Anda di halaman 1dari 4

Setiap tahun, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Operasi Ops Sikap telah dilancarkan oleh pihak Polis

Diraja Malaysia (PDRM). Langkah ini dilaksanakan untuk mengawal berlakunya kemalangan jalan raya ketika sambutan perayaan ini. Program ini dilancarkan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengawal jumlah kemalangan jalan raya yang tercatat sepanjang musim perayaan Apakah langkahlangkah yang terbaik yang perlu diamalkan oleh pengguna sendiri untuk mengelakkan kemalangan jalan raya ini berlaku? Langkah yang pertama, pemandu yang hendak memulakan sesuatu perjalanan perlulah berada pada tahap fizikal dan mental yang baik. Oleh itu, pemandu disarankan untuk mendapat rehat yang secukupnya sebelum memandu. Pemandu hendaklah berehat seketika jika berasa letih atau mengantuk ketika memandu. Hal ini demikian, pemandu akan dapat mengawal diri dan kenderaan mereka dengan sempurna dalam usaha mengelakkan kemalangan. Pengguna jalan raya juga disarankan untuk memastikan kenderaan mereka dalam keadaan yang baik dan sempurna .Sebelum memulakan sesuatu perjalanan yang jauh pengguna digalakkan untuk menyelenggara kenderaan mereka. Selain itu, brek, lampu brek, lampu utama dan sebagainya perlulah juga dipastikan dapat berfungsi dengan baik. Semua perkara ini penting dilakukan demi mengelakkan kemalangan jalan raya. Semasa pemandu sedang menggunakan jalan raya, mereka hendaklah sentiasa berhatihati dan peka akan keadaan sekeliling. Pemandu perlulah memandu secara berhemah dan berdisiplin. Sekiranya berlaku keadaan kecemasan, pemandu akan dapat bertindak dengan pantas dan selamat. Bak kata-kata hikmah pandu cermat jiwa selamat Pengguna jalan raya juga hendaklah mematuhi peraturan jalan raya. Sebagai contoh, mematuhi had laju yang ditetapkan, mematuhi lampu isyarat di persimpangan jalan ,sentiasa memakai tali pinggar keledar atau topi keledar. Hal ini penting untuk menjamin keselamatn diri sendiri serta pengguna jalan raya yang lain. Dengan mengamalkan langkah-langkah yang telah dinyatakan, diharapkan kemalangan jalan raya sewaktu musim perayaan dapat dielakkan dan banyak nyawa dapat diselamatkan

Karangan 12 - Pendapat/Fakta - Masalah Disiplin


Tajuk : Masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin meningkat. Nyatakan langkahlangkah yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah tersebut. Masalah disiplin pelajar merujuk perbuatan atau salah laku yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Salah laku yang sering dilakukan oleh pelajar termasuklah ponteng, melawan guru, vandalisme, kekemasan diri, buli dan sebagainya. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah tersebut. Masalah disiplin dalam kalangan pelajar dewasa ini tidak boleh dipandang ringan, malah perlu diberi perhatian yang serius. Institusi keluarga merupakan faktor penting dalam pembentukan disiplin di sekolah kerana di sinilah asas disiplin diperoleh sebelum pelajar menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Ahli keluarga merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Kasih sayang yang mereka peroleh akan menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab sebagai anak dan pelajar. Seterusnya, pihak pentadbir sekolah juga boleh menangani masalah disiplin pelajar dengan cara memperketat pelaksanaan peraturan sekolah, mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang terlibat supaya menjadi teladan kepada pelajar yang lain. Guru-guru juga perlu diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan peraturan sekolah selain tanggungjawab yang dipikul oleh guru disiplin. Persatuan ibu bapa dan Guru (PIBG) juga mesti memainkan peranan untuk menangani masalah disiplin para pelajar. Selain itu, media massa turut memainkan peranan untuk mengatasi masalah disiplin pelajar. Media massa, khususnya televisyen tidak seharusnya terlalu mementingkan keuntungan, sebaliknya harus berperanan membentuk. Mendidik, dan menanamkan kesedaran kepada penonton. Program-program yang bercirikan keganasan dan seks patut dihentikan terus penayangannya kerana dikhuatiri akan mendatangkan kesan negatif kepada pelajar-pelajar. Mata pelajaran Pendidikan Islam. Pendidikan Moral dan Sivik dalam sistem pendidikan adalah sangat penting dalam usaha untuk mengajar dan mendidik pelajar. Pendidikan agama yang kuat akan dapat mengelakkan pelajar daripada melakukan perkara-perkar yang negatif. Nilai-nilai moral akan diperoleh pelajar melalui mata pelajaran Pendidikan Moral dan Sivik. Pendidikan ini membantu pelajar membentuk peribadi mulia dan boleh membuat keputusan berdasarkan nilai moral diri, keluarga dan masyarakat. Kesimpulannya, salah laku dan kemerosotan disiplin pelajar akan berterusan sekiranya pihak yang terlibat enggan berganding bahu untuk mengorak langkah bersama-sama menangani masalah ini. Jika dibiarkan berterusan , keadaan yang sedia ada boleh mengugat perkembangan pelajar dan sistem pendidikan di negara ini. Keperihatinan masyarakat bermaksud memberi kerjasama sepernuhnya kepada pihak berkuasa, khususnya pihak polis dalam menyampaikan maklumat serta membantu melaksanakan peraturan sedia ada.

