Anda di halaman 1dari 33

Tugasan ini adalah disediakan secara individu.

Ia diberi
pada 22 Mei 2008 dan perlu diserahkan pada 9 Jun
2008.Tugasan ini dapat disiapkan dengan bersungguh-
sungguh mencari maklumat tentang isu yang diberi.

Tugasan ini adalah berkaitan isu remaja,cinta dan


seks.Dalam tugasan ini telah dimuatkan dengan isu yang
begitu padat dan berguna.Tugasan ini mengandungi
kebaikan dan keburukan daripada isu tersebut.Selain
itu,diselitkan juga langkah-langkah yang dicadangkan
untuk menyelesaikan masalah bagi isu tersebut.

Adalah diharapkan tugasan ini dapat dijadikan sebagai


bahan rujukan yang berguna kepada pelajar-pelajar lain.
Dalam menyiapkan tugasan ini,saya telah dibantu
oleh beberapa pihak.Justeru itu,tugasan ini dapat disiapkan
dengan lancar dan dihantar pada masa yang telah
ditetapkan.

Terlebih dahulu,saya ingin mengucapkan ribuan


terima kasih kepada Puan Sa’adah bt Sumrah selaku guru
yang memberikan info dan panduan bagi menyiapkan
tugasan ini.Dengan penjelasan yang telah diberikan oleh
beliau,proses penyediaan tugasan ini dapat dijalankan.

Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada ibu


bapa yang memberikan sokongan penuh bagi menjayakan
tugasan ini serta rakan-rakan yang memberikan panduan
mencari maklumat menerusi internet,majalah serta bahan
rujukan lain.

Budi baik semua amat dihargai.Sekian,terima


kasih.
Apa definisi remaja?

Remaja didefinisikan sebagai masa peralihan dari masa kanak-kanak ke masa


dewasa.Batasan usia remaja berbeza-beza sesuai dengan sosial budaya setempat.
Menurut WHO (badan PBB untuk kesihatan dunia) batasan usia remaja adalah 12
hingga 24 tahun.Sedangkan dari segi program pelayanan, definisi remaja yang
digunakan oleh Departmen Kesihatan adalah mereka yang berusia 10 hingga 19
tahun dan belum berkahwin.Sementara itu, menurut BKKBN (Direktorat Remaja dan
Perlindungan Hak Reproduksi) batasan usia remaja adalah 10 hinnga 21 tahun.

Setiap remaja harus mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah. Mereka harus
mempunyai tujuan dan kesungguhan sebagai insan yang taat dan kreatif.Tujuan hidup
yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seorang
remaja jika mereka mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang cemerlang dan
diberkati.

Pengendalian Diri
Remaja memerlukan pengendalian diri kerana remaja belum mempunyai pengalaman
yang memadai dalam perkara ini. Masa remaja banyak menyentuh perasaan seorang
remaja sehingga menimbulkan jiwa yang sensitif dan peka terhadap diri dan
lingkungannya. Perkembangan ini ditandai dengan cepatnya pertumbuhan fizikal dan
seksual. Akibat dari pertumbuhan fizikal dan seksual yang cepat itu maka timbullah
kegoncangan dan kebingungan dalam diri remaja, khususnya dalam memahami hubungan
lain jenis.

Dari keadaan yang dihadapi remaja ini akan menimbulkan dua masalah. Pertama
dorongan seksual kerana ingin membuktikan bahawa diri telah dewasa sehingga
berakhlak yang kurang sopan di tengah masyarakat, sehingga orang ramai menilai
bahawa remaja hanya menimbulkan masalah. Padahal ketika itu remaja sedang meraba-
raba dalam mencari jatidirinya.Kedua, mungkin juga remaja hilang kendali dalam dirinya
sehingga lebih cenderung mengikuti nafsunya itu, ataupun remaja lebih suka menyendiri
dan menutup diri.

Remaja yang merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehingga ia
merasa pula harus bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya yang
sebenar harus memahami bahawa anggapannya itu hanya sekadar imitasi atau peniruan.
Untuk itu remaja harus pandai mengendalikan diri dalam menghadapi dunia yang penuh
dengan pancaroba dan gejolak ini. Hindarilah dari hanya mengikut kehendak hati, tapi
gunakanlah fikiran agar setiap keputusan yang diambil benar-benar mengikuti citarasa
ibu bapa, masyarakat dan agama.

Rasa Kebebasan Remaja


Pada usia remaja sangat memerlukan kebebasan emosional dan material.
Kematangan dalam bidang fizikal atau tubuh mendorong remaja untuk berdikari dan
bebas dalam mengambil keputusan untuk dirinya sehingga remaja terlepas dari emosi ibu
bapa dan keluarga. Ramai ibu bapa tidak memahami keinginan yang tersimpan di dalam
jiwa remaja, sehingga membatasi sikap, keperibadian dan tindakan-tindakan mereka,
dengan alasan merasa belas kasihan dan lain-lain. Dengan cara ibu bapa sedemikian
remaja merasa dirinya tidak dipercayai oleh orang tuanya, akibatnya remaja yang tidak
memahami akan hakikat dirinya sendiri akan memberontak dan melawan kepada kedua
ibu bapa.

Remaja yang beriman akan mengerti bahawa rasa kebebasan yang timbul dari dalam
dirinya itu bukan selamanya harus dituruti, tetapi harus diatasi dengan cara yang
bijaksana. Memang betul dalam satu aspek remaja memerlukan kebebasan untuk
menentukan keputusannya, namun dari aspek lain remaja masih memerlukan orang tua
untuk membimbing dan memberi tunjuk ajar kepadanya. Jadi berfikirlah secara positif
agar tuntutan dalam diri itu tidak mengalahkan tuntutan dan kehendak mulia orang tua
terhadap diri anaknya. Jika ini dapat diatur secara efektif maka tidak akan timbul konflik
kejiwaan dalam diri seorang remaja.

Rasa Kekeluargaan Remaja


Sebetulnya keperluan remaja terhadap kebebasan diri sendiri dan ingin berdikari itu
bertentangan dengan keperluannya untuk bergantung terhadap ibu bapanya. Gejolak jiwa
tersebut membuat remaja merasa tidak aman, kerana dari satu aspek ia sangat
memerlukan keluarganya, namun dari segi yang lain dia ingin berdikari. Pengalaman
kejiwaan semacam ini menyebabkan remaja menjadi bingung dan tidak menentu. Bagi
remaja yang mengerti peristiwa yang sedang menimpa jiwanya dia akan berhati-hati
dalam mengmbil sebarang tindakan, sehingga ia akan menjadi remaja yang tidak tertekan
perasaan.

Rasa kekeluargaan dalam diri remaja ini bukan saja terjadi dalam lingkungan ibu
bapa dan sanak saudara, tetapi juga pada kelompok teman seperjuangan, organisasi,
sukan dan lain-lain. Jika perasaan ini disemai dengan baik, maka remaja tidak akan
mengalami stres dan tekanan perasaan dan menjadikan kecenderungan jiwanya itu ke
arah yang positif.
Kehidupan Sosial Remaja
Remaja sangat memerlukan agar kehadirannya diterima oleh orang-orang yang ada
dalam lingkungannya, di rumah, di sekolah ataupun dalam masyarakat di mana ia tinggal.
Rasa diterima kehadirannya oleh semua pihak ini menyebabkan remaja merasa aman,
kerana ia merasa bahawa ada dukungan dan perhatian terhadap dirinya. Perkara ini
merupakan motivasi yang baik bagi diri remaja untuk lebih berjaya dalam menghadapi
kehidupannya.

Penerimaan masyarakat terhadap diri seseorang berperanan dalam mewujudkan


kematangan emosi. Pada umumnya remaja sangat peka terhadap pujian dan cacian
disekitarnya sehingga menyebabkan remaja mudah tersinggung. Jika ini terjadi remaja
hendaklah memahami bahawa tidak semua manusia itu dalam keadaan serba baik,
kemungkinan kesilapan yang dilalakukan oleh masyarakat sekitar itu dapat mendorong
kita lebih matang dalam menghadapi masalah. Remaja juga harus menyedari,
kemungkinan juga cacian dan celaan itu timbul kerana kesalahan dari pihak remaja
sendiri. Bagi remaja yang beriman akan menghadapi suasana sosial semacam ini dengan
lebih tenang dan sabar, sehingga ia akan menjadi remaja yang berhasil dan cemerlang.

