Anda di halaman 1dari 1

Abstrak

Teknologi untuk berkomunikasi pada masa ini semakin canggih dan dipertingkatkan dari segi keupayaan menghantar data dan juga kelajuan data dihantar. Contoh teknologi yang selalu diguna pakai oleh pengguna ialah rangkaian mudah alih seperti 3G dan 4G dan tidak dilupakan juga WiFi yang menjadi satu kemestian jika berada di restoran atau tempat-tempat yang menyediakan perkhidmatan Internet percuma melalui sambungan WiFi. Namun bagaimanapun terdapat kelemahan yang sering berlaku kepada pengguna seperti kelewatan penerimaan SMS yang dihantar oleh pengguna, masalah ini berlaku disebabkan masalah seperti pengguna berada di kawasan liputan yang tidak mempunyai isyarat yang kuat. Tambahan lagi, apabila tiba di waktu puncak, jumlah pengguna yang menggunakan SMS akan meningkat juga oleh itu akan terjadinya masalah SMS lambat diterima. Oleh yang demikian, untuk menyelesaikan masalah ini, satu pendekatan alternatif digunakan iaitu menggunakan rangkaian Internet sebagai saluran penghantaran maklumat. Sebagai contoh pengguna boleh mendapatkan rangkaian Internet daripada sambungan WiFi di rumah atau di tempat yang ada sambungan WiFi dan pengguna juga boleh melanggan Internet mudah alih di telefon yang disediakan oleh pembekal telekomunikasi. Kelebihan alternatif ini adalah pengguna tidak perlu membayar caj untuk setiap SMS yang dihantar, dan dapat mengurangkan masalah mesej yang dihantar mengalami kelewatan ataupun gangguan seperti di luar kawasan liputan pembekal telekomunikasi seperti Maxis, Celcom ataupun DiGi. Melalui pendekatan ini, pengguna tidak perlu risau tentang masalah kelewatan SMS yang diterima. Ini juga membantu pengguna menjimatkan kredit panggilan dengan menggunakan rangkaian Internet untuk menghantar mesej. Aplikasi MYCHAT dibangunkan dengan menggunakan Android Developer Tool yang menggunakan bahasa pengaturcaraan Java. Dengan adanya aplikasi MYCHAT, maka pengguna dapat berkomunikasi dengan pantas dan menjimatkan kos dan pengguna dapat menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat pada aplikasi MYCHAT.

Beri Nilai