Anda di halaman 1dari 16

Profesion Keguruan Bukan Satu Pilihan. Kesan-kesan?

1.0 Pendahuluan

Profesion keguruan merupakan satu kerjaya yang mulia di sisi agama dan

mendapat pengiktirafan yang tinggi oleh masyarakat di negara ini. Kerjaya sebagai

seorang guru ini juga merupakan salah satu mercu tanda tahap ilmu, ekonomi, politik dan

sosial yang dimiliki oleh sesebuah negara. Guru bermaksud orang yang mengajar,

pendidik, pengajar dan pengasuh. Guru merupakan salah seorang daripada anggota

sekolah yang melibatkan diri secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum, program

pendidikan, disamping membentuk sahsiah serta kelakuan pelajarnya yang sejajar

dengan nilai dan norma masyarakat. Profesionalisme seseorang guru berkait rapat dengan

mutu pendidikan dalam beberapa segi seperti sikap dan nilai guru dalam pengajaran

umpamanya akan mempengaruhi sikap, minat dan nilai pelajar (Drs. Syaiful Bahri

Djamarah 2000:29). Begitu juga dengan pendekatan yang digunakan semasa proses

pembelajaran dan pengajaran yang berlangsung di sekolah turut memberi pengaruh yang

besar terhadap tingkah laku, tahap penerimaan terhadap sesuatu ilmu dan kefahaman

pelajar dalam pembelajaran.

Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat

pendidikan sesebuah negara. Guru merupakan individu yang memainkan peranan untuk

memberi fokus kepada pemerolehan kemahiran dan ketrampilan di samping keperluan

menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar sekolah. Guru semakin dianggap

bertanggungjawab untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan di kalangan

pelajar sama ada dari aspek mental mahupun moral.

1
Namun begitu, terdapat segelintir individu yang telah mencemarkan kemuliaan

profesion keguruan ini apabila memilih jawatan sebagai seorang guru bukan satu

profesion pilihannya. Individu inilah yang telah mencemarkan kemuliaan profesion

keguruan apabila menjawat jawatan sebagai seorang guru dan mengajar di sekolah-

sekolah kelak. Mereka tidak akan berjaya dalam kerjaya mereka yang diceburi iaitu

sebagai seorang guru. Sebelum kita membincangkan tajuk ini dengan lebih lanjut, kita

perlu memahami makna kerjaya itu terlebih dahulu. Kerjaya merupakan dua perkataan

yang digabungkan menjadi satu perkataan iaitu kerja dan jaya (Drs. Syaiful Bahri

Djamarah 2000:29). Kerja bermaksud usaha untuk mendapatkan jawatan dan tugas-tugas

yang dapat menghasilkan pendapatan manakala jaya bermaksud hasil atau kejayaan yang

diperolehi setelah sesuatu pekerjaan dilakukan. Seorang guru yang memilih kerjaya

sebagai seorang guru disebabkan faktor terpaksa hanya akan bekerja dan tidak akan

pernah untuk berjaya di dalam setiap tugasan yang diberikan. Keadaan ini akan

menimbulkan kesan negetif yang terpaksa dipikul oleh pihak sekolah, pelajar, ibubapa

dan kerajaan. Terdapat banyak kesan-kesan negetif akan berlaku jika seseorang individu

memilih kerjaya guru bukan profesion pilihannya.

2.0 Kesan-kesan

2.1 Kualiti Kerjaya Sebagai Guru Menurun

Individu yang memilih profesion keguruan ini sebagai kerjaya pilihan yang utama

akan meningkatkan kualiti profesion keguruan ini di mata masyarakat. Mereka akan

berkerja keras bagi memastikan objektif setiap pekerjaan yang dilakukan adalah untuk

meningkatkan tahap pendidikan pelajar di bawah jagaannya dan sekaligus mendapat

2
pengiktirafan masyarakat. Kerja keras dan semangat bekerja yang diberikan oleh

golongan guru ini akan meningkatkan kualiti martabat keguruan ke tahap yang

sepatutunya seiring matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia. Guru yang mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa,

kesediaan mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan berdedikasi

akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk menjadi pendidik yang

sejati. Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif bagi membolehkan guru

mencapai prestasi yang tinggi. Sifat kreatif dan inovatif yang ada pada seseorang guru

akan mewujudkan pengajaran yang lebih menyeronokkan, diminati dan meninggalkan

kesan kepada pelajar dan secara tidak langsung mempengaruhi pelajar untuk terus belajar.

