Anda di halaman 1dari 7

ADAPTASI DRAMA INFLAKASTA Babak 1 (Gelap) SUARA LATAR: Di sebuah gurun berbatu..

dihiasi reruntuhan bangunan, kawat-kawat besi bergulung merentangi runtuhan itu. Pokok-pokok mati berceratuk. Kawasan kering-kontang dan gersang. Dari celah runtuhan itu, muncul seorang mangsa perang, DIBISI yang kelihatan amat penat. Pakaiannya carik-carik, tali lehernya yang lusuh masih tergantung di lehernya. Kot yang berdebu masih dikeleknya dengan erat. Dari sudut kepulan asap, muncul pula seorang lagi mangsa perang , MARHEN yang lebih kotor, bengis, dan berjambang yang tak terurus. Matanya liar mencari sesuatu. Di tengah halaman itu terdapat sebuah kotak makanan yang telah lusuh. Kedua-dua mangsa perang itu ternampak kotak yang sama. Mereka menerkam pada kotak itu. Pergelutan sengit berlaku. Kotak terputus dua. Masing-masing memperoleh cebisan kotak. Kotak itu sebenarnya kosong. Mereka terasa seperti bodoh pula dengan perbuatan itu. DIBISI : ( ketawa mengilai ) kosong! Semua kosong! Cantik di luardalamnya kosong! MARHEN : Ya, kita telah ditipu oleh kotak! ( diam sejenak ) Sepatutnya kita sudah makan tadi. Semalam aku dapat roti kering. Entah siapa punya pun, entahlah. DIBISI : Semalampun aku tidak dapat makan. Cuma air danau sahaja aku minum. MARHEN : Oh, ya! Sekian lama kita bercakap aku terlupa bertanya akan diri awak. Awak siapa? DIBISI : ( kurang senang ) Kalau aku terangkan aku siapa, tidak punya erti lagi sekarang. Hmmmm ( diam sejenak ) maafkan aku, Namaku DIBISI. Dulu hidup kami bertuankan wang. Hidup kami mewahKami kaya! Kami mewah! ( diam sejenak ) namun sekarangsemuanya punah ranah. Padang jarak padang tekukur. Lapar. Sana sini lapar. Lapar!! MARHEN : Aku juga lapar. DIBISI : Tidak lagi. Asap dan batu-batu itu sahabatku. Kau pula bagaimana? MARHEN : Sahabat dalam perang menatang jiwa yang satu. Lapar bersama, mati bersama. Namaku MARHEN. MARHEN BIN DAIF. Dulu aku seorang petani yang tidak pernah lapar.

SUARA LATAR : DIBISI dan MARHEN terus berbicara mengenai kehidupan mereka sebelum dan selepas berlakunya peperangan. Pada sudut kiri runtuhan itu muncul pula seorang wanita ( SITI ) berwajah sugul. SITI mengomel sasau. SITI : INFLAKASTA ! INFLAKASTA di mana? ( diam sejenak ) mari sini. Jangan tinggalkan emak. Ibu takut nak. Ibu takut nak! SUARA LATAR : SITI berhenti kerana penat lalu duduk. Dia masih lagi berfikiran sasau. Dia ketawa mengilai. Suasana menjadi gerun. SITI : Mari sini nak. Jangan main jauh-jauh. Ibu ada cerita. Ibu ada syair, ada seloka. Dengar ya ibu nyanyi SUARA INFLAKASTA: Aku tidak suka ! Aku tidak mahu lagu!Aku mau makan !Aku mau makan! SITI: ( Siti terpinga hairan ) Inflakasta! Di mana kau nak! Di mana? Mari! Mari nak .Ibu rindu. InflakastaInflakasta! ( DIBISI dan MARHEN terkejut .Mereka perlahan-lahan menghampiri SITI ) MARHEN: Kenapa dik? Apa hal ini? DIBISI: Bertenang dik. Adik dari mana? Adik sesat?Bertenang.Bertenang dik. ( SITI terkejut melihat MARHEN dan DIBISI ) SITI:( Menyergah ) Kau! Kau! Kau! Kau zalim. Kau pembunuh. Kau berperang. Kau meruntuhkan dunia. Zalim! Zalim!Anakku hilang kerana kau. Anakku lapar kerana kau. SUARA LATAR: ( bunyi effect kereta kebal ) Kedengaran beberapa buah kereta kebal sedang bergerak. Cahaya lampu daripada kereta kebal itu menyuluh ke kawasan runtuhan. Kereta kebal itu berhenti. Sebuah lampu sorot menyuluh ke arah DIBISI dan MARHEN. Mereka bangun terkejut. SUARA DARI PELAUNG SUARA: (Amaran) Perhatian! Jangan cuba lari! Kamu telah dikepung. Semua senjata kami mengarah kepada sasarannya , tepat pada kamu sekarang. Letakkan senjata dan letakkan tangan kamu di atas kepala .Turun perlahan ke tengah halaman. ( Diam sejenak )Kamu di bawah itu, angkat tangan juga.( Diam sejenak ) Baik ! Sekarang berlutut mengadap suara ini. Lekas!

