Anda di halaman 1dari 58

PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN

LANJUTAN,
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

TAJUK KEMAHIRAN DAN


TAHAP

JURUELEKTRIK TAHAP 1 (SEMESTER 1)

No. DAN TAJUK MODUL

M04 SINGLE PHASE SURFACE WIRING

No. DAN TAJUK


PENGALAMAN
PEMBELAJARAN

LE1 INSTALL SURFACE SINGLE PHASE WIRING

OBJEKTIF PRESTASI
AKHIRAN

INSTALL SURFACE SINGLE PHASE WIRING BY USING


ELECTRICAL HAND TOOLS, ELECTRICAL EQUIPMENT,
ELECTRICAL MATERIALS , ETC. SO THAT THE SINGLE
PHASE
SURFACE
WIRING,
INSTALLATION
OF
ACCESSORIES, FITTING AND TESTING IS CARRIED
OUT ACCORDING TO ELECTRICAL REGULATION AND
SPECIFICATION.

46

ISI KANDUNGAN
LE1 INSTALL SURFACE SINGLE PHASE WIRING
TASK 02.01 Carry-Out Single Phase Surface Wiring

47

No. &
TAJUK
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN
No. & TAJUK
TUGASAN

LE1 Install surface single phase wiring

TASK 02.01 Carry-out single phase surfaca wiring

Code No. : B01-01-04-LE1-IS1a

TAJUK:

Muka : 1 drp. : 14

PENGENALAN SISTEM PENDAWAIAN YANG DIGUNAKAN DI MALAYSIA

TUJUAN:
Kertas penerangan ini menerangkan apakah jenis jenis sistem pendawaian yang digunakan
di malaysia dan bagaimanakah cara-cara pemasangannya serta aksesori peralatan pendawaian.

PENERANGAN
SISTEM PENDAWAIAN
Takrif-Sistem pendawaian adalah sistem pemasangan litar-litar elektrik ,termasuklah pengalir penebat
dan perlindungan mekanik bagi sesuatu jenis kabel dan juga aksesori aksesori elektrik .
Sistem pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis-jenis perlindungan
mekanikal ,keadaan pemasangan dan jenis jenis penebat kabel yang digunakan.
Jenis sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah- kaedah
pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel. Tetapi tiada satu sistem pun yang boleh dianggap
sebagai unggul dibawah semua keadaan.

48

Code No. B01-01-04-LE1-IS1

Muka : 2

drp : 14

Faktor pemilihan
Untuk memilih sesuatu sistem pendawaian ia perlu dirancang dahulu agar tidak merugikan .Sebaliknya
sistem ini mengawal kecekapan dan selamat. Diantara pekara pekara yang perlu diperhatikan adalah
seperti berikut
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
10)

Jenis beban yang hendak dipasang


Keadaan tempat pemasangan
Kos perbelanjaan
Tempoh ketahanan pemasangan
Kekemasan dan kecantikan
Keadaan sekeliling
Tempoh masa menyiapkan
Perubahan atau penambahan litar
Jenis voltan bekalan
Keselamatan dan kelulusan TNB/JKR

Jenis-jenis sistem pendawaian


Jenis-jenis sistem pendawaian yang disenarai dibawah ini seperti yang dinyatakan ,ia bergantung
kepada jenis kabel atau kaedah pemasangan kabel atau perlindungan mekanikal yang diberi .berikut
ialah senarai jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)
8)

Sistem
Sistem
Sistem
Sistem
Sistem
Sistem
Sistem
Sistem

permukaan
tersembunyi
penyokong katenari
konduit
sesalur
salur
kabel penebatan mineral pelapik kuprum
kabel penebatan mineral pelapik plumbum

49

Code No. B01-01-04-LE1-IS1

Muka: 3

drp : 14

SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN .


Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem dimana kabel-kabel di gunakan dalam satu
pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan
tambahan .
Ciri-ciri pemilihan
Berikut adalah beberapa cirri yang dianggap sesuai bagi sistem pendawaian permukaan
1)
2)
3)
4)
5)
6)
7)

Bekalan voltan voltan jenis satu fasa tunggal


Banggunan diperbuat daripada kayu atau batu
Kos perbelanjaan murah
Bilangan kabel atau litar yang perlu dipasang adalah sikit
Kerosakan mekanikal kemungkinan amat kurang
Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian
Kadar kuasa beban yang dipasang kecil

Jenis-jenis kabel yang digunakan


Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut ini adalah kerana kabel yang
dipasang secara sistem permukaan akan terdedah kepada keadaan sekeliling dan kerosakan
mekanikal .Jenis kabel yang sesuai digunakan di banggunan rumah kediaman adalah kabel bersalut
pvk atau getah.
Kaedah pemasangan kabel
Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh klip kepermukaan
dinding atau siling .Sebelum sistem ini dijalankan pastikan permukaan pendawaian bukan daripada
jenis logam .Bagi pendawaian permukaan yang dibuat dibanggunan batu atau simen kabel akan
diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum itu dipakukan kedinding atau siling
Terdapat dua jenis klip yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan plumbum. Saiz klip
yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan kabel yang perlu disokong
Jarak maksimum diantara klip yang menyokong kabel bolehlah dirujuk pada jadual ( 1a )

50

Code No. B01-01-04-LE1-IS1a

Muka: 4 drp : 14
Jadual 11A

Garis
pusat

Jarak maksimum bagi klip


Kabel beperisai

Kabel getah tanpa perisai


pvk
atau plumbum - bersalut

Ke
seluruh
an
Kabel
1
Mm
9
9
15
15 20
20 40

umum
Men
datar
2
Mm
250
300
350
400

Kabel penebat
mineral salut
kuprum atau
salut aluminium

Dalam kawalan
Memu
gak
3
Mm
400
400
450
550

Mend
atar
4
Mm
150

Memu
gak
5
Mm

Mend
atar
6
Mm

Memu
gak
7
Mm

250

350
400
450

450
550
600

Mend
atar
8
Mm
600
900
500

Memu
gak
9
Mm
800
1200
2000

Jadual ini menerangkan jarak bagi penyokong kabel yang dibawa.Sebagai amalan baik, maksima 12
kabel boleh diklipkan bersama.
Penerangan tentang ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian:
1. Jenis-jenis beban yang hendak dipasang.
Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil, berubah atau tetap pada tempatnya
( pegun ), beban kapasitor, beban aruhandan sebagainya.
2. Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.
Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah, dalam dinding dan sebagainya.
3. Harga pendawaian.
Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai sesuatu
matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih menguntungkan. Perkara
ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti yang
mudah diperolehi.
4. Jenis-jenis beban yang hendak dipasang.
Samada beban itu menggunakan arus yang besar, kecil, berubah atau tetap pada tempatnya
( pegun ), beban kapasitor, beban aruhandan sebagainya.
5. Keadaan tempat yang hendak dibuat pemasangan.
Samada bangunan baru, lama, rumah batu, dalam tanah, dalam dinding dan sebagainya

51

Code No. B01-01-04-LE1-IS1a

Muka: 5

drp : 14

6. Harga pendawaian .
Walaupun harga tidak merupakan faktor yang diutamakan untuk mencapai sesuatu
matlamat, tetapi jika berjimat dan disesuaikan tentulah akan lebih menguntungkan. Perkara
ini termasuklah mendapatkan pekerja, alat-alat yang termurah dan alat-alat ganti yang
mudah diperolehi.
7. Tempoh ketahanan pemasangan.
Ini bererti pemasangan yang hendak dibuat itu untuk tempoh yang lama atau pendek.
Perbezaan tempoh boleh memberikan perbezaan penggunaan kabel dan sistem
pendawaian.
8. Keadah khusus .
Keadah khusus ialah keadaan tertentu yang dihadapi ditempat pemasangan itu seperti
keadan berasap, lembap, panas, berminyak, bahaya mekanikal dan sebagainya. Pemilihan
yang salah boleh membawa akibat yang buruk pada kabel, pemasangan dan pengguna.
9. Masa menyiapkan.
Jika pendawaian itu perlu disiapkan dengan segera, adalah merugikan jika disiapkan lewat
daripada masa yang ditetapkan. Oleh itu penentuan yang tepat masa menyiapkan perlu
diambil kira.
10. Tambahan litar atau perubahan litar.
Jika pemasangan ini berkehendakan perubahan yang kerap, pemilihan sesuatu jenis sistem
pendawaian yang mudah ditambah atau diubah bagi litar itu perlulah diteliti.
11. Kekemasan dan kecantikan.
Jika pengguna memerlukan ppendawaian yang tidak menjejaskan kecantikan bangunan,
pemasangan sistem pendawaian yang kemas perlulah dilakukan.
12. Voltan bekalan .
Voltan bekalan yang berbeza misalnya 1 fasa, 3 fasa 3 dawai, A.T.,A.U. dan besar atau
kecilvoltannya, boleh memberikan perbezaan cara pendawaian. Sebagai contoh pendawaian
bagi voltan lampau rendah tidak boleh disatukan dengan pendawaian voltan rendah. Oleh
kerana itu pemilihan sesuatu jenis pendawaian mestilah sesuai dengan voltan bekalan.

52

Code No. B01-01-04-LE1-IS1a

Muka: 6

drp : 14

ALATAMBAH PENDAWAIAN
Struktur pemegang lampu
1. Ia mempuyai dua terminal iaitu untuk punca sambungan pengalir fasa dan neutral bagi
menyambung kelampu.
2. Pada kedua-dua terminal tedapat spring yang membolehkan terminal tersebut memberi satu
sambungan yang berkesan kepunca lampu.
3. Terdapat dua jenis pemegang lampu iaitu jenis pendant dan betten. Jenis pendent biasanya
disambung ke ros siling dengan menggunakan kord boleh lentur .Manakala jenis batten
dipasang terus kepermukaan dinding atau siling .
4. Bahan buatan bagi membentuk sesuatu pemegang lampu mestilah daripada jenis bahan
penebat yang baik dan mampu untuk menanggung arus beban .Pada kebiasanya pemegang
lampu diperbuat daripada baklit atau tembikar.

