Anda di halaman 1dari 28

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL

PEMBANGUNAN KURIKULUM DALAM PTV


MBE 12503

TAJUK TUGASAN KUMPULAN:


KOLEJ VOKASIONAL
DISEDIAKAN UNTUK:
EN. GHAZALLY BIN SPAHAT
NAMA AHLI KUMPULAN:
NAMA PELAJAR

NORMANHISHAM BIN SUDIN

NO. KP

781022-03-5445

NO. MATRIK

GB 130149

NAMA PELAJAR

ANAS REDZUAN BIN SHARIFF

NO. KP

820611-01-6241

NO. MATRIK

GB 130197

SARJANA PENDIDIKAN TEKNIKAL (REKABENTUK INSTRUKSIONAL & TEKNOLOGI)

ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN....................................................................................................................2
1.0 PENDAHULUAN................................................................................................................3
2.0 APAKAH ITU KOLEJ VOKASIONAL.............................................................................5
3.0 OBJEKTIF PENUBUHAN KOLEJ VOKASIONAL ........................................................5
4.0 JENIS PROGRAM DITAWARKAN DI KOLEJ VOKASIONAL....................................6
5.0 KURSUS KURSUS DAN SYARAT KEMASUKAN DALAM PENDIDIKAN KOLEJ
VOKASIONAL..........................................................................................................................7
6.0 MATAPELAJARAN DAN DAN KURSUS KURSUS YANG DITAWARKAN DI
KOLEJ VOKASIONAL............................................................................................................8
7.0 PERLAKSANAAN KURIKULUM DALAM KOLEJ VOKASIONAL..........................10
8.0 KOLEJ VOKASIONAL YANG TERDAPAT DI MALAYSIA ......................................13
9.0 SISTEM PEMBELAJARAN DI KOLEJ VOKASIONAL...............................................15
10.0 SISTEM PENTAKSIRAN ATAU PENILAIAN DI KOLEJ VOKASIONAL ..............16
11.0 TENAGA KERJA DI KOLEJ VOKASIONAL .............................................................16
12.0 SISTEM PENTADBIRAN DI KOLEJ VOKASIONAL ................................................17
13.0 HALATUJU KOLEJ VOKASIONAL............................................................................18
14.0 KEKANGAN DAN CABARAN KOLEJ VOKASIONAL............................................19
15.0 KESIMPULAN................................................................................................................22
16.0 RUJUKAN......................................................................................................................25

1.0 PENDAHULUAN
Aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Baru Ekonomi yang berteraskan
ekonomi pendapatan tinggi adalah untuk melahirkan modal insan yang berkeupayaan untuk
berinovasi dan meneroka bidang-bidang baharu dalam usaha menjana kekayaan Negara.
Pertumbuhan ekonomi nasional ini telah menuntut peningkatan bilangan graduan dalam
bidang teknikal dan vokasional. Kerajaan melalui Bajet 2013 telah memperuntukkan
sejumlah dana yang besar untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan negara khususnya bagi
memenuhi hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional (2013 2025) ataupun PPPM.
PPPM telah menggariskan keperluan transformasi pendidikan melalui Gelombang pertama
yang akan dilaksanakan dari tahun 2013 hingga 2015. Gelombang pertama ini merupakan
fasa di mana sistem perlu dirombak untuk memberi sokongan kepada guru dan memberi
fokus kepada kemahiran utama. Dalam hal ini, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional,
telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tiga perkara iaitu:

Meningkatkan enrolmen dalam pendidikan vokasional .

Merombak kurikulum pendidikan vokasional supaya relevan dengan keperluan


industri.

Meningkatkan kolaborasi dengan pihak industri.

Dalam memenuhi aspirasi ini, usaha memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan


pihak industri sedang dipergiatkan agar lebih responsif dan menepati keperluan serta
perkembangan ekonomi negara. Peranan yang dinamik dari pihak industri menjadi faktor
penting untuk melahirkan tenaga kerja yang kompetitif dan berdaya saing untuk melahirkan
sekurang-kurangnya 3.3 juta pekerja mahir dalam tempoh 10 tahun akan datang. Langkah
yang proaktif telah diambil oleh Kementerian Pelajaran sejak tahun 2009 lagi untuk
memastikan pendidikan teknikal dan vokasional di negara ini setaraf dengan negara maju dan
negara serantau. Kadar purata enrolmen pelajar aliran teknikal dan vokasional di peringkat
menengah atas hanya 10% di Malaysia berbanding 44% bagi negara Pertubuhan Kerjasama
Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Kekuatan utama dalam sistem pendidikan di semua negara maju adalah pendidikan
teknikal dan vokasional. Sebagai contoh, di Jerman, Finland dan Austria, hampir 50 peratus
hingga 80 peratus pelajarnya mengikuti pendidikan vokasional di peringkat menengah atas
melalui program sepenuh masa (4 - 5 tahun) atau program apprenticeship. Manakala di
negara-negara serantau seperti Indonesia dan Thailand, enrolmen pelajar yang mengambil
aliran ini di peringkat menengah atas telah menjangkau 40 hingga 60 peratus. Melihat kepada
perkembangan yang berlaku di negara maju dan negara serantau, pendidikan vokasional di
Malaysia telah melalui perubahan yang besar semenjak Transformasi Pendidikan Vokasional
ini dilancarkan pada 6 Januari 2012. Definisi baru kejayaan melalui pendidikan vokasional
sudah dapat dilihat melalui pengoperasian sebanyak 15 buah Sekolah Menengah Vokasional
yang telah dinaiktarafkan kepada Kolej Vokasional pada tahun 2012 dengan pengambilan
seramai 3120 orang pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pada tahun 2013
sejumlah 72 buah lagi Kolej Vokasional beroperasi dengan pengambilan pelajar lepasan
PMR seramai 21250 orang. Manakala di peringkat menengah rendah (Tingkatan 1 hingga 3)
bilangan sekolah yang menawarkan Pendidikan Asas Vokasional (PAV) meningkat dari 15
kepada 65 buah Sekolah Menengah Harian pada tahun 2013. Selain daripada itu terdapat dua
institusi swasta yang telah melaksanakan program Kolej Vokasional dengan kursus dalam
bidang berimpak tinggi iaitu Aircraft Maintenance dan Mechatronic.
Sesi pengambilan tahun 2013, sebanyak 117,000 permohonan untuk memasuki Kolej
Vokasional telah diterima tetapi kapasiti yang mampu ditampung hanyalah 21 ribu orang
sahaja. Permintaan yang sangat menggalakkan ini adalah hasil usaha BPTV dan KV yang
telah banyak melaksanakan program promosi melalui media arus perdana, Program Jelajah
KV, Taklimat Penataran Transformasi Pendidikan Vokasional, Program Konsolidasi serta
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Vokasional sebagai satu proses penyampaian dan usaha
untuk mendekatikan setiap lapisan masyarakat. Usaha mengangkat martabat pendidikan
vokasional di Malaysia akan dapat dicapai dengan jayanya melalui sokongan semua lapisan
masyarakat.. Selain itu, kerjasama dua hala sedang dijalankan antara KPM dan Jaringan
Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang dianggotai oleh empat universiti teknikal iaitu
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Tun
Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi memastikan
artikulasi pelajar Kolej Vokasional melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
(Buletin BPTV)

