Anda di halaman 1dari 10

PLYong

Novel Kembara Amira


Amer Hmzah L. Kadir

Nama: Tingkatan:

1|Page

PLYong

Tema
Pengembaraan seorang gadis dalam mematangkan hidupnya.
Hal ini dapat digambarkan melalui watak Amira yang menghabiskan cuti persekolahannya dengan menyertai ibunya, iaitu Profesor Zaidah dalam ekskavasi menjejaki kewujudan tamadun manusia. Dalam pengembaraan tersebut Amira bertemu dengan Malique dan Itai sehingga merungkai konflik keluarga, iaitu sejarah tragis keluarga Tau.

Dalam perjalanan ke Bukit Mat Raya (Desa Karpus) untuk menyertai ibunya, Amira telah membantu ibunya dengan mengemaskinikan makluamt berkaitan dengan penemuan ibunya dalam laman sesawang milik ibunya. Tindakan tersebut secara tidak langsung mematangkan dirinya kerana dia menyedari dan memahami tanggungjawab / tugas ibunya sebagai seorang profesor dan ahli arkeologi. Dalam perjalanannya, Amira telah ditemani oleh rakan baiknya, Jacinta yang menghadapi masalah keluarga iaitu ayahnya telah berkahwin lain selepas ibunya meninggal dunia. Keadaan ini telah mematangkan Amira betapa dia perlu bersyukur kerana memiliki ibu bapa yang manyayanginya walaupun mereka agak sibuk dan jarang-jarang dapat meluangkan masa bersama-sama. Tindakan Amira yang menyababkan Jacinta hilang dan kemudian ditemui oleh Tau telah menyebabkan ibunya marah. Keadaan ini menyedarkan Amira bahawa setiap tindakan yang diambil perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya agar tidak timbul kesulitan kemudian hari. Hal ini secara tidak langsung mematangkan Amira untuk lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakannya.

2|Page

PLYong

Persoalan
1. Kasih Sayang seorang ibu terhadap anaknya
Profesor Zaidah cemas dan meletakkan segala kerjanya lalu bergegas ke tempat kejadian anaknya selepas memengetahui bahawa Amira hampir lemas di Air Terjun Angin. Profesor Zaidah mengambil berat tentang keselamatan anaknya dan memarahi Amira selepas dia dan Jacinta diselamatkan oleh Tau dan Itai kerana tidak bertindak berasaskan pertimbangan yang wajar dengan mengambil risiko menunggu kedatangan Malique di Air Terjun Angin bersama dengan Jacinta tanpa memaklum atau meminta keizinannya.

Seorang rakan terhadap rakan yang lain Amira sayang akan rakan karibnya, Jacinta dan sanggup pergi ke lubuk
emas semata-mata untuk mendapatkan seketul emas bagi menggembirakan rakannya . Dia berusaha menggembirakan hati Jacinta dengan mengajak Jacinta menyertai kembara arkeologi ibunya kerana tidak mahu Jacinta melayan perasaan sedihnya.

Seorang adik terhadap abangnya


Tau sanggup berkahwin dengan Jennifer (Ipah) bagi mengekalkan kelayakan abangnya, Ludin untuk menjadi ketua suku Orang Asli Semai.

Seorang suami terhadap isterinya


Tau amat sayang akan isterinya, Ipah dan tinggal menyendiri di dalam hutan kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya sanggup mengkhianatinya dengan membawa anak sulungnya melarikan diri dari kampung orang asli mengikut Johnny.

3|Page

PLYong 2. Keruntuhan institusi keluarga akan menimbulkan konflik

jiwa dalam seseorang.


Ayah Jacinta yang berkahwin lain selepas ibu Jacinta meninggal dunia telah menyebabkan Jacinta menghadapi gangguan emosi. Tau hidup menyendiri di dalam hutan kerana tidak dapat menerima kenyataan bahawa isterinya, Ipah sanggup mengkhianatinya dengan membawa anak sulungnya, Sabi melarikan diri dari kampung mengikut Johnny. 3. Sayang akan alam sekitar daripada kemusnahan. Tau benci akan orang yang merosakkan dan memusnahkan hutan. Dia sanggup menyamar diri sebagai makhluk berbulu dan menculik pekerja dari kawasan perlombongan emas untuk menghentikan projek perlombongan yang akan memusnahkan kawasan hutan. 4. Hutan mempunyai khazanah yang berharga seperti flora yang

boleh dijadikan ubat-ubatan tradisional.