Manakala, kesan yang kita dapat lihat daripada tindakan individu yang memilih

profesion keguruan ini sebagai kerjaya bukan pilihannya ialah kualiti kerjaya sebagai

seorang guru akan menurun. Seorang guru yang berkualiti mestilah mengutamakan

tanggungjawabnya terhadap ilmu, kebajikan dan keselamatan pelajarnya (Mok Soon

Sang 2002:61). Mereka yang memikul tanggungjawab sebagai seorang guru disebabkan

faktor terpaksa tidak akan bertanggungjawab terhadap ilmu yang dimiliki, menjaga

kebajikan dan keselamatan pelajar yang berada di bawah jagaannya. Keadaan ini akan

menyebabkan kesan yang negetif yang akan dilihat oleh masyarakat sekeliling kepada

bidang pekerjaan sebagai seorang guru (Prof. Dr. S. Nasution 1995:61). Kesan negetif ini

akan menimbulkan prasangka yang tidak baik oleh masyarakat terhadap kerjaya sebagai

seorang guru. Masyarakat tidak akan mempercayai tugas seorang guru sebagai pendidik

3
dan keadaan ini akan mendatangkan masalah kepada proses pembelajaran yang

dijalankan di sekolah.

Selain itu, seorang guru itu kurang mempunyai budi pekerti termasuk kelakuan

sopan semasa bergaul dengan rakan-rakan sejawat atau semasa menyertai aktiviti

masyarakat. Golongan ini sering menunjukkan kelakauan yang tidak sepatutnya dan

mencemarkan kemuliaan profesion keguruan ini. Seseorang guru yang mempunyai sikap

yang tidak elok seperti ini tidak akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Ini

kerana kerja sebagai seorang guru ialah satu bidang pekerjaan yang bekerja di dalam

masyarakat. Masyarakat sentiasa memandang tinggi terhadap profesion ini dan setiap

tindakan serta tingkah laku seorang guru sangat dititik beratkan kerana guru merupakan

golongan yang mendidik anak-anak mereka.

Seorang guru yang berkualiti akan mempunyai sifat merendah diri dan jujur

dalam setiap pekerjaan yang dilakukan. Sifat ini bertentangan dengan individu yang

memilih kerjaya ini bukan sebagai kerjaya pilihannya. Seorang guru yang tidak berkualiti

tidak suka bergaul dengan rakan sejawat yang lain. Mereka berasa bangga dengan

keupayaan yang ada pada diri sebagai seorang guru dan akan menjadi seorang guru yang

sombong dan tidak suka bergaul antara satu sama lain. Mereka menganggap diri mereka

lebih tinggi dari segi ilmu pengetahuan yang dimiliki jika dibandingkan dengan guru-

guru lain. Keadaan ini akan menimbulkan kerenggangan hubungan antara rakan

sejawatan yang lain.

4
Manakala seorang guru yang tidak mempunyai kualiti dalam pekerjaannya tidak

akan mempunyai kejujuran dalam melakukan pekerjaannya. Mereka akan melakukan

penipuan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan dan tidak akan menjalankan tugasan

yang diamanahkan dengan penuh berdedikasi sama ada dalam kelas mahupun diluar

waktu persekolahan. Seorang guru yang tidak jujur dalam pekerjaannya tidak akan

berusaha bersungguh-sungguh supaya hasil pekerjaannya mencapai ke tahap yang lebih

cemerlang. Kejujuran dalam memberikan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seorang

guru tidak akan dipenuhi kerana mereka tidak sepenuhnya memberikan ilmu pengetahuan

kepada para pelajarnya. Kejujuran ini merupakan sifat yang perlu dimiliki oleh setiap

guru sebagai orang tengah yang memberikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya.

