[sorok]
Pemasangan Ubuntu
Daripada Wiki Ubuntu Malaysia.
$ arahan
$ md5sum ubuntu8.10desktopi386.iso
24ea1163ea6c9f5dae77de8c49ee7c03 ubuntu8.10
desktopi386.iso
Rujuk MD5 hash untuk ubuntu di sini
$ cd "C:\Document and
Settings\Administrator\Desktop"
1. Periksa md5sum
$ md5sum ubuntu8.10desktopi386.iso
Atau boleh juga guna perisian yang mempunyai antaramuka seperti winmd5sum.
Untuk memulakan proses membakar anda perlu mempunyai satu aplikasi yang membenarkan
anda bakar dari imej. Terdapat beberapa kekeliruan yang kerap terjadi dimana pengguna
melakukan proses bakar imej Ubuntu seperti cara bakar fail-fail biasa. Langkah berbeza perlu di
ambil untuk bakar fail imej/ISO. Aplikasi-aplikasi di Windows yang membenarkan proses bakar
CD dengan menggunakan ISO adalah:
• Imgburn
• InfraRecorder
• Nero
• UltraISO
Anda perlu memuat turun aplikasi tersebut sekiranya anda ingin melakukan proses bakar ke atas
ISO/imej tersebut. Jika anda sudah memiliki aplikasi tersebut, maka langkah-langkah membakar
akan dimulakan.
Untuk memulakan proses bakar dengan menggunakan Sistem Pengoperasian Ubuntu, anda
memerlukan satu CD kosong bersama dengan fail imej/ISO yang telah anda muat turun sebentar
tadi. Jika kedua-duanya sudah tersedia, proses membakar boleh dimulakan.
Setelah semuanya selesai, kelengkapan untuk proses pemasangan juga sudah tersedia - reboot
PC/Laptop anda dan masukkan CD Ubuntu yang baru dibakarkan sebentar tadi ke dalam CD
Drive. Semasa PC/Laptop melalui proses POST, masuk ke BIOS dengan menekan butang BIOS
mengikut jenis PC/komputer riba anda dan tukar arahan boot dari cakera keras kepada CD ROM
untuk pilihan boot pertama.
Setelah selesai, simpan konfigurasi dan keluar dari BIOS. Tunggu sehingga laptop/pc anda
membaca image dari CD ROM tersebut. Ikut arahan-arahan installasi sehingga selesai.
Rakaman Skrin
Pilihan Bahasa
Pilih bahasa
Pilih US dan US
Rujuk Pembahagian Cakera Keras untuk langkah ini
1. Penyediaan pemasangan:
1. Keperluan Sistem
2. Perbezaan di antara Pelayan dan Desktop
3. Pemasangan menggunakan CD:
1. Pemilihan Pakej
4. Pemasangan Secara Sulit(Advanced)
1. Aplikasi RAID
2. Pengurus Media Logikal(Logical Volume Manager)
Penyediaan Pemasangan
1. Keperluan Sistem:
1. pelayan Ubuntu versi 9.04 menyediakan (2) pilihan mengikut seni bina
perkakasan iaitu x86 dan AMD64.Senarai di bawah menunjukkan keperluan asas
bagi komputer pelayan untuk menjalankan Pelayan Ubuntu. Bergantung kepada
keperluan pelayan, kemungkinan spesifikasi yang diperlukan berkurang atau
bertambah. Berikut adalah senarai dan keperluan minimum mengikut kategori:
•
o
Pakej Asas pemasangan Pelayan:
128 MB RAM
Keluasan Storan minimum 500MB
•
o
Pakej Penuh pemasangan Pelayan:
128MB RAM
1GB keluasan storan diperlukan.
Secara umumnya terdapat sedikit perbezaan diantara Sistem Pelayan Ubuntu dan Sistem Desktop
Ubuntu. Tetapi kedua-dua sistem ini masih menggunakan repositories APT yang sama. Konsep
memudahkan pengguna memasang aplikasi ubuntu tetap di pergunakan didalam Sistem Pelayan
Ubuntu seperti yang terdapat pada Sistem Desktop Ubuntu.
Selain itu terdapat perbezaan dari segi penggunaan aplikasi sistem tetingkap X pada pemasang
berjenis pelayan dan desktop, cara-cara pemasangan dan perbezaan kernel.
• Pelayan menggunakan kernel berjenis Deadline I/O berjadual manakala desktop pula
menggunakan CFQ berjadual.
• Preemption ditutup pada kernel pelayan.
• Masa gangguan(timer interrupt) adalah 100Hz didalam kernel pelayan manakala bagi
Desktop adalah pada 250Hz
Secara umumnya, cara pemasangan Pelayan Ubuntu menggunakan CD adalah sama seperti
memasang mana-mana sistem operasi menggunakan CD. Perbezaan pemasang pelayan Ubuntu
dengan pemasang desktop ubuntu adalah sistem pemasang pelayan tidak dibekalkan dengan
antaramuka pengguna seperti yang terdapat didalam pemasang desktop. Tetapi pemasang
pelayan Ubuntu menggunakan konsol bermenu yang akan mempermudahkan proses
pemasangan.
• Pertama, muat turun dan bakar imej pemasang pelayan Ubuntu pada CD. Imej boleh
dimuat turun dari sini.
• Boot PC/komputer riba anda dari bacaan CD.
• Ketika boot membaca dari CD, anda akan diminta memilih pilihan bahasa. Untuk
keselamatan, sila pilih bahasa yang anda benar-benar faham.
• Pilih pilihan papan kekunci yang sesuai dengan hamparan papan kekunci yang anda
miliki.
• Seterusnya anda akan diminta memasukkan nama hostname dan zon masa anda.
• Anda akan diminta untuk memilih beberapa pilihan berkaitan konfigurasi cakera keras.
Untuk pilihan konfigurasi tahap tinggi(advanced) sila rujuk di seksyen "Konfigurasi
tahap tinggi".
• Sistem pemasangan akan memasang Ubuntu pada PC/komputer riba anda.
• Pengguna baru akan direka, pengguna ini akan mempunyai akses untuk menggunakan
arahan sudo.
• Setelah proses mereka pengguna baru, anda akan diminta untuk mengencryptkan
direktori /home/.
• Proses seterusnya adalah proses dimana anda akan menentukan bagaimana Pelayan
Ubuntu anda menguruskan proses kemaskini. Terdapat tiga pilihan:
1.
1. Tiada proses kemaskini automatik
2. Pasang kemaskini untuk keselamatan secara automatik.
3. Urus dengan menggunakan landscape.
• Proses menentukan pakej kemudian menyusul dimana anda harus memilih pakej
mengikut keperluan pelayan anda. Pelayan yang bagus hanya akan mempunyai pakej
keperluan tertentu sahaja mengikut tujuan pelayan tersebut. Untuk maklumat lanjut, anda
boleh merujuk kepada dokumentasi seterusnya.
• Langkah terakhir adalah mengulang hidup sistem anda untuk menentukan masa mengikut
UTC.