Anda di halaman 1dari 18

PENUBUHAN NEGARA MALAYSIA

Proses pembinaan negara bangsa Malaysia mengambil masa yang panjang. Begitu
juga kisahnya dengan pembinaan atau pembentukan negara yang menempuhi pelbagai
dugaan dan cabaran serta penuh dengan kesulitan. Jelaslah kepada kita bahawa proses
dalam mencapai kemerdekaan merupakan suatu yang amat sukar dicapai. Merdeka
bermaksud membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Merdeka juga bermaksud
mendapat kembali hak yang dirampas, namun begitu berbeza dengan Malaysia kerana
negara kita perlu membina dan menyusun semula hak yang ditinggalkan penjajah supaya
diagih secara adil antara kumpulan kaum akibat dasar Bitish pada masa yang lepas.

Akibat British yang banyak mengubah wajah asal negara, kemerdekaan negara
bermaksud penyusunan semula dan apabila membicarakan tentang kemerdekaan negara,
persoalan penjajahan mesti tidak ketinggalan dibibir penutur tersebut. Ketika hendak
mendapatkan kemerdekaan, dasar–dasar yang dilaksanakan menyukarkan lagi proses
membina negara. Hasil daripada perubahan yang berlaku dan wajah baru itulah negara
Malaysia ditubuhkan. Malaysia ditubuhkan dengan pelbagai bentuk cabaran daripada
aspek politik, ekonomi dan sosial. Cabaran politik menonjolkan toleransi dan kerjasama
antara kaum dan pembinaan parti politik pelbagai kaum. Manakala cabaran ekonomi
membawa negara kepada perbezaan taraf hidup dan keperluan penyusunan semula jurang
ekonomi antara kaum. Akhir sekali, cabaran sosial pula menghadapi elemen paling penting
iaitu mewujudkan perpaduan masyarakat berbilang kaum. Dugaan dan cabaran ini dilalui
dengan sikap toleransi dan peka terhadap satu sama lain.

1
PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

Pada tahun 1887 pihak British yang menjajah Tanah Melayu pernah mencadangkan
supaya Tanah Melayu digabungkan dengan Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan Brunei.
Namun, cadangan ini tidak mendapat sokongan kerana British bertujuan semata-mata
untuk menjaga kepentingan mereka di kawasan rantau ini. Pada akhir abad ke-19, konsep
penggabungan ini menjadi matlamat nasionalis Melayu iaitu gagasan ‘Melayu Raya’. Usul
pembentukan Persekutuan Malaysia telah dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra,
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dalam satu ucapan penting pada 27
Mei 1961 di Singapura. Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa Gagasan Malaysia ini
akan mangeratkan lagi kerjasama politik dan ekonomi di antara Persekutuan Tanah
Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.

Dalam satu sidang media di Singapura, Tunku Abdul Rahman menegaskan usul
beliau itu, sebagai sebuah negara yang berdaulat, Persekutuan Tanah Melayu hari ini
sedar bahawa ia tidak boleh berdiri sendirian dan berasingan. Oleh itu, adalah penting
kerjasama daripada pihak British dan negeri-negeri berkenaan. Pada peringkat awal
pembentukan Persekutuan Malaysia, masyarakat Persekutuan Tanah Melayu berasa
bimbang dengan kemasukan Singapura. Singapura akan cuba menguasai Persekutuan
Tanah Melayu seperti yang telah dilakukan di bawah sistem sebelum perang.

Jumlah pengundi Singapura seramai 625 000 yang terdiri daripada keturunan Cina,
merupakan satu kekuatan dan imbangan perpaduan orang Cina untuk menentang orang
Melayu. Pulau ini merupakan pusat pergolakan dan rusuhan puak sayap kiri yang memberi
peluang kepada pihak komunis untuk pengaruh mereka dan mencetuskan huru-hara.
Keadaan ini menyebabkan zaman darurat berpanjangan dari tahun 1948 hingga tahun
1960.

Bagi Singapura, walaupun terdapat rancangan Kerajaan British hendak memberi


kemerdekaan kepada negara pulau itu, namun ramai pemimpin Singapura sedar bahawa
negara itu tidak boleh berdiri sendiri. Keselamatan dan ekonomi Singapura mungkin
terancam kalau tidak bercantum. Kemerdekaan Singapura menerusi kemerdekaan negara

2
itu dalam Persekutuan Malaysia akan memberi satu jalan keluar bagi Singapura merdeka
barasingan.

