Anda di halaman 1dari 25

PROPOSAL PEMBANGUNAN APLIKASI ANDROID: MYCHAT

SHAHRUL AZLAN BIN SUHAIMI 1012011030005 KARVIND KUMARAN A/L SELVARAJAN 1012011060073 KHAIRI ISMAIL BIN RUHAIDI 1012010060560

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT KOLEJ PTPL SHAH ALAM JUN 2013

Abstrak

Teknologi untuk berkomunikasi pada masa ini semakin canggih dan dipertingkatkan dari segi keupayaan menghantar data dan juga kelajuan data dihantar. Contoh teknologi yang selalu diguna pakai oleh pengguna ialah rangkaian mudah alih seperti 3G dan 4G dan tidak dilupakan juga WiFi yang menjadi satu kemestian jika berada di restoran atau tempat-tempat yang menyediakan perkhidmatan Internet percuma melalui sambungan WiFi.

Namun bagaimanapun terdapat kelemahan yang sering berlaku kepada pengguna seperti kelewatan penerimaan SMS yang dihantar oleh pengguna, masalah ini berlaku disebabkan masalah seperti pengguna berada di kawasan liputan yang tidak mempunyai isyarat yang kuat. Tambahan lagi, apabila tiba di waktu puncak, jumlah pengguna yang menggunakan SMS akan meningkat juga oleh itu akan terjadinya masalah SMS lambat diterima.

Oleh yang demikian, untuk menyelesaikan masalah ini, satu pendekatan alternatif digunakan iaitu menggunakan rangkaian Internet sebagai saluran penghantaran maklumat. Sebagai contoh pengguna boleh mendapatkan rangkaian Internet daripada sambungan WiFi di rumah atau di tempat yang ada sambungan WiFi dan pengguna juga boleh melanggan Internet mudah alih di telefon yang disediakan oleh pembekal telekomunikasi. Kelebihan alternatif ini adalah pengguna tidak perlu membayar caj untuk setiap SMS yang dihantar, dan dapat mengurangkan masalah mesej yang dihantar mengalami kelewatan ataupun gangguan seperti di luar kawasan liputan pembekal telekomunikasi seperti Maxis, Celcom ataupun DiGi.

Melalui pendekatan ini, pengguna tidak perlu risau tentang masalah kelewatan SMS yang diterima. Ini juga membantu pengguna menjimatkan kredit

panggilan dengan menggunakan rangkaian Internet untuk menghantar mesej. Aplikasi MYCHAT dibangunkan dengan menggunakan Android Developer Tool yang menggunakan bahasa pengaturcaraan Java. Dengan adanya aplikasi MYCHAT, maka pengguna dapat berkomunikasi dengan pantas dan menjimatkan kos dan pengguna dapat menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat pada aplikasi MYCHAT.

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK

BAB I PENGENALAN 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 Pengenalan Projek Penyataan Masalah Objektif Kajian Skop Kajian Kepentingan Projek Kekangan Projek

BAB II ULASAN KARYA 2.1 2.2 2.3 2.4 Skype Whatsapp MYCHAT Jadual Perbandingan

BAB III METODOLOGI 3.1 3.2 3.3 3.4 Gambarajah Metodologi Definisi Metodologi Justifikasi Memilih Metodologi Fasa Pembangunan Sistem 3.4.1 3.4.2 3.4.3 3.4.4 Fasa Perancangan (Carta Gantt) Fasa Analisis Fasa Rekabentuk Fasa Implementasi

BAB IV REKABENTUK

BAB V KESIMPULAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1

Pengenalan Projek

Pada zaman teknologi masa kini, segala teknologi maklumat yang bukan sahaja melibatkan sistem komputer, digunakan untuk salah satu proses komunikasi dan juga proses untuk menyelesaikan masalah. Kehadiran teknologi sedikit sebanyak dapat mengubah dan menjadikan masyarakat yang lebih bermaklumat dan interaktif. Kewujudan teknologi ini, secara langsung dapat membuat sesuatu kerja itu dengan baik dengan bantuan teknologi. Bak kata pepatah, segalanya hanya di hujung jari.

