Anda di halaman 1dari 5

PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

TAJUK :
BAHANA MURTAD DAN IMPLIKASINYA TERHADAP AKIDAH MUSLIM

DI SEDIAKAN UNTUK :
WAN NAIMAH BINTI WAN DAUD

DI SEDIAKAN OLEH :
MOHAMAD NAZMI BIN ABD HAMID 2013817206

SHAHZRAIN FINNO BIN SHAHIDI 2013209228

WAN MUHAMMAD ATIQ BIN AHMAD TAJUDDIN 2013273712

PROGRAM :
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN ( BMD2Ac )

TARIKH PENYERAHAN:
17 JANUARI 2014

Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Kampus Arau

ISI KANDUNGAN :

Indeks 1. Pendahuluan 2. Ciri ciri murtad a. Agihan Berdasarkan Keperluan b. Agihan Berdasarkan Galakan Hidup Beragama Islam c. Agihan Berdasarkan Motivasi Kepada Pengurus Zakat 3. Kesimpulan 4. Bibliography

Page

18 19

CTU 151 BMD1Ac Wan Naimah Binti Wan Daud

Page 1

Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Kampus Arau

PENDAHULUAN :
Menurut kamus dewan murtad merupakan individu yang keluar daripada agama islam, sama ada melalui perbuatan,perkataan mahupun niat. Murtad membawa maksud kembali ke jalan asal dari mana dia datang, namun begitu ia lebih dikhususkan kepada soal kekafiran. Murtad juga dapat didefinasikan sebagai beralih semula atau kembali semula kepada kekafiran dari keadaan beriman,tanpa mengira sama ada iman itu didahului oleh kekafiran lain mahupun tidak. Namun bagitu,murtad dapat didefinasikan dalam dua takrifan yang lebih mudah dan ringkas. Iaitu dari segi bahasa dan juga istilah. Perkataan murtad berasal dari bahasa arab iaitu riddah atau irtidad. Dari sudut bahasa, riddah bermaksud kembali kepada sesuatu kepada selainnya. Manakala dari sudut istilah, riddah bererti kembali daripada Islam kepada kufur sama ada dengan niat, perbuatan kufur atau dengan perkataan sama ada dalam bentuk penderhakaan,penghinaan atau iktikad. Sungguhpun yang demikian,ianya mestilah atas kehendak sendiri dan bukannya paksaan dari orang lain ataupun mana-mana pihak sama ada perempuan mahupun lelaki. Oleh yang demikian,tidak diterimalah pengakuan murtad dari seseorang yang gila dan kanak-kanak kerana mereka tidak dipertanggungjawabkan dengan kewajipan dan perintah untuk menjalankan hukum tuntutan agama Islam serta menjauhi larangan-Nya atau mudah dikenali sebagai mukallaf. Sebagaimana sadba Nabi Muhammad S.A.W :

Ertinya : Hukum tidak dibebankan kepada tiga golongan, iaitu: orang tidur sehingga dia bangun, kanak-kanak sehingga dia berusia baligh dan orang gila sehingga dia kembali sedar. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ash-hab as-Sunan, manakala at-Tirmizi pula mengkategorikannya sebagai hasan. Al-Hakim berkata: Hadis ini sahih mengikut syarak al-Bukhari dan Muslim.)

CTU 151 BMD1Ac Wan Naimah Binti Wan Daud

Page 2

Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Kampus Arau

Selain itu,seseorang muslim yang dipaksa mengucapkan kalimah kufur tidak dikira murtadnya dan tidak dapat mengeluarkan dirinya daripada agamanya selagi hatinya tetap teguh berpegang kepada iman. Hal ini sering terjadi pada zaman rasulullah S.A.W di mana orang kafir sering mengugut dan mengancam mereka yang memeluk islam supaya keluar daripada islam. Malah Ammar bin Yasir putera kepada Yasir bin Amir dan Sumayyah binti Khubath yang merupakan pasangan atau orang islam pertama yang mati syahid pernah dipaksa mengucapkan kalimah kufur sehinggakan pada akhirnya beliau mengucapkan kalimah tersebut. Lantaran itu Allah S.W.T menurunkan ayat berikut :

Maksudnya : Sesiapa yang kafir kepada Allah sesudah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar. (Surah an-Nahl: 106)

CTU 151 BMD1Ac Wan Naimah Binti Wan Daud

Page 3

Universiti Teknologi Mara ( UiTM ) Kampus Arau

CTU 151 BMD1Ac Wan Naimah Binti Wan Daud

Page 4