Cadangan Singapura untuk bercantum menyebabkan satu perpecahan dalam Parti


Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura. Lee Kuan Yew yang merupakan
pemimpin PAP menyahut cadangan Tunku Abdul Rahman untuk membawa Singapura ke
dalam Gagasan Malaysia. Bagi Singapura, penggabungan ini akan menyebabkan
Singapura berkembang pesat sebagai sebuah pusat perniagaan dan perdagangan
terkemuka. Ketika itu, krisis yang dihadapi oleh PAP semakin meruncing akibat desakan
golongan sayap kiri.

Dengan penggabungan ini, Singapura tidak perlu bimbang mengenai keselamatan


dalam negeri kerana soal keselamatan adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan
sebarang ancaman akan dapat dikawal. Kedudukan ini akan memberi peluang kapada Lee
Kuan Yew untuk mengukuhkan kedudukan parti beliau. Hakikatnya ini merupakan jalan
untuk menyelamatkan parti PAP. Parti Buruh Singapura bersetuju Singapura menyertai
penggabungan itu walaupun ianya rumit untuk dilaksanakan, namun penggabungan itu
tersebut amat penting.

Di Sabah, parti yang menyokong penggabungan tersebut ialah Pertubuhan


Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu
(USNO) manakala parti yang menentang ialah Pasok Momogun. Selain itu, Parti Bersatu
dan Parti Demokratik bersetuju dengan penggabungan tersebut tetapi mereka mahu Sabah
mempunyai kerajaan mereka sendiri .

Di Sarawak, parti-parti politik wujud sebelum Gagasan Malaysia diumumkan. - Parti


yang menentang ialah Parti Negara Sarawak (PANAS) pada awalnya. Parti Kebangsaan
Sarawak (SNAP) dianggotai oleh Kaum Iban. Akhirnya parti-parti ini bersetuju dengan
menyertai penggabungan dengan syarat diberi pemerintahan sendiri. Penggabungan ini
berjaya pada tahun 1963 oleh Persekutuan Tanah Meleyu (Malaya), Singapura, Sabah dan
Sarawak.

Brunei enggan menyertai penggabungan tersebut dan Singapura pula berpisah dari
Malaysia 2 tahun kemudian. Indonesia dan Filipina terus menentang sehingga tahun 1966.

3
FAKTOR- FAKTOR PENUBUHAN MALAYSIA

Mencantum kembali alam Melayu

Kawasan yang dinamakan alam Melayu atau gugusan Kepulauan Melayu


sebenarnya mangalami proses sejarah dan pengaruh kebudayaan yang sama. Konsep
kebudayaan Melayu dikatakan telah bermula sejak zaman Srivijaya dan Majapahit lagi.
Alam Melayu telah digabungkan oleh kerajaan seperti Srivijaya, Majapahit, dan Melaka
hingga terkenal dan masyhur. Kawasan ini telah menjadi tumpuan perdagangan antara
Timur dengan Barat dan pusat penyebaran agama Islam. Tetapi sejak kedatangan penjajah
Eropah pada tahun 1511 dan dengan kejatuhan kerajaan Melayu Melaka, maka bermulalah
proses pemisahan antara negeri-negeri Melayu dengan alam Melayu secara baransur-
ansur dan kemuncaknya ialah dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda pada
tahun 1824. Kedua-dua pihak Inggeris dan Belanda telah mengenepikan kebudayaan yang
wujud antara Sumatera dan semenanjung selama beberapa abad dan bersetuju
membahagikan dua alam melayu di Selat Melaka. Dengan berbuat demikian mereka
memisahkan buat selama-lamanya Empayar Johor-Riau dan kesatuan kebudayaan pantai
timur sumatera dengan Semenanjung Tanah Melayu.

Pergolakan Politik di Singapura

Pergolakan politik yang berlaku di Singapura melibatkan aspek keselamatan dalam


pembentukan Malaysia. Hal ini kerana corak pemerintahan parti puak kiri semakin mula
berpengaruh kerana sejak pilihan raya diperkenalkan di Singapura,parti politik yang
bertanding lebih kekirian. Puak kiri yang kemudiannya telah menyusup masuk ke dalam
kerajaan People Action Party (PAP) yang telah memerintah sejak tahun 1959 telah
membentuk satu kumpulan berhaluan kiri iaitu Barisan Sosialis pada Julai 1961, lebih
memburukkan keadaan apabila berlaku rusuhan di kalangan pelajar dan mogok di

4
kalangan buruh, yang mana akan memberi peluang pihak komunis mengambil kesempatan
memperluaskan pengaruh Malaysia.

