Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI

IJAZAH BAHASA INGGERIS (BEN)

BKE3013: MEDIA, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT

TUGASAN 1

PENSYARAH: PUAN AZIYAH BT ABU BAKAR

DISEDIAKAN OLEH:

NOR SHAMIMI BINTI YUSOFF

024505

TARIKH HANTAR:

29 JULAI 2009

1
Pada masa kini terdapat banyak media dan teknologi komunikasi yang digunakan samada

di rumah atau di kampus. Anda diminta untuk menyenaraikan semua media dan

teknologi komunikasi (hadkan kepada peralatan dan perkakasan) yang terdapat di rumah

atau di kampus tempat anda belajar. Dari senarai ini, pilih dua media atau teknologi yang

paling banyak anda gunakan dan nyatakan perkara-perkara berikut:

1. Kenapa anda banyak menggunakan media dan teknologi komunikasi berkenaan?

2. Untuk tujuan apa anda menggunakannya?

3. Apakah kelebihan dan limitasi media atau teknologi berkenaan?

2
Pengenalan

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis media dan teknologi komunikasi yang

telah dicipta untuk kemudahan manusia. Umumnya, ia adalah untuk menjimatkan masa,

wang dan tenaga. Terdapat tiga kategori media iaitu media cetak, media elektronik dan

multimedia interaktif yang terdiri daripada teknologi lama dan teknologi baru. Teknologi

Baru menurut Evernett M.Rogers (1991) ialah teknologi berasaskan elektronik.

Manakala menurut Sandman dan rakan-rakan (1976), takrifan media komunikasi sebagai

saluran perkataan yang dituturkan, perkataan yang dicetak atau apa-apa sahaja. Mereka

juga menyatakan bahawa media sering dirujuk kepada saluran dan sumber dan ada

kalanya kepada mesej.

Pada tahun 1990, Inglis berpendapat bahawa media merupakan apa-apa saluran

komunikasi yang membawa atau menjadi perantaraan mesej. Berikutan daripada takrifan

para pakar bidang terbabit, Musa (2002) pula berpendapat bahawa, media komunikasi itu

merupakan alat, bahan dan produk yang mengandungi mesej, maklumat atau ilmu

pengetahuan yang diterbitkan atau dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan

komunikasi.

Saya bersetuju dengan takrifan yang dikeluarkan oleh Musa (2002) berikutan,

media merupakan penyampai maklumat kepada penerima. Ia tidak semestinya bahan

atau alat yang berteknologi tinggi sahaja seperti komputer. Ia boleh jadi majalah, akhbar,

3
atau barang-barang seperti cawan, pen dan sebagainya yang mengandungi maklumat

seperti logo dari organisasi tertentu.

Media dan Teknologi Komunikasi di Rumah dan Kampus

Sebagai seorang mahasiswa, saya banyak meluangkan masa di dua tempat iaitu

rumah dan kampus, ia sangat bertepatan dengan tajuk yang diberikan. Di rumah, terdapat

bahan yang boleh dikategorikan sebagai media dan teknologi. Antaranya adalah, telefon,

telefon bimbit, komputer riba, televisyen, internet, radio, akhbar, majalah, potret,

kelendar, buku rujukan, printer, surat, diari, buku latihan, dan lain-lain. Manakala untuk

kemudahan di kampus, saya banyak menggunakan telefon bimbit, buku rujukan dan

latihan, LCD projektor, slid projektor, layar putih, papan putih, komputer riba, radio,

mesin faks, kamera litar tertutup, carta organisasi, internet dan sebagainya.

Dua Media atau Teknologi yang Banyak Digunakan

Telefon bimbit dan televisyen merupakan media yang paling banyak digunakan

memandangkan situasi saya yang berulang-alik dari rumah ke kampus. Banyak faktor

yang menyumbang kepada penggunaan kedua-dua media tersebut.

