Anda di halaman 1dari 2

PENGURUSAN KAWALAN KENDIRI

Pengurusan kawalan kendiri boleh dilihat dari beberapa aspek seperti :

 Kawalan kendiri
 Amanah
 ketekunan
 kebolehsuaian
 inovasi

KAWALAN KENDIRI

Maksud :
sesuatu individu itu dapat menguruskan emosi yang destruktif. Individu yang memiliki
kompetensi ini biasanya:
1. mengurus perasaan dan emosi negatif dengan baik
2. tenang dan positif semasa tertekan
3. berfikiran waras dan berfokus dalam tekanan

AMANAH

Maksud :
Sesuatu individu itu dapat mengekalkan piawaian kejujuran dan integriti. Individu yang
memiliki kompetensi ini biasanya:
1. bertindak secara beretika mengikut peraturan
2. membina keyakinan melalui keboleh percayaan dan autentisiti
3. mengakui kesalahan sendiri dan menentang tindakan tidak beretika orang lain
4. mengekalkan pandangan yang ada prinsip walaupun tidak popular

KETEKUNAN

Maksud :
Sesutu individu itu bertanggungjawab atas prestasi diri. . Individu yang memiliki
kompetensi ini biasanya:
1. mempunyai komitmen dan menunaikan janji
2. bersifat akauntable untuk memenuhi objektif
3. teratur dan sistematik dalam melaksanakan tugas

KEBOLEHSUAIAN

Maksud :
Ini bererti sesuatu individu itu luwes (fleksibel) dalam menangani perubahan . Individu
yang memiliki kompetensi ini biasanya:
1. menangani tuntutan pelbagai, perubahan keutamaan dan pertukaran yang kerap
2. menyesuaikan respons dan taktik dengan keadaan yang sering berubah
3. luwes dalam presepsi terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku
INOVASI

Maksud :
Sesuatu individu itu rasa selesa dan terbuka kepada idea-idea serta maklumat baru .
Individu yang memiliki kompetensi ini biasanya:
1. mencari idea baru daripada pelbagai sumber
2. memikirkan penyelesaikan kreatif terhadap masalah-masalah
3. menjana idea baru
4. mempunyai perspektif terkini dan risiko dalam pemikiran