Pada masa itu, kerajaan British telah merancang menggubal perlembagaan baru
Singapura pada tahun 1963 bagi membolehkan Singapura menjadi sebuah negara
merdeka dan kemudian akan diadakan satu pilihan raya. Dikatakan jika pilihan raya
diadakan, besar kemungkinan puak berhaluan kiri dapat mengalahkan PAP dan akan
berkuasa di Singapura. Keadaan politik di Singapura semakin bertambah buruk apabila
berlaku krisis dalam PAP antara pucuk pimpinan parti dengan puak berhaluan kiri,
kemuncak krisis ini membawa kepada kekalahan PAP dalam dua pilihan raya yang
diadakan iaitu pilihan raya kecil bagi kawasan Hong Lim pada 21 April 1961,calon PAP iaitu
Jek Yuen Thong telah dikalahkan oleh calon bebas, Ong Eng Guan yang mana merupakan
bekas datuk bandar Singapura dan menteri pembangunan negara dalam kerajaan PAP
dengan majoriti sebanyak 4927 undi.

Selepas pilihan raya kecil di kawasan Hong Lim, PAP berhadapan pula dengan satu
pilihan raya kecil iaitu bagi kawasan Anson, pilihan raya ini terpaksa diadakan berikutan
kematian wakil rakyat PAP bagi kawasan tersebut iaitu Baharudin bin Mohd Ariff .Kerajaan
PAP amat mengharapkan kemenangan dalam pilihan raya kecil supaya dapat memulihkan
keyakinan para pengundi terhadap kepimpinan parti. Tetapi keputusan yang diterima amat
mengecewakan kerana calon PAP iaitu Mahmud bin Awang telah kalah kepada calon
Workers Party iaitu David Marshall. Kekalahan ini bukan sahaja mengejutkan Lee Kuan
Yew tetapi juga Tunku Abdul Rahman.

Hasil keputusan pilihan raya ini amat membimbangkan Tunku terutamanya jika pihak
komunis dapat menyerap penguasaan menerusi Barisan Sosialis,kerana dibimbangi akan
mengancam Tanah Melayu yang baru sahaja selesai mempertahankan negara daripada
ancaman komunis.Kemungkinan jatuhnya kerajaan singapura dan kemunculan lebih ramai

5
pemimpin puak kiri menyebabkan Tunku berasa risau kemungkinan Singapura akan
mencapai kemerdekaan sebagai sebuah wilayah komunis. Tambahan pula,dikhuatiri
gerakan komunis di Tanah Melayu mungkin memperoleh sokongan daripada
Singapura.Prospek sebuah kerajaan komunis perlu dielakkan sama sekali. Keputusan
pilihan raya ini menguatkan lagi keazaman Tunku untuk meneruskan rancangan
menubuhkan Malaysia. Oleh itu, diyakini bahawa percantuman singapura dengan Tanah
Melayu dapat membantu serta mengatasi masalah tersebut.

Ketidakseimbangan Kaum

Walaupun penyertaan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu mampu


menyekat kegiatan golongan berhaluan kiri dan membendung pengaruh anasir komunis
tetapi timbul pula persoalan tentang keseimbangan kaum. Hal ini kerana dikhuatiri
sekiranya Tanah Melayu bercantum dengan Singapura akan berlaku ketidakseimbangan
kaum kerana hasil daripada penyatuan tersebut akan mengakibatkan jumlah orang Melayu
diatasi oleh orang Cina yang mana bilangan penduduk Cina akan menjadi 43.5 peratus
berbanding dengan penduduk Melayu yang berjumlah 43.0 peratus daripada keseluruhan
panduduk Tanah Melayu dan Singapura. Ini dapat dilihat dalam Jadual 10.3 yang
menunjukkan jumlah dan peratusan penduduk di Tanah Melayu dan Singapura menurut
bancian pada tahun 1957:

Melayu dan
bumiputera
Kaum/wilayah lain Cina India Lain-lain Jumlah

Tanah Melayu 3125474 2333756 656186 123342 6238758


(50.1%) (37.4%) (10.5%) (2.0%)

Singapura 197060 1090575 124084 34190


(13.6%) (75.4%) (8.6%)
(2.4%) 1445909

Jadual 10.1 Penyusunan bangsa di Tanah Melayu dan Singapura.