KEPENTINGAN PERMAINAN TRADISIONAL


PERENGGAN PENDAHULUAN (5 Ayat) [Ayat Rangsangan(AR) Definisi Umum] Permainan tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh generasi pada zaman nenek moyang kita sejak dahulu lagi. [Ayat Contoh (AC)] Antara contoh permainan tradisional yang masih dimainkan kini ialah permainan gasing, wau dan congkak. [AR-Isu] Namun, peredaran zaman yang kian berubah telah menyaksikan bahawa permainan tradisional ini makin dipinggirkan oleh generasi muda kini. [AR Persoalan] Mengapakah hal sedemikian berlaku? Siapakah yang perlu melestarikan permainan tradisional ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas? [Ayat Arahan(AA)] Oleh itu, kepentingan permainan tradisional ini perlu diuar-uarkan kepada rakyat Malaysia agar permainan ini tetap terlestari sampai bila-bila. PERENGGAN ISI 1 Warisan Budaya Malaysia (5 Ayat) [Ayat Topik (AT)] Memang tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional merupakan warisan budaya Malaysia yang tidak ternilai harganya. [Ayat Huraian (AH)Mengapa?] Hal ini adalah kerana permainan tradisional merupakan warisan nenek moyang kita yang melambangkan adat, budaya dan identiti sesuatu bangsa. [AH-Jika] Sekiranya permainan tradisional ini tidak dipertahankan sudah tentu generasi muda tidak mengenali budaya warisan mereka. [AH-Kesan] Impaknya, generasi muda sudah tentu tidak akan mengenali permainan congkak, sepak raga, wau malah mereka begitu berbangga dengan permainan moden yang begitu pesat membanjiri pasaran kini. [Ayat Penyimpul (AP)] Jelaslah, permainan tradisional ini sangat penting kerana permainan ini merupakan warisan turun-temurun yang perlu dilestarikan untuk tatapan generasi akan datang. PERENGGAN ISI 2 Sebagai hiburan (5 Ayat) [AT] Sudah Terang Lagi Bersuluh, permainan tradisional dapat dijadikan sebagai alat hiburan untuk mengisi masa lapang. [AH-Mengapa] Permainan tradisional dapat menghiburkan seseorang kerana permainan ini menyeronokkan dan dimainkan secara berkumpulan. [AC] Sebagai contoh, permainan congkak yang memerlukan dua orang untuk memainkannya dan begitu juga permainan sepak raga yang perlu dimainkan secara berkumpulan. [AH-Kesan] Secara tidak langsung, permainan tradisional ini dapat mengurangkan stress seseorang malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. [AP] Tegasnya, permainan tradisional bukan sahaja dapat menghiburkan seseorang malah mengisi masa lapang dan menyihatkan tubuh badan. PERENGGAN ISI 3 Sebagai Produk Pelancongan (5 Ayat) [AT] Kepentingan seterusnya ialah permainan tradisional dapat dijadikan suatu produk pelancongan yang menguntungkan negara. [AH-Mengapa] Pada kebiasaannya, pelancong luar yang datang ke negara kita ingin melihat keunikan budaya warisan yang terdapat di

Malaysia. [AC] Sebagai contoh, permainan wau ataupun layang-layang yang kini telah mendapat tempat di persada antarabangsa. [AH-Kesan] Secara eksplisitnya, permainan tradisional ini dapat menarik pelancong asing dan berlakunya aliran masuk mata wang asing ke dalam negara. [AP] Izharlah bahawa permainan tradisional membawa signifikan yang ketara dalam sektor pelancongan di Malaysia. PERENGGAN PENUTUP Sebagai hiburan [Rumusan] Sebagai intiha, permainan tradisional banyak memberikan kepentingan kepada rakyat mahupun negara. [Pendapat] Sesungguhnya, permainan ini perlulah dilestarikan untuk dijadikan alat penghubung silaturahim antara generasi dulu dan kini. [Cadangan] Sebagai rakyat Malaysia yang menghargai warisan tradisi seharusnya berganding bahu bagai Aur Dengan Tebing dalam mengekalkan permainan tradisional ini. [Harapan] Walaupun kini permainan moden bagai Cendawan Tumbuh Selepas Hujan telah menguasai jiwa golongan muda namun, permainan tradisional tetap di hati kerana Tak Kenal Maka Tak Cinta.