Anda di halaman 1dari 4

FAKTOR PENGERAKAN EKSPEDISI KE UTARA Pengaruh Chiang Kai Shek Dalam pengerakan espedisi ke Utara yang dilancarkan pada

9 julai 1926 Chiang Kai Shek telah dilantik sebagai ketua angkatan tentera Kuomintang dimana angkatanya bermula dilembah Yangtze dan diberi sambutan hangat diberikan kepada mereka.1 Ekspedisi ini telah mencapai kejayaan yang sangat cemerlang kerana tentera Chiang berjaya menewaskan tentera panglima perang Wu Pei Fu, Sun Chuan Fang, Chang Chun Chang, Chang Tso Lin. Kejayaan Chiang Kai Shek menawan bandar-bandar penting di kawasan tengah China seperti Wuchang, Changsha, Yoochow, Tsunyang, dan Wuhan.2 Hal ini telah menambahkan semangat dan keyakinan Chiang untuk terus berjuang bagi menghapuskan pengaruh komunis. Keadaan sedemikian ditambah pula dengan sokongan teguh golongan kanan yang berdiri di belakangnya dan beberapa pemimpin berhaluan kiri yang mulanya menentang beliau telah memberi sokongan kepadanya. Contohnya Jeneral Tang Sheng Shih yang merupakan tentera Wu Pei Fu telah menyertai Komuitang. Kejatuhan Wuchang pada September 1926 membawa kekalahan yang teruk kepada Wu Pei Fu.3 Pada tahun 1928 selepas Chiang telah menyusun semula angkatanya dan kedudukan angkatan tenteranya menjadi semakin kukuh apabila ramai hulubalang telah menyertainya.4 Angkatan kali ini telah mara didalam dua kelompok iatu dibawah pimpinan Yen Hsi Shan iatu gabenor Shenshi yang telah menyertai Kuomintang yang bergerak dari Hanow dan menuju ke Peking. Manakala kelompok kedua pula yang dipimpin oleh Chiang sendiri bergerak ke Peking melalui Tsinan tetapi angkatan Chiang telah ditahan kerana Chang Tso Lin telah terbunuh. Pembunuhan Chang Tso Lin adalah rancangan dari tentera Jepun untuk mengambil semula kuasa mereka di Machuria.5 Sementara itu, Chang Hsuen Liang iatu anak kepada Chang Tso Lin telah menyingkirkan Chang agar menjauhkan diri dari pemimpin Kuomintang tetapi Chang begitu marah kepada jepun terhadap apa yang dilakukan keatas ayahnya sehingga beliau telah secara terang-terangan menentang Jepun dan dengan rasmi telah mengiktirafkan

Ghazali Basri (1978). Sejarah China dan Jepun: Joginder Singh Jessy. Kuala Lumpur: Academe Art & printing services Sdn. Bhd. hlm. 248. 2 Wolfram Eberhard (1977). A History of China. Berkeley and Los Angeles: University of California Press. hlm. 320. 3 Ibid, hlm 321 4 Ibid, 5 Wolfram Eberhard (1977). A History of China. hlm. 326.

kerajaan nasionalis.6 Pada Oktober 1928 Chang telah diterima sebagai ahli Kuomintang dan beliau diberi tempat didalam majlis negeri kerajaan Nanking. Pada penghujung tahun bendera nasionalis telah berkibar dengan megahnya di Mukden. Hal ini menunjukkan seluruh negeri telah disatukan dibawah pemerintahan Kuomintang yang diketuai oleh Chiang Kai Shek dan ibu negaranya adalah Nangking. Manakala Peking atau ibu Negara di Utara dinamakan sebagai Peiping iatu Keamanan di Utara. 7

Ancaman Komunis terhadap KMT Pada awalnya terjalinnya kerjasama yang erat diantara Kuomintang dan Russia pada pemerintahan Dr Sun Yat Sen. Melalui kerjasama ini pihak Russia telah menggurkan segala konsesi di China dan juga telah menghantar penasihat-penasihat ke Canton untuk membantu menyusun semula parti Kuomintang.8 Disamping itu akademi tentera juga telah ditubuhkan di whampoa untuk diberikan latihan kepada pemimpin politik dan tentera tetapi perhubungan persahabatan ini telah berubah setelah kematian Dr Sun Yat Sen pada bulan mac 1925.9 Hal ini menyebabkan parti Kuomintang telah berpecah kepada dua iatu golongan kiri dan golongan kanan, golongan kiri adalah penyokong gerakan komunis dan golongan kanan pula adalah penyokong Chiang Kai Shek. Kebencian Chiang kepada golongan komunis semakin memuncak apabila golongan komunis bertindak menentang dan cuba menyingkirkan Chiang dari golongan kanan daripada pakatan bersama. Kegiatan komunis dalam usaha menyingkirkan Chiang dan golongan kanan giat dijalankan di beberapa buah bandar seperti Wuhan, Hupeh, Hunan dan Kiangsi.10 Atas pertimbangan tersebut Chiang merasakan kerjasama antara KMT dan PKC perlu ditamatkan. Pada tahun 1927 telah mengambil keputusan untuk memisahkan partinya daripada puak komunis. Sebagai tindakan Chiang adalah bertindak membunuh ramai pengikut komunis di Shanghai 12 April 1927 yang dikenali peristiwa white terror.11 Chiang kai shek juga telah mengeluarkan arahan kepada semua jeneralnya untuk menghapuskan pengaruh komunis. Contoh di Canton iatu jeneral Tang Yin Hua dengan mengeluarkan pengistiharan untuk

