Anda di halaman 1dari 8

TIPS KARANGAN GRED A

Disediakan oleh : ashotha76@yahoo.com.my

ANALISIS SOALAN PEPERIKSAAN PMR BAHAGIAN B TAHUN 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 ASPEK SOALAN Gambar: Kitar semula (buku teks tingkatan 1: m/s 11 ) Rajah : Kebaikan bergotong-royong Gambar: Aktiviti sempena pesta flora Rajah : Kesan-kesan banjir yang melanda sesuatu kawasan (buku teks tingkatan 3 : m/s 242 ) Rajah : Kesesakan jalan raya ( Cara mengatasinya) (adaptasi buku teks tingkatan 3: m/s 203 ) Rajah : Kesan-kesan kegiatan pembalakan secara tidak terkawal (buku teks tingkatan 2 : m/s 188 ) Rajah : Faedah-faedah memajukan industri pelancongan ( buku teks tingkatan 2: m/s 114-116 dan tingkatan 3 : m/s 94 )

__________________________________________________________________________________ PERIBAHASA DALAM KARANGAN 0 HAFAL !!!!!!!!!!! Ada gula, adalah semut Ada udang di sebalik batu Asam garam kehidupan Ada jalan Badan cergas, otak cerdas Bagai aur dengan tebing Bagai cendawan tumbuh selepas hujan Bagaimana acuan, begitulah kuihnya Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Bersatu kita teguh bercerai kita roboh Bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi Bagaimana acuan begitulah kuihnya Bagai aur dengan tebing Bagai kacang lupakan kulit Batu loncatan Berdiri sama tegak, duduk sama rendah Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan: 1

Di mana bumi dipijak, di situ langit di junjung Genggam bara biar sampai jadi arang Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni: Lupa daratan: Membaca jambatan ilmu Sediakan payung sebelum hujan Seperti aur dengan tebing Tidak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Yang bulat datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

ISU-ISU SEMASA(HAFAL.)
1. Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan kalimah Allah terhadap penerbitan dalam Bahasa Malaysia bagi akhbar mingguan Herald Katolik 31 Disember 2007. 2. Menara Warisan,dengan ketinggian 100 tingkat merupakan satu lagi projek mega negara yang baru sahaja dibentangkan di dalam Bajet Belanjawan 2011 tempoh hari. Projek mega bersepadu yang bernilai RM 5 Billion itu akan dibina bersebelahan Stadium Negara dan Stadium Merdeka itu akan dilaksanakan oleh Permodalan Nasional Berhad(PNB) dan dijangka siap pada tahun 2015 nanti. 3. Macam-macam usaha yang kerajaan lakukan untuk mengurangkan subsidi kerajaan yang semakin meningkat. Pada 15 Julai 2010, kerajaan mengumumkan kenaikan harga 5 barang termasuk minyak ron 95 & 97, diesel, gula dan gas. 4. Rakyat Malaysia merupakan antara negara yg plg ramai m'hidapi obesiti dikalangan negara Asia Pasifik. Seharian gaya pemakanan kita kurang dikawal dengan pengambilan gula yg tinggi,makanan yg b'lemak dan sebagainya. Memang Malaysia boleh dikatakan kaya dengan kepelbagaian makanan dengn pengaruh dari masakan India, China, Indonesia dan Malaysia sendiri. Namun, pernahkah kita menilai sendiri berapa kalori yg telah diambil dan berapa pula yg betul2 diperlukan? 5. PUTRAJAYA: Lebih 28,000 anggota keselamatan selain polis, tentera dan sukarelawan sudah bersiap sedia menghadapi banjir, termasuk memindah serta membantu kira-kira 1.4 juta mangsa di 5,156 pusat pemindahan di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah mewujudkan depot bekalan keperluan bencana di lima wilayah dan 477 pangkalan hadapan, lengkap dengan bekalan stok makanan bagi memenuhi keperluan mangsa banjir.

