Anda di halaman 1dari 23

The McDonaldization of Society 1 TEORI MCDONALDIZATION & PENGAPLIKASIANNYA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

1.0 PENGENALAN

McDonaldization of society ialah satu teori yang diperkenalkan oleh ahli sosiologi moden terkemuka dari Amerika bernama George Ritzer pada tahun 1990an. Teori beliau ini terhasil melalui pengamatan beliau terhadap teori rasionaliti yang diperkenalkan tokoh sosiologi dari Jerman iaitu Max Weber. Tujuan teori ini ialah untuk memperbaiki interaksi sesama masyarakat yang saling berhubungan. Menurut Ritzer (1993), teori rasionaliti Weber dapat dilihat dalam budaya masyarakat moden kontemporari menerusi budaya konsumerisme yang ada pada waktu sekarang.

Masyarakat moden didefinisikan oleh beberapa ahli sosiologi dengan beberapa definisi (Ritzer 2000, 2011). Menurut Marx, masyarakat moden didefinisi berdasarkan sistem ekonomi kapitalis yang diamalkan. Dalam mendefinisikan masyarakat moden, Marx lebih menekankan aspek sistem ekonomi dan kelemahan-kelemahan yang ada dalam sistem kapitalis seperti eksploitasi, alienisasi dan lain-lain. Manakala, Weber mendefinisikan masyarakat moden sebagai masyarakat yang berkembang sifat rasional yang formal sehingga mengatasi nilai-nilai rasional lain hingga menyebabkan masyarakat terkurung dalam kurungan besi (iron cage) rasionaliti. Durkheim pula melihat, masyarakat moden dikenalpasti sebagai masyarakat yang mempunyai ciri-ciri organic solidarity dan lemah dari segi hubungan sesame mereka (Ritzer 2000, 2011).

Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 2 Rasional pemilihan teori McDonaldization adalah kerana penelitian terhadap teori ini sangat penting kerana McDonaldization dilihat sangat releven dengan masyarakat pada masa kini dan menjadi satu fenomena yang besar kerana McDonaldization sedang mengubah kita tanpa kita sedari. Ini kerana, teori McDonaldization ialah mengenai dimensi-dimensi yang dibincangkan oleh George Ritzer dalam bukunya; The McDonaldization of Society (1993) yang diramalkan oleh beliau sebagai telah mempengaruhi sistem sosial dalam masyarakat. McDonaldization ialah satu ideologi dan satu set sosial praktis (amalan sosial) membentuk sebuah konstruk sosial yang menjadi fenomena dalam masyarakat.

Teori McDonaldization yang memilih model restauran segera sebagai contoh adalah sangat tepat untuk menjelaskan permasalahan sosial yang berlaku dalam aspekaspek dalam kehidupan kontemporari dunia masa kini kerana ia merangkumi sistem produktiviti dan konsumerisme sosial kerana telah diterapkan dalam dimensi yang luas merangkumi ekonomi, politik dan sosial serta lain-lain. Teori ini boleh dijadikan sebagai rujukan dalam menganalisis pelbagai fenomena daripada fenomena dalam pekerjaan kepada waktu lapang, daripada fenomena cara pemakanan kepada media, daripada pendidikan kepada tatanegara1.

Menurut Ritzer (1993), Weber menjangkakan dalam teorinya bagaimana masyarakat moden menjadi bertambah moden menerusi beberapa elemen yang mendominasi mereka. Elemen-elemen tersebut ialah keefisienan (efficiency), kebolehkiraan (calcubility) boleh diramalkan (predictability), kawalan melalui
1

Kellners, D. t.th. Theorizing/Resisting McDonaldization: A Multiperspectivist Approach. http://pages.gseis.ucla.edu/faculty/kellner/Illumina%20Folder/kell30.htm [20 Disember 2013].

Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 3 teknologi oleh mesin (non-human technology of control) dan sifat tidak rasional rasionaliti (the irrationality of rationality). Kelima-lima elemen ini mendasari teori rasional Weber juga mendasari teori McDonalization Ritzer (rujuk jadual 1.0).

Jadual 1.0 Beberapa Perbezaan Rational Max Weber & McDonaldization George Ritzer

Ciri-ciri Pengasas

Teori Rational Weber Max Weber (1864-1920)

Teori McDonaldization Ritzer George Ritzer (1940-2003)

Masa

Awal 1900an

1990an

Keefisienan (efficiency), kebolehkiraan (calcubility), boleh Dimensi utama diramalkan (predictability), kawalan melalui teknologi oleh mesin (non-human technology of control) & iron cage.

Keefisienan (efficiency), kebolehkiraan (calcubility), boleh diramalkan (predictability), kawalan melalui teknologi oleh mesin (non-human technology of control) dan sifat tidak rasional rasionaliti (the irrationality of rationality).

