Anda di halaman 1dari 7

CHEOK SOH TIN 660109-05-5114

Tugasan: Sejauh manakah fenomena stres yang dialami oleh guru membawa kesan kepada sesebuah sekolah dan cadangkan cara-cara yang berkesan untuk menangani stres dalam kalangan guru.

1. Pendahuluan Salah satu matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah menyediakan sumber tenaga manusia bagi memenuhi keperluan kemajuan negara di masa hadapan. Maka, bagi merealisasikan hasrat KPM, sebahagian besar usaha terletak di bahu guru. Oleh yang demikian, guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran, menunjukkan kesungguhan dan mempunyai iltizam yang tinggi dalam melaksanakan daya usaha bagi meningkatkan kualiti pelajar yang bakal dihasilkan.

Pembangunan pesat yang dialami oleh negara kita telah menjadikan peranan guru lebih mencabar pada masa kini. Guru pada masa kini diharapkan dapat melaksanakan pelbagai

tanggungjawab selain daripada mencurahkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada muridmurid yang bakal pemimpin negara kita. Guru masa kini telah diasak dengan pelbagai cabaran yang memerlukan mereka terus kekal dalam arus globalisasi. Bagi memenuhi tuntutan yang tinggi dalam dunia pendidikan, guru-guru pula semakin berasa tertekan dalam menghadapi pelaksanaan pelbagai reformasi dalam sistem pendidikan negara. Tekanan yang dihadapi itu seterusnya akan memberi kesan kepada emosi, psikosomatik dan fizikal guru . Lemaire (2009) mendapati guru-guru terlalu dibebani dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti aktiviti ko-kurikulum, menghadiri mesyuarat, mengendalikan program-program sekolah, mengurus karenah dan kebajikan pelajar serta tugas-tugas pengurusan kekeranian.

2. Konsep Tekanan Stres Stres merupakan satu reaksi negatif manusia terhadap rangsangan daripada sosial, suasana pekerjaan, kurangnya ganjaran , gaya hidup yang terlalu mendesak dan sebagainya. Menurut Hatta Sidi dan Mohd Hatta Shaharom (2002) stres merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa, stres biasanya dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak menyeronokkan. Smith (1993), Girdano et al.(1993) mengatakan individu tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan jika dia berada Cheok Soh Tin Page 8

dalam keadaan tertekan. Perasaan tertekan menjadikan seseorang itu tidak rasional, cemas, tegang, tidak dapat memusatkan perhatian kepada kerja dan gagal menikmati rasa gembira atau puas hati terhadap kerja yang dilakukan

Menurut kajian yang dibuat oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) pada tahun 2005 mengenai stres di kalangan 9328 orang kaki tangan perguruan di seluruh negara, dapatan kajian ialah sebanyak 69 peratus responden bersetuju bahawa mereka bekerja dalam keadaan stres (Utusan Malaysia, 29 Mac 2006). Payne dan Firth (1987) menyatakan stres di kalangan guru

merupakan satu halangan kepada produktiviti kerja yang baik dan memberi kesan kepada fizikal dan psikologikal guru.

3. Kesan stres guru terhadap sekolah 3.1 Kesan positif Manusia tidak mungkin dapat terlepas dari masalah stres, tanpa stres kita tidak akan mencapai kemajuan. Ini adalah disebabkan perkembangan manusia pada dasarnya berlaku dengan

cara individu mencari jalan tertentu dalam mengatasi masalah-masalah yang menjadi sumber penyebab stres tersebut. Begitu juga dengan guru, stres akan memberi kesan yang positif jika

seseorang guru merasakan dirinya penting dan dihargai oleh pihak sekolah. Segala tanggungjawab yang dibebankan akan menjadi daya penggerak. Mereka sanggup berubah dan bersedia menerima perubahan. Secara tidak langsung daya penggerak ini akan melahirkan guru yang memiliki sifat-sifat amanah, dedikasi dan komited pada tugas mereka.

