Anda di halaman 1dari 13

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENOLAK DALAM BENTUK LAZIM DALAM LINGKUNGAN 100 DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH SAPU CALIT. 1.

Abstrak Murid-murid perlu diberi perhatian khusus apabila tidak dapat menguasai operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Tidak semua murid dapat menguasai kemahiran asas dalam tempoh yang sama. Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan dan membimbing murid-murid yang belum dapat menguasai kemahiran menolak. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mencari kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid yang lambat menguasai kemahiran tersebut. Kajian ini melibatkan 8 orang murid-murid tahun 1 yang mempunyai jantina yang berbeza. Mereka ini baru melepasi ujian Linus dan perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus ketinggalan. Kajian ini ditumpukan kepada operasi tolak dengan menggunakan kaedah sapu calit. Tinjauan awal yang dilakukan ialah mengenalpasti masalah murid melalui menyemak latihan murid, latihan congak, pemerhatian dan temu bual. Pengesanan awal terhadap masalah kemahiran menolak yang mereka hadapi dapat membantu saya menentukan kaeadah yang sesuai dan mereka dapat mempelajari teknik baru yang boleh dipraktikkan untuk masa akan datang. 2. Nama ahli Pengkaji Kertas kerja ini dikemukakan oleh jawatan kuasa penyelidik Sekolah Kebangsaan Kg. Maamor yang terdiri daripada 4 orang pengkaji iaitu: i. ii. iii. iv. Haniza Binti Abdul Rahim Maslea Binti Taris Nor Azirah Binti Abdul Wahab Zarina Binti Othman

3. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu Masalah tolak dengan mengumpul semula merupakan masalah utama bagi pelajar yang baru menguasai operasi tolak. Ini juga merupakan operasi asas yang perlu dikuasai oleh murid supaya tidak keciciran apabila berada di tahun dua. Operasi tolak ini juga agak sukar terutama bagi murid-murid linus numerasi yang baru memasuki perdana atau disebut freshie perdana. Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian saya di dalam kelas. Apabila saya

memberi soalan yang hanya melibatkan nombor dalam lingkungan 20 mereka dapat menolaknya dengan menggunakan ayat matematik tetapi apabila menulis dalam bentuk lazim murid-murid menjadi keliru terutama yang perlu mengumpul semula. Sebahagian murid pula, mereka tidak dapat menulis kedudukan nombor yang melibatkan rumah puluh dan sa. Saya juga ada meminta pendapat dengan guru matematik lain. Mereka mencadangkan murid-murid diberi banyak latihan dan latih tubi. Saya berpendapat mungkin penerangan saya tidak difahami oleh murid. Oleh itu saya perlu memikirkan satu kaedah yang lebih efektif untuk mengelakkan masalah ini berlanjutan dan menjejaskan pencapaian murid. Ini juga akan menjejaskan ujian konstruk dua yang akan diadakan tidak lama lagi.

4. Fokus Kajian Daripada refleksi di atas, didapati murid-murid tidak dapat menolak dengan mengumpul semula adalah disebabkan: i. ii. iii. iv. v. vi. Murid kurang memahami pengajaran guru. Murid kurang cekap penambahan asas. Murid susah mengingat dan memahami langkah-langkah penyelesaian. Tidakmenyiapkan latihan yang diberi di rumah. Kurang suasana pembelajaran di rumah. Kurang berminat dengan mata pelajaran Matematik.

Bagi mengatasi masalah ini, saya cuba menggunakan kaedah sapu calit supaya muridmurid dapat mengingat dalam tempoh yang panjang dan akhirnya kekal dalam ingatan mereka.

5. Objektif Kajian Selepasa kajian ini selesai dijalankan, diharapkan pelajar-pelajar dapat mencapai objektif berikut: 5.1 Objektif umum Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran menolak dengan mengumpul semula.