2.0 APAKAH ITU KOLEJ VOKASIONAL


Usaha kerajaan dalam membangunkan modal insan di Malaysia telah direalisasikan
dengan satu lagi program iaitu menaik taraf sekolah menengah vokasional menjadi kolej
vokasional. Segala draf dan proposal telah pun siap dan mendapat persetujuan Menteri
Pelajaran sendiri. Sebuah sekolah menengah vokasional di setiap negeri telah dipilih untuk
menjadi perintis ke arah kolej vokasional dan pengambilan pelajar perintis telah bermula
pada tahun 2012.
Kursus yang ditawarkan ialah kursus-kursus yang terkandung dalam Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM). Pelajar yang belajar di kolej vokasional boleh mendapatkan SKM sehingga
tahap 3 jika mereka berjaya melaksanakan tugasan yang diberi dalam setiap tahap tersebut.
Selain daripada kursus yang di ambil, pelajar juga di ajar subjek akademik yang lain seperti
Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Moral dan Sejarah.
Kewujudan kolej vokasional adalah strategi serampang 2 mata iaitu bukan sahaja
memberi kemahiran kepada pelajar, malah ia juga dapat mengatasi masalah keciciran pelajar
dalam bidang akademik. Ini bermaksud, pelajar yang akan dipilih ke kolej vokasional nanti
ialah pelajar yang mendapat keputusan yang rendah dalam PMR. Kemasukan mereka ke
kolej vokasional adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari
kemahiran dan mencerahkan harapan mereka untuk bersaing di alam pekerjaan kelak.

3.0 OBJEKTIF PENUBUHAN KOLEJ VOKASIONAL


Penubuhan Kolej Vokasional ini menumpukan kepada lima objektif berikut:
1. Menghasilkan lepasan pendidikan KV yang memiliki sijil kemahiran atau diploma
yang diiktiraf oleh kerajaan dan badan-badan pensijilan kebangsaan.
2. Menghasilkan 20 peratus lepasan pendidikan
pengajian vokasional ke peringkat yang lebih tinggi.
5

yang bersedia melanjutkan

3. Menghasilkan lepasan pendidikan KV yang mempunyai tahap kebolehpekerjaan


yang tinggi. Di sasarkan seramai 70 peratus daripada graduan akan mendapat
pekerjaan di industri.
4. Menghasilkan 10 peratus lepasan pendidikan KV yang berupaya menjadi
usahawan yang berdaya saing.
5. Memperkasakan sistem penyampaian Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
melaksanakan transformasi vokasional.

4.0 JENIS PROGRAM DITAWARKAN DI KOLEJ


VOKASIONAL
Terdapat tiga program yang ditawarkan di KV iaitu:
a) Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
b) Program Latihan Kemahiran (SKM)
c) Program Apprenticeship atau Mode SLDN
a) Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
Program ini dijalankan sepenuh masa selama empat tahun dan pelajar akan menjalani
tiga bulan On Job Training di industry. Satu tahun pengajian dibahagikan kepada dua
semester dan satu semester pendek. Semester pendek mengandungi latihan pratikal,
entrepreneurship, pendidikan berasaskan produk (PBE), trainneeship dan modul-modul
tertentu mengikut keperluan. Tahun satu dan tahun dua dikenali sebagai pra-diploma
manakala tahun tiga dan tahun empat adalah pringkat diploma. Komposisi pembelajaran yang
merangkumi 30 peratus akademik dan 70 peratus kemahiran. Pelajar diperolehi Diploma
Vokasional Malaysia (DVM) dalam tempoh empat tahun pengajian
b) Program Latihan Kemahiran (SKM)
Tempoh pengajian adalah dua tahun hingga tiga tahun. Pelajar melaksanakan program SKM
sepenuhnya di Kolej Vokasional dan menjalani tiga bulan On Job Training di industry.
Komposisi pembelajaran yang merangkumi 20 peratus akademik dan 80 peratus kemahiran.
Menekankan pendidikan berasaskan produk (PBE), School Enterprise (SE) dan CompetencyBased Education and Training (CBET). Setelah tamat pengajian, pelajar dianugerahkan sijil
kemahiran malaysia atau juga sijil agensi latihan lain.
6

c) Program Apprenticeship atau Mode SLDN


Temph pengajian Program Apprenticeship atau Mode Sistem Latihan Dual Nasional
(SLDN) akan berjalan selama dua tahun. Pelajar akan belajar 30 peratus teori di Kolej
Vokasional manakala 70 peratus amali dilaksanakan di industri. Pelajar akan mengutip
pengalaman dan menguasai kemahiran dengan bantuan dari pihak industri. Pengalaman
secara langsung ini akan membolehkan pelajar memahami dan menguasai kemahiran dengan
lebih baik lagi. Pelajar aliran ini boleh memperolehi Sijil Pelajaran Aliran Kemahiran
(SPAK) yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
tahap 2 dan tahap 3.

5.0 KURSUS KURSUS DAN SYARAT KEMASUKAN


DALAM PENDIDIKAN KOLEJ VOKASIONAL
Berikut adalah merupakan syarat untuk pelajar pelajar lepasan PMR untuk masuk ke
kolej vokasional.
KATEGORI
A

KURSUS
1.Teknologi Mekatronik
2. Penyelenggaraan Pesawat
3. Perakaunan
4. Pengurusan perniagaan

1. Teknologi Elektrik
2. Teknologi Elektronik
3. Teknologi Automotif
4. Sistem Komputer dan Rangkaian
5. Sistem Pengurusan Pengkalan Data dan
Aplikasi Web
6. Teknologi Pembinaan
7. Pembuatan Peralatan - Metal Stamping Die
8. Pembuatan Peralatan Mould

SYARAT
Mendapat
sekurangkurangnya Gred B pada
peringkat PMR dalam mata
pelajaran berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Kemahiran Hidup.
Mendapat sekurangkurangnya Gred C pada
peringkat PMR dalam mata
pelajaran berikut:
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Matematik
Sains
Kemahiran Hidup.

1. Pelancongan

Mendapat sekurang7

2. Seni Kulinari
kurangnya Gred D pada
3. Bakeri dan Konfeksioneri
peringkat PMR dalam mata
4. Fesyen dan Pembuat Pakaian
pelajaran berikut:
5. Perkhidmatan Asuhan Kanak-kanak
Bahasa Melayu
6. Kosmetologi
Bahasa Inggeris
7. Teknologi Penyejukbekuan dan Penyaman
Matematik
Udara
Sains
8. Pemesin Industri
Kemahiran Hidup.
9. Teknologi Kimpalan
10. Hotikultur Hiasan
11. Landskap
12. Mekanisasi Pertanian
13. Agroindustri Tanaman
14. Agroindustri Ruminan
15. Agoindustri Poltri
16. Bioteknologi
17. Herba
18. Pemprosesan Hasil Pertanian
19. Akuakultur
20. Florikultur
21. Kesetiausahaan Pentadbiran
22. Insurans
23. Perbankan
24. Pemasaran
25. Pengurusan Peruncitan
SUMBER : www.bptv.edu.my/kolej vokasional/syarat-khusus.htm

