Anda di halaman 1dari 25

Pengenalan

Aktiviti pergerakan asas merupakan aktiviti yang melibatkan semua anggota badan
yang mana memerlukan keupayaan fizikal yang baik daripada pelajar untuk
melakukannya. Aktiviti ini menguji pelajar dari pelbagai aspek iaitu imbangan,
kekuatan otot, ketahanan dan lain-lain lagi. Terdapat 2 jenis pergerakan yang perlu
diketahui oleh para pelajar semasa melakukan aktiviti pergerakan asas. Dua jenis
pergerakan tersebut ialah :

Pergerakan lokomotor :
 Pergerakan lokomotor bermaksud pergerakan yang dilakukan sama ada
menggunakan alatan atau tidak dengan bergerak dari satu tempat ke tempat
yang lain.
 Pergerakan ini boleh direka cipta berdasarkan apa yang hendak diuji oleh
seseorang guru tersebut.
 Pergerakan yang dicipta haruslah melibatkan panjang jarak yang tertentu dan
pelajar tidak boleh kekal dalam satu kedudukan itu sahaja.

Pergerakan bukan lokomotor.


 Pergerakan ini pula bermaksud pergerakan yang dilakukan pada satu tempat
sahaja tanpa bergerak ke mana-mana tempat tetapi anggota badan yang lain
masih perlu digerakkan.
 Kebiasaannya aspek yang sering diuji dalam pergerakan bukan lokomotor ini
ialah aspek imbangan.
 Dalam pergerakan ini juga pelajar boleh menggunakan alatan untuk
mempelbagaikan lagi pergerakan.
Objektif

