Anda di halaman 1dari 14

TCWan Page 1/14 08/17/09

1. Komunikasi Data dan Rangkaian Komputer


(White 1)

1.1.Pengenalan dan Ciri-ciri rangkaian komputer

Rangakaian Komputer merupakan cara saling sambungan


(interconnection) antara sistem komputer dan alatan komputer
melalui dawai ataupun tanpa dawai (wireless).

1.1.1.Cara Komunikasi Data (Data Communications)

Komunikasi data melalui dawai boleh menggunakan:

• Elektrik melalui Dawai tembaga (copper wire)

• Laser melalui Optik Gentian (fiber optic)

Komunikasi data tanpa dawai boleh menggunakan:

• Gelombang radio (radio wave)

• Gelombang mikro (microwave)

• Satelit (satellite)

• Laser

Data boleh dihantar secara analog atau digital. Penukaran data dari
domain analog ke digital dan sebaliknya dilakukan oleh Pengekod-
Penyahkod ataupun codec (Coder-Decoder).

Penghantaran data biasanya dilakukan secara eksklusif. Namun,


teknik menghantar beberapa isyarat data secara serentak dikenal
sebagai teknik multipleks (multiplexing techniques).

Version 1.01
TCWan Page 2/14 08/17/09

1.1.2.Jenis Rangkaian Komputer (Computer Networks)

Rangkaian Komputer boleh dikategorikan kepada:

• Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network) – LAN:


merangkumi sebuah bilik, bangunan atau kampus

• Rangkaian Kawasan Metropolitan (Metropolitan Area Network)


– MAN: merangkumi kawasan 5 – 50 km (saiz sebuah bandar)

• Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network) – WAN:


menyambung daerah, negeri, dan dunia

Fungsi rangkaian boleh dibahagikan kepada rangkaian suara (voice


network) dan rangkaian data (data network). Rangkaian terkini telah
mencantumkan (merged) kedua-dua fungsi tersebut supaya
menghasilkan rangkaian bersepadu (integrated networks).

Telekomunikasi (telecommunications) merupakan bidang kajian


sistem penghantaran suara melalui telefon.

Pengurusan Rangkaian (network management) merangkumi


rekabentuk (design), pemasangan (installation), dan pengawasan
(monitoring) dan pengurusan (management) rangkaian tersebut.

1.1.3.Komponen Rangkaian Komputer

Sesebuah rangkaian komputer terdiri daripada berbagai komponen:

• Stesen kerja (workstation): sistem komputer peribadi (PC)


ataupun terminal yang digunakan oleh pengguna

• Pelayan (servers): mengandungi perisian (software) dan data


yang tersimpan oleh pengguna

Version 1.01
TCWan Page 3/14 08/17/09

• Titi (bridge): menyambungkan beberapa LAN

• Penghala (router): menyambungkan LAN ke WAN

• Suis (switch): cara penyambungan menggunakan litar (circuits)


yang menampung beberapa sambungan secara serentak

• Hab (hub): alat tumpuan sambungan LAN ke stesen kerja

Secara keseluruhan, WAN terdiri daripada komponen tersebut:

• Nod (nodes): sistem yang menghala data antara LAN ke LAN


yang lain. Biasanya terdiri daripada penghala ataupun suis

• Sambungan antara nod (inter-node connections): merupakan


sambungan kelajuan tinggi (high speed connection) antara nod.
Boleh menggunakan talian telefon ataupun gentian optik

• Subrangkaian (subnet): koleksi nod dan sambungan antara nod


yang merupakan sesuatu unit

Version 1.01
TCWan Page 4/14 08/17/09

2. Evolusi Rangkaian Komputer

2.1.Sistem Terminal dan Komputer Kerangka Utama


(1960an-1980)

Terminal ‘bodoh’ (dumb terminals) digunakan oleh pengguna untuk


mencapai maklumat pada komputer kerangka utama (mainframe).
Kesemua pemprosesan dilakukan pada mainframe. Penghantaran
data menggunakan komunikasi serial melalui dawai tembaga.