Penyesuaian Diri Remaja


Penyesuaian diri terhadap orang lain dan lingkungan sangat diperlukan oleh setiap
orang, terutama dalam usia remaja. Kerana pada usia ini remaja banyak mengalami
kegoncangan dan perubahan dalam dirinya. Apabila seseorang tidak berhasil
menyesuaikan diri pada masa kanak-kanaknya, maka ia dapat mengejarnya atau
memperbaikinya pada usia remaja. Akan tetapi apabila tidak dapat menyesuaikan diri
pada usia remaja, maka kesempatan untuk memperbaikinya mungkin akan hilang untuk
selama-lamanya, kecuali boleh didapati melalui pengaruh pendidikan dan latihan-latihan.

Remaja yang mampu menyesuaikan diri dengan orang lain dan lingkungannya
mempunyai ciri-ciri antara lain; suka bekerjasama dengan orang lain, simpati, mudah
akrab, disiplin dan lain-lain. Sebaliknya bagi remaja yang tidak mampu menyesuaikan
dirinya dengan orang lain atau lingkungannya mempunyai ciri-ciri; suka menonjolkan
diri, menipu, suka bermusuhan, egoistik, merendahkan orang lain, buruk sangka dan
sebagainya. Jika kebetulan remaja belum mampu menyesuaikan diri dengan cara yang
lebih baik, maka berusahalah ke arah pembinaan akhlak yang mulia, maka insya Allah
suatu saat nanti kita akan mampu. Seorang remaja jangan lekas putus asa dan patah hati
dalam menghadapi kehidupan ini jika ingin lebih sukses dan cemerlang di masa akan
datang.
Keyakinan Agama dan Nilai Murni Remaja
Keinginan remaja terhadap sesuatu kadang kala tidak dapat dipenuhi kerana dihalangi
oleh ketentuan agama dan adat kebiasaan di tengah masyarakat. Pertentangan itu semakin
ketara jika remaja menginginkan sesuatu hanya menurut selera dan kehendaknya saja.
Mereka berpakaian yang tidak senonoh, menonton video lucah dan berperangai tidak
manis di pandang mata, padahal semua perbuatan ini berlawanan dengan ketentuan
agama dan nilai-nilai murni. Bagi remaja yang pandai menempatkan dirinya pada posisi
yang betul maka dia akan menghindari segala keinginan yang tercela dari kehidupannya.

Pertentangan antara keinginan remaja dengan ketentuan agama ini menyebabkan jiwa
remaja memberontak dan berusaha menepis kenyataan itu dengan menurutkan kata
hatinya.Remaja yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia serta mempunyai lingkungan
keluarga yang menjalankan perintah agama, maka perkara ini dengan mudah mereka
hadapi. Namun bagi remaja yang telah terlanjur melaksanakan sesuatu yang berlawanan
dengan perintah agama hendaklah berusaha memperbaiki diri agar tidak sentiasa terlena
dengan sesuatu pengaruh dan kenikmatan yang bersifat semantara itu.

Demikianlah di antara pengaruh atau gejolak jiwa yang terjadi dalam diri seorang
remaja. Semuanya memerlukan perhatian remaja dalam memahami dirinya sendiri, serta
perhatian ibu bapa agar ada saling pengertian dalam menghadapi dan memahami seorang
insan yang berstatus REMAJA. Semoga informasi tentang remaja ini berguna dalam
menjana para remaja dan pelajar dalam menghadapi abad yang penuh dengan cabaran
dan godaan ini.

Remaja Cermin Bangsa

Golongan remaja merupakan aset negara yang paling istimewa, berharga dan bernilai,
malah mereka juga merupakan tulang belakang negara dan penyambung generasi akan
datang. Mereka juga bakal pernimpin agama, masyarakat dan negara.

Bagaimanapun, kebelakangan ini kita sering mendengar masalah yang sering ditimbulkan
oleh golongan remaja ini sehingga terfikir adakah mereka ini yang bakal memimpin
negara suatu masa nanti dan secara tidak langsung mencerminkan wajah bangsa kita.

Jika rosak remaja, rosaklah sesebuah negara sebagaimana seorang penyair Arab, Shauqey
Bek pernah menyebut, "Keunggulan bangsa kerana akhlaknya, runtuh akhlak runtuhlah
mereka.”(kertas kerja Dr. Che Noraini Hashim, UIA - internet)

Remaja dapat kita definisikan sebagai satu kumpulan anak-anak muda yang berumur
antara 12 hingga 21 tahun atau 13 hingga 25 tahun. Perkataan ´remaja´ berasal daripada
perkataan Latin bermakna menuju ke arah kematangan. Kamus Dewan (1984)
mentakrifkan remaja sebagai peringkat umur mulai dewasa, sudah akil baligh dan sudah
cukup umur untuk berkahwin.

Manakala dalam Islam tiada secara spesifik istilah remaja. Apa yang ada ialah takrif
Baligh yang membezakan had umur kanak kanak dan golongan mukallaf (dewasa /
berakal).(ibid)

Golongan ini sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba serta sedang menuju ke tahap
matang untuk menjadi seorang dewasa, zaman remaja merupakan satu jangka waktu bagi
seseorang melengkapkan diri untuk menuju ke alam kedewasaan.

Pelbagai langkah dan usaha telah dan sedang dijalankan untuk membanteras kegiatan
tidak bermoral dan keruntuhan akhlak remaja ini, namun nampaknya semakin menjadi-
jadi karenah mereka ini dan peratusan remaja dan pelajar kita yang terjebak dalam
masalah sosial ini semakin meningkat setiap tahun.

Apa yang akan berlaku kepada generasi dan warisan yang mencerminkan bangsa kita
suatu masa nanti jika remaja hari ini terus hanyut dalam keruntuhan akhlak seperti
melepak, penagihan dadah, seks rambang, pembuangan bayi, jenayah juvana, lari dari
rumah, kelakuan lucah, bohsia, bohjan, minum arak, berdisko, merokok, ´mat rempit´ dan
lain lain.

Sering terpapar di media massa dan cetak kisah remaja yang giat membuat onar sehingga
menjadi api yang membakar secara perlahan-lahan, meruntuhkan tamadun kemanusiaan
dan menunjukkan kemunduran akhlak remaja negara kita. Amat sedih apabila
memikirkan golongan remaja dan pelajar yang terjebak dalam aktiviti tidak bermoral ini
adalah antara genarasi yang bakal menerajui negara bila kita tiada kelak. Tidakkah
mereka ini sedar betapa besar peranan dan tanggungjawab mereka kepada agama, bangsa
dan negara?

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Dr. Che Noraini Hashim dari Universiti Islam
Antarabangsa (UIA), banyak faktor yang mengundang kepada salah laku remaja ini
seperti kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak, kegagalan memberikan

pendidikan agama dan moral, kegagalan memberikan keperluan semasa yang mencukupi
serta kurangnya kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak.
Faktor lain adalah seperti pengaruh rakan sebaya, pengaruh dari media – contohnya,
rancangan yang berunsur keganasan atau seks kerana media merupakan cara pantas
remaja meniru gaya dan budaya yang ditontoni, kelemahan dalam sistem pendidikan
seperti kegagalan guru menyampaikan mesej atau lokasi sekolah yang berhampiran
dengan pusat beli-belah dan faktor sekeliling juga boleh mempengaruhi tingkah laku
remaja seperti kelab-kelab malam, pub dan pusat karaoke yang tumbuh seperti cendawan
selepas hujan, taman-taman rekreasi dan bunga yang menjadi tempat remaja bermadu
asmara tanpa ada teguran daripada pihak yang bertanggungjawab dan hotel yang tidak
menghalang remaja lelaki,perempuan yang bukan muhrim menginap di permis mereka.

