Anda di halaman 1dari 23

KEK LAPIS 4 RASA By: DayangJack@DapurKu SaYang Bahan-bahan : loyang 8" x 8" 10 biji telur gred A 500 g mentega

a berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya) QH guna SCS 300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak) QH guna tepung gandum 150 g gula kastor 100 g serbuk horlicks 150 g serikaya 300 g susu pekat manis 1 sudu besar ovalette 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe) QH guna paste pandan biase saje + pewarna hijau 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) - boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar QH guna coklat emulco 1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu 1 sudu kecil oren emulco + pewarna oren QH tambah

Cara-cara : 1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. 2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. 3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan. 4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati. 5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati. 6. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe / pes mocha dan satu lagi pes strawberi. 7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masingmasing). 8. Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buat sampai habis. 9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. 10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.(untuk lapisan terakhir,

QH sapukan butter di atasnya bagi nampakkan bahagian atas tu berkilat) 11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

NOTA : Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap. Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat). (QH sapukan butter untuk setiap lapisan) Pandan paste cap Kopoe-Kopoe boleh digantikan dengan Pati Pandan/Pandan Emulco+pewarna hijau tua. Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2. Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri. Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri. Untuk menjadikan kek sentiasa lembab dan basah, jangan bakar terlalu lama dan sapukan sedikit mentega pada setiap lapisan. (QH ikut cara ni) Kek ni bila dah disimpan berhari2, ia akan bertambah lembut dan basah. Lagilah bertambah sedap dimakan. Baunya pun harum dan menyelerakan...lebih2 lagi dgn perisa mocha tu, adesss...tak tahan dakuu... :D

KEK OREN By: Nora Dany Harry Bahan2 180 gram mentega 2 cawan tepung naik sendiri 1 cawan gula halus 3 biji telur gred "A", asing putih dan kuning 4 sudu besar susu cair paste oren (kalau suke perisa lain,leh tukar ye) Caranya 1. Panaskan oven pada suhu 160C, lenser loyang dengan mentega, 2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan telur putih satu persatu,kemudian msk telur kuning dan putar hingga gebu. Masukkan susu cair & paste oren 3. Pada kelajuan sederhana @ kacau dgn spatula, masukkan tepung Putar rata. Ketepikan. .kemudian masuk kan kedalam loyang yg dah di lenser dgn mentega....masak dlm 50minit......:) selamat mencuba yekk resepi nora ni...:) (nora buh coklat rice dalam adunan tu...kalau nak xbuh pun xpa) 2. Cara QH pulaadunan kek tersebut QH bahagiakan kepada 2 bahagian. 1 bahagian di bakar di dalam loyang berbentuk bulat dan 1 lagi bahagian di dalam loyang loaf. 3. Selepas itu boleh la dibakar kedua2nya serentak sehingga masak. 4. Sejukkan kek di atas redai.

Cara menyediakan kek aiskrim

1. Apabila kek dah sejuk, boleh la setiap kek tersebut dibahagiakan kepada 2 pula setiap satu dengan menggunakan pemotong khas kek atau pisau atau mengggunakan kaedah benang. 2. Ambil 1 lapisan kek yang bulat bahagian bawah dan letak ke dalam dasar loyang. Selepas itu, letakkan kek yang dipotong empat segi atau memanjang tu disekeliling loyang tersebut. 3. Kemudian boleh la diletakkan aiskrim mengikut citarasa ke dalam kek tersebut sehingga penuh dan rata. 4. Tutup bahagian atasnya dengan lapisan pertama kek berbentuk bulat tadi. Simpan di dalam freezer selama 2 jam atau semalaman. Sebelum menyimpan kek ke dalam freezer, pastikan kek tersebut dibalut dahulu dengan menggunakan plastic wrap. 5. Selepas itu boleh disalutkan kek tersebut dengan menggunakan fresh cream.

Untuk creamnya pula seperti biasa QH akan menggunakan Non Dairy Whipping

Cream jenama Rich. Kali ni QH memilih perasa coklat pula. Untuk ni tak payah diwarnakan sebab memang dah tersedia warna dan perasa coklat tu. Untuk kek aiskrim QH rasa menggunakan FC memang sesuai dibandingkan menggunakan buttercream. Sebab kek ni perlu disimpan dalam freezer dan FC pula memang perlu sejuk. Jika menggunakan buttercream ianya akan keras dan mungkin juga akan merekah jika terlalu sejuk dan lama di dalam freezer. Sukatannya untuk FC ni pula adalah 2 cawan non dairy whipping cream. Selepas tu pukul adunan ini dengan mixer pada speed sederhana hingga ia kental. Jangan sampai terlebih pukul. Janji ia nampak lembut. Kalau terbalikkan bekas tu ianya tak jatuh. Lepas tu boleh la dilepa kek atas kek keseluruhannya sehingga rata. Untuk deco kek seperti dalam gambar, gunakan spatula atau belakang sudu dan tarik2kan fc tersebut sehingga siap. Simpan kek ke dalam peti sejuk selama 2 jam atau semalaman.