5.2 Objektif Khusus i. Murid dapat membina dan mengaplikasikan formula sama ada dalam penambahan atau penolakan yang melibatkan bentuk lazim. ii. Murid dapat mengingat dengan mudah langkah-langkah penyelesaian hasil tolak yang melibatkan nombor dua digit dan seterusnya. iii. Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

6. Metodologi Kajian Model kajian tindakan yang akan dilaksanakan ialah kaedah sapu calit. Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan seperti berikut: Langkah 1 Pengenalpastian Isu dan Masalah Pada peringkat permulaan saya dapati pelajar kurang memberikan respon semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya juga menyemak dan meneliti latihan yang telah diberikan. Didapati pelajar banyak melakukan kesalahan terutama topik operasi tolak. Ada juga pelajar tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan kerana pelajar menyatakan bahawa mereka tidak mengetahui cara untuk menyelesaikan kiraan tersebut.

Langkah 2 Perancangan Tindakan Sebelum langkah-langkah seterusnya dilakukan, tinjauan awal masalah akan saya lakukan terhadap pelajar saya. Tinjauan awal dilakukan bagi membolehkan saya mengetahui permasalahan yang dihadapi. Oleh itu, saya merancang beberapa perkara. Antaranya ialah: i. Semakan buku latihan Semakan buku latihan juga digunakan bagi mengesan kelemahan pelajar bagi topik penolakan. Kelemahan pelajar juga boleh dikesan berdasarkan latihan yang diberi di dalam kelas dan di rumah. ii. Latihan congak

Selain daripada itu, saya juga menjalankan latihan congak dan murid mengira dalam bentuk lazim. Contoh soalan yang diberikan: a) 20 4 = b) 32 6 = c) 44 7 = d) 52 5 = e) 76 8 = Analisa yang di dapati daripada soalan operasi tolak dengan mengumpul semula dalam bentuk lazim adalah seperti berikut: Markah Lulus (3 5 markah) Gagal (0 2 markah) Bil Murid 17 orang 8 orang Peratus 68 % 32%

iii) Sesi temu bual Saya telah menjalankan sesi temu bual dengan murid-murid secara lisan untuk mendapatkan maklumat. Saya dapati sebilangan mereka kurang didedahkan dengan suasana pembelajaran. Ini mungkin disebabkan kebanyakannya dari keluarga yang berpendapatan rendah. Ada juga yang tidak memahami pengajaran guru dan sebilangannya pula tidak berminat dengan pelajaran matematik. Guru-guru lain juga, ramai yang berpendapat murid-murid tidak menunjukkan minat belajar.

iv) Pemerhatian Pemerhatian dilakukan ke atas tingkah laku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Saya menggunakan borang senarai semak yang menyenaraikan tingkah laku murid dan hasil dapatan secara keseluruhan dapat memberi gambaran sebenar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

v) Borang Senarai Semak Kelakuan Murid Bil Kelakuan 1. 2. 3. 4. 5. Berbual dengan rakan di sebelah. Tidur. Mengganggu pelajar di sebelah. Menjawab soalan yang diajukan. Bertanya soalan di luar topik yang diajar. No. Meja

vi) Ujian Pra Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran seramai 8 orang yang sentiasa mendapat 0 2 markah di dalam operasi tolak.Tujuannya adalah untuk mengesan sejauh mana kefahaman murid dan ingatan mereka dalam mengira hasil tolak 2 digit dengan mengumpul semula. Analisa daripada ujian Pra Bil. Soalan Yang Betul 5 4 3 2 1 0 Bil Murid 2 5 1

Terdapat banyak kesilapan yang ditemui antaranya ialah: a. Penguasaan tolak yang kurang cekap. b. Menolak nombor besar di bahagian rumah sa tanpa mengira kedudukan. Contoh: 46 8 42 Murid akan mengira nombor 8 terlebih dahulu baru ditolak dengan 6. Ia akan memberi jawapan salah iaitu 42. 5

c. Murid menyusun kedudukan nombor pada tempat yang salah. Contoh: 46 8 ditulis dalam bentuk lazim. 46 8

d. Pengiraan yang salah walaupun telah menulis dalam kedudukan yang betul. Contoh:

46 8 42

vi) Borang soal selidik Bil 1 2 3 4 5 Pernyataan Saya tidak faham cara cikgu mengajar. Saya tidak mengenal nombor 1-100 Saya boleh menulis dalam ayat matematik Saya lupa cara menulis bentuk lazim Saya sangat meminati mata pelajaran Matematik Tidak Setuju Setuju

vii) Bahan dokumentasi Saya mengumpul maklumat dari dokumen sokongan iaitu keputusan pentaksiran dan dari instrumen yang telah dijalankan. Langkah 3 Pelaksanaan Tindakan Setelah saya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar saya bercadang untuk memperkenalkan kaedah sapu calit kepada pelajar untuk membantu mereka dalam topik penolakan dalam bentuk lazim dengan mengumpul semula. Selepas itu saya akan memberi ujian pos kepada pelajar untuk melihat peningkatan kemahiran pelajar dalam operasi tolak.

