Anda di halaman 1dari 9

Dr Suhaila.

com Laman Bicara Ilmu Menu Nota Ringkas TITAS

TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA (TITAS) DR SUHAILA ABDULLAH Pensyarah di Bahagian Falsafah dan Tamadun Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM, Pulau Pinang

Nota Ringkas ini disediakan atas permintaan pelajar dan sekadar untuk membantu pelajar memahami kursus ini. Sebenarnya, pelajar perlu menyediakan nota ringkasnya sendiri, ok.. Saya jug amat menyarankan agar para pelajar sekalian membaca buku-buku TITAS untuk keterangan dan ulasan yang lebih mendalam. PENGERTIAN DAN TAKRIF TAMADUN madanna : Memperelok budi pekerti Membuka, bina bandar Madani ; sifat sopan dan halus pencapaian material yang tinggi Civilisation civitas: bandar atau kota

Bandar tanda ketamadunan TAKRIF TAMADUN IBN KHALDUN, ALBERT SCHWEITZER, DAN E.L FARMER Takrif Ibn Khaldun : kehidupan beradab, berbudi bahasa, halus, maju, makmur Takrif Albert Schweitzer : kemajuan manusia yang membawa kesempurnaan Takrif E.L Farmer : unit budaya besar, mengandungi norma sosial, tradisi, institusi diwarisi CIRI-CIRI UTAMA TAMADUN Penempatan kekal Sistem pertanian Pengeluaran makanan Sistem organisasi dan institusi sosial Politik dan Pentadbiran Ekonomi Pendidikan

HUBUNGAN TAMADUN DENGAN AGAMA Agama bentuk pandangan semesta HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BUDAYA Budaya tinggi tanda kehidupan bertamadun HUBUNGAN TAMADUN DENGAN BANGSA Bangsa - tujuan beri identiti pada sesebuah kelompok. KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN FAKTOR GEOGRAFI

- kedudukan strategik FAKTOR AGAMA -hayati kehidupan beragama FAKTOR POLITIKPolitik yang stabil FAKTOR EKONOMI - aktiviti ekonomi :penempatan, pertanian, penternakan, perdagangan dll. FAKTOR SOSIAL - Perkembangan ilmu - kecemerlangan kehidupan manusia KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN i Keruntuhan nilai agama dan moral ii Penindasan iii Sikap tertutup iv Malapetaka INTERAKSI ANTARA TAMADUN perkongsian nilai, pemikiran toleransi, menghormati kaedah interaksi; kehidupan bersama berjiran penyebaran agama perdagangan penjelajahan dan penerokaan dll

HASIL INTERAKSI ANTARA TAMADUN Asimilasi Akulturasi Akomodasi Amalgamasi Terjadi konflik INTERAKSI POSITIF ANTARA TAMADUN TAMADUN ISLAM Pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w di Madinah. Baginda s.a.w memberi perlindungan dan hak kepada penganut Yahudi dan Kristian Zaman Abasiyyah dan Kerajaan Islam Andalusia - intelektual Yahudi dan Kristian diberi peluang menyumbang INTERAKSI TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN CINA Hubungan perdagangan Perkahwinan Penyebaran agama Islam Sains teknologi I NTERAKSI TAMADUN CHINA dan INDIA Penyebaran agama Buddha Permindahan teknologi Perkembangan ilmu Kepentingan Dialog Antara Tamadun Perkongsian nilai sejagat Hubungan baik & kerjasama

Hormati perbezaan menghormati, toleransi. PENILAIAN TERHADAP TAMADUN UNSUR PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUN ETIKA / NILAI KELUARGA - pertalian persaudaraan dan nilai-nilai murni MASYARAKAT - mengekalkan perpaduan ALAM SEKITAR - Pelihara alam sekitar KERAJAAN - Peranan pemimpin PENDIDIKAN matlamat utama bekalkan ilmu KESIHATAN - keperluan asas manusia Kepentingan Ilmu Ketamadunan Pemahaman tentang tamadun manusia prinsip, nilai dan amalan Bebas prasangka ** TAMADUN CINA Disediakan oleh: Dr Aila PANDANGAN SEMESTA, PEMIKIRAN CINA, DAN NILAI-NILAI PENTING.

Individu Dalam Masyarakat Individu unit asas yang membentuk masyarakat. Pertubuhan sosial iaitu institusi keluarga diiktiraf. Nilai Kekeluargaan Konfusianisme amat mementingkan institusi perkahwinan He (keharmonian) dianggap penting dalam keluarga. jian (jimat cermat) dan qin (ketekunan). Sistem Organisasi & Institusi Sosial Negara China mengamalkan pemerintahan beraja. Raja menduduki tangga teratas dalam susun lapis masyarakat Cina. Raja/ Maharaja dianggap sebagai wakil tuhan Sistem Masyarakat i. Golongan cerdik pandai; ii. Golongan petani; iii. Golongan tukang; dan iv. Golongan peniaga. Konsep Ren Ren adalah konsep asas dalam sistem etika masyarakat Cina. Naluri untuk sentiasa membuat kebaikan dan kebajikan. Meninggikan martabat manusia. Membezakan antara manusia dan haiwan Kata Konfusius: Jangan lakukan sesuatu yang anda sendiri tidak suka orang lain lakukan kepada anda Asas kepada konsep ren adalah konsep zhong (ketaatan), konsep shu (kemaafan), konsep xiao (ketaatan/ berbakti) dan konsep di (hormat) Kata Konfusius: Apa yang ingin kita lakukan untuk diri kita, kita lakukan juga untuk orang lain.

