Anda di halaman 1dari 10

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S


1 PENGENALAN 2

2 ALAT ARAS JITU OPTIK 3

3 LEICA NA2 / NAK2 3

4 PL1S PRECISE TILTING LEVEL 4

5 ALAT ARAS JITU DIGITAL 5

6 SOKKIA POWERLEVEL SDL30 5

7 TOPCON ELECTRONIC DIGITAL LEVEL DL-101C/102C 6

8 KELEBIHAN SERTA KEKURANGAN ALAT 7

9 KESIMPULAN 8
10 RUJUKAN 9
PENGENALAN

Ukur aras jitu merupakan satu pengukuran yang melibatkan jarak yang jauh,
kejituan yang lebih tinggi dan alat yang lebih sensitif. Alat aras jitu tidak sama
dengan alat aras kejuruteraan dari segi cara ia beroperasi, kejituan yang tinggi
dan sebagainya. Pada masa kini, kebanyakkan alat yang berkejituan tinggi di
cipta untuk meningkatkan lagi mutu kerja dan memudahkan kerja serta
menjimatkan masa dan kos. Alat-alat ini dikeluarkan dari berlainan kilang atau
syarikat yang mencipta alat sejajar dengan perkembangan teknologi dunia.
Terdapat berbagai ciri-ciri alat serta kejituan yang boleh dicapai dan aplikasinya
melalui beberapa jenis alat aras jitu optik dan alat aras jitu digital.
ALAT ARAS JITU OPTIK
Leica NA2 / NAK2

Alat aras ini amat sesuai untuk kerja-kerja pengukuran yang memerlukan
kejituan yang tinggi. Ini kerana alat aras boleh membuat pembesaran imej
melalui tombol yang berada ditepinya. Ia juga boleh memfokus dengan tepat
dan mengukur ke kanan dan ke kiri. Alat ini merupakan alat aras yang paling
sesuai digunakan dalam ukur deformasi dan ukur industri. Leica NAK2
dilengkapi dengan bulatan kaca dalaman untuk membaca sudut mendatar.
Untuk meningkatkan ketepatan plat selari mikrometer boleh membaca
sehingga 0.1mm dan membuat bacaan anggaran sehingga 0.01mm.
Digabungkan dengan stadia pengiraan jarak daripada bacaan-bacaan
dengan alat NAK2 bergerak dalam bulatan menambah manfaat supaya kerja
ukur berjalan lancar.

Technical Data NA2 / NAK2


Ketepatan 0.7 mm (dependent on staff, technique)
0.3 mm (with parallel-plate micrometer)
Pembesaran standard: 32x
FOK73 eyepiece (optional): 40x
Jarak pemfokusan paling 1.6 m
pendek
Pemampas menyediakan 0.3''
ketepatan

PL1S Precise Tilting level


Alat aras ini sangat sesuai digunakan untuk kerja-kerja ukur aras dalam projek
industri pembinaan. Disamping itu alat ini sesuai untuk kerja-kerja ukur aras bagi
kawasan yang luas dan beralun. Walaupun alat ini kelihatan berat, namun alat ini
mudah untuk dikendalikan disamping memberikan kejituan yang amat tinggi
sewaktu kerja pengukuran dijalankan. Alat aras ini juga tahan lasak dimana alat
ini mampu menahan sebarang gegaran dan tidak boleh dipengaruhi oleh
kelembapan udara.

Spesifikasi alat:

Telescope PL1S
Image Erect
Magnification 42x
Resolving Power 2” of arc
Field of View 1° 10'
(2.0 ft. @ 100 ft.)
Minimum Focus 1 ft. (0.1m)
Stadia Ratio 1:100
Setting Accuracy n/a
Range 001 in.
Standard Deviation 3.5' / 2mm
w/ micrometer
Sensitivity 3.5' / 2mm
ALAT ARAS JITU DIGITAL
Sokkia POWERLEVEL SDL30

Alat aras ini merupakan alat yang sesuai bagi kerja pengukuran yang cepat dan
mudah. Alat ini telah melalui satu ujian padang dan menghasilkan ketepatan
yang sangat jitu. Alat ini adalah alat aras digital yang mempunyai memori dalam
“intel memory” yang besar. Ia hanya perlu memulaskan tombol fokus dan
menekan satu butang untuk mengambil ketinggian titik dengan menggunakan
staf RAB – Code.Nilai ketinggian akan terus dipaparkan secara digital pada
paparan LCD dan boleh merekodkan bacaan tersebut pada memori dalam alat.
Alat ini boleh digunakan didalam bangunan atau terowong. Ia juga mampu
membuat pengukuran walaupun hanya bercahayakan lampu suluh. Alat ini
direka untuk kekal stabil dalam keadaan seperti gelap, terang, panas dan
getaran yang kuat. Terdapat empat mode pengukuran iaitu Single, Repeat, Ave.
dan Track. Alat-alat aras digitak yang baru agak tinggi tapi ianya amat berguna
kerana mudah dan kerja dilakukan amat cepat.

