Anda di halaman 1dari 37

MALAYAN UNION KE MERDEKA KESAN-KESAN PENDUDUKAN JEPUN Pendudukan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu (1941-1945) selama lebih kurang

tiga tahun lapan bulan telah meninggalkan kesan-kesan yang penting. Sungguhpun jangka waktu pendudukan Jepun itu pendek tetapi ia telah dapat mengubah suasana politik dan sikap penduduk-penduduk Semenanjung. Kemampuan Jepun mengalahkan Amerika Syarikat, Britain dan Belanda di Asia Tenggara, biarpun buat tempoh yang singkat, telah membuktikan kepada pendudukan Asia Tenggara bahawa kalau mereka diberi peluang maka mereka juga boleh menjadikuat seperti Jepun dan dapat pula nanti mengalahkan kuasa-kuasa penjajah. Penjajahan dianggap sebagai satu faktor yang penting yang menyebabkan mereka mundur dalam berbagai bidang. Sikap anti-penjajahan telah berkembang dan menjadi kuat dalam kalangan penduduk Semenanjung akibat dari pendudukan Jepun. Oleh kerana pendudukan Jepun di Semenanjung berlaku dalam masa perang yang masih berterusan di tempat-tempat lain seperti New Guinea dan Burma maka kerajaan Jepun tidak dapat menempatkan pegawai-pegawainya yang cukup bagi mentadbirkan Semenanjung Tanah Melayu kerana mereka diperlukan untuk peperangan. Jadi, banyak pegawai British pada masa Jepun, dijawat oleh pegawai-pegawai Melayu. pengalaman memegang jawatan-jawatan kanan ini telah memberi kepercayaan kepada diri sendiri dalam kalangan orang-orang Melayu. perkara ini sekali lagi membangkitkan perasaan anti-penjajahan. Sebelum Jepun menyerang Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1941, perasaan antiJepun memang telah wujud dalam kalangan orang cina di Semenanjung kerana Jepun telah melanggar negeri China pada tahun 1937. Pada masa itu, kebanyakan orang di Semenanjung Tanah Melayu masih menumpukan taat setianya kepada negeri China. Sebelum 1941 mereka telah mengutip derma untuk membantu negeri China melawan Jepun dan memulau barangbarang buatan Jepun di Semenanjung Tanah Melayu. Jadi, bila Jepun sampai ke Semenanjung, sikap permusuhan di antara dua pihak itu memang telah wujud. Jepun mengambil sikap anti-Cina. Parti Komunis Malaya (PKM) yang

kebanyakananggotnya terdiri dariapda orang Cina telah mengaturkan tentangan terhadap Jepun. PKM telah menubuhkan Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun atau lebih dikenali sebagai Bintang

Tiga. Pemerintahan Jepun pula telah mengambil orang Melayu untuk menjadi askar dan polis. Kedua-dua bidang ini memang punca mata pencarian orang Melayu, baikpun sebelum Jepun menakluk Semenanjung Tanah Melayu. apabila Jepun menyerang Bintang Tiga, sebahagian daripada pasukan Jepun terdiri dari orang Melayu. Jadi, apa yang sebenarnya pertentangan antara Pemerintahan Jepun dengan PKM telah membangkitkan perasaan perselisihan antara Melayu dengan Cina. Orang India pula telah digalakkan oleh Jepun supaya menumpukan perhatian mereka terhadap negeri India. Satu pasukan yang bernama Tentera Kebangsaan India telah ditubuhkan dengan tujuan hendak membebaskan India daripada penjajahan British. Malahan sebuah kerajaan India buangan bernama Azad Hind telah dibentuk di bawah kelolaan Subhas Chandra Bose. Oleh yang demikian, satu daripada kesan penting pendudukan Jepun ialah pengukuhan perasaan kebangsaan penduduk-penduduk Tanah Melayu. kesedaran politik dan sikap antipenjajahan dalam kalangan orang Melayu bertambah kuat. Orang Cina dan India pula bertambah kukuh dengan perasaan kecinaan dan keindiaan mereka. Perasaan pergesaran antara Melayu dan Cina yang sebahagiannya diakibatkan oleh dasar Jepun, telah menjadi lebih buruk apabila Jepun dikalahkan oleh pihak Berikat (Amerika, Britain dan lain-lain) di bulan Ogos, 1945. Apabila Jepun mengaku kalah pada 15 Ogos 1945, tentera British belumpun sampai ke Semenanjung. Jadi, PKM menerusi pasukan Bintang Tiganya telah mengambilalih pentadbiran di beberapa tempat di Semenanjung selama lebih kurang dua minggu. Mereka telah mengambil peluang untuk membalas dendam terutama terhadap orang Melayu. Ini telah menyebabkan pertentangan agak sengit antara orang Melayu dan Cina. Ia memberi kesan yang buruk terhadap perhubungan antara dua golongan penduduk Semenanjung. Jadi nyatalah bahawa sungguhpun pendudukan Jepun telah membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk Semenanjung tetapi ianya juga telah menguatkan perasaan perkauman. Kesatuan Tanah Melayu yang lebih dikenal dengan panggilan dalam bahasa Inggerisnya iaitu Malayan Union, merupakan satu cubaan Kerajaan British hendaka menukar taraf negerinegeri Melayu yang bernaung kepada tanah jajahannya Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Pihak British hendak berkuasa penuh di Tanah Melayu; kedaulatan Raja-raja Melayu hendak

dihapuskan. Rancangan Kesatuan Tanah Melayu (MU) ini ialah satu perkara yang sangat penting dalam sejarah Malaysia. Ia menghidup dan memarakkan semangat kebangsaan Melayu. Ia telah menyatupadukan bangsa Melayu, sekurang-kurangnya buat beberapa ketika. Ia telah memulakan gerakan politik anti-British dengan cara terbuka dan merupakan bibit-bibit permulaan bagi perjuangan mencapai kemerdekaan. Usaha-usaha untuk menggubal perlembagaan baru bagi Semenanjung Tanah Melayu telah dijalankan oleh Kerajaan British dalam masa Jepun menduduki Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan British telah menubuhkan sebuah badan bernama Unit Perancangan Tanah Melayu di Britain. Unit ini dianggotai oleh bekas pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Semenanjung sebelum Jepun menguasai negara kita. Semasa pegawai-pegawai ini menggubal perlembagaan, tiga buah memorandum telah dikemukakan kepada Pejabat Tanah Jajahan. Satu daripada memorandum ini datang dari Persatuan British Malaya dan satu lagi dari mendiang Tan Cheng Lock yang pada masa itu berada di India. Beliau telah meninggalkan Semenanjung apabila Jepun datang. Memorandum yang ketiga datang dari Persatuan PelajarPelajar Melayu Britain. Memorandum yang di kemukakan oleh Persatuan British Malaya mencadangkan supaya negeri-negeri Melayu, termasuk Seberang Prai dan Melaka, digabungkan di bawah satu pemerintahan.Pulau Pinang dan Singapura telah menjadi tanah jajahan British. Pendudukpenduduk Tanah Melayu hendaklah diberi peluang yang lebih dalam memerintah dan mentadbir negara mereka. Persatuan ini juga mengesyorkan supaya sebuah Majlis dibentuk tetapi ahli-ahli dilantik oleh Kerajaan British Memorandum Tan Cheng Lock juga mencadangkan supaya semua negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang, Melaka dan Singapura digabungkan dalam satu kesatuan. Kesatuan ini ditadbirkan sebagai sebuah pemerintahan. Penduduk-penduduk Tanah Melayu hendaklah diberi hak politik yang lebih luas. Beliau juga mengemukakan supaya sebuah Majlis dibentuk dan ahliahli dipilih oleh rakyat. Beberapa orang pelajar Melayu yang berada di Britain pada masa Perang Dunia Kedua telah berasa tidak puashati tentang rancangan Kerajaan British hendak mengemukakan satu perlembagaan baru bagi Semenanjung Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Mereka telah

menubuhkan sebuah Persatuan Pelajar-pelajar Melayu dan mengirimkan satu memorandum kepada Kerajaan British pada 25 April 1944. Mengikut daraf memorandum pelajar-pelajar ini, mereka menentang percubaan Kerajaan British hendak menukar taraf negeri-negeri Melayu daripada negeri bernaung kepada tanah jajahan. Namun demikian memorandum pelajar ini sedia menerima penasihat-penasihat British di tiap-tiap negeri Melayu dan menganggap Negeri-negeri Selat sebagai tanah jajahan British. Memorandum ini juga mencadangkan supaya negeri-negeri Melayu ini digabungkan tetapi kedaulatan sultan-sultannya diiktiraf. Selain dari itu memorandum ini meminta supaya pemberian hak kerakyatan Tanah Melayu tidak mengikut prinsip jus soli. Dua perkara yang agak menarik dalam memorandum pelajar-pelajar Melayu ini ialah, yang pertama, ia berpendapat bahawa matlamat akhir bagi orang-orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu ditubuhkan dan Universiti ini hendaklah mempunyai Jabatan Pengajian Melayu. Setakat manakah memorandum-memorandum ini mempengaruhi Kerajaan British agak sukar ditentukan sungguhpun ada beberapa persamaan antara kandungan memorandummemorandum ini dan perlembagaan Malayan Union.

SYARAT-SYARAT MALAYAN UNION Perlembagaan Malayan Union menukar taraf negeri-negeri Melayu daripada negerinegeri yang bernaung kepada tanah jajahan British. Menerusi Malayan Union, kerajaan Britsh telah menghapuskan kedaulatan sultan-sultan Melayu. kerajaan British telah mengambilalih kuasa sultan-sultan Melayu apabila Sir Harold MacMichael, seorang wakil khas Kerajaan British telah berjaya mendapatkan tandatangan sultan-sultan untuk menyerahkan kedaulatan mereka kepada pihak British. MacMichael telah datang ke Tanah Melayu dalam bulan Oktober 1945. Sebenarnya cara beliau mendapatkan tandatangan sultan-sultan ini boleh dipersoalkan kerana ada sultan yang diugut. Selain dari itu, ada pula perjanjian menyerahkan kuasa yang telah ditandatangani oleh sultan-sultan ini yang tidak sah dari segi perlembagaan negeri. Perlembagaan negeri Johor misalnya tidak membenarkan Sultan Johor dengan cara persendirian menyerahkan negeri Johor kepada mana-mana kuasa luar. Tetapi oleh kerana Kerajaan British kuat dan berkuasa maka ia telah memaksakan Malayan Union kepada negara kita. Mengikut perlembagaan Malayan Union, semua negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka disatukan di bawah satu pemerintahan pusat. Singapura tidak dimasukkan. Malayan Union ini diperintah oleh seorang gabenor British. Ia berkuasa penuh. Sultan-sultan cuma menjadi raja kehormat sahaja. Majlis Penasihat Pusat Malayan Union dianggotai oleh sultan-sultan tetapi gabenor yang menjadi pengerusinya. Keadaan ini adalah ganjil kerana seorang yang beragama Kristian menjadi pengerusi Majlis yang juga membicarakan hal agama Islam. Perlembagaan Malayan Union cuba memberi hak kerakyatan kepada golongan bukan Melayu menerusi prinsip jus soli. Ini bermakna jika seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas Malayan Union ditubuhkan, maka ia berhak menerima hak kerakyatan dengan senang. Mengikut perlembagaan Malayan Union juga tiap-tiap negeri dalam Malayan Union mempunyai seorang Pesuruhjaya Negeri yang menjadi ketua pentadbir di peringkat negeri.

TENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION Pengumuman tentang Malayan Union ini telah dibuat oleh Kerajaan British oada 10 Oktober 1945 di London. Pada 11 Oktober 1945, maklumat ini telah disiarkan dalam akhbarakhbar di Tanah Melayu. Pada esok harinya 12 Oktober 1945, Sir MacMichael telah diberi tugas untuk mendapatkan persetujuan sultan-sultan Melayu terhadap Malayan Union. Beliau telah berjaya mendapatkan tandatangan sultan-sultan sungguhpun tidak semuanya boleh dianggap sah. Apabila orang Melayu faham tentang kandungan perlembagaan Malayan Union dan dapat tahu cara-cara MacMichael mendapatkan tandatangan sultan-sultan Melayu, mereka telah membantah rancangan Malayan Union. Pada 20 November 1945, lapan buah persatuan Melayu Johor telah bergabung untuk menjadi Liga Melayu Johor. Pada 3 Januari 1946 pula, Gerakan Melayu Semenanjung telah ditubuhkan di bawah pimpinan DatoOnn bin Jaafar. Di antara bulan Oktober 1945 hingga bulan Januari 1946, orang Melayu giat dengan usaha menubuhkan persatuan-persatuan untuk menentang Malayan Union. Dua perkara besar yang ditentang oleh orang Melayu ialah penghapusan kedaulatan sultan-sultan dan pemberian hak kerakyatan menerusi prinsip jus soli. PENUBUHAN KONGRES MELAYU SEMALAYA Sungguhpun orang Melayu menentang Malayan Union dengan hebat tetapi usaha mereka tidak padu. Beberapa pandangan telah dikemukakan dalam akhbar supaya orang Melayu bersatupadu untuk menentang Malayan Union ini. Jadi pada 1 Mac 1946, satu persidangan pertubuhan-pertubuhan Melayu telah diadakan di Kuala Lumpur untuk menyatupadukan tenaga orang-orang Melayu. Persidangan ini berjalan dari 1 hingga 4 Mac 1946. Ia telah dihadiri oleh 41 buah pertubuhan-pertubuhan Melayu termasuk Persatuan Orang Asli. Wakil-wakli yang hadir telah bersetuju menggabungkan pertubuhan-pertubuhan Melayu ini. Gabungan ini dinamakan Kongres Melayu SeMalaya. Dato Onn bin Jaafar telah dilantik menjadi pengerusi. Kongres Melayu SeMalaya mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah parti politik Melayu yang kuat. Sebuah jawatankuasa telah dilantik bagi menyediakan perlembagaannya. Kongres menganggap persetujuan sultan-sultan Melayu untuk menyerahkan kuasa mereka kepada Kerajaan British sebagai tidak sah kerana,

tidak menurut perlembagaan, hak pesaka, adat resam dan amalan tiap-tiap negeri Melayu Kongres juga berpendapat bahawa langkah British hendak memaksakan Malayan Union di Tanah Melayu adalah bertentangan dengan prinsip demokrasi kerana orang Melayu tidak

bersetuju menerimanya. Oleh kerana Malayan Union akan memberi kuasa penuh kepada Kerajaan British maka Kongres menganggapnya sebagai bertentangan dengan semangat Piagam Atlantik. Piagam Atlantik ialah persetujuan di antara Perdana Menteri Britain dan Presiden Amerika Syarikat dalam masa Perang Dunia Kedua bahawa mereka berjanji memberi kemerdekaan kepada tanah jajahan mereka jika Britain dan Amerika Syarikat menang dalam peperangan tersebut. Kongres merasakan tindakan Kerajaan British hendak menubuhkan Malayan Union itu sebagai tidak adil. Ia meminta Kerajaan British menarik balik rancangan Malayan Union dan mengekalkan kepada keadaan sebelum tahun 1941. TENTANGAN TERHADAP MALAYAN UNION DI BRITAIN Dalam masa orang Melayu membantah Malayan Unino di Semenanjung Tanah Melayu, sekumpulan orang British di Britain juga turut menentang Malayan Union. Mereka ini terdiri daripada bekas pegawai-pegawai kanan dan ahli-ahli perniagaan British yang pernah berkhidmat di Semenanjung. Mereka berpendapat bahawa Kerajaan British telah tidak bersikap adil terhadap sultan dan orang Melayu. mereka juga membantah cara MacMichael mendapatkan tandatangan sultan-sultan. Mereka telah menulis surat bantahan kepada akhbar Times di London. Times, sebuah akhbar yang terkemuka pada masa itu. Kumpulan ini juga telah menyatakan kecaman mereka terhadap Kerajaan British menerusi Pejabat Tanah Jajahan British di London. TINDAKAN TERHADAP MALAYAN UNION DAN PENGHAPUSAN Sungguhpun Kongres Melayu SeMalaya telah menyatakan tentangannya terhadap Malayan Union tetapi Kerajaan British telah tidak begitu memperdulikannya. Dalam suatu perbincangan di Dewan Rakyat British pada 8 Mac 1946. Kerajaan British telah menyatakan keazamannya hendak melaksanakan Malayan Union pada 1 April 1946. Cuma satu perkara sahaja dalam perlembagaan Malayan Union yang tidak akan dilaksanakan pada 1 April 1946 itu iaitu fasal yang berkenaan dengan hak kerakyatan. Perkara ini telah digantung buat sementara.

Apabila orang Melayu mendengar tujuan Kerajaan British ini, Kongres Melayu SeMalaya telah mengambil keputusan untuk mengadakan mesyuarat tergempar pada 29 dan 30 Mac 1946 di Kuala Lumpur. Kongres telah mengambil keputusan: 1. Orang Meyu hendaklah memulaukan istiadat melantik Gabenor Malayan Union. 2. Memohon Raja-raja Melayu supaya jangan menghadiri majlis istiadat melantik Gabenor itu 3. Orang Melayu mestilah menunjukkan tanda berkabung dengan melilitkan kain putih di songkok selama 7 hari iaitu dari 1 April 1946. Kongres juga telah meminta semua orang Melayu yang telah dilantik menjadi ahli majlis-majlis penasihat Malayan Union di peringkat pusat atau negeri supaya memulaukan majis-majlis itu. Dato Onn serta tiga orang pemimpin lain telah ditugaskan oleh Kongres untuk memohon Raja raja Melayu supaya memulaukan istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union. Di akhir mesyuarat tergempar Kongres Melayu SeMalaya itu, Raja-raja Melayu memang telah berkumpul di Kuala Lumpur kerana hendak menghadiri istiadat perlantikan Gabenor Malayan Union. Pada masa itu juga, raja-raja Melayu telah sedar bahawa mereka telah tersilap atau dipaksa menandatangani surat persetujuan mneyerahkan kuasa mereka kepada kerajaan British.mereka juga mengetahui bahawa ramai orang Melayu yang marah pada Raja-raja merka kerana mereka kurang teliti apabila menerima Malayan Union. Raja-raja Melayu juga sedar bahawa orang Melayu sahajalah yang boleh menolong mereka mendapatkan baik kedaulatan mereka. Jadi, apabila DatoOnn dan rakan-rakannya pergi mengadap, Raja-raja Melayu telah menyatakan kesediaan mereka untuk bekerjasama dengan Kongres Melayu SeMalaya. Pada 1 April 1946, apabila Kerajaan British hendak mengadakan istiadat perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union di Kuala Lumpur, tiada seorang pun Raja-raja Melayu ataupun ahli-ahli Melayu Majlis Penasihat Malayan Union yang hadir upacara itu. Orang Melayu telah memulaukannya. Tindakan Kongres Melayu SeMalaya ini agak mengkagumkan. Tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union mula memberi kesan.

LAHIRNYA UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION Kongres Melayu SeMalaya bergiat terus. Pada 11 Mei 1946, satu lagi persidangan telah diadakan di Johor Bahru. Jawatankuasa yang dilantik di awal bulan Mac 1946 untuk menggubal sebuah perlembagaan bagi menubuhkan satu parti politik telah melaporkan hasil kerjanya. Setelah dibincangkan dan pindaan-pindaan dibuat, Kongres bersetuju menerima perlembagaan tersebut. Nama parti politik yang baru ini ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Ringkasan namanya ialah PERKEMBAR. Terjemahan nama parti ini ke dalam bahasa Inggeris ialah United Malays National Organisation (UMNO). Dengan kelahiran UMNO pada tanggal 11 Mei 1946, Kongres Melayu SeMalaya bubar dengan sendirinya. UMNO terus mengadakan rapat-rapat umum dan tunjuk perasaan menentang Malayan Union. Pemimpin-pemimpin UMNO pergi ke seluruh Tanah Melayu menerangkan keburukan Malayan Union dan meminta orang Melayu membantahnya. Kegiatan pemimpin-pemimpin UMNO ini mendapat sambutan dari orang ramai Melayu. Ini terbukti apabila salah seorang daripada ahli Parlimen British membuat laporan tentang lawatannya ke Semenanjung Tanah Melayu bagi mengkaji soal Malayan Union ini. Beliau menyatakan bahawa di setiap kampung dan bandar yang dilawati oleh mereka, orang-orang yang keluar menemui mereka begitu ramai seolah-olah seluruh penduduk kampung atau bandar itu telah keluar. Orang Melayu menentang Malayan Union dengan kuat dan hebat. Kumpulan orang British yang tidak sukakan Malayan Union it uterus mengecam Kerajaan British. Orang bukan Melayu yang di Tanah Melayu pula tidak menyokong Malayan Union dengan berkesan. Dalam keadaan yang sedemikian, Kerajaan British telah mengambil keputusan untuk berunding dengan Raja-raja Melayu dan UMNO. Pada bulan Julai 1946, satu Jawantankuasa Kerja telah ditubuhkan. Bidang tugas Jawatankuasa ini ialah menggubal satu perlembagaan baru yang boleh diterima oleh orang Melayu dan dapat melahirkan satu pentadbiran yang cekap. Perlembagaan ini juga hendaklah menjadi asas kepada perkembangan politik dan perlembagaan masa hadapan. Anggota Jawatankuasa Kerja ini terdiri dari 4 wakil Raja-raja Melayu, 2 orang wakil UMNO dan 6 orang pegawai kanan British. Pengerusi Jawatankuasa ini ialah Ketua Setiausaha (Chief Secretary).

