Anda di halaman 1dari 28
STRATEGI PENJAJAH BRITISH UNTUK MENGUASAI MALAYA (1984) Ne adalah sebuah negeri yang kaya raya dengan sumber-sumber alam dan menempati kedudukan yang amat strategik di jafitung Asia Tenggara. Selat Melaka yang berpantaikan Malaya dan Sumatera adalah jalur lalu lintas pelayaran yang amat penting sejak dahulu kala. Kerana faktor-faktor ekonomi dan strategik ini, Malaya telah menarik perhatian dan menjadi rebutan kuasa-kuasa penjajah Barat satu lepas satu sejak permulaan abad ke-16 lagi. Penjajah Portugis mencerobohi Melaka pada tahun 1511, disusuli oleh penjajah Belanda yang mengalahkan Portugis pada tahun 1641. Pada tahun 1786, datang pula penjajah British, salah satu kuasa penjajah yang paling tua dan paling licik di dunia, mencari tapak berpijak di tanahair kita. Penjajah British telah menguasai Malaya dalam masa yang cukup panjang. Sejak tahun 1786 bila ia mencapluk Pulau Pinang hinggalah tahun 1957 bila Malaya mencapai kemerdekaan, penguasaannya memakan masa 170 tahun lebih. Apabila meninjau kembali sejarah tanahair kita dalam tempoh ini, adalah penting sekali untuk mengkaji strategi yang digunakan oleh penjajah British bagi menguasai seluruh DARURAT DAN KEMERDEKAAN 65 Malaya serta mengekalkan kekuasaannya. Pengkajian tentang strategi imperialis British ini penting untuk membantu kita mengerti dengan lebih mendalam kenapa Perang Pembebasan Nasional Anti-British dari tahun 1948 hingga tahun 1957 perlu dilancarkan demi mencapai kemerdekaan penuh dan pembebasan sejati bagi tanahair dan rakyat. Keseluruhan strategi ini boleh dilihat daripada beber- apa segi:- Strategi Untuk Menguasai Negeri-Negeri Melayu ebelum menguasai Malaya, penjajah British terlebih dahulu telah menjajah India. Kompeni Hindia Timur milik penjajah British yang berpangkalan di India ketika itu sangat memerlukan pangkalan-pangkalan yang sesuai di Selat Melaka untuk membolehkannya menjalankan aktiviti perdagangan rempah dan lain-lain dengan negara-negara Asia Tenggara dan Timur Jauh. Kompeni Hindia Timur telah menghantar Kapten Francis Light yang membawa kapal perang ke Pulau Pinang yang berada di bawah pemerintahan Sultan Kedah dan dengan berbagai tipu helah termasuk ugutan, dia telah memperdayakan baginda sultan. Pihak British dengan licik mempergunakan pertentangan antara sultan dengan musuh-musuh luarnya khususnya Kerajaan Siam untuk memaksa baginda supaya bersetuju mengikat perjanjian dengannya. Mengikut perjanjian itu, British berse- tuju memberi bantuan senjata untuk menentang Siam dan musuh-musuh luar lainnya dan membayar $30,000 setahun 66 STRATEGI PENJAJAH BRITISH UNTUK MENGUASAI MALAYA kepada sultan sebagai pajak bagi mendapatkan Pulau Pinang. Akan tetapi setelah membuka dan menguasai Pulau Pinang, British bukan saja memungkiri janjinya, bahkan telah pergi lebih jauh dari itu. la telah mengisytiharkan Pulau Pinang dengan nama "Pulau Prince of Wales" pada 11 Ogos tahun 1786 dan memasukkannya ke dalam tanah jajahan takluk British. Tindakan British yang kurang ajar ini telah membangkitkan kemarahan sultan dan orang-orang Melayu. Pihak sultan telah bersiap-siap untuk menyerang British bagi merebut kembali Pulau Pinang. Serangan itu dilancarkan pada tahun 1791. Ini adalah perang anti-British yang pertama dilancarkan oleh orang-orang Melayu. Akan tetapi, sultan tidak mengerahkan massa rakyat sepenuhnya. Baginda lebih bersandar pada kekuatan laskar laut saja. Di pihak British pula, pasukan Kapten Light di Pulau Pinang telah mendapat bantuan kapal-kapal perang British yang berpangkalan di India. Dengan demikian, dia dapat mengalahkan pasukan- pasukan sultan. Dalam peperangan itu, bukan saja British telah dapat mempertahankan kedudukannya ke atas Pulau Pinang, bahkan mereka mara terus lalu menguasai Sungai Perai. Kerana British berada pada kedudukan yang lebih unggul maka pada tahun 1800 Sultan Kedah terpaksa menerima satu perjanjian baru yang lebih menghinakan yang memberikan pula Seberang Perai kepada British. Mengikut perjanjian tersebut, pajak tahunan sebanyak $30,000 untuk Pulau Pinang telah diturunkan kepada $6,000. Seberang Perai diserahkan kepada British dengan pajak sebanyak $4,000. Dengan itu Pulau Pinang dan Seberang Perai telah menjadi tanah jajahan langsung British dengan bayaran pajak hanya $10,000 saja setahun. Dari tapak inilah penjajah British terus merancangkan untuk menguasai negeri-negeri Melayu satu demi satu.