6.0 MATAPELAJARAN DAN DAN KURSUS KURSUS


YANG DITAWARKAN DI KOLEJ VOKASIONAL.
Berikut adalah merupakan matapelajaran umun yang wajib diambil oleh pelajar KV dan
pecahan bidang-bidang kursus yang boleh disertai oleh pelajar :
BIL

BIDANG
MATA PELAJARAN UMUM

BIL
1
2
3
4
5
6
7
8
9

KURSUS
Bahasa Melayu
Matematik
Pendidikan Islam
Moral
Bahasa Inggeris
Pendidikan Kesihatan
Sejarah
Pendidikan Jasmani
Sains

CIVIL ENGINEERING
TECHNOLOGY (Teknologi
Kejuruteraan Awam)

1
2
3

MECHANICAL AND
MANUFACTURING
ENGINEERING
TECHNOLOGY (Teknologi
Kejuruteraan Mekanikal Dan
Pembuatan)
ELECTRICAL AND
ELECTRONIC
ENGINEERING
TECHNOLOGY (Teknologi
Kejuruteraan Elektrik Dan
Elektronik)
BUSINESS (Bisnes)

1
2
3
4
1
2
3
4
1
2
3
4
5
6
7

HOSPITALITY (Hospitaliti )

1
2
3
4
5
6

MARINE ENGINEERING
TECHNOLOGY

ARTS AND CULTURAL


SUPPORT SYSTEM

10
11

1
2
1
2

TRANSPORTATION

HEALTH SCIENCES (Sains


Kesihatan)

EQUINE (Ekuin)
INFORMATION AND
COMMUNICATION
TECHNOLOGY (Teknologi

1
2
3
4
5
6
7
1
1
2

Construction Technology (Teknologi Binaan)


Building Services and Maintenance (Perkhidmatan dan
Penyelenggaraan Bangunan)
Timber Processing and Manufacturing (Proses Perkayuan dan
Perkilangan)
Industrial Machining (Pemesinan Industri)
Welding Technology (Kimpalan) (KFL)
Automotive Technology (Automotif) (AUTO)
Air Conditioning Technology (Penyejukan dan Penyamanan
Udara) (PPU)
Electric (Elektrik)
Electronics (Elektronik)
Telecommunication (Perhubungan)
Mechatronics (Mekatronik)
Business Administration (Pengurusan Perniagaan)
Accountancy (Akauntansi)
Office Management and Technology (Pengurusan Teknologi
Pejabat)
Insurance (Insurans)
Banking (Perbankan)
Marketing (Pemasaran)
Retailing Management
(Pengurusan Peruncitan)
Tourism (Pelancongan)
Culinary Arts (Seni Kulinari)
Bakery and Confectionary (Bakeri dan Konfeksioneri)
Fashion and Dressmaking (Fesyen dan Membuat Pakaian)
Child Development and Services (Perkembangan dan
Perkhidmatan Kanak-Kanak)
Cosmetology and Wellness (Seni Kecantikan dan Terapi
Kecantikan)
Marine Engine Technology (Teknologi Enjin Marin)
Ship Building Technology (Teknologi Pembinaan Kapal)
Event Management (Pengurusan Acara) (2015)
Broadcasting Technician (Juruteknik Penyiaran)
Aircraft Maintenance - MRO (Penyelenggaraan Pesawat MRO)
LRT / Locomotive Maintenance Technology (Teknologi
Penyelenggaraan LRT/Lokomotif)
Medical Laboratory Technology (Teknologi Makmal
Perubatan)
Nursing Aide (Pembantu Jururawat)
Occupational Safety and Health
Emergency Aide
Forensic Aide
Emergency Technician
Environmental Health
Equestrian (Ekuestrian)
Computer System and Networking (Sistem Komputer dan
Jaringan)
Digital Graphic Design (Rekabentuk Grafik Digital)

12

Maklumat Dan Komunikasi)

3
4

AGRICULTURE
(Pertanian)

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11

Multimedia Production (Produksi Multimedia)


Application Development - Database Management System
(Pembangunan Aplikasi -Sistem Pengurusan Data)
Plants Agroindustry (Agroindustri Tanaman)
Poultry Agroindustry
(Agroindustri Ternakan- Kaki 2)
Ruminen Agroindustry
(Agroindustri Ternakan- Kaki 4)
Ornamental Horticulture (Hortikultur Hiasan)
Landscape (Landskap)
Biotechnology (Biotechnologi)
Agro Mechanization (Mekanisasi Agro)
Herb Agroindustry (Agroindustri Herba)
Processing of Agriculture Products (Pemprosesan Hasil
Pertanian)
Aquaculture (Akuakultur)
Florist culture (Floriskultur)

7.0 PERLAKSANAAN KURIKULUM DALAM KOLEJ


VOKASIONAL
Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 memberi
penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi
akademik. Kurikulumnya merujuk kepada Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan
(NOSS), SKM dan lain-lain bentuk pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri.Pendidikan
dan latihan vokasional sememangnya mempunyai peranan cukup penting dalam menyediakan
laluan utama ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran tinggi seterusnya
menyumbang kepada penjanaan kekayaan baru bagi negara. Untuk itu, kualiti kurikulumnya
perlu dipertingkat dan disesuaikan dengan keperluan industri.
Kurikulum KV melibatkan 53 jenis kursus kemahiran dalam 12 bidang kemahiran
yang ditawarkan di Kolej Vokasional yang mengambil alih beransur-ansur 88 sekolah
menengah vokasional/teknik mulai tahun 2013. Kurikulum Kolej Vokasional digubal
mengikut standard kompetensi bekerja yang ditetapkan oleh organisasi standard pekerjaan
dan aras pembelajaran menepati Kerangka Kelayakan Malaysia tahap 1 hingga tahap 4.

Kurikulum KV mempunyai ciri-ciri utama iaitu :


10

a) Pembelajaran berorientasikan pekerjaan yang mengandungi tiga aspek


kompetensi bekerja, kompetensi keusahawanan dan kompetensi insaniah.
b) Nisbah komponen akademik-vokasional ialah 30:70
c) Mengandungi empat eleman ilmu, aplikasi, kreativiti dan inovasi
d) Merentasi tiga domain jati diri (hearts-on), ketajaman minda (minds-on) dan
kecekalan (hands-on)
e) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran berbentuk modular
Manakala modul pembelajaran di Kolej vokasional ini terbahagi kepada berikut :a) Modul akademik meliputi pengajian pelbagai bahasa, sains, matematik,
sejarah dan pendidikan agama/moral
b) Modul vokasional dalam bentuk kluster program kemahiran vokasional
c) Modul kompetensi kompetitif yang meliputi kompetensi keusahawanan,
kompetensi bekerja dan kompetensi insaniah.
Pengajian di Kolej Vokasional kini adalah berbentuk sistem semester selama empat
tahun pengajian yang membolehkan graduan KV dianugerahkan Diploma Vokasional
Malaysia ataupun Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Semasa tempoh itu mereka juga akan
mengikuti On Job Training (OJT), Production Based Education (PBE), School Enterprise
(SE) serta aspek kokurikulum yang mantap bagi melahirkan kumpulan tenaga mahir yang
mempunyai employability skills yang tinggi. Pengiktirafan Diploma dan sijil ini diberikan
oleh MQA, JPK, JPA, industri atau lain-lain badan bertauliah antarabangsa seperti City &
Guild (C&G), TWI (London) serta LCCI sekiranya syarat-syarat dipenuhi. Sekiranya jurutera
di negara ini boleh memperolehi pengiktirafan profesional daripada Lembaga Jurutera
Malaysia maka graduan Kolej Vokasional yang dianugerahkan dengan Diploma ini boleh
memperolehi pengiktirafan profesional melalui pengwujudan Malaysian Board of
Technology (MBOT). MBOT akan bertanggungjawab memberi pengiktirafan kepada
Technologists dan Certified Technician (Juruteknik Bertauliah).
Kementerian Pelajaran amat menggalakkan sebarang bentuk jalinan kerjasama (MoU)
antara institusi latihan dan industri kerana dengan adanya perkongsian teknologi dan
kepakaran ini secara tidak langsung dapat memantapkan lagi proses pembelajaran dan latihan
para pelajar untuk menempuhi alam pekerjaan yang sebenar. Maka bagi tahun 2013 sahaja
sebanyak 100 MoU atau perjanjian kerjasama telah diusaha untuk ditandatangani yang
merupakan salah satu KPI BPTV. Selain daripada program sepenuh masa, KV juga
11