Sebab-Sebab Banyak Mengguna Media dan Teknologi Komunikasi Berkenaan

Zaman yang serba moden ini, menuntut saya sebagai pelajar untuk sentiasa

mengikuti arus perubahan. Perubahan di sini bukan bermaksud mengubah sesuatu secara

mendadak tanpa faedah. Contohnnya adalah seperti penggunaan telefon bimbit untuk

menghubungi rakan sekelas, pensyarah dan sebagainya tanpa perlu menggunakan telefon
4
awam. Manakala televisyen pula, maklumat disampaikan secara pantas dan menarik

mengikut peredaran zaman. Bahan-bahan yang disiarkan merupakan keperluan secara

langsung dan tidak langsung kepada penonton. Contohnya, iklan wabak penyakit, berita

serta drama atau cerita yang memberi pengajaran kepada penonton.

Selain itu, masa yang semakin padat memerlukan saya untuk menjimatkan waktu

yang ada tanpa perlu bergegas ke sana ke mari untuk membuat panggilan. Apabila

bergerak dari sesuatu tempat ke tempat yang lain juga kadangkala telefon biasa tidak

dapat memenuhi kehendak pada masa tersebut.

Rekabentuk serta teknologi terkini juga merupakan sebab utama saya memiliki

televisyen dan telefon bimbit. Ini berikutan kesedaran tentang fungsi yang terdapat pada

media tersebut yang memberi banyak input dan output kepada saya.

Tujuan Menggunakan Media

Terdapat pelbagai tujuan yang menyokong kepada penggunaan kedua-dua media

terbabit. Berikut merupakan tujuan yang dirasakan bersesuaian untuk dipaparkan dalam

kerja kursus ini.

a) Apabila menyentuh tentang penggunaan televisyen, maklumat yang

disampaikan merupakan antara input penting kepada pelajar seperti saya.

5
Setiap maklumat yang disampaikan seperti berita, dokumentari dan

pelbagai slot yang dikategorikan ilmiah mampu mengasah minda ke arah

penguasaan ilmu pengetahuan.

b) Selain dari bahan ilmiah, media juga menyumbang ke arah penyebaran

budaya atau gaya masa kini. Melalui media, saya dapat melihat dengan

lebih jelas, dekat dan cepat bagaimana pihak tertentu mempengaruhi

penonton melalui pemaparan sesuatu slot seperti iklan KFC, Coca-Cola,

Pepsi dan sebagainya.

c) Telefon bimbit digunakan oleh saya untuk berhubung dengan seseorang

dengan lebih cepat. Penggunaannya yang mudah dan ringkas membantu

perjalanan sesuatu kerja dengan lebih lancar.

d) Faktor seterusnya adalah hiburan, ini kerana sebagai seorang pelajar. Saya

tidak seharusnya membebani diri dengan tugasan atau kerja sepanjang

masa. Hiburan bukan bertujuan untuk menghanyutkan diri dalam perkara

yang tidak berfaedah, tetapi bertujuan merehatkan minda seketika.

Kelebihan Menggunakan Media

6
Setiap sesuatu benda yang dicipta mempunyai kelebihan dan fungsinya tersendiri.

Dalam bahagian ini, saya telah senaraikan kelebihan media yang kebanyakannya saya

gunakan seharian iaitu televisyen dan telefon bimbit:

a. Agen penyebar maklumat

- Telefon bimbit bukan sahaja alat untuk berkomunikasi malah ia juga

mempunyai fungsi untuk mengakses internet. Pelbagai maklumat

yang boleh dicapai melalui laman sesawang yang disediakan di dalam

internet. Bukan sahaja internet, kecanggihan telefon bimbit yang

berfungsi sebagai televisyen juga banyak terdapat di pasaran. Tetapi,

saya sangat jarang menggunakannya kerana kos yang membebankan.

b. Teman

- Terdapat juga pemainan muzik, video, serta mainan, pada telefon

bimbit saya. Setelah dibebani dengan pelbagai tugas dan

tanggungjawab, kemudahan tersebut boleh dijadikan sebagai bahan

untuk melepaskan atau mengurangkan tekanan. Bukan itu saja, media

tersebut boleh dijadikan teman untuk melayan emosi saya.

c. Agen penyebar sosiolisasi

- Rancangan atau slot yang disediakan berunsurkan gaya masa kini

ataupun budaya yang menjadi ikutan ramai. Pendedahan tentang

masyarakat luar semakin mudah didedahkan dan boleh dijadikan

teladan kepada saya.