Model teori

Birokrasi

Restoran fast-food

Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 4 Proses menggantikan pemikiran tradisional dan emosi dengan pemikiran berdasarkan penaakulan (reason) dan kecekapan. Definisi Menjelaskan fenomena sosial yang berlaku dengan menggunakan model-model restoran makanan segera sebagai menjelaskan dimensidimensi yang mendominasi masyarakat di mana proses prinsip-prinsip restoran makanan segera dilihat telah menguasai hampir setiap aspek masyarakat.

Sumber: Diubah suai dari Andrew Breunderman 2009

Ritzer menyatakan bahawa beliau mengambil contoh bagi kerangka teori rasionalnya daripada restoran makanan fast-food McDonald manakala Weber pula menggunakan kerangka birokrasi. Max Weber dalam menerangkan tentang teori rasional ada menyebutkan beberapa konsep rasional yang salah satunya dilihat jelas diaplikasi dalam kehidupan masyarakat kini (Ritzer 1993). Ritzer mengatakan dalam salah satu temubualnya bahawa McDonaldization ialah contoh yang lebih tepat bagi teori rasional dalam masyarakat moden hari ini dan mewakili paradigm pemikiran formal rasional yang kontemporari (Ritzer 2000). Manakala, bagi Weber, birokrasi merupakan satu tahap rasional tertinggi yang berlaku dalam masyarakat moden (Ritzer 1993).

Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 5 Birokrasi merupakan a rigid, formalized organizational structure (satu struktur organisasi yang tegar) iaitu jenis organisasi yang moden yang mana mampu mengendalikan operasi yang lebih kompleks daripada sistem tradisional, berdasarkan tindakan, keputusan dan peraturan secara hierarki dan ia telah membantu masyarakat kita berkembang dan maju (Ritzer 2003). Manakala Mcdonaldization bagi Ritzer ialah proses di mana prinsip-prinsip yang terdapat di restoran makanan segera telah menguasai hampir setiap aspek dalam sektor masyarakat (Ritzer 1993, 1995, 2000, 2011 & Kivisto 2005). Restoran makanan segera boleh dianggap sebagai contoh yang spesifik bagi konsep rasional kerana dilihat lebih releven.

2.0 PENGASAS MCDONALDIZATION OF SOCIETY: GEORGE RITZER

"I'd like to see a society in which people are free to be creative, rather than having their creativity constrained or eliminated." George Ritzer (http://www.georgeritzer.com/)

George Ritzer (1940) merupakan seorang ahli sosiologi Amerika dan merupakan Distinguished Professor (Professor Ulung) di Universiti Maryland. Bidang kajian tumpuan utama Ritzer ialah teori sosiologi dan sosiologi konsumerisme. Ritzer pernah menjadi ketua di American Sociological Associations Sections on Theoretical Sociology and Organization and Occuption. Beliau turut menerima beberapa anugerah antaranya ialah Teaching Excellence Award (Ritzer 1993, 1995, 2000).

Beliau telah mengajar dalam bidang sosiologi lebih daripada 30 tahun dan telah menghasilkan banyak karya dalam sosiologi. Antaranya ialah Sociology: A Multiple
Paradigm Science (1975), Toward an Integrated Sociological Paradigm (1981), dan

Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 6 karyanya yang menggabungkan idea rasional Max Weber, The McDonaldization of
Society (5th edt. 2008) yang diterbitkan lebih dari 12 terjemahan bahasa lain (Ritzer 2011).

Ritzer mula memikirkan mengenai teori McDonaldization pada tahun 1970. Menurut Ritzer, beliau merasakan bahawa simbol McDonald itu pada kali pertama beliau melihatnya mempunyai makna sesuatu yang baru dan penting. Beliau melihat perkembangan restoran McDonald di seluruh dunia dan banyak premis-premis lain meniru operasi McDonald dan telah menjadi satu trend yang meluas di serata tempat dan masyarakat (lihat rajah 1.0). Oleh itu, pada tahun 1983, Ritzer telah menghasilkan esei bertajuk The McDonaldization of Society dan diikuti dengan penerbitan buku bawah tajuk yang sama dan dikembangkan lagi idea mengenainya (Ritzer 1993 & 2003).