5A Lamp Holder

Batten Lamp Holder

53

Code No. B01-01-04-LE1-IS1a

Muka: 7

drp : 14

Peraturan IEE bagi pemegang lampu


1. Pemegang lampu berfilamen hanya digunakan untuk litar yang dibekalkan oleh voltan tidak melebihi
250 volt.
2. Semua jenis pemegang lampu pangkal kilas yang digunakan di tempat lembab atau boleh dicapai
semasa berdiri dari atas logam yang dibumikan hendaklah di bumikan
(a) dibekalkan atau didalam pemegang lampu itu ,
(b) diliputi dengan penebat sepenuhnya
3. Pemegang lampu pangkal kilas jenis acuan penebat mestilah daripada jenis tahan panas (perintang
haba) apabila digunakan pada suhu lebih daripada 135C.
4. Pemegang lampu yang mempuyai sentuhan luar atau berskru ,punca sentuhan luar itu hendaklah
disambungkan kepunca neutral.
5. Pemegang lampu tidak boleh dipasang pada litar yang mempuyai lebihan arus dengan kadaran
yang lebih daripada yang ditetapkan dalam jadual 55B.
6. Pemegang lampu jenis pendent mestilah mengadakan cengkaman atau sebarang cara pelepasan
ketegangan bagi kord boleh lentur.
JADUAL 55B
Perlindungan arus lebihan bagi pemegang lampu

Kadaran maksimum alat perlindungan


arus lebihan yang melindungi litar
Jenis pemegang lampu

Pangkal kilas
Pangkal kilas

B 15
B 22

6 amp
16 amp

Skru Edison
Skru Edison
Skru Edison

B 14
B 27
B 14

6 amp
16 amp
16 amp

54

Code No. B01-01-04-LE1-IS1a

Muka: 8 drp : 14

Soket alur keluar

Soket alur keluar ialah alat yang mempuyai beberapa sesentuh pembawa arus yang tetap dan
disambungkan kepada pemasangan pendawaian tetap
Kegunaannya ialah untuk membolehkan alat elektrik mudah alih disambung klitar akhir
dengan menggunakan palam yang sesuai . Saiz piawai soket alur keluar mengikut piawai
british (BS) adalah seperti berikut:

Jenis soket alur keluar


(BS)
BS 1363
BS 546
BS 169
BS 1778
BS 4343

Arus nominal
13 A
2A , 5A , 15A , 30A
5A , 15A , 30A .
15A
16A , 32A , 63A , 125A.

Struktur binaan soket alur keluar

Bahan buatan bagi soket alur keluar adalah daripada baklit


Didalamnya terkandung terminal-terminal dan tiup-tiup sesentuh bagi pengalir fasa, neutral dan
bumi. Tiub-tiub sesentuh hanya sesuai bagi pin-pin palam tertentu.
Bahan yang digunakan untuk tiub-tiub sesentuh adalah daripada fosfor-gangsa atau loyang
keras dan berada ditempat yang tidak mudah disentuh oleh pengguna.

55

Code No. B01-01-04-LE1-IS1a

Muka: 9

drp : 14

Peraturan IEE bagi soket keluaran


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Punca bumi setiap soket alur keluar mestilah disambung kepengalir keterusan bumi litar akhir
kecil
Soket alir keluar tidak dibenarkan dipasang dalam bilik yang mengandungi air pancut dan
kolah mandi
Bila soket alur keluar dipasang dalam lantai usaha perlindungan hendaklah dibuat agar
semasa membersihkan lantai atau membasuh lantai tidak akan berlaku renjatan elektrik
Bila soket alur keluar dipasang didinding , ketinggian minimum ialah 150mm dari lantai 150mm
dari permukaan kerja.
Soket alur keluar tidak boleh digunakan pada voltan bekalan yang melebihi 250 volt kecuali ia
dibuat khas.
Soket aluar keluar untuk kegunaan alat perkakas seisi rumah mestilah daripada jenis BS
1363.
Bilangan soket alur keluar boleh disambung dari satu litar akhir, jika perlu rujuk BAB LITAR
PENGGUNA

Palam (plug)

Palam ialah satu alat yang mempuyai beberapa pin sesentuh yang akan disambungkan ke
kord boleh lentur dan boleh dihubungkan ke soket alur keluar .
Kegunaan kegunaanya adalah sebagai bahan boleh bergerak yang bersambung kepada alat
elektrik mudahalih dengan kord atau kabel boleh lentur. Saiz piawai bagi palam mengikut
piawai British (BS) adalah sama dengan saiz piawai soket alur keluar.

Struktur binaan palam


1. Palam diperbuat daripada bahan yang tidak mudah terbakar seperti bakelit atau tembikar.
2. Ia mempuyai dua atau tuga pin yang diperbuat daripada bahan fosfor-gangsa atau loyang keras,
pepejal atau berlurah dan dalam bentuk bulat atau leper. Pin bagi punca bumi akan menyentuh
dahulu daripada pin yang lain.
3. Terdapat juga pengepit kord boleh lentur, tujuannya ialah supaya kord boleh lentur tidak akan
terkeluar dari palam apabila punca sambungannya terputus.
4. Bagi palam berfius biasanya fius didalamnya adalah jenis fius katrij iaitu BS 1362 dengan arus
nominal fius tersebut ialah 13A.

56

Code No. B01-01-04-LE1-IS1a

Muka: 10

drp : 14

Peraturan IEE bagi palam


1. Setiap palam yang mempuyai fius mestilah tidak bleh dibalik-balikan dan direka agar fius itu
tidak boleh menyentuh pengalir perlindungan litar
2. Palam tidak boleh digunakan pada voltan bekalan (nomonal) yang melebihi 250 V
3. Cara sambungan pengalir kord atau kabel boleh lentur pada terminal palam boleh dirujuk di BAB
PENGALIR DAN KABEL
Ros siling

Ros siling ialah tempat sambungan penamat pendawaian tetap dan dari sana ia
disambungkan kekord atau kabel boleh lentur untuk sambungan kebeban seperti lampu ,
kipas siling dan sebagainya.
Saiz piawai ros siling mengikut piawai British BS 67.
Ros siling biasanya mempuyai 2 , 3 atau 4 pelit terminal untuk sambungan kabel litar dan
kord boleh lentur.Badan ros siling diperbuat daripada bahan penebat yang teguh iaitu bakelit
atau porselin.

Peraturan IEE bagi ros siling


1.
2.
3.
4.

Tidak dibenarkan untuk kegunaan dipemasangan yang lebih daripada 250 V


Berpelit fasa kekal tidak boleh digunakan pada pendawaian tetap kecuali ia tidak mudah tersentuh
(pengadang )
Tidak boleh dipasang bersama-sama lebih dari satu keluaran kord kabel boleh lentur kecuali ia
dibuat khas bagi berbilang keluaran .
Punca bumi ros siling mestilah disambungkan kepada pengalir perlindungan litar pada setiap litar
akhir

57

Code No. B01-01-04-LE1-IS1a

Muka: 11

drp : 14

Suis

Suis adalah satu alat mekanikal yang boleh memutus, membawa dan menyambung arus litar
secara manual dalam keadaan normal .
Saiz piawai suis yang digunakan di pemasangan domestik mengikut piawai british BS 3676.
Suis digunakan didalam sistem fasa tunggal mestilah daripada jenis suis kutub tunggal.
Terdapat berbagai-bagai jenis suis kutub tunggal yang digunakan dewasa ini yang berbezabeza dari segi bentuk , kawalan dan sebagainya .Diantaranya ialah seperti berikut:
(i) Suis sehala
(ii) Suis dua hala
(iii) Suis peantaraan

Struktur binaan suis


1. Badan dan penutup suis mestilah diperbuat daripada bahan penebat yang baik dan tahan
daripada arus beban yang mengalir melaluinya .Biasanya bahan yang digunakan ialah darijenis
baklit
2. Terdapat dua terminal atau lebih terminal (bergantung kepada jenis suis ) bagi punca
sambungan diantara pengalir fasa bekalan dan beban
3. Kendalian pemutusan suis terdiri daripada dua jenis iaitu sambung dan putus cepat (quick make
and brake) dan celah mikro Pemutusan jenis sambung dan putus cepat, tangkai togel suis
dapat dikendalikan dengan cepat dan pantas.Tujuan ialah untuk mengelakan terbentuknya arka
ketika pemutusan berlaku .Suis jenis ini biasanya ketika menutup dan membuka akan
mengeluarkan bunyi yang kuat
4. Pemutusan secara bukaan celah mikro , tangkai togel suis hanya membuka sesentuh dengan
jarak yang kecil iaitu 6mm dan cara ini hanya sesuai untuk kawalan litar arus ulang alik . Suis
jenis ini dikendalikan dengan tidak mengeluarkan bunyi yang kuat.
5. Jenis bentuk badan suis adalah seperti berikut
(a)
jenis permukaan (tumbler dan flush ivory)
(b)
jenis semi tersembunyi
(c)jenis tarik atau siling
(d)
jenis khusus untuk pemasangan dalam sistem konduit

58

Code No. B01-01-04-LE1-IS1a

Muka: 12 drp : 14

Peraturan IEE bagi suis


1. Dipepasangan bekalan dua dawai satu daripada kutubnya berbumi , semua fius dan alat
kawalan satu kutub mestilah disambung kedawai hidup sahaja
2. Setiap suis atau pemutus litar yang tidak diketahui tugasnya mestilah ditandakan.
3. Suis yang digunakan untuk mengawal peralatan lampu dan peralatan elektrik mestilah
diasingkan dariada peralatan tersebut kecuali pengalir hidup suis hendaklah sependek-pendek
yang boleh dan dihadang disekelilingnya
4. Setiap suis yang digunakan untuk bilik mandi mestilah diletakan ditempat yang tidak mudah
dicapai oleh pengguna
5. Arus nominal bagi setiap suis yang mengawal litar lampu discas mestilah tidak boleh kurang
daripada dua kaliganda jumlah arus tetap yang mengalir didalam litar
6. Sekiranya suis tersebut digunakan untu mengawal lampu filamen dan discas , arus nominalnya
mestilah tidak boleh kurang daripada jumlah arus lanpu filamen dan duakaliganda jumlah arus
tetap bagi lampu discas.
Papan agihan

Papan agihan adalah satu tempat pengagihan pengalir kabel litar akhir, ini termasuklah pengalir
fasa, neutral dan bumi.