LAHIRNYA AMCJA Semasa Jawatankuasa Kerja ini menjalankan tugasnya, sedikit sebanyak kandungan perlembagaan yang mereka bincangkan telah disiarkan dalam akhbar-akhbar. Setengah daripada maklumat ini telah dikecam oleh orang bukan Melayu dan sekumpulan orang Melayu yang bukan dari UMNO. Dalam keadaan yang sedemikian, Kerajaan British telah menerima laporan Jawatankuasa Kerja itu secara bersyarat sahaja. Kerajaan British cuba hendak menghapuskan kecaman terhadap perlembagaan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kerja itu. Ia telah melantik sebuah Jawatankuasa Perunding yang dianggotai oleh orang bukan Melayu dan membuat syor-syor supaya orang bukan Melayu akan sedia menerima perlembagaan yang dicadangkan itu. Jawatankuasa Perunding telah menjalankan tugasnya dan mengemukakan laporan kepada Jawantkuasa Kerja dalam bulan Mac 1947. Namun demikian masih ramai lagi orang bukan Melayu yang puashati kerana Jawatankuasa Perunding itu dianggap tidak sebenarnya mewakili mereka. Semasa Malayan Union mula-mula dikemukakan, orang bukan Melayu tidak begitu menyokongnya. Tetapi apabila orang Melayu menentang Malayan Union dengan hebat, orang bukan Melayu mula berfikir bahawa Malayan Union itu mungkin menguntungkan mereka. Bila Kerajaan British tunduk kepada tentangan orang Melayu dengan mengadakan Jawatankuasa Kerja untuk menggubal satu perlembagaan baru, kebanyakkan orang bukan Melayu membantah rancangan ini. Sebahagian dari mereka merasakan Malayan Union agak lebih baik bagi mereka. Sebahagian pula tidak sukakan Malayan Union dan perlembagaan baru yang dicadangkan. Kedua-dua kumpulan ini telah menggabungkan tenaga mereka di bawah satu pertubuhan yang dinamakan Majlis Tindakan Bersama Seluruh Tanah Melayu ataupun dalam bahasa Inggerisnya All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA). AMCJA telah ditubuhkan pada 22 Disember 1946. Pengerusi ialah Tan Cheng Lock. AMCJA memperjuangkan enam prinsip: I. II. III. Penyatuan Tanah Melayu, termasuk Singapura. Sebuah Dewan Undang Pusat yang ahli-ahlinua semuanya dipilih oleh rakyat. Hak yang sama bagi semua yang menganggap Tanah Melayu sebagai Tanah Airnya dan tumpuan taat setianya.

IV.

Kedaulatan Sultan-sultan diteruskan dan mereka menjadi Raja Berperlembagaan. Mereka akan menerima nasihat menerusi badan-badan yang berunsur demokrasi.

V.

Perkara-perkara yang berkait dengan Agama Islam atau Adat resam Melayu adalah di bawah jagaan orang Melayu sahaja.

VI.

Perhatian yang khas hendakah diberi kepada soal kemajuan orang Melayu.

KERJASAMA AMCJA-PUTERA Selain daripada kebanyakan orang bukan Melayu, ada sekumpulan orang Melayu yang menentang perlembagaan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kerja itu. Mereka juga membantah Malayan Union. Orang Melayu ini terdiri daripada mereka yang radikal dalam politik. Kebanyakan mereka ini adalah ahli Parti kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS). Parti parti politik Melayu ini bergabung dalam satu pertubuhan yang diberi nama Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). Pengerusi PUTERA ialah Allahyarham Dr.Burhanudin Helmi. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), anggota PUTERA yang terbesar, telah ditubuhkan dalam bulan Oktober 1945. Ia lebih tua dari UMNO, PKMM turut serta dalam Kongres Melayu SeMalaya dan seterusnya UMNO untuk menentang Malayan Union tetapi juga menentang penjajahan British. UMNO pula, pada ketika itu, sungguhpun menentang Malayan Union tetapi sedia menerima penjajahan British, buat sementara, kalau kedaulatan Raja-raja Melayu dikembali seperti sebelum Perang Dunia Kedua dan pemberian hak kerakyatan menerusi prinsip jus soli dihapuskan. Dalam keadaan yang demikian, cara perjuangan PKMM dan UMNO adalah berbeza. PKMM tidak begitu mahu bekerjasama dengan Kerajaan British. PKMM juga tidak mengangapkan kedaulatan Raja-raja Melayu perlu diutamakan sangat. Jadi, dalam bulan Jun 1946, PKMM keluar daripada UMNO. Perkara yang digunakan sebagai alasan untuk PKMM keluar dari UMNO. Perkara yang digunakan sebagai alasan untuk PKMM keluar dari UMNO ialah soal bendera. PKMM hendakkan bendera Indonesia. Kebanyakan persatuan atau badanbadan lain dalam UMNO tidak bersetuju dengan cadangan PKMM ini. Dengan itu UMNO dan PKMM berpisah jalan. API dan AWAS memperjuangkan perkara yang sama seperti PKMM. Kebanyakan orang menganggap API sebagai badan pemuda bagi PKMM dan AWAS sebagai bahagian wanitanya.

Oleh kerana PUTERA dan AMCJA tidak setuju dengan perlembagaan baru yang dicadangkan oleh Jawantankuasa Kerja itu dan ada pula golongan radikal dalam AMCJA yang menentang Malayan Union, seperti juga PKMM, maka kedua-dua pertubuhan ini mengambil keputusan untuk bekerjasama. Dalam kerjasama ini, PUTERA bersetuju menerima keenam-enam prinsip perjuangan AMCJA, dan AMCJA pula sedia menerima empat prinsip perjuangan PUTERA sebagai tambahan kepada yang enam itu. Jadi PUTERA-AMCJA mempunyai sepuluh asas perjuangan. Prinsip PUTERA yang empat itu ialah: I. II. Bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa rasmi negara, Hal Ehwal Luar dan Pertahanan hendaklah menjadi tanggungjawab bersama antara Kerajaan Tanah Melayu dan Kerajaan British, III. Perkataan Melayu hendaklah digunakan sebagai nama kerakyatan atau

kewarganegaraan Tanah Melayu, IV. Bendara kebangsaan negara hendaklah mengandungi warna-warna kebangsaan Melayu. PUTERA-AMCJA berpendapat bahawa Kerajaaan British patut berundingan dengan mereka tentang soal menggubal perlembagaan baru bagi Semenanjung Tanah Melayu. mereka menganggap Jawatankuasa Perunding yang dilantik oleh Kerajaan British itu sebagai tidak sebenarnya mewakili orang bukan Melayu. Oleh kerana Kerajaan British tidak mahu berunding dengan PUTERA-AMCJA, maka kedua-dua pertubuhan ini telah mengadakan satu mogok besar yang diberi nama Hartal untuk menunjukkan tentangan mereka terhadap Kerajaan British. Mereka juga telah menggubal satu perlembagaan Rakyat. Perlembagaan Rakyat ini berasaskan kepada 10 prinsip perjuangan PUTERA-AMCJA dan dikemukakan di tahun 1947. Sungguhpun PUTERA-AMCJA tidak berjaya mendapatkan Perlembagaan Rakyatnya diterima oleh Kerajaan British tetapi ada beberapa perkara yang sangat menarik di dalam Perlembagaan itu. Perlembagaan Rakyat itu lebih radikal daripada perlembagaan yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kerja. Misalnya, Perlembagaan Rakyat mencadangkan supaya semua ahli Majlis Mesyuarat Undangan diplih oleh rakyat. PUTERA-AMCJA telah bersetuju untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Mereka juga telah menerima perkataan Melayu sebagai nama kerakyatan atau kewarganegaraan Tanah Melayu. Peri

pentingnya perkara-perkara ini tidak dapat dinafikan terutama sekali kerana persetujuanpersetujuan antara kaum terbesar ini telahpun dicapai dalam tahun 1947 lagi. LAHIRNYA PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Jawatankuasa Perunding telah membuat beberapa syor di dalam laporannya. Jawatankuasa Kerja telah mengkaji syor-syor ini dan mebuat beberapa pindaan kepada perlembagaan yang telah dicadangkannya itu. Selepas pindaan-pindaan dibuat, Kerajaan British telah menerima perlembagaan tersebut. 21 Januari 1948, perlembagaan baru itu telah dilakasanakan dan Malayan Union telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Bentuk akhir Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 tidaklah sama dengan kandungan Laporan Jawatankuasa tersebut telah dipinda berasaskan kepada Laporan Jawatakuasa Perundingan. Salah satu daripada perubahan-perubahan yang dibuat ialah mengenai jumlah bilangan anggota-anggota di dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Anggota yang tidak rasmi juga telah ditambah seimbang dengan nisbah pertambahan yang diberi kepada masyarakat Cina. Kelayakan bermastautin sebagai syarat untuk menjadi warganegara Persekutuan juga telah diringakan dengan dikurangkan bilangan tahunnya.Persekutuan Tanah Melayu mengandungi 9 buah Negeri Melayu dan 2 Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Menurut aturan-aturan baru di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Kerajaan Persekutuan terdiri daripada seorang Pesuruhjaya Tinggi Brtitsh yang dilantik oleh Kerajaan British, sebuah Majlis Perundangan Persekutuan yang mempunyai 75 orang ahli dan sebuah Majlis Mesyuarat Kerja Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pengerusi kedua-dua majlis itu. Beliau juga mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang belum diluluskan oleh Majlis Perundangan tentapi sudah dibincangkan suatu tempoh yang agak panjang. Majlis Mesyuarat Kerja adalah untuk membantu dan memberi nasihat kepada Pesuruhjaya Tinggi, tetapi beliau tidak semestinya nasihat Majlis itu. Sebuah Majlis Raja-raja Melayu ditubuhkan untuk menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi. Majlis itu boleh bersidang bila-bila sahaja perlu. Persidangan akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada 9 orang Raja. Pengerusinya akan dilantik oleh Persidangan.

Di setiap negeri Melayu juga ditubuhkan sebuah Majlis Negeri. Rang undang-undang yang diluluskan oleh Majlis Negeri mesti mendapat perkenan daripada Raja. Majlis Negeri diberi kuasa meluluskan undang-undang dalam hal-hal yang berkaitan dengan Islam dan adat istiadat Melayu. Di tiap-tiap negeri Melayu, pegawai eksekutif yang utama ialah Menteri Besar. Salah satu daripada ciri-ciri itu penting Perlembagaan menyatakan bahawa 1948 akan itu ialah tentang suatu

kewarganegeraan.

Perlembagaan

diwujudkan

kewarganegaraan bersama untuk semua orang yang menganggap Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara mereka yang sebenarnya dan sanggup memberi kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan yang baru ini, pada sebahagian besarnya telah memenuhi matlamatmatlamat pihak-pihak yang terbabit di dalam pertikaian Malayan Union dahulu. Kedaulatan Raja-raja Melayu telah dikembalikan. Sultan-sultan telah menjadi Raja-raja yang berdaulat semua di negeri masing-masing tetapi di bawah lindungan British. Kerajaan British berkuasa tentang pertahanan dan semua hal ehwal luar. British juga bertanggungjawab untuk mempertahankan negeri-negeri Melayu daripada serangan musuh dari luar. UMNO berjaya memansuhkan Malayan Union dan mengeluarkan Semenanjung Tanah Melayu daripada taraf tanah jajahan. Kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera negeri ini telah dikembalikan. Mengenai kerakyatan, prinsip jus soli yang telah digantungkan semasa Malayan Union dikemukakan, telah digugurkan sama sekali dari segi penggunaannya untuk bukan-bumiputera di dalam negeri ini. Sedikit sebanyaknya kerajaan British juga berjaya mencapai setengah daripada tujuantujuannya. Sungguhpun ia gagal menjadikan Semenanjung Tanah Melayu sebagai sebuah tanah jajahan. Ia berjaya menyatukan Sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri Selat di bawah satu pentadbiran. Dengan yang demikian bentuk-bentuk yang terdapat dahulu seperti Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat telah terhapus. Mengikut cadangan-cadangan di bawah Malayan Union, Kerajaan British berkehendakkan prinsip jus soli digunakan sebagai asas mengurniakan kerakyatan. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, bagi pertama kalinya, memulakan satu undangundang kerakyatan meliputi seluruh negara dan membolehkan penduduk-penduduk bukan-

bumiputera menjadi warganegara Tanah Melayu. sungguhpun kelayakan yang dikehendaki bagi orang ini untuk menjadi warganegara adalah terhad, tetapi dasar kelayakan mereka itu telah terbentuk, walaupun tidak mengikut prinsip jus soli. Walaubagaimanapun, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu itu tidak memuaskan hati semua penduduk di dalam negeri ini. PUTERA dan AMCJA menentang Perlembagaan Persekutuan dan sebaliknya pula menerbitkan Usul-usul Perlembagaan Rakyat bagi Tanah Melayu. Usul-usul perlembagaan ini telah digubal oleh wakil-wakil PUTERA dan AMCJA dan diluluskan oleh kedua-dua Persidangan Perwakilan mereka yang diadakan dalam bulan Julai dan Ogos tahun 1947. Salah satu daripada usul-usul ini ialah kemasukan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu. Kumpulan PUTERA-AMCJA juga mahukan supaya dikurangkan lagi kuasakuasa Kerajaan British. Misalnya mereka menyoal kuasa Kerajaan British untuk mendesak Rajaraja Melayu meminta nasihat daripada mereka dan dipaksa pula menerimanya. Mereka juga membangkang terhadap kuasa yang luas yang terlatak di tangan Pesuruhjaya Tinggi sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan. Mereka mencadangkan supaya ditubuhkan satu Perhimpunan Perundangan Persekutuan yang anggota-anggotanya dipilih sepenuhnya.

