Anda di halaman 1dari 20

1.

Pengenalan

Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai Aurania pada Zaman Kerajaan Greek, Aharpastone pada Zaman Kerajaan Rom dan Afangballspiele pada Zaman

Pertengahan di Jerman.Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling yang dipanggil Ahaandbolde berasal dari Denmark, hazena berasal darinegara Bohemia dan Slovakia dan Atorballe berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada permainan bola baling masa kini.

Sejarah bola baling di Malaysia sudah wujud selama 17 tahun tetapi sukan ini masih dianggap sebagai sukan yang baru di negara ini. Perasaan baru timbul kerana sambutan khayalak ramai terhadap sukan ini tidak hangat jika dibandingkan dengan sukan-sukan yang lain. Pertandingan hebat hanya dapat disaksikan di Kejohanan

MSSM dan Kejohanan Terbuka Malaysia. Walaupun Persatuaan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuaan telah banyak berusaha untuk menigkatkan mutu permainan ini dengan menganjurkan berbagai-bagai kursus pengadilan dan

kejurulatiha, tahap permainan yang tinggi masih tinggal sebagai cita-cita.

2.0

Sejarah dan Perkembangan Bola Baling Permainan bola baling (handball) berasal dari Eropah. Permainan ini merupakan

satu permainan yang telah diubahsuaikan daripada permainan-permainan yang asal seperti Czeska Hasenka di Czechoslovakia, handbold di Denmark dan Korball serta Raffbold di Jerman. Semasa Perang Dunia Pertama, permainan ini yang melibatkan tujuh orang pemain dalam satu pasukan dikenali sebagai Torball. Pada tahun 1917 bilangan pemain dalam permainan ini diubah menjadi 11 orang sepasukan dan dimainkan di padang bola sepak. Orang yang memperkenalkan permainan ini di

Jerman ialah Heizer dan permainan ini mula disebut sebagai handball. Pihak Rusia mengatakan bahawa permainan ini (7 orang pemain sepasukan) adalah dimajukan oleh Edward Maly pada 1909 di Kharkov. Pada tahun 1926, Kesatuan Olahraga Amatur Antarabangsa (IAAF) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk menyelaraskan undung-undang permainan ini. Pada tahun 1928 kesatuaan Bola Baling Amatur Antarabangsa (IAHF) telah ditubuhkan di Amsterdam dan Avery Brudge yang kemudiannya merupakan Residen Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) menjadi ahli piagam kesatuaan yang baru ditubuhkan itu. Bilangan ahli kesatuaan itu bertambah daripada 11buah negara pada tahun 1928 kepada 23 buah negara pada tahun 1936 apabila bola baling buat pertama kalinya dipertandingkan dalam Sukan Olimpik di Berlin. Enam buah negara telah

mengambil bahagian dalam sukan itu dan negara Jerman telah memenangi pingat emas. Pada tahun 1938, Jerman sekali lagi menjadi johan dalam Kejohanan Bola

Baling Sedunia di mana 10 buah negara telah mengambil bahagian.

Pada tahun 1946, kesatuan yang lama itu telah digantikan dengan sebuah pertubuhan baru, iaitu Kesatuaan Bola Baling Antarabangsa (IHF). Kesatuan tersebut masih meneraju sukan ini hingga ke hari ini. Kesatuan ini menggalakkan permainan menggunakan tujuh orang pemain sepasukan yang boleh dimainkan di padang atau di gelanggang seperti permainan bola keranjang. Perubahan dan perkembangan

kemudiannya menjadikan permainan bola baling ini sejenis permainan yang menonjol dan menarik. Kejohanan Bola Baling sedunia telah diadakan pada tahun 1954 dan Swedan telah muncul sebagai johan. Pada tahun 1957, Czechoslovakia telah memenangi

Kejohanan Bola Baling Seduania bagi bahagian wanita. Pada tahun 1956, undangundang permainan ini telah diubahsuai supaya membentuk undang-undang yang lebih lengkap dan sebahagian besarnya masih digunakan pada hari ini. Pada tahun 1972, permainan bola baling sekali lagi dipertandingkan dalam Sukan Olimpik di Munich, setelah diketepikan dalam beberapa Sukan Olimpik sebelumnya. Selepas itu, permainan bola baling dipertandingkan pada setiap kali

sukan Olimpik diadakan. Sehingga hari ini, terdapat lebih daripada 68 buah negara, lebih daripada 200

000 pasukan dan lebih daripada tiga juta pemain telah berdaftar dengan IHF. Kesatuan Bola Baling Asia pula telah ditubuhkan pada tahun 1974 semasa Sukan Asia di Teheran. Ibu pejabat kesatuan itu ialah di Kuwait.