KEK LAPIS 4 RASA By: DayangJack@DapurKu SaYang Bahan-bahan : loyang 8" x 8" 10 biji telur gred A 500 g mentega berkualiti tinggi (jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya) QH guna SCS 300 g tepung hongkong/tepung gandum (diayak) QH guna tepung gandum 150 g gula kastor 100 g serbuk horlicks 150 g serikaya 300 g susu pekat manis 1 sudu besar ovalette 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar pandan paste (DJ menggunakan brand Kopoe-Kopoe) kalau buat kaler rainbow yang ni tak perlu 1 1/2 sudu besar serbuk koko + 1 sudu makan nescafe atau campuran serbuk koko dan coffee emulco (dibancuh dengan sedikit air panas) boleh juga campurkan dengan pewarna coklat atau browning sugar yang ini juga 1 sudu kecil strawberry emulco + pewarna merah jambu yang ini juga Filing oren secukupnya yang ni QH tambah Color rainbow atau pelangi Merah

Oren Kuning Hijau Biru Ungu

Cara-cara :

1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. 2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. 3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan. 4. Setelah itu masukkan serikaya dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati. 5. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati. 6. Bahagikan adunan kepada 4 (6) bahagian. Satu bahagian dibiarkan kosong dan diberi esen vanilla, satu bahagian lagi diberi pes pandan, satu lagi dicampurkan dengan bancuhan serbuk koko dan nescafe / pes mocha dan satu lagi pes strawberi. (adunan dikalerkan mengikut warna pelangi) 7. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan adunan pink/strawberi terlebih dahulu (anggaran 6-7 sudu makan atau ikut keselesaan) dan bakar selapis demi selapis dengan menggunakan api atas (suhu antara 170-180C mengikut kepanasan oven masing-masing). (Untuk cara ni bile adunan dah dibahagikan kepada 6 warna. Untuk setiap warna tersebut QH bahagikan kepada 2 pula. Contoh seperti dalam gambar tu yer..) 8. Kemudian tuangkan adunan seterusnya dan bakar. Buat sampai habis.

9. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit. 10. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (untuk lapisan terakhir, QH sapukan butter di atasnya bagi nampakkan bahagian atas tu berkilat) 11. Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

NOTA :

Gunakan mentega yg berkualiti untuk mendapatkan kek yg lembut dan sedap. Jika takut lapisan kek mudah tertanggal, sila sapukan dengan sedikit jem setiap kali melapis. (DJ x buat). (QH sapukan butter dan jem secara berselang seli pada setiap lapisan. Contoh jem, butter, jem, butter sampai habis) Boleh juga menggunakan loyang kek berukuran 9" x 9" jika tak nak kek terlalu tinggi. Ikutlah citarasa masing2. Suhu bergantung pd jenis oven masing2. Sila adjust sendiri. Sukatan gula boleh dikurang/tambahkan mengikut citarasa sendiri. Untuk menjadikan kek sentiasa lembab dan basah, jangan bakar terlalu lama dan sapukan sedikit mentega pada setiap lapisan. (QH ikut cara ni)

Kek ni bila dah disimpan berhari2, ia akan bertambah lembut dan basah. Lagilah bertambah sedap dimakan. Baunya pun harum dan menyelerakan.

Ringkasan gunakan:

cara

penyediaan

yang

QH

1. Memula sekali bile adunan kek ni dah siap diadun, timbang keseluruhan adunan tersebut. 2. Selepas itu, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian atau kaler yang kita nak. QH buat 6 kaler dan bahagian. 3. Warnakan adunan tersebut satu persatu. 4. Lepas tu pula, setiap satu kaler tadi QH bahagikan pula adunan tersebut kepada 2. 5. Kemudian tuang adunan tersebut ke dalam loyang yang kita nak gunakan. Ratakan. 6. Untuk setiap lapisan kek lapis ni QH bakar selama 20 minit dengan suhu oven 150C. Bahagian atas biar bagi garing atau kehitaman sedikit untuk menampakkan garisan lapisan kek tu nanti. 7. Setiap lapisan tu pula QH sapukan butter dan jem atau filing perasa oren secara berselang seli. Contoh lapisan pertama butter, lapisan kedua pula filing oren. Begitu la seterusnya sehingga habis. 8. Akhir sekali lapisan atas kek tu QH sapukan butter untuk menampakkan kek tu berkilat dan dan lembab. Siap.

Anda mungkin juga menyukai