Walaubagaimanapun, cadangan-cadangan PUTERA-AMCJA itu tidak dipedulikan dan Persekutuan Tanah Melayu telah dirasmikan sebagaimana yang dijadualkan. Perjanjian Persekutuan ada menyatakan bahawa adalah menjadi tujuan kerajaan untuk memupuk kemajuan ke arah pemerintahan sendiri di masa hadapan. Oleh yang demikian, kerajaan akan mengambil langkah, bila-bila sahaja keadaan membenarkan. Untuk

memperkenalkan pilihanraya bagi melantik ahli-ahli kepada majlis-majlis perundangan yang ditetapkan dalam Perjanjian 1948 itu. Di awal tahun-tahun 1950an, pilihanraya peringkat bandaran telah dijalankan.

SISTEM AHLI (MEMBER SYSTEM) Pada bulan April 1951 telah juga dimulakan apa yang dikenali sebagai Sistem Ahli (Member System) di peringkat Persekutuan. Ini adalah lebih kurang sama dengan sistem kabinet yang wujud masa sekarang terdiri daripada para menteri. Dasar-dasar kerajaan ditentukan oleh kabinet. Sistem Ahli hanya merupakan suatu cara untuk memberi latihan kepada pemimpinpemimpin Persekutuan Tanah Melayu dalam hal ehwal pentadbiran. Ahli-ahli yang dilantik tidak diberi kuasa sepenuhnya untuk menentukan dasar kerajaan. Namun demikian, dengan wujudnya Sistem Ahli, perjalanan pentadbiran tidak lagi tertumpu kepada Ketua Setiausaha Kerajaan. Beliau mula menjadi penyelaras sahaja. Beberapa jabatan diwujudkan dan setengah-setengahnya diketuai oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan Persekutuan. Ahli-ahli itu seakan-akan para menteri dalam negara kita yang merdeka ini. Hanya sebagaimana telah disebutkan, di bawah pemerintahan penjajah, mereka tidak mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menentukan dasar dan mereka bukan dipilih oleh rakyat. PERKEMBANGAN PARTI-PARTI POLITIK Di antara tahun 1948 dan awal tahun 1950an, pertubuhan politik yang pertama sekali diasaskan ialah sebuah parti golongan Islam. Peristiwa itu berlaku di antara 13-16 Mac 1948 di Madrasah (Maahad) Al-Ihya Asy-Syariff, Gunung Semanggol. Pada masa itu, sebuah kongres diadakan yang dihadiri oleh beberapa pertubuhan politik yang tidak sealiran dengan UMNO seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Pemuda Insaf dan Barisan Tani. Juga terlibat dalam kongres itu ialah beberapa persatuan yang wujud pada masa itu- Pusat Perekonomian Melayu SeMalaya (PEPERMAS), Majlis Agama Tertinggi SeMalaya (MATA0 dan Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR). Persatuan-persatuan ini ditubuhkan oleh golongan alim ulama. Pertubuhan yang diasaskan di Gunung Semanggol itu diberi nama Hizbul Muslimim (HAMIM). Orang yang dilantik sebagai ketua parti itu ialah Ustaz Abu Bakar Al-Bakir. Beliau telah memainkan peranan utama menubuhkan Madrasah Al-Ihya Asy-Syariff di Gunung Semanggol dalam tahun 1934. HAMIM mencontohi Ikhwan ul Muslimim di Asia Barat telah diwujudkan oleh Hassan Al-Banna pada tahun 1928.

Dasar HAMIM ialah memperjuangkan agama Isalam semata-mataa bagi mencapai kemerdekaan bangsa Melayu yang berdaulat, mencipta masyarakat yang berasaskan Islam dan mewujudkan Tanah Melayu Darul-Islam. Itulah tiga tujuan atau matlamat penting HAMIM. Tetapi hayat HAMIM tidak melebihi setengah tahun. Dalam masa Darurat, pemimpin-pemimpin HAMIM, terutamanya Ustaz Abu Bakar Al-Bakir, telah ditahan. Selanjutnya HAMIM dibubarkan. LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PERKAUMAN Tahun 1948 juga penting dalam sejarah Malaysia kerana berlakunya pemberontakan oleh Parti Komunis Malaya. Kegiatan komunis ini mendatangkan bahaya kepada hubungan di antara berbagai kaum di Semenanjung. Dalam tempoh bulan 1945-46, perbuatan-perbuatan komunis pernah menimbulkan pergaduhan perkauman. Oleh yang demikian, pemimpin-pemimpin Semenanjung cuba mencari jalan mengatasi masalah perkauman. Pada hujung bulan Disember 1948, telah diadakan suatu perjumpaan di Johor Bahru. Perjumpaan kedua diadakan di Pulau Pinang pada awal bulan Januari 1949. Akibat perjumpaan-perjumpaan itu pada bulan Januari 1949 ditubuhkan Jawatan Perhubungan Antara Kaum (Communities Liaison Committee) CLC merupakan suatu percubaan untuk mewujudkan perasaan muhibbah dalam kalangan berbagai kaum yang tinggal di Semenanjung. Pesuruhjaya Jeneral British bagi Asia Tenggara, Malcolm MacDonald, juga memainkan peranan penting dalam penubuhan CLC. Selain daripada DatoOnn, beberapa orang lagi pemimpin menjadi ahli Jawatankuasa tersebut. Di antara mereka ialah Datuk E.E.C.Thuraisingham dan Datuk Tan Cheng Lock. Jawatankuasa itu dipengerusikan oleh Datuk Thuraisingham. Kegiatan Jawatankuasa ini berasaskan kepada konsep tolak ansur di antara kuasa politik Melayu dam kedudukan ekonomi bukan-Melayu. Akibat daripada Darurat, beberapa parti politik telah diharamkan ataupun parti-parti itu sendiri bubar. Parti-parti yang terlibat ialah Malayan Democratic Union, Parti kebangasaan Melayu Malaya, Angkatan Pemuda Insaf dan Angkatan Wanita Sedar. Pengharaman atau pembubaran parti-parti politik ini menimbulkan kekosongan dalam bidang politik Tanah Melayu. pertubuhan AMCJA pula bukanlah satu parti politik seperti yang lain-lain tadi. Namun begitu ia menjadi alat perantaraan bagi orang bukan Melayu melahirkan hasrat politik mereka. Lahirnya Persekutuan Tanah Melayu sedikir sebanyak menyebabkan kemerosotan AMCJA.

Pemberontakan bersenjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan sekutu-sekutunya atau yang bersimpati dengannya, yang setengah daripadanya pernah menjadi ahli AMCJA mengakibatkan kehancuran AMCJA. Orang-orang seperti mendiang Tun Tan Cheng Lock, sungguhpun membangkang terhadap Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, tidak pula mahu terlibat dengan pihak yang ingin menggunakan kekerasan bagi mencapai tujuan politik mereka. Oleh itu, buat beberapa waktu, masyarakat Cina di Tanah Melayu tidak dapat berpaut kepada apa-apa pertubuhan politik melainkan kepada Parti Komunis Malaya. PERMULAAN PERSATUAN CINA DI TANAH MELAYU (MCA) PKM wujud pada penghujung tahun 1930an dan semenjak munculnya parti itu kebanyakan anggota-anggotanya adalah terdiri daripada bangsa Cina. Kepada rakyat jelata, PKM telah dianggap sebagai sebuah parti Cina. Memandangkan hal ini, Kerajaan British mengambil perhatian yang berat mengenai kemungkinan PKM akan meluaskan pengaruhnya terhadap masyarakat Cina. Di samping itu, ia juga sedar bahawa adalah sukar sekali bagi Kerajaan British hendak menghapuskan PKM, sekiranya kerajaan tidak mendapat sokongan ataupun kerjasama daripada sebahagian besar masyarakat Cina. Dalam hal yang demikian, Kerajaan British menggalakkan penubuhan satu persatuana dalam kalangan masyarakat Cina supaya ada pilihan lain lagi bagi mereka selain daripada PKM. Pada awal tahun 1948an, Tan Cheng Lock telah cuba menubuhkan Liga Cina Tanah Melayu (Malayan Chinese League). Dalam pada itu juga beliau menyarankan supaya sebuah Liga Melayu ( Malay League) dan sebuah Liga India Tanah Melayu ( Malayan India League) ditubukan. Dan lagi, beliau mencadangkan bahawa apabila ketiga-tiga liga telah ditubuhkan, baharulah Liga Kesatuan Kebangsaan Tanah Melayu (Malayan National Unity League) dibentuk untuk merangkumkan ketiga-tiga pertubuhan itu. Cadangan ini adalah seakan-akan dengan Parti Perikatan yang ditubuhkan di awal tahun 1950an. Walaubagaimanapun, cadangan Tan Cheng Lock itu tidak mendatangkan hasil. Percubaan-percubaan selanjutnya telah dijalankan. Dalam satu jamuan yang diadakan di rumah Encik Yong Shook Lin, juga seorang pemimpin orang cina di Semenanjung Tanah Melayu dan sahabat Datuk Tan Cheng Lock, bagi meraikan perlantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya Tinggi British, soal penubuhan

