Anda di halaman 1dari 24

SENI DALAM PENDIDIKAN

KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

KURSUS PERGURUAN LEPAS IJAZAH


(SEKOLAH RENDAH)
MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH

TAJUK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG

Latihan 1 m/s 10
Setelah membaca kandungan di atas, senaraikan lima feadah yang diperolehi
melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan.
Huraikan bagaimana lima faedah itu mempengaruhi kehidupan seharian anda.

Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-

1. Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan


kemahiran belajar.

Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu
membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada
hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat
mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan
warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat
mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan.
Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi
keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan
kemahiran yang kita pelajari.

2. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.

Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan


lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 1


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.


Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang
undividu. Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada


keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak dihubungkaitkan
dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu
mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual
mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri,
mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan
menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran
seumur hidup secara menyeluruh.

4. Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.

Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri
dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan
menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja
dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk
membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat
mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan
potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara
pemikiran dengan perlakuan kita.

5. Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps”

Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya


meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,
berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga
adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 2


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah,


membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi.

Soalan Tutorial m/s 12

Anda dikehendaki membaca artikel, journal atau buku mengenai seni dalam
pendidikan.

Senaraikan faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang


pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terangkan faedah itu dan
kepentingannya dalam seni dalam pendidikan di sekolah rendah dengan merujuk
kepada teori pembelajaran. Jawapan anda hendaklah disokong dengan
pandangan tiga orang tokoh bidang ini.

Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan


seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan
guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk
mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan
dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan
kecerdasan pelbagai.

Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori
pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah.

Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:-

1. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang,


berketrampilan dan professional.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 3


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan
memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,
berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif
dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan
lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan
pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif
dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi,
eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih
menyeronokkan murid-murid tersebut.

2. Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan


pembelajaran.

Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda
dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses
pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

3. Guru senang mencapai objektif atau matlamat.

Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain
membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant
Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,
menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang
terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang
keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran
dan pembelajaran.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 4


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

4. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan


pembelajaran.

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa


terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan
kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang.
Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini
kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga
melalui perbagai teknik pengajaran.

Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta
kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam
melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam


setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni
dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat
dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di sekolah rendah murid boleh:-

Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara aktif, kreatif dan menggembirakan;
Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera
Mengenali unsur-unsur seni dan olahannya serta dapat menggunakannya;
Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni;
Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat;
Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri dan bertanggungjawab
Menyedari dan menghargani suasana seni dalam persekitarannya dan kaitannya
dengan keselesaan hidup;
Melibatkan diri dalam kegiatan seni sebagai kesenggangan yang berfaedah; dan
Mengenal dan menghargai asas-asas seni dan kraf serta budaya tanah air.

TAJUK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 5


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Latihan m/s 14

Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain ‘Sembunyi Sembunyi’ (Hide


and seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut:

• Bagaimana mereka menguruskan permainan ini.

Permainan ini boleh dimainkan oleh seberapa ramai yang boleh. Seorang
penjaga masa dan seorang pencari dipilih. Anggota yang lain akan menyembunyikan
diri mereka. Sebuah loceng hendaklah disediakan. Hakim bertindak sebagai
pemerhati kepada pencari untuk memastikan pencari tidak membuka mata atau
melihat keadaan sebelum pencarian dimulakan. Hakim juga akan memberikan
markah kepada pencari berdasarkan kepada berapa orang yang dapat dicarinya.
Pencari akan membuka mata apabila ahli-ahli yang lain sudah bersembunyi dan
bersedia untuk dicari olehnya. Loceng diletakkan di satu tempat dan tidak boleh
dibawa.