menawarkan program jangka pendek (short courses) melalui apprenticeship seperti Timber
Processing and Finishing (TPF) serta kursus rintis Ekuin yang dilaksanakan mulai tahun
2010. Kedua program ini telah membuahkan hasil di mana graduan Ekuin seramai 35 orang
telah telah mencapai tahap kompetensi untuk persijilan SKM Tahap 2 dan para pelajarnya
telah diambil bekerja oleh beberapa syarikat dalam bidang Ekuin dengan gaji minimum
RM1200.00. Manakala seramai 16 daripada 20 orang pelajar TPF telah diterima bekerja di
syarikat yang melaksanakan SLDN tersebut.
Kurikulum dalam kolej vokasional sudah berbeza sama sekali dengan kurikulum
sekolah akademik biasa, dimana dalam kolej vokasional penekanan terhadap kerja amali 70%
berbanding dengan kerja akademik iaitu sebanyak 30%. Pelajar akan didedahkan sebanyak 6
11 modul vokasional setiap tahun mencakupi setiap duties dan task mengikut tahap.
Penentuan jam kredit bagi modul adalah berdasarkan keperluan jam pertemuan setiap tahap
Jumlah Jam kredit bagi setiap semester maksimum 18-20 termasuklah modul akademik
dimana 1 Jam kredit = 1 jam kelas teori / 2 3 jam bagi kelas amali.
Standard bagi penetapan kurikulum bagi Kolej Vokasional adalah sebagaimana
berikut :1. Standard Kandungan Standard Kandungan mengandungi penyataan spesifik tentang
perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
2. Standard Pembelajaran Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria
atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap
standard.
3. Kriteria pencapaian - Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan
kepada apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan.

12

Rajah 1 : Kerangka Kurikulum Kolej Vokasional

8.0 KOLEJ VOKASIONAL YANG TERDAPAT DI


MALAYSIA
Berikut adalah merupakan Kolej Vokasional yang menjadi perintis dan telah
dilaksanakan pada tahun 2012
1. Kolej Vokasional Arau

9. Kolej Vokasional Kluang

2. Kolej Vokasional Sungai Petani 1

10. Kolej Vokasional Muadzam Shah

3. Kolej Vokasional Balik Pulau

11. Kolej Vokasional Kuala Terengganu

4. Kolej Vokasional Seri Manjung

12. Kolej Vokasional Pengkalan Chepa

5. Kolej Vokasional Shah Alam

13. Kolej Vokasional Kuching

6. Kolej Vokasional ERT Setapak

14. Kolej Vokasional Beaufort

7. Kolej Vokasional Dato Lele Maharaja

15. Kolej Vokasional Labuan

8. Kolej Vokasional Datuk seri Mohd Zin


Berikut pula adalah merupakan Kolej Vokasional yang telah dibuka pada tahun 2013
1. Kolej Vokasional Kangar

7. Kolej Vokasional Butterworth

2. Kolej Vokasional Kulim

8. Kolej Vokasional Batu Lanchang

3. Kolej Vokasional Langkawi

9. Kolej Vokasional Seri Iskandar

4. Kolej Vokasional Alor Setar

10. Kolej Vokasional Slim River

5. Kolej Vokasional Sungai Petani 2

11. Kolej Vokasional Taiping

6. Kolej Vokasional Nibong Tebal

12. Kolej Vokasional Kuala Kangsar


13

13. Kolej Vokasional Lebuh Cator

36. Kolej Vokasional Tengku Ampuan

14. Kolej Vokasional Kerian

Afzan

15. Kolej Vokasional Teluk Intan

37. Kolej Vokasional Sultan Ahmad Shah

16. Kolej Vokasional Sungai Buloh

38. Kolej Vokasional Sultan Haji Ahmad

17. Kolej Vokasional Klang

Shah Al-Mustain Billah

18. Kolej Vokasional Kajang

39. Kolej Vokasional Temerloh

19. Kolej Vokasional Gombak

40. Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor

20. Kolej Vokasional Setapak

41. Kolej Vokasional Kuala Krai

21. Kolej Vokasional Melaka Tengah

42. Kolej Vokasional Pasir Mas

22. Kolej Vokasional Port Dickson

43. Kolej Vokasional Tanah Merah

23. Kolej Vokasional Ampangan

44. Kolej Vokasional Kemaman

24. Kolej Vokasional Kuala Klawang

45. Kolej Vokasional Besut

25. Kolej Vokasional Juasseh

46. Kolej Vokasional Kudat

26. Kolej Vokasional Dato Undang Haji

47. Kolej Vokasional Keningau

Muhammad Sharip

48. Kolej Vokasional Sandakan

27. Kolej Vokasional Batu Pahat

49. Kolej Vokasional Lahat Datu

28. Kolej Vokasional Segamat

50. Kolej Vokasional Tawau

29. Kolej Vokasional Kota Tinggi

51. Kolej Vokasional Matang

30. Kolej Vokasional Muar

52. Kolej Vokasional Betong

31. Kolej Vokasional Tanjung Puteri

53. Kolej Vokasional Sibu

32. Kolej Vokasional Perdagangan JB

54. Kolej Vokasional Bintulu

33. Kolej Vokasional ERT Azizah

55. Kolej Vokasional Miri

34. Kolej Vokasional ERT Puteri

56. Kolej vokasional Likas

35. Kolej Vokasional Kuantan

57. SMK Sultan Abdul Samad, Banting

KV Swasta 2013
1. Malaysia Aviation Training Academy (MATA), Kuantan
2. Malaysian Institute of Technology Academy (MITA), Shah Alam

