Anda di halaman 1dari 9

AR-RAHNU DI BANK RAKYAT

Pendahuluan
Definisi ar-rahnu

Definisi Ar-Rahnu dari segi bahasa bermaksud, menahan, mantap, berkekalan, tetap
dan lestari.

Definisi Ar-Rahnu dari sudut istilahialah menjadikan sesuatu barangan sebagai cagaran
bagi sesuatu hutang dan ia akan menjadi bayaran jika tidak dijelaskan hutang itu nanti.
 Definisi dalam sistem perbankan Islam, Ar-Rahnu bermaksud kontrak mengenai
aset yg berharga yg dijadikan cagaran untuk mendapatkan pinjaman.
 Bank juga berhak menjual cagaran tersebut sekiranya pelanggan gagal
menjelaskan hutangnya pada waktu yang telah ditetapkan. Pihak bank juga akan
memulangkan baki harga barangan tersebut setelah ditolak jumlah hutangnya.
 Contohnya: Seorang peniaga kecil menggadaikan barang kemasnya kpd pihak
bank utk mendapatkan wang tunai bagi menambahkan modal perniagaannya.

Hukum Ar-Rahnu
 Dalil: Surah al Baqarah ayat 283.
 Hadis Nabi S.A.W yang bermaksud:
1
AR-RAHNU DI BANK RAKYAT

Rasulullah S.A.W telah menggadaikan baju besi kepada seorang Yahudi di Madinah
dan baginda mengambil 30 gantang barli daripada Yahudi tersebut untuk dimakan oleh
keluarga baginda
 Jumhur ulama berpendapat muamalat gadaian adalah diharuskan baik ketika
seseorang itu bermastautin, bermukim atau dalam keadaan bermusafir.
 Jumhur ulama mengatakan sah kepada sesiapa yg menggadaikan barangan
yang tertentu jumlahnya, harta yang dapat dipindahkan; seperti emas perak serta
harta yang tidak dapat dipindahkan; seperti kebun dan tanah.
Jumhur ulama menambah ; akad gadaian dikira sah dengan ada lafaz ijab dan Kabul

Kebaikan sistem pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional ialah:
1. Tidak mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.
2. Wang lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong.
3. Cas perkhidmatan yang rendah
4. Tiada unsur penipuan semasa membuat penimbangan.
5. Tempoh membayar balik yang munasabah
6. Kalau emas hendak dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.
Di Malaysia, diantara bank yang menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu ialah Bank
Rakyat dan Agro Bank.

2
AR-RAHNU DI BANK RAKYAT

Hikmah Ar-Rahnu
 Pertolongan kepada mereka yang terdesak dan memerlukan.
 Dapat menjamin wang yang dihutangkan kepada seseorang.
 Memudahkan orang yang memerlukan hutang mendapatkan wang apabila
terdesak.
 Lahirnya perasaan kasih dan sayang dan kasih mesra sesama manusia.
Menjaga kemaslahatan manusia ketika mereka mengadakan muamalat gadaian

3
AR-RAHNU DI BANK RAKYAT

Ar-Rahnu di Bank Rakyat


Amalan gadaian berlaku sejak zaman Rasulullah SAW dan diteruskan oleh para
sahabat sebagaimana diriwayatkan oleh Aisyah r.a. yang berkata: Rasulullah SAW
pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dan beliau menggadaikan kepadanya
baju besi beliau. (riwayat Bukhari).

Masyarakat bagaimana terkeliru dan kurang faham dengan konsep, istilah dan
maksud pajak serta gadai sebagai jalan keluar yang diberi oleh Islam kepada
hambanya yang bermasalah itu.

Meskipun pajak lebih bersifat menyerahkan harta diurus orang lain untuk
dikongsi hasil secara bersama mengikut kontrak perjanjian (akad) yang dibuat, tetapi
perkongsian yang ditetap oleh Islam itu tidak berlaku mengikut lunas yang betul.
Sedangkan gadai yang berupa mencagarkan harta berharga kepada pemberi hutang
(pemiutang) pula sering menyebabkan penggadai tergadai segala-galanya, termasuk
nyawa.