persatuan orang cina telah dibincangkan. Turut hadir dalam jamuan itu ialah 16 orang Cina yang menjadi ahli Majlis Perundangan Persekutuan. Di antara mereka ialah colonel H.S.Lee, Yong Shook Lin sendiri, Khoo Teik Ee dan Tan Siew Sin. Cadangan itu dsambut baik oleh Sir Henry Gurney. Kemudian perkara ini juga dibangkitkan dalam perjumpaan dengan DatoOnn dan beberapa orang pemimpin Melayu di Johor Bahru. Di antara sebab-sebab penting untuk penubuhan persatuan orang Cina seluruh Tanah Melayu ialah supaya dapat mengerah tenaga orang cina agar dapat bekerjasama dengan UMNO di bawah DatoOnn. Maka kegiatan -kegiatan DatoOnn, Tun Tan Cheng Lock dan Datuk Thuraisingham dalam tahun 1949 dan beberapa tahun kemudiannya adalah menghapuskan unsur perkauman dalam politik di Semenanjung. Usaha-usaha Tun Tan Cheng Lock dan beberapa orang pemimpin Cina di akhirnya mewujudkan Persatuan Cina Tanah Melayu (Malayan Chinese Association atau MCA). Selain daripada mustahaknya melahirkan satu parti yang boleh menjadi pilihan yang lain dari PKM bagi masyarakat Cina, MCA juga telah ditubuhkan untuk sebab-sebab yang lain. Oleh kerana anggota PKM kebanyakkannya terdiri daripada orang Cina maka perasaan syak telah timbul mengenai seikap orang Cina terhadap pemberontakan Komunis yang sedang berlaku. Adalah diandaikan bahawa ramai juga mereka itu bersimpati dengan pergerakan Komunis, sama ada kerana kecederungan faham politik ataupun kerana pertalian persaudaraan. Bilangan sebenarnya orang-orang yang terlibat adalah sukar ditentukan tetapi keadaan yang berlaku telah menjejaskan nama baik seluruh masyarakat Cina. Oleh itu, pemimpin-pemimpin masyarakat Cina merasakan bahawa adalah menjadi kewajipan mereka memberikan gambaran masyarakat mereka yang sebenarnya- bahawa bukan semuanya orang Cina itu komunis. Mereka cuba menunjunkkan kepada Kerajaan British bahawa mereka turut sama dalam usaha hendak menghapuskan pemberontakan Komunis. Pembuburan dan pengharaman parti-parti politik sebagaimana yang telah disebutkan lebih awal tadi, menyebabkan bidang politik di dalam negeri ini hampir-hampir menjadi monopoli UMNO. Adalah difikirkan bahawa kekosongan itu boleh diisi oleh kumpulan politik yang lain seperti MCA. Tambahan lagi, pada akhir tahun 1948 dan awal tahun 1949 apabila MCA telah ditubuhkan, Parti Komunis di negeri China telah bertambah luas kuasanya. Kemungkinan Parti Komunis China mencapai kemenangan itu menyebabkan penyokong-penyokong Kuomintang di

Tanah Melayu memperhebatkan kegiatan anti-komunisnya. Ramai di antara yang bersimpati dengannya. Di sini terdapat persamaan haluan MCA dengan Kerajaan British, khususnya mengenai dasar British di Semenanjung Tanah Melayu untuk menentang Komunis. Kejayaan Parti Komunis di negeri China yang hampir-hampir pasti tercapai menyebabkan perlunya bagi kebanyakan penduduk yang berketurunan Cina di dalam negeri ini, membuat keputusan mengenai taraf kedudukan mereka, sama ada mereka suka pulang ke negeri China Komunis atau menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu. mereka yang agak kaya atau memainkan peranan di dalam kegiatan-kegiatan perniagaan besar tentulah merasa keberatan untuk pulang ke sebuah negeri China Komunis. Ramai daripada pengasas-pengasas MCA terdiri daripada kumpulan ini. Kemudiaannya MCA telah memberikan pertolongan yang banyak kepada kerajaan dalam usaha kerajaan hendak menempatkan semula setinggan-setinggan Cina di dalam perkampunganperkampungan baru. MCA telah mengadakan beberapa keperluan-keperluan bagi setinggansetinggan yang ditempatkan semula itu. Walaubagaimanapun, MCA tidaklah muncul sebagai satu parti politik dalam ertikata sebenarnya. Dalam tahun-tahun tertubuhnya parti itu, ia adalah sebuah pertubuhan kebajikan, sungguhpun minatnya dalam perkara-perkara politik adalah ketara. Setengah-setengah daripada anggota-anggotanya yang terkemuka ingin mengekalkan sifatnya yang bukan politik itu. Akan tetapi ramai yang merasakan bahawa ia patutlah menjadi sebuah parti politik supaya ia akan dapat memberikan lebih khidmat dan memajukan kepentingan-kepentingan masyarakat Cina. Tentangan daripada kumpulan yang menyokong usul supaya MCA jangan dijadikan parti politik adalah kuat hingga Tan Cheng Lock, yang masa itu menjadi YDP MCA, menggugat untuk meletakkan jawatannya jika anggota-anggotanya enggan menjadikan MCA sebuah parti politik. Bagaimanapun MCA hanya menjadi satu parti politik secara rasminya pada pertengahan tahun 1952. Akibat dari itu, Setiausaha Agung pertubuhan tersebut pada masa itu telah meletakkan jawatannya.

UMNO MENYUSUN LANGKAH Sementara itu, UMNO mulai menyusun semula kedudukannya bagi masa hadapannya. Apabila perjuangan menentang Malayan Union menampakkan tanda kejayaan yang terjamin, DatoOnn bin Jaafar, Yang Dipertua UMNO cuba memusatkan pemikiran anggota-anggota Umno ke arah perjuangan seterunya. Perjuangan mereka bukanlah semata-mata untuk menghapuskan Malayan Union sahaja. UMNO telah disusun semula. Pentadbirannya telah dipusatkan dan diperkemaskan lagi. Selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1948, nampaknya terdapat perubahan di dalam cara berfikir kebanyakan daripada pemimpin UMNO terhadap politik Tanah Melayu. Nampak nyata tanda-tanda kesanggupan untuk bekerjasama dengan golongan lain. Selepas perancangan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum dalam bulan Disember 1948, DatoOnn bersuara dengan lebih lantang dalam menggalakkan kerjasama yang lebih rapat di antara orang Melayu dengan kaum-kaum lain di Semenanjung. Pada mulainya, UMNO telah dibuka kepada kaum lain sebagai anggota yang bersekutu sahaja. Dalam bulan Disember 1949, DatoOnn mencadangkan supaya Tanah Melayu mempunyai satu kewarganegaraan dan bertutur dengan satu bahasa sahaja. Ramai ahli UMNO yang tidak setuju dengan cadangan ini. Bagi mereka, cadangan tersebut adalah terlalu radikal. Perhimpunan Agung UMNO telah menangguhkan cadangannya. DatoOnn menyambung langkah ini dengan satu cadangan hendak meminda undangundang kerakyatan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk menjadikan lebih longgar. Sekali lagi beliau gagal mendapat sokongan UMNO. Ini membawa kepada perletakan jawatannya. Walaubagaimanapun, pada masa itu, UMNO tidak sanggup mengalami kehilangan pimpinan DatoOnn. Tidak lama kemudian, Perhimpinan Agung UMNO menetapkan untuk meminta DatoOnn memimpin UMNO semula dan dalam bulan Ogos 1950, DatoOnn telah ditempatkan semula sebagai Yang Dipertuan. Perlantikan semula ini menunjukkan bahawa UMNO menerima cadangan hendak melonggarkan undang-undang kerakyatan. Walaubagaimanapun, kesukaran yang dialami pada mulanya mengenai pemberian tempat politik kepada orang bukan-Melayu, DatoOnn mengorak langkah selanjutnya. Beliau kemudian berura-ura hendak menukarkan nama UMNO (United Malays National Organisation) kepada

United Malaya National Organisation. Tujuannya ialah untuk membukakan pintu UMNO kepada seluruh rakyat Tanah Melayu dengan tidak menghiraukan tentang keturuan bangsa mereka. Adalah diberitakan bahawa DatoOnn pada ketika itu memikirkan bahawa Parti Progresif di Singapura, sebuah parti yang tidak bercorak perkauman, bercadang hendak turut serta dalam politik Persekutuan Tanah Melayu. beliau berpendapat bahawa jika UMNO mengambil langkah permulaan ini, tentulah ia akan dapat menarik masuk orang-orang bukan Melayu ke dalam UMNO, yang demikian menghalang terbitnya satu parti lawan. Nampaknya beliau yakin bahawa UMNO boleh mengendalikan orang bukan Melayu itu, jika mereka memasuki UMNO. Lebih kurang pada masa yang ini juga, MCA sedang mendesak supaya diterima prinsip jus soli, dalam soal pemberian hak kerakyatan dan bersama-sama dengan Dewan Perniagaan Cina, MCA meminta supaya ditubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk menggubal satu perlembagaan baru. Kerajaan British pula sedang merancang hendak mengadakan pilihanraya bandaran pada penghujung tahun 1951. DatoOnn memikirkan bahawa beliau akan dapat menandingi bukan sahaja pembentukan satu parti yang bercorak berbilang bangsa di luar parti UMNO tetapi juga di luar parti MCA dengan menarik masuk rakyat dari keturunan bukan-Melayu ked dalam United Malaya National Organisation yang dicadangkan itu. Walaubagaimanapun, cadangan ini telah dibantah keras oleh sebilangan besar ahli-ahli UMNO yang menyoal kesetiaan orang bukan-Melayu. Pada ketika itu ramai daripada pemuda-pemuda bukan- Melayu sedang meninggalkan Semenanjung Tanah Melayu untuk mengelakkan diri merka daripada dikerah ke dalam Perkhidmatan Negara bagi menentang keganasan Komunis. Ramai anggota UMNO berpendapat bahawa dengan membukakan keanggotaan UMNO kepada semua rakyat ini akan membawa kesan yang buruk terhadap sifat kemelayuan UMNO. UMNO tidak akan lagi dapat memperjuangkan hak-hak untuk orang Melayu semata-mata, seperti yang telah dijangkakan pada mulanya. Bangkangan terhadap perubahan ini sungguh kuat sehingga menyebabkan DatoOnn mengambil keputusan untuk keluar daripada UMNO dan memulakan persiapan hendak menubuhkan satu parti yang baru. Pada 27 Ogos 1951, DatoOnn dengan rasminya meletakkan jawatannya. Perhimpunan Agung UMNO kemudiaan meluluskan satu usul megiktirafkan perkhidmatan-perkhidmatan beliau dan memberikan penghargaan sebagai pengasas UMNO dan tokoh yang menyatukan orang Melayu serta memberikan mereka kesedaran terhadap tugasa dan hak-hak politik mereka.