Stres atau tekanan positif yang dialami secara sederhana mampu memotivasikan individu untuk mencapai matlamat dan berjaya dalam usaha yang dilaksanakan. Banyak kesan boleh diperolehi daripada stres positif, antaranya ialah meningkatkan motivasi dan daya usaha seseorang guru dalam kerjaya, merangsangkan individu mempertahankan dan melindungi diri serta meningkatkan potensi diri. Seseorang guru akan beranggapan stres sebagai perangsang kerjaya mereka dalam sekolah, contohnya guru mata pelajaran tahun 6 akan mencari jalan untuk mempertingkatkan prestasi murid dalam UPSR setelah menerima tekanan daripada guru besar dan ibu bapa. Murid-murid yang menyertai pertandingan akan mengejar kemenangan dan kecemerlangan untuk sekolah kerana mereka sanggup berhadapan dengan stres sebagai motivasi kejayaan.

Cheok Soh Tin

Page 9

3.2 Kesan negatif 3.2.1 Guru Menurut Sapora Sipon (2007) guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan negatif terhadap interaksi antara guru dengan pelajar serta mutu pengajaran dan pembelajaran.

Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan mengganggu prestasi murid, menjejaskan kualiti pendidikan dan kepuasan kerja seseorang guru.

Van Dick dan Wagner (2001) dalam kajian mendapati faktor bebanan kerja merupakan penyumbang utama terhadap stres guru. Kajian mereka juga menunjukkan bahawa stres yang dialami oleh guru akan memberi kesan negatif bukan sahaja dari segi fisiologi seperti tekanan darah tinggi, malahan turut memberi kesan kepada tingkah laku guru sehingga boleh mengundang burnout. Tekanan dan stres guru akan menyebabkan berlakunya perselisihan fahaman antara rakan sejawat, stres menyebabkan guru selalu merasakan dirinya tersingkir dan tidak dapat bergaul dengan guru-guru lain, stres yang tidak terkawal akan menyebabkan guru cemas, sensitif dan berkemungkinan beliau akan membunuh diri demi melepaskan diri dari tekanan kerja. 3.2.2 Pentadbir sekolah Guru besar sebagai pemimpin sekolah berperanan menaikkan taraf sekolah samada dari akademik atau pun sahsiah pelajar. Standard Guru Malaysia (SGM) yang diperkenalkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk melihat sejauh mana guru telah mencapai kompetensi profesional guru dalam tiga aspek, iaitu nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Dengan kata lain guru bertambah stres kerana tugas dan tanggungjawab mereka telah bertambah, diperluaskan dan diinsentifkan demi mencapai obektif SGM.

Apabila guru tertekan dengan stres, maka pelbagai masalah akan didatangi oleh mereka kepada pihak sekolah , contohnya ketidakhadiran guru yang sakit kerana stres, P&P dalam kelas tertinggal, tanggungjawab guru tidak diselesaikan dan ketidakselesaan rakan sejawat bersama dengan mereka. Kelancaran dan kesempurnaan program dalam sekolah akan dipengaruhi oleh stres guru. mereka tidak dapat menjalankan kerja-kerja yang diarahkan, ketidakupayaan mereka akan menggangu dan merosakkan apa yang telah dirancangkan sebelum itu. Pihak pentadbir terpaksa mencari jalan atau meminta bantuan orang lain untuk menyelesaikan masalah yang dibawa oleh guru tersebut. Banyak masa dan tenaga dibuang begitu sahaja kerana ketidaksanggupan guru melakukannya.

Cheok Soh Tin

Page 10

Selain itu pihak pentadbir akan menghadapi tekanan dan aduan daripada ibu bapa yang tidak puas hati dengan kelakuan guru bermasalah ini. Ibu bapa akan menggunakan pengaruh media massa untuk memaksa guru besar menukarkan guru tersebut kerana mereka beranggapan adalah satu kesalahan dan kerugikan kepada murid jika guru besar membenarkan guru yang mempunyai masalah stres terus berada di sekolah anak mereka.