Aplikasi MYCHAT adalah sebuah aplikasi yang dapat membantu pengguna menghantar pesanan teks atau mesej kepada pengguna yang lain. Aplikasi MYCHAT ini dapat digunakan oleh pengguna telefon pintar android. Penggunaan nama MYCHAT dipilih untuk menunjukkan aplikasi ini dihasilkan oleh penuntut universiti di Malaysia. Antara fungsi yang dapat dimanfaatkan oleh penggunakan ialah fungsi radar yang dapat menunjukkan lokasi pengguna sedang berada.

Kewujudan teknologi masa kini, sedikit sebanyak dapat menyumbangkan beberapa kesan yang positif kepada para pengguna. Segala maklumat dapat dikongsikan di hujung jari pengguna. Maka dengan adanya aplikasi MYCHAT ini, dapat dijadikan sebagai salah satu medium atau alat perkongsian maklumat dan informasi yang dapat memudahkan pengguna untuk berhubungan dengan pengguna lain pada masa ini. .

1.2

Penyataan Masalah

1.

Pengguna kurang mendapat perlindungan privasi.

Kebanyakan aplikasi yang

terdapat

di pasaran sekarang

selalunya

mempunyai masalah dalam melindungi privasi pengguna. Antaranya anda harus memberikan nombor telefon, jantina, alamat tempat tinggal, dan aplikasi juga kadang kala memaparkan id pengguna pada pengetahuan umum. Justeru itu, perkara yang demikian akan menyebabkan berlakunya data peribadi pengguna disalah gunakan kerana terdapat motif dan bertujuan bagi pengiklanan, penipuan dan mesej-mesej spam.

2.

Masalah aplikasi menggunakan jumlah paket data yang tinggi.

Kebanyakan aplikasi menghantar mesej sekarang menggunakan jumlah paket data yang banyak. Oleh yang demikian, akan menyebabkan pengguna kehabisan kuota Internet dengan cepat dan kadang kala boleh juga menyebabkan pengguna dikenakan caj penggunaan data yang tinggi jika kehabisan kuota. Kesannya ia akan menyebabkan kelajuan mengakses ke Internet menjadi kurang pantas dan turut berkemungkinan gagal untuk mencapai sambungan Internet untuk sementara waktu.

3.

Aplikasi percuma akan menjadi aplikasi komersial

Terdapat aplikasi menghantar mesej dengan pelbagai fungsi, yang dibangunkan secara percuma untuk pengguna pada peringkat awal yang dijadikan sebagai proses promosi ke atas aplikasi mereka. Jika tempoh promosi telah tamat, pengguna diberikan pilih untuk melanggan perkhidmatan mereka jika pengguna berasa berminat. Aplikasi ini dipanggil aplikasi percubaan atau trial.

1.3

Objektif Kajian

Aplikasi mampu menyokong rangkaian 3G/4G atau Internet dari sambungan WiFi untuk menjamin data yang dihantar lebih cepat, selamat dan menjimatkan kos kredit. Setiap kajian yang dijalankan memerlukan penetapan objektifnya. Objektif yang telah ditetapkan dijadikan panduan sepanjang kajian dilaksanakan untuk memastikan kajian tersebut sentiasa menepati perancangan.

Berikut adalah objektifnya;

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Aplikasi MYCHAT dapat mendaftarkan pengguna baharu. Pengguna boleh log-in ke dalam aplikasi. Reset katalaluan. Menukar katalaluan. Mendapatkan maklumbalas daripada pengguna Menghantar dan menerima mesej. Radar untuk mengesan kedudukan pengguna lain berada. Notifikasi mesej diterima. Ikut rakan (follow).