Tunku Abdul Rahman Putra telah mengambilalih tempat DatoOnn sebagai Yang Dipertuan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Keluarnya DatoOnn dari UMNO telah diikuti oleh sebahagian besar ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO. Pada 16 September 1951, mereka bersama tokoh-tokoh politik lain telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP). IMP merupakan parti politik yang berbilang kaum. Keanggotaannya terbuka kepada semua rakyat Persekutuan Tanah Melayu, rakyat British dan penduduk Semenanjung Tanah Melayu yang telah tinggal di negeri lebih daripada 10 tahun. Akibat daripada kegiatan-kegiatan politik dan tuntutan daripada berbagai-bagai parti dan kumpulan politik pada penghujung tahun-tahun 1940an dan awal tahun-tahun 1950an, kerajaan British mengambil keputusan untuk mengadakan pilihanraya. Pilihanraya ini adalah di peringkat Perbandaran Pulau Pinang dan Kuala Lumpur sahaja. IMP mengumumkan hasratnya hendak meletakkan calon-calon untuk pilihanraya itu. Sepertinyang telah disebutkan dahulu, pimpinan parti itu bukan sahaja nampaknya mempunyai harapan tetapi kedudukan mereka juga teguh. Sebenarnya ada perasaan khuatir dalam kalangan pemimpin UMNO dan MCA melihatkan kekuatan parti IMP itu. Adalah diberitakan bahawa seorang pemimpin MCA yang terkemuka di Selangor telah berselisih faham dengan setengah-tengah anggota tertinggi di dalam parti IMP. Selisih faham sudahpun mula timbul antara UMNO dengan IMP ke atas sebab-sebab yang nyata. Oleh itu, sebab politik dan peribadi membawa kepada perikatan di antara UMNO dengan MCA di dalam pilihanraya bulan Februari 1952, bagi kawasan Perbandaran Kuala Lumpur. Dari dua belas kerusi yang dipertandingkan untuk pilihanraya itu, gabungan UMNO MCA memenangi Sembilan. Ini adalah satu kemenangan besar bagi Perikatan yang baru itu dan satu pukulan kepada IMP. Sebenarnya semenjak itu, IMP tidak dapat pulih semula. IMP gagal untuk membentuk satu corak baru di dalam politik Semenanjung Tanah Melayu. bagi kebanyakan orang Melayu, mereka menaruh syak terhadap IMP. Bukan sahaja kerana parti itu bercorak berbilang bangsa, tetapi juga kerana setengah-setengah daripada pemimpinnya adalah orang-orang yang yang telah meninggalkan UMNO. Awal tahun 1950an itu juga adalah masa perasaan anti-penjajah sedang memuncak. Pada masa itu, DatoOnn sedang memegang jawatan yang tinggi di dalam kerajaan dan ini menjadikan beliau kurang diterima dalam kalangan orang Melayu. Akan tetapi, UMNO telah membuktikan kebolehannya. Ia telah berjaya menghapuskan

Malayan Union dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. UMNO telah memberikan hasil-hasil yang konkrit tetapi IMP sungguhpun pemimpin-pemimpinnya cerdas dan berkebolehan, masih lagi belum membuktikan kebolehannya. Kepada masyarakat Cina, IMP kurang menarik perhatian mereka. Pimpinan dari ketuaketua kaum Cina menerusi Dewan Perniagaan Cina, masih berpengaruh. MCA pula telahpun wujud selama beberapa tahun dan telah mula menarik perhatian orang Cina di dalam negeri ini. Peranan yang dimainkan oleh Tan Cheng Lock mempengerusikan perjumpaan pemnukaan IMP namun beliau tidak memegang sebarang jawatan di dalam Jawatankuasa Kerja IMP. Walaubagaimanapun, beliau ada menyeru kepada orang Cina supaya memberikan sokongan mereka kepada IMP. Sebenarnya, apabila cawangan-cawangan MCA meminta arahan apakah mereka patut dibubarkan sahaja dan menjadi cawangan-cawangan IMP, ibu pejabat MCA gagal memberikan jawapan yang tegas. Peranan yang samar-samar yang dimainkan oleh Tan Cheng Lock itu menyebabkan IMP tidak mendapat sokongan daripada masyarakat Cina. Kerajasama yang tercetus antara UMNO dan MCA dalam pilihanraya bandaran Kuala Lumpur telah menjadi asas kepada perhubungan yang lebih rasmi di antara dua parti politik ini. Akhirnya mereka telah bersetuju menubuhkan Perikatan dan berjaya memenangi beberapa pilihanraya lagi di peringkat tempatan dan negeri. Perikatan juga telah menuntut supaya pilihanraya diadakan di peringkat kebangsaan. Selepas menghadapi berbagai rintangan, akhirnya Kerajaan British bersetuju mewujudkan satu Majlis Perundangan Persekutuan yang mempunyai anggota sebanyak 98 orang. Tetapi cuma 52 orang dari 98 orang ini yang dipilih oleh rakyat. Yang 46 lagi akan dilantik oleh Kerajaan British. Parti politik yang berjaya mendapat jumlah kerusi yang terbesar akan dapat mencadangkan 5 orang sekali lagi ahli Majlis daripada yang 46 yang akan dilantik itu. Pilihanraya ini telah dijadualkan supaya diadakan di tahun 1955. Sebelum pilihanraya itu, Kongres India Tanah Melayu atau Malayan Indian Congress (MIC) masuk menyertai Perikatan.

DARURAT Apabila kerajaan Jepun telah dapat menakluki Semenanjung Tanah Melayu di tahun 1942, ada kumpulan-kumpulan di negeri ini yang telah menentang Jepun. Kumpulan yang terbesar sekali terdiri daripada Tentera Rakyat Tanah Melayu Anti-Jepun (Malayan Peoples AntiJapanese Army-MPAJA). Kumpulan ini juga dikenali sebagai Bintang Tiga. Bintang Tiga ini sebenarnya dikuasai oleh PKM. Antara kumpulan-kumpulan lain yang menentang Kerajaan Jepun terdiri daripada Pasukan 136 (Force 136) dan Wataniah yang kebanyakan anggotanya datang dari Pahang. Selepas Jepun kalah, kumpulan-kumpulan ini pun membubarkan diri masing-masing, kecuali Bintang Tiga. Pada zahirnya Bintang Tiga ini pun membubarkan dirinya tetapi sebenarnya tidak. PKM yang mengendalikan Bintang Tiga mempunyai rancangan tersendiri. PKM bertujuan hendak memdirikan satu pemerintahan Komunis di Semenanjung Tanah Melayu. Jadi, banyak senjata-senjata Bintang Tiga itu yang disorok supaya senang menggunakannya nanti kalau pemberontakan timbul. Apabila Kerajaan British memulakan balik pemerintahannya di Tanah Melayu di akhir tahun 1945, PKM telah mula pula menguasai ataupun sekurang-kurangnya mempengaruhi, beberapa persatuan terutamanya kesatuan-kesatuan sekerja. Adalah dikatakan bahawa, Kesatuan Demokratik Tanah Melayu (Malayan Democratic Union), Liga Belia Demokratik Tanah Melayu (Malayan Democratic Youth League), Persatuan Bekas MPAJA (Malayan Peoples Anti Japanese Ex-Service Comrades Association) dan Persekutuan Kesatuan-kesatuan Sekerja SeMalaya (Pan-Malayan Federation of Trades Unions- PMFTU) merupakan pertubuhanpertubuhan yang dipengaruhi oleh PKM. Menerusi pertubuhan-pertubuhan ini, PKM cuba hendak berkuasa. PKM mendalangi mogok-mogok dan kegiatan-kegiatan politik seperti yang terdapat dalam AMCJA. Apabila AMCJA berserta PUTERA gagal menghalang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948, maka PKM pun menukar cara perjuangannya. Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948, kegiatan PKM dan badan-badan yang diperngaruhi bergerak dengan cergas. Kekacauan mula timbul. Pada 16 Jun 1948, tiga orang peladang Eropah telah dibunuh oleh anggota-anggota PKM, dekat Sungai Siput di Perak. Akibat dari pembunuhan ini, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengumumkan

Darurat di Perak dan di Johor. Pada esok harinya, 17 Jun 1948, Darurat telah diisytiharkan bagi seluruh Tanah Melayu. Pada 23 Julai 1948, Parti Komunis Malaya telah diharamkan. Darurat adalah satu istilah yang digunakan oleh Kerajaan British untuk menamakan keadaan huru-hara di Tanah Melayu antara tahun 1948-1960. Huru-hara ini telah dimulakan oleh PKM. Ahli-ahli PKM telah cuba mengambil kuasa dengan menggunakan kekerasan dan senjata. Dalam masa Darurat itu, PKM cuba melumpuhkan ekonomi Semenanjung dengan membunuh peladang-peladang dan pelombong-pelombong. Ahli-ahli PKM juga telah membunuh anggotaanggota tentera dan polis serta orang ramai yang mereka sanggup menentang perjuangan mereka. Pemberontakan Komunis pada masa itu bukan terhad kepada Semenanjung Tanah Melayu sahaja. Dalam masa yang hampir sama, pemberontakan Komunis juga berlaku di Burma, Indonesia dan Filipina. Keadaan seperti ini menunjukkan seolah-olah pemberontakanpemberontakan itu diaturkan. Inilah yang menyebabkan di Asia Tenggara telah dirancang dan diputuskan di Kongres Belia Asia adalah pertubuhan yang dipengaruhi oleh faham Komunis. Banyak parti-parti Komunis di Asia yang telah menghantar wakil ke Kongres ini. Jadi, Kongres Belia Asia itu dianggap sebagai topeng yang melindungi tujuan sebenar parti-parti Komunis, iaitu merancangkan pemberontakan. Di peringkat awal Darurat, Kerajaan British menganggap pemberontakan PKM ini sebagai satu masalah tentera sahaja. Pada masa itu, Kerajaan British menggunakan tentera dan polis untuk menyelesaikan pemberontakan itu. Cara ini tidak berjaya. PKM bukan sahaja memberontak dari segi ketenteraan tetapi ia juga membangkitkan soal-soal politik, ekonomi dan kemasyarakat. Kerajaan British juga terpaksa menghadapi PKM dalam semua bidang ini. Untuk menentang PKM, Kerajaan British telah menambah bilangan tentera dan polis di Semenanjung. Pasukan Askar Melayu telah diperbesarkan; demikian juga pasukan polis. Malahan, Kerajaan British telah menubuhkan pasukan Polis Khas bagi menolong mengawal ladang-ladang getah dan lombong-lombong supaya sumber-sumber ekonomi ini tidak dimusnahkan oleh PKM. Kerajaan British juga telah membawa tentera dari luar negeri seperti Fiji, Kenya, Australia dan Nepal untuk menentang keganasan Komunis.

PENEMPATAN SEMULA- RANCANGAN BRIGGS Salah satu daripada ciri-ciri penting yang terdapat dalam masa Darurat ialah rancangan penempatan semula. Tujuannya ialah hendak membiarkan Komunis itu kebuluran supaya mereka keluar dari hutan. Untuk melaksanakan ini, kerajaan mestilah mengambil langkah-langkah yang boleh menyekat mereka daripada mendapat bekalan makanan. Salah satu daripada punca-punca bekalan makanan untuk Komunis itu ialah setinggan-setinggan yang tinggal berdekatan dengan hutan. Setinggan-setinggan itu barangkali tidak bersimpati dengan faham Komunis. Akan tetapi kebanyakan mereka memberikan bekalan makanan kepada pemberontak-pemberontak itu. Mereka melakukannya sama ada kerana ada pertalian persaudaraan ataupun kerana mereka sebangsa ataupun kerana diugut. Oleh sebab setinggan-setinggan itu berselerak di merata-rata pinggir hutan, adalah sukar sekali bagi kerajaan untuk menjalankan kawalan ke atas pemberian barang-barang makanan kepada pemberontakan-pemberontak Komunis itu. Oleh itu, kerajaan memutuskan hendak memulakan Rancangan Briggs yang sesungguh ialah satu rancangan untuk mencegah makanan daripada sampai ke tangan Komunis. Briggs ialah nama seorang jeneral British yang telah dilantik menjadi Pengarah Gerakan menentang Komunis dalam tahun 1950. Di bawah rancangan ini, setinggan itu akan ditempatkan semula di suatu kawasan baru di mana mereka boleh mendirikan rumah masing-masing. Tetapi kawasan baru ini yang lebih dikenali sebagai Kampung Baru akan di pagar dan pergerakan-pergerakan mereka akan dibatasi. Kerajaan berharap langkah ini akan menjadi satu cara yang berkesan untuk menyekat bekalan makanan Komunis. Kalau pihak Komunis tidak dapat bekalan makanan, maka mereka akan terpaksa keluar dari hutan untuk mencari makanan. Apabila mereka keluar, pada masa itulah pihak kerajaan berharap akan dapat menangkap atau membunuh mereka. AKIBAT DARURAT Dalam masa 12 tahun Darurat itu, 6710 orang pengganas Komunis telah dibunuh dan 3989 orang telah ditangkap ataupun menyerah diri. Pihak polis pula telah mengalami 1364 orang terbunuh dan pihak tentera 519 orang. 2473 orang awam terbunuh dan 810 orang hilang. Bukan sahaja begitu banyak nyawa yang telah terkorban oleh kerana pemberontakan Komunis itu tetapi beribu juta ringgit dibelanjakan untuk menghapuskan.