3.2.3 Murid dan ibu bapa Stres juga memberi kesan kepada interaksi guru dengan murid, stres akan menjadikan hubungan antara guru dan murid tegang dan tidak selesa. Pelbagai karenah murid di sekolah dapat menambahkan stres guru selain daripada bebanan kerja, tingkah laku murid yang kurang sopan, suka membuat bising, tidak bermotivasi dan bersikap negatif terhadap pelajaran penyebab kemarahan guru. Hubungan antara guru dan murid akan menjadi kurang mesra apabila guru tersebut melepaskan tekanan dengan menengking, mengherdik, menyindir, memarahi, mencaci dan memukul murid.

Murid-murid akan merasakan guru mereka garang dan rasa ketakutan sering menghantui mereka. Kesannya ialah murid-murid mulai ponteng sekolah kerana takut dirotan dan minat mereka untuk belajar hilang begitu sahaja. Jika sesebuah sekolah mempunyai guru yang stres dan

bermasalah, sudah pasti sekolah tersebut akan berhadapan dengan pelbagai kritikan ibu bapa kerana rasa ketidakpuasan mereka terhadap tindak-tanduk guru tersebut. 3.3.3 Masyarakat dan negara Seseorang yang dilanda stres akan mengalami kecelaruan fikiran yang menyebabkan fikiran menjadi kusut dan emosinya akan terganggu. Keadaan emosi yang terganggu boleh mempengaruhi seseorang guru menghadapi pelbagai masalah emosi dan masalah ini telah menjadi penyebab kepada ketenteraman masyarakat. Stres menjadikan guru hilang kesabaran, pemarah dan berkelakuan melampau, masalah ini secara tidak langsung membawa keruntuhan keluarga mereka, kacau-bilau dan ketidaktenteraman keluarga akan membawa kes penceraian suami isteri bertambah dan ahli-ahli dalam keluarga dan sanak saudara mereka turuk menjadi mangsa stres.

Masalah guru stres telah mendatangkan kerugian yang banyak kepada masyarakat dan negara. Kerajaan terpaksa membelanjakan lebih peruntukan dalam latihan perguruan bagi mengisi tempat kekosongan disebabkan ketidakupaya mereka mengajar di sekolah. Kerajaan juga dibebani dengan kes bunuh diri di kalangan guru yang tidak dapat menangani masalah stres, pusat-pusat rawatan jiwa diperlukan untuk mengubati mereka yang stres dan ini semuanya memerlukan wang yang banyak dari kerajaan.

Cheok Soh Tin

Page 11

4. Cadangan untuk menangani stres guru 4.1 Sumber pendidikan dan persekitaran pekerjaan Kepimpinan merupakan aspek yang penting dalam membentuk sesuatu organisasi bagi mencapai matlamat, visi, misi dan objektif yang diharapkan oleh sesebuah organisasi. Sebagai seorang pemimpin yang berkesan, guru besar harus memastikan kelengkapan, kesempurnaan dan bilangan sumber pendidikan seperti makmal komputer, bahan bantu mengajar, alat pandang dengar, perkakas komputer, peralatan sukan dan lain-lain dari segi penggunaannya. Sumber pendidikan yang lengkap, penggunaan yang tidak terhad dan mencukupi akan memberi jalan yang mudah bagi guru merujuk, meminjam atau menggunapakaikan ketika mereka perlu dalam P&P di sekolah. Dengan kemudahan infrastruktur yang disediakan di sekolah, konflik antara guru dengan rakan sejawat dan pihak pentadbir akan lenyap kerana masing-masing mendapat kepuasan dalam penggunaan kemudahan sekolah, ini akan membawa kesenangan dan keriangan guru apabila menjalankan tugas mereka tanpa tekanan.