3.0

Perkembangan Bola Baling di Malaysia Permainan bola baling boleh dianggap sebagai satu permainan baru di Malaysia.

Ia mula diperkenalkan pada tahun 1976 oleh Encik Lim Hock Han, ketika itu bertugas sebagai Pengarah Bahagian Sukan di Pejabat Pendidikan Selangor dan kemudiannya di Universiti Malaya kepada sekumpulan guru dan pelajar dari negeri Selangor. Satu jawatankuasa kerja bola baling yang dipengerusikan oleh Encik Cheah Hai Su dari Unit Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pendidikan telah ditubuhkan pada tahun 1978. Sejak itu, kursus-kursus dalam aspek pengenalan permainan, pengadilan dan kejurulatihan bola baling untuk guru-guru telah dijalankan dengan tujuan supaya permainan ini dapat diperkembangkan dan dipopularkan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.Kejohanan Bola Baling Terbuka Selangor dan Wilayah Persekutuaan yang pertama bagi lelaki dan wanita telah diadakan pada 2 Jun 1982. Sebanyak 12 pasukan dari Selangor, Wilayah Persekutuaan, Melaka, Pahang, dan Universiti Malaya telah mengambil bahagian. Persatuaan Bola Baling Olimpik Selangor dan Wilayah Persekutuan telah secara rasminya didaftarkan pada 11 September 1982. Persekutuaan Bola Baling Malaysia pula secara rasminya didaftarkan pada tahun 1985 dan Encik Cheah Hai Su telah dipilih sebagai Presiden pertama, Encik Lian Chin Nam sebagai Naib Presiden, Encik Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Agung dan Encik Ahmad Omar sebagai bendahari Kehormat.Pada tahun 1986, persekutuan ini telah menjadi ahli gabungan Kesatuaan Bola Baling Asia. Kejohanan Bola Baling Kebangsaan yang pertama bagi lelaki dan wanita telah diadakan pada 7 Disember 1985 di mana 11 pasukan telah mengambil bahagian.

4.0

Perkembangan Bola Baling di Sekolah dan Maktab Perguruaan

Mulai tahun 1987, permainan ini telah pun diterima sebagai salah satu permainan yang dipertandingkan di peringkat kebangsaan di bawah kelolaan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Ini bererti, dalam jangka masa beberapa tahun sahaja, permainan bola baling telah berjaya diterima sebagai satu permainan yang popular di peringkat sekolah seluruh negara. Di peringkat sekolah, MSSM telah menganjurkan dua kursus bola baling unutk melatih guru-guru dari semua negeri dalam aspek pengadilan dan juga kejurulatihan. Kurusu pertama, iaitu unutk melatih guru-guru supaya menjadi jurulatih dan pengadil bola baling telah diadakan di Kompleks TUDM, Lumut pada tahun 1985. Selepas itu, pada tahun 1986, satu lagi kurusu unutk melatih guru-guru untuk menjadi pengadil bola baling telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Selangor. Di maktab-maktab perguruaan pula, permainan bola baling telah disenaraikan dalam kegiatan kokurikulum pelajarnya dan menjadi salah satu permainan yang dipertandingkan antara maktab perguruaan dalam Pestarama Maktab mulai tahun 1985. Pada tahun 1986, seramai 45 orang pensyarah maktab perguruan telah satu kursus pengadilan dan kejurulatihan dalam usaha unutk

menghadiri

memperkenalkan dan mempopularkan permainan ini dalam kalangan pelajar-pelajar maktab.

2.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN BOLA BALING

1. Kawasan Permainan

Kawasan permainan dan ukurannya

Kawasan permainan dan garisan-garisannya

2. Bola

Bola baling hendaklah berbentuk bulat keseluruhannya dan hendaklah tidak terlalu keras, dan bahagian kulitnya hendaklah berwarna putih. Berat bola yang diukur pada permulaan permainan, untuk bahagian lelaki dan belia lelaki hendaklah tidak melebihi 475gram dan tidak kurang daripada 425 gram. Lilitan bulatan bola hendaklah tidak melebihi 60 cm dan tidak kurang daripada 58cm. Untuk wanita dan ramaja lelaki, berat bola hendaklah tidak melebihi 400 gram dan tidak kurang daripada 325 gram. Lilitan bulatannya tidak melebihi 56cm dan tidak kurang daripada 54cm. Hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF sahaja boleh digunakan untuk pertandingan-pertandingan di peringkat antarabangsa.