Menyedari rumitnya masalah dan meningkatnya kes-kes mangsa ah long, ceti


dan kedai pajak gadai konvensional dalam masyarakat, Bank Kerjasama Rakyat
Malaysia Sdn. Bhd. (Bank Rakyat) mengembangkan operasi pajak gadai yang
4
AR-RAHNU DI BANK RAKYAT

berteraskan hukum syarak untuk awam.Sekali gus Bank Rakyat turut berperanan
membebaskan unsur riba dalam urusan muamalat bagi golongan Muslim.

Bagi memperluaskan lagi operasi pajak gadai secara Islam, Bank Rakyat melalui
anak syarikatnya, Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) baru-baru ini
melancarkan satu lagi rangkaian pusat pajak gadai Ar-Rahnu di ibu kota.

Pusat pajak gadai Islam yang dinamakan Ar-Rahnu X’Change dan beroperasi di
Lorong Medan Tuanku Satu, Kuala Lumpur itu merupakan rangkaian francais Bank
Rakyat yang kelima di negara ini. Ia dilancarkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan
dan Koperasi, Datuk Noh Omar.

Operasi pusat Ar-Rhanu tersebut diusahakan melalui kerjasama dengan


Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah).

“Sebagai sebuah institusi kewangan yang menjalankan operasi berlandaskan Syariah


sepenuhnya sejak tahun 2003, kami bertanggungjawab menawarkan produk serta
perkhidmatan yang menjamin hak, keadilan serta kepentingan orang awam,” kata
Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat.

Ar-Rahnu X’Change
Ar-Rahnu X’Change di Medan Tuanku Satu adalah pusat operasi yang
dikendalikan secara francais dengan badan pertubuhan koperasi yang kelima setakat
ini. Selain itu, terdapat tujuh lagi rangkaian cawangan kedai Ar-Rahnu X’Change yang
beroperasi di Bank Rakyat seluruh negara dan dikendali sepenuhnya oleh RMS.

Operasi kedai pajak gadai Ar-Rahnu yang ada bagaimanapun hanya menjadikan
emas sebagai tunggak dalam urusan niaga mereka.Sehubungan itu, dalam ucapan
melancarkan rangkaian francais pusat Ar-Rahnu tersebut mencadangkan agar urusan
niaga diperluaskan kepada semua jenis barangan berharga lain.

“Memandangkan banyak barangan berharga yang bernilai tinggi sekarang, eloklah jika
pihak pengurusan operasi pajak gadai Islam menerima pakai semua jenis barangan
berharga dalam urusan mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Koperasi Ukhwah Berhad, Mustapa Kamal Maulut pula
memberitahu, pihaknya bertanggungjawab mengembangkan setiap produk urus niaga
Islam untuk membantu menyelamatkan masyarakat dari penindasan dan keganasan
urusan konvensional terutama operasi ah long. Menurutnya, menguruskan pajak gadai
Islam melalui Ar-Rahnu X’Change adalah kemudahan terbaru selepas mengendalikan
urusan kewangan Bai Al-Inahnya.

5
AR-RAHNU DI BANK RAKYAT

“Dalam urusan memasarkan produk kewangan Islam Bai Al-Inahnya, kami bekerjasama
dengan Ambank Berhad yang menyalurkan dana permulaan sebanyak RM5 juta.

“Urus niaga terus berkembang bukan sahaja di kalangan ahli tetapi orang awam
sehingga mendorong Ambank meningkatkan peruntukkan sehingga RM800 juta,”
jelasnya.

Melalui kerjasama dengan Bank Rakyat bagi operasi pusat pajak gadai Islam Ar-
Rahnu X’Change itu pula, Ukhwah menerima peruntukan sebagai dana berkapita
bernilai RM110 juta. Ar-Rahnu dan Ukhwah adalah saluran yang wajar diguna secara
bijak oleh masyarakat agar kegiatan ah long dan ceti tersekat. Sekali gus
memartabatkan sistem muamalat Islam serta mengelak unsur riba dalam kehidupan
harian.

