Anda di halaman 1dari 3

Rumusan bahasa melayu Bahasa Melayu dikhuatiri Terpinggir Bahasa melayu kini menghadapi cabaran yang sukar dan

jika tidak diberi penekanan dari sekarang dikhuatiri bahasa melayu akan terus terpinggir dan jika tiada usaha yang diambil untuk memartabatkan kembali kedudukan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia, bahasa melayu mungkin akan hilang. Keadaan ini lebih menyedihkan apabila bangsa melayu sendiri yang merendahkan bahasa ibunda mereka. Rakyat Malaysia seperti malu untuk bertutur dalam bahasa melayu, mereka lebih gemar berbahasa inggeris untuk berkomunikasi, walaupun dengan bangsa sendiri. Bahasa melayu seperti kurang mendapat sambutan dan keadaan ini menyebabkan bahasa melayu terpinggir di bumi sendiri. keadaan ini pula berbeza dengan keadaan di Negara luar, mereka lebih gemar menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri, misalnya ketika mesyuarat yang melibatkan banyak negara, mereka memberi ucapan dalam bahasa ibunda mereka dan mengunakan penterjemah untuk menterjemahkan kepada bahasa inggeris supaya difahami oleh pemimpin negara lain. Tetapi lain pula di malaysia, kita mengunakan bahasa inggeris dalam suatu mensyurat itu jika terdapat beberapa orang asing bagi membolehkan mereka memahami apa yang diucapkan. Kita sepatutnya bangga dan mengunakan bahasa melayu untuk menunjukkan yang kita bangga dengan bahasa rasmi negara kita. Dalam kehidupan harian juga bahasa inggeris lebih digunakkan, rakyat malaysia seolah-olah malu untuk bertutur dalam bahasa melayu, bahasa melayu dilihat sebagai bahasa yang rendah darjatnya dan dituturkan di kampung-kampung. Jika adapun yang bertutur dalam bahasa melayu mereka gemar mencampurkan bahasa melayu dengan bahasa inggeris, ini menunjukkan bahasa inggeris lebih mendapat tempat dihati rakyat malaysia. Kini, bilangan rakyat malaysia yang bertutur dalam bahasa melayu telah pun meningkat, tetapi kadar ini masih terlalu rendah. Bahasa melayu masih belum mendapat tempat dihati golongan atasan yang berkerja disektor swasta mahupun kerajaan. Kita dapat lihat keadaan ini ketika majlis-majlis rasmi yang diadakan oleh syarikat-syarikat swasta mahupun kerajaan, mereka menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar disepanjang majlis. Bahasa melayu pernah suatu masa dulu menjadi satu bahasa terkenal, bahasa melayu dituturkan oleh pelbagai bangsa, ini kerana suatu ketika dulu bahasa melayu adalah bahasa perdagangan yang sangat penting. Tanah melayu terletak diantara tamadun timur dan barat dan menjadi pusat pertembungan pelbagai tamadun dan ini menjadikan bahasa melayu suatu

bahasa perdangangan yang tersohor suatu masa dulu, bahasa melayu yang tersohor itu kini hanyalah tinggal sejarah, kedudukan bahasa melayu semakin diperlekehkan oleh sesetengah pihak. Bahasa melayu moden banyak mengambil bahasa inggeris lalu dimelayukan dengan menukar ejaan malah sebutannya juga masih sama. Setelah perkataan itu dimelayukan kita dengan bangganya mengatakan inilah bahasa melayu. Dimanakah jati diri kita sebagai bangsa melayu, jika kita hanya mengambil perkataan dan mengubahnya, kenapa kita tidak boleh mencipta perkataan sendiri. Kecintaan kita terhadap bahasa melayu hanyalah sedikit dan jika berlaku sesuatu isu yang melibatkan kedudukan bahasa melayu semua pihak akan bangun mempertahankan bahasa melayu, tetapi semua itu hanya sekejap saja, selepas itu semuanya kembali seperti biasa dan bahasa melayu masih lagi berada di tekuk lama. Media massa boleh memainkan peranan yang sangat berkesan untuk memartabatkan bahasa melayu, tetapi sayangnya pihak media sendiri yang memperlekehkan bahasa melayu. Dimanakah silapnya dasar bahasa melayu di malaysia ini. Dasar kerajaan yang menukar bahasa penghantar untuk pembelajaran sains dan metamatik juga telah merendahkan lagi kedudukan bahasa melayu. Bahasa melayu dianggap tidak setaraf dengan bahasa inggeris.bahasa melayu dianggap tidak boleh bersaing dengan bahasa inggeris. Hal ini telah menyebabkan bahasa melayu dipandang rendah oleh orang luar, apabila bangsanya sendiri meletakkan bahasa ibundanya dibawah maka orang luar akan memandang rendah pada bahasa melayu itu sendiri. Jika kita sendiri tidak berjuang untuk menjadikan bahasa melayu setaraf dengan dengan bahasa-bahasa asing, maka jatuhlah kedudukan bahasa melayu itu. Kini kerajaan telah sedar akan kesilapan itu dan telah menukar balik dasar pembelajaran sains dan metamatik ke dalam bahasa melayu. Masyarakat malaysia kini lebih ghairah untuk menghantar anak mereka ke sekolah inggeris, mereka lebih suka anak mereka petah berbahasa inggeris dan ada diantaranya yang hanya memberi keutamaan kepada penguasan bahasa inggeris seterusnya mengabaikan penguasaan bahasa melayu anak mereka. Pada hari ini penggunaan bahasa melayu sangat terbatas, bahasa inggeris telah mengambil alih fungsi bahasa melayu sebagai bahasa rasmi. Temuduga perkerjaan dan juga mesyuarat kini dijalankan dengan menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar, keupayaan untuk berbahasa inggeris dengan lancar menjadi penentu untuk mendapatkan pekerjaan, tidak pandai atau fasih berbahasa kebangsaan tidak menjadi masalah, kerana bahasa melayu kini hanya tinggal nama dan simbol sebagai bahasa rasmi malaysia. Bukubuku ilmiah didalam bahasa melayu juga sukar untuk didapati, jarang sekali buku-buku ilmiah diterjemahkan kepada bahasa melayu, dan ini jugalah diantara faktor kejatuhan bahasa

melayu. Bahasa melayu tidak dilihat sebagai bahasa ilmu tetapi hanya sebagai salah satu bahasa yang dituturkan di malaysia. Jika kita ingin melihat bahasa melayu terus berkembang dan berdiri selari dengan bahasa-bahasa lain di dunia, kita mestilah berusaha dari sekarang. Bahasa melayu sekarang telah pun dianggap sebagai bahasa bawahan, dan tidak sesuai dituturkan di majlis-majlis besar, kita perlu berusaha dari sekarang untuk memastikan bahasa melayu bangkit semula dan menjadi bahasa yang disegani diseluruh dunia. Bahasa jiwa bangsa, tetapi jika bangsa itu sendiri menolak bahasa mereka, maka hilanglah jiwa mereka. Moga bahasa melayu akan terus berkembang dan dapat mengantikan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar di malaysia dan bahasa melayu benar-benar menjadi bahasa rasmi negara kita, malaysia.

Anda mungkin juga menyukai