2.2.Komputer Mikro dan LAN (1980an-terkini)

Kegunaan PC telah meningkat sejak 1980an dan merupakan sistem


pemprosesan data yang paling biasa digunakan. Ciptaan LAN dalam
1980an membolehkan beberapa PC mencapai pelayan ataupun
peranti seperti pencetak (printer) yang disambung melalui LAN.

2.3.Komputer Mikro dan Internet (1990an-terkini)

Sambungan komputer kepada sistem komputer mainframe melalui


sistem telefon telah dilakukan sejak permulaan 1970an secara ad

Version 1.01
TCWan Page 5/14 08/17/09

hoc. Namun, perkembangan pesat Internet sejak tahun 1990an


memudahkan pencapaian maklumat dan servis melalui rangakaian
Internet. Pada masa ini, sistem PC disambung kepada sesebuah ISP
(Internet Service Provider) yang mempunyai sambungan kelajuan
tinggi (high speed connection) kepada Internet.

2.4.Sambungan antara LAN (1980an-terkini)

Setelah LAN dijadikan sistem rangkaian piawai dalam organisasi dan


kampus, keperluan menyambungkan LAN yang terdapat dalam
berbagai pejabat telah wujud. Titi dan Penghala digunakan untuk
mencapai matlamat tersebut. Maklumat dalam sesuatu LAN itu hanya
dituju kepada LAN lain sekiranya destinasinya terdapat di luar LAN
asal sahaja. Ini mengurangkan trafik yang dijana dalam keseluruhan
rangkaian organisasi tersebut.

Version 1.01
TCWan Page 6/14 08/17/09

2.5.Sambungan LAN ke WAN (1980an-terkini)

Sesuatu organisasi yang mempunyai beberapa pejabat di merata


tempat yang berjarak jauh juga memerlukan penghantaran data
antara pejabat. Ini dicapai melalui kegunaan Penghala untuk
menyambungkan LAN yang terpencil. Hanya trafik yang dituju
kepada LAN yang lain akan dihantar oleh Penghala melalui
sambungan talian sewaan (leased line).

Version 1.01
TCWan Page 7/14 08/17/09

2.6.Sambungan Satelit dan Gelombang Mikro


(1980an-terkini)

Sambungan secara gelombang mikro dan satelit telah berkembang


akibat keperluan penyambungan antara bangunan dan organisasi
yang terdapat dalam sesuatu bandar tetapi laluan kabel tidak dapat
diperolehi. Sistem gelombang mikro memerlukan “Line of sight” iaitu
terdapat garisan terus antara dua tempat tersebut.

Sistem satelit memudahkan pembekalan pencapaian rangkaian ke


mana-mana tempat yang di bawah jejak (footprint) siaran satelit.
Namun, harga lebar jalur (bandwidth) satelit adalah sangat mahal.
Satu masalah sambungan melalui satelit ‘geosynchronous’ adalah
masa lengah (delay) yang agak panjang, iaitu lebih kurang 250 ms
sehala (one-way delay). Untuk aturcara interaktif seperti telefon,
masa lengah dua-hala (two-way delay) menjadi 500 ms.

Version 1.01
TCWan Page 8/14 08/17/09

2.7.Sambungan Telefon Bersel (1990an-terkini)

Sambungan melalui sistem telefon bersel (cellular telephone system)


telah berkembang pesat sejak 1980an apabila penghantaran data
melalui sistem tersebut diperkenalkan. Ia memudahkan pencapaian
Internet dari mana-mana tempat yang mempunyai servis telefon
bersel. Namun, lebar jalur yang dicapai melalui sistem bersel tersebut
masih rendah (9.6 kbps – 14.4 kbps). Servis GPRS dan sistem
telefon 3G mungkin mempertingkatkan lebar jalur.

Version 1.01
TCWan Page 9/14 08/17/09

3. Model Seni bina Rangkaian

Seni bina rangkaian biasanya dianalisakan berdasarkan model


berlapis (layered model). Tugas yang diperlukan untuk menghantar
sesuatu mesej daripada penghantar kepada penerima dibelah-
bahagikan menjadi beberapa tugas yang lebih mudah dilaksanakan.