Sumber:James Ongkili: Nation Building in Malaysia 1946-1974

6
Berdasarkan jadual tersebut, penduduk Cina di negeri Singapura melebihi
penduduk-penduduk Cina di negeri Melayu, ini akan menyebabkan keunggulan orang
Melayu akan tercabar. Namun masalah ini dapat diatasi dengan kemasukan negeri-negeri
di wilayah Borneo. Ini dapat dilihat berdasarkan Jadual 10.2

Kaum/ wilayah Melayu dan Cina Lain-lain Jumlah


Bumiputera

Tanah Melayu
dan Singapura
3 322 534 3 423 351 977 802 7 724 687

Borneo 872 853 355 491 54 383 1 282 727

Jumlah 4195387 3779842 1032185 9007414 (100%)


(46.6%)
(41.9%) (11.5%)

Jadual 10.2 Penyusunan bangsa di Tanah Melayu, Singapura dan Wilayah Borneo (Sabah,Sarawak

dan Brunei) sumber: James Ongkili; Nation Building in Malaysia 1946-1974

7
Merujuk Jadual 10.2, kemasukan negeri wilayah Borneo akan dapat
mengimbangi jumlah penduduk Melayu seterusnya dapat menghindari masalah
perkauman.

Pada awalnya, wilayah Borneo tidak berhasrat untuk menyertai persekutuan kerana
bimbang dengan masa depan yang belum dijamin. Bagi menyelesaikan masalah ini, Tunku
telah bersetuju memberi beberapa konsesi kepada mereka,antaranya:

 Negara tersebut akan diberi kuasa atas imegresen termasuk mengenai


warganegara Malaysia dari negeri-negeri lain.
 Bahasa Melayu akan diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris
akan tetap digunakan sebagai bahasa pengantar dan sebagai bahasa rasmi bagi
kerajaan negeri sehinggalah Dewan Undangan Negeri memutuskan sebaliknya.
 Agama Islam akan menjadi agama rasmi namun agama lain masih boleh
dikembangkan .
 Rakyat dari negeri tersebut boleh menikmati hak-hak istimewa seperti mana yang
dinikmati oleh orang Tanah Melayu.
 Peraturan-peraturan kewangan akan ditubuhkan bagi menjamin dana persekutuan
untuk pembangunan ekonomi.
 Satu perkhidmatan awam persekutuan bagi negeri itu akan ditubuhkan supaya
pegawai-pegawai dagang boleh dikekalkan sehingga terdapat pegawai tempatan
yang cukup terlatih untuk menggantikan pegawai dagang itu.

Mempercepatkan kemerdekaan

Penubuhan Malaysia sememangnya boleh menolong mempercepatkan


kemerdekaan kepada negeri-negeri Borneo dan Singapura kerana jika dilihat dari sejarah
latar belakang negara tersebut, semua negeri tersebut pernah berada di bawah sistem
pentadbiran yang sama iaitu di bawah pemerintahan British. Tambahan pula, negeri-negeri

8
Borneo mempunyai kaitan hubungan politik dan ekonomi semasa di bawah penjajahan
British.

Negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara


berasingan sebelum tahun 1963. Pada ketika itu, Sabah dan Sarawak mempunyai majlis-
majlis eksekutif dan legislatif yang mana semuanya dilantik oleh Gabenor. Manakala Brunei
pula diperintah oleh seorang sultan feudal. Ini menunjukkan tiada perbezaan antara
pentadbiran negeri ini dengan yang wujud di tanah jajahan British. Melalui percantuman
negara Borneo dengan Tanah Melayu, ini akan memberikan jalan pintas kepada negara
Borneo untuk mencapai kemerdekaan di samping dapat menggagalkan rancangan
komunis.

Hal ini kerana, sekiranya negara Borneo cuba mencapai kemerdekaan secara
bersendirian, besar kemungkinan kemerdekaan sukar dicapai. Dasar luar Tanah Melayu
semestinya inigin membantu kemerdekaan wilayah-wilayah ini daripada cengkaman
penjajah. Tanah Melayu ingin mengecapi kemerdekaan bersama seluruh jirannya, hal ini
demikian kerana ia dapat membantu mewujudkan suasana aman dan harmoni juga bebas
di wilayah Asia Tenggara ini.