14

9.0 SISTEM PEMBELAJARAN DI KOLEJ


VOKASIONAL
Jika beberapa tahun lalu aliran teknik dan vokasional pernah dianggap sebagai bidang
buat pelajar yang malas belajar, kini tidak lagi. Kemahiran merupakan bakat yang amat
berharga dalam pasaran pekerjaan. Keperluan industri terhadap lulusan berkemahiran
semakin terbuka luas. Sistem pengajian Kolej Vokasional merangkumi 30 peratus akademik
dan 70 peratus menumpukan kepada kemahiran. Waktu pembelajaran juga dipanjangkan
iaitu daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. kemasukan bermula daripada peringkat
lepasan PMR. Untuk memasuki kolej ini, pelajar-pelajar lepasan PMR yang melepasi syaratsyarat kelayakan ditetapkan boleh memohon. Pelajar dinasihatkan agar memilih kolej ini
bukan kerana sudah jemu dengan sekolah lama atau tidak minat belajar. Sebaliknya biarlah
keinginan itu kerana mereka benar-benar berminat dalam bidang kemahiran. Penting untuk
mereka ingat bahawa sistem kolej tidak sama seperti sekolah lagi di mana mereka
mempunyai peperiksaan akhir pada setiap semester. Sememangnya keputusan untuk berada
di kolej ini perlu diambil serius oleh pelajar kerana ketika sepatutnya berada di tingkatan
empat, mereka sudah belajar dengan sistem semester. Sebanyak lapan semester atau empat
tahun perlu ditamatkan bagi memperoleh Diploma. Mereka juga tidak perlu lagi menduduki
peperiksaan SPM.
Pembelajaran di Kolej Vokasional telah mengantikan sistem penggal kepada sistem
semester iaitu keseluruhan program pembelajaran ini mengambil masa empat tahun iaitu
sebanyak lapan semester. Satu tahun pengajian dibahagikan kepada dua semester dan satu
semester pendek. Satu semester mengandungi 16 minggu manakala empat minggu dikhaskan
untuk semester pendek. Semester pendek mengandungi latihan pratikal, entrepreneurship,
pendidikan berasaskan produk (PBE), trainneeship dan modul-modul tertentu mengikut
keperluan. Satu waktu pembelajaran adalah satu jam bukannya 30 hingga 40 minit seperti
mana yang diamalkan di sistem sekolah harian. Pelajar akan mengambil masa selama empat
tahun pembelajaran iaitu tahun satu dan tahun dua merupakan Pra-Diploma manakala tahun
tiga dan tahun empat adalah peringkat diploma. Pelajar perlu mencapai CGPA sekurangkurangnya 2.5 bagi melayakkan ke peringkat diploma. Jika tidak mereka akan hanya

15

memperolehi sijil SKM sampai tahap 3 sahaja. Manakala jenis program Latihan Kemahiran
(SKM) pula mengandungi tempoh pengajian selama dua hingga tiga tahun
Keistimewaan pertama yang dapat kita lihat kepada graduan lepasan kolej ini ialah
memperoleh Diploma di usia muda. Mereka juga bakal menjadi rebutan di pasaran kerjaya
kerana memiliki kemahiran yang tinggi iaitu sehingga ke tahap empat SKM. Malah,
beruntungnya kerana pengajian dibiayai sepenuhnya. Dua tahun pertama, pelajar akan
belajar subjek-subjek asas manakala dua tahun terakhir pembelajaran lebih spesifik dengan
adanya praktikal atau latihan industri pada tahun terakhir.

10.0
SISTEM PENTAKSIRAN ATAU PENILAIAN DI
KOLEJ VOKASIONAL
Sistem pentaksiran Kolej Vokasional telah bertukar dari kaedah konvensional kepada
kaedah holistic. Komponen pentaksiran merangkumi pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat,
peperiksaan pusat, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran
psikometrik. Di Kolej Vokasional ini terdapat 2 kaedah penilaian iaitu kaedah pentaksiran
berterusan (PB) dan pentaksiran berpusat. Pentaksiran berterusan (PB) akan memperuntukkan
markah sebanyak 70 peratus manakala pentaksiran pusat akan memperuntukkan markah
sebanyak 30 peratus (amali dan bertulis). Penyediaan instrumen penilaian dibuat oleh guru
semasa setiap proses P&P kerana pentaksiran pusat dibina oleh Lembaga Peperiksaan
berdasarkan Standard Kompetensi tetapi dirancang, ditadbir, diperiksa dan dilapor oleh guru.

11.0

TENAGA KERJA DI KOLEJ VOKASIONAL

Tenaga pengajar di Kolej Vokasional ini masih menggunakan tenaga kerja daripada
sekolah yang asal. Namun begitu, bagi tenaga pengajar kemahiran, mereka ini perlu
menghadiri beberapa kursus untuk peningkatan dalam bidang kemahiran. Mereka ini perlu
mendapatkan beberapa sijil untuk memberikan pengiktirafan untuk mereka mengajar
kemahiran tersebut seperti sijil SKM, Sijil VTO, VTE, VTM, PPL dan PPD. Sijil sijil ini
dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)

16

12.0
SISTEM PENTADBIRAN DI KOLEJ
VOKASIONAL
Sistem pentadbiran di kolej vokasional ini juga telah diubah strukturnya sama sekali
dimana ianya telah diketuai oleh pengarah dan bukannya lagi pengetua. Beberapa jabatan dan
bahagian baru telah diterbitkan. Setiap jabatan dan bahagian ini akan berfungsi mengikut
bidang tugas masing-masing. Kolej vokasional ini juga perlu memohon dengan JPK untuk
diberi penarafan sebagai pusat bertauliah untuk menghasilkan pelajar yang berkemahiran
yang memiliki sijil kemahiran.

Rajah 2: Contoh struktur organisasi Kolej Vokasional

17

13.0

HALATUJU KOLEJ VOKASIONAL

Sasaran graduan KV adalah 10 peratus akan menjadi usahawan, 70 peratus terus


bekerja manakala 20 peratus lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kelebihan
pengajian kemahiran di sini juga bagi melahirkan graduan yang tidak hanya memiliki
mentaliti makan gaji tetapi mampu mengusahakan perniagaan sendiri. Walaupun fokus
utama kepada peningkatan kemahiran, KV juga memperkenalkan modul-modul insaniah
bagi meningkatkan lagi kebolehan pasaran. Soft Skills juga ditekankan di sini supaya para
pelajar bukan hanya cemerlang di dalam kemahiran mereka malah gemilang di dalam faktor
persembahan diri dan komunikasi.
Pelaksanaan program Kolej Vokasional ini juga telah diperluaskan di Institut Latihan
Perindustrian, Jabatan Tenaga Manusia, kementerian Sumber Manusia. Program Peluasan
Kolej Vokasional di Institut Latihan Perindustrian (ILP) ini terkandung dalam perancangan
RMKe-10 dan seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
yang memberi penekanan utama terhadap mengarus perdana serta meningkatkan kualiti
lulusan pelajar dalam pendidikan teknikal dan vokasional. Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah mensasarkan peningkatan enrolmen pelajar aliran vokasional daripada 5 peratus
kepada 20 peratus keseluruhan enrolmen menjelang tahun 2020. Selain daripada itu, peluasan
ini juga akan dapat menyediakan penyelesaian kos efisien untuk pendidikan vokasional dan
seterusnya memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit yang dibelanjakan oleh
Kementerian Pendidikan.
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) telah menjalankan kerjasama
dengan Institut Latihan Perindustrian di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian
Sumber Manusia (KSM). Program Kolej Vokasional di Institut Latihan Perindustrian akan
bermula dengan pengambilan program rintis mulai Julai 2013. Program Kolej Vokasional di
Institut Latihan Perindustrian ini akan melibatkan 11 Institut Latihan Perindustrian terpilih
dengan penawaran 12 kursus dan pengambilan seramai 465 pelajar yang akan mula
18

mendaftar mulai 8 Julai 2013. Majlis Pelancaran program KV di ILP ini dijangka telah
diadakan pada 8 Julai 2013. Y.A.B. Tan Sri Dato Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin,
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan 1 akan menyempurnakan Majlis
tersebut bersama Y.B. Datuk Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia.