3. Pemain-pemain

Sesebuah pasukan mengandungi 12 orang pemain yang terdiri daripada 10 orang pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Maksimum 7 orang pemain yang dibenarkan berada di dalam gelanggang, yang terdiri daripada 6 pemain gelanggang dan seorang penjaga gol. Jika seseorang pemain didapati semasa dalam permainan menyeberangi atau melangkah salah satu daripada garisan-garisan sempadan atau kawasan, tetapi dengan serta merta memasuki semula ke dalam gelenggang maka, dia tidak dianggap sebagai neninggalkan gelanggang. Pemain pengganti dibenarkan meneruskan permainan tanpa memberitahu penjaga masa. Pemain yang digantikan hendaklah meninggalkan gelanggang dahulu sebelum penggantinya masuk. Kesalahan penggantian pemain akan digantung selama dua minit dan dihukum dengan bilangan

percuma dan bilangan ini diambil dari tempat pemain itu melakukan kesalahan. Jika kesalahan penggantian berlaku pada masa permainan berhenti, pemain berkenaan akan digantung selama dua minit dan permainan akan dimulakan dengan balingan percuma.

4. Masa permainan

Untuk lelaki, dua tempoh dengan 30 minit setiap tempoh dan 10 minit masa rehat di antaranya. Sebagai peraturan, dalam pertandingan bola baling, 15 minit setiap separuh masa tanpa masa rehat diberikan. Untuk remaja lelaki, masa terdiri daripada dua tempoh dengan 25 minit setiap tempoh dan 10 minit rehat di antaranya. Dalam pertandingan, 10 minit dalam setiap separuh masa tanpa rehat.

Untuk peringkat lain, masa permainan terdiri daripada dua tempoh dengan 20 minit setiap tempoh dan 10 minit rehat di antaranya. Dalam pertandingan, 10 minit dalam setiap separuh masa tanpa masa rehat. Di hadapan kedua-dua ketua pasukan, pengadil akan melakukan undian dengan menggunakan duit syiling bagi menentukan pasukan yang akan memulakan permainan atau memilih gelanggang. Balingan mula hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga saat di tengah-tengah gelanggang apabila pengadil memulakan permainan dengan meniupkan wisel.

5. Memainkan bola

Pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling, melantun atau memukul bola dengan apa cara sahaja dengan tangan, lengan, kepala, paha dan lutut. Pemian dibenarkan memegang bola selama tiga saat sahaja, termasuk ketika bola berada di atas tanah. Pemain dibenarkan mengambil tiga langkah maksimum sewaktu memegang bola. Pemain dibenarkan menahan bola dengan kedudukan berlutut, duduk atau berbaring di tanah.

Pemain dibenarkan menepis bola ke tanah dan menyambutnya balik dengan sebelah atau dua belah tangan. Pemain tidak dibenarkan menyentuh bola lebih daripada sekali kecuali bola telah terkena tanah, pemain atau kedua- duanya.Pemain tidak dibenarkan menggerak bola dengan bahagian kaki di bawah lutut atau dengan kaki. Pemain tidak dibenarkan senjaga melintas garisan tepi atau garisan gol di luar gol dengan bola. Pemain tidak dibenarkan menjatuhkan diri untuk menangkap bola yang sedang bergolek atau berada di tanah, kecuali penjaga gol di kawasan gol sendiri.

6. Menentang Pemain Lawan

Pemain menggunakan tangan dan lengan untuk mendapatkan bola. Untuk memainkan bola daripada pemain lawan diri semua arah hendaklah menggunakan tapak tangan. Pemain dibenarkan menghalang pihak lawan dengan badan. Pemain tidak dibenarkan sama ada sebelah atau dua belah tangan meragut atau memukul bola daripada tangan pemain lawan. Pemain tidak dibenarkan menghalang pemain lawan dengan tangan, lengan atau kaki tanpa bola. Pemain tidak dibenarkan membaling bola dengan sengaja kepada pemian lawan atau mengacah bola dengan keadaan berbahaya. Untuk kesalahan-kesalahan berat dalam peraturan-peraturan dilakukan di mana-mana bahagian gelanggang dengan peluang menjaringkan gol yang baik dimusnahkan, balingan penalti diberikan. Jika seorang pemain terjatuh dengan keadaan bola terperangkap di bawah badannya, dan ini akan melambatkan permainan. Pengadil akan memberhetikan permainan dam memulakan semula dengan balingan pengadil, kecuali menghukum salah satu daripada pasukan itu. Tindakan yang membahayakan penjaga gol tidak dibenarkan.

