Anda di halaman 1dari 4

JURNAL REFLEKTIF Alhamdulillah, setelah berhempas pulas berusaha menyempurnakan setiap tugasan, akhirnya membawa hamba kerdil ini

ke tugasan terakhir iaitu jurnal reflektif. Sejujurnya, saya pusing kepala memikirkan tentang bagaimana hendak membuat jurnal reflektif ini pada mulanya. Namun, dengan kemudahan internet di rumah saya yang tidak seberapa mewah ini dan berkat tunjuk ajar daripada rakan-rakan sekuliah, maklumat seakan-akan berada di hujung jari sahaja. Saya tidak semena-mena berupaya menulis ruangan ini yang saya kira tidak kurang hebat juga jika dibandingkan dengan rakan sekuliah saya yang lain. Sepanjang menjalankan tugasan ini, terdapat beberapa isu yang terpaksa saya hadapi sepanjang menjalankan tugasan ini. Ketika melaksanakan aktiviti 1 iaitu proses pencarian maklumat, tidak terdapat sebarang kesulitan kerana proses itu dapat saya kategorikan sebagai benda yang mudah kerana hanya melibatkan penggunaan internet dan pembacaan buku-buku semata-mata. Pada aktiviti 2, iaitu aktiviti sebelum pertandingan, Saya menganjurkan pertandingan permainan tradisional di sekolah rendah iaitu sekolah kebangsaan Sungai-sungai tempat saya mengajar. saya telah merangka satu jadual kerja dan senarai tugas setiap ahli jawatan kuasa. Acara yang bakal kami pertandingan dalam permainan tradisional ini adalah acara bermain wau dan gasing dalam kategori individu. Manakala, bagi kategori berkumpulan pula, kami memilih sepak raga bulatan, galah panjang, dan tating lawi. Penyediaan seperti syarat-syarat pertandingan, pengadil, tempat pertandingan, alatan pertandingan, dan carta pertandingan telah kami sempurnakan dengan jayanya. Namun, kami menghadapi beberapa isu. Saya dan ahli jawatan kuasa yang lain terpaksa bersaing hebat untuk mempromosikan pertandingan permainan tradisional memandangkan terdapat pertandingan-pertandingan lain yang diadakan secara serentak pertandingan Permainan Video dan Koir. Hal demikian menyebabkan kesukaran kami untuk menarik ramai peserta mengambil bahagian dalam acara anjuran kami.Hanya segelintir peserta yang mendaftar. Kebanyakannya terdiri daripada golongan veteran. Spekulasi demi spekulasi muncul dalam akal terhad ini cuba mencari jawapan kepada permasalahan. Sangat ketara permainan tradisional semakin kurang mendapat tempat di hati generasi masa kini melihat kepada sambutan yang

diterima amatlah tidak memberansangkan. Mereka lebih memilih acara-acara moden. putus asa bukan satu pilihan. Pelbagai inisiatif kami lakukan untuk meraih sambutan orang ramai. Tarikh pertandingan telah kami ubah. Yuran pertandingan pula kami rendahkan supaya orang ramai tidak berfikir dua kali untuk mengambil bahagian. Hadiah-hadiah lumayan juga turut kami sediakan untuk menarik lebih ramai peserta. Peserta semakin bertambah tanpa kami sedari. Inisiatif yang dilakukan memang berbaloi. Pada aktiviti 3, iaitu perlaksanaan pertandingan yang saya kira berjalan dengan jayanya tanpa sebarang kesulitan. Pertandingan ini kami jalankan selama dua hari bagi memudahkan pengurusan sesuai dengan ahli jawatankuasa yang terhad. Acara individu berlangsung pada hari pertama pada hari pertandingan bermula. Manakala, acara berkumpulan diadakan pada hari kedua. Sepanjang menjalankan pertandingan tersebut, beberapa persoalan tidak diundang tibatiba mengetuk minda sedar saya. Relevan lagikah permainan tradisional pada hari ini? Patutkah permainan tradisional ini dikekalkan disebabkan oleh perkembangan teknologi sekarang. Sangat mudah untuk berkata tidak untuk seseorang yang sangat jauh meninggalkan warisan turun temurun tersebut. Lain pula jawapannya bagi diri yang membesar di desa ini. Rutin harian saya suatu ketika dahulu adalah bermain permainan tradisional seperti congkak dan galah panjang sebelum dunia berada di era globalisasi. Saya akan berkata ya. Permainan tradisional memang patut dikekalkan. Terdapat pelbagai nilai murni yang dapat diterapkan ketika bermain permainan tradisional dalam kalangan murid-murid iaitu generasi yang bakal meneruskan tampuk pemerintahan negara. Nilai kerjasama secara tidak langsung akan dipupuk dalam diri muridmurid seawal usia lagi apabila bermain permainan tradisional seperti galah panjang dan sepak raga. Dalam permainan ini, setiap individu memerlukan bantuan ahli kumpulan. Mereka terdidik untuk bergantung antara satu sama lain seperti aur dengan tebing. Kerjasama yang kuat akan dapat membawa kemenangan kepada pasukan mereka. Selain itu, percaya atau tidak nilai amanah juga boleh ditanam dalam diri murid-murid ketika bermain permainan tradisional. Dalam permainan sorok-sorok, seseorang harus menutup mata sambil mengira bilangan tertentu sementara individu lain akan menyorok di sesuatu tempat

