Anda di halaman 1dari 34

HBQE3203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


SEMESTER JANUARI 2011
_____________________________________________
HBQE3203 ILMU TAFSIR
________________________________________________________________

KAJIAN ILMU TAFSIR BI MATHUR DI MAAHAD TAHFIZ


IHSANIAH
SIMPANG AMPAT SEBERANG PRAI SELATAN

E-MEL

fyza_72@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN
WILAYAH KEDAH

HBQE3203

Bil

Isi Kandungan

Muka
Surat

1. Pengenalan

2. Muqarar atau Sukatan Pengajian Ilmu

Tafsir Bi Mathur
3. Metodologi Dalam pengajian Ilmu Tafsir

11

4. Kitab-kitab yang digunakan dan Cara


Penggunaan Kitab-kitab.
4.1 Ilmu Tafsir al Tahlili

13

4.2 Ilmu Tafsir al Maudhu`i


5. Cadangan kaedah dan Disiplin

15
17

Mempelajari Ilmu Tafsir


6. Penutup

19

7. Lampiran :
Sukatan Pengajian
Gambar Kitab-kitab yang digunakan.
Surat Temujanji
2

HBQE3203

KAJIAN PENGGUNAAN KITAB BI MATHUR DI MAAHAD TAHFIZ


IHSANIAH , SIMPANG AMPAT BUKIT TAMBUN
PULAU PINANG

1.

PENGENALAN

Kitab al Quran adalah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
menerusi Malaikat Jibril. Penurunannya adalah satu ramat kepada umat manusia. Di
dalamnya terkandung perintah-perintah, larangan-larangan serta syariat meliputi aspek
akidah, ibadat, akhlak dan sebagainya. Namun tidak semua orang yang mampu akan isi
kandungan al Quran kerana ianya di dalam bahasa arab yang mempunyai unsur balaghah
yang tinggi dan penuh sastera. Bagi memahami al Quran, ilmu tafsir merupakan aspek
penting untuk memperjelaskan tentang maksud dan huraian atau tafsiran ayat- ayat di
dalam al Quran.

Maka proses memahami ayat memerlukan kepada penafsiran ahli

mufassirin.
Menurut Manna Qatan (1992 ) tafsir dari sudut bahasa bermaksud penerangan
dan menyingkap sesuatu, menjelaskan sesuatu atau menyingkap sesuatu rahsia. Manakala
dari sudut istilah bermaksud ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan ke atas
Nabi Muhammad saw dan menjelaskan maknanya serta mengeluarkan hukum-hukum
dan pengajaran yang dipetik daripada Al Quran.

HBQE3203

Para ulama telah membahagikan ilmu tafsir ini kepada tiga bahagian iaitu pertama ialah
Tafsir bi al Mathur atau juga dikenali sebagai Tafsir Bi al-Riwayah dan Tafsir Bi alNaqli. Kedua ialah Tafsir Bi al-Ra`yi atau juga dikenali dengan Tafsir Bi al-Dirayah atau
tafsir bi-al`aql dan ketiga ialah Tafsir Sufi atau Al-Tafsir Al-Isyari .
Tafsir bi al Mathur atau Tafsir Bi al Riwayah bermaksud tafsir yang merujuk
kepada Al-Quran, Sunnah dan pendapat para sahabat dan tabi`in untuk menjelaskan atau
menghuraikan maksud Al-Quran. Sehubungan dengan itu, tafsir daripada jenis ini hanya
berpegang kepada riwayat yang sahih iaitu penafsiran Al-Quran dengan Al-Quran sendiri
, atau mentafsirkan Al-Quran berpandukan hadis kerana fungsi hadis itu sendiri ialah
menerangkan serta menjelaskan isi kandungan Al-Quran, atau riwayat para sahabat yang
menafsirkan Al-Quran memandangkan golongan para sahabat merupakan golongan yang
paling mengetahui tentang Al-Quran al-karim ( Mohd Sukki Othman, 2009 )
Pada semester Januari 2011, tugasan HBQE3203 Ilmu Tafsir,

saya telah

ditugaskan untuk membuat satu kajian penulisan mengenai penggunaan kitab-kitab bi AlMa`thur di Ma`ahad Tahfiz atau di pusat-pusat pengajian agama di Malaysia. Bagi
tugasan kali ini amat mencabar sekali kerana kebanyakkan Maahad Tahfiz yang telah
dikunjungi tidak menawarkan pengajian tafsir ini. Bagi tugasan ini saya telah memilih
Pusat Pengajian Tahfiz dan Qiraat iaitu Maahad Al-Ihsaniah, (MANHAL HPA) yang
terletak di Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan Pulau Pinang.