Menghapuskan Penjajahan British

Kemasukan wilayah-wilayah Borneo ke dalam gagasan Malaysia merupakan jalan


terbaik bagi menghapuskan kesan-kesan penjajahan British di Asia Tenggara. Britain
berasa tergugat dengan usul Bangsa-bangsa Bersatu yang menyeru penamatan
penjajahan di seluruh dunia. Oleh itu, British harus menarik diri secara terhormat bagi
mengekalkan perasaan muhibah dan persahabatan dengan negara-negara yang pernah
diperintahnya. Apabila Singapura dapat mencapai kemerdekaan, besar kemungkinan ia
akan dapat menghalang Britain daripada mengekalkan pangkalan-pangkalannya di situ.

9
Penyertaan Borneo dalam Malaysia

Wilayah-wilayah Borneo: Suatu pengambil alihan komunis

Selepas menegakkan kerajaan komunis di negeri China, generasi muda Cina


Sarawak telah mengadakan persahabatan pro-Peking yang digelar Sarawak Overseas
Chinese Democratic League (SOCDL) . Hal ini adalah satu pertubuhan komunis dan ianya
telah disekat daripada berkembang secara meluas dengan pengawasan rapi pihak
kerajaan Sarawak. Maka, SOCDL mencari perlindungan supaya aktivitinya dapat berjalan
seperti biasa.

Mereka telah dibantu dan disokong oleh Sarawak Advanced Youth Association
(SAYA) yang mana akhirnya membentuk Pertubuhan Sulit Komunis Clandestine
Communist Organization (CCO) pertubuhan ini berasaskan Marxist-Lenism dan ajaran
Mao Tse Tung. CCO diwujudkan untuk menggulingkan kerajaan Sarawak dengan alasan
ingin mendapatkan kebebasan daripada pemerintahan imperialis British dan ingin
menggantikan sebuah negara komunis. Kebanyakan anggota CCO terdiri daripada
masyarakat Cina yang majoritinya pernah mendapat pendidikan di sekolah-sekolah Cina.

CCO menyokong secara aktif penubuhan parti politik Sarawak yang terbesar dan
tertua iaitu Sarawak United People's Party (SUPP) pada tahun 1959. Sokongan yang
diberikan itu sebenarnya mempunyai motif tersendiri iaitu bagi memajukan rancangan
mereka. Maka CCO telah berusaha menguasai pergerakan buruh serta menindoktrinasikan
sekolah-sekolah Cina. Kemungkinan besar CCO juga akan menguasai Sabah dan Brunei
yang mana tidak pernah dipengaruhi oleh gerakan subversif komunis.

Hal ini menyebabkan kerajaan Tanah Melayu berasa bimbang, maka jalan terbaik
yang difikirkan ialah dengan menarik masuk wilayah-wilayah tersebut menyertai Tanah

10
Melayu dan supaya dapat membina satu pertahanan yang kukuh untuk menghadapi
komunisme.

Great Britain

Kesedaran tidak dapat menjajah selama-lamanya.

Pada tahun 1960, semasa Perdana Menteri Harold Macmillan berada di Afrika,
beliau telah mendesak kerajaan Britain supaya mempertimbangkan kemerdekaan kepada
tanah jajahan. Maka persidangan Agung Bangsa-bangsa Bersatu tahun 1960 telah
meluluskan Resolusi 1514 bagi memerdekakan tanah jajahan serta menjamin penentuan
nasib rakyat. Berdasarkan kepada ketetapan yang dilakukan oleh Bangsa-bangsa Bersatu,
maka jelaslah bahawa sudah tiba masanya Britain terpaksa memberikan kemerdekaan
kepada tanah jajahannya.

Dari sudut pandangan Britain, walaupun Singapura telah mencapai taraf


pemerintahan sendiri dalam negara pada tahun 1959, lama kelamaan ia akan menuntut
kemerdekaan yang sepenuhnya juga. Bagi negeri Sabah, Sarawak dan Brunei, pihak
Britain berasa tidak yakin yang wilayah ini telah bersedia untuk merdeka dan berdikari
terhadap aspek ekonomi dan politik. Justeru itu, Britain berpendapat bahawa dengan
berlakunya penubuhan Malaysia, ia merupakan satu jalan keluar yang terbaik untuk
melepaskan tanggungjawabnya terhadap tanah jajahan. Tambahan lagi, Britain
berpendapat bahawa Malaysia merupakan satu unit persekutuan yang besar di mana
penubuhannya akan dapat menentang pengaruh komunis yang semakin menular di Asia
Tenggara.