Rajah 1.0 Kewujudan McDonald di Dunia

Sumber: www.aboutmcdonald.com

Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 7 3.0 DEFINISI MCDONALDIZATION OF SOCIETY

McDonaldization of Society ialah proses yang sangat luas dan telah didefinisikan oleh Ritzer sebagai: The proses by which the principle of the fast-food restaurant are coming to dominate more and more sector of American society as well as of the rest of the world. (Kivisto 2005 & Ritzer 1993, 1995, 2000, 2011)

Proses McDonalization bukan sahaja memberi kesan kepada bisnes-bisnes di premis makan atau minum sahaja, namun turut memberi impak kepada pelbagai sektor lain yang meliputi kehidupan harian kita (Kivisto 2005) seperti pendidikan, politik, pekerjaan, pelancongan, aktiviti masa lapang, keluarga dan pelbagai lagi aspek dalam lapangan hidup masyarakat (Ritzer 2011). Perbincangan mengenai McDonaldization of Society merangkumi beberapa dimensi yang menjadi asas dalam teori tersebuat. Antaranya ialah, keefisienan (efficiency), kebolehkiraan (calcubility), boleh diramalkan (predictability), kawalan melalui teknologi oleh mesin (non-human technology of control) dan sifat tidak rasional rasionaliti (the irrationality of rationality) (Ritzer 1993, 1995, 2000, 2011).

4.0 DIMENSI-DIMENSI MCDONALDIZATION

Sepertimana yang dibincang di bahagian permulaan diatas, McDonaldization mempunyai beberapa dimensi yang menjadi fokus utama perbincangan ini (Ritzer 1993, 1995, 2000, 2011). Dimensi itu ialah keefisienan (efficiency), kebolehkiraan Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 8 (calcubility), boleh diramalkan (predictability), kawalan melalui teknologi oleh mesin (non-human technology of control) dan sifat tidak rasional rasionaliti (the irrationality of rationality).

4.1 Dimensi Pertama: Kefisienan (efficiency)

Masyarakat McDonaldization menurut Ritzer ialah masyarakat yang sangat menekankan keefisienan. Ritzer memberi definisi efisien ialah; The efford to discover the best possible means to whatever end is desired. (Ritzer 1993)

Cara menyediakan makanan yang tradisional dianggap tidak efisien kerana mengambil masa, tenaga serta kos yang tinggi berbanding mendapatkan makanan daripada di restoran fast-food. Ini kerana prinsip efisiensi yang ditonjolkan oleh McDonaldization ialah proses mencapai sesuatu matlamat akhir dengan pengurangan yang optimum dari segi kos, bahaya dan risiko untuk mengurangkan masalah yang bakal dihadapi dalam mencapai matlamat akhir tersebut (Ritzer 2003).

Contoh dimensi ini dalam pengalaman harian yang dapat dilihat dalam dunia hari ini ialah, dari segi medium interaksi sosial yang menjadi pilihan masyarakat hari ini. Kebanyakkan kita mempunyai akaun Facebook yang digunakan sebagai medium komunikasi dan bersosial kita. Menurut statistik yang dikeluarkan,

(internetworldstats.com), Malaysia mempunyai 13,589,520 pendaftar Facebook sehingga 31 Disember 2012. Walaubagaimapaun, penggunaan medium ini telah

dijadikan sebagai ganti interaksi bersemuka yang mana sesetengah daripada masyarakat Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 9 menganggap bahawa komunikasi menerusi medium laman sosial seperti Facebook, Whatsapp dan sebagainya sebagai alat interaksi yang lebih berkesan kerana dapat menjmatkan masa, kos serta dapat berinteraksi dengan lebih ramai orang dalam satusatu masa. Justeru, penggunaan Facebook, Whatsapp dan sebagainya untuk berinteraksi adalah dianggap efisien dan terutamanya jika ia melibatkan aktivi seperti berpesatuan, komuniti di kolej kediaman dan lain-lain.

Contoh lain bagi efisien dalam kehidupan harian ialah dapat dilihat menerusi cara kita membeli belah. Misalnya, kita pada masa kini mampu membeli belah menerusi dalam talian (online). Kita boleh membeli secara online banyak benda daripada peralatan asas seperti pakaian hinggalah kepada tiket bas, keretapi atau tiket menonton perlawanan bola sepak. Kesemua perkara ini kita dapat membelinya dengan hanya satu klik di skrin komputer kita.

Dalam bidang pendidikan, pembelajaran atas talian (online) juga mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Pembelajaran jenis ini dianggap sangat efisien sehingga lahirnya Open University di beberapa tempat di negara kita. Metod pembelajaran seperti ini memudahkan pelajar yang mengambil pengajian secara jarak jauh (PJJ) kerana dapat menjimatkan masa, tenaga serta kos mereka. Dalam kajian pengunaan teknologi dalam pendidikan oleh Brown & Duguid (2000), penguasaan ilmu dan sumber maklumat menjadi lebih mudah bagi meningkatkan prestasi

hidup.masyarakat.

Kita juga melihat dimensi efisien dalam pembahagian kerja (division of labour) yang berlaku di hospital untuk menambahkan kecekapan dalam pekerjaan. Kita melihat bahawa jika seseorang dimasukkan ke dalam hospital, beliau akan diperiksa oleh Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 10 jururawat terlebih dahulu sebelum datang doktor untuk melihat keadaan pesakit. Jururawat tersebut akan melakukan tugas-tugas minor dalam perubatan seperti mengambil darah dan memasukkan tiub air. Hal ini menyebabkan doktor yang bertugas boleh untuk memeriksa lebih ramai pesakit dalam satu-satu masa.