7. Kawasan gol

Tiang gol dan ukurannya

Hanya penjaga gol dibenarkan memasuki atau berada di dalam kawasan gol. Hukuman kerana memasuki kawasan gol adalah seperti berikut: a) Balingan percuma jika pemain gelanggang memasuki kawasan gol dengan bola. b) Balingan percuma jika pemain gelanggang memasuki kawasan goltanpa bola tetapi mendapatkan kelebihan dengan memasuki kawasan gol. c) Balingan penalti jika pemain gelanggang dari pihak pertahanan dengan sengaja memasuki kawasan gol,walaupun bertujuan untuk mempertahankan pasukan.

Seorang pemain gelanggang memasuki kawasan gol sesudah memainkan bola tidak akan dihukum, kecuali merugikan lawan. Jika pemain dengan sengaja memainkan bola ke kawasan golnya sendiri dan bola itu tidak keluar, hukuman berikut dikenakan : a) Dikira gol jika bola telah memasuki gol. b) Balingan penalti jika penjaga gol menahan dan bola tidak dapat memasuki gol. c) Balingan percuma dalam keadaan yang lain.

8. Penjaga gol

Penjaga gol dibenar menggunakan sebarang cara menjaga pintu golnya menggunakan kaki dan bestinya. Penjaga gol boleh bergerak ke mana-mana arah dengan bola tanpa mengira langkah dan had masa di dalam kawasan gol. Penjaga gol dibenarkan meninggalkan kawasan gol tanpa bola. Di dalam gelanggang dia harus mematuhi peraturan sebagai pemain gelanggang yang lain, kecuali jika memasuki kawasan gol. Penjaga gol tidak dibenarkan meninggalkan kawasan gol bersama bola. Apabila penjaga gol telah membalingkan bola ke gelanggang permainan, dari kawasan gol, dia tidak boleh memegang bola itu lagi, kecuali telah dimainkan atau terkena salah seorang pemain lain. Penjaga gol tidak dibenarkan memegang bola sama ada bola itu bergolek atau terletak di kawasan gelanggang permainan di luar garisan kawasan gol.Penjaga gol tidak dibenarkan menyentuh bola dengan tapak kaki atau bawah lutut masa bola itu sedang mara ke kawasan permainan atau apabila terhenti di dalam kawasan gol.

9. Menjaringkan gol

Jaringan gol dilakukan apabila seluruh bola telah melepasi garisan gol lawan di antara kedua-dua tiang dan di bawah palangan gol. Selepas jaringan dibuat, permainan hendaklah dimulakan dengan balingan dari tengah gelanggang oleh pemain daripada pasukan yang menerima gol. Jika pengadil atau penjaga masa telah meniup wisel sebelum keseluruhan bola melintas garisan gol, jaringan itu tidak dikira.

10. Balingan ke dalam

Jika seluruh bahagian bola melepas garisan tepi di atas tanah atau di udara permainan hendaklah dimulakan dengan balingan ke dalam.Balingan ke dalam hendaklah dibuat di tempat bola keluar dari garisan tepi oleh pemain daripada pasukan lawan.Balingan ke dalam diberikan jika pemain gelanggang daripada pasukan bertahan terakhir menyentuh bola sebelum bola itu melintasi garisan gol di luar pintu gol. Jika penjaga gol merupakan pemain terakhir menyentuh bola sebelum bola itu melainatsi garisan gol di luar pintu gol, balingan gol diberi kepada pihak bertahan dan bukan balingan ke dalam.Semasa balingan ke dalam diambil, pemain lawan mestilah berada sekurangkurangnya tiga meter dari pembaling.

11. Balingan permulaan

Balingan permulaan diambil oleh pasukan yang menang dalam undian dan telan memilih untuk memulakan permainan atau pasukan lain setelah pasukan yang menang itu memilih tempat. Selepas menjaringkan gol, permainan dimulakan dengan balingan permulaan daripada pasukan yang menjaringkan gol. Balingan permulaan diambil dari tengah kawasan permainan ke mana-mana arah yang dikehandaki. Semua pemain hendaklah berada di kawasan permianan masing- masing semasa balingan permulaan dilakukan dan pemian lawan mesti berdiri tidak kurang tiga meter dari pembaling.