Memelihara kepentingan Sabah dan Sarawak

11
Penduduk di Sabah Sarawak, terutama kaum peribumi telah lama diabaikan sejak
kedua-dua negeri tersebut berada di bawah pemerintahan British. Mereka tidak mendapat
layanan yang sewajarnya sebagai penduduk asal negeri tersebut. Sebaliknya orang luar
yang datang ke negeri tersebut mendapat kedudukan dan layanan yang lebih istimewa. Hal
ini dapat dilihat apabila kebanyakan jawatan penting dipegang oleh orang luar ini kerana
tidak ramai kaum peribumi mendapat pendidikan yang tinggi.

Oleh itu, usaha untuk memperbaiki kedudukan kaum bumiputera di Sabah dan
Sarawak boleh dilaksanakan jika kedua-dua negeri ini menyertai persekutuan di mana
kerajaan persekutuan akan memperuntukkan ″kedudukan istimewa orang Melayu dan
kaum Bumiputera lain" ke Sabah dan Sarawak jika kedua-dua negeri tersebut bersetuju
menyertai Malaysia.

Kemajuan Ekonomi

Di samping itu, faktor lain ialah daripada aspek ekonomi. Tunku Abdul Rahman telah
berpendapat bahawa lima buah negeri yang akan membentuk Malaysia mempunyai ciri-ciri
persamaan kerana kesemuanya pernah diperintah oleh British. Di mana, struktur
kerajaannya agak serupa dan terdapat persamaan-persamaan dalam kebudayaan dan
kedudukan kaum. Oleh itu, apabila negeri-negeri tersebut bersatu maka ia akan membawa
kepada kemajuan ekonomi yang lebih pesat. Tambahan lagi, Tanah Melayu mempunyai
ekonomi yang stabil dan kaya dengan bahan mentah, kemasukan Singapura merupakan
satu rahmat bagi mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi dan politiknya.

Dalam sudut pandangan yang lain, penggabungan dengan Malaysia memastikan


prospek kestabilan politik dan sebuah pasaran boleh menarik kemasukan pelabur asing.
Tanpa pencantuman ini, Persekutuan Tanah Melayu akan bersaing dengan Singapura bagi
modal industri dan perkembangan industri. Oleh itu, pencantuman ini mempunyai suatu

12
asas ekonomi dan politik yang kuat. Semua negeri akan menyatukan penduduknya dan
menjurus kepada kemajuan ekonomi yang lebih pesat membangun.

Pertahanan

Pada masa itu, Sabah dan Sarawak tidak berpuas hati terhadap tiga kuasa besar
yang berebut-rebut untuk menaklukinya iaitu China Komunis yang mana mempunyai dasar
untuk meluaskan wilayahnya, Filipina yang mengakui Sabah sebagai sebahagian daripada
wilayahnya dan Presiden Sukarno yang mempunyai polisi untuk membentuk Indonesia
Raya. Dalam sehubungan itu, Britain pula tidak sangup mempertahankan negeri-negeri
tersebut secara berasingan. Di samping itu, Britain mempunyai beberapa kepentingan
ekonomi di tanah melayu serta mempunyai perjanjian pertahanan di Singapura dan Tanah
Melayu di mana soal pertahanan akan dapat dibincangkan bersama.

Mengeratkan hubungan sedia ada

Apabila berlakunya penyatuan ini, ia akan dapat mempereratkan lagi hubungan


yang sedia ada antara masyarakat satu rumpun yang mempunyai persamaan dari segi
budaya yang makin hilang akibat daripada proses penjajahan yang berlaku. Ikatan
perhubungan ini sememangnya sedia wujud dan memang terjalin oleh ikatan darah
sebagai suatu bangsa yang sama iaitu bumiputera di wilayah Melayu

13
CABARAN-CABARAN PENUBUHAN MALAYSIA

Proses pembentukan dan penubuhan Malaysia menghadapi beberapa cabaran dari


dalam dan juga luar negeri. Antara cabaran yang dihadapi oleh Persekutuan Tanah Melayu
dalam usaha gigih dalam menubuhkan Malaysia ialah tentangan dari negara-negara jiran
Persekutuan Tanah Melayu seperti Indonesia, Filipina dan Brunei. Terdapat tuduhan-
tuduhan yang menyatakan penubuhan Malaysia adalah suatu cara baru penjajahan British.
Filipina dan Indonesia menentang pembentukan Malaysia daripada awal lagi idea ini
dicetuskan. Filipina memprotes pembentukan Malaysia manakala Indonesia cuba
menghalang pembentukan Malaysia dan memusuhi Malaysia setelah Malaysia ditubuhkan.

