Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0

Pendahuluan

2.0

Huraian Teori

3.0

Pandangan /Cadangan

4.0

Kesimpulan

10

5.0

Bibliografi

11

1.0

PENDAHULUAN

Kehidupan dan ilmu tidak lagi asing di kalangan manusia di seluruh dunia ini. Taraf sosioekonomi tidak begitu penting kepada mereka memandangkan ilmu merupakan harta yang paling berharga dalam kehidupan yang akan datang. Tanpa ilmu, seseorang manusia itu akan dianggap tidak mempunyai tujuan hidup dan tidak mahu berusaha untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dari apa yang mereka ada sekarang. Maka dengan itu, pembelajaran secara berterusan merupakan satu langkah inisiatif yang paling bijak untuk memartabatkan diri ke persada ekonomi yang maju dan berjaya.

Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran? Menurut Siti Azura Bahadin (n.d), pembelajaran merupakan suatu perubahan tingkah laku yang secara relatifnya adalah kekal.Selain itu, Gagne(1985) menjelaskan pembelajaran adalah perubahan atau kemampuan seseorang yang dapat dikekalkan tetapi tidak disebabkan oleh pertumbuhan.PErubahan yang dipanggil pembelajarn diperlihatkan melalui perubahan tingkah laku; dengan membandingkan tingkah laku seseorang individu sebelum didedahkan kepada situasi pembelajaran dengan tingkah lakunya selepas didedahkan dengan situasi pembelajaran. Manakala, Anita (2004) menyatakan pembelajaran adalah proses di mana pengalaman menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku yang kekal.

2.0

HURAIAN TEORI

Terdapat 5 teori utama yang terdapat iaitu Teori Konstruktivisme, Bahaviurisme, Pembelajaran Berasaskan Pengalaman, Pelbagai Kecerdasan dan Teori Pembelajaran Orang Dewasa (Andragogi).

Teori Konstruktivisme menekankan the notion of continuous building and amending of previous structures, or schemata, as new experience, actions and knowledge are assimilated and accommodated (Fry et al., 2003, hlm. 10). Oleh itu, pembelajaran melibatkan proses transformasi individu, iaitu individu secara aktifnya membina pengetahuan (people actively construct their knowledge). Oleh sebab konstruktivismemencadangkan individu belajar secara menyesuaikan, menambah kepada, dan menggantikan pemahaman dan pengetahuan baru kepada pemahaman dan pengetahuan lama, pensyarah perlu sedar bahawa pelajar jarang atau tidak pernah datang dengan minda yang kosong (walaupun pengetahuan dan pemahaman sedia ada yang berkaitan itu silap).Pembelajaran tidak berlaku tanpa perubahan atau tambahan kepada pengetahuan sedia ada.(Seperti yang terdapat ASDC, 2005).

Perkara ini bermakna pensyarah perlu mengambil kira pengetahuan sedia ada pelajar semasa merancang dan menjalankan pengajaran.Selalunya, pembelajaran difikirkan dari segi penambahan lebih banyak pengetahuan sedangkan pensyarah patut juga memikirkan bagaimana hendak membawa perubahan atau transformasi kepada pengetahuan sedia ada pelajar.

Selain dari Teori Konstruktivisme, terdapat teori lain yang dikenali sebagai Toeri Behaviurisme. Menurut fahaman alternatif, malah yang lebih dahulu muncul ialah behaviurisme.Teori ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini. Behaviurisme dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui dog-salivationexperimentnya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng dibunyikan) dan Thorndike, Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperimen awal golongan pengikut behaviurisme menggunakan binatang (Skinner misalnya menggunakan burung merpati)
3

yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila dikenakan rangsangan (stimuli) tertentu. Ringkasnya, behaviurisme cuba menjelaskan pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif.

Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan.Pelajar hanya memberi respons kepada tuntutan persekitaran.Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan objektif).Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan.

Satu lagi perspektif tentang pembelajaran ialah apa yang dinamakan pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning). Idea ini penting kerana ia mendasari banyak pendekatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dibincangkan dalam modul ini seperti pembelajaran praktikal (melalui kerja makmal, praktikum, dan latihan industri) dan pelbagai jenis pengajaran dalam kumpulan kecil. Teori pembelajaran berasaskan pengalaman yang paling popular ialah yang dikemukakan oleh Kolb pada tahun 1984.