Struktur binaan papan agihan


1. Badan papan agihan diperbuat daripada kotak kayu atau kotak logam
2. Didalamnya terkandung beberapa tapak dan penghubung fius , terminal neutral dan terminal
bumi .
3. Terminal-terminal ini hendaklah dibuat agar tidak tersentuh antara satu sama lain Kadar arus
nominal fius dalam papan agihan bergantung kepada jumlah arus beban dalam litar akhir.

59

Code No. B01-01-04-LE1-IS1a

Muka : 13

drp : 14

4. Papan pengagihan hendaklah dipasang dalam kotak bertutup ditempat yang mudah
diperiksa dan tertulis :
i) Kadar fius dan pemutus litar
ii) Saiz kabel
iii) Kegunaan setiap litar bagi kotak pengagihan fius utama tempat bacaan kabel di
ambil dari pelindung lebihan arus kelas halus(close excess current protection) dan
hendaklah dipastikan faktor fiusnya tidak melebihi 1.5A.
5. Papan agihan yang tidak bertutup dibelakangnya hendaklah dipasang dipermukaan yang
tahan kebakaran atau lain-lain agar ia tetap tertutup rapi.

60

Code No. B01-01-04-LE1-IS1a

Muka: 14

drp : 14

Soalan
1. Pemegang lampu ada dua jenis
i..
ii.
2. Berikan 2 peraturan IEE berkenaan dengan pemegang lampu
i
ii..
3. Soket alir keluar jenis BS 1363 membawa arus nominal...amp dan jenis
BS 177 membawa arus nominal..amp.
4. Terdapat berbagai-bagai jenis suis kutub tunggal diantaranya ialah
i..
ii.
iii
5. Papan agihan adalah satu tempat pengagihan pengalir kabel litar akhir , ini termasuklah
pengalir ., dan .
6. Apakah takrif sistem pendawaian ?
7. Nyatakan 5 faktor pemilihan sistem pendawaian.
8. Apakah jenis kabel yang digunakan bagi sesuatu sistem pendawaian permukaan?
9. Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Pendawaian Permukaan Satu Fasa?
10. Nyatakan 5 jenis sistem pendawaian elektrik yang anda tahu .

Rujukan:
PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN
EDISI KEDUA,
ABD.SAMAD HANIF.,DBP 2000,

61

No. &
TAJUK
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN
No. & TAJUK
TUGASAN

LE1 Install Surface Single Phase Wiring

TASK 02.01 Carry-Out Single Phase Surface Wiring

Code No. : B01-01-04-LE1-IS1b

Muka : 1 drp. : 7

TAJUK : LITAR AKHIR LAMPU


TUJUAN:
Kertas penerangan ini menerangkan istilah suis dan jenis jenis suis yang digunakan dalam
sistem pendawaian yang di malaysia dan cara-cara pemasangan litar loceng serta litar lampu.
PENERANGAN:
Pendawaian Litar Lampu
Litar lampu mempunyai berbagai kaedah kawalan suis. Diantaranya ialah:
Kawalan suis sehala
Kawalan suis dual hala
Kawalan suis pertengahan
Kawalan suis pemalap

62

Code No. B01-01-04-LE1-IS1b

Muka: 2

drp : 7

Kawalan Suis Sehala


Menggelung kedalam (looping in) kaedah biasa litar lampu. Suis boleh mengawal satu atau lebih
punca lampu dengan syarat ketahan arus suis lebih dari arus beban.

Kawalan Suis Dua Hala


Kawalan sebuah atau lebih lampu dari dua suis kawalan. Contoh penggunaan ialah lampu bilik
tidur atau lampu koridor.

63

Code No. B01-01-04-LE1-IS1b

Muka: 3

drp : 7

Kawalan Suis Pertengahan


Kawalan sebuah atau lebih lampu dari tiga atau lebih suis kawalan. Contoh penggunaan ialah
lampu tangga bagi bangunan bertingkat.

Kawalan Suis Pemalap


Suis mengawal kececerahan satu atau lebih lampu. Contoh penggunaan ialah di bilik tidur atau
dewan / bilik persidangan.
Koordinasi Alat Pelindung dan Saiz Kabel Litar Lampu
Peraturan IEE : Ib In Iz
Dimana : Ib - arus bebab / rekabentuk
In - arus setting / kadaran alat pelindung
Iz - kadaran kapasiti arus kabel

1.5mm2
6A
1

10 mata lampu +
kipas

Gambarajah Skema

64

Code No. B01-01-04-LE1-IS1b

Muka: 4

drp : 7

Pengiraan :
Ib :

Bilangan maksima satu litar


Satu point mata lampu dianggap 100W
10 x 100W
240
= 4.17 A

In :

6A (mcb) @ 5A (fius)

Iz :

1.5mm2 ; kapasiti arus kabel 17A.

Koordinasi alat pelindung dengan saiz kabel:


4.17A 6A 17A
Faktor tambahan litar akhir lampu:
1.
2.
3.
4.

Pengiraan arus beban lampu discas ditambah dengan faktor 1.8.


Pemilihan kadaran suis bagi lampu discas tidak kurang daripada 2 x arus beban.
Kipas angin di anggap menngunakan kuasa 60W.
Kapasiti arus kabel perlu merujuk jadual 4D4A dan 4D4B Peraturan IEE Edisi 16.

Peraturan IEE
1. Bagi menentukan litar akhir lampu, jumlah permintaan arus mestilah sesuai dengan alat
perlindungan litar dan perlu berpandukan daripada jadual Peraturan.
2. Bagi menentukan litar akhir lampu discas, jumlah permintaan arus mestilah didarabkan
dengan 1.8 dan sesuai dengan alat perlindungan litar.
3. Kapasiti membawa arus kabel mestilah tidak boleh kurang daripada kadaran alat
perlindungan.
Peraturan JKR
Setiap litar akahir lampu mestilah dilindungi dengan alat perlindungan yang arus nominalnya 5A
dan bilangan amaksimum beban yang boleh disambung ialah 10 unit. Setiap unit yang
disambung, permintaan arusnya dinilaikan 100W per pemegang lampu.

65

Code No. B01-01-04-LE1-IS1b

Muka: 5 drp : 7

Loceng Elektrik
Loceng elektrik terdiri dari suatu elektromagnet berbentuk U, armatur besi lembut, penukul dan
sebuah gong. Magnet terdiri dari besi lembut dua kutub yang dililit dengan dawai kuprum bertebat
samada berenamel atau di balut dengan sutera, manakala hujung-hujung kutub diketatkan kepada
suatu rangka besi yang bertindak sebagai dening magnet. Armatur adalah sebatang besi lembut
yang disokong oleh satu spring rata di mana ia akan ditarik oleh hujung-hujung kutub apabila arus
mengalir melalui gelung.
Transformer Loceng
Loceng elektrik dikendalikan bukan sahaja dengan menggunakan arus terus, tetapi juga arus
ulang alik. Apabila arus terus mengalir melalui gegelung sesuatu elektromagnet, kutuk magnet
yang berbentuk mempunyai kekutuban yang tetap mengikut likaran arus. Jika arah terus
disongsangkan, kekutuban akan berubah, di mana kutub U menjadi kutub S dan sebaliknya.
Didalam tiap-tiap kes, tindakan magnet ialah untuk menarik armatur dalam usaha untuk
memendekkan lintasan fluks magnet. Dengan ini loceng akan bekerja dengan menggunakan arus
balikan atau ulang-alik. Untuk menjimatkan kos dan kesukaran menggunakan sel-sel primer, litar
loceng boleh di sambungkan dengan bekalan arus ulang-alik melalui transformer menurun.
Transformer loceng adalah murah dan menjimatkan .Voltan primer atau sesalur standard ialah
200 ke 250V dengan pengambilan voltan sekunder untuk jenis kelas A.4,8 dan 12V, dan untuk
kelas B pula 6V.
Litar Akhir Loceng Elektrik

Litar akhir dikawal oleh perjalanannya sendiri dari papan agihan dengan alatambah suis
kawalan kutub tunggal, transformer loceng, suis tekan dan loceng.
Suis kutub tunggal mengawal transformer dan disambungkan pada bahagian masukan,
biasanya gegelung 240V ac.
Bahagian sekunder transformer, voltan lampau rendah (6V atau 12 V) disambung kepada
suis tekan dan loceng.
Voltan lampau rendah bertujuan mengurangkan risiko renjatan pengguna keran suis tekan
kebiasaanya terletak di luar.

66

Code No. B01-01-04-LE1-IS1b

Muka: 6 drp : 7

1.5mm2

6A
1

1 bil 1 hp pendingin udara

Gamabarajah Skematik

E
N
L

240V

12V
Loceng /Door Chime

Transformer Loceng

Suis Kutub Tunggal

Suis Loceng

Gambarajah Pendawaian
Peraturan IEE litar loceng
1.
2.
3.
4.

Transformer mestilah jenis lilitan ganda dua.


Litar loceng yang menggunakan transformer mestilah diasingkan daripadalitar-litar akhir yang lain.
Satu punca dari lilitan sekunder, dan bahagian logam transformer mestilah di bumikan.
Pendawaian litar loceng sama ada yang menggunakan pengubah atau tidak mestilah di asingkan
daripada pendawaian litar-litar lampu dan kuasa.

67

Code No. B01-01-04-LE1-IS1b

Muka: 7

drp : 7

SOALAN:
1. Nyatakan 2 jenis kumpulan lampu yang anda tahu serta jenis lampunya?
a.
b.
2. Apakah kelebihan lampu pendaflour berbanding lampu pijar ?
3. Nyatakan 2 perbezaan diantara lampu pijar dan lampu pendaflour.
4.

