Anda di halaman 1dari 2

Revolusi 1911 Revolusi 1911 atau revolusi Xinhai merupakan suatu gerakan yang diwujudkan bagi menggulingkan kerajaan

Manchu dalam usaha mewujudkan sebuah negara Republik. Revolusi ini dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen sebagai peneraju utama pergerakan. Revolusi ini tercetus pada 10 Oktober 1911 apabila tercetusnya pemberontakan Wunchang yang menyaksikan pertempuran antara angkatan perikatan revolusi (Tongmenhui). Pemberontakan tersebut berakhir dengan penggulingan Puyi sebagai maharaja pada 12 Februari 1912. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan tercetusnya revolusi ini yang merangkumi faktor-faktor politik, ekonomi dan sosial. Sebab2 Sentimen anti-Manchu Sentimen anti-Manchu merupakan faktor tercetusnya revolusi 1911. Sentimen anti-Manchu melibatkan rasa tidak puas hati orang Cina terhadap orang-orang Manchu. Orang China menganggap orang Manchu sebagai bertaraf rendah kerana berasal dari bangsa yang hidup berpindah randah. Selain itu, sikap pemerintah Manchu yang mengamalkan amalan nepotisme dan korupsi dalam pentadbiran menimbulkan penentangan dalam kalangan rakyat tempatan. Ahli-ahli fikir Cina telah lama menggalakkan kempen anti-Ching pulihkan Ming. Oleh itu, telah muncul pelbagai pemberontakan di China seperti pemberontakan Taiping yang dilancarkan sebab sentimen antiManchu justeru, gerakan Revolusi 1911 merupakan sealiran dengan pemberontakanpemberontakan tersebut dalam usaha menggulingkan Kerajaan Manchu. Pengaruh fahaman Barat Revolusi di England, Amerika dan Perancis telah mempengaruhi pemikiran orang-orang Cina untuk memulakan revolusi. Idea mengenai demokrasi, kemerdekaan, hak asasi manusia, hak sama rata dan kebebasan telah tertanam dalam sanubari para pelajar Cina yang telah dihantar belajar keluar negara. Kebanyakan dari pelajar-pelajar tersebut termasuklah Sun Yat Sen percaya fahaman republik telah membawa kejayaan dalam banyak hal di negara-negara barat. oleh itu, fahaman republik dirasakan merupakan satu-satunya jawapan untuk menyelamatkan negeri China. Selain itu, keperluan perubahan menurut Sun Yat Sen, pemerintahan beraja sudah ketinggalan zaman dan menjadi punca kesengsaraan di China. Setiap zaman kacau-bilau selalunya diikuti dengan masalah perebutan takhta. Dalam proses ini rakyat menderita dan pola sejarah ini sering berulang dalam melantik maharaja China. Dr Sun dan tokoh-tokoh revolusi yang lain percaya bahawa sistem republik akan membawa revolusi sosial dengan mana modal dan tanah dipunyai bersama dalam negeri. Oleh itu keperluan perubahan sistem pemerintahan yang lebih baik dengan menggantikan sistem pemerintahan sedia ada kepada sistem pemerintahan republik menjadi faktor penggerak kepada revolusi 1911.

Sebab ekonomi Menjelang akhir abad ke-19 ekonomi china berada dalam keadaan yang tidak stabil ekoran China banyak berhutang. Contohnya, China terpaksa menanggung hutang kekalahan perang dalam perang China Jepun sebanyak 200 juta tael. Seterusnya, membayar sebanyak 450 juta tael kepada kuasakuasa barat termasuk Jepun ekoran pemberontakan Boxer. Keadaan tersebut menyebabkan berlakunya aliran keluar wang yang banyak dari negara China. Kesannya, China mengenakan cukai yang tinggi ke rakyat bagi membayar kos ganti rugi tersebut. Kesannya rakyat terbeban lalu menimbulkan rasa tidak puas hati dengan kerajaan China. Bagi pemimpin-pemimpin revolusi mereka melihat ketidakstabilan ekonomi China sebagai faktor kebangkitan bagi menggulingkan kerajaan kerana gagal mengurus tadbir hutang negara sehingga membebankan rakyat.