Aturan Urusan Skim Ar-Rahnu X’Change (SAR):


TUJUAN
• Panduan dalam mengurus dan mengamalkan aktiviti SAR.
• Amalan secara usaha sama
• Melaksana dan mengawal perjalanan Skim Mikro Kredit Ar-Rahnu untuk
kemudahan bersama.

KONSEP
• Skim Mikro Kredit Ar-Rahnu iaitu skim pembiayaan yang disandarkan barangan
gadaian berlandaskan prinsip muamalat Islam.
• Skim Mikro Kredit iaitu pusat yang mengurus dan mentadbir aktiviti (urusan)
gadaian Islam.
• Barang Gadaian (Marhun) iaitu barang emas yang boleh digadaikan dan dijual
beli.
• Nilai Marhum (Gadaian) iaitu harga barangan gadaian yang dinilai mengikut
jenis, mutu, berat dan kandungan emas.
• Penggadai iaitu seseorang yang menggadaikan barangan.
• Pemegang gadai iaitu orang atau pusat yang memegang barang gadaian.
• Penaksir iaitu pegawai yang bertanggungjawab menjalankan penilaian barang
gadaian.

Rukun gadaian SAR


6
AR-RAHNU DI BANK RAKYAT

• Akad (melibatkan penawaran dan penerimaan)


• Penggadai (melibatkan orang yang berhutang)
• Pemegang gadaian (melibatkan tuan punya hutang)
• Marhun (melibatkan barang gadaian)
• Hutang (iaitu sebab gadaian).
• Syarat Penggadai:
• Warganegara Malaysia
• Tanpa mengira bangsa dan agama
• Berumur antara 18 tahun dan 65 tahun
• Berakal dan tidak berada dalam ketagihan dadah
• Tidak muflis
• SAR tidak dibenarkan menerima barang dari kedai pajak gadai atau kedai emas
secara langsung atau tidak langsung untuk dibuat gadaian.

KEBAIKAN AR-RAHNU DI BANK RAKYAT


Pusat pajak gadai Ar-Rahnu adalah kemudahan alternatif Bank Rakyat kepada
peminjam konvensional dan telah beroperasi sejak tahun 1993. Kebaikannya ialah:

• menawarkan pinjaman tanpa sebarang faedah dan hanya mengenakan


kadar upah simpan yang minimum tetapi dengan jumlah gadaian yang
tinggi serta tempoh gadaian yang paling fleksibel.

• bagi membebaskan umat Islam daripada unsur riba melalui sistem dan
urus niaga yang lebih telus serta adil kepada para penggadai

7
AR-RAHNU DI BANK RAKYAT

KESIMPULAN

Kesimpulan bagi pelaksanaan ar rahnu di bank rakyat ialah tidak


mengenakan faedah/riba sebaliknya menggunakan konsep upah simpan.Wang
lebih gadaian dipulangkan jika emas yang tidak ditebus dilelong. Cas
perkhidmatan yang rendah dan tiada unsur penipuan semasa membuat
penimbangan.Tempoh membayar balik yang munasabah Kalau emas hendak
dilelong, notis akan diberikan kepada penggadai.selain itu, pelaksanaan ar rahnu
turut member hikmah,antaranya ialah pertolongan kepada mereka yang terdesak
dan memerlukan. Dapat menjamin wang yang dihutangkan kepada seseorang,
Memudahkan orang yang memerlukan hutang mendapatkan wang apabila
terdesak.Lahirnya perasaan kasih dan sayang dan kasih mesra sesama manusia
serta Menjaga kemaslahatan manusia ketika mereka mengadakan muamalat
gadaian.
Sebagai kesimpulannya system pajak gadai islam ini telah dilaksanakan oleh
Nabi Muhammad saw sendiri:

Rasulullah S.A.W telah menggadaikan baju besi kepada seorang Yahudi di


Madinah dan baginda mengambil 30 gantang barli daripada Yahudi tersebut
untuk dimakan oleh keluarga baginda

8
AR-RAHNU DI BANK RAKYAT

Rujukan

• http://www. bankrakyat.com.my/web/guest/arrahnu
• www.yahoo.com.my

Anda mungkin juga menyukai