Persekitaran yang selesa, ceria dan kondusif merupakan ubat yang mujarat bagi menangani masalah stres guru. Program Sekolah dalam Taman patut diadakan dengan menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan yang menghijau di kawasan sekolah, lantarannya persekitaran sekolah lebih nyaman dan berudara segar. Persekitaran yang cantik dan kondusif dapat menenangkan fikiran dan perasaan guru, apabila guru berasa murung kerana dikecewakan oleh murid, taman yang dipenuhi dengan pepohon dan bunga-bungaan merupakan tempat yang paling sesuai untuk menghilangkan stres mereka.

4.2 Pengurangan bebanan kerja Sistem pendidikan di Malaysia sering mengalami perubahan, sebahagian guru sukar menyesuaikan diri dengan perubahan sehingga mereka berasa tertekan apabila menjalankan tugas. Oleh itu dicadangkan KPM dapat mewujudkan jawatan pembantu guru di sekolah-sekolah bagi mengambil alih tugas kekeranian seperti pengisian boring, kemasukan pelbagai data seperti SMM, SAPS, e-hadir Emis Sekolah serta surat-menyurat yang sebelum ini terpaksa dilaksanakan oleh guruguru sendiri (Utusan Malaysia, 22 Jun 2009). Dengan demikian, guru pasti dapat menumpukan tenaga dan lebih komitmen dalam tugasan mereka dan sekaligus dapat meningkatkan kualiti pengajaran mereka.

Pengurangan bebanan guru juga membolehkan guru memperolehi masa yang lebih untuk beristirehat dengan keluarga, dengan itu mereka dapat berehat dan memulihkan semula tenaga dan kekuatan mereka setelah penat bekerja. Selain itu PIBG sekolah boleh juga merancang dan mengaturkan rombongan untuk membawa guru-guru bercuti di tempat-tempat menarik. Mereka Cheok Soh Tin Page 12

bersantai sambil menikmati makanan yang enak di tempat kunjungan mereka, secara tidak langsung tekanan dan ketidakpuasan guru-guru dapat dihapuskan.

4.3 Sikap keterbukaan pentadbir Guru besar yang bersikap terbuka dapat mewujudkan komunikasi berkesan antara guru dengan pihak pentadbir. Kesanggupan guru besar untuk menerima teguran yang membina, bersedia

mendengar dan menerima pendapat serta mudah diajak berbincang, ini semuanya dapat menyukakan hati para guru. Weidner (2002) dalam kajian terhadap guru-guru di sekolah rendah swasta

menunjukkan guru-guru yang mendapat sokongan daripada pihak pentadbir didapati kurang berasa stres dalam pelaksanaan tugas mereka. Guru besar berperanan mewujudkan iklim kerja yang kondusif dan selamat untuk guru-guru, dengan itu guru akan merasai mereka dihormati, dihargai dan diperlukan dalam sekolah. Sikap keterbukaan pihak pentadbir akan mendorong guru sanggup bekerja kuat, stres negatif tidak wujud di kalangan guru bahkan mereka akan menganggap tres sebagai tenaga dan kekuatan untuk mencapai kecemerlangan sekolah.

4.4 Program pengurusan stres Kesibukan guru pada penghujung semester dengan pelbagai tugasan seperti mengendalikan peperiksaan, pengumpulan data, megemaskini fail-fail, ditambah pula dengan persediaan untuk

persembahan pada Hari Anugerah Kecemerlangan, masa inilah ramai guru akan berasa stres. Oleh itu jika pihak pentadbir sekolah dapat merancang dan mengaturkan program pengurusan stres untuk para guru, kemungkinan besarnya banyak manfaat akan mereka perolehi.