2.2 Tidak Cekap Menggunakan Sumber

Seorang guru mestilah mempunyai ciri-ciri seperti cekap mengunakan sumber

maklumat yang ada bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Segala sumber maklumat berguna yang diperlukan untuk meningkatkan mutu

pengajaran perlu digunakan sama ada yang diperolehi dalam pembacaan atau yang

disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kecekapan seorang guru dalam

mengolah segala sumber yang ada adalah faktor penting bagi memastikan proses

pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan berjalan dengan lancar dan tidak

menimbulkan masalah semasa proses ini berlangsung. Perkembangan individu

dipengaruhi tahap pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam

kehidupannya (Mok Soon Sang 2002:61). Sumber teknologi ini merujuk kepada

maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan bacaan seperti suratkhabar, majalah,

5
iklan, filem, radio, television dan komputer. Seorang guru yang cekap mengunakan

sumber akan mengaplikasikan segala maklumat yang diperolehi dari sumber-sumber

tersebut untuk dijadikan bahan pembelajaran dan pengajaran kepada pelajarnya (Mok

Soon Sang 2002:61).

Selain itu, guru yang tidak berkualiti tiada kemampuan menjalankan

tanggungjawabnya sebagai pendidik yang cekap dalam menggunakan sumber-sumber

yang ada sebaik mungkin. Mereka tidak mampu memenuhi matlamat profesion pekerjaan

ini yang telah digariskan oleh kerajaan untuk memenuhi kehendak manusia dan rakyat di

negara ini (Sufean Hussin 1993:446). Mereka tidak menggunakan segala peluang yang

ada untuk mengolah sumber yang ada untuk diberikan kepada pelajarnya. Keadaan ini

menjadikan pelajar di bawah jagaannya agak ketinggalan dari segi ilmu pengetahuan jika

dibandingkan dengan pelajar di bawah jagaan seorang guru yang berkualiti dan

berketrampilan dalam kerjanya.

Selain itu juga, seorang guru yang tidak mempunyai kualiti tidak menghasilkan

pretasi kerja yang baik dan melakukan tugasan yang diberikan secara sambil lewa sahaja

(Drs. Syaiful Bahri Djamarah 2000:35). Golongan ini tidak melibatkan diri secara

menyeluruh terhadap perkembangan pembelajaran pelajar, sekolah dan masyarakat.

Justeru itu, mereka kurang berdedikasi terhadap kerjayanya memandangkan sebahagian

besar masa seorang guru dihabiskan untuk memikir, merancang dan aktiviti-aktiviti yang

berkaitan dengan pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas (Sufean Hussin 1993:446).

Mereka hanya melakukan aktiviti yang ringkas dan mudah tanpa memerlukan banyak

6
tenaga. Akibatnya akan terhasil pelajar yang pasif dalam setiap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.

2.3 Tidak Berketrampilan Sebagai Seorang Guru

Seseorang yang menjawat jawatan sebagai seorang guru mestilah mempunyai

imej yang kemas dan berketrampilan sebagai seorang guru (Drs. Syaiful Bahri Djamarah

2000:35). Penampilan dan sikap berketrampilan dalam setiap bidang sama ada di dalam

waktu pembelajaran atau di luar waktu persekolahan adalah sifat yang harus dimiliki oleh

setiap guru yang berjaya. Imej dan gaya yang berketrampilan ini akan mempengaruhi

pelajar seterusnya menjadikan guru tersebut sebagai contoh ikutan. Para pelajar akan

mencontohi dan menganggap seorang guru sebagai pembimbing dalam membentuk

personaliti sebagai seorang pelajar. Keadaan ini seterusnya akan melahirkan individu

yang berketrampilan dalam setiap bidang yang diceburi.