Apa yang ingin kita sempurnakan untuk diri kita, maka sempurnakanlah juga untuk orang lain. Ren adalah sifat utama bagi martabat kehidupan manusia yang merangkumi perasaan kemanusiaan terhadap orang lain dan memelihara harga diri sendiri. Ren sering diterjemahkan sebagai kebajikan atau kebaikan manusia. Ren juga merujuk kepada hubungan baik antara satu sama lain. Ren boleh juga dikatakan sebagai memenuhi kewajipan seseorang kepada keluarga dan masyarakatnya. Dalam hal ini, Konfusius pernah berkata: Jangan lakukan untuk orang lain apa yang anda tidak ingin mereka lakukan untuk anda. Ren- paling sering dikaitkan dengan Confucius Ini adalah kepercayaan umum bahawa Confucius adalah individu yang pertama memperkenalkan konsep ren. Walau bagaimanapun, sebelum masa Konfusius lagi, istilah ren sudah ada tetapi jarang digunakan. Siapa secara tepatnya mengungkapkan konsep ren ini tidak diketahui. Akan tetapi, pemahaman popular dan penggunaan ren yang kita kenal sekarang lebih dikaitkan dengan Confucius. Confucius menggunakan konsep ren ini untuk menggambarkan atau memaksudkan kebajikan lengkap, seperti yang terkandung nilai-nilai sejumlah kewajipan moral yang diikuti masyarakat Cina pada masa Konfusius dan seterusnya digunapakai hingga kini. Oleh sebab itu, ren biasanya diterjemahkan sebagai kebajikan atau kemanusiaan Dengan kata lain, cinta antara sesama manusia dan interaksi yang baik adalah sumber kemanusiaan, yang bersumberkan dari dalam diri manusia itu sendiri. Berperilaku mulia melayakkan seorang individu itu menjadi manusia teladan, yang memelihara dan menjaga hubungan baik antara dirinya dan keluarga dan semua yang berada di sekelilingnya. Junzi Junzi (Chun Tzu) ialah personaliti yang ideal dalam Konfusianisme. Junzi merujuk kepada seorang budiman.

Junzi mempunyai beberapa peranan antaranya: mempelajari ilmu, memperbaiki diri dan mentadbir manusia. Bersikap amanah dan bersedia memikul tanggungjawab yang diberikan dan melaksanakan tugas dengan baik. Junzi (Chun-tzu) dalam kata lain, dapat ditakrifkan sebagai manusia ideal, lelaki superior, orang budiman dalam erti yang paling ketara. Di antara sifat seorang Junzi ialah: (1) kebaikan, (2) kejujuran, (3) kesopanan, (4) kebijaksanaan, dan (5) ketulusan. iii. Konsep Lima Hubungan i. Antara suami dan isteri; ii. Antara bapa dan anak; iii. Antara adik beradik; iv. Antara pemerintah serta rakyat; dan v. Antara kawan serta sahabat.

Konsep lima hubungan ini amat berkait rapat dengan konsep ren yang dinyatakan melalui ibubapa lima hubungan pemerintah dan rakyat, bapa dan anak, hubungan antara adik beradik, suami dan isteri, dan kawan dan teman. Dari kesemua hubungan tersebut, sifat berbakti biasanya ditekankan. Pemerintah, sebagai contohnya merupakan contoh moral bagi seluruh rakyat di sesebuah negara. Dengan itu, boleh dikatakan bahawa kewajipan untuk menjadi baik terletak pada semua individu.

Konsep Lima Hubungan ini memberi petunjuk dan cara berkaitan hal-hal yang harus dilakukan dalam kehidupan sosial.

3 dari 5 hubungan melibatkan keluarga, memandangkan keluarga adalah unit asas bagi sesebuah masyarakat:

(A) ayah dan anak (menyayangi / menghormati) (B) kakak dan adik (baik / hormat) (C) suami dan isteri (baik / mendengar) (D) yang lebih tua teman dan rakan yang lebih muda (perhatian / hormat) (E) pemerintah/penguasa dan rakyat (murah hati / setia/ prihatin)

Jelasnya dalam tamadun dan kehidupan masyarakat Cina, terdapat banyak nilai murni yang telah dikemukakan oleh Konfusius untuk memelihara dan membina diri, keluarga, masyarakat dan negara.