14.0
KEKANGAN DAN CABARAN KOLEJ
VOKASIONAL
Dalam membincangkan aspek cabaran-cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani
dalam perlaksanaan Kolej Vokasional, bolehlah dibahagiakan kepada empat aspek yang
utama :a) Sikap masyarakat terhadap pendidikan teknik dan vokasional.
Masyarakat dilihat menganggap pelajar-pelajar vokasional adalah hanya mereka yang
gagal dalam bidang akademik. Fenomena ini turut mendapat perhatian Siti Maspah dan Nor
Azizah (1995) yang dalam kertas kerja mereka mengatakan bahawa: "Satu masalah yang
besar ialah untuk menarik minat pelajar terhadap pendidikan vokasional. Ibubapa lebih
memberikan perhatian kepada pendidikan di sekolah akademik. Pendidikan di sekolah
vokasional dianggap sebagai "Second Class". Lulusan dari sekolah vokasional juga dianggap
rendah tarafnya walaupun sijil diiktiraf sama dengan SPM. Sekolah vokasional adalah untuk
pelajar yang lemah atau yang tercicir."
Tanggapan masyarakat yang sebegini sememangnya tidak tepat kerana pendidikan
teknik dan vokasional memberikan masa depan yang cerah kepada para lulusannya samada
dalam peluang pekerjaan mahupun bidang pendidikan peringkat tinggi. Akhbar melaporkan
bahawa Malaysia hanya mampu melatih seramai 32,166 jurutera lagi dari institusi pendidikan
tinggi awam menjelang tahun 2020 sedangkan menjelang tahun 2000 sahaja sektor industri
memerlukan seramai 51,000 jurutera (The Star, 10 Februari 1993),
Setakat ini timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan ibubapa dan guru yang
mengajar KV. Dikalangan ibubapa, mereka risau akan masa depan anak mereka kerana tidak
mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), halatuju KV yang tidak diperjelaskan dengan
terperinci dan peluang kerjaya yang tidak stabil.

19

Untuk pengetahuan ibubapa, matlamat KV adalah untuk melahirkan tenaga mahir dan
separa mahir untuk memenuhi industri diluar sana. Pecahan keluaran KV adalah 70% untuk
industri, 20% untuk melanjutkan pelajaran dan 10% untuk menjadi usahawan. Pihak
Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dari semasa ke semasa akan
berbincang dengan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan untuk melaksanakan
kurikulum KV dan badan-badan pengiktirafan di dalam dan luar Negara untuk mengiktiraf
kursus-kursus yang dijalankan. Sehingga kini KV telah diiktiraf oleh MQA dan badan
kemahiran.
b) Pendidikan teknik dan vokasional untuk melahirkan sumber tenaga manusia yang mahir.
Dalam aspek pembangunan sumber manusia, pelajar yang dihasil oleh KV ini
perlulah berkebolehan untuk bekerja secara profesional di samping berupaya menerima dan
menguasai pengetahuan baru yang berkaitan dengan cepat. Menurut Isahak Haron (1992),
tenaga manusia yang diperlukan di dalam masyarakat industri tentulah tenaga manusia yang
cekap dan profesional, berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu
dan dapat membuat penyesuaian dengan tepat. Bagi membentuk kurikulum yang bersesuaian
dengan keperluan industri semasa, maka kerjasama yang erat daripada pihak swasta adalah
diperlukan. Melalui kerjasama ini, program dan kandungan kursus yang berkaitan dapat
diawasi secara konsisten dan diubahsuai bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan yang
berubah-ubah. Pandangan ini turut dikongsi oleh Siti Maspah dan Nor Azizah (1995) yang
mengatakan bahawa pendidikan teknik dan vokasional perlu mengadakan hubungan dan
kerjasama yang rapat dengan industri bagi menjayakan program latihan dan menyusun
kurikulumya. Sokongan industri penting agar sistem sekolah dapat mengikuti perubahan
teknologi dan memenuhi keperluan permintaan serta keadaan kerja mereka. Programprogram kerjasama yang dijalankan di antara institusi pendidikan teknik dan swasta berupaya
mempertingkatkan lagi kualiti pendidikan teknik dan vokasional.
Masalah yang timbul adakah pihak industri ini sanggup berkerjasama dengan baik
untuk sama sama melatih pelajar KV ini. lagipun adakah sejajar teknologi yang diajar di
KV dengan teknologi yang diguna pakai di KV. KV perlu menyediakan pelajar yang mahir
dengan penggunaan teknologi-teknologi industry terkini supaya pelajar yang terhasil nanti
releven dengan kehendak industry.
c) Mempertingkatkan kualiti dalam latihan kemahiran tenaga pengajar.
20

Pengalaman dan pengetahuan tenaga pengajar di institusi latihan teknikal dan


vokasional merupakan faktor yang mempengaruhi kualiti lulusan yang dikeluarkan. Siti
Maspah dan Nor Azizah (1995) mengatakan bahawa tenaga pengajar yang berkelayakan juga
menjadi masalah utama. Mereka diambil terus dari universiti tempatan dan Maktab Khas
untuk latihan teknik atau vokasional. Kebanyakan tenaga pengajar tiada pengalaman
perindustrian dan kerja. Fenomena tersebut wajar diambil perhatian kerana tenaga pengajar
yang hanya mempunyai kelayakan akademik tanpa memiliki pengalaman industri dan kerja
akan menjadikan pelaksanaan program latihan atau pendidikan teknik dan vokasional lebih
bercorak teori sahaja. Ini akan melahirkan lepasan institusi vokasional yang kurang terlatih
bagi memenuhi tuntutan yang diperlukan oleh bakal majikan mereka kelak.
Sehubungan dengan itu, sistem pengambilan tenaga pengajar perlulah dilakukan
secara lebih terbuka di mana kelayakan akademik tidak dijadikan faktor utama tetapi
mengambil kira pengalaman industri dan kemahiran teknikal yang dimiliki adalah suatu yang
wajar. Ini adalah kerana Kerajaan melalui Kementerian pendidikan juga telah mewujudkan
kelonggaran dalam pengambilan staf dan bekerja rapat dengan industri untuk mendapatkan
tenaga pengajar sebagai kakitangan sementara atau pinjaman (Siti Maspah & Nor Azizah,
1995). Program berkembar dengan pusat-pusat pengajian tempatan dan luar negara juga
wajar dilaksanakan bagi melatih tenaga pengajar di Kolej Vokasional. Ini dapat
meningkatkan lagi taraf kualiti pendidikan teknik dan vokasional melalui mutu pengajaran
yang tinggi dan lebih berkesan.

d) Isu keguruan sedia ada


Dikalangan guru pula, wujud yang tidak puas hati kerana terpaksa mengajar lebih
masa berbanding sekolah biasa dengan gaji yang sama. Guru juga hanya dibekalkan dengan
NOSS KV dan perlu menggubal

sendiri kertas penerangan, kertas tugasan dan kertas

penilaian yang akan digunakan. Ini akan mewujudkan ketidak seragaman dari segi bahan
edaran tersebut di setiap KV. KV juga masih lagi menghadapi masalah dari segi prasarana
dan kelengkapan bengkel untuk menjalankan kursus. Terdapat juga guru guru yang
mengajar di Kolej Volasional ini yang belum mempunyai sijil sijil kelayakan untuk
mengajar kemahiran. Manakala guru guru baru yang dihantar oleh kementerian kurang
memiliki kepakaran untuk mengajar kemahiran disebabkan mereka lebih didedahkan dengan
akademik sahaja. Pihak kementerian perlu melaksanakan kursus kursus bersifat in house
21

bagi memberikan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kemahiran supaya mereka boleh
mengajar dengan baik.