Brunei

Pada asalnya, Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan
Malaysia pada peringkat awalnya dan beliau membentuk suruhanjaya untuk membuat
tinjauan ke atas reaksi dan sikap rakyat Brunei mengenai pembentukan Malaysia ketika

14
Suruhanjaya Cobbold menjalankan tugasnya di Sabah dan Sarawak. Sebahagian besar
rakyat Brunei tidak bersetuju dengan penyertaan Brunei ke dalam Malaysia. Sikap ini
berpunca dari pengaruh Parti Rakyat Brunei yang telah menang 15 kerusi dalam Majlis
Mesyuarat Undangan Brunei. Parti ini menentang penyertaan Brunei dalam Gagasan
Malaysia kerana Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh Syeikh A.M Azahari inginkan
sebuah persekutuan Borneo yang dinamakan Kerajaan Kalimantan Utara. Kerajaan ini
akan diperintah oleh Sultan Brunei sendiri dan akan dianggotai oleh negara Brunei, Sabah
dan Sarawak.

Anggota Parti Rakyat Brunei menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk
neokolonialisme. Parti Rakyat Brunei telah mencetuskan satu pemberontakan terhadap
Kerajaan Brunei di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara (TNKU) yang
ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak, Sabah dan Brunei. Pemberontakan ini
dilancarkan setelah Majlis Mesyuarat Undangan Negeri dan Sultan Brunei menangguhkan
keputusan mengenai gagasan Malaysia. A.M Azahari dan penyokong-penyokongnya
mendapat bantuan dan sokongan daripada pihak kerajaan Indonesia dan Filipina.
Pemberontakan ini yang berlaku pada 7 Disember 1962 telah berjaya dipatahkan
oleh tentera British dan A.M Azahari yang bersembunyi di Manila tidak berjaya ditangkap.
Beliau kemudiannya mendapat perlindungan politik di Indonesia. Sultan Brunei menyedari
bahawa besar kemungkinan pemberontakan akan terus berlaku jika Brunei masuk ke
dalam Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Brunei membuat keputusan tidak menyertai gagasan
ini.

Filipina

Presiden Diosdao Macapagal telah mendakwa sejak awal tahun 1962 lagi bahawa
Sabah merupakan sebahagian daripada Filipina dan merupakan warisan Sultan Sulu.
Tetapi tuntutan itu tidak diteruskan sehingga pertengahan tahun 1962. Menurut mereka,
penyerahan wilayah Borneo Utara daripada Kesultanan Sulu pada tahun 1778 telah dibuat
dalam bentuk pajakan dan bukannya jualan. Hal ini dibuktikan oleh pihak mereka dengan
pembayaran tetap tahunan oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara kepada Sultan Sulu

15
dan pewaris-pewarisnya sebanyak $5000 setahun sebagai bayaran pajakan dan bukannya
bayaran ganti rugi penyerahan. Tanah Melayu mengambil sikap berdamai tetapi tidak
berhajat untuk mengembalikan Sabah atau membiarkan isu tuntutan itu menghalang
pembentukan Malaysia.

Tuntutan ini berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878


antara Sultan Jamalul Alam dengan Baron Von Overbeck. Baron Von Overbeck
kemudiannya menjual haknya kepada Alfred Dent yang telah menubuhkan syarikat
perdagangan yang berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada British. Pada tahun 1881,
syarikat ini dikenali sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB) dan memerintah Sabah
sehingga kedatangan Jepun. Pada tahun 1946, SBUB menyerahkan tampuk pemerintahan
Sabah kepada British. Namun, pajakan ini telah diisytiharkan tamat oleh waris Sultan Sulu
yang terakhir, Sultan Esmaul Kiram pada 22 Januari 1958. Pihak British pula mendakwa
penyerahan itu sebagai penyerahan hak dan kedaulatan kerana dalam penyerahan itu
dinyatakan, antaranya:

“……… all the territories and lands on the mainland of the island of Borneo,
commencing from the Pandassan River on the Nort-west coast and extending along the
whole coast as far as the Sibuco River……..declared vested on the said Baron de
Overbeck and Alfred Dent co-jointly their heirs, associates, successors, or assigns for as
long as they choose or desire to hold them.’’

Idea pembentukan Malaysia yang bakal memasukkan Sabah ke dalam Malaysia


menyukarkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Di samping itu, walaupun rakyat Sabah
bersetuju dengan pembentukan Malaysia seperti yang terbukti melalui rombongan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, namun Filipina tetap membantah keputusan itu.