HBQE3203

Pengajian Tafsir Bi Mathur ini ditawarkan dalam jurusan Diploma Usuluddin.


Program ini mendapat kelulusan MQA dan mendapat pengiktirafan daripada Universiti
Al Azhar Mesir , Maghribi dan Jordan.

2.

MUQARAR ATAU SUKATAN PENGAJIAN ILMU TAFSIR BI AL

MATHUR DI MAAHAD AL IHSANIAH ( MANHAL HPA)


Sukatan pengajian yang ditawarkan di Maahad ini menggunakan sukatan IKBA iaitu
Ikatan Kolej Berkembar Antarabangsa. Dalam pengajian Diploma Usuluddin di Maahad
ini menawarkan pengajian Ilmu Tafsir bi Mathur ini dalam dua semester iaitu semester
pertama menawarkan pengajian Tafsir al Tahlili dan kod pengajian ialah IKBA 2103.
Manakala semester kedua menawarkan Tafsir al Maudhu`i dan kod pengajian IKBA
2113 .
2.1 PENGAJIAN SEMESTER PERTAMA
IKBA 2103 Tafsir Al Tahlili

Tafsir Tahlili adalah kaedah mentafsirkan ayat-ayat suci Al-Quran secara analisa iaitu
ayat demi ayat secara berurutan , kemudian surah demi surah dari awal hingga akhir
dengan mengikut susunan mushaf Al-Quran.

Menerusi kaedah tafsir ini memberi

penekanan tentang penggunaan kosa kata, sarf, sejarah penurunan ayat atau asbabun
nuzul, hubungkait surah dengan surah sebelum dan hubungkait dengan surah selepasnya,
dan tidak ketinggalan pendapat-pendapat yang telah diberikan berkenaan dengan tafsiran
ayat-ayat tersebut, baik yang disampaikan oleh Nabi SAW, para sahabat, para tabiin
5

HBQE3203

maupun ahli tafsir lainnya.

Selain itu, unsur-unsur

balaghah, , menjelaskan isi-isi

penting yang dapat diambil dari ayat atau pengajaran ayat dan kesimpulan secara umum.

Pengajian Ilmu tafsir Al Tahlili di Maahad ini dijalankan seperti berikut :Semester

Pertama

Tempoh Pengajian :

14 Minggu

Jam kredit

3 jam seminggu selama 14 minggu

Tajuk Pengajian

Surah al Jin ayat 1 hingga ayat 28

Fokus Pengajian

i. Analisa ayat demi ayat meliputi satu surah Al Jin ayat 1-28
ii. Balaghah
iii. Tatabahasa ( Nahu ) dan Morfologi (Sarf )
iv. Kaedah Bahasa Arab ( uslub al Lughah )
v. Pengajaran daripada ayat atau isi isi penting dalam ayat.
Di antara objektif pengajian Ilmu Tafsir Al Tahlili ditawarkan dalam jurusan ini ialah :

Pelajar dapat memahami ayat-ayat Al Quran dari pelbagai sudut.

Memberi pendedahan kepada pelajar unsur-unsur istimewa dalam


pentafsiran Al Quran.

Pelajar dapat mengetahui bagaimana pengajaran Ilmu Tafsir Al


Tahlili dijalankan.
6

HBQE3203

Pembahagian Topik Surah Al Jin Mengikut Minggu


Minggu
1.

Tajuk
Pengenalan Surah al Jin

Masa

Asbabun Nuzul Surah al Jin


3 jam

Takrif Surah al Jin


2.

Kejadian Jin
Manusia memohon pertolongan jin
Hukum manusia memohon pertolongan jin

3 jam

Pendapat ulamak tentang perkara tersebut.


3.