supaya tidak dijumpai. Dalam hal ini, individu yang menutup mata haruslah bersikap amanah dan tidak mengintai individu yang ingin bersembunyi sebelum kiraan dihabiskan. Jelaslah permainan tradisional membawa aspek positif kepada murid-murid. Sehubungan dengan itu, nilai berkepimpinan juga saya dapati dapat diterapkan. Dalam permainan tradisional, terdapat satu jenis permainan yang dinamakan Berbisik.Permainan tersebut memerlukan seorang ketua. Ketua harus mengurus ahli-ahlinya dan menentukan perkataan-perkataan yang hendak dibisik. Melalui konteks permainan tersebut, sifat kepimpinan dalam diri murid-murid dapat disemat. Golongan berkepimpinan inilah yang bakal memegang negara suatu hari nanti. Jika ditanya bahawa mampukah pihak sekolah mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan komuniti di sekeliling bagi aktiviti senggang mereka, saya secara jujurnya merasakan agak sukar untuk berbuat demikian. Hal ini memerlukan keprihatinan semua pihak. Namun ianya tidak mustahil dapat dilaksanakan. Perkara akar yang perlu ditekankan di sini adalah minat yang mendalam terhadap permainan tradisional. Tidak lain, tidak bukan , minat itu saya amat yakin bermula dari rumah. Manakan dapat sagunya jika tidak dipecahkan ruyung. Ibu bapa harus berusaha memupuk minat untuk bermain permainan tradisional kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi. Pelbagai inisiatif saya percaya boleh dilakukan ibu bapa dalam usaha pemupukan mereka seperti bermain layanglayang atau wau ketika lapang. Congkak juga merupakan permainan mudah yang boleh diajar kepada anak-anak mereka. Ianya tidak mengambil masa yang lama untuk memahami sistem permainan tersebut. Setahu saya, seseorang yang bergelar anak jarang sekali dilibatkan dalam sesuatu tanggungjawab umum seperti usaha mempopularkan permainan tradisional. Dalam konteks memartabatkan permainan tradisional, anak juga memainkan peranan penting dalam usaha tersebut. Persoalannya, apakah tanggungjawab anak? Anak berperanan untuk meraihkan lagi permainan tradisional dalam keluarga mereka. Anak tersebut juga harus bekerjasama dengan ibu bapa mereka untuk mempromosikan permainan tradisional kepada orang awam. Anak-anak boleh menyelitkan serba-sedikit tentang permainan tradisional ketika bersembang dengan rakanrakan. Laman sosial seperti facebook juga boleh anak-anak masa kini gunakan sebagai medan

memperkenalkan lagi permainan tradisional. Cara ini akan dapat membantu mempopularkan permainan tradisional. Guru merupakan ibu bapa kedua murid-murid apabila berada di sekolah. Sekolah juga merupakan medan terbaik untuk mempopularkan permainan tradisional. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Guru-guru sekolah saya cadangkan agar mendidik murid-murid secara perlahan iaitu bermula dari perkara asas dahulu. Memperkenalkan permainan tradisional sebagai mukadimah sudah memadai. Kemudian, berpindah kepada peringkat-peringkat tertentu seperti mengadakan pertandingan permainan tradisional. Alternatif sebegini walaupun nampak seperti bergerak perlahan namun efektif. Perdana Menteri negara juga merupakan orang terpenting dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional. Kuasa yang ada boleh digunakannya untuk menyekat segala rancangan kebaratan di kaca televisyen hari ini dan menggantikannya dengan rancangan untuk memperkenalkan warisan tradisional seperti permainan tradisional. Individu seperti saya sendiri sering menggunakan blog untuk mempromosikan permainan tradisional. Saya akui alternatif ini adalah terhad kepada pembaca yang singgah di laman blog saya sahaja. Namun, individu lain di luar sana boleh menggunakan tenaga mereka untuk mempromosikan kepada kaum kerabat dan jiran-jiran terdekat. Jika setiap individu mahu berbuat demikian, saya percaya bahawa permainan tradisional akan terkenal bukan sahaja dalam negara tetapi luar negara juga. Intihanya, permainan tradisional mempunyai banyak nilai yang boleh diterapkan dalam kalanga pelajar. Usaha untuk mempopularkannya tidak mustahil Berjaya jika semua pihak bekerjasama mempromosikannya. Warisan ini harus dipertahankan kerana ia lambang keunikan negara kita.

Anda mungkin juga menyukai