Dimensi efisiensi ini merebak ke dalam sistem pendidikan negara kita yang mana kita pada hari ini boleh mengambil ijazah secara online tanpa perlu menghadirkan diri di universiti mahupun kelas. Sistem ini dianggap sangat efisien sehingga melahirkan beberapa buah universiti yang berorientasikan pembelajaran secara online. Selain itu, medium seperti I-folio, SMP Web juga adalah salah satu contoh cara yang efisien untuk interaksi luar kelas antara pelajar dan pensyarah.

Gaya hidup masyarakat pada hari ini sangat mementingkan efisiensi seiring dengan perubahan modenisasi yang menjalar ke setiap pelusuk dunia. Kemodenan telah merubah cara masyarakat berfikir dan bertindak di mana pada hari ini lebih ramai yang suka membeli tiket perjalanan secara online dan mereka juga tidak perlu lagi ke panggung wayang untuk menonton filem kerana mereka boleh melanggannya di siaran Astro First. Dengan itu, masyarakat mempunyai pilihan untuk menonton filem-filem yang terbaru pada bila-bila masa dan beberapa kali. Ini dianggap efisien kerana dapat menjimatkan masa dan kos mereka.

Secara ringkasnya, pelbagai norma, undang-undang, peraturan, prosedur dan struktur yang ditentukan dalam memastikan kedua-dua pihak yang saling berurusan contoh antara pelanggan dan pekerja kaunter supaya dapat mencapai tahap efisiensi yang optimum. Selain itu, menurut Ritzer (1993) efisiensi dari sebelah pihak menjamin sebelah pihak lagi untuk bertindak secara efisien juga. Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 11 4.2 Dimensi Kedua: Kebolehkiraan (calcubility)

Dimensi kedua McDonaldization of Society ialah kebolehkiraan di mana masyarakat moden menurut Ritzer (1993) mementingkan perkara-perkara yang boleh dikira dan dihitung dengan bilangan. Elemen kebolehkiraan ini dapat dilihat menerusi beberapa cara; pertama, penekanan kepada kuantiti melebihi kualiti. Mereka cenderung melihat sesuatu yang banyak sebagai sesuatu yang lebih baik. Pelanggan yang membeli makanan di restoran fast-food menyukai menu yang disediakan kerana mereka merasakan mereka mendapat banyak makanan daripada duit yang mereka bayar. Ini kerana menurut Ritzer (1993); as a culture, we tend to believe deeply that in general bigger is better. Kedua, penekanan terhadap harga dimana masyarakat melihat harga makanan segera yang dibeli murah berbanding makanan yang perlu untuk masak di rumah dan mereka menganggapnya adalah lebih baik. Manakala yang ketiga adalah penekanan kepada kepantasan sesuatu dan dianggap baik jika lebih cepat sesuatu itu. Ini kerana dalam penyediaan makanan di restoran McDonald, aspek masa sangat ditekankan. Seseorang pekerja dianggap bagus jika dapat menyediakan makanan dengan kadar masa yang singkat. Justeru, perkhidmatan drive-thru wujud kerana pelanggan tidak lagi perlu untuk ke parkir dan masuk ke dalam restoran untuk membuat pesanan, bahkan mereka hanya perlu memesan makanan di stesen pesanan dan mengambil makanan tersebut di stesen seterusnya (Ritzer 1993).

Dimensi ini dilihat merebak ke dalam sistem lain yang ada dalam masyarakat kita seperti sistem pendidikan. Misalnya, pelajar-pelajar di sekolah yang mengambil peperiksaan awam dinilai tahap kepandaian mereka mengikut berapa jumlah A yang mereka dapat sewaktu keputusan peperiksaan diumumkan. Begitu juga untuk melayakkan pelajar-pelajar tersebut ke universiti mereka diambil dan dipilih Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 12 berdasarkan sistem CGPA untuk melayakkan mereka menyambung pelajaran. Pelajar yang mendapat CGPA yang tinggi akan dianggap sebagai pelajar yang pandai dan diberi prioriti. Begitu juga jika berlaku sebaliknya terhadap pelajar yang mendapat keputusan CGPA yang rendah akan dianggap lemah. Sedangkan jika dilihat menerusi kualiti softskill yang ada ternyata adakalanya pelajar yang mendapat CGPA rendah adalah lebih banyak menguasai softskill berbanding pelajaryang cemerlang itu. Selain itu, pensyarah yang mengajar juga dinilai melalui audit ISO dan juga mengikut penilaian yang diberikan oleh pelajar dalam sistem penilaian pensyarah yang dibuat berdasarkan kuantitatif. Kita juga setiap tahun tidak terlepas dari membincangkan isu ranking universiti-universiti di dunia yang dikeluarkan oleh QS World University Rankings. Universiti-universiti dilihat kualitinya menerusi ranking ke berapa ia berada. Penilaian berdasarkan ranking ini membuatkan kita terlepas pandang bahawa wujudnya eksploitasi di mana kriteria-kriteria yang digunakan tidak tepat dan memberi gambaran sebenar pencapaian dan falsafah penubuhan sesuatu universiti. Malah ada yang berpendapat bahawa ia adalah strategi untuk merendah-rendah universiti negara membangun dan mempromosi universiti di negara maju (Sinar Harian 19 September).