6. Sepanjang 2008 hingga 2010, Malaysia telah pun m'catatkan 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan , kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie. Ni baru yang direkodkan, belum yang digugurkn, ditanam dan diberikn pd org lain. Angka t'sebut jelas m'gerunkn kerana bilangan akan b'tambah saban tahun. 7. Semakin hangat berita kehilangan Datuk Sosilawati Lawiya yang merupakan jutawan kosmetik juga sebagai Pengasas Produk Kecantikan Nouvelle Visages yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu. Kes Datuk Sosilawati Lawiya hilang cukup misteri, malah masih menjadi tanda tanya pelbagai pihak. 8. 02/02/2010 MATLAMAT utama Kementerian Pelajaran ialah untuk menjadikan sekolah berprestasi tinggi (SBT) sebagai tanda aras kecemerlangan bagi dicontohi sekolah lain terutama sekolah kebangsaan. 9. 28/01/2010 KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) baru-baru ini mengeluarkan kenyataan akhbar bagi menerangkan dengan lebih jelas kepada masyarakat mengenai pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan pelaksanaan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris (MBMMBI). 10. 20/01/2010 KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) akan berusaha lebih gigih untuk memartabatkan bahasa Malaysia dengan mengukuhkan penggunaannya sebagai bahasa pengantar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan matlamat kerajaan dalam Memartabatkan (MBMMBI). 11. 16/07/2009 Pelajar terbaik kebangsaan, Neo Jia Hui menolak tawaran biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam kerana beliau enggan ke University of Melbourne, Australia. 12. 01/07/2009 Kerajaan menimbang kemungkinan untuk mewajibkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lulus subjek Bahasa Inggeris sebagai syarat kelayakan untuk mendapatkan sijil menjelang tahun 2012. 13. 27/07/2010 11:52am KERAJAAN akan meningkatkan lagi guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015. 14. 29/06/2010 3:26pm Bahasa Malaysia, Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris

SETELAH muncul di kaca televisyen swasta, beberapa akhbar utama dan naik ke pentas menerma pelbagai anugerah, pasukan F1 Sekolah Dato Abdul Razak (SDAR) Seremban, Negeri Sembilan kini merasa `bahang untuk dua sebab - pertama, tanggungjawab yang bakal digalas mewakili negara dalam cabaran dunia F1 di Singapura pada September nanti kedua, bergelut dengan harapan semua orang untuk lulus cemerlang dalam peperiksan Sijil Pelajaran Malaysai (SPM) tahun ini.

15. Pada tahun 2006 jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya adalah seramai 6,287 orang. Dari jumlah ini penunggang dan pembonceng motosikal sahaja melibatkan 3,693 orang atau 58.7%. Sementara itu bagi tahun ini sehingga September 2007 jumlah keseluruhan kematian akibat kemalangan jalan raya ialah 4,646 dan penunggang serta pembonceng motosikal sahaja ialah 2,476 atau 53.3%. 16. Sessi sekolah bagi tahun ini baru sahaja bermula 3 minggu tetapi sudah ada beberapa kes masalah disiplin pelajar. Difahamkan seramai lebih 3,500 orang pelajar telah dibuang sekolah pada tahun lepas dan lebih 7,500 orang pelajar lagi telah digantung persekolahan mereka di seluruh negara. Sebahagian besar daripada yang dibuang sekolah ini adalah mereka yang terlibat dengan kesalahan ponteng sekolah. 17. Muhamad Asmawi Jalaludin atau Awie telah dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan pulang bersama rakannya dari taman permainan berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi ke rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter di Lot 127, Jalan Permai Tujuh, Lembah Pantai pada petang 9 Mac lalu.Minggu ini genaplah sebulan Asmawi yang berumur 11 tahun hilang. Setakat ini pihak polis masih tidak mendapat sebarang petunjuk atau maklumat... 18. Seorang kanak-kanak perempuan berumur 5 tahun telah dilaporkan hilang di Taman Medan, PJS2, Petaling Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi Rabu. Sharlinie atau Nini telah hilang semasa bermain bersama-sama kakaknya Sharliena 8 tahun di taman permainan yang terletak 200 meter dari rumah mereka. 19. Hari Raya Aidil Fitri masih lagi meriah disambut terutama dengan majlis rumah terbuka dihujung minggu. Sementara itu Ops Sikap XIII telah pun berakhir dengan mencatatkan jumlah kemalangan sebanyak 15,911 berbanding 15,716 semasa Ops Sikap XI pada hari raya tahun lepas. Jumlah kematian semasa Ops Sikap XIII pula ialah seramai 225 orang di mana 53.8% atau 121 orang merupakan penunggang dan pembonceng motosikal.Ini jelas menunjukkan bahawa korban terbesar di jalan raya sepanjang Ops Sikap XIII ialah mereka yang menggunakan motosikal.... 20. Satu talian khas telah disediakan oleh pihak Telekom Malaysia untuk orang ramai memberi maklumat mengenai Sharlinie Mohd Nashar yang dilaporkan hilang semenjak 9 Januari lalu. Nombor talian bebas tol yang boleh dihubungi oleh orang ramai ini ialah 1800 88 LINI (5464). 1800-88-LINIPerkhidmatan talian khas Sharlinie ehsan Telekom Malaysia ini akan beroperasi selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu diuruskan oleh Polis Diraja Malaysia. Talian ini akan menjadi saluran utama bagi orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis.... 21. Pemimpin parti pembangkang Pakistan, Benazir Bhutto telah terbunuh dalam satu kejadian serangan berani mati di satu perhimpunan di Taman Liaquaf Bagh Rawalpindi pada petang hari Khamis 27 Disember. Belum dapat dipastikan samada Benazir Bhutto telah terkena tembakan atau serpihan letupan bom. Benazir Bhutto yang cedera di kepala dan leher telah dikejarkan ke Hospital Besar Rawalpindi dan di situ doktor telah mengesahkan kematian. 22. Ketika semua orang ternanti-nanti tertangkapnya pembunuh Nurin Jazlin, masyarakat telah dikejutkan pula dengan kematian Preeshena Varshiny seorang kanak-kanak berumur 9 tahun pada hari Khamis lepas di Kondominium Casa Mila Tower, Jalan Bukit Idaman, Selayang. Mayatnya telah ditemui oleh pengawal keselamatan di tingkat bawah kondominium berkenaan.