i. Memperkenalkan kaedah sapu calit. Saya akan memperuntukkan 2 masa pengajaran iaitu sebanyak 60 minit untuk memperkenalkan kaedah sapu calit. Saya memberikan 1 soalan permulaan untuk melihat sejauh mana pemahaman mereka. Terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti untuk menjawab soalan penolakan menggunakan kaedah sapu calit ini. Contoh soalan: 52 6 = a) Letakkan nombor dan simbol mengikut kedudukan rumah dengan menggunakan kad nombor. Saya akan memastikan murid dapat meletakkan nombor, betul mengikut kedudukannya.

Pu
5 -

Sa
2 6

b)

Bersoaljawab

dengan

murid

cara

menolak

nombor.

Saya

akan

menerangkan cara menolak mesti dimulakan dari rumah sa baru diikuti dengan rumah puluh. Bagi memudahkan murid mengingat hanya dengan singkatan sa dan pu. c) Setelah murid faham, murid diajar pula cara untuk menolak yang melibatkan nilai nombor lebih dari 10. Kad simbol akan digunakan untuk memudahkan murid menolak nombor dengan mengumpul semula. Contoh kad:

Pu 5 -

Sa 2 6

d) Kemudian, saya akan menerangkan cara menolak untuk mendapatkan jawapan.

Pu 5 4

Sa 2 6 6

e) Selepas murid memahami cara menggunakan kad simbol, murid dilatih buat garisan sendiri dengan menggunakan istilah calit dan diberi nombor yang berlainan.

ii. Ujian pos Ujian pos akan dijalankan pada pengajaran yang akan datang setelah pengajaran menggunakan kaedah sapu calit selesai. Sebanyak 10 soalan akan diberikan kepada pelajar dan masa yang diberikan untuk menjawab ialah 20 minit. Soalan yang diberikan dalam ujian pos adalah berlainan dengan soalan ujian pra akan tetapi soalan adalah setara. Markah pelajaran akan direkodkan dan ditukar kepada peratusan.

Langkah 4 Pemerhatian dan menganalisis data Bagi ujian pra dan ujian pos, soalan yang diberikan berbentuk ayat matematik. Murid akan menukarkan kepada bentuk lazim mengikut cara pengiraan yang betul. 1 markah diberi pada setiap satu soalan yang dijawab dengan tepat dan menunjukkan jalan pengiraan yang betul. 8

Penguasaan pelajar dalam operasi tolak dapat dilihat melalui ujian pra dan ujian pos. Keberkesanan kaedah sapu calit dapat dinilai melalui perbandingan pencapaian pelajar dalam ujian tersebut. Draf analisa keputusan pencapaian ujian pra Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Nama Pelajar Ahmad Fauzan Asmawi b. Ahmad Puat Khairunnisa bt Mohd Shafiee Mior Mohamad Amir Haikal Mohamad Fawwas Fikri b Ramali Muhamad Fadilah b Hamidan Muhammad Khairul Syazwan Nur Diana Husna bt Ahmad Puad Wan Nor Aisyah bt Azemi Bil Jawapan betul Peratus

Langkah 5 Refleksi dan Penilaian Daripada kajian ini saya berharap pencapaian pelajar akan terus meningkat dan murid dapat meneruskan kaedah yang telah diperkenalkan. Selain itu, saya juga berharap pelajar dapat mengaplikasikan kaedah sapu calit ini pada operasi tambah bagi mendapatkan jawapan yang betul dan tepat. Jika berlaku peningkatan pencapaian, ini menunjukkan kaedah ini benar-benar membantu pelajar. Di samping itu, selepas kajian ini saya berharap pelajar mempunyai minat untuk mencuba dan yakin dengan jawapan mereka. Saya juga berharap tingkah laku pelajar akan berubah selepas diperkenalkan kaedah ini.