3.1.Model berlapis OSI

Model Open Systems Interconnection (OSI) dicipta oleh International


Standards Organization (ISO) sebagai model rujukan piawai
(standard reference model).

Terdapat 7 lapisan dalam model OSI. Setiap lapisan bawah


membekalkan servis kepada lapisan atas. Senarai lapisan (lapisan
bawah kepada lapasian atas) adalah seperti berikut:

Version 1.01
TCWan Page 10/14 08/17/09

• Fizikal (Physical): Cara penghantaran data melalui media tertentu

• Pautan Data (Data Link): Cara bingkai data (data frame) dibina
dan diuruskan. E.g., Ethernet.

• Rangkaian (Network): Cara berbagai rangkaian kawasan setempat


(LAN) disaling-sambungkan (interconnected). E.g., IP

• Pengangkutan (Transport): Cara komunikasi berblok dan berstrim


(block and stream-based communications) dibina dan dihapuskan
(created and destroyed). E.g., UDP, TCP.

• Sidang (Session): Cara protokol mesej rangkaian (network


message protocol) dan komunikasi antara sistem (intersystem
communications) dilaksanakan. E.g., RPC

• Persembahan (Presentation): Cara perwakilan data secara niskala


(abstract data representation) ditakrif.

• Penggunaan (Application): Tiada model bagi lapisan ini.

3.2.Model berlapis Internet

Model Internet sebenarnya dicipta sebelum model OSI. Ia merupakan


model yang biasa digunakan untuk menjelaskan fungsi protokol

Version 1.01
TCWan Page 11/14 08/17/09

TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol) yang


merupakan protokol piawaian untuk Internet.

Kesemua protokol dan piawaian yang digunakan dalam Internet


ditetapkan sebagai Piawaian Internet (Internet Standard). Pada
permulaannya, sesuatu cadangan untuk membina protokol baru
diterima sebagai Draf Internet (Internet Draft) oleh Internet
Engineering Task Force (IETF). Draf tersebut akan dijadikan sesuatu
Piawaian Cadangan (Proposed Standard) melalui penerbitan
Permintaan Komen (Request for Comment – RFC) selepas
dibincangkan oleh jawatankuasa IETF. RFC yang diterima akan
menjadi Draf Piawaian (Draft Standard) dan akhirnya menjadi
Piawaian Internet. Draf yang tidak diterima akan dijadikan
Permintaan Komen Bersejarah (Historic RFC) sebagai rujukan.

Version 1.01
TCWan Page 12/14 08/17/09

3.3.Sambungan Logikal dan Fizikal

Dalam model rangkaian OSI, sambungan setara (peer-to-peer


connection) dianggapkan ditubuhkan secara logikal antara lapisan
setara Penghantar dan Penerima. Setiap lapisan menambahkan
maklumat tersendiri sebagai maklumat perkemasan (housekeeping
information) untuk menguruskan sambungan logikal yang berlainan.

Hanya Lapisan Fizikal yang menubuhkan sambungan fizikal antara


Penghantar dan Penerima. Oleh sebab itu, data sebenar hanya
dihantar melalui lapisan fizikal antara sistem berlainan.

Version 1.01
TCWan Page 13/14 08/17/09

Model berlapis mengagihkan tugas secara berpasangan. Mesej


dihantar daripada lapisan atas kepada lapisan bawah dalam sistem
Penghantar, dan disalurkan oleh lapisan bawah kepada lapisan atas
dalam sistem Penerima.

Version 1.01
TCWan Page 14/14 08/17/09

3.4.Tindakan Model Internet

Contoh penambahan kepala (header) dan pengakhir (trailer) jika


perlu untuk setiap lapisan semasa pencapaian laman web:

Lapisan penggunaan: HTTP

Lapisan Pengangkutan: TCP

Lapisan Rangkaian: IP

Lapisan Pautan Data: Ethernet (LAN), PPP/ HDLC (WAN)

Version 1.01

Anda mungkin juga menyukai