Pembelajaran berasaskan pengalaman atau belajar dengan melakukan sesuatu (learning by doing) adalah berasaskan tanggapan bahawa pemahaman yang individu miliki bukanlah elemen pemikiran yang tetap atau tidak berubah tetapi sebaliknya dibentuk dan dibentuk semula melalui pengalaman. Juga, merupakan proses berterusan yang kerap digambarkan sebagai pusingan seperti yang jelas dalam Pusingan Pembelajaran Kolb (Kolb Learning Cycle)yang mengenal pasti empat jenis keupayaan bagi kejayaan pembelajaran, iaitu: pengalaman konkrit (concrete experience - CE), pemerhatian reflektif (reflective observation - RO), konseptualisasi abstrak (abstract conceptualization - AC), dan percubaan aktif (active experimentation - AE).

CEE ECE CE AE AC RO

Pusingan Pembelajaran Kolb (Sumber: Fry et al., 2003, hlm. 15)

Implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran adalah pertama sekali, pelajar perlu mendapat peluang untuk terlibat sepenuhnya dan dengan bebasnya dalam pengalaman baru (CE). Kedua, mereka mesti mempunyai masa dan ruang untuk membuat refleksi (RO) tentang pengalaman mereka daripada pelbagai perspektif. Elemen ini sangat dipengaruhi oleh maklum balas daripada orang lain. Ketiga, pelejar mestilah boleh membentuk dan membentuk semula, memproses idea, menjadikannya milik sendiri dan menyepadukan idea baru mereka menjadi teori yang logical (AC).Elemen ini membawa kepada perkara keempat (AE), iaitu menggunakan teori untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, dan menguji implikasinya dalam situasi baru.Kesemua ini menghasilkan bahan untuk titik permulaan dalam pusingan yang lagi satu, iaitu pengalaman konkrit sekali lagi.Oleh itu, pusingan pengalaman tidak sahaja melibatkan melakukan sesuatu, tetapi juga, membuat refleksi, memproses, berfikir dan memahami.

Selain itu, Teori pelbagai kecerdasan (multiple intelligences)diperkembangkan oleh Howard Gardner (seorang profesor pendidikan di HarvardUniversity) dalam tahun 1983.Beliau berpendapat tanggapan tradisional tentang kecerdasan (intelligence) iaitu berasaskan ujian I.Q. adalah terlalu terhad. Sebaliknya, beliau mencadangkan lapan kecerdasan yang berbeza untuk mengambil kira kepelbagaian potensi manusia, iaitu:
5

kecerdasan verbal/linguistik kecerdasan logikal/matematik kecerdasan visual/ruang (spatial) kecerdasan kinestetik kecerdasan muzikal/irama kecerdasan interpersonal kecerdasan intrapersonal kecerdasan naturalis

Implikasi teori ini adalah terdapat pelbagai cara pembelajaran, namun seperti yang dinyatakan oleh Gardner, sekolah dan budaya kita memfokus kebanyakan perhatian kepada kecerdasan linguistik dan logikal-matematik sahaja. Oleh itu, teori ini mencadangkan transformasi secara besar-besaran dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran pada mana-mana peringkat pun.Teori ini menyediakan lapan potensi laluan pembelajaran yang berbeza (eight different potential pathways to learning). Jika seseorang pensyarah mengalami kesukaran untuk mengajar seseorang pelajar melalui cara lebih tradisional iaitu secara linguistik atau logikal, teori ini mencadangkan pelbagai cara lain untuk membentangkan bahan pengajaran bagi

memudahcarakan pembelajaran berkesan. Misalnya, jika anda mengajar atau mempelajari tentang law of supply and demand dalam ekonomi, anda mungkin boleh membaca tentangnya (linguistik), meneliti formula matematik yang menggambarkannya (logikal/matematik), meneliti carta grafik yang menggambarkan prinsip itu (ruang), memerhatikan peraturan itu dalam alam semula jadi (naturalis), atau dalam aktiviti perdagangan (interpersonal), dan/ atau menulis lagu (atau mencari lagu sedia ada) yang menggambarkan peraturan itu. (Amstrong, 2011).

