, membaca dan mengira merupakan tekanan kepada mereka semasa berada di sekolah. Dari segi masalah kekeluargaan juga menunjukkan beberapa orang murid menghadapi tekanan kerana faktor penceraian ibubapa. Setelah saya mengetahui masalah yang dihadapi murid, barulah saya sedar bahawa kanak-kanak ini masih memerlukan kasih sayang dan perhatian sewajarnya daripada guru-gurunya. Walau bagaimanapun, tekanan emosi guru juga tidak boleh dipandang ringan. Kadangkala guru-guru tidak menampakkan ciri-ciri luaran tertekan emosi tetapi akan memberi kesan pada perasaan dan tumpuan guru dalam pengajaran. Memandangkan saya telah memperolehi maklumat berguna ini maka saya akan berkongsi dan bertukar-tukar pendapat bersama guru-guru lain mengenai

isu murid yang menghadapi masalah pembelajaran kemungkinan berkaitan dengan masalah tekanan emosi. Semoga usaha dan pembelajaran saya untuk menyiapkan tugasan ini akan memberikan saya lebih yakin untuk mengajar dan berusaha membantu murid-murid khususnya yang menghadapi masalah tekanan emosi untuk mencapai objektif pembelajaran yang diharapkan.