Sebuah lampu tiga filamen 115W ,240V memerlukan arus sebanyak 0.3A dan lampu
nyahcas ,120W ,240V sebanyak 2.5A.kira kadaran arus suis yang digunakan.

5. Berapakah kadaran mcb yang digunakan bagi litar akhir lampu ?


6. Nyatakan mengapakah suis loceng disambungkan dengan bekalan voltan lampau rendah?
7. Jelaskan apayang dimaksudkan dengan transfomer loceng kelas A dan kelas B.
8. Mengapakah bahagian sekunder transformer loceng perlu dibumikan?
9. Terangkan dengan bantuan gambarajah binaan sebuah Door Chime dan namakan bahagianbahagiannya.

Rujukan:
PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK
ABD. SAMAD HANIF
DBP EDISI KEDUA,2000

68

No. &
TAJUK
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN
No. & TAJUK
TUGASAN

LE1 Install Surface Single Phase Wiring

TASK 02.01 Carry-Out Single Phase Surface Wiring

Code No. : B01-01-04-LE1-IS1c

Muka : 1
10

drp. :

TAJUK : LITAR AKHIR KUASA


TUJUAN:
Kertas penerangan ini menerangkan istilah litar jejari dan litar gelang yang digunakan dalam
sistem pendawaian yang di Malaysia dan cara-cara pemasangannya berserta dengan litar akhir
pendingin udara.

PENERANGAN:
Jenis litar kuasa:
1.
2.
3.
4.
5.

Litar akhir soket alir keluar BS 1363


Litar akhir soket alir keluar BS 196
Litar akhir soket alir keluar BS 4343
Litar akhir pemasak
Litar akhir pemanas air

69

Code No. B01-01-04-LE1-IS1c

Muka: 2

drp : 10

Litar Akhir Soket Alir Keluar BS 1363

Soket alir keluar jenis ini arus nominalnya 13A. Boleh dibuat dengan menyambung secara :
1.
2.

Litar jejari (Radial circuit)


Litar gelang ( Ring circuit)

Litar Jejari
Dalam suatu litar jejari konduktor berakhir di outlet yang penghabisan. Bilangan outlet dalam litar
adalah 2 soket alir keluar. Bilangan soket tidak terhad dalam luas lantai hingga kepada maksimum
yang dibenarkan (rujuk Jadual A 5), tetapi dalam kes ini akan di tentukan oleh beban yang
dianggarkan dan kekangan prlindungan kejutan.

2.5mm2
16A
1

1 bil. 13A s.s.a.k

20A
2

2 bil. 13A s.s.a.k

Gambarajah Skema

Litar Gelang
Konduktor litar membentuk satu gelang berterusan bermula pada dan balik kepada litar asal.
Konduktor perlindungan litar itu juga disambungkan dalam satu gelung kecuali dimana konduit
logam, penyaluran atau sarung kabel digunakan sebagai satu konduktor perlindungan.

70

Code No. B01-01-04-LE1-IS1c

Muka: 3

drp : 10

Sulur
Sulur adalah satu cabang kabel disambung daripada litar jejari atau gelang.Terbahagi kepada 2
jenis :

Sulur tidak berfius

Sulur berfius

Sulur tidak berfius


Disambung pada:
(i) punca soket alir keluar
(ii) peti sambungan atau
(iii) papan agihan
Kapasiti arus kabel lebih atau sama dengan litar gelang.
Bilangan soket yang boleh disambung:
(i) 1 soket alir keluar;
(ii) 1 soket keluar berkembar;
(iii) 1 alat pegun
Sulur berfius
Bilangan sulur tidak terhad
Disambung pada peti fius
Kadar fius tidak lebih 13A

2.5mm2
32A
1

10 bil. 13A s.s.a.k

Gambarajah Skema

71

Code No. B01-01-04-LE1-IS1c

Muka: 4

drp : 10

Peraturan IEE bagi litar jejari dan litar gelang BS 1363


1. Bagi menentukan jumlah litar akhir dan saiz pengalir hendaklah berpandukan kepada jadual
A 5.
2. Bilangan soket tidak terhad dengan syarat mampu mengendalikan perlindungan arus
lebihan.
3. Kelonggaran kepelbagaian tidak dibenarkan bagi soket BS 4343.
4. Bagi sistem TT, semua soket alir keluar dilindungi pemutus litar arus baki dengan
kendaliannya tidak melebihi 30mA.
Peraturan IEE khas bagi litar gelang
1. Setiap pengalir bermula dari satu fius/mcb dalam papan agihan dan disambungkan ke soket
alir keluar dan berakhir dipunca yang sama di papan agihan.
2. Pengalir perlindungan disambung sama seperti pengalir fasa dan neutral.
3. Kapasiti membawa arus kabel tidak boleh kurang daripada 0.67 kali kadaran arus fius atau
mcb litar.
4. Apabila terdapat 2 atau lebih litar gelang dipasang dalam satu bangunan yang sama, agihan
soket mestilah sama banyak bagi setiap fasa.
5. Alat tetap dalam litar gelang mestilah berfius tidak melebihi 13 amp. Sekiranya ia adalah alat
pemasak elektrik, alat tersebut mestilah dikawal oleh suis dengan jarak tidak melebihi 2
meter atau sulur berfius digantikan dengan pemutus litar berkadar tidak melebihi 16 amp.
6. Alat pemanas, pemanas air takungan lebih 15 literdan pemanas immersion tidak boleh
disambung pada litar gelang. Litar akhir berasingan perlu diagihkan bagi beban.

Jadual A 5

Litar

Alat perlindungan arus lebih

Gelang

30 atau 32A

Sebarang jenis

Jejari

30 atau 32A

HRC @ mcb

Jejari

20A

Sebarang jenis

Saiz minimum konduktor


Penebat
Penebat
Kabel
p.v.c/getah p.v.c/getah penebat
konduktor konduktor
mineral
kuprum
aluminium pengalir
kuprum
(mm)
(mm)
(mm)

Luas
Lantai
(m)

2.5

1.5

100

2.5

50

2.5

1.5

20

72

Code No. B01-01-04-LE1-IS1c

Muka: 5

drp : 10

Litar Akhir Soket Alir Keluar BS 196

Biasa digunakan di industri-industri atau makmal-makmal.


Kaedah sambungan sama dengan soket alir keluar BS 1363.
Kadar arus nominal 5A, 15A, 30A.

Peraturan IEE BS 196


1.
2.
3.
4.
5.

Penggunaan sistem bekalan TN dan TT hanya untuk palam berfius dan dibuat agar
kedua-kua kutub tidak terbalik sambungan.
Kadaran maksimum alat pelindung adalah 32 amp.
Semua sulur mesti berfius dengan kadaran tidaka melebihi 16 amp.
Bilangan tidak terhad tetapi mampu mengendalikan alait perlindungan.
Tidak dibenarkan kelonggaran kepelbagaian bagi sambungan tetap, oleh itu alat
tersebut mestilah dilindungi samada :
Fius yang kadarannya kurang 16A dan suis yang dipasang pada jarak tidak lebih 2 meter;
atau
Pemutus litar kadarannya kurang daripada 16A.

Litar Akhir Soket Alir Keluar BS 4343

Digunakan di industri sahaja.


Dipasang dalam litar akhir jejari sahaja.
Kadaran arus nominal ialah 16A, 32A, 63A dan 125A.

Peraturan IEE BS 4343 (khas bagi 16A)


1. Kesemua litar BS 4343 kecuali jenis 16A mestilah mempunyai litar akhir berasingan.
2. Bagi soket alir keluar 16A bilangan tidak terhad dengan syarat mampu mengendalikan alat
perlindungan.
3. Kadaran maksimum arus nominal alat perlindungan tidak melebihi 20A.
4. Kapasiti membawa arus kabel tidak kurang dari kadaran alat perlindungan.
5. Beban yang disambung pada soket alir keluar 16A boleh dikira kepelbagaian.

73

Code No. B01-01-04-LE1-IS1c

Muka: 6

drp : 10

Litar Akhir Pemasak

Alat pemasak disambungkan dengan menggunakan kord atau kabel mudah lentur ke soket
alir keluar.
Alat pemasak lebih daripada 3kW tidak boleh dianggap mudahalih dan disambung
menggunakan litar akhir tersendiri.
Alat kawalan pemasak adalah jenis suis dua kutub.

4.0mm2
2.5mm2

16A
1

32A

1 bil cooker tidak lebih 3 kW


1 bil. Cooker tidak melebihi 8 kW

Gambarajah Skema
Peraturan IEE litar akhir alat pemasak
1. Bagi menentukan permintaan arus minima dinilai seperti berikut:
2. Litar akhir yang kadarannya 15A hingga 50A boleh membekal 2 atau lebih alat pemasak
dalam satu bilik.
3. Setiap alat pemasak dikawal oleh suis dengan jarak tidak lebih 2 meter didalam bilik yang
sama. Satu suis boleh mengawal 2 alat pemasak dalam satu bilik, dengan syarat kedua-dua
alat pemasak itu tidak lebih 2 meter daripada suis tersebut.
Litar Akhir Pemanas Air

Litar akhir pemanas dikawal oleh perjalanannya sendiri dari papan agihan ke suis kawalan
dan berakhir di siling ros tiga plat/punca.
Alat pemanas disambungkan dengan menggunakan kord atau kabel mudah lentur ke siling
ros tiga plat/punca.
Litar akhir mesti dilindungi dengan pemutus litar arus baki dengan kepekaan 10mA.
Suis kawalan pemanas air adalah jenis suis dua kutub.