6. Sasaran Kajian 6.1 Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan saya sebagai guru matematik Tahun 1 dan 8 daripada 25 orang pelajar tahun satu dari Sek. Keb. Kg. Maamor. Pelajar ini merupakan pelajar yang baru menjalani ujian konstruk 1. Berdasarkan keputusan ujian konstruk 1, seramai 13 orang mencapai tahap perdana, 11 orang murid-murid linus numerasi dan seorang linus tegar. Setelah ujian pra dijalankan didapati: 9

Murid lelaki Murid perempuan

5 orang 3 orang

Jumlah keseluruhan murid ialah 8 orang yang masih belum menguasai operasi tolak dengan mengumpul semula. Mereka ini adalah terdiri daripada murid-murid linus numerasi dan linus tegar. 6.2 Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pos. Saya menggunakan soalan-soalan ujian yang disediakan sendiri. Saya mengemukakan 5 soalan bagi ujian pra dan 8 soalan bagi ujian pos. Soalan yang diberikan adalah berlainan tetapi setara. Masa yang diberikan 30 minit. 6.3 Method Analisis Data Saya berharap murid-murid dapat menyelesaikan soalan lebih cepat dan betul semasa ujian pos berbanding ujian pra. Ini adalah disebabkan saya menggunakan kaedah sapu calit ini bukan sahaja kerana istilah yang digunakan tetapi juga kad nombor yang berwarna-warni dapat memudahkan mereka mengingati kedudukan rumah nombor. Mereka juga diharapkan tidak lagi lesu semasa pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

7. Kesignifikanan Kajian Dapatan dari kajian ini diharapkan guru-guru Matematik dapat meneruskan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan di dalam kelas. Ia juga diharapkan dapat membantu murid untuk menguasai konstruk yang akan datang. Secara tidak langsung ia membantu mengurangkan bilangan murid linus numerasi. Melalui aktiviti ini juga diharapkan guru-guru Matematik dapat berkongsi pendapat bagi membantu murid-murid yang lemah. Kaedah ini juga diharapkan dapat membantu pelajar melakukan pengiraan dengan lebih cepat, tepat dan tidak membebankan pelajar. Ia juga memudahkan guru mengesan kesilapan murid mengira.

10

9. Anggaran Perbelanjaan Jenis Bahan Kertas A4 Permanent Marker Manila kad Photostate Dakwat Printer JUMLAH Kegunaan Soalan kaji selidik Membuat carta dan kad nombor lembaran kerja soalan kaji selidik Bil 1 rim 3 batang 5 keping 200 helai 1 bekas Kos 1 x RM10.00 3 x RM4.00 5 x RM0.80 200x RM0.05 1 x RM25.00 Jumlah RM10.00 RM12.00 RM 4.00 RM10.00 RM25.00 RM61.00

10. Jadual Kerja Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Perkara Mesyuarat Jawatankuasa Penulisan kertas cadangan Mesyuarat perancangan Mesyuarat pembinaan ujian pra/pos Pelaksanaan ujian pra Memproses data ujian pra Mesyuarat perancangan untuk pemerhatian Analisis data ujian pra dan pemerhatian Pelaksanaan ujian pos Refleksi dan Penilaian Penulisan laporan kajian Pemurnian laporan Tarikh 18 Jun 2012 21 Jun 2012 28 Jun 2012 2 Julai 2012 5 Julai 2012 9 Julai 2012 11 Julai 2012 16 Julai 2012 20 Julai 2012 25 Julai 2012 28 Julai 2012 31 Julai 2012

11

Rujukan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM. Chow Fook Meng, (2011). Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd. Izzati Hamid, (2011). Keberkesanan Meningkatkan Kemahiran Menambah dan Menolak Integer. Diambil daripada www.slideshare.net/kizzatiey/kajian tindakan. Othman Lebar, (2011). Pengajaran, Teknologi dan Pentaksiran 2, Tanjong Malim: Penerbit UPSI http://www.teachersrock.net/kajian%20tindakan.htm http://www.scribd.com/doc/55146383/11/Jenis-Jenis-Kajian-Tindakan http://ktindakan.blogspot.com/2011/08/format-penulisan-proposal.html http://www.scribd.com/fullscreen/20877495?access_key=key-1lbdsg2dobd9g0ihwk5y http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/JurnalActionResearch/2005/10%20janting. pdf

12

13