Pergelangan tangan Profesor Zaidah yang terseliuh sembuh dengan lebih cepat apabila diubati oleh Ludin dengan menggunakan ramuan daun-daun herba yang diambil dari hutan.

4|Page

PLYong

Perwatakan
Watak Utama 1. Amira Amir
Anak kepada Profesor Zaidah. Bapanya ialah jurutera komputer di sebuah syarikat multinasional. Rakan sebiliknya ialah Jacinta. Mudah mesra dengan sesiapa sahaja, tegas dalam segala hal, lasak, pintar, dan manja. Gemar bertopi, berseluar khaki lusuh, dan berkemeja T yang ditutupi sehelai lengan panjang yang digulung ke atas. Berminat dalam bidang arkeologi. Berani menghadapi pelbagai cabaran dan tidak mudah patah semangat apabila menghadapi dugaan. Taat pada perintah agama, iaitu sentiasa menunaikan solat. Menghargai persahabatan dan mengambil berat tentang kesulitan yang dihadapi oleh sahabatnya seperti Jacinta, Itai dan Malique. Berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di ibu kota dalam bidang aeroangkasa. Jujur : Dia berterus-terang kepada Ludin dan Tau tentang emas yang diambilnya dari sungai. Dia juga memulangkan emas kepada Ludin. Berhemah tinggi : Walaupun dia anak professor dan jurutera, dia tetap menghormati Pak Lias, pemandu ibunya. Dia juga menghormati Ludin dan Tau menyebabkan kedua-duanya menyenangi Amira.

5|Page

PLYong

WAtak Sampingan 2. Profesor Zaidah


Ibu Amira Amir. Pensyarah universiti dalam bidang arkeologi. Pengarah kerja lapangan di Bukit Mat Raya. Sudah 25 tahun terlibat dalam aktiviti arkeologi. Gigih berusaha dan tidak mudah putus asa apabila menghadapi cabaran atau dugaan. Sayang akan anaknya, Amira dan rakan karib anaknya, Jacinta. Berfikiran terbuka, iaitu dapat menerima teguran Pak Lias tentang sikapnya yang sering mengabaikan tanggungjawab terhadap Amira.

3. Malique/ Sabi
Anak sulung Ipah atau Jennifer, hasil perkahwinannya dengan Tau. Berkulit gelap. Mahir dalam bidang komputer. Membantu John OHara menyediakan laporan tentang kandungan emas yang terdapat di kawasan hutan itu. Hilang ketika mencari pekerja baharu di dalam hutan dan disembunyikan oleh makhluk berbulu. Taat kepada suruhan ibu : Malique mengikut OHara ke dalam hutan itu atas arahan ibunya walaupun dia tidak mengenali lelaki Inggeris itu.

6|Page

PLYong

4. Itai
5. Anak bongsu Tau dan Ipah yang dibesarkan oleh Ludin. Bersekolah di pekan dan balik bercuti di kampungnya, iaitu Perkampungan suku Orang Asli Semai. Bakal dilantik sebagai ketua kampung. Memiliki pelbagai pengetahuan tentang ilmu hutan termasuk ilmu mengesan dan memburu. Memenangi tempat kedua dalam pertandingan Pameran Saintis Muda 2002. Berminat dengan kerja-kerja cari gali di Bukit Mat Raya. Menyelamatkan Amira daripada lemas dan berjaya mengesa Malique yang hilang di hutan. Penuntut dalam bidang perubatan tahun pertama di Kubang Kerian.

Jacinta / JC
Anak seorang ahli perniagaan yang bergelar jutawan. Gadis berketurunan Cina dan berkulit putih. Rakan karib dan rakan sebilik Amira di sekolah swasta. Tidak dapat menerima perkahwinan bapanya dengan isteri baharu. Sering menghabiskan cuti sekolahnya di asrama semata-mata enggan pulang bercuti dengan ibu tirinya. Terpikat kepada Dr. Zawawi ketika menyertai kerja lapangan di Gua Niah. Mengurus perniagaan fesyen bapanya di Paris.