23. Natijah dari puasa akan melahirkan insan yang bertaqwa. Taqwa memberi maksud mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Puasa juga boleh menjadikan seseorang sihat tubuh badan. 24. Dalam tempoh 24 jam yang lalu sahaja di Malaysia dilaporkan terdapat sebanyak 12 kes baru wabak Influenza A H1N1, membabitkan 10 kes dari luar negara dan dua jangkitan tempatan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 80 kes iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan. 25. Penyakit selesema babi atau swine influenza kini sedang mendapat perhatian ramai. Sehingga 27 April 2009 berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan wabak Swine Influenza A (H1N1) terdapat 40 kes yang disahkan di Amerika Syarikat, 6 kes di Kanada, 2 kes di Scotland dan 1 kes di Sepanyol. Sementara itu 1,840 kes yang disyaki dengan 104 kematian di Mexico dan 25 kes disyaki di New Zealand. 26. Sejumlah 86 kes telah dilaporkan di seluruh negara pada minggu ke 6 2009 (8 hingga 14 Februari 2009) iaitu penurunan sebanyak 23 kes (21%) jika dibandingkan dengan minggu sebelumnya (109 kes). Daripada jumlah tersebut, seramai 55 (63.9%) pesakit Chikungunya telah mendapatkan rawatan pesakit luar dan selebihnya memerlukan rawatan di hospital. 27. Larian Obor Temasya Olimpik Beijing yang melambangkan keazaman sejagat berlangsung meriah di sekitar bandar raya Kuala Lumpur disambut dalam suasana harmoni oleh rakyat Malaysia pada 21 April 2008. 28. Tahniah!! Kontijen Malaysia berjaya meraih 174 pingat yang merangkumi 44 pingat emas, 59 pingat perak dan 71 pingat gangsa. Malaysia berada di tangga ke empat di belakang Korea, Thailand dan China. Sasaran jumlah pungutan pingat sebelum kejohanan bermula adalah 100 pingat dengan 10 pingat emas di kedudukan 10 pasukan terbaik. Ini bermakna semua sasaran itu telah berjaya dicapai.... 44 emas, 59 perak dan 71 gangsa ...Kesungguhan dan semangat juang para atlit OKU ini patut dicontohi oleh semua. 29. Sukan Orang Kurang Upaya(OKU) terbesar di rantau Asia Pasifik akan diadakan di Kuala Lumpur dari 25 November sehingga 1 Disember 2006 ini

UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN


1.SAJAK Segamit memori ku kenangi, Setulus kasih ku dambai, Potret wajahmu ku tatapi, Sebuah kehilangan yang tiada ganti. 2.LIRIK LAGU Ayah dan ibu Itulah permulaan kami Dapat melihat bulan dan matahari Yang dikurniakan dari ilahi