 Pergerakan yang dilakukan dapat meningkatkan ketahanan dan keupayaan


pelajar untuk melakukan aktiviti yang lebih lasak.
 Dapat membentuk disiplin pelajar apabila semasa proses pembelajaran seang
berlangsung.
 Timbul kesedaran kepada pelajar untuk lebih menghormati guru kerana
terdapatnya masalah antara murid-murid yang berlaku dalam kelas.
 Sifat patuh kepada arahan dididik kepada pelajar supaya kelas berjalan dengan
lancar.
 Berbakti kepada guru dan sama-sama bekerjasama dalam pembelajaran.
 Cara pertuturan diasuh supaya sentiasa sopan.
 Penerapan nilai-nilai murni semasa pembelajaran.
 Murid-murid dapat membuat keputusan sendiri dan tahu membezakan apa
yang baik dan apa yang buruk.
1. Merangkak seperti kuda.(L)
- Bersedia dalam dalam keadaan merangkak.
- Semasa merangkak anda harus menggerakkan kepala 360 darjah.
- Merangkak hingga ke kon di hadapan dan balik semula ke tempat asal.
2. Imbangan Tangan(BL)
- Turunkan badan dengan perlahan-lahan.
- Letakkan tapak tangan dan kepala ke atas lantai.
- Dengan perlahan-lahan angkatkan kaki dan tegakkan ke atas.
- Bertahan dalam kedudukan tersebut dalam masa 10 saat.
3. Menghayun alatan yang bulat dan leper.(L)
- Berdiri dengan memegang gelung rotan.
- Goyangkan tangan dengan gelung rotan di pergelangan tangan.
- Sambil memutarkan gelung rotan berlari gallop ke kon di depan dan balik
semula ke kon asal.
- Lakukan sehingga wisel dibunyikan.
4. Melentikkan badan ke sisi sambil berdiri, kaki rapat, kedua-dua tangan dihulurkan
ke dua arah.(BL)
- Berdiri tegak dan kedua-dua tangan diangkat ke atas.
- Lentikkan badan dan kedua-dua tangan ke depan.
- Kemudian ulangi pergerakan tadi ke belakang.
- Ulang sebanyak 5 kali ke depan dan 5 kali ke belakang.
5. Berjalan langkah besar dan masukkan pundi kacang ke dalam bakul dengan
menggunakan kaki .(L)
- Berdiri tegak.
- Langkah besar ke depan meggunakan kaki kanan.
- Kemudian langkah menggunakan kaki kiri pula.
- Apabila sampai ke kon di hadapan masukkan pundi ke dalam bakul yang
disediakan dengan menendang pundi tersebut.
- Ulang sehingga wisel dibunyikan.
6. Menegakkan badan dengan kaki kanan bengkok ke depan, kaki kiri lurus ke
belakang sambil mendepakan 2 tangan menjadi bentuk V.(BL)
- Berdiri lurus
- Gerakkan kaki kanan ke depan.
- Kaki kiri lurus ke belakang.
- Angkatkan kedua-dua tangan lurus ke atas menjadi bentuk V.
7. Skip lompat.(L)
- Berdiri dengan memegang tali skipping.
- Melompat menggunakan tali skipping melepasi bangku.
- Ulang sehingga wisel dibunyikan.
8. Imbangan dengan 3 tapak sokongan.(BL)
- Berdiri tegak.
- Bongkokkan badan ke depan dan letakkan kedua-dua kaki di atas lantai.
- Tangan kiri diletakkan di atas lantai.
- Tangan kanan diangkat dan diluruskan.
9. Mengimbang alatan yang bulat dan padu.(BL)
- Bersedia dengan memegang bola.
- Angkat lutut kanan dan imbangkan badan dengan satu kaki.
- Letakkan bola tersebut di atas paha anda dan jangan biarkan bola terjatuh..
- Kekalkan keadaan itu sehingga wisel dibunyikan.
10. Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri sambil berdiri, kaki kanan ke depan dan
kaki kiri lurus ke belakang.(BL)
- Berdiri tegak.
- Kaki kanan di depan dan dibengkokkan.
- Kaki kiri lurus ke belakang.
- Kilaskan badan ke kanan dan kiri sambil mencekak pinggang.
- Ulang sehingga wisel dibunyikan.
11. Merangkak Komando.(L)
- Bersedia dalam keadaan meniarap.
- Gunakan kedua-dua tangan untuk gerakkan badan.
- Gigit pundi kacang dan merangkak komando anda bergerak ke kon di
hadapan.
- Letakkan pundi kacang di kon itu dan baling pundi kacang itu mengenai
kon asal dalam keadaan meniarap.
- Melungsur ke kon di hadapan dan balik semula ke tempat asal.
- Ulang sehingga wisel dibunyikan.
12. Imbangan dengan satu tapak sokongan.(BL)
- Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.
- Tangan diletakkan di sisi.
- Angkat satu kaki lurus ke hadapan dan imbangkan badan sehingga wisel
dibunyikan.
13. Menyambut alatan yang panjang dan lembut.(L)
- Berdiri dengan memegang tali riben.
- Baling tali tersebut ke depan setinggi yang mampu.
- Tangkap semula tali tersebut dan lakukan gaya kungfu yang paling kreatif.
- Ulang sehingga wisel dibunyikan.
14. Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri sambil berdiri, .(BL)
- Berdiri tegak dan kaki dikangkangkan.
- Tangan dalam keadaan mencekak pinggang.
- Kilaskan badan ke kiri dan ke kanan sehingga wisel dibunyikan.
15. Gulingan tenggiling.(L)
- Berdiri tegak.
- Tundukkan badan dan guling ke depan.
- Ulang sehingga wisel dibunyikan
16. Mengendur dan menegakkan badan dalam posisi berdiri.(BL)
- Berdiri tegak
- Bongkokkan badan dan jari tangan menyentuh jari kaki.
- Ulang sehingga wisel dibunyikan.
17. Lompat rusa.(L)
- Berdiri tegak.
- Mula melompat didahului dengan kaki kanan.
- Kemudian diikuti dengan kaki kiri.
- Terus melompat ke kon di depan dan balik semula ke kon asal.
- Ulang sehingga wisel dibunyikan.
18. Imbangan atas punggung.(BL)
- Kedudukan dalam keadaan baring.
- Angkat kedua-dua tangan ke atas.
- Angkat kedua-dua kaki ke atas.
- Bertahan sehingga wisel dibunyikan.
19. Jalan Harimau.(L)
- Berdiri tegak.
- Bukakan kaki dan berada dalam keadaan kangkang.
- Tangan diletakkan atas lantai
- Jalan seperti harimau..
20. Imbangan bangau.(BL)
- Berdiri tegak dan kaki dirapatkan.
- Depakan ke dua-dua tangan
- Angkat kaki kanan dan letakkan di lutut sebelah kiri.
- Bertahan sehingga wisel dibunyikan.
Institut Perguruan Ipoh Perak
31150 Hulu Kinta
Perak Darul Ridzuan