Penilaian berorientasikan kuantiti telah menyebabkan seakan kita tidak nampak aspek kualiti yang ada pada seorang pelajar, pensyarah dan universiti. Penekanan kepada jumlah kuantiti, kos dan masa terhadap sesuatu adalah menyebabkan aspek kualiti tidak dipandang. Masyarakat menurut Ritzer (1993), masyarakat telah dibudayakan dengan nilai sesuatu yang cepat itu adalah baik, sesuatu yang banyak itu adalah positif atau the bigger or sooner is something is better.

Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 13 4.3 Dimensi Ketiga: Boleh Diramalkan (predictability)

Dimensi seterusnya dalam McDonaldization of Society ialah boleh diramalkan atau sesuatu yang boleh dijangkakan. Ini berdasarkan scenario yang berlaku di restoran fastfood dimana diramalkan mempunyai sistem yang sama dari segi masa penyediaan, prinsip kerja yang dibuat dan tingkahlaku yang tertentu yang dijangkakan sama di setiap restoran makanan segera di setiap pelusuk dunia. Justeru pelanggan yang membeli burger Big Mac di Malaysia menjangkakan beliau akan mendapat burger Big Mac yang sama dari segi rasa, saiz, bahan dan harga (mengikut nilai matawang) di tempat lain yang beliau akan beli keesokannya atau bila-bila masa pada masa hadapan.

Menurut Ritzer (1993) dalam tesisnya, McDonaldization of Society, dimensi predictability ini ialah; The effort to enable people to know what to expect at all times and in all places. The goal is the production of a world that offers no surprises. (Ritzer 1993)

Dalam pengurusan organisasi, proses birokrasi adalah antara contoh proses yang paling mudah dijangka. Ini kerana kita mendapati dalam mana-mana organisasi, terdapatnya pengurusan yang berhirarki. Dan pekerja dalam sesebuah organisasi sedia maklum mengenai arahan dari siapa yang patut terima dan kepada yang mereka patut berikan. Menurut Ritzer (1993), pengurusan saintifik yang berlaku dalam dunia pengurusan hari ini yang dicipta oleh Frederick Winslow Taylor dalam buku beliau The Principle of Scientific Management yang diterbitkan pada tahun 1911 dan model Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 14 pengurusan ini kemudiannya telah diadaptasi dan mencetuskan revolusi budaya dalam dunia pengurusan dan dipanggil sebagai taylorism. Budaya taylorisme ini telah berkembang dan membentuk satu sistem pengurusan organisasi yang seragam dalam proses birokrasi. Taylor (1911) percaya bahawa penyeragaman adalah penting berdasarkan pengamatan beliau kepada cara kerja di mana pengurus memberi kebebasan kepada pekerja untuk melakukan sesuatu kerja mengikut cara pekerjanya telah membawa kepada produktiviti dan penghasilan kualiti yang rendah. Justeru, Taylor telah mengeluarkan satu prinsip kerja yang seragam dan prosedur yang sama dengan anggapan bahawa operasi cara kerja yang seragam dari segi rutin, disiplin, metod yang konsisten dan bersifat formaliti akan menghasilkan produktiviti yang berkualiti tinggi seperti mana yang diharapkan.

Dalam dunia industri pasaran pada hari ini kita dapat lihat terdapat banyak cawangan sesuatu pasaraya yang dibuka contoh seperti Tesco, atau restoran seperti Starbuck dan taman tema seperti Disney Wonderland terdapat di beberapa tempat kesemuanya mempunyai sistem yang sama dari segi operasi, jenis barang dan permainan yang ada serta jenis minuman yang dihidangkan adalah sama di seluruh dunia. Ini kerana menurut Ritzer (1993), masyarakat suka untuk tahu apa yang boleh mereka ramalkan supaya mereka tahu apa yang patut mereka lakukan dalam apa-apa situasi.