1.4

Skop Kajian

Sistem yang akan dibangunkan ini akan mempunyai skop yang perlu dicapai untuk melancarkan perjalanan sistem disamping dapat memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh pengguna. Skop projek ini terbahagi kepada 6 iaitu skop pengguna, skop kandungan, skop aplikasi, skop data, skop proses dan skop rangkaians. Projek ini akan digunakan oleh pengguna yang menggunakan telefon mudah alih pintar Android. Aplikasi MYCHAT boleh memudahkan komunikasi sosial. Kelebihan aplikasi ini adalah percuma untuk seumur hidup dan pengguna boleh mencari rakan melalui fungsi radar.

Tujuan projek ini juga adalah untuk menambahkan bilangan aplikasi bersembang secara percuma di pasaran Android, menangani masalah sebilangan aplikasi yang tidak melindungi privasi pengguna, membantu pengguna menjimatkan kos menggunakan kredit panggilan telefon untuk menghantar SMS, dan aplikasi ini juga mampu mengatasi masalah seperti pengguna berada di luar kawasan liputan penyedia telekomunikasi dengan menggunakan sambungan Internet sebagai media penghantaran maklumat.

1.5

Kepentingan Projek

Aplikasi MYCHAT ini amat penting bagi pengguna yang gemar menulis dan menghantar mesej kepada rakan-rakan mereka. Aplikasi ini sedikit sebanyak dapat membantu pengguna yang ingin menghantar mesej kepada pengguna lain, mengetahui kedudukan lokasi pengguna yang lain, dan dapat berinteraksi terus dengan pembangun aplikasi untuk memberikan maklumbalas. Rekabentuk

antaramuka yang mudah, ringkas dan mesra pengguna adalah satu kompenen yang amat penting untuk pemahaman dan menarik minat pengguna yang menggunakan aplikasi ini. Penetapan (GUI) memenuhi keperluan dan persekitaran grafik antaramuka pengguna yang sesuai untuk golongan sasaran dalam membantu untuk menaik taraf keperluan aplikasi. Kajian juga dibuat bagi memastikan ianya mudah digunakan dengan butang menu disertakan ikon yang mesra pengguna dan juga kandungan teks yang jelas.

1.6

Kekangan Projek

Aplikasi yang dibangunkan tidak meliputi fungsi-fungsi seperti penghantaran dan penerimaan mesej multimedia contohnya, pesanan suara, video dan gambar. Selain itu, tidak mempunyai notikasi sistem seperti pengguna sedang online.

BAB II ULASAN KARYA

2.1

SKYPE

NAMA APLIKASI

SKYPE

FUNGSI KELEBIHAN KELEMAHAN

Membuat panggilan video Panggilan video percuma. Panggilan VOIP berbayar Kualiti panggilan video yang kurang jelas

2.2

WHATSAPP

NAMA APLIKASI

WHATSAPP

FUNGSI

Menghantar mesej

dan

menerima

KELEBIHAN

Dapat multimedia

menghantar

fail

KELEMAHAN

Pembangun aplikasi merancang untuk menjadikan aplikasi ini berbayar datang. pada masa akan

2.3

MYCHAT

NAMA APLIKASI

MYCHAT

FUNGSI

Menghantar mesej.

dan

menerima

KELEBIHAN

Mempunyai fungsi radar Boleh log masuk dengan

menggunakan akaun Twitter dan Facebook KELEMAHAN Tidak boleh menghantar fail

multimedia

2.4

JADUAL PERBANDINGAN

BAB III METODOLOGI

3.1

Gambarajah Metodologi

3.2

Definisi Metodologi

Metodologi adalah garis panduan yang menyeluruh untuk praktikkan bagi menyelesaikan setiap aktiviti yang terdapat dalam kitar hayat pembangunan sistem termasuk model, alat dan teknik.

3.3

Justifikasi Memilih Metodologi

Metodologi prototaip adalah bermatlamat untuk membangunkan aplikasi percubaan dengan cepat serta mudah dan dinilai oleh pengguna akhir. Metodologi ini sesuai dengan aplikasi yang akan dibangunkan kerana dapat membangunkannya dengan cepat dan proses menambahbaikan dapat dibuat.