12. Balingan gol Balingan gol akan diberi jika seluruh bahagian bola melepasi garisan gol di sebelah luar gol sama ada do udara atau di atas tanah, telah disentuh kali terakhir oleh pemain penyerang atau penjaga gol bertahan di kawasan golnya. Balingan gol hendaklah dibuat oleh penjaga gol dari kawasan golnya ke dalam gelanggang. Balingan gol boleh dibuat dengan apa-apa cara sekali pun oleh penjaga gol asalkan bola dilepaskan setelah melinatsi garisan kawasan gol. Penjaga gol tidak menyentuh bola selepas melakukan balinan gol sehingga bola disentuh oleh seorang pemain lain. Pemainpemain daripada pasukan lawan tidak dibenarkan memasuki kawasan di antara garisan balingan percuma dengan garisan kawasan gol, serta tidak menyentuh garisan kawasan balingan percuma sebelum gol dibuat oleh penjaga gol.

13. Balingan percuma Balingan percuma diberi kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan. Balingan percuma hendaklah dibuat serta-merta tanpa pengadil meniupkan wisel, di tempat berlakunya kesalahan itu. Bola mesti diletakkan dengan serta-merta oleh pemain yang memegang bola sekiranya balingan percuma diberi terhadap pasukannya.

14. Balingan penalti Balingan penalti diberi kepada pasukan yang tidak melakukan kesalahan yang serius. Pemain yang akan membuat penalty mestilah tidak menyentuh atau melintasi garisan balingan penalty sebelum bola dilepaskan. Sekiranya semasa balingan penalty dibuat, penjaga gol melintasi garisan gol sebelum bola dilepaskan oleh pembaling, balingan penalty akan dibuat sekali lagi sekiranya bola tidak dijaringkan.

15. Balingan pengadil Permainan bola baling biasanya bermula dengan balingan pengadil. Pengadil gelanggang akan membaling bola menegak ke atas, tanpa tiupan wisel di tempat bola berada semasa permianan terganggu. Apabila pengadil membaling bola, semua pemain kecuali seorang daripada tiap-tiap pasukan mestilah berada tiga meter dari pengadil.

16. Pencatat dan penjaga masa Pencatat hendaklah menyimpan rekod permainann dan bersama-sama dengan penjaga masa mengawal pemain-pemain yang memasuki gelanggang.

17. Pengadil

Sesuatu permainan hendaklah dikendalikan oleh dua orang pengadil, serta seorang penjaga masa dan seorang pencatat mata. Pengadil bertanggungjawab mengelolakan permainan daripada pemain-pemain mula memasuki gelanggang hingga mereka meninggalkan gelanggang. Pengadil akan meniup wisel dalam keadaan berikut: a) Memulakan permainan (tiupan pendek tetapi terang) b) Apabila jaringan telah dibuat (tiupan panjang) c) Apabila sesuatu kesalahan dilakukan d) Apabila bola telah melintasi garisan-garisan sempadan. e) Memulakan semula permainan, atau untuk balingan penalty. f) Apabila balingan percuma diberi g) Apabila gangguan melambatkan permainan dengan sengaja. h) Sebelum balingan pengadil i) Apabila permainan tamat j) Apabila permainan dilambat-lambatkan dengan sengaja. k) Apabila balingan permulaan,penalti,dan semua balingan lain dibuat. l) Selepas gangguan masa permainan.

18. Hukuman (a) Amaran / Kad Kuning o kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan o perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan (b)Hukuman Gantung Dua Minit o tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan o penggantian pemain yang tidak sah o perlanggaran peraturan permainan o kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan (c)Pembatalan / Pemberhentian Pemain o melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan o telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga o tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya o mengugut pemain di luar gelanggang pemain o kekasaran hingga mencederakan pihak lawan o kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh dibatalkan penyertaan

3.0 KEMAHIRAN DAN TEKNIK ASAS PERMAINAN BOLA BALING

Bola baling juga dikenali oleh orang-orang Eropah, adalah satu sukan berpasukan dimana dua buah pasukan tujuh pemain setiap (enam pemain dan seorang penjaga gol)melalui dan melantun satu biji bola menyusahkan untuk membuangnya dalam matlamatkumpulan bertentangan. Permainannya sama seperti bola sepak dan bola keranjangnamun permainana bola baling ini lebih kepada penggunaan tangan kerana iamelibatkan balingan.Permainan bola baling ini juga terkanaldi seluruh dunia sejakseparuh pertama abad ke-20.

a)Kedudukan pemain untuk menangkap bola

b) Menghadang pihak lawan

c) Menggelecek bola

d) Pergerakan hantaran bola aras bahu

e) Pergerakan hantaran sisi

f) Pemain pertahanan membentuk benteng Secara berkumpulan.

g) Pemain A menghadang pemain B