Namun begitu, bagi mereka yang menerima jawatan sebagai seorang guru kerana

terpaksa tidak akan mementingkan imej dan personaliti sebagai seorang guru. Kita dapat

lihat melalui penampilan seharian seseorang guru ketika berada di kawasan persekolahan.

Mereka hanya memakai pakaian yang sepatutnya tanpa memperbaiki penampilan yang

harus ditampilkan dihadapan pelajar mereka. Golongan ini hanya bersikap acuh tidak

acuh terhadap imej yang harus ditonjolkan dihadapan pelajar mereka sebagai seorang

yang bekerjaya.

7
Selain itu, mereka juga tidak mampu menjadi seorang yang bertanggungjawab

membentuk disiplin para pelajar serta membantu dalam membentuk sahsiah dan kelakuan

yang yang terpuji kerana guru-guru itu sendiri tidak mempunyai disiplin terhadap

personalitinya sebagai seorang guru. Mereka tidak dapat menjadi contoh model hidup

yang mana tingkah laku yang ditunjukkan oleh seorang guru akan menjadi contoh dan

ikutan pelajarnya (Drs. Syaiful Bahri Djamarah 2000:35). Nilai-nilai murni yang ada pada

personaliti sebagai seorang guru tidak dapat ditonjolkan oleh seorang guru di sekolah dan

secara tidak langsung tidak dapat diterapkan di dalam diri seorang pelajar. Keadaan ini

akan melahirkan sebilangan pelajar yang tidak mempunyai personaliti sebagai seorang

pelajar yang diharapkan oleh ibubapa, pihak sekolah, masyarakat dan negara.

2.4 Tidak Mempunyai Akauntabiliti Sebagai Seorang Guru

Mengikut Kamus Dwibahasa, perkataan akauntabiliti bermaksud

bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu pekerjaan

yang dilaksanakan. Oleh yang demikian, di bawah konteks akauntabiliti keguruan boleh

dirumuskan sebagai bertanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan yang dipikul

oleh seseorang guru (Mok Soon Sang 2002:68). Akauntabiliti sebagai seorang guru boleh

dikelaskan dalam beberapa aspek iaitu akauntabiliti dalam kerja, negara, pelajar dan

ibubapa.

2.4.1 Tidak Bertanggungjawab Terhadap Pekerjaan

Seorang guru perlu bertanggungjawab terhadap pekerjaannya iaitu akauntabiliti

terhadap bidang tugas yang diamanahkan untuk dipikul sebagai seorang guru. Oleh itu,

8
guru perlu memahami kurikulum sekolah secara mendalam supaya dapat

melaksanakannya dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Secara umumnya,

pengajaran yang ditugaskan kepada seseorang guru mestilah mengikut kurikulum yang

telah disediakan kerana ia merupakan salah satu akauntabiliti seorang guru terhadap

pekerjaannya.

Seorang guru yang memilih bidang profesion ini sebagai kerjaya bukan

pilihannya akan menunjukkan tanda-tanda rasa tidak bertanggungjawab dalam setiap

aspek yang diterangkan di atas. Oleh itu, individu yang memilih profesion keguruan ini

secara terpaksa akan menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan secara sambil

lewa dan tidak mengikut matlamat sekolah, ibubapa, masyarakat dan negara. Contohnya,

sebagai seorang pendidik guru bertanggungjawab terhadap pekerjaannya tetapi guru yang

tiada minat dalam pekerjaannya tidak akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi

supaya mutu perkhidmatan yang diberikan selaras dengan akauntabiliti sebagai seorang

guru (Sufean Hussin 1993:440).

Seorang guru yang berakauntibiliti perlu mempunyai rasa tanggungjawab dalam

meningkatkan imej profesion dengan memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi seperti

mengajar anak murid dengan cekap dan dedikasi. Keadaan ini perlu bagi memastikan

setiap murid yang diajar akan berjaya mendapat keputusan akademik yang diharapkan.