Permainan ini ada syarat tertentu iaitu jika pencari berjaya menjumpai
penyembunyi seramai lima orang dalam masa 10 minit, maka penyembunyi pertama
yang dijumpa oleh si pencari maka dia akan menjadi pencari pada permainan yang
seterusnya. Sebenarnya masa dan jumlah orang yang dapat dicari adalah
bergantung kepada hakim yang mengambilkira bilangan ahli yang bermain pada
permainan tersebut. Bila si pencari menjumpai ahli yang bersembunyi, dia akan
menyebut nama dan berlari ke arah loceng lalu membunyikannya.

• Bagaimana menyembunyikan diri mereka.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 6


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Mereka akan mencari tempat-tempat yang strategik untuk menyembunyikan diri


mereka. Tempat tersebut dirasakannya sesuai, jauh dan susah untuk dicari oleh si
pencari.

• Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari.

Pencari akan memerhati persekitaran dan berusaha untuk mencari


pemyembunyi setepat, secepat dan seramai yang mungkin dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan oleh hakim.

• Ekspresi mereka apabila mereka ditemui.

Biasanya, apabila pencari dapat mencari atau menjumpai penyembunyi, ekspresi


muka mereka akan menggambarkan kekecewaan kerana mereka sangkakan tempat
persembunyian mereka agak strategik. Mereka juga menunjukkan ekspresi muka
yang terkejut kerana si pencari berjaya mencari dan menjumpai mereka terutama
kepada penyembunyi pertama yang telah dijumpai oleh si pencari.

2.1.1 Sembilan Keinginan Asas Kanak-kanak


Latihan m/s 17

Untuk setiap keinginan asas yang dinyatakan itu, anda dikehendaki memberi
contoh berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda terhadap kanak-kanak.

1. Keinginan untuk bergerak


Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri
dalam sebarang kegiatan fizikal.
Contohnya melibatkan diri dalam sebarang perlumbaan atau lumba lari.

2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 7


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu


dihargai.
Contohnya, kanak-kanak yang mendapat markah tinggi akan dipuji dan dipamerkan
kertasnya di khalayak ramai, atau lukisan murid yang cantik akan ditampal di sudut
dinding dalam bilik darjah sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan.

3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam
masyarakat.
Kanak-kanak inginkan mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh
orang lain.
Contohnya, kanak-kanak sanggup berkongsi permainan supaya dapat diterima oleh
rakan sebaya atau dalam masyarakat sekelilingnya. Oleh itu, mereka akan diterima,
disanjung, dihargai dan dihormati kerana kesanggupan mereka untuk berkongsi
permainan dan mereka dianggap tidak kedekut.

4. Keinginan untuk bersaing.


Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan
fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya.
Contohnya, kanak-kanak memanjat tangga atau jaring secara beramai-ramai untuk
menunjukkan kekuatan, ketangkasan dan kekuatan fizikal mereka.

5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai daya penarik.


Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau
harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat.
Contohnya, kanak-kanak akan merasa bangga dan gembira apabila mendapat
tempat pertama dalam apa jua permainan yang sukar. Kejayaan itu akan menjadi
sumber penarik kepada kanak-kanak yang lain.

6. Keinginan untuk meneroka.


Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa
tetapi menyeronokan.
Contohnya, kanak-kanak melibatkan diri dalam kerja-kerja amali atau eksperimen.
Aktiviti ini membolehkan mereka memperolehi pengalaman baru. Keadaan ini amat
memberi keseronokan kepada mereka.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 8


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

7. Keinginan untuk pencapaian kreatif.


Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif.
Contohnya, kanak-kanak yang menyertai pertandingan mereka cipta seperti
membuat rumah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula atau menjadikan
bahan buangan yang dikitar semula dan menjadikannya bahan baru untuk kegunaan
manusia. Mereka merasa satu penerokaan baru wujud dalam minda mereka.

8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan.


Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea
mengenai diri dan persekitaran mereka.
Contohnya, kanak-kanak yang menari dalam pelbagai bentuk rentak muzik. Jika
muzik itu rancak atau kuat mereka akan menari dengan rancak mengikut irama yang
dimainkan.