Begitu juga dalam industri perfileman, kita dapat lihat dengan jelas menerusi jenis filem yang diterbitkan. Ini kerana filem-filem yang mempunyai siri yang bersambung seperti Trilogi The Lord of The Ring, Harry Potter dan Pirates of Caribbean mendapat lebih banyak sambutan di kalangan penggemar filem dan seringkali berjaya mendapat rating tertinggi berbanding filem baru. Ini kerana plot-plot yang digunakan dan watak-watak yang dimainkan sudah dikenali penonton dan mereka Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 15 boleh mengagak bagaimanakah kesudahan sesuatu filem itu kerana sudah terbiasa dengan konsep, idea dan karakter yang sedia ada. Justeru tidak hairan mengapa setiap kali filem baru ditayangkan, penerbit akan menggunakan populariti filem sebelumnya untuk meraih perhatian penonton supaya menonton filemnya yang terbaru.

Dunia pendidikan sekali lagi tidak terlepas daripada elemen keboleh ramalan ini kerana dalam setiap subjek yang diajar, ada hasil pembelajaran yang dijangkakan untuk pelajar. Ini kerana para pensyarah menggunakan sistem rubrik untuk menilai tahap kefahaman pelajar dalam sesuatu subjek. Justeru, di akhir setiap subjek yang diajar, pensyarah menjangkakan pelajarnya akan dapat mengusai subjek tersebut berdasarkan kepada nilai rubrik yang dijadikan sebagai ukuran kepada hasil pembelajaran. Selain itu, dalam perubatan moden kini, ibu yang mengandung boleh mengetahi lebih awal jantina anak yang bakal dilahirkan lebih awal menerusi teknologi yang ada kini.

Keboleh ramalan adalah satu sikap masyarakat moden yang mana mereka lebih suka untuk mengetahui lebih awal sesuatu dan mereka merasakan perkara tersebut adalah rasional. Dimensi ini turut terdapat dalam pelbagai aspek masyarakat seperti pengurusan organisasi, industri pasaran, pendidikan dan kesihatan.

4.4 Dimensi Keempat: Kawalan Melalui Teknologi (non-human technology of control)

Proses menyediakan makanan di restoran makanan segera diambil alih oleh mesin dan menggunakan teknologi berbanding tenaga manusia sebagai pekerja. Misalnya,mesin menggoreng kentang yang berbunyi bila kentang sudah masak dan mesin yang diprogramkan untuk mengira wang yang digunakan di kaunter dan mesin air yang Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 16 berhenti secara automatik apabila cawan sudah penuh diisi. Teknologi-teknologi yang digunakan telah mengawal pekerja dan membantu sistem McDonald dalam memastikan produk dan perkhidmatan yang adalah konsisten (Ritzer 2003).

Dalam dunia moden kini, tenaga manusia banyak digantikan dengan penggunaan teknologi. Penggantian tenaga manusia dengan mesin telah memudahkan pengurus atau majikan untuk mengawal kerja-kerja yang dilakukan. Ini termasuklah boleh menjimatkan dari segi kos, masa dan meningkatkan pengeluaran. Pada masa sebelum teknologi diperkenalkan, manusia adalah dikawal dengan manusia lain. Pengawalan secara bersemuka ini telah menyebabkan timbulnya konflik dan wujud masalah peribadi yang sukar dikawal, meningkatkan kos dan terjebak dalam permusuhan dan persengketaan disebabkan eksploitasi kepada orang bawahan. Justeru, apabila teknologi diperkenalkan seperti CCTV yang mampu memantau pergerakan pekerja dari jauh dan di mana sekalipun majikan berada adalah lebih rasional dalam kalangan masyarakat.

Dalam dunia masa kini, penggunaan teknologi sebagai ganti manusia sangat banyak berlaku dalam segenap aspek hidup kerana kita lebih banyak berurusan dengan robot atau mesin berbanding manusia. Misalnya, kita menggunakan mesin ATM untuk melakukan transaksi kewangan lebih dari berurusan di kaunter. Selain itu, pengangkutan awam yang ada pada hari ini seperti LRT dan Monorail yang dinaiki setiap hari itu tidak menggunakan tenaga manusia sebagai pemandu tetapi yang membawa couch tersebut adalah komputer yang diprogramkan untuk mengendalikan kawalan pengangkutan tersebut dari awal destinasi hinggalah berakhir di mana-mana destinasi.

Penggantian tenaga manusia dengan teknologi untuk mengawal sesuatu pekerjaan semakin banyak berlaku. Ini kerana, mengurangkan penggunaaan tenaga Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 17 manusia dianggap boleh menjimatkan kos dan kurang risiko kerja yang tidak terjamin jika menggunakan tenaga manusia. Namun apa yang dikhuatiri di sini ialah, manusia yang terlalu bergantung dengan teknologi akan hilang keupayaan untuk mencari jalan menguruskan sesuatu kerja dalam keadaan cemas dan ini menyebabkan manusia menjadi kembali berisiko (George Ritzer dalam Kivisto 2005).

