Anda di halaman 1dari 4

Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua

pengguna makmal komputer :

1. Setiap pengguna hendaklah merekodkan maklumat penggunaan


dalam buku log/buku rekod penggunaan yang telah disediakan.

2. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru


mengawas.

3. Dilarang membawa beg, makanan atau minuman masuk ke


dalam makmal.

4. Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian dan disket


dari luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras
Makmal Komputer.
( Disket boleh dibeli dari Guru Penyelia Makmal Komputer atau
guru yang bertugas ).

5. Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian


dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras Makmal
Komputer.

6. Pelajar dilarang melaraskan alat penghawa dingin.

7. Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal ( bagi pelajar,


pastikan tidak memakai stoking yang berbau ).
8. Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali
mengusik/mengubah sebarang sambungan wayar pada
komputer.

9. Jika terdapat sebarang bunyi ganjil, bau benda terbakar,


bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki
tidak normal, sila laporkan dengan segera kepada guru yang
bertugas.

10. Dilarang membuat bising di dalam makmal.

11. Dilarang mencetak bahan-bahan yang mengandungi unsur-unsur


lucah, menghina atau memfitnah pihak tertentu, atau simbol
seumpamanya yang kemudiannya ditampal dan disebarkan.

12. Dilarang membuat sebarang perubahan “settings” pada


komputer tanpa kebenaran guru penyelia makmal komputer
( seperti bunyi, warna, screen saver, dan sebagainya) .

13. Dilarang menambah software dan hardware yang sedia ada.

14. Semua hasil kerja hendaklah disimpan (save) di dalam disket dan
tidak boleh disimpan di dalam hard disk.

15. Peralatan seperti LCD Projektor, Skrin Projektor, Pencetak (


Printer) dan Pengimbas ( Scanner ) hanya boleh dikendalikan
oleh guru.

16. Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar ke Makmal


Komputer hendaklah menulis maklumat penggunaan dalam buku
rekod penggunaan.
17. Pengguna hendaklah sentiasa berpakaian kemas semasa berada
di dalam Makmal Komputer.

18. Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal


Komputer.

19. Tidak dibenarkan menggunakan kemudahan dan peralatan


Makmal Komputer untuk tujuan menyalin-rakam.

20. Tidak dibenarkan membuat perayauan ( surfing ) di mana-mana


laman web yang mengandungi unsur-unsur negatif dan dan tidak
sihat.

21. Tidak dibenarkan menganggu ketenteraman pengguna makmal


komputer lain.

22. Tidak dibenarkan membawa liquid paper atau menconteng


mana-mana tempat di Makmal Komputer.

23. Pelajar dibenar menggunakan kemudahan dan peralatan makmal


komputer untuk tujuan berikut :
• Menyiapkan tugasan / projek.
• Membuat perayauan ( surfing ) perisian yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran.
• Melaksanakan kerja/tugasan yang berkaitan dengan
arahan guru.

24. Pelajar atau pengguna tidak dibenar menggunakan kemudahan


dan peralatan makmal komputer untuk tujuan yang berikut :
• Bermain komputer yang tidak relevan dengan pengajaran
dan pembelajaran.
• Menyalin-rakam program dan perisian komputer.
• Mencetak kad, surat, banner, poster, tanda dan
sebagainya
untuk kegunaan persendirian