9. Keinginan untuk kefahaman.


Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman
dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka,
menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran.
Contohnya, dalam permainan main peranan. Main peranan memerlukan lakonan
yang baik untuk menunjukkan watak yang dipegang seperti watak ibu, bapa, doktor,
guru dan sebagainya. Mereka dapat memahami keadaan dan menyelami pemikiran
sebenar dan sterusnya menjiwai watak tersebut.

TAJUK 3 IRAMA, WARNA DAN RUANG

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 9


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

3.2 WARNA

Latihan m/s 24
Sila buat catatan
(i) PERHATI dan senaraikan warna-warna yang anda lihat di dalam bilik darjah.
BAYANGKAN suasana di tepi pantai dan senaraikan warna-warnanya.

Warna
Bilik Darjah Tepi Pantai

1. kuning susu – dinding 1. hijau – tumbuhan ( daun kelapa )


2. hijau – papan tulis 2. biru – air laut
3. coklat – kerusi dan meja 3. putih – awan
4. biru muda – langsir 4. kuning – pasir
5. biru tua - pintu 5. coklat kehitaman - batuan

Bandingkan warna yang terdapat di tepi pantai dengan warna yang dilihat di
dalam bilik darjah.
Daripada pemerhatian saya, warna yang terdapat dalam bilik darjah dan tepi pantai
adalah hampir-hampir sama.

Bagaimanakah anda boleh mengubahsuai warna di dalam bilik darjah, agar


suasana lebih menarik untuk belajar.

Catkan dengan warna yang lembut dan boleh memberi ketenangan.


Adakan sudut-sudut yang tertentu seperti sudut Bahasa Melayu, Sains dan
sebagainya yang dicatkan dengan warna yang berlainan dan menarik perhatian
murid.
Warna langsir mestilah agak terang berbanding dengan warna dinding, untuk
menampakkan lebih keceriaan.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 10


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Meja mestilah dilapik dengan kertas warna yang menarik dan dilekatkan plastic di
atasnya agar murid lebih ceria, bersemangat dan selesa untuk belajar.

(ii) Mari kita meneroka keindahan warna.


Buatkan Ujikaji
Anda boleh menggunakan samada pensel warna atau warna air untuk meneroka
dan mendapat hasil campuran warna melalui eksperimen.

Cuba anda mulakan dengan Warna Asas:

Campur: merah + biru = ungu

Merah + kuning = oren

Biru + kuning = hijau

Campuran Warna-warna Asas itu akan menghasilkan Warna Sekunder.

Sekarang, cuba anda meneroka campuran Warna Sekunder dengan Warna Asas
untuk menghasilkan Warna Tertier pula.

Campur: Unggu + merah = jingga

Jingga + kuning = merah

Hijau + biru = hijau

(iii) Berikut disediakan satu aktiviti yang dapat membantu anda mengaitkan warna
dengan objek, emosi, muzik dan pergerakan.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 11


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Merujuk pada contoh pertama yang diberikan, isikan tindakbalas anda pada
tempat kosong yang disediakan.

WARNA OBJEK EMOSI MUD MUZIK PERGERAKAN


Merah Api Marah Pantas dan Menghentak
kuat kaki
Biru Laut Tenang Perlahan Tarian
Tradisional
Hijau Tumbuhan Tenang/ceria Perlahan Senaman Yoga
kuning Emas Bersemangat Rancak Berjalan laju
Hitam Arang Relek/malas Perlahan Duduk diam
Perang Senja Keliru/geram Pantas dan Mengenggam
perlahan tangan

Selepas anda menerokai warna melalui ketiga-tiga aktiviti di atas, buat satu
refleksi pendek tentang peranan warna dalam kehidupan harian anda.