74

Code No. B01-01-04-LE1-IS1c

Muka: 7

drp : 10

4.0mm2

16A
1

1 bil alat pemanas tidak lebih 1.5 kW

Gambarajah Skema
Ringkasan

Penggunaan gelang dan litar jejarian boleh memberikan pereka bentuk lebih keboleh lenturan
apabila merancang sesuatu pemasangan. Litar gelung akhir boleh membenarkan sebilangan
besar soket outlet untuk disambungkan kepada litar tunggal.
Bagaimanapun pengawasan perlu diambil kira bagi memastukan bahawa litar itu tidak
dilampau bebankan dan saiz kabel yang betul digunakan berhubung dengan saiz dan jenis
alat perlindungan arus lebih. Litar akhir jejarian tidak membentuk satu gelang yang lebih
besar.
Pada amnya soket outlet tidak dibenarkan digunakan dalam bilik mandi, kecuali soket
pencukur jenis BS 3025 yang mengabungkan transformer memencil lilitan kembar.
Litar pemasak adalah relatif kepada jumlah beban pemasak. Jarang-jarang sekali pemasak
itu dipasang pada satu masa ,dengan termostat dan simerstat berkerja terus, suatu formula
boleh digunakan untuk menentukan suatupermintaan arus yang dianggap kurang daripada
jumlah beban.

LITAR AKHIR PENDINGIN UDARA


Pendingin udara beroperasi dengan penggunaan 2 motor elektrik iaitu untuk penghembus udara
(blower fan) dan pemanpat (compresor). Dari peraturan I.E.E/ J.B.E telah mengkhususkan bahawa
setiap motor yang berkadar lebih daripada 0.35 kilowat mestilah mempuyai penghidup motor yang
membolehkan ia di mula dan dihentikan.
Sebuah penghidup yang paling mudah ialah satu bentuk yang boleh menyambungkan dan
menanggalkan punca-punca motor dari talian. Ia hendaklah dibekalkan dengan satu perlindung
beban lampau bagi motor tersebut.Unit kawalan pendingin udara dibahagikan beberapa bahagian
yang memainkan peranan seperti yang dikehendaki bagi sebuah pemula / penghidup motor elektrik.

75

Code No. B01-01-04-LE1-IS1c

Muka: 8

Punca kuasa untuk pendingin udara yang berkuasa lebih daripada 0.5 kuasa kuda
satu alat kawalan yang terkandung bersamanya:

drp : 10
diambil dari

1. Satu suis dua kutub


2. Satu pemula motor
3. Soket alir keluar 15Amp

Suis kutub yang digunakan dalam alat kawalan ini bertujuan mengadakan kemudahan
pengasingan bagi litar tersebut.
Pemula motor yang digunakan adalah jenis Pemula Talian Terus (Direct On Line
Starter).Tujuan penghidup ini dipasang adalah:
i) menghadkan atau mengelakan dari motor lampau beban .
ii) motor hidup dengan sendiri selepas kegagalan bekalan.
2 komponen penting yang terdapat dalam pemula ialah penyentuh (contactor) dan genganti
lampau beban (thermal overload relay).
Penyentuh mengadakan kemudahan perlindungan tanpa voltan (no volt protection ) yang
berfungsi mengelakan motor dari hidup dengan sendiri selepas kegagalan bekalan. Sesentuh
tambahan disambung secara selari dengan penyentuh sebagai suis punat tekan hidup( On
push button ) bagi alat kawalan tersebut.
Geganti beban lampau digunakan bagi menghadkan arus kendalian pendungin udara bagi
mengelakan beban lampau yang berpanjangan berlaku . Tatahan yang tedapat pada geganti
tesebut dibuat .1.2 kali arus nominal alat pendingin udara . Sesentuh sentiasa tertutup
(Normally close contact) kadang-kala digunakan sebagai suis berhenti (Off swicth ) bagi
pemula .
Soket alirkeluar 15 Amp adalah punca kuasa yang disambungkan kepada pendingin udara.
Alat ini mengadakan kemudahan pengasingan bagi kerja-kerja baik pulih yang mungkin
dilakukan kepada alat pendingin udara tersebut .

6.0mm2
4.0mm2

16A
1

1 bil 1 hp pendingin udara

32A
2

Gambarajah Skema

76

Code No. B01-01-04-LE1-IS1c

Muka: 9 drp : 10

Suis dua Kutub


Off Swicth

Overload relay
On Swicth
C

No Volt coil

C (Penyentuh)
Holding Relay

Thermal Overload Relay

15 A Soket Outlet

Gambarajah Litar Unit Kawalan Pendingin Udara

Operasi Litar:
Apabila suis punatekan mula (On push button) di tekan, gegelung tanpa voltan (No volt coil) akan
mendapat tenaga elektrik. Sesentuh tambahan sentiasa terbuka yang disambung selari dengan
punat tekan mula akan menutup. Jika punat tekan henti (Off push button) di tekan, gegelung akan
kehilangan tenaga elektrik. Jika terdapat kelebihan arus dimotor, geganti beban lampau akan
bekerja yang mana boleh menyebabkan litar terputus memberikan pelindung pada motor. Kadaran
arus yang ditetapkan pada beban lampau adalah 125% dari pada arus mula bagi sesebuah motor
pemampat tersebut.

77

Code No. B01-01-04-LE1-IS1c

Muka: 10

drp : 10

SOALAN.
1. Nyatakan 2 jenis litar soket alir keluar yang anda tahu dan nyatakan kelebihan setiap

satunya.

2. Apakah yang dimaksudkan dengan sulur .


3. Nyatakan dua jenis litar jejari.
4. Mengapakah litar gelang selalu digunakan semasa mendawai soket alir keluar yang banyak?
5. Terangkan bagaimana prosedur atau cara-cara memasang soket alir keluar di bilik mandi.
6. Namakan jenis penghidup yang digunakan bagi unit pendingin udara.
7. Nyatakan 3 peraturan IEE yang berkaitan dengan litar akhir pendingin udara?
8. Namakan alat-alat perlindungan yang ada bagi penghidup motor sesebuah pendingin udara.
9. Apakah fungsi sebenar penghidup motor bagi sesebuah pendingin udara?

Rujukan:
PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK
ABD. SAMAD HANIF
DBP EDISI KEDUA,2000

78

No. &
TAJUK
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN
No. & TAJUK
TUGASAN

LE1 Install Surface Single Phase Wiring

TASK 02.01 Carry-Out Single Phase Surface Wiring

Code No. : B01-01-04-LE1-IS1d

Muka : 1 drp. : 9

TAJUK : PENGALIR DAN KABEL


TUJUAN:
Kertas penerangan ini akan menerangkan tentang pengenalan jenis-jenis kabel elektrik dalam sukatan
unit 79lectr dan anda juga akan didedahkan tentang peraturan IEE/JBE yang berkaitan
PENERANGAN:

Kabel merupakan sambungan yang perlu diantara mesin yang menjana tenaga elektrik
dengan radas yang menggunakannya. Kabel-kabel ini terdiri dari pelbagai saiz dan jenis.

Keperluan penting bagi satu kabel ialah kabel itu seharusnya mengalirkan tenaga elektrik
dengan cekap, selamat dan murah.

Untuk maksud ini kabel seharusnya tidaklah begitu kecil sehingga mempunyai susutan voltan
yang besar. Kabel pula tidak terlalu besar sehingga melibatkan perbelanjaan yang besar bagi
menyediakanya.

Penebatan hendaklah sebegitu rupa sehingga boleh emngelakkan kebocoran arus dalam
arah-arah yang tidak dikehendaki, dan dengan itu mengurangkan risiko kebakaran dan
renjatan.

Satu kabel mempuyai 3 bahagian utama :


-

pengalir
penebatan
perlindungan mekanik

79

Code No. B01-01-04-LE1-IS1d

Muka: 2

drp : 9

Pengalir

Satu bahan yang membenarkan pengaliran 80lectron bebas atau arus secara bebas.
Jenis pengalir yang biasa digunankan:
- perak
- Kuprum
- Akuminium
- Timah
- Plumbum

Perak
Suatu pengalir yang terbaik tetapi mahal untuk kegunaan pengalir biasa.
Digunakan untuk menyalut sesentuh pada suis dan pengalir dalam komponen elektronik.
Nilai kerintangannya ialah 16/mm.
Kuprum
Suatu pengalir kedua terbaik.
Biasanya digunakan sebagai pengalir kabel atau pengalir-pengalir selain daripada kabel yang
digunakan dalam pemasangan.
Nilai kerintangan ialah 17.5/mm.
Aluminium
Suatu pengalir yang ringan dibandingkan dengan pengalir lain.
Digunakan sebagai kabel / dawai talian atas atau kabel bukan boleh lentur bagi voltan rendah.
Nilai kerintangan ialah 28.4/mm.
Timah
Pengalir yang digunakan sebagai bahan sadur untuk cantuman pangalir kabel.
Mudah cair apabila dipanaskan.
Nilai kerintangan ialah 120/mm.
Plumbaum
Pengalir dari jenis yang keras.
Digunakan sebagai penaglir bumi dan pesalut untuk kabel bawah tanah.
Nilai kerintangan 220/mm.

80

Code No. B01-01-04-LE1-IS1d

Muka: 3 drp : 9

Penebat

Bahan yang menghalang atau tidak membenarkan arus mengalir melaluinya dengan mudah.
Bahan yang biasa gunakan:
- getah
- polivinil klorid
- kertas terisitepu
- penebatan mineral
- bakelit

Getah
Pebat yang mempunyai rintangan tinggi.
Biasa digunakan untuk meyaluti pengalir kabel.
3 jenis : - getah vulkan (suhu kendalian 60C)
- getah butil (suhu kendalian 85C)
- getah silikon ( suhu kendalian 145C)
Kebaikan:
(i)
Penebat yang baik
(ii)
Tidak mudah dimasuki air
(iii)
Mudah lentur
Kekurangan:
(i)
Mudah terbakar
(ii)
Mudah rosak apabila terkena sinaran matahari
Polivinil Klorid
Suatu jenis bahan penebat campuran antara plastik dan getah.
Digunakan sebagai bahan penebat kabel .
Suhun pengendalian ialah 70C.
Kebaikan:
(i)
Tahan dari tindabalas kimia dan sinaran matahari
(ii)
Tidak mudah terbakar
Kekurangan:
(i)
Mahal
(ii)
Tidak mempunyai darjah perlindungan mekanikal yang sama
Kertas Terisitepu
Bahan penebat yang boleh meresapi lembapan.
Biasan digunakan unruk penebat kabel bawah tanah.