Pengetahuan Jin adalah terhad


Hubungkait Surah dengan surah sebelum al Jin
Hubungkait surah selepas surah al Jin

- Surah Al

3 jam

Muzammil
4.

Sumber dan matlamat


Analisa surah al Jin ayat 1-3

3 jam

Perbincangan balaghah, nahu dan sarf


5.

Isi-isi penting ayat Al Quran tersebut.


Analisa surah al Jin ayat 4-5

3 jam

Perbincangan balaghah, nahu dan sarf


6.

Isi-isi penting ayat Al Quran tersebut.


Analisa surah al Jin ayat 6-7
Perbincangan balaghah, nahu dan sarf
7

3 jam

HBQE3203

7.

Isi-isi penting ayat Al Quran tersebut.


Analisa surah al Jin ayat 8-9

3 jam

Perbincangan balaghah, nahu dan sarf


8.

Isi-isi penting ayat Al Quran tersebut.


Analisa surah al Jin ayat 10-12

3 jam

Perbincangan balaghah, nahu dan sarf


9.

Isi-isi penting ayat Al Quran tersebut.


Analisa surah al Jin ayat 13-15

3 jam

Perbincangan balaghah, nahu dan sarf


10.

Isi-isi penting ayat Al Quran tersebut.


Analisa surah al Jin ayat 16-17

3 jam

Perbincangan balaghah, nahu dan sarf


11.

Isi-isi penting ayat Al Quran tersebut.


Analisa surah al Jin ayat 18-20

3 jam

Perbincangan balaghah, nahu dan sarf


12.

Isi-isi penting ayat Al Quran tersebut.


Analisa surah al Jin ayat 21-24

3 jam

Perbincangan balaghah, nahu dan sarf


13.

Isi-isi penting ayat Al Quran tersebut.


Analisa surah al Jin ayat 25-26
Perbincangan balaghah, nahu dan sarf

14.

3 jam

Isi-isi penting ayat Al Quran tersebut.


Analisa surah al Jin ayat 28-27
Perbincangan balaghah, nahu dan sarf
Isi-isi penting ayat Al Quran tersebut.

3 jam

HBQE3203

2.2 PENGAJIAN SEMESTER KEDUA ( 14 MINGGU )


IKBA 2113 Tafsir al- Maudhu`i
Tafsir al- Maudhu`i

ini adalah

penafsiran yang menjelaskan ayat-ayat al-Quran

mengenai sesuatu tema-tema tertentu di dalam al Quran, misalnya berkaitan Tauhid


Uluhiyyah, Tauhid Rububiyah, Ibadah , akhlak dan sebagainya. Dengan menggunakan
kaedah tafsir ini, al-Quran dapat dikupas daripada pelbagai keterangan dan aspek. Di
samping itu, kupasannya menjadi lebih menarik apabila membandingkannya dengan
keterangan dari pelbagai ilmu daripada tema yang sama sehingga sesuatu masalah atau
kefahaman ayat tersebut menjadi mudah dan jelas .
Pengajian Ilmu Tafsir Al Maudhu`i di Maahad ini dijalankan seperti berikut :Semester

Kedua

Tempoh Pengajian :

14 Minggu

Jam kredit

3 jam seminggu selama 14 minggu

Tajuk Pengajian

Tema-tema utama di dalam Al Quran

Fokus Pengajian

i. Taat dan Ingkar dalam Al Quran


ii. Tauhid Uluhiyyah
iii. Tauhid Rububiyah
iv. Ibadat dalam Al Quran
v. Akhlak dalam Al Quran
vi. Konsep Harta
vii. Ekonomi
viii. Wanita menurut Kacamata Al Quran
9

HBQE3203

ix. Konsep Masyarakat dalam Al Quran


x. Pengertian Jihad dalam Al Quran
Di antara objektif mata pelajaran tafsir ini diperkenalkan ialah : Pelajar memahami agar memahami ayat-ayat Al Quran dari pelbagai sudut.
Mendedahkan kepada pelajar unsur-unsur istimewa dalam pentafsiran Al Quran.
Mendedahkan kepada pelajar tentang tema-tema tertentu di dalam Al Quran.
Pembahagian Topik Tafsir al Maudhu`i Mengikut Minggu
Minggu
Tajuk
1
Takrif Tafsir Al Maudhu`i :

3.