Walau apa sekalipun faktornya, remaja itu sendiri harus menggunakan akal yang
dianugerahkan oleh Allah kepada mereka untuk menilai setiap perbuatan dan keputusan
yang bakal mereka buat kerana akal ini yang membezakan manusia daripada binatang.
Jangan asyik menyalahkan ibu bapa, rakan-rakan dan perkembangan semasa jika akal
yang ada tidak diguakan hanya untuk perhiasan. Biarpun sehebat mana kemajuan yang
dicapai semuanya tidak bererti jika akhlak remaja runtuh maka akan runtuhlah sesebuah
negara.

“Cerminlah diri kerana anda remaja yang menjadi cermin bangsa.”

http//www.yadim.com.my/Remaja/RemajaFull.asp?offset=5&RemajaID=73
> Rencana >> Remaja

Cinta Menurut Pandangan Islam


03 August 2004

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas
daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan
muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada
pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta
yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada
di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus.
Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan
makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan
di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat
melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu.


Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa
kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang
terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal
N
fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu
yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya
remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan
lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi
cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu
semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat
Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan
umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah
menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spiritual - membunuh solidariti dan

menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat
daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang
menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang
tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat


alas

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana


50480, Kuala Lumpur Tel : 603-22746077 Fax : 603-22732330 :- webmaster@yadim.com.my -:

Apa it u Cinta?
25 May 2007
Kategori: Artikel Cinta | Ungkapan Cinta

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang
tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta
yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Ci nta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan
cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Ci nta Wuju d Sejak Dilah irkan


Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma
manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,
membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,
maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa
dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Ci nta Be rsedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu
bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia
pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta
saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk
menyerah diri pada yang dicintai.

Ci nta Itu Indah


Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya
itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya
gemerlap dan putih bersih.

Ci nta Itu Meng harap Balasan


Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya
persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu
menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk
bersatu kembali. Kehendak itu timbul balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak
hanya menerima tapi juga menerima.
Ci nta Itu Menakl uki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk
mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki
sepenuhnya.

Ci nta Itu Mengeta hui


Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah
atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu
bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Ci nta Itu Hid up


Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta
itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang,
tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui
mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap
hidup walaupun telah mati.

Ci nta Itu Suci


Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna
ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia
tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang

baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin.
Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada
batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Ci nta Itu Mempesona


Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya
tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang
comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana
bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat
cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta
betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang
menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi
bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa
dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apa kah itu Bukt i Ci nta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan
atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak
berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika
anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada
anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia
menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Sumber: Azdriana

Tentang Cinta merupakan sebuah website yang fokus kepada percintaan. Segala tips-tips cinta,
cerpen cinta, segala yang berkaitan dengan percintaan akan dimuatkan dalam website Tentang
Cinta ini. Lagi...
© TentangCinta.com, All rights reserved.

Konsep dan Objektif Pendidikan Seks


Menurut Perspektif al Quran *

Oleh

Dr. Muhamad Zahiri Awang Mat


Institut Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Rahimi Md. Saad


Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya

Abstrak
Pendidikan seks menjadi salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh semua
lapisan masyarakat melibatkan masyarakat awam, kerajaan, ahli akademik
dan lain-lain. Topik berkaitan konsep dan objektif pendidikan seks merupakan
aspek penting untuk dibincangkan kerana ia perlu difahami secara jelas dan
mendalam sebelum program tersebut dilaksanakan. Pemahanan tentang
konsep dan objektif pendidikan seks amat penting kerana ia merupakan asas
di dalam menentukan kerangka dan hala tuju pelaksanaan program pendidikan
tersebut. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji konsep dan objektif
pendidikan seks menurut perspektif al-Quran. Perbincangan-perbincangan al-
Quran berkaitan topik tersebut akan menjadi teras di dalam kajian ini di
samping hadith-hadith yang menjadi penerang kepada konsep-konsep yang
terkandung di dalam al-Quran. Pandangan para ilmuan Islam juga turut
dibincangkan dalam memahami apa yang telah diperkatakan oleh al-Quran
dan al-Hadith tersebut. Kajian analitikal berdasarkan sumber al-Quran dan al-
Hadith mampu memberikan satu pemahaman yang jelas berkaitan dengan
konsep dan objektif pendidikan seks menurut perspektif Islam. Rumusan
daripada kertas ini dapat memberikan input yang berguna kepada pihak yang
terlibat di dalam menggubal dan menentukan corak perlaksanaan program
pendidikan seks di negara ini agar ia menjadi lebih berkesan dan tidak tersasar
dari landasan agama.

* Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar Seksual Kebangsaan 2005 yang dianjurkan
oleh Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya pada 30 Julai 2005

Diedar semula sempena Siri Diskusi Khas (SDK) Ke 3


Anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
pada 22 Julai 2006 Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
www.muafakat.net.my

Konsep dan Objektif Pendidikian Seks


Menurut Perspektif al Quran

Oleh

Dr. Muhamad Zahiri Awang Mat


Institut Pendidikan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Rahimi Md. Saad


Jabatan Asas Pendidikan dan Kemanusiaan
Universiti Malaya

Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi dan teknologi telah meninggalkan impak
yang mendalam terhadap sosio-budaya informasi serta gaya hidup masyarakat. Isu moral
dan sosial yang banyak diperkatakan kini sebahagian besarnya adalah hasil daripada
perkembangan tersebut. Statistik berkaitan pelbagai gejala keruntuhan moral seperti
penagihan dadah, rogol, pelacuran, persetubuhan luar nikah dan lain-lain lagi di kalangan
remaja telah mendorong pihak berkuasa untuk mencari alternatif terbaik bagi
menghindari mereka daripada terus terjebak di dalam aktiviti keruntuhan moral tersebut.
Untuk menangani gejala yang berkait aspek seksual, maklumat dan pengetahuan yang
tepat berkaitan dengan seksualiti dan reproduksi perlulah didedahkan kepada golongan
remaja agar mereka memperolehi maklumat yang mampu menjadi benteng pertahanan
diri dari perkara yang boleh merosakkan diri dan masa depan mereka. Sebagai langkah
positif, untuk membendung perkara ini, Kementerian Pendidikan (kini Pelajaran) telah
mengambil inisiatif memperkenalkan beberapa subjek berkaitan seksualiti dan
reproduktif seperti Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Islam dan
Moral, Biologi dan Sains. Kurikulum subjek-subjek tersebut menyentuh pelbagai topik
yang berkaitan dengan kesihatan fizikal, seksualiti, reproduksi, dan aspek moral dan
hubungan antara jantina.

Semenjak diperkenalkan, pelbagai bentuk penilaian dan perubahan terhadap kurikulum


tersebut telah dilakukan untuk memenuhi keperluan dan perkembangan semasa. Kini,
usaha untuk memberikan pendidikan seksual yang formal bukan sahaja ditangani oleh
Kementerian Pelajaran tetapi juga melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kesihatan. Semua pihak yang terlibat telah
berusaha untuk merangka dan melaksanakan satu program kesedaran dan pendidikan
seksual yang berkesan untuk kepentingan masyarakat. Pendapat dan pandangan daripada
pelbagai pihak diambilkira untuk menghasilkan pengisian yang terbaik untuk program
tersebut. Pandangan dan perspektif agama merupakan aspek yang penting untuk diberi
perhatian agar agenda program tersebut dapat membuahkan hasil yang terbaik.

Sebagai sebuah negara Islam, pandangan serta perspektif Islam perlu diberikan
keutamaan kerana nilai dan konsep yang diutarakan Islam seringkali bersifat universal
untuk pelaksanaannya. Kertas kerja ini cuba menjawab beberapa persoalan yang
berkaitan dengan pendidikan seks menurut perspektif Islam. Secara lebih khusus, ia akan
menyentuh definisi, konsep dan objektif serta kedudukan pendidikan seks. Ia juga
membincangkan pendidikan seks dalam konteks holistik dan objektif jangka pendek serta
jangka panjang pendidikan seks menurut perspektif al-Quran.