Warna boleh mempengaruhi kehidupan kita. Warna yang agak lembut akan memberi
ketenangan. Warna yang terang akan menaikkan semangat untuk bergerak atau
melakukan tugas. Di antara peranan-peranan warna adalah seperti berikut:

Warna boleh memperngaruhi emosi contohnya, bila memakai baju lembut atau
garang atau terang.
Warna dapat melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang.
Warna boleh memberi motivasi dan semangat kepada kita.
Warna memberi ketenangan dalam kehidupan.
Warna boleh menceriakan suasana sekeliling.

3.3 RUANG

Aktiviti (soalan m/s 27)


Tempatku di dalam ruang

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 12


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

• Anda dan rakan-rakan duduk bersila di dalam bulatan.

• Letakan tangan di atas riba.

• Terokai ruang di sekeliling anda sambil meregangkan tangan ke hadapan,


ke belakang dan ke atas.
• Berdiri dalam bulatan dan ulangi aktiviti-aktiviti di atas.

Apakah perbezaan penggunaan ruang semasa anda:


- duduk
- berdiri

DUDUK BERDIRI

1. Ruang untuk bergerak agak terhad 1. Ruang agak luas dan senang untuk
dan sempit serta kurang selesa bila bergerak.
membuat aktiviti senaman. 2. pergerakan bebas
2. Pergerakan agak sukar kerana
saling bersentuh bila membuat
pergerakan atau senaman.

Tulis satu refleksi ringkas tentang pengalaman pembelajaran anda melalui aktiviti
ini.

Ruang memainkan peranan yang penting dalam menjalankan sesuatu


pergerakan. Pergerakan akan menjadi lebih lancar dan selesa sekiranya kita
melakukannya di tempat yang luas kerana terdapat banyak udara dan senang untuk
bergerak dengan bebas. Pergerakan yang dilakukan di tempat yang sempit dan dalam
berkeadaan duduk menyebabkan kita merasa tidak selesa kerana tidak dapat bergerak
dengan bebas. Cara pernafasan kita juga tidak lancar.
Menurut Howard Gardner dalam teorinya iaitu Teori Kecergasan Manusia (1983)
menyatakan bahawa ruang kecergasan melibatkan kebolehan melihat dunia dengan
lebih tepat. Kecergasan ini termasuklah untuk menjadi lebih peka terhadap warna,
garisan, rupa, bentuk dan yang berkaitan dengannya. Justeru itu, pergerakan juga

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 13


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

melibatkan pemikiran kita contohnya, sekiranya kita bersenam di tempat yang luas dan
mempunyai udara yang segar seperti di taman atau di padang, kita akan merasa lebih
selesa dan secara tidak langsung keadaan akan mempengaruhi pemikiran kita. Kita
akan merasa tenang dan segar dan puas.

Tajuk 3: Soalan Tutorial m/s 30


Berdasarkan senario waktu rehat di sekolah anda, tuliskan dan buat catatan dalam
bentuk grafik berasaskan pemerhatian yang berikut:
• Bunyi yang anda dengar • Pergerakan manusia

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 14


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

• Susunan peralatan

• Warna-warna pada makanan,


pakaian dan peralatan

Suasana Waktu
Rehat

Bunyi yang Pergerakan Warna makanan,


Susunan peralatan
didengar manusia minunan & alatan

Berjalan
Bunyi bersiul Meja teratur Hijau

Bunyi bercakap / Kerusi kurang


Berlari oren
menjerit teratur

Bunyi ketawa Bersentuhan Pensil berselerak putih

Bunyi berjalan Bertepuk tangan Buku tidak kemas merah

Bunyi berlari Berdiri tegak Kasut tidak teratur jernih

Tong sampah
Bunyi tepukan Berlari anak coklat
rebah

Bunyi ronyokan Menoleh kiri dan


silver
kertas dan plastik kanan

Bunyi benda
Berpusing badan Biru tua
terjatuh

Bunyi mengunyah Mengangguk


Hitam
makanan kepala

Memegang
Bunyi menyanyi
sesuatu

Reka satu aktiviti yang berkaitan dengan ruang, warna dan irama yang boleh
diaplikasikan dalam bilik darjah.

Aktiviti Tarian Tradisional

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 15


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Dalam bilik darjah yang boleh diaplikasikan ialah tarian tradisional. Tarian
memerlukan ruang yang sederhana luasnya kerana ianya pergerakannya tidak bebas
dan langkahnya tidak laju. Tarian akan menjadi menarik apabila pergerakan adalah
sama atau serentak. Melihat dari segi warna pakaian, tarian tradisional akan menjadi
lebih menarik apabila warna pada pakaian adalah terang dan bewarna-warni. Dari segi
irama pula, tarian tradisional mempunyai irama yang lembut dan perlahan.
Pergerakannya adalah mengikut irama yang dimainkan. Pergerakannya adalah
menggambarkan motif yang hndak disampaikan dalam tarian tersebut.

TAJUK 4 DERIA DAN SENI

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 16


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

Soalan m/s 32
Berdasarkan contoh yang diberikan dalam petak di bawah (rujuk deria Lihat), cuba
jalankan satu aktiviti di dalam kelas menggunakan deria lain pula. Ini
membolehkan anda mengetahui, memahami dan mengenalpasti kepentingan deria
anda apabila berinteraksi dengan persekitaran. Untuk pengetahuan anda,
tindakbalas deria boleh diluahkan melalui aktiviti-aktiviti Seni.

EKSPRESI MASA
Subuh Tengah hari Malam
DERIA melalui SENI
1. Lihat
(apa/bagaimana kabur jelas Tidak nampak
anda melihat) dalam gelap

Seni Visual kelabu jingga hitam


(warna)
Muzik lembut kuat Sangat lembut
(dinamik)
Pergerakan Bangun dari berjalan tidur
(aktiviti) tidur
Nikmatilah keseronokan menjalankan aktiviti ini.

Sila teruskan dengan penerokaan yang berikut!


DERIA EKSPRESI MASA
Subuh Tengah hari Malam
melalui SENI
2. Mendengar
(apa anda sepi bising sunyi
dengar)
Seni Visual
(lukis garisan)
Muzik Bunyi ayam Bunyi riuh- Bunyi cengkerik
(cipta bunyi) berkokok rendah
Pergerakan
(bergerak cepat Lambat Cepat Perlahan
dan lambat)

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 17


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

DERIA EKSPRESI MASA


melalui SENI Subuh Tengah hari Malam
3. Sentuh (apa
yang anda Air makanan selimut
sentuh)
Seni Visual
(lukis garisan)
Muzik Bunyi air Bunyi sudu Bunyi kibasan
(cipta irama dicurah bersentuh kain
yang berbeza) pinggan
Pergerakan
(aras:tinggi, perlahan agak kuat sederhana
sederhana dan
rendah)

DERIA EKSPRESI MASA


melalui SENI Subuh Tengah hari Malam
4.Rasa
(apa yang anda Segar, sejuk panas Sejuk dan
rasa) dan nyaman dingin

Seni Visual
(lukis ekspresi
muka)
Muzik
(jenis mud perlahan Pantas/kuat lembut
muzik)
Pergerakan laju pantas perlahan
(jenis langkah)

DERIA EKSPRESI MASA


melalui SENI Subuh Tengah hari Malam
5.Hidu (apa Bau Bau kurang Bau wangi
anda hidu) segar/wangi menyenangkan

Seni Visual

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 18


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

(lukis ekspresi
muka)
Muzik Emm…Aaahh.. ee…grr.. Waaahh…
(cipta bunyi)
Pergerakan
(bergerak Berjalan-jalan berlari Berlari-lari anak
setempat)

Sedarkah anda bahawa ada di antara deria kita lebih peka berbanding deria-deria
kita yang lain? Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti di atas, bolehlah anda
mengenalpasti deria mana yang lebih menghasilkan tindak balas. Senaraikan
mengikut susunan kekuatan tindak balas.
• Dengar
• Lihat
• Hidu
• Sentuh

• Rasa

Tajuk 4: Soalan Tutorial m/s 34

(i) Tulis satu refleksi individu yang ringkas tentang apa yang anda sudah
pelajari dan alami berasaskan kepentingan deria, terutamanya dalam
konteks anda sebagai seorang pelajar serta guru.

(ii) Dalam aktiviti yang berikut, anda akan diperkaya dengan kesedaran dan
kepentingan deria untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti
pelakuan di sekeliling kehidupan harian anda.

(iii) Anda dikehendaki menulis respon deria yang terlibat pada ruang yang
disediakan.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 19


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

AKTIVITI JENIS DERIA

• Melukis gambar pemandangan dan warnakannya. • Lihat dan sentuh

• Pelajar membuat pergerakan berdasarkan peristiwa • Lihat

dalam gambar tersebut. , sentuh, dengar dan rasa


• Pelajar mengekspresikan suasana dengan
menggunakan alat-alat muzik.

• Mendengar bunyi alat-alat muzik dan suara manusia. • Dengar

• Pelajar bertindak balas dengan pergerakan yang • Rasa dan sentuh


sesuai dan menggambarkan dalam bentuk seni
visual.

• Membolehkan pelajar untuk meninjau tekstur dan • Lihat dan rasa


kontur sesuatu permukaan.
• Pelajar menutup mata dan menyentuh sesuatu objek • Sentuh dan rasa
yang diedarkan oleh guru seperti kertas pasir, fabrik
benang bulu dan kapas.
• Pelajar membanding bezakan sentuhan yang dialami • Sentuh dan rasa
dan mengekspresikan melalui pergerakan.

• Membuat latihan melalui pernafasan. • Hidu


• Melakukan pergerakan dengan menggunakan • Lihat dan hidu
imaginasi anda untuk menunjukkan bau harum, udara
nyaman dan kemudian melukiskan imej visual
mengikut sepertimana yang diekspresikan.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 20


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

TAJUK 5 PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN


DAN EKSPRESI

Latihan m/s 44
‘Sound Story’
Bayangkan anda dan rakan-rakan sedang berada di sebuah pasar malam. Anda
dikehendaki membuat latihan-latihan berikut:

• Tuliskan lima ayat perihal apa yang anda lihat di pasar malam itu.
1. Terdapat banyak gerai perniagaan yang menjual pelbagai jenis barangan.
2. Terdapat banyak jenis makanan, minuman, pakaian, buahan dan sebagainya.
3. Suasana di pasar malam itu sungguh riuh rendah dengan orang ramai.
4. Keadaan sesak dan menjadi sempit dengan pembeli dan barangan jualan.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 21


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

5. Terdapat berbagai tingkah laku dan karenah pembeli.

• Pilih seorang penjaja ( Penjual Roti Canai ):


a) Senaraikan warna-warna peralatan yang digunakan oleh penjaja itu.
1. Kotak – coklat
2. Kanvas – biru
3. Plastic – merah dan hitam
4. Tali pengikat – biru muda, merah muda
5. Dapur – silver
6. Kereta sorong – hijau
7. Meja – kuning
8. Kerusi – kelabu muda
9. Besen – putih
10. Baldi - merah

b) Nyatakan pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh penjaja itu.


1. Memicit ketulan tepung yang telah diadunkan.
2. Melempar ketulan tepung pada papan penguli.
3. Melipat segiempat tepung yang telah dileperkan.
4. Menggesel-geselkan tapak tangan
5. Melambai-lambaikan tangan melambai pelanggan untuk singgah di gerainya.
6. Bersalaman kepada pelanggan yang dikenali
7. Mengangguk-anggukkan kepada apabila pelanggan memesan roti canai.

c) Tiru bunyi yang dihasilkan daripada gerak laku penjaja itu.


1. Bunyi geseran tapak tangan – sheee…
2. Bunyi bunyi lemparan roti canai – pook…
3. Bunyi telur dipecahkan – poaakk…
4. Bunyi menggoreng – cheeaa..

• Hasilkan sebuah ‘props’ yang sesuai dengan pemandangan itu.


 Mula-mula peniaga membuka gerai.
 Peniaga menyusun peralatan untuk meletakkan barang-barang jualan.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 22


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

 Peniaga meletakkan buah-buahan di tempat yang sesuai yang telah disediakan.


 Peniagaan bermula dan penjual sedang sibuk melayan karenah pelanggannya.
 Suasana bertambah riuh-rendah dan semakin meriah.
 Seperti biasa, proses tawar-menawar berlaku. Bagi pembeli, pelanggan adalah raja
dan perlu dilayan dengan baik dan mesra.
 Beberapa jam kemudian, pelanggan semakin kurang dan suasana semakin sunyi.
 Tempoh pasar malam sudah tamat, peniagapun mengemas barang-barang jualan
dan bersedia untuk tutup gerai.

• Gunakan bahan-bahan kitar semula untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang


kreatif.

1. Bunyi tin kosong yang diketuk – teng…teng..


2. Bunyi ketukan kayu sama kayu – tuuk...tuukk..
3. Bunyi periuk lama dengan kayu – took..tookk…
4. Bunyi sudu dengan kertas – seek…seek…

• Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan sahaja, cuba tiru tiga daripada
aksi yang dilakukan oleh penjaja itu secara berterusan.
1. Aksi memicit adunan tepung menjadi bulat.
2. Aksi melemparkan tepung menjadi leper yang besar.
3. Aksi menggoreng roti canai dan membalik-balikkannya.

Tajuk 5: Soalan Tutorial m/s 45


Berdasarkan latihan yang diberikan di atas, anda dan rakan-rakan dikehendaki
melakonkan situasi di pasar malam itu. Anda dikehendaki menggunakan bahan-
bahan gantian untuk menggambarkan ekplorasi, pengalaman dan ekspresi bagi
situasi itu.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 23


IPGM TAWAU
SENI DALAM PENDIDIKAN
KPLI/SEK. REN. j-QAF LPBS 2009

(Watak yang diperlukan ialah seorang peniaga dan dua orang pelanggan. Penjual
tersenyum gembira apabila pelanggan menghampiri gerainya dan memilih buah yang
hendak dibeli)

Penjual : Selamat malam cik.


Pembeli 1 : Buah-buah ini masih segar lagi ke?
Penjual : Jangan risau cik, buah-buah ni baru saja dipetik semalam, masih baik
cik. Berapa kilo cik nak beli, saya boleh tolong pilihkan.
Pembeli 1 : Saya nak rambutan 2 kilo, langsat 3 kilo dan tembikai 2 biji. Kalau beli
banyak macam ni tentu boleh kurang harganya kan?
Penjual : Oh...boleh.
Pembeli 2 : Tolong kira buah saya ni. Kira semuanya sekali ye?
Penjual : 2 kilo rambutan RM 3.00, 3 kilo langsat RM 4.00, 2 biji tembikai
harganya RM 3.50, 2 kilo durian RM 12.00 dan 2 biji tembikai susu RM
5.00. Semuanya RM 27.50 cik. Saya jual RM 25.00 saja untuk cik
berdua.
Pembeli 1 & 2 : Terima kasih.
Penjual : Datang lah lagi ye.

BIBLIOGRAFI

1. Wee Eng Hoe (2002), Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Shah Alam, Karisma
Publications Sdn. Bhd.

2. Kamarudin Hj. Husin (1998), Pedagogi Bahasa, Petaling Jaya Selangor, Logman
Malaysia Sdn. Bhd.

ZAMZAM BIN TUKIBAN. 24


IPGM TAWAU