Manakala teori ke-lima ialah Teori Pembelajaran Orang Dewasa (Andragogi).Teori ini merupakan perbezaan ciri-ciri pelajarperingkat universiti berbanding dengan pelajar sekolah
6

menyebabkan beberapa pendidik mencadangkan agar pengajaran dan pembelajaran di peringkat itu didasari oleh falsafah dan sains yang berbeza. Konsep andragogi telah dipopularkan oleh Knowles dalam tahun 1980an bagi menamakan seni dan sains pembelajaran orang dewasa yang dibezakan dengan pedagogi, iaitu seni dan sains pembelajaran kanak-kanak (Zuber-Skerritt, 1992).

Mengikut Atherton (2003), Knowles membuat andaian bahawa pelajar dewasa mempunyai ciriciri berikut: Keperluan mengetahui (the need to know): Pelajar dewasa perlu mengetahui kenapa mereka perlu mempelajari sesuatu sebelum mereka mula mempelajarinya. Konsep kendiri pelajar (learner self-concept): Orang dewasa perlu bertanggungjawab terhadap keputusan yang mereka buat dan dilayan sebagai orang yang berupaya untuk arah kendiri (self-direction). Peranan pengalaman pelajar (role of learners experience): Pelajar dewasa mempunyai pelbagai pengalaman hidup yang merupakan sumber paling kaya bagi pembelajaran. Kesediaan untuk belajar (readiness to learn): Orang dewasa bersedia untuk mempelajari perkara-perkara yang mereka perlu ketahui bagi menangani dengan berkesan pelbagai situasi kehidupan. Orientasi kepada pembelajaran (orientation to learning): Orang dewasa bermotivasi untuk belajar jika mereka menganggap perkara itu akan membantu mereka melaksanakan tugas-tugas dalam kehidupan mereka.

Andaian-andaian tersebut bermakna reka bentuk pembelajaran bagi orang dewasa perlu mengambil kira bahawa: orang dewasa perlu mengetahui mengapa mereka perlu mempelajari sesuatu; orang dewasa perlu belajar melalui pengalaman; orang dewasa melihat pembelajaran sebagai penyelesaian masalah; dan orang dewasa akan belajar dengan baik apabila topik itu berguna kepada mereka (immediate value). Dalam erti kata praktikalnya, andragogi bermakna
7

pengajaran bagi orang dewasa perlu memfokus lebih kepada proses dan kurang menekankan isi kandungan yang diajar. Pengajar (instructors) memainkan peranan sebagai fasilitator atau sumber lebih daripada pensyarah atau penilai.

Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) merupakan kaedah pembelajaran di mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berasingan.Sebahagian besar siswa/i yang mengikuti program ini mempunyai tempat tingal y6ang jauh dari lokasi perlembagaan pendidikan atau pusat pendidikan.Seperti contoh, pelajar yang menetap di Kelantan mengikuti kursus pembelajaran di Kampus Pendidikan Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang.Dengan menggunakan perkhidmatan siding video, temu bual secara atas talian membolehkan seseorang pelajar itu mengikuti pengajiannya walaupun jarak yang memisahkan agak jauh. Sistem pendidikan jarak jauh merupakan satu sistem alternatif dalam proses pendidikan. Sistem ini amat sesuai bagi golongan dewasa dengan menggunakan konsep andragogi.Dengan mengguakan konsep tersebut, pelajar dewasa dapat menyesuaikan diri dalam pembelajaran jarak jauh kerana mereka lebih bertanggungjawab dalam membuat keputusan kendiri dalam setiap masalah yang dihadapi.

Paling menarik, seseorang dewasa yang memiliki rasa kesediaan untuk belajar merupakan satu batu loncatan untuk mereka kerana dapat membuat perkara-perkara yang berkaitan dengan menimbangi pelajaran dengan kerjaya.