Pendidikan Seks
Menurut Kamus Dewan (1994), perkataan ‘seks’ bermaksud sifat-sifat yang membezakan
laki-laki dan perempuan (jantina) atau keinginan syahwat. Secara umumnya, perkataan
seks memberikan gambaran tentang suatu keadaan di mana wujudnya hubungan di antara
berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Bagi sesetengah masyarakat, perbincangan
tentang topik seks dianggap sebagai taboo atau tidak wajar dibicarakan kerana ia adalah
perkara yang terlalu peribadi atau dianggap sebagai persoalan ‘dalam selimut’. Namun,
apabila perkataan seks dikaitkan dengan pendidikan, ia akan memberi satu maksud yang
amat berbeza. Pendidikan seks secara umumnya merupakan satu proses mendidik yang
bersifat maklumat (cognitive), pemahaman dalaman (internal cosnsiousness/spiritual/
morality) dan juga jasmani (physical) kepada golongan sasaran tertentu seperti pelajar
sekolah dan juga orang awam tentang amalan kehidupan yang berkaitan dengan
hubungan di antara dua jantina tersebut. Ia boleh dilaksanakan samada secara formal atau
pun tidak formal.

Di dalam Islam, isu yang berkaitan dengan seks bukanlah perkara asing. Ia telah
dibincangkan dengan begitu meluas oleh para ilmuan dan agamawan Islam. Perbincangan
tersebut bukanlah berdasarkan kepada pandangan mereka semata-mata tetapi adalah
bertunjangkan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t melalui kitab al-Quran
dan juga penjelasan oleh RasulNya melalui al-Sunnah. Pemerhatian yang mendalam
terhadap kandungan al-Quran dan al-Hadith akan mendapati bahawa perbincangan
tentang seks sentiasa dikaitkan dengan persoalan akidah, akhlak, tingkah laku mulia,
menjauhi kemungkaran dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.

Sebagai contoh, al-Quran telah menggambarkan institusi perkahwinan sebagai sebuah


institusi suci yang mampu memberi ketenangan dan merealisasikan erti kasih sayang
yang sebenar melalui firmanNya yang bermaksud: "Dan di antara tanda-tanda
kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya
kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antaramu rasa
kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-
tanda bagi kaum yang berfikir." (Al-Rum: 21)

Apabila membicarakan perkara yang berkaitan dengan penyelewengan seks (sexual


deviance) seperti zina, Allah s.w.t menegaskan ia sebagai perbuatan mungkar yang
terkutuk. Ini dapat difahami melalui firman-Nya yang bermaksud:"Dan Janganlah kamu
mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan
yang amat buruk." (Al-Isra': 32)

Apabila menyentuh persoalan hubungan seks songsang (homosexsuality) seperti yang


dikisahkan melalui kaum Nabi Luth, Allah s.w.t telah mengecam perbuatan mereka
dengan menyatakan bahawa mereka telah melakukan perbuatan fahisyah iaitu perbuatan
yang dikutuk. Firman-Nya bermaksud: “Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada
kaumnya). (Ingatlah) tatakala ia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu
mengerjakan perbuatan fahisyah (homosexuality) itu, yang belum pernah dikerjakan
oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?" (Al-A'raf: 80)

Daripada perspektif agama, orang yang mampu mengelakkan diri mereka daripada
terjebak dalam salahlaku seks menunjukkan bahawa mereka mempunyai kekuatan
dalaman (spiritual) dan daya tahan diri yang kuat. Dalam sebuah hadith, Nabi s.a.w. telah
menjelaskan bahawa seorang yang mempunyai iman yang sempurna tidak akan
melakukan hubungan seks di luar nikah. Baginda menyatakan: “Tidak akan berzina
seseorang penzina itu dalam keadaan dia beriman… …” ( Riwayat Bukhari)

Islam juga memandang serius kepada perbuatan atau perlakuan awal (preaction) yang
boleh membawa kepada berlakunya zina seperti berkhalwat. Rasulullah menyatakan:
“Tidak berada di tempat sunyi antara seorang lelaki dan seorang wanita kecuali yang
ketiganya adalah syaitan”. Hadith ini menunjukkan bahawa perbuatan bersunyian
(khalwat) antara seorang wanita dan lelaki (yang tiada hubungan mahram) boleh
mendorong kepada penyelewengan seksual kerana mereka akan dipengaruhi oleh syaitan
yang sentiasa mendorong manusia ke arah kejahatan.

Larangan ini lebih jelas dapat dilihat di dalam al-Quran melalui larangan perbuatan zina.
Allah berfirman (maksudnya): “Janganlah kamu mendekati zina kerana sesungguhnya ia
adalah perbuatan fahisyah (terkutuk) dan buruk padahnya.” (al-Isra’:32). Jelas melalui
ayat tersebut bahawa Allah bukan sahaja melarang perbuatan zina bahkan mendekati zina
juga turut dilarang kerana sebagai Pencipta, Allah mengetahui bahawa di antara kedua-
dua jantina ini akan sentiada ada daya tarikan untuk mewujudkan yang lebih intim dari
aspek seksual.

Pandangan Islam terhadap Pendidikan Seks


Abdulah Nasih 'Ulwan (1985) telah menghuraikan pendidikan seks sebagai satu proses
untuk ;
"mengajar, menjelaskan dan meberi peringatan kepada remaja tentang isu
yang berkaitan dengan seks, naluri, nafsu (syahwat), dan hubungannya
dengan perkahwinan…sehingga mereka membesar dalam keadaan
memahami erti kehidupan. Remaja mengetahui apa yang dibenarkan dan apa
yang ditegah dan mereka menjadikan sikap dan tingkahlaku Islam sebagai
praktik dalam kehidupan."i(hal. 499)

Al-Tawil (1992) pula menanggap pendidikan seksualiti sebagai satu proses yang
bertujuan untuk;
"mengajar, memberi peringatan dan berterus terang kepada kanak-kanak
(remaja) semenjak baligh lagi dengan isu yang berkaitan dengan seksualiti,
naluri dan perkahwinan. Apabila mereka meningkat dewasa, mereka akan
memahami perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan mengetahui apa
yang halal dan apa yang haram Cara hidup Islam akan menjadi akhlak
mereka maka mereka akan menjauhi segala perlakuan yang keji."ii(hal: 8)

Analisis terhadap beberapa ayat al-Quran dan al-Hadith jelas menunjukkan bahawa Islam
amat menggalakkan umatnya untuk mempelajari ilmu dan pengetahuan yang berkaitan
dengan kesihatan dan kesejahteraan seksualiti dan reproduktif. Islam amat mementingkan
umatnya menjalani kehidupan seksual yang sempurna dan baik selaras dengan tuntutan
Allah s.w.t. Segala perintah dan peraturan agama berkaitan seksual yang ditetapkan oleh
Islam adalah bermatlamatkan kepada kesejahteraan hidup manusia. Di antara firman
Allah yang berkaitan ialah:"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan
supaya kamu mengingati kebesaran Allah." (Al-Zariyat: 49)

"Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah kotoran".
Oleh itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah
kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka
campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu." (Al-Baqarah:
222)

"Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka


atau (hamba) yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka tidak (termasuk dalam
kelompok orang yang) tercela dalam hal ini. Barangsiapa yang mencari di sebalik itu
maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." (Al-Mukminun: 5-7)

"Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan


pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi
mereka… Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan
pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan
perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya…" (Al-Nur: 30-31)

Nabi s.a.w. sendiri semasa hayatnya telah mengajar para sahabat baginda secara jelas
pelbagai perkara yang berkaitan dengan persoalan seks. Segala permasalahan yang timbul
di kalangan mereka akan terus dirujuk kepada Nabi s.a.w. untuk mendapat penjelasan.
Kandungan sebuah hadith telah menunjukkan keprihatinan baginda dalam hal ini kerana
telah memperuntukkan satu sesi khusus untuk wanita di kota Madinah mengemukakan
masalah yang berkaitan dengan diri mereka (wanita) tanpa kehadiran kaum lelaki. Ini
menggambarkan bahawa baginda amat mengggalakkan aktiviti perbincangan yang
bermatlamatkan untuk menambah ilmu pengetahuan untuk kepentingan hidup seharian.
Baginda menyatakan: “Kerahmatan bersama wanita Ansar (penduduk Madinah).
Perasaan malu tidak menghalang mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan agama.iii
Saidina Ali r.a juga menyatakan tidak sepatutnya ada perasaan malu dalam perkara
berkaitan agama.

