Anda di halaman 1dari 6

PERATURAN UNTUK MENULIS PERSAMAAN KIMIA

1. Meramalkan hasil tindak balas eg, Asid + Alkali -> Garam + air maka, asid sulfurik cair (asid) + natrium hidroksida (alkali) -> natrium sulfat (garam) + air Sekiranya anda tidak ada pengetahuan langsung tentang sesuatu tindak balas, maka adalah tidak mungkin untuk meramalkan apakah hasil tindak balas itu. Seterusnya anda tidak dapat menulis persamaan kimia tindak balas tersebut. 2. Menulis formula yang betul (a) Setiap unsur, molekul, sebatian atau ion mempunyai formula yang tersendiri. Formula tersebut adalah tetap dan tidak boleh diubah. Eg, formula bagi natrium hidroksida ialah NaOH, maka anda tidak boleh menulis formulanya sebagai NaH, NaOOH, Na(OH)2 dan sebagainya. Anda perlu menghafalkan formula bagi beberapa unsur, molekul dan ion yang umum. (b) Formula bagi sebatian ionik Jumlah cas dalam formula bagi sesuatu sebatian ionik adalah neutral. Jadi kita boleh menentukan formula bagi sesuatu sebatian ionik, misalnya magnesium klorida, seperti berikut. Magnesium klorida Mg2+ Cl- <----- Tuliskan formula bagi setiap ion. 1 2 Tuliskan bilangan cas secara bersilang MgCl2<----------- Jadi formula tersebut terdiri daripada 1 ion Mg2+ dan 2 ion Cl- . Perhatian : Nombor yang mewakili bilangan ion ditulis pada sebela h kanan, di bahagian bawah ion tersebut. Nombor 1 tidak perlu dituliskan. Misalnya, Na2 SO4 (2 ion natrium dan 1 ion sulfat) Al2O3 (2 ion Aluminium dan 3 ion oksigen) Ba(OH)2 (1 ion barium dan 2 ion hidroksida) 3. Menulis persamaan kimia yang seimbang. asid sulfurik + natrium hidroksida -> natrium sulfat + air H2SO4 + NaOH -> Na2SO4 + H2O Persamaan tadi belum lengkap. Suatu persamaan mesti seimbang, iaitu jumlah atom setiap unsur di sebelah kiri mesti sama dengan yang di sebelah kanan. H2SO4 + NaOH -> Na2SO4 + H2O (kiri =1 Na) (kanan = 2 Na) Tidak seimbang Jadi, tambahkan 2 di depan NaOH supaya bilangan Na sama dengan bilangan Na di sebelah kanan dan semak bilangan atom bagi setiap unsur semula. H2SO4 + 2 NaOH -> Na2SO4 + H2O (kiri = 2 H + 2 H = 4 H) (kanan = 2H) Tidak seimbang Tambahkan 2 di depan H2O dan semak bilangan atom bagi setiap unsur semula. Anda akan mendapati persamaan sudah seimbang. H2SO4 + 2 NaOH -> Na2SO4 + 2H2O Semak :

Unsur Kiri Kanan H44 S11 Na 2 2 O66 Sesuatu persamaan k imia yang seimbang perlu juga dilabelkan keadaan fiziknya . Berikut ialah beberapa simbol yang digunakan. Pepejal (p), Cecair (ce) , Gas (g) , Larutan akueus-- ak Maka, persamaan kimia yang lengkap bagi tindak balas di antara asid sulfurik dan natrium hidroksida ialah : H2SO4(ak) + 2 NaOH(ak) -> Na2SO4(ak) + 2H2O(ce)