Masa
3 jam

Perbezaan antara Tafsir Tahlili dan Maudhu`i


Kepentingan Tafsir Al Maudhu`i

3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

Hubungan dengan Tafsir Tahlili


Sumber Tafsir Al Maudhu`i
Tajuk atau Tema-tema Tafsir Al Maudhu`i
Tema : Taat dan Ingkar dalam Al Quran
Tauhid Uluhiyyah
Tauhid Rububiyah
Ibadat dalam Al Quran
Akhlak dalam Al Quran
Konsep Harta
Ekonomi
Wanita menurut Persepsi Al Quran
Konsep Masyarakat dalam Al Quran
Pengertian Jihad dalam Al Quran

3 jam
3 jam
3 jam
3 jam
3 jam
3 jam
3 jam
3 jam
3 jam
3 jam
3 jam
3 jam
3 jam

METODOLOGI DALAM PENGAJIAN ILMU TAFSIR

10

HBQE3203

Metodologi atau kaedah utama yang digunakan dalam pengajian kedua-dua ilmu tafsir ini
adalah kaedah kuliah, perbincangan, tasmik, halaqah.
3.1 KULIAH
Hampir 80% pengajian ilmu tafsir ini dijalankan secara kuliah. Memandangkan kitabkitab yang menjadikan rujukan pengajian ini adalah kebanyakkan adalah dalam Bahasa
Arab. Maka guru perlu memberi huraian, penjelasan,penerangan dan panduan kepada
pelajar agar dapat memahami dengan jelas apa yang dikehendaki dalam setiap topik.
Misalnya dalam Ilmu Tafsir Tahlili, selepas pelajar

membaca ayat-ayat yang akan

dipelajari, pelajar perlu memahami makna-makna yang terdapat di dalam ayat-ayat


tersebut secara umum. Justeru itu, guru akan memainkan peranan untuk menjelaskan
lebih lanjut tentang isi-isi penting agar difahami dengan jelas oleh para pelajar.
3.2 PERBINCANGAN
Selain daripada kaedah kuliah, kaedah perbincangan juga merupakan memainkan peranan
penting dalam pengajian ini. Selepas guru menyampaikan secara kuliah, setiap pelajar
dikehendaki mencari pentafsiran ayat-ayat al Quran daripada buku-buku tafsir daripada
pengarang yang berlainan, tetapi masih menggunakan kitab-kitab dalam lingkungan kitab
Bi Mathur. Misalnya kitab Tafsir al Kabir pengarangnya Muhammad bin Umar Ar Razi,
Tafsirul Quranil A`zim pengarangnya Ibn Kathir dan sebagainya.
Selepas itu, pelajar-pelajar akan membuat perbincangan dan membuat
perbandingan berdasarkan hasil dapatan yang mereka perolehi . Akhir sekali, kesimpulan
akan diambil berdasarkan hujah-hujah dari dapatan tafsir-tafsir yang mereka perolehi
bersandarkan kepada sanad yang kuat dan kukuh.
11

HBQE3203

3.3 TASMIK
Kaedah ini digunakan bagi mengetahui tahap penguasaan para pelajar dalam membaca
serta menyebut bacaan yang tertentu dalam al Quran mahupun ketika membaca kitabkitab Ilmu Tafsir ini. Dalam pengajian ilmu tafsir, sebelum pengajian dijalankan pelajar
akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat al Quran yang akan dipelajari. Misalnya dalam
pengajian Ilmu Tafsir Tahlili , pelajar akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat daripada
surah al Jin mengikut topik mingguan. Pelajar akan membaca secara kelas dan secara
individu. Semasa semua pelajar membaca guru akan mendengar dan membetulkan
bacaan begitu juga ketika salah seorang pelajar membaca , guru dan pelajar lain akan
mendengar dan akan membetulkan bacaan sekiranya terdapat kesalahan sebutan.
Dalam pengajian Imu Tafsir kebanyakkan kitab-kitab yang digunakan adalah
dalam bahasa arab. Justeru itu, setiap pelajar dikehendaki membacanya secara kuat agar
guru dan pelajar-pelajar dapat mendengar dan mengesan sekiranya terdapat kesalahan
sebutan. Kaedah tersebut amat baik sekali kerana ia dapat membantu para pelajar
memantapkan penguasaan di dalam bahasa arab.