Dalam hal ini, guru yang tidak memilih bidang ini sebagai bidang kerja yang diminati

tidak akan mampu mencapai matlamat yang ditetapkan (Mok Soon Sang 2002:78). Guru

yang tidak mempunyai akauntabiliti sebagai seorang guru tiada keazaman dalam

9
menambah ilmu pengetahuan dan kemahirannya dalam bidang pendidikan supaya tugas

mengajar dapat dilaksanakan dengan cekap dan sempurna. Golongan ini tidak

mempunyai usaha untuk menepati akauntabilitinya terhadap profesion keguruan.

2.4.2 Tidak Mempunyai Akauntabiliti Terhadap Negara

Seorang guru yang mempunyai akauntabiliti terhadap negaranya perlu

menjalankan tugas yang diberikan seperti memahami konsep dan matlamat Falsafah

Pendidikan Negara (FPK) dan Rukun Negara. Tugas lain bagi seorang guru terhadap

negara ialah memupuk nilai dan sikap yang murni serta sesuai dengan masyarakat yang

berbilang bangsa dalam setiap jiwa pelajar (Mok Soon Sang 2002:79). Sikap yang

dipupuk oleh seorang guru ini akan memberi bimbingan kepada pelajar untuk menjadi

seorang warganegara yang taat setia, bertanggungjawab serta berguna.

Namun begitu, bagi seorang yang memilih profesion keguruan bukan kerjaya

pilihannya akan menghadapi masalah untuk memikul tanggungjawabnya terhadap

negara. Golongan ini sukar memenuhi tanggungjawabnya sebagai seorang rakyat

Malaysia, tidak gemar mengambil bahagian secara cergas dalam setiap aktiviti

kemasyarakatan yang dianjurkan. Masyarakat dan guru merupakan satu hubungan yang

mempunyai kaitan dan saling memerlukan antara satu sama lain dalam

memperkembangkan potensi pelajarnya (Sufean Hussin 1993:440). Oleh itu, jika guru

tidak bekerjasama dengan masyarakat dalam sebuah komuniti akan mengakibatkan

permasalahan dalam memantau perkembangan dan pembelajaran pelajar (Suppiah

Nachiappan. Et all. 2009:10).

10
Selain itu, seseorang guru yang tidak mempunyai akauntabiliti terhadap negara

akan cuba menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar,

masyarakat dan negara ataupun bertentangan dengan prinsip Rukun Negara. Mereka juga

tidak akan memberikan contoh terbaik dalam usaha menanam sikap dan nilai murni

seperti yang terdapat dalam Rukun Negara ke dalam setiap diri pelajar. Keadaan ini akan

melahirkan pelapis negara yang tidak mempunyai taat setia terhadap negara, tidak

bertanggungjawab dan berguna, tidak menghormati orang yang lebih tua serta tidak

menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama yang terdapat dalam

masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini berlaku, perpaduan

yang ingin diterapkan diantara kaum yang terdapat di Malaysia akan mengalami

kegagalan dan akan mencetuskan rusuhan etnik seperti yang pernah berlaku pada tahun

1963.

2.4.3 Tiada Akauntabiliti Terhadap Pelajar

Seorang guru mestilah mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap pelajarnya

sama ada di dalam waktu persekolahan ataupun di luar waktu persekolahan. Tugas ini

tidak hanya terhad kepada penyampaian ilmu pengetahuan dalam kelas sahaja, tetapi juga

melibatkan pembentukkan sahsiah yang mulia dikalangan pelajar. Keadaan ini meliputi

pelbagai aspek perkembangan dan potensi diri dari segi intelek, rohani, jasmani dan

emosi supaya pelajar-pelajar menjadi insan yang berilmu, bermoral tinggi, harmonis dan

seimbang (Sufean Hussin 1993:401). Oleh itu, seorang guru perlu mempunyai

akauntabiliti terhadap taraf pencapaian kemajuan serta kelakuan pelajar yang berada di

11
bawah jagaannya. Perhatian dan rasa tanggungjawab yang dipikul oleh seorang guru

kepada pelajarnya akan menimbulkan ikatan yang kukuh antara seorang guru dengan

pelajar (Suppiah Nachiappan. Et all. 2009:15). Perhubungan yang erat antara guru dan

pelajar akan memberi kemudahan kepada seorang guru untuk menjalankan

tanggungjawab kepada bidang kerjaya yang diceburinya itu tanpa menghadapi sebarang

masalah.