15.0

KESIMPULAN

Masyarakat diseru agar mengubah pandangan mereka terhadap pendidikan teknik dan
vokasional. Namun begitu, usaha-usaha yang berterusan perlulah dilakukan bagi mengubah
semula sikap dan nilai masyarakat ke arah yang lebih positif. Ini termasuklah menanamkan
sikap dan norma yang baik di kalangan mereka agar mampu menjadi tenaga kerja yang
berkemahiran tinggi (Abdul Shukur,1997). Di samping itu, kerajaan dan swasta disarankan
mengeratkan lagi kerjasama bagi menangani masalah guna tenaga di dalam bidang teknik dan
vokasional ini.
Apabila transformasi pendidikan vokasional dilaksanakan secara besar-besaran mulai
tahun 2013 maka aliran ini tidak lagi dianggap sebagai pendidikan kelas dua. Ketika ini
masyarakat umum beranggapan ia sebagai tempat pelajar yang tidak berminat belajar dalam
aliran akademik. Pelajar aliran ini juga dikira kurang berpeluang untuk ke menara gading jika
dibandingkan dengan sebahagian rakan-rakan mereka daripada aliran akademik yang akan
memasuki kelas matrikulasi atau tingkatan enam selepas menamatkan peperiksaan SPM.
Transformasi ini telah menjanjikan kelulusan hingga ke peringkat diploma secara
jalan pintas melalui pewujudan Kolej Vokasional (KV) selepas tingkatan tiga. Apa yang
menarik pelajar mula didedahkan asas mata pelajaran vokasional dan boleh memilih jurusan
kemahiran seawal usia 13 tahun iaitu semasa berada di tingkatan satu. Sesungguhnya
peluasan aliran vokasional dalam sistem pendidikan telah diamalkan di kebanyakan negara
dan bilangan pelajarnya sangat ramai kerana ia dianggap selari dengan kemajuan teknologi.
Transformasi pendidikan vokasional yang bermula pada tahun 2013 ini memberikan
penekanan kepada amalan industri atau amali teknikal dan akan mengurangkan komposisi
akademik. Apa yang menariknya Pendidikan Asas Vokasional (PAV) telah diperkenalkan
kepada pelajar mulai tingkatan satu. Mereka juga dibenarkan mengambil peperiksaan Sijil
22

Kemahiran Malaysia (SKM) pada tahap satu iaitu semasa berada di tingkatan dua dan SKM
tahap dua semasa berada di tingkatan tiga. Sementara itu pelajar yang mengikuti aliran
vokasional ini selepas tingkatan tiga akan diberi peluang mengikuti pendidikan selama empat
tahun sehingga peringkat diploma iaitu SKM tahap empat. Kurikulumnya merujuk kepada
Piawaian Kemahiran Guna Tenaga Kebangsaan (NOSS), SKM dan lain-lain bentuk
pensijilan yang diiktiraf oleh pihak industri. Sudah sampai masanya diperkenalkan bidang
bertahap tinggi seperti aviation, maritime, oil and gas, ICT, kejuruteraan, perakaunan,
pengajian perniagaan dan lain-lain dalam aliran ini. Dengan kata lain usaha memartabatkan
pendidikan vokasional perlu dilaksanakan supaya berlaku perubahan landskap di mana aliran
ini akan menjadi pilihan utama pelajar-pelajar dan ibu bapa seperti kebiasaan amalan di
negara-negara maju.

Ketika ini dalam sistem pendidikan kita hanya 10 peratus (%) daripada jumlah pelajar
yang mengikuti pendidikan vokasional. Bilangan ini dikira kecil jika dibandingkan dengan
negara lain seperti Korea Selatan 28%, Thailand 41%, Indonesia 51%, Jerman 59%, Australia
62% dan Belanda 68%. Sementara itu di kalangan negara OECD yang berjumlah 44 negara
puratanya ialah sebanyak 44%. Seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri
bilangan pelajar vokasional akan ditingkatkan kepada 20% pada tahun 2013. Jumlah ini boleh
dicapai sekiranya pihak swasta diberi peluang dan dilibatkan sama bagi menyediakan
kemudahan pendidikan tersebut. Perubahan ini diperlukan tidak lain tidak bukan untuk
menyediakan tenaga kerja terlatih yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan Negara.

Dengan mengikuti bidang kemahiran dan teknikal serta didedahkan dengan latihan
amali sejak dibangku sekolah akan membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan mudah
dalam alam pekerjaan. Pekerja yang mempunyai kemahiran teknikal dan pernah mengikuti
latihan amali sangat diperlukan oleh pihak industri pada masa kini Dilaporkan juga hampir
80% daripada tenaga kerja yang memasuki pasaran pekerjaan adalah mereka yang hanya
mempunyai kelulusan SPM. Kelayakan akademik tanpa kemahiran teknikal ini akan memberi
kesan kepada kualiti pekerjaan dan pendapatan bulanan. Pendapatan permulaan sekitar
RM600 hingga RM800 sebulan.

Sekiranya mereka mempunyai kelulusan diploma

pendapatan permulaan boleh meningkat di antara RM1,000 hingga RM1,500 sebulan.


Peningkatan pendapatan ini adalah selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang

23

menyasarkan pendapatan tinggi di kalangan pekerja dalam usaha menjadikan Malaysia


sebagai negara maju menjealan tahun 2020.
Memartabatkan aliran pendidikan ini juga ada kaitan dengan usaha membantu
kerajaan bagi menyediakan peluang pekerjaan. Peningkatan pertambahan penduduk dan
jumlah pelajar yang meninggalkan bangku sekolah lebih daripada setengah juta orang setiap
tahun menyukarkan pihak kerajaan dan swasta menyediakan pekerjaan. Transformasi
pendidikan vokasional ini sudah tentu akan menarik minat lebih ramai pelajar cemerlang
memasuki aliran ini. Sekiranya pendidikan ini dapat menjanjikan peluang pekerjaan yang
baik dan pendapatan yang tinggi kepada pelajar maka sudah tentu ibu bapa turut
menggalakkan anak-anak mereka mengambil peluang untuk mengikuti aliran ini. Diharapkan
dengan memartabatkan pendidikan vokasional ini akan mempercepatkan lagi usaha untuk
menyediakan tenaga kerja yang berkebolehan, berkemahiran dan berpendapatan tinggi bagi
menjadikan Malaysia negara maju dalam tahun 2020.