Dalam satu hadith yang diriwayatkan daripada 'Abdullah r.a. katanya: "Di zaman
Rasulullah s.a.w., kami adalah pemuda-pemuda yang tidak memiliki apa-apa. Rasulullah
s.a.w. berkata kepada kami (yang bermaksud): "Wahai para pemuda, siapa yang mampu
berumahtangga, kahwinlah. Sesungguhnya perkahwinan itu melindungi pandangan mata
dan memelihara kehormatan. Tetapi siapa yang tidak mampu berkahwin, maka
berpuasalah, kerana puasa itu merupakan pendindingnya".iv

Jika dilihat pada perspektif agama, perbincangan tentang seks adalah digalakkan selagi ia
bermatlamatkan kepada keinginan untuk mencari kebenaran dan sebagai jalan untuk
mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Perbincangan tersebut mestilah berlandaskan
kepada pentafsiran ayat-ayat al-Quran, al-Sunnah dan juga pandangan ilmuan Islam yang
berautoriti sama ada di kalangan ilmuan lampau atau semasa. Hasil daripada
perbincangan tersebut sepatutnya mampu menghasilkan satu garis panduan yang jelas
untuk menggubal dasar etika dan adab berkaitan dengan kekeluargaan, seksualiti dan
reproduktif yang bercirikan Islam.

Apabila membicarakan tentang seksualiti, isu-isu berkaitan yang perlu diberi perhatian
tidak sepatutnya terhad kepada perbezaan, perkembangan dan perubahan fizikal jantina
sahaja tetapi ia mestilah turut sama memberi perhatian kepada isu interaksi di antara
lelaki dan perempuan serta peranan institusi keluarga kerana pemahaman yang betul
terhadap perkara tersebut akan dapat mewujudkan kehidupan seksual yang harmoni di
kalangan manusia. Jika diteliti, kita dapati bahawa perbincangan yang terkandung di
dalam agama yang berkaitan dengan seksual amat menumpukan kepada perkara ini
kerana ia adalah asas kepada kehidupan seksual yang sempurna. Pemahaman terhadap
larangan dan peranan yang perlu dipatuhi akan membolehkan bentuk interaksi yang
berlaku adalah harmoni dan menghindari penyelewengan atau interaksi songsang.

Untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai isu seksual berdasarkan perspektif al-
Quran, kajian perlu ditumpukan kepada perincian dan pemahaman kandungan serta
tafsiran berautoriti terhadap ayat-ayat al-Quran yang berkait dengan isu-isu seksualiti,
reproduktif, kesihatan fizikal dan kekeluargaan. Berdasarkan analisa terperinci terhadap

kandungan al-Quran, ayat-ayat yang berkait dengan dengan isu-isu tersebut dapat
dirumuskan seperti jadual berikut :

Isu/Topik Jumlah Ayat


Maruah diri, perkahwinan dan institusi kekeluargaan 87
Penyelewengan seks dan seks luar nikah 92
Hadath 4
Batas serta adab hubungan antara lelaki dan perempuan 44
Hubungan kedua ibubapa dan anak-anak 33

Matlamat Pendidikan Seks dari Perspektif al-Quran


Di antara matlamat utama dalam mendidik masyarakat memahami kehidupan seksual
yang selaras dengan tuntutan agama adalah untuk mematuhi perintah dan tuntutan Allah
terhadap manusia atau dengan ertikata lain sebagai satu ibadah. Allah telah menyatakan
melalui firmanNya (bermaksud): “Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melain untuk
beribadah.” (al-Zariyat: 56). Tanggungjawab beribadah bermakna menjalankan
kehidupan sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah. Allah telah menyediakan garis
panduan kehidupan manusia melalui al-Quran dan menyediakan konsep-konsep untuk
difahami dan ia telah diperincikan oleh Rasulullah s.a.w melalui al-Sunnah yang
seterusnya dibincangkan oleh para ulama dan ilmuwan.

Sebagai hamba, manusia bertanggungjawab untuk mematuhi perintah Allah sebagai yang
difirmankanNya (bermaksud): “Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman
lelaki dan perempuan, apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan bagi sesuatu
perkara, bahawa ia membuat pilihan sendiri mengenai urusan mereka, dan sesiapa yang
tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang nyata.” (al-Ahzab: 36).

Menjadi tanggungjawab kepada masyarakat untuk mendidik anggotanya memahami


corak kehidupan dalam apa jua aspek sama ada ekonomi, sosial, moral dan sebagainya
agar mereka dapat menjalani kehidupan yang sentiasa diredhai Allah. Dalam hal ini,
kehidupan seksual juga tidak terlepas dari tanggungjawab masyarakat untuk
menyampaikannya terutama kepada generasi muda kerana kecelaruan yang timbul akan
menimbulkan masalah yang perlu ditanggung oleh semua anggota masyarakat. Mereka
perlu difahamkan dengan gaya hidup seksual yang selaras dengan nilai dan garis hidup
yang ditetapkan oleh Islam. Kandungan pengisian program pendidikan seksual mestilah
mampu menjurus orang yang dididik ke arah memahami diri sendiri yang seterusnya
membawa mereka kepada mengenali dan patuh kepada Allah sebagai tuhan mereka.

Pendidikan seks juga perlu diberi perhatian kerana ia merupakan satu mekanisme untuk
setiap individu memahami dan seterusnya memelihara maruah diri mereka. Perkara ini
dapat difahami melalui perintah Allah s.w.t agar para wanita menjaga aurat mereka
melalui ayat 59 surah al-Ahzab. Allah selitkan di dalam ayat tersebut kenyataan “..yang
demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu...”.
Kandungan ayat ini telah menunjukkan bahawa Allah mewajibkan perkara tersebut
kerana ia adalah satu cara untuk memastikan kehormatan diri dan maruah wanita akan
kekal terpelihara.

Penjagaan maruah bukan perkara kecil kerana ia merupakan salah satu daripada tujuan
atau matlamat umum (maqasid) kepada penurunan syariat Allah ke atas manusia. Islam
amat mementingkan penjagaan kehormatan diri kerana Allah sendiri memuliakan
manusia. Firman Allah (bermaksud): “Dan sesungguhnya kami muliakan anak-anak
Adam dan kami memelihara darjat mereka di daratan dan lautan. Kami berikan rezeki
dari yang baik-baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna
daripada sekelian makhluk yang telah kami cipta (iaitu akal” (al-Isra’: 70)

Kaitan Pendidikan Seks dengan Aqidah


Pendidikan seks juga mempunyai perkaitan amat rapat dengan aqidah. Pendidikan seks
yang berkonsepkan Islam mestilah berteraskan kepada kepercayaan kita kepada Allah dan
seluruh rukun iman yang lain. Apabila kita percaya kepada Allah sebagai Tuhan yang
Maha Bekuasa, maka menjadi tanggungjawab kita untuk patuh kepadaNya. Orang yang
patuh kepada perintah Allah adalah orang yang percaya kepada kekuasaanNya serta
mempercayai balasan baik dan buruk di kehidupan akhirat.

Dalam perintah menjaga a’urat, Allah memulakan ayat (bermaksud) : “Katakanlah


kepada orang-orang perempuan yang beriman…” (al-Nur: 31). Dapat difahami daripada
ayat ini bahawa wanita yang mematuhi perintah tersebut telah diakui oleh Allah sebagai
orang yang beriman iaitu percaya kepada kebesaran Allah dan percaya bahawa balasan
yang buruk akan menimpa orang-orang yang ingkar.

Kaitan Pendidikan Seks dengan Kesejahteraan Manusia


Masyarakat yang dapat mendidik anggotanya menjalani kahidupan seksual yang harmoni
akan dapat mewujudkan sebuah kehidupan yang sejahtera. Allah telah menjanjikan
bahawa umat yang patuh kepada perintah Allah akan sentiasa dirahmatiNya. Janji ini
dinyatakan melalui firmanNya (bermaskud): “ Jika penduduk sesuatu negeri itu beriman
dan bertaqwa (patuh) kepada Allah, Kami akan bukakan untuk mereka keberkatan
daripada langit dan bumi…” (al-A’raf: 96).