4.5 Dimensi Kelima: Sifat Tidak Rasional Rasionaliti (the irrationality of rationality).

Dimensi terakhir dalam teori ini merupakan satu sudut negatif yang terhasil daripada pemikiran rasional yang ada dalam masyarakat. Justeru, sifat rasional telah menyebabkan berlakunya ketidakefisien dalam masyarakat. Sebagai contoh, di restoran makanan segera, adakalanya pelanggan terpaksa beratur panjang dan menunggu lama disebabkan masalah teknikal dan sebagainya. Menurut Ritzer, irrationality of rational ialah great cost atau risiko yang datang bersama McDonalization. Justeru, McDonalization secara generalnya mempunyai kesan negatif kepada masyarakat dan secara hakikatnya membawa sifatsifat yang berlawanan dengan dimensi-dimensinya seperti sifat ketidakefisienan, ketidakboleh kiraan, ketidak jangkaan dan hilang kawalan.

Irrationality bermaksud bahawa sistem yang dianggap rasional sebenarnya adalah sistem yang tidak munasabah untuk manusia dan merupakan a side effect of over-rationalized systems (Ritzer, 2006). Bagaimanakah yang dikatakan

McDonaldization tidak munasabah setelah kita bincangkan mengenai dimensidimensinya yang terdapat dalamnya dilihat mempunyai ciri-ciri efisien untuk kehidupan Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 18 moden kerana nilai produktiviti boleh diukur dan dikira dengan bilangan serta ketepatannya boleh dijangkan dan dikawal menggunakan teknologi yang berkesan yang diguna sebagai ganti tenaga manusia?. Jawapannya ialah, irrationality atau unreasonable wujud disebabkan proses McDonaldization telah membuat manusia menjadi kurang kemahiran dan menafikan proses penaakulan manusia dimana proses berfikir adalah sebagai basic humanity dalam diri manusia dan masyarakat sosial yang terlibat dengan sistem sosial ini (Ritzer 1996).

Ketidakefisienan boleh berlaku bilamana kita terpaksa beratur panjang untuk membuat transaksi di mesin ATM. Begitu juga urusan kita terpaksa ditundakan jika sekiranya sistem di mesin ATM mengalami kerosakan yang tidak diketahui bilakah sistem itu akan pulih disebabkan pengendalian yang tidak mesra alam (unfriendly user) apabila kita berurusan dengan mesin dan robot.

Contoh lain seperti kita sebagai pelajar di UKM yang mendaftar subjek di fakulti secara online yang dilakukan saban semester dimana adakalanya subjek yang didaftar tidak termasuk dalam senarai apabila kita menyemaknya di awal semester. Begitu juga pengesahan subjek peperiksaan yang selalu berlaku kerosakan sistem bilamana tarikh pengesahan hampir tamat. Adakalanya pengesahan kolej yang perlu dibuat melalui online yang kadangkala berlaku kegagalan sistem yang menyebabkan nama kita tidak termasuk dalam senarai yang mendaftar. Selain itu, ketidakefisienan juga berlaku dalam persekitaran sebagai pelajar di UKM bilamana perlu berurusan dengan sistem seperti Sistem Pembangunan Insaniah (SPI) dalam urusan kelulusan kertas kerja. Seringkali wujudnya masalah dalam kelululasan kertas kerja untuk sampai ke peringkat atasan atas masalah sistem yang menyebabkan tersekatnya kertas kerja kita daripada sampai kepada JPPEL dan masalah ini memerlukan kita untuk membuat follow up di bahagian JPPEL Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 19 sendiri. Ini menyebabkan sistem yang dianggap efisien telah menjadi tidak lagi efisien dalam keadaan sedemikian.

Dimensi seterusnya, iaitu kebolehkiraan (calcubility) dan jangkaan seperti kata Ritzer yang menekankan tentang aspek kuantiti produk (dari segi kos ekonomi) dan perkhidmatan yang ditawarkan (dari segi kos sosial ex: masa) telah menyebabkan masyarakat menilai kualiti daripada kuantiti yang boleh diukur dan dikira serta hasil yang boleh dijangkakan.

Kita melihat menerusi kacamata pengalaman kita bahawa masyarakat pada hari ini lebih percaya dan bergantung dengan data-data statistik yang dikeluarkan, namun maksud di sebalik nombor-nombor tersebut jarang sekali diamati. Contoh jelas, pertumbuhan kadar KDNKK negara yang dilihat meningkat dalam data (Jabatan Perangkaan Malaysia 2013), namun hakikatnya jumlah nilai matawang kita adalah semakin mengecil sebenarnya. Contoh lain di UKM ialah jam kredit untuk mendapat Learning Contract ialah disyaratkan lapan jam kredit. Tetapi adakah lapan jam kredit tersebut benar-benar dapat mengukur kemampuan menguasai kelapan-lapan hasil pembelajaran (HP)?.