Untuk kepentingan bersama, kedua-dua belah pihak telah bersetuju mengadakan


rundingan di London dari 28 Januari hingga 1 Februari 1963. Rundingan tersebut gagal
mencapai matlamat kerana British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah.
Oleh itu, Filipina kemudiannya menuduh rancangan Malaysia sebagai usaha British untuk
menjalankan penjajahan dalam bentuk baru. Pada bulan Jun 1966, Filipina telah

16
mengiktiraf pembentukan Malaysia. Pengiktirafan ini diberikan menerusi usaha membaiki
hubungan antara kedua-dua buah negara melalui MAPHILINDO (Malaysia, Filipina dan
Indonesia).

Indonesia

Seterusnya, bukan Filipina sahaja yang menentang penubuhan Malaysia, malah


pembentukan Malaysia turut menjadi bahan persoalan Indonesia. Tentangan Indonesia
terhadap pembentukan Malaysia disebut sebagai konfrontasi. Pada peringkat permulaan
cadangan pembentukan Malaysia diumumkan, kerajaan Indonesia mengalu-alukan
cadangan Tunku Abdul Rahman. Menteri Luar Indonesia, Dr Subandrio. Namun, sikap ini
kemudiannya telah berubah dan Indonesia kemudian mengecam dan menentang langkah
tersebut dengan menggelarnya berunsur penjajahan. Antara sebab-sebab Presiden
Sukarno bertindak menentang penubuhan Malaysia adalah kerana beliau mendakwa
Indonesia tidak dirundingi dahulu walaupun Indonesia merupakan negara besar yang
berjiran dengan Malaysia. Sukarno juga mendakwa Malaysia merupakan suatu bentuk
struktur politik yang akan menyisihkan kepentingan Indonesia dan melemahkan semangat
kenusantaraan Melayu. Selain itu, Indonesia berpendapat bahawa pembentukan Malaysia
merupakan satu bentuk neokolonialisme yang bakal mengancam Indonesia. Soekarno juga
dikatakan melancarkan dasar konfrontasi itu sebagai satu taktik untuk mengalihkan
pandangan rakyat tentang masalah dalaman Indonesia.

Pendapat yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) ini kemudiannya
telah mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi. Pada
20 Januari 1963, Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan kemasyarakatan dengan
konsep “Ganyang Malaysia” telah diumumkan oleh Dr Subandrio. “Ganyang Malaysia”
ialah Dasar Indonesia untuk memusnahkan pembentukan Malaysia dan antara tindakan
Indonesia termasuklah menghantar pengintip untuk memusnahkan gagasan Malaysia dari
dalam secara sulit. Pada perigkat awal, telah berlaku serangan terhadap kapal-kapal
nelayan Tanah Melayu dan juga pencerobohan ruang udara Tanah Melayu tetapi kerajaan
tidak mengambil sebarang tindakan. Tetapi, setelah tentera Indonesia mula melancarkan

17
serangan terhadap Malaysia menerusi Johor, Sarawak dan Sabah, Malaysia tidak
mendiamkan diri dan bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel termasuklah dari
Britain, Australia, New Zealand dan Kanada. Di samping itu, Malaysia mempunyai
perjanjian pertahanan dengan Britain. Seterusnya, Tunku Abdul Rahman menghantar
bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung Bangsa-bangsa Bersatu berhubung dengan
pencerobohan Indonesia terhadap Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Walaubagaimanapun, hasrat Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi
tidak berlaku kerana tindakan ini bakal menggugat Indonesia sendiri.

Malaysia terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga dan memelihara kedaulatan


negara dan rakyatnya apabila Indonesia memburukkan nama Malaysia di negara Dunia
Ketiga dan Afro-Asia. Suatu perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah
mengadakan lawatan ke beberapa buah negara Afrika untuk menjelaskan perkara sebenar
berkaitan hubungan diplomatik antara Indonesia dan Malaysia. Hubungan dingin ini
berterusan hinggalah pada bulan September 1965 apabila berlaku pemberontakan
bersenjata di Indonesia setelah Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno.
Kemudiannya, Presiden Soeharto menghantar Menteri Luar Indonesia, Adam Malik bagi
memulihara hubungan diplomatik antara Malaysia-Indonesia dan menjelang bulan Ogos
1966, berakhirlah konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia.

18

Anda mungkin juga menyukai