Pada peringkat awalnya Darurat telah melambatkan perkembangan politik dan perlembagaan di Semenanjung Tanah Melayu kerana Kerajaan British bertujuan hendak menumpukan seluruh perhatinya kepada soal menghapuskan Darurat. Mengikut Kerajaan British, soal perkembangan politik dan perlembagaan akan dijalankan selepas Darurat diselesaikan. Kemudian apabila Kerajaan British sedar bahawa Darurat tidak boleh ditamatkan dengan menggunakan kekuatan tentera sahaja, maka Darurat telah menjadi pendorong kepada perkembangan politik dan perlembagaan. Kerajaan British telah memberi beberapa kemudahan kerana hendak memenangi hati dan fikiran rakyat. Misalnya, kerajaan British telah mengadakan pilihanraya supaya rakyat boleh merasa yang mereka juga terlibat dalam kerajaan. Sungguhpun pertentangan yang berlaku pada masa Darurat itu ialah antara Kerajaan British dan Parti Komunis Malaya tetapi ia mempunyai unsur-unsur perkauman. Kerajaan British banyak menggunakan Askar Melayu atau polis untuk menentang pengganas Komunis. Kebanyakan anggota tentera dan polis ini adalah orang Melayu. Lebih 90% daripada ahli PKM ialah keturunan Cina. Jadi apa yang sebenarnya pertentangan antara Kerajaan British dan PKM telah dianggap sebagai perselisihan antara Melayu dan Cina. Pembukaan kampung-kampung baru yang kebanyakan penduduknya terdiri dari orang Cina, juga membawa kesan yang sama. Kebanyakan penduduk itu merupakan orang yang telah memberi pertolongan kepada Komunis, baik dari segi kewangan, makanan, perubatan, maklumat ataupun moral. Oleh kerana Kerajaan British hendak memisahkan mereka daripada PKM, dengan harapan mereka akan menyokong kerajaan, maka mereka telah diberi berbagai kemudahan seperti hakmilik tanah, sekolah-sekolah, klinik kesihatan, bekalan elektrik dan air dan sebagainya. Apabila orang Melayu di kampung melihatkan hal ini, mereka merasakan yang mereka telah tidak menerima layanan yang adil. Sungguhpun Kerajaan British telah cuba mencabul hak mereka menerusi Malayan Union tetapi mereka tetap menolong Kerajaan British menentang Komunis. Mereka masuk berkhidmat dalam pasukan polis dan tentera dan tidak lari dari Perkhidmatan Negara. Tetapi kampung-kampung mereka terus terbiar merana dan tidak mendapat kemudahan seperti di kampung-kampung baru. Darurat juga telah menggugat demokrasi. Untuk memperkuatkan tangan Kerajaan British menentang keganasan Komunis. Undang-undang ini meyekat kebebasan berkumpul dan secara

tidak langsung, menyekat kebebasan bercakap. Undang-undang Darurat ini juga telah digunakan untuk melumpuhkan kegiatan politik anti-penjajahan yang tidak berkait dengan faham komunis. PKM dianggap sebagai gerakan orang Cina. Keganasannya memburukkan maruah orang Cina. Tetapi di peringkat awal Darurat, tidak ada parti politik Cina yang lain daripada PKM. Untuk mengelakkan orang Cina daripada menumpukan perhatian mereka kepada PKM dan untuk menjaga nama baik kaum Cina, maka pemimpin-pemimpin Cina telah menubuhkan Persatuan Cina Tanah Melayu (Malayan Chinese Association-MCA) di tahun 1949. Pemimpinpemimpin ini hendak membukti bahawa bukan semua orang Cina menyokong PKM dan MCA sedia menyokong kerajaan. Darurat juga telah menjadi satu daripada faktor-faktor yang menyebabkan penggubalan dasar pelajaran kebangsaan kerana kerajaan merasakan perlu bahawa kanak-kanak Semenanjung mestilah dididik dengan ilmu pengetahuan yang boleh memupuk perasaan cinta dan taat setia mereka terhadap tanahair mereka. Dasar pelajaran kebangsaan ini adalah diasaskan kepada Penyata Pelajaran Razak yang telah dibuat pada tahun 1958. Antara lain, dasar pelajaran kebangsaan ini menentukan supaya kandungan semua sukatan pelajaran yang berkaitan di sekolah-sekolah Cina tidak mengguna sukatan pelajaran yang diambil dari negara China. Bahasa Melayu juga telah diterima untuk dijadikan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Dengan menggunakan Bahasa Melayu ini maka adalah diharapkan akan dapat memupuk persefahaman dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Tanah Melayu. Perbincangan lanjut mengenai perkara ini sila rujuk kepada tajuk Pelajaran Untuk Perpaduan di dalam buku ini. PILIHANRAYA TAHUN 1955 Dalam tahun 1955 pilihanraya umum yang pertama telah dijalankan di seluruh Persekutuan Tanah Melayu, walaupun pilihanraya itu bukannya untuk kesemua anggota Majlis Perundangan Persekutuan. Dalam tahun itu juga tiga buah parti politik, yang mewakili tiga bangsa yang terbesar di Tanah Melayu, bersetuju menubuhkan satu perikatan untuk menghadapi pilihanraya dengan manisfesto politik yang sama. Pada masa itu jugalah Persekutuan Tanah Melayu mulai menjadi negara yang boleh menjadi negara yang berpemerintahan sendiri. Pihak Perikatan UMNO-MCA-MIC telah mengemukakan satu manifesto yang menyeluruh kepada orang ramai. Perkara yang pentingnya sekali dalam manifesto itu ialah pihak Perikatan juga

merancangkan

hendak

bersungguh-sungguh

menjadikan

sebahagian

besar

daripada

Perkhidmatan Awam bercorak tempatan, dalam tempoh penggal pertama pemerintahannya, ia bermaksud hendak mempercepatkan langkah mengambil pegawai-pegawai Persekutuan Tanah Melayu dan tidak membenarkan pengambilan pegawai-pegawai dagang lagi tanpa merujuk terlebih dahulu kepada Majlis Mesyuarat Kerja. Dalam bidang pelajaran, Perikatan merancang menubuhkan satu jenis sekolah kebangsaan yang akan diterima oleh penduduk Tanah Melayu dan akan memajukan pembangunan kebudayaan, ekonomi, kemasyarakatan dan politik mereka sebagai sebuah negara, supaya mudah lagi Perikatan memenuhi tujuannya hendak menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara itu. Di bidang perlembagaan dan politik, Perikatan berjanji hendak menegak kedudukan Raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan di dalam negeri masing-masing dan akan mendesak supaya dilantik sebuah Suruhanjaya Batas yang khas untuk memperbaiki perlembagaan dengan tidak mengabaikan kedudukan Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu. Pihak Perikatan menyatakan tujuannya hendak mengkaji soal migrasi dengan hasrat untuk melindungi kedudukan orang Melayu dan rakyat negara ini. Pihak Perikatan juga berjanji untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negeri ini, dalam tempoh sepuluh tahunAda lagi butir-butir yang lain di dalam rancangan politik Perikatan seperti perkara pertanian, ekonomi dan kewangan mengenai Darurat perikanan, perumahan, buruh dan lain-lain. Mengenai keadaan Darurat, Perikatan berazam hendak menamatkannya secepat mungkin dengan menawarkan pengampunan umum. Sekiranya tawaran ini gagal, Perikatan akan mengerahkan semua punca-punca tenaga di dalam negeri dan mendapatkan bantahan dari luar untuk menambahkan kekuatan dan tenaga menghadapi musuh iaitu pengganas-pengganas Komunis. Janji-janji ini telah dibentangkan kepada orang ramai dalam pilihanraya tahun 1955. Ia diterangkan dan kadang-kadang dihuraikan dengan panjang lebar. Misalnya, pihak Perikatan menyatakan bahawa adalah menjadi kelaziman sebuah negara yang merdeka mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Ini akan menimbulkan kesedaran bersama yang lebih terhadap negara.

Sebagai pemimpin Perikatan pada masa itu, Tunku Abdul Rahman Putra di dalam satu ucapan kepada Perhimpunan Khas UMNO pada 4 Jun 1955 mengatakan bahawa Pertikaian telah membuat keputusan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi dengan ertikata yang sepenuhnya ini akan dilaksanakan dalam masa sepuluh tahun. Beliau yakin dalam tempoh tersebut, Bahasa Melayu akan digunakan dalam segala aspek pentadbiran termasuk penggunaanya di dalam mahkamah. RUNDINGAN KEMERDEKAAN Dalam manifesto pilihan raya umum tahun 1955, Parti Perikatan berjanji untuk berusaha memperoleh kemerdekaan dalam tempoh empat tahun, jika mendapat kemenangan. Bagi memenuhi janji itu, rundingan dengan kerajaan British di London perlu diadakan secepat mungkin. Pada 8 Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman selaku pemimpin Perikatan telah menghantar satu memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan British untuk melahirkan hasrat merundingkan soal kemerdekaan Tanah Melayu. Dalam memorandum itu, Parti Perikatan meminta dua perkara, iaitu pemberian kerajaan sendiri secepat mungkin dan menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan baru Tanah Melayu. Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British, Alan Lennox-Boyd pada 23 Ogos 1955 semasa persidangan Majlis Undangan Persekutuan Persekutuan. Dalam rundingan dengan British, Raja-raja Melayu bersetuju dengan keputusan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan usaha ke arah Kemerdekaan. Raja-raja Melayu juga meminta supaya rundingan kemerdekaan itu tidak diadakan dengan wakil-wakil Perikatan sahaja, tetapi turut melibatkan mereka. Raja-raja Melayu juga meminta supaya rundingan kemerdekaan itu tidak diadakan dengan wakil-wakil Perikatan sahaja, tetapi turut melibatkan mereka. Raja-raja Melayu mencadangkan empat wakil Raja-raja Melayu, dua wakil Parti Perikatan dan Peguam Negara bertindak sebagai penasihat. Sebaliknya, Perikatan pula meminta supaya jumlah wakil yang sama banyak dengan Raja-raja Melayu. Pada bulan November 1955, wakil Raja-raja Melayu dan Perikatan mengadakan rundingan terlebih dahulu untuk mencapai kata sepakat dan pendirian bersama tentang beberapa perkara penting. Rundingan itu tertumpun kepada beberapa perkara asas seperti kawalan kewangan, perlantikan rakyat tempatan bagi mengetuai jabatan-jabatan kerajaan, keselamatan