Program pengurusan stres dapat memberi kursus bagi mempersiapkan semua staf sekolah cara mengelakkan atau mengurangkan gejala-gejala kesihatan yang diakibatkan oleh stres, contohnya asthma, ulcers, sakit kepala dan sembelit. Guru besar boleh mengundang pakar-pakar dalam bidang stres untuk mengendalikan kursus atau bengkel pengurusan stres kepada guru-guru agar mereka dapat mengamalkan cara hidup yang sihat, belajar untuk berkata tidak dengan bijak dalam kehidupan, mengamalkan pemakanan yang sihat serta cara-cara menangani stres. Guru-guru yang menyertai program tersebut akan belajar memperkasa diri untuk mengelakkan stres mempengaruhi kerjaya mereka.

Murphy (1988) dalam kajiannya telah menjelaskan program pengurusan stres mendapatkan hasil yang berkesan iaitu memberi potensi kerjaya yang tinggi jika dikendalikan dengan cara yang betul. Salah satu cara yang berkesan untuk menangani stres guru ialah guru besar boleh memperkenalkan program latihan fisioterapi khas untuk golongan guru yang stres. Fisioterapi adalah salah satu rawatan atau kaedah yang boleh dilakukan oleh semua orang dalam menghadapi tekanan dalam kerja. Secara Cheok Soh Tin Page 13

umumnya fisioterapi merupakan kaedah rawatan penyakit atau kecederaan melalui penyembuhan semula jadi badan. Kaedah ini tidak menyakitkan dan tiada ubat digunakan, ia lebih kepada proses pemulihan dan pencegahan. Dalam program tersebut pakar-pakar fisioterapi akan disediakan untuk para guru dalam memberi panduan bagaimana menguruskan stres dan kesakitan anggota badan semasa bertugas.

4.5 Sikap prihatin rakan sejawat Penghargaan dan penghormatan antara guru dengan rakan sejawat amat penting, sikap keprihatinan guru-guru terhadap rakan sejawat yang bermasalah dapat membantu pihak pentadbir dalam masalah stres guru. Guru besar harus mewujudkan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) dengan melantik seorang guru sebagai pembimbing rakan sekerja sepertimana yang dikehendaki dalam PP18/2005. AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang ada pada seorang rakan pembimbing.

Dengan keistimewaan yang ada pada rakan pembimbing, beliau dapat mewujudkan kesepakatan di kalangan guru dan membentukkan kelompok sokongan kepada guru yang memerlukan bantuan terutama guru-guru yang stres. Mereka juga boleh mengaturkan pelbagai aktiviti seperti

melancong, kursus masak-memasak, menghadiri kelas seni dan lain-lain untuk membatu guru yang stres bagi menghilangkan tekanan dan desakan emosi apabila mereka berasa tertekan. Di samping itu segala perasaan marah, kecewa, sedih dan emosi yang negatif yang disebabkan oleh pelbagai karenah pelajar dapat dicurahkan kepada rakan sejawat yang prihatin, secara tidak disedari stres yang ada pada guru tersebut akan berkurangan.

5. Kesimpulan Stres memberi banyak kesan negatif kepada guru-guru di sekolah, antaranya ialah kepuasan kerja, keberkesanan ke atas produktiviri guru, peningkatan ketidakhadiran guru dan pusingganti yang tinggi serta persaraan awal guru. Stres juga memberi kesan kepada masalah kesihatan dan mental seseorang guru. Oleh itu isu stres guru harus dipandang berat dan dikurangkan dengan mengambil tindakan kawalan bagi mencegah perkara-perkara yang tidak diingini berlaku di sekolah.

Sekiranya stres ini tidak dibendung dan dihadapi dengan waras, maka gejala yang tidak sihat akan menyerang diri dan mendatangkan keburukan kepada diri, keluarga bahkan masyarakat kita. Maka isu stres guru perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak seperti pihak sekolah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Langkah awal perlu diambil bagi menangani isu stres sebelum ia merebak dan menjadi sinonim dengan profesion keguruan.

Cheok Soh Tin

Page 14