6 7

Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. Kuala Lumpur: University Malaya. hlm 139. Wolfram Eberhard (1977). A History of China. hlm. 326. 8 Suffian Mansor (2003). Tamadun China. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 187. 9 Wolfram Eberhard (1977). A History of China. hlm. 324. 10 ibid 11 Suffian Mansor (2009). Sejarah China Moden. hlm. 137.

menangkap semua pengikut komunis. Tindakan yang sama turut dijalankan oleh Chiang di beberapa buah bandar lain seperti di Nangking, Hancow, Canton dan Foochow. 12 Hal ini sekaligus memberi tekanan kepada PKC dengan melancarkan gerakan untuk menumbangkan Chiang Kai Shek. Contohnya, golongan komunis mula melancar strategi bagi melancarkan pergerakan bawah tanah. Salah seorang yang terlibat dalam pergerakan tersebut ialah Soon Ching Ling iaitu balu kepada Dr Sun Yat Sen.

Sokongan dari pengaruh Asing Dalam usaha untuk merampas Nanking, askar Hulubalang telah membunuh beberapa orang asing dan sebahagian daripada mereka dapat melarikan diri. Chiang Kai Shek, Li Zongren dan ketua KMT yang lain dapat mengesan bahaya kuasa asing sekiranya mereka campurtangan dan bertapak di Wuhan.13 Hal ini akan menimbulkan masalah kekacauan di Bandar-bandar besar. Ekoran daripada itu pada 12 april 1927 parti Kuomintang telah menyingkirkan semua komunis dalam partinya bermula di Shangai.14 Tindakan ini dilakukan Chiang Kai Shek mengarahkan puak-puak Wuhan supaya menhapuskan penasihat soviet dan mengusir keluar komunis dari puak tersebut. Perkara ini adalah untuk melindungi KMT daripada pengaruh komunis dan kedudukan KMT di Canton. Hal ini memperlihatkan Chiang sangat meragui Rusia dan menggangap kedatangan Rusia adalah untuk mengembangkan pengaruh komunisnya.15 Manakala di Hankow pula keadaan telah berubah dimana penasihat dari Soviet dan penyokong komunis tempatan telah mengemukakan beberapa langkah pemulihan tanah dan menghakmilikkan kilang-kilang di Hankow.16 Salah seorang agen-agen Comintern telah mengemukakan kepada pemimpin Kuomintang sepucuk telegram dan stelin telah menggesa puak kiri dalam Kuomintang agar mengikut dasar Russia. Hal ini telah mendatangkan kemarahan kepda pemimpin hankow dan mengarahkan penasihat Rusia balik ke negeri

12 13

Ibid, Jonathan Fendy (2003). Generalissimo Chiang Kai Shek and the China He Lost, London: The Free Press. hlm 150. 14 Ibid, 15 Jonathan Fendy (2003). Generalissimo Chiang Kai Shek and the China He Lost. hlm. 151 16 Ghazali Basri (1978). Sejarah China dan Jepun: Joginder Singh Jessy, hlm. 251.

mereka dan rundingan Chiang dengan mereka telah diadakan. Pada tahun 1927 kerajaan nasionalis China di Nangking berada ditangan Chiang Kai Shek.17

Sekitar tahun 1930 hingga 1934, keselamatan Soviet ini adalah tidak menentu.18 Hal ini kerana chiang kai shek telah melancarkan lima gerakan perkepungan dan penghapusan keatas komunis di kiangsi.19 Empat kempen awal berlasung dari 19 disember hingga 29 april 1933 telah berjaya dipatahkan oleh pihak komunis. Kegagalan ini tela memberi keutungan kepada komunis untuk merampas beribu-ribu senjata daripada tentera KMT dan menahan beribu tentera KMT. Pihak KMT telah melakukan kempen kelima iatu dengan meminta batuan daripada penasihat tentera Jerman iatu jeneral Hans Von Seeckt yang telah membawa seramai 700,000 tentera untuk mengepung kedudukan komunis.20 Hal ini telah membawa kejayaan kepada KMT dalam menawan kubu komunis. Akhirnya Moa Tze Tung mengambil keputusan pada oktober 1934 untuk berundur dan mencari pengkalan tentera merah yang baru di bahagian barat laut.

17 18

Wolfram Eberhard (1977). A History of China. hlm. 326. Allen S. Whiting (1968). Soviet Policies in China 1917-1924, Stanford: Stanford University Press. hlm. 96 19 . Ibid, 20 Ibid,

Anda mungkin juga menyukai