5.0 KESIMPULAN

McDonaldization boleh ditafsirkan sebagai satu set proses yang direka atau dianjurkan untuk mencapai tujuan tertentu, atau untuk memcapai matlamat yang bersesuaian untuk kumpulan tertentu pada kecekapan yang semakin meningkat, kebolehkiraan , kepastian yang diramal, dan kawalan yang sebenarnya menjadikan proses lebih kompleks dan kabur. Bagaimanapun, tidak dinafikan ada kalanya seseorang perlu kepada apa yang Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 20 Ritzer panggil sebagai McDonaldization. Misalnya, apabila kecekapan dan pelbagai mod rasional memainkan peranan penting dan bermanfaat juga apabila seseorang ingin untuk mengelakkan pertindihan antara mereka. Rasionalisasi / McDonaldization dalam bidang pekerjaan boleh mengurangkan daya peranan dan kretiviti pekerja serta mengeksploitasi tenaga kerja sebagaimana Braverman (1974) dan Ritzer (1993) mengingatkan kita, tetapi prosedur yang sama juga memungkinkan pekerja bebas daripada menjadi buruh yang mengasingkan produk yang lebih baik dari produk yang dikeluarkan bilamana dilakukan oleh mesin yang automatik.

Satu persoalan penting yang ditimbulkan oleh Ritzer dalam bukunya, The McDonaldization of Society mengenai untuk siapakah efisiensi ini dicipta?. Apabila kita meneliti rasional dari segi hubungan dengan orang atasan (tuan pemilik, pengurus,pengarah dll), kita dapat lihat bahawa mereka adalah golongan yang paling tinggi tahap rasional dan proses rasionalti telah digunakan sebagai alat untuk mendominasi orang-orang di bawah yang dianggap subordinat di dalam sesebuah organisasi. Golongan subordinat ini tidak dibenarkan untuk bebas mengekpresikan kretiviti berfikir dan bakat mereka. Mereka hanya disuruh melakukan mengikut apa yang disuruh tanpa mempersoalkan pelbagai peraturan, prosedur dan struktur dalam aliran kerja yang mengongkong pekerja wujud akibat dari pengaplikasian sistem rasional. Justeru, matlamat utama rasional adalah memastikan golongan subordinat dapat bekerja dengan efisien dan golongan dominan tetap terus dapat bertindak dengan bebas mengikut kemahuan mereka (Ritzer 1993).

Secara kesimpulan, meskipun rasionalisasi menyebabkan kemajuan teknologi dan operasi yang lebih cekap, namun dikhuatiri bahawa ia akan menyebabkan manusia terperangkap dalam apa yang dikatakan oleh Weber sebagai iron cageiaitu a social Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 21 order so organized and rational that it traps people inside an invisible prison. Manusia tidak dapat keluar dari kurungan rasional yang mengurung pemikiran mereka dan iatelah melarang kebebasan individu.maka rasional telah menyebabkan manusia ternafi sifat kemanusiaannya (dehumanized) dan telah diseragamkan untuk mengikut cara yang sama (Ritzer dalam Kivisto 2005).

Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 22 6.0 RUJUKAN

Airil Yasreen Mohd Yassin. 2013. Ranking universiti dan permasalahannya di Malaysia. Sinar Harian, 13 September: 16.

Braverman, Harry (1974). Labor and Monopoly Capital. New York: Monthly Review Press.

Brown, J.S. & Duguid, P. 2000. The social Life of Information. Harvard Business School press: United States of America Thounsand Oaks: Pine Forge Press.

Bruenderman, A. 2009. Negative Effects of McDonaldization. Gatton Student Research Publication 2 (1): 2-8.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 2013. Keluaran Dalam Negeri Kasar Tahunan 20052012.

Kivisto. P. 2005. Illuminataing Social Life: Classial and Contemporary Theory Revisted. Thounsand Oaks: Pine Forge Press.

Ritzer. G. 2003. Contemporary Sociological Theory and Its Classical Roots. The Basic. Boston: McGrawHill.

Ritzer. G. 1993. The McDonaldization of Society, an Investigation into the Changing Character of Contemporary Social Life. Thounsand Oaks: Pine Forge Press.

Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614

The McDonaldization of Society 23 Ritzer. G. 1996. The McDonaldization Thesis: Is expansion inevitable?. International Sociology 1996 (11): 291-308.

Ritzer. G, 1995. The McDonaldization of Society: Revised Edition. United State of America: Fine Forge Press.

Ritzer. G. 2000. Sociological Theory. Ed. 5. New York: McGrawHill.

Ritzer. G. 2011. Sociological Theory. Ed. 8. New York: McGrawHill.

Kellners, D. t.th. Theorizing/Resisting McDonaldization: A Multiperspectivist Approach. http://pages.gseis.ucla.edu/faculty/kellner/Illumina%20Folder/kell30.html Disember 2013] http://www.internetworldstats.com [diakses pada 9 Disember 2013] [20

Siti Aisyah Binti Jaffar A135911 PrakashChellamuthu A138614