3.4 HALAQAH
Apabila sesuatu pengajaran telah selesai, guru akan membahagikan pelajar kepada
kumpulan atau halaqah.
pembentangan.

Setiap halaqah akan diberikan tugasan tertentu untuk

Justeru itu pelajar-pelajar akan berbincang di dalam halaqah untuk

membincangkan tugasan yang diberikan.

Masing-masing
12

perlu membuat rujukan

HBQE3203

menggunakan kitab-kitab yang berbeza dan kemudiannya mereka akan membuat


perbincangan untuk mendapatkan hasil yang terbaik untuk pembentangan nanti.
Penilaian akan diberikan oleh guru berdasarkan isi pembentangan serta kerjasama
daripada kumpulan atau halaqah.

4.

KITAB- KITAB YANG DIGUNAKAN.

4.1 PENGAJIAN ILMU TAFSIR AL TAHLILI


Kitab-kitab yang digunakan di dalam pengajian ini adalah terdiri daripada kitab-kitab
utama dan kitab-kitab sampingan. Berikut adalah seperti :
Kitab-kitab Utama
i.

ii.

Nama Kitab

Tafsir al Quran al Azim

Nama pengarang

Ibn Kathir

Nama Kitab

Al Tafsir Al Kabir

Nama pengarang

Muhammad bin Umar Ar Razi

Kita-kitab Tambahan
i.

Nama Kitab

Al Mufradad Al Faz Al Quran

Nama pengarang

Ar Raghib Assafahani

13

HBQE3203

ii

iii

iv

Nama Kitab

Al Tafsir Al Munir

Nama pengarang

Wahbah Al Zuhaili

Nama Kitab

Al Kasyaf

Nama pengarang

Al Zamakhsyari

Nama Kitab

Al Tafsir Al Qurtubi

Nama pengarang

Al Qurtubi

Cara-cara Penggunaan Kitab-kitab Tafsir al Maudhu`i


Dalam pengajian ilmu tafsir al Tahlili, penggunaan kitab-kitab terbahagi kepada dua iaitu
kitab-kitab utama dan kitab-kitab sampingan. Rujukan adalah tertumpu kepada kitabkitab utama iaitu Tafsir al Quran al Azim karangan Ibn Kathir , Al Tafsir Al Kabir
pengarangnya Muhammad bin Umar Ar Razi

Setiap pelajar akan membuat rujukan berdasarkan kepada sukatan yang telah
ditetapkan. Kemudian para pelajar akan mengeluarkan pendapat-pendapat ilmu tafsir
berdasarkan kitab-kitab tersebut. Kemudian pelajar akan membuat perbandingan dan
mengambil pendapat bersandarkan kepada sanad yang kuat. Misalnya penggunaan kitab
Tafsir al Quran al Azim karangan Ibn Kathir, kitabnya berpegang kepada tafsir bi
Mathur. Di dalam kitab ini memberi penjelasan hadis-hadis yang jelas maknanya. Beliau
mengambil pendapat daripada para sahabat dan tabie`.

14

HBQE3203

Penggunaan kitab-kitab tersebut adalah tertumpu kepada kaedah mentafsirkan


surah Al Jin ayat 1 sehingga ayat 28 secara analisa ayat demi ayat. Selain itu juga,
rujukan adalah berfokus kepada pengenalan Surah al Jin, sebab-sebab penurunan Surah al
Jin, hubungkait surah al Jin dengan surah sebelumnya dan surah selepasnya iaitu surah al
Muzammil.
Penggunaan kitab-kitab tersebut adalah mendasari tafsiran ayat-ayat surah al Jin
secara analisa iaitu secara berurutan ayat demi ayat , bermula ayat 1 hingga ayat 28 .
Selain daripada itu, rujukan kitab-kitab tersebut adalah tertumpu kepada penekanan
penggunaan balaghah, nahu, sarf sesuatu ayat dalam surah al Jin. Uslub al Lughah juga
adalah di antara unsur penting dalam pengajian ilmu tafsir al Tahlili. Para pelajar akan
menggunakan kitab-kitab tersebut untuk mengetahui kenapa kalimah-kalimah atau lafazlafaz tertentu dalam surah al Jin menggunakan lafaz tersebut. Penggunaan kitab al
Mufradad al Faz al Quran karangan Ar Raghib As Safahani, memberikan penjelasan
tentang lafaz al Quran dan penjelasan terhadap perkataan tertentu. Begitu juga,
penggunaan kitab-kitab tersebut juga adalah untuk mengetahui pengajaran ayat atau isiisi penting yang terdapat di dalam surah tersebut.
4.2 PENGAJIAN ILMU TAFSIR AL MAUDHU`I
Berikut adalah diantara kitab-kitab yang digunakan dalam pengajian ini. Diantara ialah
seperti berikut.
Kitab-kitab utama
i.