Spesifikasi alat:

SDL30M Quick Specs


Telescope
Image Erect
Magnification 32x
Resolving Power 3” of arc
Field of View 1º20'
Minimum Focus 4.9 ft. (1.5m)
Stadia Ratio 1:100
Compensator
Setting Accuracy ±0.3"
Range ±15'
Leveling Accuracy (in 1.0 km (1 mile) of double-run leveling)
Standard Deviation ±0.8mm / 1.0mm
Level Vial (circular)
Sensitivity 10' / 2mm
Internal Data Storage
Storage Capacity 2000 points
Topcon Electronic Digital Level DL-101C/102C

Alat aras ini merupakan model yang mampu memberikan ketepatan pada tahap
yang tinggi dan mudah dikendalikan. Beberapa spesifikasi yang terbaik
memberikan keupayaan kepada alat ini untuk mengaplikasikan kegunaan untuk
kerja ukur aras dan deformasi. Ia merupakan suatu pengukuran automatik yang
lebih cepat apabila menggunakannya serta unik dan bercorak. Ketinggian dan
jarak boleh ditentukan secara automatik dan tidak perlu untuk membuat satu
bacaan yang optikalMerupakan alat yang tahan lasak dan kalis air. Ia
menggunakan staf yang mempunyai bar kod di atasnya. Jarak dapat
dipamerkan pada skrin LCD selepas membuat bacaan pada staf secara
automatik.

Spesifikasi alat:

Model DL-101C DL-102C


Telescope
Magnification 32× 30×
Objective Aperture 45mm
Field of View 1°20′
Resolving power 3″
Compensator
Working Range ±12′ ±15′
Setting Accuracy ±0.3″ ±0.5″
Height Measurement
Accuracy (Standard deviation for 1km double-run levelling)
Electronic reading 0.4mm w/Invar staff 1.0mm w/Fiberglass staff
Least Count 0.1mm / 0.01mm 1mm / 0.1mm
(0.001ft / 0.0001ft) (0.01ft / 0.001ft)
Display 2-line, 8-digit per line.
Dot matrix LCD with backlight
Ambient Temperature -20°C to +50°C [-4°F to +122°F]
Range
Dimensions 237 × 196 × 141mm
[9.33 × 7.72 × 5.55inch]
Weight 2.8kg[6.16 lbs] (including on-board battery)
Data Card PC card based on PCMCIA (SRAM: 64K to 2M byte)
KELEBIHAN SERTA KEKURANGAN ALAT

Kelebihan Serta Kekurangan Alat Aras Optik


• Tidak terlalu sensitif
• Plat selari mikrometer boleh dicabut dan perlu diletakkan terlebih
dahulu jika memerlukan bacaan yang berkejituan.
• Risiko kesilapan membaca boleh terjadi kerana pencerap perlu melihat
dan membaca senggatan pada staf dan plat mikrometer selari
• Cerapan perlu direkodkan dalam buku kerja aras
• Berat dan kompleks
• Alat lama
• Tidak menggunakan kuasa bateri
• Jarak antara staf dan alat perlu dikira melalui stadia
• Staf adalah dari jenis yang bersenggat

Kelebihan Serta Kekurangan Alat Aras Elektronik/Digital

• Amat sensitif walaupun keadaan cuaca yang tidak terlalu panas.


• Plat selari mikrometer tidak kelihatan kerana kesemua bacaan dalam
bentuk digital
• Risiko kesilapan membaca dapat dielakkan kerana pencerap hanya
perlu melihat staf dan menekan kekunci bagi mendapatkan bacaan.
• Cerapan direkodkan terus kedalam memori
• Ringan dan ringkas
• Alat baru dan mahal
• Menggunakan bateri
• Jarak antara staf dan alat dapat diberikan secara automatik
• Staf yang mempunyai kod bar di atasnya
KESIMPULAN
Alat aras digital merupakan alat aras yang sesuai digunakan untuk
pengukuran yang memerlukan kejituan yang tinggi , memerlukan data yang
cepat, tepat dan jitu. Banyak alat aras digital yang telah dipasarkan diseluruh
dunia dan kebanyakkannya menepati citarasa setiap jurukur yang
menggunakannya disebabkan oleh kelebihan serta ketepatan alat tersebut.
Kebanyakan alat didapati telah direka untuk tahan lasak agar dapat digunakan
secara terus menerus dan memanjangkan jangka hayat alat tersebut. Walaupun
alat aras digital ini mempunyai kemampuan yang amat menakjubkan,pelbagai
kelebihan dan kekurangan dapat dikenalpasti antara alat aras jitu optik dan alat
aras jitu digital yang mana tidak semua alat dicipta dengan sempurna.
RUJUKAN

WESTLAKE CONSULTANT
http://www.westlakeconsultants.com/index.php

LEICA
http://www.leica-geosystems.com/corporate/en/products/lgs_885.htm

TOPCON
http://www.topcon.com.sg/survey/index.html

SOKKIA
http://www.sokkiacanada.com/sokkia_oceania.htm
POLITEKNIK UNGKU OMAR
JABATAN KEJURUTERAAN AWAM

DIPLOMA UKUR TANAH

GEODESI 2 (C5349)

TUGASAN 1

UKUR ARAS JITU

NAMA : AZMIR B OTHMAN

NO PEND : 01PUT07F2019

NAMA PENSYARAH : EN MD ISA B SELAIMAN

TARIKH HANTAR : 06 OGOS 2008