Senarai Semak Aktiviti Pergerakan Asas

Nama : _________________________________________________________
Bil Aktiviti (X)
1 Merangkak seperti kuda.(L)

2 Imbangan Tangan(BL)

3 Menghayun alatan yang bulat dan leper.(L)

4 Melentikkan badan ke sisi sambil berdiri, kaki rapat, kedua-dua tangan dihulurkan ke sisi.(BL)

5 Berjalan langkah besar dan masukkan pundi kacang ke dalam bakul dengan menggunakan kaki
.(L)

6 Menegakkan badan dengan kaki kanan bengkok ke depan, kaki kiri lurus ke belakang sambil
mendepakan 2 tangan menjadi bentuk V.(BL)

7 Skip lompat.(L)

8 Imbangan dengan 3 tapak sokongan.(BL)

9 Melantun alatan yang bulat dan padu.(L)

10 Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri sambil berdiri, kaki kanan ke depan dan kaki kiri lurus
ke belakang.(BL)

11 Merangkak Komando.(L)

12 Imbangan dengan satu tapak sokongan.(BL)

13 Menyambut alatan yang panjang dan lembut.(L)

14 Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri sambil berdiri.(BL)

15 Gulingan Tenggiling (L)

16 Mengendur dan menegakkan badan dalam posisi berdiri.(BL)

17 Lompat rusa.(L)

18 Imbangan atas punggung.(BL)

19 Jalan harimau.(L)

20 Imbangan bangau.(BL)
Tandakan ( X ) selepas selesai melakukan aktiviti
Rumusan dan Cadangan

Setelah semua aktiviti pergerakan yang dirancang oleh saya dilakukan oleh semua
rakan-rakan, apa yang saya dapati ialah bukan senang bagi seseorang pendidik untuk
betul-betul menjadi seorang pendidik. Alasan di atas apa yang telah saya perkatakan ialah
seseorang pendidik perlu mempunyai tahap kesabaran yang paling tinggi untuk
menangani semua kerenah murid-muridnya. Jika seseorang itu tidak mempunyai jiwa
yang cekal sebagai seorang pendidik, jadi dia tidak mungkin dapat meneruskan
tanggungjawabnya lagi. Seseorang itu boleh mengajar sahaja tanpa mendidik jika dia
tidak mempunyai jiwa yang ikhlas dan kesabaran.
Semasa saya bertindak sebagai tenaga pengajar kepada rakan-rakan saya, saya
dapati mereka susah untuk patuh kepada arahan jadi segala perancangan menjadi tidak
teratur dan tidak berjalan tepat mengikut masa yang diberikan. Walaupun begitu mereka
dapat melakukan semua aktiviti yang disediakan tanpa ada sebarang masalah. Apabila
arahan diberikan, sesetengah daripada mereka bermain-main tetapi kembali serius hanya
selepas dimarahi.
Keseluruhannya saya dapat merangkumi bahawa saya sudah mempunyai
kefahaman terhadap bidang ini dan apa yang dapat saya cadangkan ialah setiap guru
haruslah mempunyai sikap yang tegas dan mesra pelajar bagi menyesuaikan diri dengan
murid-murid semasa pembelajaran dalam kelas.
Nama : Muhd Mursyid Bin Zulkefli
IC : 880421-07-5173
Opsyen : PPPRPET (PJ)
Unit : F4
Pensyarah : En. Saiful Bahari
Tarikh Hantar : 15 April 2008

Anda mungkin juga menyukai