81

Code No. B01-01-04-LE1-IS1d

Muka: 4

drp : 9

Penebatan Mineral
Bahan penebat dari jenis mineral tahan panas, minyak dan sebagainya.
Contoh mineral magnesium oksid.
Bakelit
Penebat yang digunakan bagi membentuk aksesori elektrik didalam pemasangan.
Rintangan penebat tinggi dan mampu menghalang arus mengalir melaluinya.
Kabel

Umumnya adalah satu bahan yang membentuk sesuatu litar pada beban dalam pemasangan
elektrik.
Satu kabel mempuyai 3 bahagian utama iaitu pengalir, penebatan dan perlindungan mekanik.

Pengalir kabel

Biasanya dibuat daripada kuprum dan aluminium.


Pemilihan kuprum sebagai pengalir kabel :
(i)
kerintangan yang rendah
(ii)
mudah dibentuk menjadi pengalir
(iii)
mudah disadur untuk tujuan pematerian
Pengalir dilembarkan sebanyak 3, 7, 19, 24, 37, 91 atau 197 dan sebagainya bertujuan mudah
dilentur semasa kerja-kerja pendawaian.
2 cara menyatakan saiz kabel:
(i)
Bilangan lembaran pengalir; 7/1.04 mm
(ii)
Luas keratan rentas keseluruhan pengalir ; 6.0 mm2.
Raintangan sesuatu pengalir bergantung kepada:
(i)
Luas muka keratan
(ii)
Panjang pengalir
(iii)
Jenis bahan pengalir
(iv)
Suhu

Penebat Kabel

Mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus terkeluar dan disentuh oleh pengguna.
Pemilihan sesuatu kabel bergantung kepada jenis penebatnya.

82

Code No. B01-01-04-LE1-IS1d

Muka: 5

drp : 9

Pelindung Mekanikal
Suatu bahan yang disalut atau dilapikkan sekeliling penebat kabel untuk mengelak kerosakan
ke atas kabel semasa pemasangan dan sepanjang perkhidmatannya.
Cara atau bahan pelindung mekanikal kabel :
(i)
Salutan polivinil klorid
(ii)
Salutan getah
(iii) Dawai atau pita keluli dalam bentuk perisai
(iv) Salutan plumbum
(v)
Salutan kuprum
(vi) Konduit atau sesalur atau salur
Kelas Teras Kabel

Teras tunggal
2 teras
3 teras
Berbilang teras

Jenis Kabel Pengalir Kuprum


1.
2.
3.
4.
5.

Kabel penebat pvc (single pvc)


Kabel pvc atau getah bersalut pvc/getah (pvc/pvc)
Kabel berpenebat pvc berperisai
Kabel penebat mineral (MICS)
Kabel penebat kerta bersalut plumbum (PILC)

Kord dan Kabel Boleh Lentur

Mempuyai lembaran pengalir yang banyak dan halus bertujuan mudah dilentur.
Kord boleh lentur (flexible cord) : luas keratan rentas kurang dari 4.0mm2.
Kabel boleh lentur (flexible cable) : luas keratan rentas lebih dari 4.0mm2.
Kegunaan kord boleh lentur :
(i) siling ros dan pemegang lampu anting-anting
(ii) plug atau palam dan alat mudah alih.

83

Code No. B01-01-04-LE1-IS1d

Muka: 6

drp : 9

Pengenalan kabel
Pengenalan bagi kabel bukan boleh lentur
1. Warna campuran hijau dan kuning untuk pengalir perlindungan sahaja.
2. Bagi kabel pvc, getah, pvc berperisai dan penebat mineral teras tunggal, 2 teras atau berbilang
teras cara pengenalan adalah secara berikut:
Fungsi Kabel

Pengenalan Warna

Pengalir perlindungan
Pengalir litar satu fasa
Fasa R bagi litar tiga fasa
Fasa Y bagi litar tiga fasa
Fasa B bagi litar tiga fasa
Positif bagi litar 2, 3 dawai a.t.
Negatif bagi litar 2, 3 dawai a.t.
Negatif bagi litar 3 dawai a.t.
Dawai tengah bagi litar 3 dawai a.t.

Hijau dan kuning


Merah atau kuning atau biru
Merah
Kuning
Biru
Merah
Hitam
Biru
Hitam

3. Bagi kabel penebat kertas pengenalan kabel menggunakan kod teras seperti jadual dibawah.
Fungsi Kabel
Fasa R bagi litar tiga fasa
Fasa Y bagi litar tiga fasa
Fasa B bagi litar tiga fasa
Pengalir neutral

Pengenalan
Kod
1
2
3
0

Pengenalan bagi kord dan kabel boleh lentur


Bagi kord dan kabel boleh lentur pengenalan adalah seperti berikut:
Bilangan Teras
1, 2 dan 3
4 atau 5

Fungsi teras kabel


Pengalir fasa
Pengalir neutral
Pengalir perlindungan
Pengalir fasa
Pengalir neutral
Pengalir perlindungan

Pengenalan warna
Coklat
Biru
Hijau kuning
Coklat atau hitam
Biru
Hijau kuning

84

Code No. B01-01-04-LE1-IS1d

Muka: 7 drp : 9

Peraturan IEE Kabel Umum


1. Bagi semua jenis kabel, jika luas keratan rentas pengalirnay 10mm2 atau kurang, maka
pengalirnya hendaklah darupada kuprum.
2. Kadaran voltan bagi setiapkabel mestilah tidak kurang daripada voltan nominal (bekalan)
atau voltan yang ditetapkan.
3. Kapasiti membawa arus setiap kabel mestilah tidak kurang daripada arus maksima yang
mengalir dalam kabel.
4. Susutan voltan bagi setiap kabel mestilah tidak melebihi 4% daripada voltan nominal atau
bekalan ketika arus beban penuh.
5. Setiap pengalir kabel yang disambung secara selari dari satu litar akhir mestilah sama dari
segi jenisnya, luas keratan rentas, panjang dan kedudukan pendawaian.
Peraturan IEE Kord dan Kabel Boleh Lentur (penggunaan)
1. Kord dan kabel boleh lentur boleh dipasang pada semua alat elektrik berkadaran kurang
daripada 3kW.
2. Dawai perisai pada kord dan kabel boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pengalir
perlindungan litar, oleh itu satu pengalir perlindungan litar berasingan mesti di adakan.
3. Kord dan kabel boleh lentur tidak boleh digunakan sebagai pendawaian tetap kecuali ia
sependik yang mungkin.
4. Pada keadaan yang terdedah kord dan kabel boleh lentur hendaklah seberapa penndik yang
boleh dan mesti dilindungi dari kerosakan mekanikal.
5. Kord boleh lentur yang bersambung pada ros siling atau pemegang lampu mestilah
mempunyai cengkaman yang kuat atau sebarang cara pelepasan ketegangan.
6. Berat maksima yang boleh ditanggung oleh kord boleh lentur adalah seperti berikut:

Lembaran dan Luas keratan Berat


garispusat
rentas
maksima
16/0.2 mm
24/0.2mm
32/0.2mm

0.5 mm2
0.75 mm2
1.0 mm2

2 kg
3 kg
5 kg

85

Code No. B01-01-04-LE1-IS1d

Muka: 8 drp : 9

Pemilihan Saiz Kabel


Pemilihan saiz kabel bergantung kepada 2 faktor:
1. Kabel itu mesti mapu membawa arus maksima (beban penuh) yang mengalir dalam litar tanpa
pemanasan yang tidak wajar;
2. Susutan voltan yang berlaku pada kabel ketika membawa arus maksimum mestilah tidak
melebihi daripada 2.5% voltan bekalan.
Kapasiti sesuatu kabel itu membawa arus bergantung kepada faktor-faktor yang berikut:
(a) Suhu ambien
(b) Jenis alat perlindungan
(c) Kedudukan
(d) Kumpulan
(e) Jenis pengalir atau penebat

Pengiraan Bagi Pemilihan Saiz Kabel

Terdapat 2 cara iaitu dengan membuat perkiraan secara Hukum Ohm atau menggunakan
jadual Peraturan IEE (Jadual 4)
Cara yang tepat dan lazim digunakan ialah dengan menggunakan jadual Peraturan IEE.
Kaedah yang digunakan :
(i)
Kira arus beban; (Ib)
(ii)
Kenalpasti kadaran alat perlindungan; (IN)
(iii)
Kenalpasti faktor pembetulan; (C )
(iv)
Kira kapasiti arus kabel; (IZ)

IZ =

(v)

IN
CaCgCi

Ca : Faktor pembetulan suhu


Cg : Faktor pembetulan kumpulan
Ci : Faktor penebatan terma

Kira susutan voltan dalam kabel tidak melebih 4%.

Ib x l x mV
Vd =
1000

Ib : arus beban
l : panjang pendawaian
mV : susut volt / amp / meter

86

Code No. B01-01-04-LE1-IS1d

Muka: 9

drp : 9

Soalan
1.Nyatakan tujuan tiga jenis penyambungan kabel kord bolehlentur.

2.Terangkan tujuan penyambungan S-knots dilakukan pada kabel kord bolehlentur


ros siling.

3.Berikan lima langkah kerja yang perlu dilakukan dalam penyambungan S-knots.

4.Terangkan kelima-lima langkah kerja penyambungan S-knots tersebut termasuk


gambarajahnya .