Apabila kehidupan seksual berjalan mengikut garispanduan agama, sebuah masyarakat


yang damai dan sejahtera. Pembentukan sesebuah masyarakat akan menjadi harmoni
kerana ia dibentuk oleh sebuah keluarga yang dipenuhi dengan kasih sayang. Allah telah
memerintahkan supaya manusia berkahwin kerana ia membawa kesan yang begitu
penting terhadap kesejahteraan hidup mereka jika mengikut lunas yang ditetapkan.
Firman Allah (bermaksud): “ Dan Allah telah menjadikan untuk kamu daripada diri
kamu berpasangan dan mengurniakan untukmu daripada mereka anak-anak dan cucu-
cucu serta mengurniakan untuk kamu semua rezeki-rezeki yang baik.” (al-Nahl: 16).
Allah juga menyatakan (bermaksud): “ Dan di antara tanda-tanda kekuasanNya Dia
menciptakan daripada diri kamu pasangan untuk kamu memperolehi ketenangan

daripadanya dan menjadikan di antara kamu kasih sayang. Sesungguhnya yang


demikian itu mempunyai isyarat untuk kaum yang berfikir”. (al-Rum: 30)

Pelaksanaan Pendidikan Seks


Jika diperhatikan kepada apa yang disarankan oleh al-Quran dan al-Sunnah, pendidikan
seks mestilah berjalan sebagai satu proses yang berterusan. Pelaksanaan yang bersifat
sementara atau sekadar untuk menyelesaikan masalah sosial semasa adalah langkah yang
tidak praktikal.

Islam menekankan bahawa pendidikan harus dimulakan daripada peringkat bawah


supaya kanak-kanak dapat memahami perbezaan jantina yang wujud di antara mereka.
Pada peringkat usia 10 tahun lagi, ibu-bapa diarahkan untuk mengasingkan tempat tidur
anak lelaki dan perempuan. Arahan ini secara tidak langsung (indirect) adalah satu bentuk
didikan agar anak-anak ini dapat memahami bahawa perbezaan jantina yang wujud antara
mereka tidak membolehkan mereka untuk berhubungan terlalu rapat walaupun mereka
mempunyai pertalian darah. Apabila meningkat dewasa, kefahaman itu akan menjadi
lebih jelas apabila mereka diwajibkan menutup aurat serta membatasi pergaulan dengan
jantina yang berbeza.

Hal yang sama juga dapat dilihat melalui pendekatan yang digunakan oleh syariat Islam
untuk menerapkan garis kehidupan seksual umatnya. Penekanan diberikan kepada
langkah pencegahan awal seperti mewajibkan penutupan aurat, melarang pergaulan bebas
antara jantina berbeza serta menetapkan mekanisme penyaluran keperluan seksual yang
sah melalui institusi perkahwinan yang amat digalakkan di dalam Islam. Nabi s.a.w
sendiri telah menyatakan bahawa mereka yang berkahwin itu telah menyempurnakan
separuh daripada kesempurnaan agamanya bahkan mereka yang mengelakkan daripada
berkahwin dalam keadaan mereka mampu berbuat demikian dianggap tidak termasuk
dalam kelompok umatnya.

Pendekatan tersebut perlu diberikan penekanan kerana kandungan ayat-ayat al-Quran dan
al-Sunnah lebih menekankan kepada perkara tersebut berbanding hukuman. Namun jika
manusia masih gagal untuk mengikuti pendekatan ‘lembut’ yang dinyatakan, maka
hukuman yang keras akan menanti mereka yang menyonsang perintah Allah dan fitrah
kehidupan manusia. Syariat Islam telah menjanjikan sebatan seratus rotan untuk penzina
bujang dan rejam sampai mati untuk penzina yang telah berkahwin. Hukuman ‘keras’ ini
disediakan untuk mereka yang degil dan gagal untuk memahami tuntutan Tuhan yang
manfaatnya adalah untuk kesejahteraan diri mereka sendiri.

Kandungan pendidikan seks juga mesti sentiasa dikaitkan dengan nilai-nilai murni
mereka yang dididik dapat memahami manfaat dan akibat daripada sikap mereka untuk
akur atau menyanggahi apa yang telah disampaikan kepada mereka.

Objektif Am Pendidikan Seks


Jika diteliti penulisan dan pemikiran para cendekiawan dan tokoh pendidikan Islam
seperti Al-Ghazali, Nasih 'Ulwan, Othman al-Tawil dan Malik Badriv, objektif am
pendidikan seks dan reproduktif berpaksikan Islam dapat digariskan sepereti berikut:
1) Untuk mempastikan pelajar dapat menghayati kesyumulan ajaran Islam dalam
menangani segala permasalahan manusia.
2) Untuk menambahkan lagi keyakinan dan keimanan pelajar terhadap kebesaran
dan keagungan Tuhan. Seterusnya melahirkan manusia yang taat kepada perintah
Allah s.w.t (beribadat kepada Allah) tanpa berbelah bahagi.
3) Untuk memberi maklumat yang betul dan jelas mengenai perkara yang berkaitan
dengan seksualiti kepada remaja. Ini dengan menyediakan kurikulum pendidikan
seksualiti yang standard berkaitan dengan kebaikan dan keburukan serta halal dan
haram bertepatan dengan ajaran Islam.
4) Untuk membentuk akhlak, sikap dan tingkah laku yang mulia di kalangan pelajar
berhubung dengan seksualiti dan reproduktif.
5) Untuk membuka minda pelajar berkaitan dengan kesihatan dan etika seksualiti
serta kepentingan institusi keluarga.

Daripada objektif di atas, kesyumulan Islam adalah perkara yang amat ditekankan dalam
kurikulum seksualiti. Kesyumulan bermaksud Islam tidak meninggalkan sesuatu isu
kecuali untuk diperbincangkan sebagai panduan kepada umatnya dan keseluruhan
manusia amnya. Garis panduan yang bersifat pengetahuan (ilmu) ini mempunyai kaitan
dengan sifat suci dan spiritual sesuatu ilmu. Setiap ilmu terdapat rahsia ketauhidannya
yang tersendiri.vi Secara umum, kesemua objektif tersebut menyentuh domain kognitif,
spiritual, efektif dan psikomotor.

Kesimpulan
Berdasarkan perbincangan di atas, konsep pendidikan seks daripada perspektif Islam
perlu;
• dilihat secara menyeluruh (holistic) kerana pelaksanaannya adalah
bermatlamatkan kepada sebuah sistem kehidupan insan yang harmoni dan
sejahtera
• mengelakkan daripada salahfaham yang boleh membawa kepada gangguan dan
kekacauan akibat daripada salahguna maklumat yang diperolehi
• menjadikan keselamatan dan kesejahteraan umat sebagai agenda utama dalam
pelaksanaan pendidikan seks
• berpandukan kepada rangka matlamat syariat (maqasid syariah) – menjaga
agama, maruah, keturunan dll. - agar pelaksanaannya dapat mencapai
objektif
yang diharapkan
i

NOTA HUJUNG

Abdullah Nasih 'Ulwan (1985), Tarbiat al-Awlad fi al-Islam, jil. 2. Kaherah: Dar al-Salam, hal: 499

ii Othman al-Tawil (1992): Al-Tarbiyyah al-Jinsiyyah fi al-Islam li al-Fatayat wa al-Fityan. Amman: Dar al- Furqan, hal: 8

iii Abu Zakaria al-Nawawi. Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, Kitab al-Haid, Bab Istihbab Isticmal al-Maghtasalah min al-Haid, vol. 4. (Damascus: Dar

al-Khair, 1994): 13, lihat juga Muhammad ibn Ismail al-Bukhari. Sahih al-Bukhari bi Hashiah al-Sindi, Kitab al-Ictisam bi al-Kitab wa al-Sunnah, Bab
Taclim al-Nabi Ummatahu, vol. 2, bhg. 4. (Cairo: Matbaah Dar Ihya’ al-Kutub al-cRabiah, t.t.) 263.

iv

(Riwayat Bukhari). Lihat Sahih Bukhari (2002), terjemahan H. Zainuddin Hamidy dan lain-lain, jil. iv, bab al-Nikah. Singapura: Darel Fajr Publishing
House, hal: 7-8.