3.HADIS Didikan agama yang diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak kecil menjadikannya insan yang berpekerti mulia. Nilai-nilai Islam yang baik patut diamalkan oleh setiap individu di muka bumi ini. Rasulullah SAW pernah bersabda Aku tidak tinggalkan apa-apa kepada kamu semua melainkan dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunah . Kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi berpegang teguh kepada kedua-keduanya. Perkara ini membuktian bahawa perjalanan hidup berlandaskan al-Quran dan sunah dapat membimbing kita ke arah jalan yang diredainya sekali gus membentuk diri menjadi manusia yang berpekerti mulia 4.KATA-KATA TOKOH Akhirulkalam, renunglah kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat , F. Kennedy ini usah ditanya sumbangan Negara kepada anda, tetapi tanyalah bakti anda untuk negara 5. GURINDAM Jika benihnya benih molek, Jika tanahnya tanah cantik, Jika bajanya baja baik, Tentu pokok cepat naik Oleh itu soal mendidik anak bukanlah soal yang boleh dipandang enteng . Hal ini demikian kerana daripada institusi keluargalah masyarakat penyayang dapat dijelmakan . 6. PANTUN Nampaknya masa amat mencemburui kita dan sebelum saya mengundur diri, terimalah serangkap pantun daripada saya: Kalau ada sumur di ladang, Boleh saya menumpang mandi, Kalau ada umur yang panjang, Boleh kita berjumpa lagi Hujan panas turun berderai Guruh menyambar pohon jati Kasih sayang tak boleh bercerai Bagaikan rambut bersimpul mati Orang gagah pergi berperang Terlalu berani lagi perkasa Gajah mati meninggalkan tulang Manusia mati meninggalkan jasa Nyiur gading puncak mahligai Sayang ketupat berisi inti Hancur daging tulang berkecai Belum dapat belum berhenti

BAHASA GRAMATIS (HAFAL.)


-kita perlu mengorak langkah -kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini -komitmen menyeluruh agensi yang terlibat -kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu-Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik -makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan -mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu -manifestasi kesanggupan bangsa -manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa -masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan -masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi -masalah sosial dan susila yang meruncing -masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit -masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan -melangkah dengan seribu kekuatan -melontarkan soalan yang cukup penting -melupakan cita-cita yang lebih luhur -membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu -membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan -membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah -membetulkan ketidaktepatan fakta -membimbing mereka memenuhi impian -membina impian masa depan yang lebih gemilang -membongkar kepincangan -membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka -mempengaruhi minda generasi muda -mempertahankan perasaan saling bersefahaman -mempertingkat dan memperteguh kefahaman -mempraktikkan elemen tolak ansur -memudaratkan kesejahteraan rakyat -menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung -menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama -menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak -menampilkan wajah baru yang disulami tekad -menangkis tuduhan yang tidak berasas -mencapai tahap yang mencemaskan -mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini -mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya -mendapat perhatian dan liputan media massa -mendepani masa depan yang tidak menentu -mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang -mendukung kebenaran yang kita sepakati -mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni -mengambil langkah sederap -menghirup udara hasil kemerdekaan -mengikut acuan sendiri -mengundang kontroversi -menjadi cerucuk utama pembangunan -menjulang negara ke puncak jagat -menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi -menyambut gamitan menara impian -menyebabkan imej negara tercalar -menyediakan kursus dan latihan yang relevan 7

-menyembunyikan masalah utama masyarakat -mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran -mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan -milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi -muafakat merupakan inti kepada perpaduan -negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat -nilai keinsanan yang syumul -nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat -pandangan pro dan kontra yang dipaparkan -pelbagai cabaran yang bakal menghambat -pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat -pembentukan masyarakat sakinah -pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini -pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini -perlu dibaja kembali -perubahan yang diharap masih belum menjelma -petanda kehancuran generasi -pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis -hidup di luar kemampuan -mengundang pelbagai masalah/persoalan -agensi penguat kuasa -mencemarkan imej -amaln x sihat -berperanan lebih proaktif -perhatian dan pemantauan -budaya dan amalan harian -menyuntik semangat -wadah berkesan untuk mendidik -menggembleng tenaga dan sumber -pengisian jiwa dan minda -menjadi benteng tenaga dalam memerangi -platform -pembentukan insan -ketulusan dan keazaman -petanda jelas -meracuni masa dpn -era globalisasi -nadi kehidupan -komunikasi bermakna -secara holistik -pendidikan dan pembangunan moral -merangsang tenaga intelektual -usaha membina tamadun bangsa -merosakkn moral -menempa kejayaan -meningkatkan kesedaran masyarakat -elemen -relevan -tuntutan pemodenan -menjadi cerucuk utama pembangunan -instrumen perpaduan -zaman muasir ini (sekarang) -hamba teknologi

SEMUANYA DI TANGAN ANDA SEKARANG


8

Anda mungkin juga menyukai