Nama Kitab
Nama pengarang

:
:

Mabahith fil tafsir Al Maudhu`i

Mustaffa Muslim
15

HBQE3203

ii.

iii.

Nama Kitab

Al Tafsir Surah Hud as

Nama pengarang

Abdul Wahab Abdul `Athi

Nama Kitab
Nama pengarang

:
:

Al Tafsir Al Kabir( )

Muhammad bin Umar Ar Razi

Kitab-kitab Tambahan
i.

ii

iii

iv

Nama Kitab

Tafsir Surah Al Tahrim

Nama pengarang

Muhammad Ali Al Hijazi

Nama Kitab

Al Tafsir Al Munir

Nama pengarang

Wahbah Al Zuhaili

Nama Kitab

Al Kasyaf ()

Nama pengarang

Al Zamakhsyari

Nama Kitab

Al Jami` Li Ahkam Al Quran

Nama pengarang

Al Qurtubi

Cara-cara Penggunaan Kitab-kitab Al Maudhu`i


Kitab-kitab yang digunakan dalam pengajian ilmu tafsir al Maudhu`i adalah merujuk
kepada perbahasan ilmu tafsir al Mauhu`i itu sendiri dan juga perbezaan di antara tafsir al
16

HBQE3203

Tahlili. Fokus utama pengajian ilmu tafsir ini ialah berkaitan topik-topik atau tema-tema
yang terdapat di dalam al Quran . Di antara topik-topik atau tema-tema telah ditentukan
dalam pengajian jurusan ini seperti Taat dan Ingkar , Tauhid Uluhiyyah, Tauhid
Rububiyah, Ibadat , Akhlak, Konsep Harta, Ekonomi, Wanita menurut Kacamata Al
Quran , Konsep Masyarakat dan pengertian Jihad dalam Al Quran.
Para pelajar perlu membuat rujukan yang berbeza daripada kitab-kitab tersebut
dengan mengumpulkan ayat-ayat al Quran mengikut topik-topik atau tema-tema yang
sama. Kemudian membahaskan topik-topik atau tema-tema tersebut dengan membuat
rujukan kepada sebab-sebab penurunannya serta membuat penjelasan-penjelasan serta
hubungan dengan ayat serta mengeluarkan hukum-hukum yang terdapat di dalam kitab
kitab tersebut. Pelajar akan membuat perbandingan hasil-hasil dapatan antara kitab-kitab
yang digunakan oleh mereka. Akhir sekali mereka akan membuat kesimpulan
berdasarkan pendapat-pendapat sanad yang kuat atau rajih.

5.

CADANGAN KAEDAH DAN DISIPLIN MEMPELAJARI ILMU TAFSIR

Pengajian Ilmu Tafsir adalah sesuatu yang baru di kalangan umat Islam di Malaysia.
Pengajian ini hanya dikenali khususnya kepada pelajar aliran agama di sekolah-sekolah
agama atau pun di Pusat-pusat Pengajian Tinggi Agama. Ilmu yang berkaitan tafsir perlu
diperluaskan lagi di kalangan masyarakat agar ilmu ini dapat dipelajari dan difahami
dengan jelas menerusi kaedah atau cara yang betul..
Di antara cadangan saya, mengenai kaedah dan disiplin mempelajari ilmu tafsir
supaya ilmu tafsir bi Ma-`thur dapat dipelajari oleh semua lapisan masyarakat ialah
pertama memberikan penjelasan atau penerangan kepada umat islam tentang
17