3.0

PANDANGAN/CADANGAN

Setiap perkara yang dilakukan ada kelemahan dan kekuatannya.Begitu juga sprogram pendidikan jarak jauh yang dilaksanakan pada masa kini.Antara kelemahannya ialah, pelajar tidak memerlukan ruang masa yang terhad dan pemahaman mengenai pembelajaran juga kurang berkesan.Ini adalah kerana pelajar lebih gemar mengmbil mudah sesuatu tugasan yang diberikan dan tidak cakna terhadap pergaulan persekitaran. Mungkin juga pelajar-pelajar ini t6idak mengenali anatara satu sama lain kerana jarak hubungan yang terhad.

Manakala, antara kekuatan yang boleh dilihat menerusi pogram pendidikan jarak jauh ini adalah pelajar menjadi lebioh komited untuk menuntut ilmu dan berusaha sedaya-upaya untuk mendapat markah yang cemerlang tanpa mengenal sifat dan perilaku guru yang mengajar.Tambahan lagi, pelajar juga dapat mengekalkan jarak hubungan yang baik degan guru berkenaan kerana tidak menimbulkan sebarang masalah dengan bersemuka.Masa pembelajaran pelajar juga menjadi lebih efektif dan tidak terhad. Pelajar boleh melakukan proses pembelajaran di mna-mana sahaja dan pada bila-bila masa yang dikendakinya.

Program pendidikan jarak jauh boleh ditingkatkan lagi dengan melakukan pembaharuanpembaharuan seperti pembelajaran berkumpulan secara atas talian dengan menggunakan panggilan video.Cara ini dapat membantu pelajar agar lebih memahami sesuatu pelajaran yang dipelajari dengan mengeratkan lagi silaturahim di kalangan pelajar walaupun dalam jarak yang jauh. Walaupun cara ini agak rumit, namun hasil yang didapati sangat mengagumkan. Buktinya, kursus English Occupational Purpose yang diambil oleh pelajar university sangat menekan pembelajaran dan perbentangan dalam kumpulan di mana ia melibatkan rakaman video. Dalam usaha ini, pelajar perlu menyiapkan diri dengan pelbagai pengetahuan terhadap tajuk perbincangan yang bakal diadakan.Secara keseluruhannya, pelajar dapat menguasai tajuk berkaitan dengan lebih terperinci dan dapat menjawab pelbagai persoalan dengan fasih dan yakin.

4.0

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, teori pembelajaran yang telah diterang merupakan asas dalam meneruskan sesi pembelajaran tidak kira secaraatas talian mahu pun bersemuka. Teori-teori ini akan membantu pelajar dalam sesi pembelajaran dan dapat menyelesaikan masalah secara koheran dan efektif.

10

5.0

BIBLIOGRAFI

Academic Staff Development Center (ASDC). (2005). Modul 3: Pengajaran dan Pembelajaran. KUKTEM.

Anita, W. (2004).Educational Psychology.Ed. 9.Englewood Cliffs, New Jersey : Prentice-Hall, Inc.

Amstrong, T. (2011).Multiple Intelligences.Diakses dari http://www.thomasarmstrong.com/


multiple_intelligences.php.Diakses pada 29 Disember 2011. 2:20 pm.

Atherton,

J.

S.

(2003).

Learning

and

teaching:

Knowles

andragogy.

Diakses

darihttp://www.dmu.ac.uk/~jamesa/learning/knowlesa.htm. pada 29 Disember 2011.

Fry, H., Ketteridge, S., &Marshall, S. (2003). A handbook for teaching & learning in higher education: Enhancing academic practice. Ed. 2.London: Kogan Page.

Gagne, R. M. (1985). The Conditions of Learning and Theory of Instruction.Ed. 4.New York : Holt, Rinehart & Winston.

Siti Azura Bahadin. (n.d). Psikologi Pembelajaran: Definisi Pembelajaran.[PowerPoint Slides]. Kedah: Universiti Utara Malaysia. Diakses dari http://www.scribd.com/doc/24399316/1/DEFINISIPEMBELAJARAN.Diakses pada 29 Disember 2011.1:41 pm.

11

Zuber-Skerritt, O. (1992). Professional development in higher education: A theoretical framework for action research. London: Kogan Page.

12

Anda mungkin juga menyukai