SUARA LATAR: DIBISI ,MARHEN dan SITI menurut perintah. Daripada berbagai-bagai arah, keluar makhluk-makhluk unik dengan senjata terhunus. Kemudian muncul ketua mereka yang berjubah gerun. KASTABUNG: (Bengis ) Aku Kastabung. Wilayah ini aku punya. Gurun ini ialah kawasan perangkap manusia. Kamu sungguh tak bernasib baik hari ini ! (Diam sejenak) Hei! dari mana kamu datang hah? ( Diam sejenak ) Oh, membisu! Taat sungguh kepada tuanmu ya . Bersedialah kamu menghadapi hukumanku. MARHEN: (Geram ) Hei,bongkak ! Kami tidak minta dihukum dan kami juga tidak ingin campur hal urusan kamu . KASTABUNG: (Marah ) Tutup mulut tu ! DIBISI: (Mencelah ) Bersabar Marhen. Kawasan ini wilayahnya. MARHEN: (Marah berapi ) Jahanam! Bumi ini bumi Tuhan. Tiada sesiapa yang lebih berkuasa daripada-Nya. KASTABUNG: (Mengacah tongkat pada MARHEN) Merempat! Kamu tidak bersabar lagikah menunggu maut? Tunggu sebentar , Taliba! Maju! Pengkhianat ini tidak sabar lagi untuk menemui maut. SUARA LATAR: TALIBA masuk dengan senjata kuasa bahaya . Langkahnya diatur ala robot. KASTABUNG: (Marah) Taliba! Buta ke? Aku bukan musuh. TALIBA: Maaf,gelap sangat ini. KASTABUNG: Buka cermin tu. TALIBA: (Membuka cermin helmet) Ha,baru nampak! Eh orang apa ini? KASTABUNG: Sudah. Itu musuh kita, musnahkan mereka. DIBISI: (Berlembut) Kastabung.Maafkan kami. Kami bukan perisik. Kami ialah mangsa perang Ini. Kami lapar dan menderita. Yang sebenarnya, kami sendiri tidak tahu di mana kami berada sekarang. KASTABUNG(Sinis) Petah dan pintar alasan kamu. Kamu ingat aku senang sekali dengan kisah sedih yang direka-reka itu. Alasanmu itu tidak dapat menyejukkan tindakanku Ini.

SUARA LATAR: Di udara kedengaran sebuah helikopter sedang berlegar untuk turun ke bumi. Semua watak tercengang. Dari arah hujung tangga belakang bangunan, keluar seorang makhluk unik..Kehitaman. KASTABUNG: (Menegur) Aaa ! Jakidan! Sila ke mari. ( JAKIDAN memberi hormat dan bersalaman. ) JAKIDAN: Selamat bertemu, Kastabung. KASTABUNG: Bagus, bagus. Tepat masanya kamu di sini. Sebelum itu, er bagaimana keadaan kekuasaan kita sekarang? JAKIDAN: (Kecewa) Berat mulut ini, Kastabung. Kewangan kita merosot. Taraf hidup pincang. Keperluan meningkat. Permintaan tinggi. Bahan mentah, kosong. Gagal. KASTABUNG: (Marah) Gagal. Siapakah yang gagal? JAKIDAN: Mereka lapar. Satu per satu akan gugur dimakan bumi. KASTABUNG: Jika keadaan ini berterusan, bahaya besar akan menggugat kestabilan politik kita nanti. (Diam sejenak) Ah, kita berkuasa! Kita mesti jaga kepentingan kita. Kita bunuh saja sesiapa yang tidak berfungsi atau kita biarkan saja mereka melarat dengan kebulurannya. (Diam sejenak) Aku mau, kita desak para saintis, ahli fikir dan pakar ekonomi supaya taat kepada kita. Kita bina Empayar Kastabung. JAKIDAN: (Menyambut) Selamat untukmu, Kastabung. MAKHLUK UNIK: Selamat, Kastabung. MARHEN: (Geram) Membiarkan inflasi bermakna membiarkan kemarahan rakyat. JAKIDAN: Siapa ini Kastabung? KASTABUNG: Ah, itu sampah kotor! Perisik yang akan dibunuh nanti. Usah pedulikan. DIBISI: (Marah) Hei, bongkak! Menolak pendapat ialah satu kecelakaan. Menghina manusia itu satu lagi dosa. Pemimpin yang bijak adalah yang sentiasa membuka fikirannya untuk menerima pendapat semua. KASTABUNG: (Rimas) Ah, tidak perlu itu semua! Aku ada kuasa Kuasaku boleh menghapuskan kamu tau?