3.4

Fasa Pembangunan Sistem

3.4.1

Fasa Perancangan (Carta Gantt)

3.4.2

Fasa Analisis

Dalam fasa analisis, perkara yang perlu dititik beratkan adalah memahami keperluan sistem baru dan membina sistem. Antara teknik pengumpulan keperluan yang dilakukan pada fasa ini adalah melakukan kaji selidik di Google Play. Pada kaji selidik yang dijalankan, terdapat maklum balas pengguna yang berkaitan dengan aplikasi dijadikan sebagai rujukan.

Pada fasa ini juga, penganalisis akan menghasilkan rekabentuk awalan aplikasi. Semasa fasa analisis, keperluan pengguna perniagaan harus difokuskan. Selain itu, fasa ini juga menerangkan ciri-ciri yang perlu ada pada aplikasi yang akan dibina.

3.4.3

Fasa Rekabentuk

I.

Strategi rekabentuk Menentukan samada aplikasi mampu untuk menggunakan talian Internet sebagai media penghantar.

II.

Rekabentuk senibina Menerangkan perkakasan, perisian dan infrastruktur rangkaian.

Menghasilkan gambarajah UML bagi menerangkan dengan terperinci proses yang berlaku di dalam aplikasi.

III.

Rekabentuk pangkalan data Merekod maklumat pengguna melalui aplikasi pengantara (Scringo)

IV.

Rekabentuk antaramuka aplikasi Merekabentuk antaramuka aplikasi mengikut kesesuaian dan bersifat mersa pengguna.

V.

Rekabentuk program Menakrifkan aturcara yang perlu ditulis dan seterusnya menyemak ralat di dalam aturcara.

3.4.4

Fasa Implementasi

Merujuk kepada pengedalian pengujian sistem dari segi ralat, pemasangan, menyediakan rancangan penukaran dan memasang pengantaraan pangkalan data secara online. Bagi memastikan aplikasi ini dapat digunakan, pengujian perlu dilakukan untuk memastikan tiada masalah yang berlaku seperti tidak dapat berfungsi atau terdapat ralat.

Spesifikasi telefon bimbit pintar Android:

Jenis senibina: A9 Cortex ARM ROM: 4GB RAM: 1GB Skrin: Sesentuh sepenuhnya Rangkaian: Wifi / 3G /4G

Spesifikasi perisian Android:

I.

Sistem operasi;

Android JellyBean 4.1.2

II.

Bahasa pengaturcaraan;

Android Developer Tool untuk membina antaramuka pengguna

Perisian lain;

I.

Microsoft Word 2013 untuk menghasilkan kertas cadangan.

II.

Microsoft Visio 2013 menghasilkan rajah UML.

III.

Microsoft

Project

2013

membuat

carta

gantt

untuk

perjalanan

pembangunan aplikasi secara mingguan.

IV.

Adobe Photoshop CS6 digunakan untuk mereka bentuk antaramuka pengguna.

BAB V REKABENTUK

4.1

REKABENTUK SISTEM

4.2

REKABENTUK PANGKALAN DATA

4.3

REBENTUK ANTARAMUKA

4.4

REKABENTUK PROGRAM

BAB V KESIMPULAN

Penggunaan aplikasi Android sedia ada mungkin membuatkan pengguna berasa hilang minat terhadap aplikasi tersebut jika pembangun aplikasi tidak memperbaharui aplikasi mereka. Pembangunan aplikasi MYCHAT dijangka mampu menarik minat penggunapenguna yang ingin mencuba aplikasi baru kerana aplikasi ini menyediakan 3 kaedah untuk proses log-in iaitu melalui emel, akaun Facebook dan Twitter. Dengan adanya fungsi-fungsi baru seperti radar dan mencari rakan daripada akaun Facebook dan Twitter diharap pengguna akan terus menyukai aplikasi MYCHAT.