dalam negeri dan penggubalan perlembagaan. Raja-raja Melayu terlibat dalam rundingan mendapatkan kemerdekaan kerana sebelum itu mereka bertanggungjawab menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 dengan pihak British. Dalam rundingan dengan wakil Majlis Raja-raja Melayu, Tunku Abdul Rahman memberi jaminan bahawa kedudukan Raja-raja Melayu sebagi raja berperlembagaan tidak akan terjejas selepas Tanah Melayu merdeka. Pada 1 Januari 1956, rombongan kemerdekaan bertolak ke London. Rombongan itu terdiri daripada dua pihak, iaitu empat orang wakil Raja-raja Melayu yang diketuai oleh Menteri Besar Perak, DatoHaji Abdul Wahab bin Haji Abdul Aziz dan empat orang wakil Parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Rombongan it bertolak ke London untuk berunding dengan kerajaan British bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Kedua-dua rombongan bertolak dengan kapal M.V.Asia dari Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura menuju ke Karachi, sebelum mereka menaiki kapal terbang ke London. Tunku Abdul Rahman memang sengaja mengatur perjalanan awal dengan menaiki kapal laut bagi membolehkan anggota kedua-dua rombongan berundingan untuk mencapai persefahaman sebelum tiba di London. Usaha itu ternyata berhasil kerana persefahaman dapat dicapai terlebih dahulu, sebelum mereka memulakan rundingan dengan pihak British. Sebaik sahaja rombongan itu tiba di London pada 14 Januari 1956, mereka mengadakan pertemuan dengan Perdanan Menteri Britain, Sir Anthony Aden. Rundingan kemerdekaan berlangsung selama tiga minggu iaitu muai 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Dalam rundingan itu, kerajaan British diwakili oleh Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan (Alan Lennox-Boyd), Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu (Sir Donald MacGillivray), Setiausaha Negara Tinggi British di Tanah Melayu (John Hare) serta para pegawai yang lain. Rombongan kemerdekaan Tanah Melayu dibantu oleh sekumpulan penasihat daripada Parti Bruh Britain berkenaan beberapa perkara teknikat iaitu kewangan (Lord Ogmore dan Dougles Jay) dan perlembagaan (Woodrow Wyatt). Oleh sebab wakil Raja-raja Melayu dan Perikatan telah mencapai persetujuan awal tentang beberapa perkara penting, rundingan itu berjalan lancar dalam suasana penuh persefahaman. Pada 8 Februari 1956, satu perjanjian ditandatangi antara wakil-wakil Parti Perikatan dan Raja-raja Melayu dengan Alan Lennox-Boyd di Lancaster House. Parti Perikatan menganggap keputusan British memberi kemerdekaan

kepada Tanah Melayu pada tahun 1957 merupakan satu kejayaan besar yang dicapaikan, iaitu dua tahun lebih awal daripada apa yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya tahun 1955. Walaupun begitu masih terdapat beberapa perkara yang belum jelas dan memerlukan rundingan lanjut. Antaranya kedudukan yang belum jelas dan memerlukan rundingan lanjut. Antaranya kedudukan Pulau Pinang dan Melaka yang masih berada dalam bidang kuasa kerajaan British, kerakyatan Komanwel yang dipaksa ke atas Tanah Melayu, soal kerakyatan dan kedudukan raja berperlembagaan. Sungguhpun demikian, semua rakayatan dan kedudukan raja berperlembagaan. Sungguhpun demikian, semua perkara ini akan dirundingkan kemudian dengan kerajaan British. Apabila rombongan Parti Perikatan pulang ke tanah air pada 20 Februari 1956, mereka diberi sambutan meriah. Lebih 100 000 orang rakyat dari seluruh pelusuk negara tertumpu ke Padang Bandar Hilir, Melaka untuk menyambut kepulangan Tunku Abdul Rahman dan rombongannya. Dalam suasana yang bersejarah itu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di hadapan satu rapat umum yang besar. PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU Pada jam 12.00 tengah malam 31 Ogos 1957, bendera Kerajaan British diturunkan di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur iaitu Union Jack Bendara Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan dengan rasminya. Hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos 1957 oleh Tunku Abdul Rahman Putra. Dokumen-dokumen pengisytiharan merdeka disampaikan kepada Perdana Menteri PTM iaitu Tunku Abdul Rahman Putra oleh wakil Queen Elizabeth, Ratu British. Dengan pengisytiharan kemerdekaan ini, Partyi Perikatan telah berjaya melaksanakan janjinya untuk membawa kemerdekaan bagi PTM dalam tempoh yang singkat iaitu dua tahun lebih awal.

ZAMAN SELEPAS KEMERDEKAAN PENUBUHAN MALAYSIA 1963 Pada 27 Mei 1961, Tunku telah mengemukakan cadanganya tentang gagasan Malaysia pada ucapan sejarahnya di Kelab Wartawan di Singapura. Terdapat beberapa sebab cadangan penubuhan Malaysia ini dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman, antaranya ialah: a) Ancaman Komunis Pengaruh komunis ketara semakin merebak apabila anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) menubuhkan Barisan Sosialis yang berhaluan kiri di bawah pimpinan Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis yang semakin merebak di Singapura. Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku risau jika Singapura merdeka bersendirian, Singapura mungkin akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya menggugat keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, jika Singapura bergabung dalam Malaysia, pengaruh komunis dapat disekat. b) Seimbangkan kaum Penubuhan Malaysia dapat membentuk keseimbangan kaum. Percantuman Singapura sahaja dengan Tanah Melayu akan mengancam kedudukan orang Melayu dari segi bilangan penduduk. Sabah, Sarawak dan Brunei perlu digabungkan dalam Malaysia bagi memastikan keseimbangan antara kaum bumiputera dan bukan bumiputera. c) Mempercepatkan kemerdekaan Pembentukan Malasyia membolehkan Sabah dan Sarawak serta Singapura memperolehi kemerdekaan lebih awal. Usaha ini seiring dengan ketetapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 yang meminta supaya penjajahan di seluruh dunia ditamatkan melalui Resolusi 1514 (XV). Untuk merealisasikan penubuhan Malaysia, satu Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) telah ditubuhkan pada Julai 1961 di Singapura. Selain itu, Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk

meninjau reaksi rakyat Sabah dan Sarawak. Menurut Laporan Cobbold, hampir semua penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan Malaysia. Selepas persetujuan rakyat Sabah dan Sarawak diperolehi, satu jawatankuasa merangka perlembagaan yang menyentuh kedudukan Sabah dan Sarawak dibentuk. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuh bertujuan mengkaji peruntukan perlembagaan yang berkaitan dengan penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Bagi pendudukan Singapura pula satu referendum telah diadakan untuk mendapatkan pandangan penduduk Singapura dan 71.1% yang menyokong penubuhan Malaysia. Cadangan Tunku Abdul Rahman telah disokong oleh pihak British. Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menyatakan kerajaan British terpaksa menerima konsep Malaysia kerana kalau tidak mereka akan mengahadapi satu keadaan seperti di Irian Barat. Cadangan Tunku telah menimbulkan reaksi positif dari pihak Singapura tetapi negatif dari Indonesia. Lee Kuan Yew seperti dilaporkan oleh Berita Harian edisi 4 Jun 1961 menyatakan sokongannya terhadap Malaysia kerana matlamat Singapura ialah merdeka dengan Malaya. Singapura ialah merdeka dengan Malaya. Singaoura menyokong hanya dengan tujuan memperolehi kemerdekaan. Apabila kemerdekaan diperolehi, Singapura kemudiannya sanggup menimbulkan beberapa isu dan akhirnya dipisahkan daripada Malaysia. Bagi Indonesia pula reaksi pertama datangnya daripada Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Indonesia. Jawatankuasa ini menyifatkan Malaysia sebagai neokolonial. Pada peringkat awalnya, pemerintah Indonesia tidak memandang serius cadangan tersebut malah dalam beberapa kenyataan oleh Menteri Luarnya, Dr. Subandrio seolah-olah menggambarkan pihak pemerintah Indonesia merestui penubuhan Malaysia. Malah dalam satu ucapan dalam Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada 20 November 1961 sekali lagi Dr. Subandrio menegaskan Indonesia tidak akan menentang penubuhan Malaysia. Akan tetapi apabila tercetusnya pemberontakan Brunei, pemerintah Indonesia secara rasmi menganggap cadangan Malaysia bertentangan dengan hasrat rakyat Kalimantan Utara. Indonesia menunjukkan simpati mereka dan menyokong pemberontakan itu. Sukarno menganggap gagasan Malaysia sebenarnya bertujuan menyelamatkan ekonomi British.

Indonesia menentang pembentukan Malaysia kerana mempunyai rancangan untuk menggabungkan wilayah-wilayah di Nusantara ini di dalam satu persekutuan yang besar yang dikenali sebagai Indonesia Raya. Konsep ini pernah disuarakan oleh Profesor Mohd Yamin, Penasihat Soekarno selepas Indonesia merdeka dari tangan Jepun. Profesor Mohd Yamin mencadangkan Indonesia Raya pada peringkat awalnya menggabungkan Persekutuan Tanah Melayu dan Indonesia dan kemudiannya akan berkembangan membentuk rangkaian yang lebih besar apabila Burma, Thailand, Vietnam, Filipina dan pulau-pulau lain bergabung dalam Indonesia Raya. Hajat Indonesia ini bukan suatu yang tidak disengajakan tetapi memang telah dirancang oleh beberapa pemimpin Indonesia. Dalampiperbincangan Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia ada disebut tentang kawasan Indonesia merdeka. Pihak Indonesia memang mengimpikan Malaya menjadi sebahagian Indonesia. Malah ada rakyat Malaya yang menganggap mereka merupakan sebahagian daripada rakayat Indonesia. Itulah impian Indonesia, jadi apabila Tunku mencadangkan pembentukan Malaysia menggabungkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura, ia telah memusnahkan impian Indonesia sejak sekian lama. Negeri Filipina juga menentang penubuhan Malaysia. Filipina menentang kerana menuntut haknya ke atas Borneo Utara. Tuntutan ini jelas apabila Dewan Perwakilan Filipina meluluskan resolusi yang dikenali sebagai Resolusi Ramos memberi kuasa kepada Presiden Filipina untuk mengambil langkah bagi memperolehi kembali Borneo Utara mengikut lunas-lunas undang-undang. Tentangan-tentangan daripada negara-negara jiran ini menuntut beberapa tindakan memperbaiki hubungan diadakan. Pada 30 Julai sehingga 5 Ogos 1963, sidang kemuncak telah diadakan di Manila antara Tunku Abdul Rhaman, Presiden Filipina dan Presiden Indonesia. Hasil daripada Sidang Kemuncak ini MAPHILINDO ditubuhkan. MAPHILINDO dianggap sebagai penyatuan rumpun Melayu dan antara tujuannya adalah untuk menyelesaikan masalah penentangan Indonesia dan Filipina berhubungan gagasan penubuhan Malaysia. Apabila Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963, Indonesia dan Filipina melancarkan penentangan secara terbuka. Dengan itu, MAPHILINDO telah dibubarkan. Konfrontasi Indonesia hanya tamat apabila Jeneral Suharto mengambil alih pemerintahan Indonesia. Perjanjian perdamaian antara Malaysia dan Indonesia.

Anda mungkin juga menyukai