SITI: (Mencelah) Kezaliman tidak boleh mewujudkan ketenteraman. Kuasa diktatormu akan melemahkan pentadbiranmu. Manusia gugur satu demi satu. Dunia akan fana. JAKIDAN: (Hairan lagi) Aiii, yang ini pun boleh berkata-kata? Yang ini calon jugakah Kastabung? KASTABUNG: Ya, itu sampah yang akan dibakar! SUARA LATAR: Taliba menghunus senjata kuasa bahaya, tapi sekelibat Siti menendang Taliba. Senjata kuasa bahaya disambarnya pantas. Semua watak panik. (Tergamam) Dibisi dan Marhen gembira kerana mereka menyangka Siti telah menyelamatkan keadaan. SITI: (Kepada MARHEN dan DIBISI) Kamu berdua, duduk berlutut di situ dan angkat tangan di atas kepala. (Diam sejenak) Kamu Kastabung, Jakidan, dan kamu-kamu yang lain duduk berlutut, angkat tangan di atas kepala. MARHEN: Adik, kami ialah kawan adik. SITI: Bila masa pulak aku jadi adik kau..Kamu juga tidak boleh dipercayai. DIBISI: Dik, bersabar dik. Hati-hati dengan senjata tu. SITI: Kita bukan bersaudara. KASTABUNG: Orang-orangku ada di sekeliling gurun ini. Pada saat ini juga mereka telah dapat melihat insiden ini. Senjata-senjata laser sedang mengarahkan muncungnya ke tempat kamu berdiri ini. Tongkatku ini dapat mengesan segala rakaman di sini. SUARA LATAR: Tiba-tibasatu letupan berlaku. Dentuman kuat membingitkan telinga. Letupan bergegaran seperti halilintar. Runtuhun bangunan berterbangan. Asap dan cahaya memenuhi ruang gurun. Semua watak menyembah bumi. Mati. Sunyi. Terdengar suara-suara halus. SUARA INFLAKASTA: Ibu! Ibu! Ibu! SUARA LATAR: Dua orang kanak-kanak (Infla dan Kasta) muncul membawa bungkusan. Mereka hairan melihat mayat-mayat bergelimpangan di situ. Seorang daripadanya ternampak Siti di celah batu. INFLA: Ibu! Ibu! Ibu kita di sini! KASTA: Apa? Ibu di situ?

INFLA: Ibu! Ini kami bawa makanan. Celiklah mata. KASTA: Ibu, janganlah tidur. Bukalah mata tu. Ibu! Ibu! Lihat ini kami bawa makanan! INFLA: (Menangis) Ibu kita mati, dik. Ibu dah tinggalkan kita, dik. KASTA: (Menangis kuat) Ibu! Jangan tinggalkan kami bu! Di manakah kami hendak bermanja lagi ibu? INFLA: Ibu! Hiduplah semula! Kami tidak beritahu ibu kami pergi mencari makanan. Ibu, hiduplah ibu! (Diam sejenak) SITI: Inflakasta! Inflakasta! INFLA / KASTA: (Gembira) Ibu masih hidup? Ibu tidak mati? SITI: (Gembira) Inflakasta! Anak ibu dah balik INFLA / KASTA: Ibu! Ini kami bawa makanan. SITI: Syukur Alhamdulillah. SITI: Inflakasta! Inflakasta! (Meninggi) (Infla dan Kasta tersentak terperanjat) INFLA: Ibu? Mengapa bu? SITI: Anak ibu dengar ya! Cekalkan hatimu. Tabah dan redha ya! KASTA: Mengapa bu? SITI: Setiap yang bernyawa akan mati juga. Tapi yang hidup akan terus membina,membentuk, dan melahirkan kehidupan yang baharu pada masa depan. Pengalaman pahitmu itu akan mendorong kamu berdua untuk menuju kesejahteraan. Biarlah generasi ibu hilang ditelan debu. Inflakasta! Sejahteralah untukmu berdua. SUARA LATAR: Siti rebah dan meninggal dunia. Infla dan Kasta meraung. (Senja) (Kawasan gurun kembali tenang. Semua watak tidak bergerak) SUARA LATAR: Bersyukurlah dengan keamanan yang kita nikmati hari ini. Hargailah jasa dan pengorbanan pemimpin kemerdekaan kita.Tetaplah teguh di hadapan gerbang, pintu Tuhanmu. Tinggalkanlah yang lain dan mohonlah

keselamatan dari dunia yang penuh fitnah ini. Janganlah sempit dadamu. Segala kejadian ialah perkara kecil. Tuhan yang menentukan dan alam berbagai-bagai ragam. Jangan terlalu berdukacita. Apa-apa yang telah ditentukan itulah yang terjadi. Teguhkan hubungan ke langit, pada Tuhan. Teguhkan hubungan di bumi.

( PELAKON BERBARIS DIHADAPAN PENTAS UNTUK MEMBERRI TUNDUK HORMAT ) Pengacara Majlis ( guru @ pelajar ): ..TERIMA KASIHPENTOMIN TADI MERUPAKAN ADAPTASI DENGAN SEDIKIT PENGUBAHSUAIAN DARIPADA DRAMA INFLAKASTA, ANTOLOGI GEMA SEPI GADIS GENIUS, KOMSAS BAHASA MELAYU TINGKATAN 2. TERIMA KASIH..