Lihat Al-GHazali (…), Ihya' Ulum al-Din, op cit, hal: 25-33; Abdullah Nasih 'Ulwan (1985), Tarbiat al-Awlad fi al-Islam, op cit, hal: 499-604 ; Othman
al-Tawil (1992), Al-Tarbiyyah al-Jinsiyyah fi al-Islam li al-Fatayat wa al-Fityan. Op cit, hal: 13; Malik Badri (2000), The Aids Crisis: A Natural Product
of Modernity's Sexual Revolution, op cit, hal: 320-328.

vi

Untuk keterangan lanjut mengenai kesucian ilmu (pengislaman ilmu) lihat tulisan S. M. Naquib al- Attas (1993), Islam and Secularism, Kuala Lumpur:
International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), hal: 133-160; S. M. Naquib al- Attas (1999), The Concept of Education in Islam: A
Framework for an Islamic Philosophy of Education, hal: 38-45 dan Wan Mohd Nor Wan Daud (1997), Penjelasan Budya Ilmu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, hal: 87-101.

Fwd: Nafsu Yang Cemerlang.............


Options

Khairul Sallehin <khairulsalle...@yahoo.com> wrote:


KAEDAH KECEMERLANGAN: NAFSU DIUMPAMAKAN SEPERTI LAYANG -LAYANG. JIKA
TALINYA PUTUS HANCURLAH INSAN.

BEBERAPA TIP (PERINGATAN) TENTANG SEKS


Seks merupakan salah satu alat yang boleh membantu kecemerlangan anda. Justeru kemampuan untuk
meletakkannya pada perspektif yang betul adalah penting agar ia menjadi seperti garam secukup rasa
dalam hidup anda. Jika anda mengambilnya secara berlebihan atau melampaui batas, anda akan
terbabas di dunia dan akhirat. Apa yang saya tulis ini bukanlah sangat tip tentang seks, tetapi lebih
kepada peringatan tentang seks. Semoga ia bermanfaat bagi anda..

Mengikut Kamus Dewan, seks ialah,


1- Sifat-sifat yang membezakan laki-laki dan perempuan, jantina;
2- Keinginan syahwat.

Ini bermaksud, seks membicarakan tentang jantina serta sifat-sifat yang membezakan antara lelaki dan
perempuan agar kita bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita dan menggunakannya
secara yang betul, dan agar kita menghormati mereka yang berlainan jenis dari kita dan tidak
menzalimi mereka. Seks juga membicarakan tentang kehendak nafsu syahwat agar kita akhirnya
mampu meletakkan nafsu ini di tempat yang terbaik baginya.

1- NAFSU SEPERTI LAYANG-LAYANG.


Pernahkah anda melihat layang-layang yang cantik melayang-melayang dan menari-nari di udara? Ya,
ia suatu pemandangan yang mengasyikkan! Tahukah anda mengapa layang-layang itu terus menjadi
cantik dan mampu terus melayang-layang di udara dan mampu terus mengasyikkan anda? Ia
disebabkan benang yang ada di badannya terus mantap dan tidak putus. Apabila benang itu putus,
hilanglah kecantikan layang-layang itu dan akhirnya akan tersadailah ia di tempat yang tidak menentu
menanti kehancuran! Demikianlah dengan nafsu termasuk nafsu seks. Apabila benang agama terputus
darinya dia akan tersadai di tempat yang hina menanti kehancuran.

2- SEKS ADALAH KEPERLUAN FITRAH.


Manusia perlukan seks kerana ia adalah keperluan atau fitrah manusia. Justeru dalam Islam konsep
hidup ala rahib tidak pernah ada kerana agama Islam melayani fitrah manusia. Namun keperluan seks
perlu diimbangi dengan nilai akhlak. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia
mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya
menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.
Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: "Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah
isterimu dengan cara mana yang kamu mahu." (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah,
selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang
jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

3- SEKS ADALAH AMANAH.


Tubuh anda adalah amanah yang dianugerahkan Allah kepada anda. Justeru anggota seks juga adalah
amanah. Apa pendapat anda jika seseorang diberikan wang kemudian dia meletakkan dan
menggunakan wang itu sesuka hatinya? Sudah pasti anda akan mengatakan beliau seorang yang tidak
jujur! Demikianlah juga dengan alat kelamin anda. Ia diberikan Allah kepada anda. Jika anda lakukan
sesuka hati anda dengannya tanpa mengikut panduan agama, anda juga boleh dihukum sebagai seorang
yang tidak jujur. Justeru, sahabat nabi, Abdullah ibn Amr ibn Al-As, berkata: "Amanah ialah alat
kelamin manusia. Jika manusia mampu menjaga amanah ini Allah akan memelihara dirinya dan
keturunannya!"

4- SEKS BUKAN SEKADAR MEMUASKAN NAFSU.


Seks yang sebenarnya ialah hubungan spiritual dan fizikal yang terjalin di antara sepasang suami isteri
yang berkahwin secara halal, dinaungi oleh landasan syariat yang suci, demi untuk mencari keredaan
Ilahi.Seks adalah satu hubungan suci antara dua insan, lelaki dan perempuan. Seks yang suci ini amat
mendamaikan. Dalam Al-Quran Allah berfirman: "Di antara tanda kebesaran Allah ialah, Dia
menjadikan bagimu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya
dan dijadikanNya di antaramu perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah Ar-Rum ayat 21) BBC
Health bertarikh 3 Februari, 2001 melaporkan, komunikasi dua hala yang baik adalah penting untuk
menghasilkan seks yang bermanfaat, dan untuk mencapainya, empat ramuan komunikasi perlu dihayati
di dalam hidup iaitu kemesraan, saling faham memahami, keterbukaan dan bertolak ansur.

5- SEKS YANG HALAL ADALAH IBADAH.


Ibadah mendatangkan pahala, rahmat dan keberkatan. Perkara ini dijelaskan oleh nabi di dalam hadis
yang bermaksud: "Sahabat-sahabat Nabi bertanya, Ya Rasulullah, adakah jika salah seorang daripada
kami memuaskan nafsu syahwatnya secara halal, dia diganjari pahala? Bersabda Nabi Muhammad:
Tidakkah jika kamu memuaskan nafsu secara haram kamu berdosa? Justeru, jika kamu melakukannya
secara halal kamu memperolehi pahala!" (Riwayat Muslim)

6- TIDAK CUKUP SEKADAR MEMAKAI KONDOM.


Barat menghalalkan hubungan seks luar nikah. Yang penting bagi mereka ialah memakai kondom agar
kaum hawa terpelihara dari jangkitan AIDS. Dalam Islam zina adalah haram. Zina bermaksud,
hubungan seks luar nikah yang dilakukan secara reda antara seorang lelaki dan perempuan. Walaupun
ia dilakukan secara reda, ia adalah haram dan mendatangkan dosa. Di dalam sebuah hadis, Nabi
Muhammad bersabda: "Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam
keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat." (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)

7- ZINA ADA PADAHNYA.


Antara padahnya ialah kesan negatif di sudut emosi. Dr. David Weeks, seorang pakar neuropsikologi
dari Hospital Royal Edinburgh, membuat kajian selama sepuluh tahun untuk mengenal pasti kesan seks
ke atas kesihatan manusia. Beliau memberi amaran bahawa perubahan-perubahan positif kesan dari
hubungan seks tidak akan berlaku ke atas mereka yang suka bertukar-tukar pasangan, malah
kadangkala mereka yang seperti ini mengalami perubahan yang negatif disebabkan kerisauan dan
tekanan yang sering melanda mereka hasil dari perbuatan mereka itu. (Rujuk BBC News, Sex Keeps
You Young, 10 March 1999) Di sudut agama, padahnya lebih jelas lagi. Dalam sebuah hadis, Nabi
Muhammad bersabda: "Wahai Muslimin, jauhilah zina kerana perlakuannya mendatangkan enam
keburukan, tiga di dunia dan tiga di akhirat.Adapun tiga yang diperolehi di dunia ialah hilangnya seri di
wajah, memendekkan umur dan mendatangkan kefakiran. Tiga yang diperolehi di akhirat ialah
kemurkaan Allah, hisab yang buruk dan azab neraka!" (Riwayat Ahmad, Ibn Hibban, dan Al-Hakim)

8- SEKS BEBAS MEMBUNUH.