HBQE3203

kepentingan mempelajari ilmu tafsir bi Ma-`thur ini di masjid-masjid serta

perlu

mewujudkan kelas-kelas pengajian ilmu tafsir pada hari-hari tertentu di masjid. Hal ini
penting agar masyarakat dapat lebih memahami makna-makna al-Quran dan tafsirannya
dengan lebih tepat dan sempurna . Selain itu , untuk mengelakkan seseorang dari
memahami ayat dengan cara yang salah atau menyeleweng dari maksud yang sebenar.
Dengan itu. masyarakat dapat mengenali dan memahami lebih lanjut tentang betapa
pentingnya ilmu tafsir dalam kehidupan seharian.
Selain itu dalam pengajan ilmu tafsir perlu memberi penekanan kepada isu-isu
semasa supaya permasalahan dapat dikupas dan ditangani dengan menggunakan tafsir bi
Mat`hur. Contohnya isu-isu bunuh diri , sumbang mahram, berzina , keruntuhan akhlak di
kalangan remaja dapat dibedung dan diatasi sekiranya masyarakat memahami dan
menghayati serta mengambil hukum yang terkandung di dalamnya.
Kebanyakkan kitab-kitab ilmu Tafsir bi Ma-thur adalah di dalam bahasa arab.
Bagi memahami dan menghayati ilmu tafsir di kalangan masyarakat lebih mendalam,
perlu dimantapkan kitab-kitab klasik seperti Tafsir al Quran al Azim, Al Tafsir Al Kabir
dan sebagainya dengan menterjemahkan ke dalam bahasa melayu. Justeru itu, dapat
membantu para guru-guru agama , imam menggunakannya sebagai bahan rujukan serta
menggunakannya dalam pengajian ilmu tafsir di masjid-masjid. Masyarakat juga dapat
menggunakan kitab-kitab tersebut sebagai rujukan dan juga bahan bacaan.
Pengajian ilmu tafsir khususnya bi Mathur perlu diperluaskan dengan
memperkenalkan subjek-subjek yang berkaitan ilmu tafsir atau memasukkan pengajian
ilmu tafsir di dalam sukatan di sekolah-sekolah . Selain itu juga, pengajian ilmu tafsir ini
juga perlu diperkembangkan dalam bidang pengajian lain selain aliran agama seperti
jurusan sains, sastera, kemasyarakatan dan sebagainya di pusat-pusat pengajian tinggi.
Apabila ilmu tafsir ini dipelajari lebih awal iaitu semasa di sekolah atau di pusat
18

HBQE3203

pengajian tinggi , sekurang-kurang dapat membantu mereka memahami ayat-ayat al


quran dengan betul dan mendalam.
Selain daripada itu, dalam pengajian ilmu tafsir amat penting mempelajari dan
mengenali tokoh-tokoh ilmu tafsir ( Mufassirin ) serta kitab-kitab tafsiran mereka.
Perkara amat perlu, bagi mengetahui pendapat-pendapat serta idea-idea mereka dalam
mentafsikan al Quran yang bertunjangkan kepada tafsiran berdasarkan al Quran, sunnah,
para sahabat dan Tabi`e. Di antara tokoh-tokoh terkenal dalam bidang ilmu tafsir bi
Ma`thur ialah Ibn Kathir kitabnya Tafsir al Quran al Azim, Ibn Jarir al Tabari kitabnya
Jami`u al bayan fi tafsir al Quran dan sebagainya. Menjadi satu kerugian jika kita tidak
mengetahui sedikit sebanyak tentang kehebatan tokoh-tokoh ilmu tafsir ini dan
kepentingan kitab-kitab agung mereka.

6. PENUTUP
Kesimpulannya mempelajari ilmu tafsir terutamanya tafsir bi Ma`thur di kalangan
masyarakat amatlah penting agar memenuhi tuntutan fardhu ain agar dapat diamalkan
serta dihayati oleh segenap lapisan masyarakat. Diharapkan dengan pendedahan
pengajian ilmu tafsir di kalangan masyarakat dapat membantu mereka mengetahui dan
memahami sedikit sebanyak tentang tafsiran maksud yang terdapat di dalam al Quran
hendaklah diambil daripada sumber-sumber yang sahih iaitu sumber al Quran itu sendiri
As Sunnah, pendapat para sahabat dan Tabie. Sehubungan dengan itu dapat mengelak
masyarakat terpengaruh dengan tafsiran suatu kumpulan yang boleh membawa kepada
penyelewengan dan menyebabkan akidah seseorang itu terpesong daripada ajaran Islam.