24

16.0

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusuf (2001). Usahawan dan keusahawanan satu penilaian. Selangor: Pearson
Education Malaysia Sdn.Bhd.
Abdul Shukor Abdullah (1997). Isu dan cabaran pendidikan vokasional dan teknikal di Abad
21. Ucap Utama Seminar Kebangsaan PTV. Universiti Putra Malaysia, Serdang.
Selangor.
Isahak Haron (1992). "Aliran perkembangan Pendidikan dan Pembentukan Malaysia Sebagai
Negara Industri Abad Ke 21". Dalam Pidato Umum Aminuddin Baki Kali Ke 4 di
UPM, Serdang pada 4 Januari 1992.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006). Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah
(Soft Skills) untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Serdang: Universiti Putra
Malaysia.
Nurul Nadya Abu Bakar, Rohana Hamzah& Amirmudin Udin.(2011) Cabaran-Cabaran
Dalam Pendidikan Teknik Dan Vokasional Dalam Membangunkan Sumber Manusia.
Journal of Edupres, Volume 1 September 2011, Pages 159-164
Shahril Marzuki, (1993). "Peranan Pendidikan Vokasional Dalam Pembangunan Sumber
Manusia Bagi Mencapai Matlamat Wawasan 2020". Jurnal Pendidikan Jilid 37
Kementerian Pendidikan Malaysia keluaran 8 Jun 1993.
Siti Maspah Hassan; Nor Azizah Mohd.Salleh, (1995). Kertas Kerja Bertajuk: Pendidikan
Vokasional- Formal Dan Non Formal Ke Arah Wawasan 2020. Dalam Seminar
Kebangsaan Pendidikan Negara Abad Ke 21 di UKM, Bangi pada 9 November 1995.
Yahya, B. (2004). Integrasi Kemahiran employability Program Pendidikan Vokasional
Pertanian Dan Industri Di Malaysia. Thesis P.hd UTM
Yahya, E (1993). Pendidikan teknik voksional di Malaysia. Kuala Lumpur: IBS Buku
Sdn.Bhd
__________

The Star, 10 Februari 1993.


Berita Harian, 15 April 2013.
Buletin BPTV. Isu 1, 30 JUN 2013

25

NAMA :
TAJUK :

KOLEJ VOKASIONAL

1. Yang manakah di antara Negara Negara berikut yang telah dijadikan model pembandingan
oleh Kementerian Pelajaran dalam membentuk pelaksanaan Kolej Vokasional.
i.
India
ii.
Finland
iii.
Korea Selatan
iv.
Indonesia
A.
B.
C.
D.

i, ii, dan iv
ii, iii dan iv
i, iii, dan iv
semuanya

2. Berikut adalah merupakan objektif penubuhan Kolej Vokasional. Senaraikan objektif


penubuhan tersebut.
i. Menghasilkan lepasan pendidikan vokasional yang berupaya menjadi
usahawan
ii. Melahirkan warganegara yang mempunyai kemahiran tinggi
iii. Menghasilkan lepasan pendidikan vokasional yang memiliki sijil atau
diploma yang diiktiraf oleh badan pensijilan, industri dan kerajaan.
iv. Menghasilkan lepasan pendidikan vokasional yang boleh melanjutkan
pengajian atau latihan lanjutan ke peringkat yang lebih tinggi
A.
B.
C.
D.

i, ii, dan iv
ii, iii dan iv
i, iii, dan iv
semuanya

3. Dalam penubuhan kolej vokasional terdapat beberapa komponen kerangka utama dalam
membentuk kebolehkerjaan pelajarnya antaranya adalah :i.
jasmani, emosi, rohani dan intelek
ii. kemahiran dan teori vokasional
iii. pengalaman industri
iv. kognitif dan psikomotor

26

A.
B.
C.
D.

i dan ii
ii dan iii
iii dan iv
i, dan iv

4. Berikut adalah merupakan pendekatan yang digunakan dalam sistem pembelajaran di Kolej
Vokasional. Pendekatan tersebut adalah sebagaimana berikut. Nyatakan :i.
Competency Based Education & Training(CBET)
ii. Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS)
iii. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSR)
iv. Production-Based Education (PBE)
A.
B.
C.
D.

i dan ii
ii dan iii
iii dan iv
i, dan iv

5. Struktur pembelajaran di Kolej Vokasional telah menekankan kemahiran dan akademik dalam
pecahan tertentu supaya boleh memenuhi kehendak NOSS. Berapakah pecahan kedua dua
aspek tersebut :A. 70 % kemahiran 30 % akademik
B. 65 % kemahiran 35 % akademik
C. 55 % kemahiran 45 % akademik
D. 85 % kemahiran 15 % akademik
6. Terdapat 2 buah kolej swasta yang bernaung di bawah Bahagian Pendidikan Teknik dan
Vokasional (BPTV) dan melaksanakan pengambilan pelajar sepertimana Kolej Vokasional
dibawah BPTV. Kolej kolej tersebut adalah :i.
institute Latihan perindustrian (ILP)
ii. Institut Latihan Kemahiran Belia Negara (IKBN)
iii. Malaysia Aviation Training Academy (MATA)
iv. Malaysian Institute of Technology Academy (MITA)
A.
B.
C.
D.

i dan ii
ii dan iii
iii dan iv
i, dan iv

7. Selepas tamat belajar di Kolej Vokasional ini, pelajar pelajar akan memperolehi sijil. Antara
sijil yang boleh diperolehi oleh pelajar ialah :i.
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
ii. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
iii. Sijil Kolej Vokasional (SKV)
iv. Diploma Vokasional Malaysia (DVM)

27

A.
B.
C.
D.

i, ii, dan iv
ii, iii dan iv
i, iii, dan iv
semuanya

8. Pembangunan standard kurikulum bagi kolej vokasional terdiri daripada beberapa kriteria.
Kriteria tersebut adalah sebagaimana berikut :i.
Standard Kandungan
ii. Standard Pembelajaran
iii. Kriteria Pencapaian
iv. National Occupational Skills Standard (NOSS)
A.
B.
C.
D.

i, ii, dan iii


ii, iii dan iv
i, iii, dan iv
semuanya

9. Pelbagai bidang kursus pembelajaran telah disediakan di Kolej Vokasional antaranya ialah :
i.
Hospitaliti
ii. Bisnes
iii. Teknologi Kejuruteraan
iv. Agro Teknologi
A.
B.
C.
D.

i, ii, dan iii


ii, iii dan iv
i, iii, dan iv
semuanya

10. Berikut adalah merupakan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Kolej Vokasional Kecuali :i.
ii.
iii.
iv.

Menyediakan tenaga pengajar yang benar berkemahiran


Mendapatkan pelajar untuk masuk Ke KV
Mengubah tanggapan masyarakat bahawa KV adalah untuk pelajar lemah
Menyediakan bangunan untuk pembelajaran

A.
B.
C.
D.

i, dan iii
ii, dan iv
i, dan iv
semuanya

SELAMAT MENJAWAB
DISEDIAKAN OLEH NORMAN & ANAS

28