Manakala, bagi seorang yang memilih bidang ini sebagai kerjaya bukan

pilihannya akan mendatangkan masalah dalam menjalankan tanggungjawab terhadap

pelajar. Sebagai seorang guru, tanggungjawab terhadap pelajar mestilah diutamakan

kerana di sekolah pelajar adalah di bawah jagaan dan tanggungjawab seorang guru.

Sesuatu yang berlaku kepada anak murid akan dipertanggungjawabkan kepada seorang

guru yang mempunyai autoriti terhadap anak muridnya (Sufean Hussin 1993:436).

Individu yang memilih bidang ini sebagai kerjaya bukan pilihannya kurang

bersedia memikul tanggungjawab dan amanah yang berat ini. Golongan ini akan mencari

seribu alasan untuk mengelak daripada memikul beban tanggungjawab yang diberikan

seperti memantau aktiviti pelajar-pelajar yang berada di bawah jagaannya. Selain itu,

mereka sukar bersikap adil sekiranya sesuatu masalah timbul diantara pelajar-pelajarnya.

Mereka akan melihat pelbagai perspektif dalam mengadili sesuatu masalah seperti faktor

politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama (Suppiah Nachiappan. Et all. 2009:109).

Keadaan ini akan menimbulkan pelbagai masalah yang akan dihadapi oleh pihak

12
pentadbir sekolah bagi menangani sikap seorang guru sebegini dan seterusnya kreadibiliti

sebagai guru yang berakauntabiliti akan tercalar.

2.4.4 Tidak Mempunyai Akauntabiliti terhadap Ibubapa

Ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah telah menyerahkan

tanggungjawab kepada guru untuk memerhati dan membentuk sahsiah anak mereka

kepada seorang guru. Tanggungjawab ini harus dipikul oleh setiap individu yang

memegang jawatan sebagai seorang guru. Individu yang berpegang teguh kepada etika

seorang guru akan memikul tanggungjawab ini dengan ikhlas dan tidak terasa sedikit pun

bebanan Drs. Syaiful Bahri Djamarah 2000:73). Keadaan inilah yang membezakan

seorang guru yang beretika dengan seorang guru yang memilih profesion ini sebagai

kerjaya bukan pilihannya.

Individu yang memilih kerjaya ini bukan profesion pilihannya akan mengalami

masalah untuk berurusan dengan ibubapa pelajar. Ruang lingkup pekerjaan seorang guru

adalah melibatkan perhubungan antara seorang guru dengan masyarakat iaitu ibubapa

pelajar Drs. Syaiful Bahri Djamarah 2000:70). Sekiranya kemahiran untuk bersosial

dengan ibubapa pelajar tidak dikuasai oleh seorang guru, ini akan menimbulkan masalah

untuk seorang guru bertanggungjawab dalam pekerjaannya. Tanggungjawab seorang guru

yang lebih penting ialah menjaga hubungan diantara seorang guru dengan pelajar dan

ibubapa. Perasaan bertanggungjawab inilah yang akan menjamin kejayaan seorang guru

ketika mengajar di sekolah nanti kerana ibubapa pelajar akan percaya guru akan

bertanggungjawab dalam setiap aktiviti yang berlangsung di sekolah.