19

HBQE3203

JUMLAH PERKATAAN : 3152 PERKATAAN

RUJUKAN
Dr Fauzi Deraman & Mustaffa Abdullah ( 2001). Pengantar Usul Tafsir. Akademi
Pengajian Islam UM & Intel Multimedia and Publication.
Drs. H.A. Hafizah Dasuki, M.A. (2006). Ensiklopedia Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Dr.Muhammad Husain al-Zahbi ( 1995 ). al-Tafsir wa al-Mufassirun, Maktabah
Wahbah, Kaherah,
Manna' al-Qattan. ( 1992 ) Mabahith fi 'Ulum al-Quran. Riyadh : Maktabah al Maa`rif Li
al Nasyr wa al Tauzi .
Mohd Sukki Othman ( 2009). HBQE3203 Ilmu Tafsir : Open University Malaysia
( OUM)

http://kalamkhalifah.blogspot.com/2010/03/kenapa-tafsir-ibnu-kathir.html
http://mytafsirquran.wordpress.com/2009/03/14/bab-4-tafsir-al-quran-bi-al-ma
%E2%80%99thur/

20

HBQE3203

21

HBQE3203

MUQARRAR TAFSIR AL-TAHLILI DI MAAHAD IHSANIAH

22

HBQE3203

23

HBQE3203

24

HBQE3203

25

HBQE3203

26

HBQE3203

MUQARRAR TAFSIR AL-MAUDHUIE DI MAAHAD


IHSANIAH

27

HBQE3203

28

HBQE3203

KITAB- KITAB YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJIAN ILMU TAFSIR


DI MAAHAD TAHFIZ IHSANIAH

29

HBQE3203

GAMBAR SEKITAR DI MAAHAD TAHFIZ IHSANIAH

d/a Sekolah Kebangsaan Relau ( Kedah )


14200 Sg Bakap,
30

HBQE3203

Seberang Prai Selatan.


(______________________________________________________________________
Tarikh : 8hb Februari 2011
Encik Wan Amali Fakhri Bin Muhammad,
Bahagian HEA,
Maahad Ihsaniah ,Bukit Tambun,
Seberang Prai Selatan.
Tuan,
KAJIAN PENULISAN PENGGUNAAN KITAB BI AL MA`THUR DI MANHAL
IHSANIAH
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2.

Saya dan tujuh rakan pelajar dari jurusan Pendidikan Islam Universiti

Terbuka Malaysia ( Open University ) , berminat untuk mengadakan kajian tersebut bagi
melengkapkan tugasan Ilmiah kami bagi Semester Januari 2011. ( Senarai nama , lihat
lampiran )
3.

Sehubungan dengan itu, pihak kami bercadang untuk mengadakan sesi

temubual dengan pihak tuan pada ketetapan berikut :

Tarikh

: 11hb Februari 2011

Hari

: Jumaat

Masa

: 3.00 petang.

Bagi memudahkan sesi ini, dilampirkan maklumat yang diperlukan.

31

HBQE3203

4.

Besar harapan kami, agar pihak tuan tidak keberatan untuk meluangkan masa

bagi memberikan input-input yang berkaitan dengan kajian ini.


Sekian, terima kasih.
Saya yang benar,
FAIZAH BT SALEH

PESERTA KAJIAN
BIL

NAMA

JURUSAN

1.

PUAN FAIZAH BT SALEH

PENDIDIKAN ISLAM

2.

PUAN SITI ZAITUN BT AHMAD

PENDIDIKAN ISLAM

3.

PUAN NURULHUDA BT HASSAN

PENDIDIKAN ISLAM

PUAN BASERIAH BT ALI

PUAN FARIDAH BT ADNAN

PUAN YUSNI

PUAN SHARIZA BT AWANG

PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN ISLAM
PENDIDIKAN ISLAM

32

HBQE3203

33

HBQE3203

34

Anda mungkin juga menyukai