Nabi Muhammad bersabda: "Wahai Muhajirin, lima bala akan ditimpakan ke atasmu dan aku berdoa
agar kamu tidak ada ketika bala ini menimpa..... Satu di antaranya ialah, apabila zina lahir di dalam
masyarakat secara terang-terangan, wabak yang dahsyat dan penyakit-penyakit yang belum pernah
menjangkitimu akan menyerangmu ketika itu." (Riwayat Ibn Majah, Al-Baihaqi dan Al-Bazzar) Pada
hari ini, penyakit-penyakit jangkitan seksual atau STD (sexually transmitted diseases) kerap
menjangkiti individu melalui hubungan seks rambang. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit dari grup
ini telah dikenal pasti di antaranya ialah syphlis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis,
bacterial vaginosis, infeksi cytomegalovirus, infeksi chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS.
Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah dari kalangan kaum
wanita. Kos yang diperlukan untuk merawat dan mencegahnya menjangkau $10 bilion. Di antara
komplikasi yang timbul kesan dari penyakit-penyakit ini ialah mengandung di luar rahim atau ectopic
pregnancy, barah, kemandulan, sakit jantung, infeksi dan sakit puan. Mengikut Institut Alahan dan
Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NIAID) di Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin
meningkat pada hari ini. Ia disebabkan ramai remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan
di samping berleluasanya seks bebas di dalam masyarakat. (Rujuk NIAID Fact Sheet, An Introduction
to Sexually Transmitted Diseases, July 1999)

9- ZINA BUKAN SEKADAR HUBUNGAN KELAMIN.


Islam mengutuk segala bentuk perzinaan dan segala perkara yang boleh membawa kepadanya dianggap
buruk dan diharamkan oleh Islam. Allah berfirman di dalam Al-Quran: "Dan janganlah kamu
mendekati zina." (Surah Al-Isra ayat 32) Antara alat yang boleh merangsang syahwat manusia dan
kemudian membawanya kepada zina ialah mata. Sebagai contoh, melihat gambar-gambar dan
menonton filem-filem lucah, adalah satu bentuk zina. Justeru, Allah berfirman: "Katakanlah kepada
lelaki yang Mukmin, (kawallah) penglihatan mereka dan peliharalah alat kelamin mereka!" (Surah an-
Nur ayat 30)

10- BERDUA-DUAAN MEMBAWA RISIKO.


Barat bersikap liberal di dalam aspek pergaulan lelaki dan perempuan dan menganggapnya sebagai satu
cara hidup yang sepatutnya dicontohi oleh orang lain. Namun statistik semasa menunjukkan, cara hidup
sedemikian lebih banyak mendatangkan kerosakan daripada kebaikan. Sebagai contoh, mengikut
Jabatan Keadilan Amerika, bagi setiap dua minit seorang wanita mengalami gangguan seksual, dan
pada tahun 1996, 307,000 orang wanita menjadi mangsa rogol dan serangan seksual di Amerika. Baru-
baru ini kajian oleh National Women Study di Amerika menunjukkan lebih kurang 683,000 wanita
menjadi mangsa rogol setiap tahun di Amerika. KEBANYAKAN DARIPADA KES-KES INI
MELIBATKAN ORANG YANG DIKENALI TERUTAMANYA KETIKA SEDANG BERDUA-
DUAAN DAN BERTEMU JANJI. Justeru, larangan bergaul bebas dan berdua-duaan yang ditetapkan
oleh Islam amat relevan dengan dunia hari ini. Larangan ini mendatangkan banyak kebaikan
terutamanya bagi kaum wanita.

11- BAHAYA SEKS KETIKA HAID.


Islam mengharamkan seks ketika waktu haid. Hukum ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya:
"Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, haid adalah kotoran. Justeru, hendaklah kamu
tidak menyetubuhi wanita ketika haid sehinggalah mereka suci daripadanya." (Surah Al-Baqarah ayat
222) Mengikut Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan yang beribu
pejabat di Oregon, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan
hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan. Persetubuhan pada waktu haid
juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr.
Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs
menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan
seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa. Kebiasaannya
kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim
atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of
Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996.

12-HARAM HOMOSEKS DAN LESBIAN.


Nabi Muhammad bersabda, “Perkara yang paling aku takuti menimpa ke atasmu ialah perbuatan kaum
Lut. Dilaknati mereka yang melakukan perbuatan seumpama kaum Lut.” (Riwayat Ibn Majah, Tarmuzi
dan Al-Hakim) Kaum Lut dihancurkan Allah disebabkan mereka tenggelam dengan perlakuan
homoseks di kota Sodom.

13-ISLAM MENGGALAKKAN PERKAHWINAN.


Berhubung dengan ini Nabi bersabda, “Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak
berkahwin maka dia bukan dari umatku.” (Riwayat Tabrani & Baihaqi) Dalam riwayat yang lain,
baginda bersabda, “Wahai anak-anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana
ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah
dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (dari gelojak nafsu)”. (Riwayat Bukhari)

14-CIRI-CIRI SUAMI ISTERI.


Nabi Muhammad bersabda, berhubung dengan kriteria pemilihan isteri, yang bermaksud: “Pilihlah
yang mempunyai kebaikan agama, akan selamatlah kamu.” (Riwayat Bukhari-Muslim) Baginda juga
tidak melupakan kriteria di dalam pemilihan suami, berdasarkan sabda Baginda, “Jika yang datang
meminang anak perempuanmu seorang yang kamu redai agama dan akhlaknya, maka terimalah dan
kahwinkanlah dia dengan anakmu.” (Riwayat TIrmIzi)

15-WAJIB MANDI SELEPAS HUBUNGAN SEKS.


Kebersihan diri amat dipentingkan oleh Islam. Umat Islam diwajibkan mandi selepas mengadakan
hubungan seks antara suami isteri, walaupun tanpa mengeluarkan air mani, seperti yang disabdakan
oleh Nabi Muhammad: “Apabila kemaluan bertemu dengan kemaluan, wajiblah mandi.” (Riwayat
Tarmuzi) Di dalam riwayat yang lain Nabi bersabda, “Walaupun jika tidak mengeluarkan air mani.”
(Riwayat Muslim dan Ahmad) Jika air mani keluar tanpa hubungan seks (sebagai contoh melalui
mimpi), mandi tetap diwajibkan.

16-WAJIB MANDI SAINTIFIK.


Mengikut pakar-pakar perubatan dari Institut Teknologi Penjagaan Kesihatan di Washington, untuk
mencegah penyakit jangkitan seksual daripada merebak, hubungan seks perlulah dilakukan hanya
dengan mereka yang dipercayai, dan tidak dilakukan secara bebas. Menjaga kebersihan diri sebelum
dan selepas mengadakan hubungan seks seperti segera membasuh anggota sulit selepas mengadakan
persetubuhan juga adalah penting. Malah pakar-pakar dari Institut ini menggalakkan seseorang mandi
secara sempurna selepas mengadakan hubungan seks sebagai langkah pencegahan dari serangan
penyakit-penyakit. (Rujuk The Institute for Technology in Health Care, Safer Sex: Reduce Your Risk
Of Disease, After-Sex Hygiene, Washington.

http//www.webpress.com @ http//www.google.com/keluarga islam


• Nama Buku : Pedoman Hidup Untuk Remaja Islam

Pengarang : Roslim Hj. Shamsuri


Penerbit : Jahabersa

• Nama Buku : Aqidah Membina Mukmin Sebenar

Pengarang : Abdul’al Salim Makram


Penerbit : Pustaka Ilmi

• Maklumat dari internet


• Majalah Dewan Siswa

Anda mungkin juga menyukai