13
2.4.5 Tidak Mempunyai Akauntabiliti Terhadap Diri Sendiri

Seorang guru yang berkualiti dan bertanggungjawab perlu mempunyai

tanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Tanggungjawab terhadap diri sendiri ini perlu

dipenuhi sebelum mengalas tanggungjawab dan amanah terhadap pelajar di bawah

jagaannya (Drs. Syaiful Bahri Djamarah 2000:87). Antara tanggungjawab terhadap diri

sendiri yang perlu dijaga oleh seorang guru ialah menjaga kesihatan supaya dapat

menjalankan tugas dengan sempurna. Emosi seorang guru turut memainkan peranan yang

penting supaya tugas yang dilaksanakan membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa

selain dapat menyempurnakan tugas yang diberikan oleh pihak sekolah. Keewangan yang

diperolehi hasil daripada pendapatan bulanan hendaklah diuruskan secara bijaksana

supaya pendapatan adalah seimbang dengan perbelanjaan seharian. Kesemua

tanggungjawab ini perlu dipenuhi bagi memastikan tanggungjawab seorang guru

terhadap dirinya sendiri dipenuhi sebelum memenuhi tanggungjawab yang telah

diberikan sama ada di dalam sekolah atau diluar waktu persekolahan (Suppiah

Nachiappan. Et all . 2009:107).

Sementara itu, bagi seorang individu yang memilih profesion ini bukan profesion

pilihan utamannya akan mengalami masalah untuk menguruskan tanggungjawab terhadap

dirinya sendiri. Golongan ini hanya akan menjalankan tugas yang diberikan tanpa

keperluan yang ada pada dirinya untuk dipenuhi sebelum tugas dilaksanakan. Mereka

tidak menjaga kesihatan , tidak mengurus keewangan dengan baik, tidak mempunyai

ketenangan dan ketenteraman jiwa ketika menjalankan tugas sebagai seorang guru.

Keadaan ini akan mencacatkan kemuliaan pekerjaan sebagai seorang guru itu sendiri.

14
Sekiranya keadaan ini berterusan, seorang guru itu akan mendatangkan masalah dalam

melaksanakan tugas sebagai seorang guru disamping memberi masalah kepada pentadbir

sekolah. Sebagai contohnya, seorang guru yang tidak menjaga kesihatan akan mudah

dijangkiti penyakit dan keadaan itu memberi impak kepada pengajaran dan pembelajaran

yang berlangsung semasa di sekolah dan memberi masalah kepada pentadbiran sekolah

sekiranya guru tersebut mendapat penyakit yang lebih serius.

3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa seorang pendidik perlu

mempunyai sifat-sifat yang boleh mempengaruhi pelajarnya menjadi seorang

warganegara yang cemerlang dari segi penampilan, sikap dan mempunyai integriti yang

utuh sebagai seorang individu. Seorang individu yang memilih profesion keguruan

sebagai bukan kerjaya pilihannya akan mendatangkan pelbagai masalah dan keburukan

sama ada kepada pelajar, masyarakat, negara dan nama baik profesion keguruan. Oleh itu,

bagi memastikan sebuah negara mencapai tahap kemajuan yang setanding negara maju

yang lain perlu dimulai diperingkat persekolahan lagi iaitu dengan memilih individu yang

benar-benar berminat untuk dijadikan sebagai seorang guru. Kementerian Pendidikan

Malaysia perlu mengetatkan syarat kelayakan untuk menjadi seorang guru bagi

memastikan hanya individu yang berkelayakan sahaja dapat menjadi guru dan

seterusnya dapat bekerja dalam profesion keguruan ini dengan bersungguh-sungguh.

15
4.0 Bibliografi

Drs. Syaiful Bahri Djamarah. 2000. Guru dan Anak Didik Dalam Interaksi Edukatif.
Rineka Cipta. Jakarta

Mok Soon Sang. 2002. UKELP bahagian C; Inventori Sahsiah Keguruan untuk Calon
Ujian Kelayakan Pendidikan Guru. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Selangor

Sufean Hussin. 1993. Pendidikan Di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Dewan
Bahasa dan Pustaka. Selangor

Suppiah Nachiappan Et all . 2009. Perkembangan dan Pembelajaran Pelajar. Oxford Fajar
Sdn Bhd. Selangor

16