Rujukan:
PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK
ABD. SAMAD HANIF
DBP EDISI KEDUA,2000

87

No. &
TAJUK
PENGALAMAN
PEMBELAJARAN
No. & TAJUK
TUGASAN

LE1 Install Surface Single Phase Wiring

TASK 02.01 Carry-Out Single Phase Surface Wiring

Code No. : B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 1
16

drp. :

TAJUK : PERLINDUNGAN LITAR AKHIR


TUJUAN:
Kertas penerangan ini menerangkan cirri-ciri perlindungan litar akhir dalam pendawaian yang
digunakan di Malaysia dan bagaimanakah cara-cara pemasangannya
PENERANGAN:
Setiap alat kawalan dalam pemasangan mestilah mudah digunakan dan mudah dicapai oleh pengguna
bagi tujuan:
1. Pengasingan dan penyuisan.
2. Perlindungan arus lebihan.
3. Perlindungan arus bocor ke bumi

88

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 2

drp : 16

Pengasingan
Pengasing bermaksud pemotongan pemasangan elektrik , litar atau
bekalan elektrik .

kelengkapan dari

Fungsinya adalah berbeza dengan suis .Ia dibenarkan memutuskan bekalan semasa litar
membawa arus tetapi tidak seharusnya menghidupkan litar semasa litar yang dikawalnya
sedang membawa arus .
Dalam Peraturan Peraturan Elektrik 1994 menghendaki:
Peraturan 18 Cara Pengasingan berkesan hendaklah diadakan bagi :i)
ii)
iii)
iv)

Mematikan setiap bahagian sistem .


Melindungi setiap bahagian sistem dari arus lebih.
Mematikan cawangan sistem agihan tanpa mengganggu cawangan sistem yang lain .
Mematikan sublitar tanpa mengganggu sistem yang lain .

Pensuisan
Suis ditakrifkan sebagai satu peranti yang berupaya menyambung dan memutuskan bekalan .
Suis hendaklah dipasang ditempat yang selamat , mudah dicapai dan mudah untuk membuat
penyenggaraan .
Cara-cara perlindungan Arus Lebihan.
1. Fius dan pemutus litar tidak boleh dipasang pada pengalir neutral bumi dalam sistem TN
dan TT. Sekiranya terdapat pemutus litar dipasang pada pengalir neutral bumi, ia mestilah
dapat memutuskan litar bersama pengalir fasa.
2. Perkakas atau alat perlindungan arus lebihan yang digunakan mestilah daripada jenis:
Dapat dikendalikan / putuskan litar secara autumatik pada kadar yang ditetapkan.
Berkeupayaan untuk memutus dan jika perlu ia berkeupayaan menyambung semula.
Direkabentuk agar sesuai daripada bahaya kepanasan atau arka apabila ia dikendalikan dan
dapat menberikan bekalan tanpa bahaya.
Perlindungan Arus Lebihan

Arus lebihan ialah nilai arus tinggi dalam sesuatu litar daripada kadar maksima yang
dibenarkan.
Sebab arus lebihan :
- lebihan arus beban ; 2 sebab iaitu beban lampau dan permulaan arus beban.
- litar pintas; pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuh di antara satu sama lain

89

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 3

drp : 16

Peraturan IEE Perlindungan arus beban lampau


1. Alat perlindungan mampu memutuskan arus beban lampau dalam litar sebelum
mengakibatkan suhu tinggi pada penebat, sambungan, tamatan atau sekeliling pengalir.
2. Alat perlindungan mempunyai ciri-ciri:
Ib In Iz
Dimana:
Ib : arus rekabentuk
In : kadaran alat pelindung
Iz : kapasiti arus kabel

Arus berkesan (I2) alat pelindung mesti tidak lebih 1.45 kali I z dimana alat pelindung iaitu
fius BS 88, atau BS 1361, atau pemutus litar BS 3871 atau BS 4752; dan
Bagi fius BS 3036, In mestilah tidak melebihi 0.725 kali Iz.

Peraturan IEE Perlindungan arus litar pintas


1. Alat perlindungan mampu memutuskan arus beban lampau dalam litar sebelum
mengakibatkan kesan kepanasan dan kerosakan mekanikal keatas penagalir dan sambungan
kabel.
2. Kadar kapasiti pemutusan tidak boleh kurang dari arus litar pintas yang mungkin berlaku
dalam litar.
3. Dimana alat pelindung arus beban lampau yang mematuhi ciri-cirinya dan mempunyai kapasiti
pemutusan tidak kurang dari nilai arus litar pintas boleh digunakan untuk melindungi arus litar
pintas.
4. Masa jangkauan bagi arus litar pintas ialah 5 saat.

Faktor pemilihan jenis perlindungan arus lebihan


1.
2.
3.
4.
5.

Jenis beban
Keupayaan unit perlindungan
Suhu sekeliling
Alat khas
Harga

90

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 4

drp : 16

Perlindungan Kebocoran Arus Ke Bumi

Semua bahagian pengalir(logam) dalam pemasangan pengguna yang terdedah perlu dibumikan
dan dilindungi dengan alat perlindungan arus lebihan yang bersesuaian atau pemutus litar bocor
ke bumi kendalian arus.

FIUS
Istilah-istilah yang berkaitan dengan fius:
(i) Elemen fius

- adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus yang
berlebihan mengalir melalauinya.

(ii) Arus nominal - ialah arus maksimum yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka
masa yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir kabel atau
mencairkan elemen fius.
(iii) Arus fiusan

- ialah arus minimum yang boleh mencairkan elemen fius.

(iv) Faktor fiusan - ialah nisbah arus fiusan dengan kadaran arus.
Faktor fiusan =

Arus Fiusan
Arus Nominal

Jenis-jenis fius

Terdapat 3 jenis fius yang biasa digunakan sebagai alat perlindungan arus lebihan mengikut
piawai british (BS ). Ketiga-tiga jenis iaitu ialah:
(i)
(ii)
(iii)

fius yang boleh didawaikan semula, BS 3036


fius kartrij, BS 1362
fius kapasiti pemutus tinggi, BS 1361 dan BS 88

91

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 5

drp : 16

Fius Dawai Semula ( Rewireeable fuse )

Fius yang boleh didawaikan semula (BS 3036 ) biasanya digunakan di pemasangan
pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah di perindustrian.
Punca sentuhan

Bilah penyentuh
Elemen fius

Fius Dawai Semula


Ciri-cirinya fius boleh dawai
1. Terdapat daripada dawai elemen yng disambung dalam satu penghubung fius yang boleh
dikeluarkan daripada tapak fius.
2. Dawai elemen fius diperbuat daripada aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau daripada
jenis kuprum tulen. Boleh ditukar ganti sekiranya elemen putus.
3. Faktor fiusan adalah dalam kelas R iaitu di antara 1.75 hingga 2.5 kali.
Kebaikan
Dawai elemen fiusnya paling murah jika dibandingan dengan alat perlindungan lain.
Senang ditukar ganti.
Kekurangan
Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat.
Mungkin digantikan dengan saiz elemen fius yang salah.
Kapasiti pemutusan rendah
Fius Kartrij ( Cartridge fuse )

Fius kartrij biasanya digunakan di dalam palam (plug) 13A bagi alat perkakasan elektrik
atau bagi melindungi meja makmal dari arus lebihan dan ia juga boleh dianggapkan
sebagai fius tambahan daripada fius dalam papan agihan.

92

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 6

drp : 16

Ciri-cirinya
1. terdiri daripada satu tiub yang diperbuat daripadra kaca atau seramik ataupun tembikar.
2. Arus nominal fius ialah 0.15A 0.25A.0.5A. 0.75A. 1A.2A.3A.5A dan 13A.
3. Faktor fiusan adalah dalamn kelas Q1 dan Q2. Q1 iaitu di antara1,25 hingga 1.5 kali Q2 iaitu di
antara 1.5 hingga 1.75
Kebaikan

Kadar arus nominalnya diketahiu dengan tepat.


Kapasiti pemutusan tidak merosot.
Dapat mengelakan arka dan bunyi yang kuat.
Mempunyai kod warna untuk kadaran saiz yang tertentu.

Kekurangan
Elemen fius putus keseluruhan kartrij tidak boleh digunakan.
Pemegang fius putus keseluruhan kartrij tidak boleh digunakan.
Fius Kapasiti Pemutus Tinggi ( High rapturing capacity fuse )

Fius kapasiti pemutus tinggi (BS 1361,BS 88 ) digunakan pada tempat atau beban yang
memerlukan dadar kapasiti pemutusan yang tinggi. Pada kebiasaannya fius ini mempunyai
arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban yang tinggi.
Serbuk penanda

Elemen Penunjuk
Elemen fius
Penyambung

Penyambung

Silikon

Tiub seramik/tembikar

93

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 7

drp : 16

Ciri-cirinya
1. Terdiri daripada satu tiub seramik dengan penutup hujungnya diperbuat daripada logam.bagi fius
jenis BS 88 ia mempunyai tapak penyambung.
2. Dawai elemen fius diperbuat daripada jenis jalur perak dan disokong oleh silikon serta diselaputi
oleh serbuk nineral.
3. Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.
4. Arus nominal fius iaitu BS1631 ialah 5A. 15A.20A.30A.45A.60A.80Adan 100A.bagi arus nominal
fius iaitu BS 88 ialah 6A.16A.25A.30A.63A.100A.160A.250A.400A dan 630A.
5. Faktor fiusan adalah dalam kelas p iaitu 1.0 hingga 1.25 kali.
Kebaikan

Dapat mengelakan arka dan bunyi yang kuat.


Dapat mengawal arus tinggi.
Dapat diskriminasikan arus.
Mempunyai tanda pemutus.

Kekurangan
Paling mahal.
Mengambil masa untuk mengantikan fius yang baru.
Hanya sesuai dengan penghubung fius dan tapak fius yang tertentu
PEMUTUS LITAR KECIL

Pemutus litar ( BS 3871 ) ialah satu alat perlindungan arus lebuhan yang mempuntai kadar
kapasiti pemutus yang tinggi. Ia dapat dikendalikan dengan secara 94agnetic94 ataupun
secara manual.

Terdapat beberapa jenis kendalian pemutus litar di antaranya ialah seperti berikut:
1.
2.
3.
4.

Secara mangnetik
Secara termal
Secara magneto hidraulik
Secara elektronik

Bagi pemilihan jenis kendalian pemutus litar bergantung keadaan dan jenis beban.

Untuk litar-litar pemasangan pengguna elektrik pemutus litar jenis kendalian 94agnetic dan
terminal yang biasa digunakan.