Formula dan Persamaan Kimia


Pengiraan dalam Kimia SPM banyak melibatkan pengiraan mol, jadi formula yang paling penting dalam Kimia SPM ialah formula penukaran mol dalam Bab 3 yang kadangkadang dikenali sebagai Rumah Mol. Dalam formula tersebut, mol dihubungkan dengan jisim, bilangan partikel (atom, molekul atau ion) dan isipadu gas (suhu bilik atau suhu piawai). Jisim atom relatif sesuatu unsur (berdasarkan skala hidrogen) ialah bilangan kali jisim satu atom unsur berkenaan lebih besar daripada jisim satu atom unsur Hidrogen. Jisim satu atom unsur Hidrogen dianggap sebagai satu dan digunakan sebagai piawai. Keburukan penggunaan skala Hidrogen ialah :Bukan semua bahan dapat berpadu dgn Hidrogen atau menyesarkan Hidrogen, jisim beberapa unsur tidak tepat, jisim atom Hidrogen sukar untuk diukur kerana berada dalam bentuk gas. Jisim atom relatif sesuatu unsur (berdasarkan skala Karbon-12) ialah bilangan kali jisim satu atom unsur berkenaan lebih besar daripada 1/12 kali jisim satu atom Karbon-12. Jisim satu atom Karbon-12 dianggap sebagai 12.000 dan digunakan sebagai piawai. 1 mol bersamaan dengan 6.02 x 10^23 bilangan zarah. No avagrado ialah 6.02 x10^23. Formula empirik ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah palng ringkas bagi bilangan atom setiap jenis unsur yang terdapat dalam satu sebatian. Formula molekul ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom setiap jenis unsur yang terdapat dalam satu molekul bahan itu. Penentuan formula kimia melalui jadual. Jadual itu harus mengandungi unsur , jisim bilangan mol atom dan nisbah mol paling ringkas.

Formula lain dalam Kimia SPM ialah formula untuk mengira: 1. Kepekatan/Kemolaran

2. Pencairan

dimana, M = kemolaran/kepekatan V = isipadu (cm3) 3. Peneutralan

dimana, M = kemolaran/kepekatan V = Isipadu (cm3) n = bilangan mol 4. Termokimia

dimana, H = haba tindakbalas Q = haba m = jisim larutan c = kapasiti haba air n = bilangan mol 5. Pengiraan peratus unsur dalam suatu sebatian

Sebagai contoh:

Daripada persamaan diatas, kita dapati bahawa aluminium bertindakbalas dengan gas oksigen untuk menghasilkan aluminium oksida. Tetapi dalam persamaan tersebut, bilangan aluminium sebelum tindakbalas ialah 1 manakala selepas tindakbalas, bilangannya ialah 2. Ini menunjukkan bahawa persamaan tidak seimbang kerana ia tidak mematuhi Teori Keabadian Jisim iaitu jisim sebelum tindakbalas adalah sama dengan selepas tindakbalas. Oleh itu, tujuan utama persamaan kimia diseimbangkan ialah supaya bilangan unsur sebelum dan selepas tindakbalas adalah sama. Berbalik semula kepada persamaan tadi.

Untuk menyeimbangkan persamaan ini, anda harus membezakan antara bahan tindakbalas (kiri) dan hasil tindakbalas (kanan). Jumlahkan semua unsur disebelah kiri dan jumlahkan unsur disebelah kanan seperti ini:

Sebelah kiri: Al - 1 O-2

Sebelah kanan: Al - 2 O-3

Kaedahnya agak mudah iaitu genapkan yang ganjil dengan mendarab bilangan tersebut dengan suatu nombor. Disini kita letakkan nombor 2 dihadapan aluminium oksida dan ianya didarab seperti berikut: (INGAT TUJUANNYA IALAH SUPAYA BILANGAN OKSIGEN MENJADI GENAP)

Sekarang jumlahnya ialah: Sebelah kiri: Sebelah kanan: Al - 1 Al - 4 O-2 O-6 Sekarang darabkan nombor pekali yang sesuai disebelah kanan untuk aluminium supaya bilangannya

sama dengan sebelah kiri. Buat yang perkara yang sama untuk oksigen.

Sekarang jumlahnya ialah: Sebelah kiri: Sebelah kanan: Al - 4 Al - 4 O-6 O-6 Sekarang persamaan telah pun seimbang. Tulis semula persamaan seimbang seperti berikut: