Anda di halaman 1dari 5

Sistem Otot Rangka

Manusia direka bentuk untuk bergerak. Pergerakan tubuh badan berlaku sebagai
hasil gabungan sistem rangka dan otot. Kajian menunjukkan bahan reka bentuk
struktur sendi dan sokongan yang tegar menyebabkan pergerakan dapat
dilakukan. Pergerakan dihasilkan oleh penguncupan dan pemanjangan otot. Otot
juga menentukan magnitud pergerakan.

Fungsi Otot
Otot bukan sahaja digunakan bagi menghasilkan pergerakan tetapi otot juga
berfungsi untuk mengekalkan postur,menstabilkan sendi dan menghasilkan
haba.

1. Menghasilkan pergerakan
Semua pergerakan badan kita dihasilkan oleh penguncupan otot.
Penguncupan otot membolehkan kita berjala, berenang dan mengangkat
barang. Otot rangka juga membolehkan kita berupaya bertindak dengan
pantas mengikut perubahan yang berlaku di sekeliling. Otot rangka juga
membolehkan kita melakukan berbagai-bagai ekspresi muka seperti
tersenyum dan bermuka masam.

2. Mengekalkan postur
Kombinasi saling tindakan otot-otot rangka yang berlainan membolehkan kita
mengekalkan postur badan seperti berdiri,duduk dan menundukkan kepala
apabila menulis. Fungsi ini berlaku secara berterusan supaya mengekalkan
kedudukan badan tersebut.

3. Menstabilkan sendi
Semasa melakukan pergerakan,otot-otot rangka juga menstabilkan sendi-
sendi terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi. Sebagai
contoh, lakuan dalam sukan memanah.
4. Menghasilkan haba
Tenaga digunakan untuk penguncupan otot. Walau bagaimanapun,
sebahagian besar daripada tenaga ini tidak digunakan untuk tujuan tersebut
sebaliknya terbebas sebagai haba.

Jenis-jenis Otot

Terdapat tiga jenis tisu otot iaitu tisu otot rangka,tisu otot licin dan tisu otot
kardiak. Tisu-tisu otot ini berbeza dari segi struktur sel,lokasi,fungsi dan
bentuk kawalan yang boleh dikenakan ke atasnya.

1. Otot rangka

Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi tulang rangka. Fiber otot
rangka merupakan sel otot yang terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan
terkawal. Walaupun otot rangka dikawal oleh sistem saraf jenis otot ini sahaja
boleh dikawal secara sedar. Otot rangka juga bertanggungjawab bagi semua
pergerakan badan. Halaju penguncupan fiber otot rangka bergantung kepada
jenis fiber sama fiber sentak cepat atau fiber sentak lambat. Fiber sentak
cepat digunakan untuk pergerakan yang cepat. Manakala fiber sentak lambat
digunkan untuk pergerakan yang lebih perlahan. Sebagai contoh, pelari pecut
100 meter mempunyai peratusan fiber sentak cepat yang tinggi berbanding
dengan pelari marathon.

2. Otot licin

Otot licin terdapat pada dinding organ viseral seperti perut,pundi kencing dan
saluran pernafasan. Fungsi otot ini ialah menggerakkan cecair atau bahan-
bahan di dalam saluran-saluran yang terdapat di dalam badan. Otot kecil
tidak berjalur dan dikawal oleh sistem saraf,hormon,bahan kimia dan
regangan. Halaju penguncupan fiber otot licin adalah sangat perlahan dan
kekal. Keadaan ini disebabkan oleh fiber-fiber otot licin di dalam tisu otot
viseral terikat kuat dan membentuk satu jeringan yang berterusan. Apabila
satu fiber otot licin dirangsang,impuls akan Bergerak ke fiber lain dan
kontraksi berlaku dalam bentuk gelombang ke fiber-fiber yang berdekatan.

3. Otot Kardiak

Otot kardiak hanya terdapat pada dinding jantung sahaja. Kontaraksi otot
kardiak pada jantung membolehkan jantungmengepam darah ke seluruh
badan melalui salur darah. Otot kardiak berjalur seperti otot rangka teteapi
otot ini di luar kawal. Penguncupan otot kardiak hádala perlan dan dikawal
oleh perentak jantung. Kelajuannya boleh bertambah apabila dirangsang oleh
sistem saraf dan sistem endokrina.

Ciri-ciri Otot Rangka

Tisu otot rangka mempunyai ciri-ciri yang tertentu untuk menjalankan fungsi-
fungsinya. Ciri-ciri tersebut ialah :

1. Kebolehujaan ( irritability / excitability )


2. Kebolehkuncupan ( contractibility )
3. Kebolehpanjangan ( extensibility )
4. Kebolehanjalan ( elasticity )

Kebolehujaan ( irritability / excitability )


Kebolehujaan ialah kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas
terhadap rangsangan yang diterima. Keupayaan ini akan membolehkan otot
untuk menguncup.

Kebolehkuncupan ( contractibility )

Kebolehkuncupan ialah keupayaan otot untuk menguncup atau memendek


apabila menerima ransangan. Daya yang dihasilkan apabila otot
menguncup. Ciri ini membezakan tisu otot dengan tisu-tisu yang lain.

Kebolehpanjangan ( extensibility )

Kebolehpanjangan ialah keupayaan otot untuk meregang atau memanjang.


Fiber otot akan memendek apabila menguncup tetapi boleh memanjang
melebihi panjang asal apabila otot relaks.

Kebolehanjalan

Kebolehanjalan ialah keupayaan otot untuk kembali semula ke panjang asal


selepas meregang atau menguncup.

Lekatan otot

Setiap otot rangka melekat pada tulang atau tisu-tisu penghubung yang lain.
Sekurang-kurangnya terdapat dua tempat lekatan otot yang dinamakan
lekatan proksimal dan lekatan distal.

1.Lekatan proksimal
Lekatan proksimal ialah lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang
lebih hampir dengan batang tubuh. Lekatan proksimal juga dikenali sebagai
origin.

2.Lekatan distal
Lekatan distal ialah lekatan otot pada tulang atau tisu penghubung yang lebih
jauh dari batang tubuh. Lekatan distal juga dikenali sebagai insertion.