94

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 8

drp : 16

Jenis Magnetik
1. Dawai gelung dililit sekelili9ng teras A dan hanya memberi kesan atau menjadi elektromagnet
sekiranya arus lebih melaluinya . Arus niminal pemutus litar ini ditetapkan sama seperti arus
nominal fius.
2. Spring ketika di kedudukan ON adalah dalam keadaan ketegangan dan sekiranya berlaku
arus ia akan berfungsi dengan menarik teras sesentuh.
3. Sesentuh berfungsi untuk menyambung litar.
4. Suis reset berfungsi untuk menghidupkan semula ON pemutus litar.

Kendalian
Semasa arus biasa
Arus yang melalui gelung tidak melebihi daripada yang
ditetapkan. Dengan ini
elektromagnet yang terhasil tidak memberi kesan kepada teras A dan litar tidak diputuskan.

95

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 9

drp : 16

Semasa arus lebihan


Arus lebihan akan menyebabkan gelung menjadi elektromagnet hingga mampu
mempengaruhi teras A. Apabila teras A menjadi magnet ia akan menarik teras B sehingga
memberi ruang pada spring untuk menarik teras sesentuh. Dengan penarikkan teras
sesentuh menyebabkan kedua-dua sesentuh akan terbuka dan litar pun terputus.

Jenis Dwi Logam


1. Dwilogam ( dua logam berlainan jenis ) hanya memberi kesan sekiranya arus lebih daripada arus
nominal pemutus litar. Sekiranya arus lebihan berlaku dwilogam akan menjadi panas dan
melentik.
2. Spring ketika di kedudukan ON adalah dalam keadaan ketegangan dan sekiranya
berlaku arus lebihan ai akan berfungsi dengan menarik teras sesentuh.
3. Sesentuh berfungsi untuk menyambung litar.
4. Suis reset berfungsi untuk menghidupkan semula ON pemutus litar.

96

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 10

drp : 16

Kendalian
Semasa arus biasa
Arus yang melalui dwilogam tidak melebihi daripada yang ditetapkan. Dengan ini dwilogam
tidak panas dan litar tidak diputuskan.

Semasa arus lebihan


Arus lebihan akan menyebabkan dwilogam menjadi panas dan melentik. Apabila dwilogam
melentik ke atas ia akan memberi ruang pada spring untuk menarik teras sesentuh.
Dengan penarikan teras sesentuh menyebabkan kedua-dua sesentuh akan terbuka dan
litar pun terputus.

97

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 11

drp : 16

Kebaikan pemutus litar jika dibandingkan dengan fius

Cuma memutuskan litar apabila berlaku litar pintas dan beban lampau.yang berpanjangan
tidak pada beban lampau sementara.
Arus kendalian dan masa ekoran dapat ditetapkan.
Litar boleh disambung semula dengan cepat.
Tidak mudah rosak dan tahan lama.

SISTEM PEMBUMIAN
Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat di antara logam dalam pemasangan elektrik
dengan jisim bumi. Tujuan asas pembumian ke atas pemasangan dan alat-alat elektrik adalah untuk
keselamatan pengguna dari bahaya renjatan dan kebakaran apabila terjadi arus bocor kebumi.

98

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 12

drp : 16

ISTILAH-ISTILAH PEMBUMIAN
1. Bumi :
Sambungan yang berkesan ke bumi
2. Elekrod bumi :
Batang (rod) logam, plat logam dan sistem paip logam dalam tanah atau sebarang benda
berpengalir bagi memperoleh sambungan bumi yang berkesan.
3. Pengalir keselanjaran bumi :
Pengalir termasuk sebarang pengapit yang disambung ke punca bumi pengguna atau ke punca
rangka "F" ujian pemutus litar bocor ke bumi kendalian voltan atau ke bahagian lain pemasangan
yang memerlukan pembumian. Ia mungkin sebahagian atau semua konduit, sesalur, salutan logam
kabel, pengalir kabel keselanjaran bumi dan kord boleh lentur sebagai pengalir keselanjaran bumi.
4. Dawai pembumi :
Pengalir akhir di antara punca bumi pengguna dengan elektrod bumi atau yang serupa dengannya.
5. Dawai pengikat :
Sambungan sekali secara elektrik untuk membawa arus dan memberi keupayaan yang sama di
antara alat-alat logam yang tidak terlibat dengan pemasangan elektrik.
6. Rintangan bumi :
Rintangan bumi tempat elektrod bumi pengguna ditanamkan.
7. Galangan bagi litar rosak ke bumi :
Jumlah rintangan litar yang dilalui oleh arus semasa berlaku litar bocor kebumi bermula daripada
punca hidup bekalan hingga ke elektrod bumi.
8. Kawasan rintangan bumi :
Jarak kawasan bagi satu elektrod bumi yang berada di dalam kawalannya (minimum 6 meter).
9. Rintangan gelung bumi :
Rintangan litar yang dilalui oleh arus bocor ke bumi bermula daripada punca akhir pengalir
keselanjaran bumi hingga ke elektrod bumi.
10. Punca bumi pengguna :
Punca-punca tempat penyambungan semua pengalir keselanjaran bumi sebelum disambungkan ke
elektrod bumi. Ia berada sama ada dalam kotak fius atau berhampiran dengan kotak fius.
11. Kawasan rintangan bumi bertindih :
Kawasan penanaman elektrod kedua yang berada dalam lengkaran 6 meter dari elektrod utama.

99

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 13

drp : 16

Elektrod Bumi
Jenis-jenis elektrod bumi.
1.
2.
3.
4.
5.

Paip galvani 2-3 meter panjang x 8 mm diameter.


Paip kuprum 2-3 meter panjang x 10 mm diameter.
Rod kuprum 2-3 meter panjang x 4 mm diameter.
Plat 30 x 30 cm - 1 x 1 meter.
Jalur kuprum (plat dan jalur tanpa salut) 100 m x 0.4 cm x 3 cm.

Kaedah memperbaiki pembumian


Jika impedans gelung rosak kebumi tidak mencapai nilai dikehendaki, nilai rintangan elektrod bumi
perlu dikurangkan dengan menggunakan cara-cara berikut :
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Mengisi garam disekeliling elektrod (lapan bulan sekali).


Mengisi arang batu ke dalam elektrod.
Menabur serbuk besi di sekeliling elektrod.
Memasang elektrod ditempat yang lembap.
Elektrod dilubang-lubangkan.
Memasang beberapa batang elektrod bumi secara selari diluar kawasan elektrod bumi
tersebut (6m).
Memasang sambungan selari di antara elektrod dengan dengan menggunakan jalur
kepingan tembaga.
Menanam bahan kimia seperti magnesium, kuprum atau garam batu.
Menambahkan panjang atau luas muka keratan rentas elektrod.

Jarak penanamam bahan pengurangan rintangan bumi.

100

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 14

drp : 16

PEMUTUS LITAR BOCOR KEBUMI Kendalian Arus


Pemutus litar bocor ke bumi jenis kendalian arus digunakan sekiranya memeralukan
perlindungan arus bocor kebumi lebih halus dan putus pada nilai yang ditetapkan. Ia dapat
dikendalikan dalam masa tidak lebih 0.04 saat dengan arus kendalian maksimum ialah 0.25A
(250mA ). Pemutus litar jenis ini tidak boleh digunakan dalam system pemasangan dimana pengalir
neutral dan bumi dicantumkam sekali ( TN-C, pendawaian bumi sepusat ) ini adalah kerana tiada laluan
beransingan bagi neutral dan arus bocor ke bumi, dengan ini tiada perbezaan di antara arus fasa dan
arus neutral. Bagi pemasangan yang menggunakan system TT, semua litar akhir soket alur keluar
mestilah dilindungi oleh alat pemutus litar kendalian arus dengan arus kendaliannya tidak melebihi 30
mA.

101

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 15

drp : 16

Kendaliannya:
Semasa tidak berlaku arus bocor kebumi.
Arus yang sama nilai mengalir melalui gelung A dan B akan menghasilkan urat daya seimbang.
Disebabkan arus yang mengalir melalui gelung A dan b berlawanan arah maka tiada ruhan yang
terhasil bagi mempengaruhi gelung C. Dengan ini tiada daya gerak elektrik mengalir ke gelung pelantik
dan litar tidak diputuskan.
Semasa arus bocor ke bumi
Arus yang mengalir melalui gelung A dan B tidak seimbang.Urat daya pada gelung A lebih
daripada gelung B. Oleh kerana tidak seimbang maka urat daya gelung A akan memotong gelung C
dan daya gerak elektrik teraruh. Daya gerak elektrik yang terhasil akan mengalir ke gelung pelantik dan
seterusnya menjadi electromagnet. Gelung pelantik akan menarik suis pelantik dan litar diputuskan.
Bagi tujuan menguji pemutus Litar Bocor Kebumi.
Tekankan punatekan uji, jadi arus akan mengalir melalui rintangan ujian dan terus ke gelung B.
Ini bermakna arus yang mengalir di gelung A dan B tidak seimbang. Urat daya yang terhasil di gelung B
adalah lebih daripada gelung A. Ini bermakna urat daya gelung B akan memotong gelung C dan daya
gerak elektrik teraruh. Daya gerak elektrik yang terhasil akan mengalir ke gelung pelantik dan seterus
menjadi electromagnet. Gelung pelantik akan menarik suis oelantik dan litar diputuskan.

102

Code No. B01-01-04-LE1-IS1e

Muka : 16

drp : 16

Soalan :

1. Bagaiamana cara kita dapat mengenalpasti sesuatu litar elektrik yang dikawal oleh mcb telah
mengalami lebihan arus?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan kadaran kA tercatat pada pemutus litar?
3. Apakah jenis pemutus litar yang sesuai digunakan untuk litar mesin kimpalan?
4. Nyatakan nilai tidak boleh di ubah pada pemutus litar jika dibandingkan dengan fius?

Rujukan:
PEMASANGAN DAN PENYENGGARAAN ELEKTRIK
ABD. SAMAD HANIF
DBP EDISI KEDUA,2000

103