7|Page

PLYong

Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang penyayang
Profesor Zaidah sayang dan mengambil berat tentang keselamatan anaknya, Amira dan sanggup meletakkan kerjanya lalu bergegas ke tempat kejadian Amira serta mencari Amira di Gunung Gua Gajah. Amira sayang akan rakannya, Jacinta dan sanggup membuat apa-apa untuk menggembirakan hati rakannya.

2. Masyarakat yang mengalami konflik jiwa akibat perkhawinan kedua oleh bapa.
Jacinta mengalami trauma kerana tidak dapat menerima perkahwinan kedua bapanya selepas kematian ibu kandungnya dan enggan hidup bersama dengan ibu tirinya.

3. Masyarakat yang bijak menggunakan masa.


Amira mengisi masa cuti sekolah dengan melibatkan diri dalam kerja arkeologi di Bukit Mat Raya yang berfaedah. Amira menggunakan masa lapangnya semasa berada di dalam kereta api dengan membaca e-mel yang dihantar oleh ibunya serta membantu ibunya mengemas kini laman web ibunya dengan memasukkan penemuanpenemuan arkeologi yang baharu.

8|Page

PLYong

Berdasarkan novel Kembara Amira yang telah anda kaji, huraikan perbezaan perwatakan watak utama dengan satu watak sampingan.
Novel yang telah saya kaji ialah Kembara Amira, karya Amer Hmzah L.Kadir. Dalam novel ini, terdapat perbezaan perwatakan antara watak utama, Amira Amir dengan satu watak sampingan.Watak sampingan yang telah saya pilih ialah Jacinta. Terdapat perbezaan antara Amira dengan Jacinta dari aspek keberanian. Amira merupakan penyabar yang berani menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupannya. Sebagai contoh, Amira melakukan aktiviti lasak dan mengikut Itai meneroka hutan, mendaki gunung , masuk ke dalam gua dan mengharungi sungai. Amira juga mencari Malique yang didapati hilang dengan Itai. Jacinta pula merupakan seorang penakut yang mudah mumutus asa apabila berhadapan dengan cabaran atau dugaan. Jacinta berasa lemas ketika berada di dalam Gunung Gua Gajah kerana dia tidak dapat menahan bau busuk najis kelawar. Dia telah membuat keputusan untuk berada di luar gua dan memutus asa untuk mencari Malique. Selain itu, Amira dan Jacinta juga mempunyai perbezaan dari aspek ketaatan terhadap suruhan ibu bapa. Amira mengikuti suruhan ibunya untuk membantu ibunya mengemaskini laman web ibunya dengan penemuanpenemuan arkeologi.Sebaliknya, Jacinta merupakan seseorang yang mementingkan diri sendiri dan tidak mentaati suruhan bapa. Misalnya, dia enggan bercuti ke Eropah walaupun dia sudah menerima tiket kapal terbang kerana tidak dapat menerima perkahwinan ayahnya pada kali yang kedua selepas ibunya meninggal dunia.

9|Page

PLYong

Huraikan persamaan perwatakan utama dengan salah satu watak sampingan. [8m]
Novel yang telah saya kaji ialah Kembara Amira, karya Amer Hmzah L.Kadir. Dalam novel ini, terdapat persamaan perwatakan antara watak utama, Amira Amir dengan satu watak sampingan.Watak sampingan yang telah saya pilih ialah Itai. Terdapat persamaan antara perwatakan utama, Amira dengan salah satu watak sampingan, iaitu Itai dari aspek keberanian. Amira berani untuk meneroka hutan, mendaki gunung , masuk ke dalam gua dan mengharungi sungai untuk mencari Malique. Dia juga berani untuk mengikut Itai pergi ke lubuk emas semata-mata untuk mendapatkan emas bagi menggembirakan hati Jacinta. Itai pula berani mendaki Gunung Gua Gajah untuk mencari Malique dan melawan makhluk berbulu yang digeruni masyarakat. Selain itu, Amira Amir dan Itai mempunyai persamaan dari aspek berpendidikan tinggi. Amira belajar di sebuah sekolah swasta dan melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti tempatan dalam bidang aeroangkasa. Itai pula belajar di sebuah sekolah di bandar dan melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

10 | P a g e