7
d. Siaran Langsung

- Dapat mengikuti siaran secara langsung dari rumah, kampus atau

mana-mana saja tanpa perlu ke tempat acara tersebut.

e. Pengetahuan Am

- Rancangan berbentuk ilmiah seperti dokumentari, rancangan

pendidikan khas dari kementerian pendidikan dan animasi yang

berunsur pendidikan juga banyak disiarkan. Ini perubahan yang bagus

kerana sewaktu saya sekolah rendah sahaja terdapat banyak slot

ilmiah, selepas itu sangat sedikit. Sekarang apabila saya bergelar

mahasiswa, barulah slot ilmiah diterbitkan kembali.

Limitasi Media

Sesuatu media atau teknologi yang dicipta pasti mempunyai had atau tahapnya.

Sudah menjadi lumrah kehidupan, perkakasan yang dicipta pasti akan rosak dan

ketinggalan zaman. Berikut merupakan limitasi televisyen dan telefon bimbit

berdasarkan dari pemerhatian dan juga pengalaman yang telah saya alami.

Alatan seperti televisyen, dan telefon bimbit, ia memerlukan tenaga elektrik untuk

menghidupkannya. Tanpa bekalan elektrik, televisyen tidak dapat dipasang. Manakala

telefon bimbit tidak dapat dicas bateri dan ia tidak dapat digunakan.

8
Penyalahgunaan televisyen seperti terlampau lama menontonnya atau terlalu

dekat jarak menonton akan memudaratkan kesihatan terutamanya kepada mata. Begitu

juga dengan penggunaan telefon bimbit, kekerapan menggunakannya turut menjejaskan

penyakit seperti penyakit barah kesan dari gelombang yang terhasil. Pembaziran dari

segi menambah kredit untuk menggunakan telefon bimbit.

Rancangan televisyen dikuasai oleh pihak penyiaran yang mementingkan

keuntungan dari sudut ekonomi tanpa mementingkan kesan kepada masyarakat. Musa

(2002), menyatakan bahawa, media dapat mempercepatkan process kedewasaan kanak-

kanak. Pada fahaman saya, dasar globalisasi yang terlalu luas telah menyebabkan kanak-

kanak didedahkan dengan pelbagai unsur yang tidak sihat seperti rancangan televisyen

yang ganas dan melampau. Antara contohnya adalah, rancangan gusti, dan juga

rancangan berunsurkan khayalan seorang hero. Ia turut berlaku pada diri saya

terutamanya sewaktu zaman kanak-kanak yang suka mengikut aksi seperti gusti dan

sebagainya.

Budaya yang dipaparkan oleh stesen televisyen di Malaysia tidak

menggambarkan cara hidup, adat serta tatasusila masyarakat majmuk Malaysia.

Pengaruhnya terhadap budaya kuning semakin banyak menular di setiap stesen

televisyen, tidak kiralah swasta ataupun kerajaaan. Contohnya, 8TV yang memaparkan

9
sebuah rancangan yang bertajuk “GHOST”. Bagi saya, ia sebuah drama yang sangat

menarik, malangnya kurang diterapkan unsur budaya sebenar masyarakat di Malaysia.

Kelemahan media adalah kepantasan penciptaan perkakasan terbaru. Ia dapat

dilihat dengan munculnya telefon bimbit yang berteknologi tinggi. Begitu juga dengan

televisyen. Ia menyebabkan saya sentiasa merancang untuk mendapatkan model terkini.

Persaingan antara syarikat yang mengeluarkan produk tersebut boleh bertukar kepada

negatif terutama kepada saya kerana pengaruh syarikat-syarikat terbabit akan memberi

kesan dalam sikap yang bersifat kebendaan atau materialistik.

RUJUKAN

Rogers, M. E. (1991). Teknologi Komunikasi Media Baru Dalam Masyarakat, Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Inglis, F. (1990). Media Theory:An Introduction. Cambridge, MA: Basil Blackwell.
Sandman, P.M., D.M Rubin, & D. B Sachman,. (1976). Media: An Introductry Analysis
of American Mass Communication 2nd ed. Englewood Cliff, NJ:Prentice-Hall.

10
Musa Abu Hassan. (2002). Peranan & Penggunaan ICT di Kalangan Masyarakat.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Musa Abu Hassan. (2008). Memanfaatkan Teknologi Maklumat & Komunikasi ICT untuk
semua. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

11