Anda di halaman 1dari 7

ADA APA DENGAN RAMADHAN?

THE NIGHT OF POWER


A.K.A .
LAILATUL QADAR...

Kesilapan yang sering dilakukan ketika


ramadhan?
ADA APA DENGAN RAMADHAN?

"Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan


atas kamu sekalian puasa, sebagaimana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu
agar kamu sekalian bertaqwa "
( QS Al-Baqarah : 183)

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai


banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bu-
lan yang juga tidak kurang keistimewaannya

KELEBIHAN RAMADHAN
1. Dibelenggu para syaitan dan jin.
‚Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua
syaitan dan jin-jin yang derhaka
(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.

‚Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah


S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai
manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang
agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang
ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan,
bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan
berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan su-
nat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan
itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia
mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan se-
siapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan
maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh
(70) amalan fardhu.‛.
3. Pintu neraka ditutup.

Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam bar-


zakh (alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini.
Sesiapa yang mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal
oleh Malaikat Mungkar dan Nakir. Ada yang berpendapat ia di-
tangguh sehingga lepas Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.

Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:


‚Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu sy-
urga‛.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat ditu-
runkan pada bulan ini. Orang mukmin ditambah rezekinya
seperti makanan yang sedap-sedap semuanya ada di bulan ini.
Orang-orang miskin juga dapat menikmatinya pada bulan ini.

5. Dilepaskan tahanan neraka

Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan


Ramadhan) Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda
(yang ertinya): “Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan
dari neraka setiap siang dan malam bulan Ramadhan, dan se-
mua orang muslim yang berdo’a akan dikabulkan do’anya.‛

6.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah

Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:


Telah datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan. Maka se-
lamat datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa
yang membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya
tetamu yang datang itu.‛ Layanlah tetamu mengikut apa yang dia
suka, misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan
ikan. Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, selu-
ruh ahli rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu
pulang, begitu juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan
disiplin yang ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan
mendapat keampunan.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya:
‚Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan
beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diam-
punkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu‚. (Hadith Sahih –
Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: ‚Sesiapa
yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan beriman dan
mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya diampunkan baginya dosa-
dosanya yang telah lalu‚. (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan qi-
yamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara
wajib, baginda bersabda: ‚Sesiapa yang solat malam di bulan Ramadhan
kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampuni
baginya dosa yang telah lalu.‛

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda: Se-
siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diam-
punkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa
yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan
akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

Rasulullah bersabda ‚Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak mendapat


keampunan‛.

THE NIGHT OF POWER A.K.A LAILATUL


QADAR...

"Sesunguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.


Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu. Malam kemuliaan itu lebih
baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan
malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Ma-
lam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar." (QS al-Qadr [97]:
1-5).

Saudaraku, begitu besar kasih sayang yang diberikan Allah kepada hamba
-Nya. Lihattlah kita, manusia, sebagai hamba-Nya dengan tabiat yang
sering jatuh bangun dalam lumpur dosa. Namun Allah senantiasa men-
gasihi dengan memberi kita kemudahan-kemudahan untuk mensucikan diri
dari karat-karat dosa dan kemaksiatan. Tak bisa dibayangkan, sebesar
apa noda hitam kemaksiatan itu tergores dalam hati, apabila Allah ti-
dak melimpahkan ampunan-Nya yang Maha Luas.

"Apabila umat ini tahu apa yang ada dalam Ramadhan, niscaya mereka
akan mengharapkan hal itu selama satu tahun penuh." (HR Tabrani).

"Barangsiapa yang beribadah pada malam Lailatul Qadr, niscaya diampuni


dosa-dosanya yang sudah lewat. (HR Bukhari dan Muslim)
"Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.
Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemulian itu le-
bih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat
dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala uru-
san. Malam itu penuh dengan kesejahteraan sampai terbit fajr" (Al
Qadr 1-5).

"Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran pada suatu malam yang diber-


kati, dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam
itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah" (Ad Dukhan 3-4).

Beliau bersabda: "Barang siapa melakukan ibadah pada malam kemu-


liaan karena iman dan mencari pahala, maka dosa-dosanya yang telah
lalu akan diampuni".

Karena istrinya Aisyah ra, Rasulullah SAW pernah memberikan wasiat:


"Apabila kamu mendapati malam itu (lailatul qadr), maka bacalah
do'a ini: Allahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'annii. (Ya
Allah, sesungguhnya Engkau maha pengampun, Engkau suka mengampuni,
maka ampunilah aku)" (HR Tarmidzi).

"Ya Allah, tolonglah kami untuk bisa melakukan ibadah pada malam
kemuliaan. Berikan kepada kami berkat kebajikannya. Ampunilah kami.
Terimalah permohonan kami agar Engkau berkenan membebaskan kami se-
mua dari siksa neraka. Sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang maha
mendengar dan yang maha mengabulkan do'a. Semoga shalawat dan salam
sejahtera Allah senantiasa terlimpah bagi hamba dan Rasul-Nya yang
mulia Muhammad SAW".

Rasulullah SAW bersabda: "Perangilah nafsu kamu dengan menahan la-


par dan dahaga, karena pahalanya seperti pahala orang yang berjihad
di jalan Allah dan tidak ada amalan yang disukai di sisi Allah
daripada menahan lapar dan dahaga". Wallahu a'lam.
Kesilapan yang sering dilakukan ketika
ramadhan?
1) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.
Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada haki-
katnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan
solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : "
dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan ber-
istighfar" (Az-Zariyyat : 18)

2) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan


yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa.
Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman
sesorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan menyebabkan
pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

3) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.


Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala ber-
puasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua
solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berje-
maah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya
secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

4) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.


Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika
niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke mas-
jid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan
mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh
Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya
sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

5) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari


dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di peja-
bat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru,
umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan
mengurangkannya di Ramadhan ini.

6) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah


ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang men-
yebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah.
(al-Jami’ as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

7) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur. Ini


adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu
amaran oren’ yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingat-
kan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat
untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada
yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak
dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan
waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-
Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
8) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa men-
jaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita
walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan
aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan
naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala
itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi
dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

9) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan ber-


buka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan
oleh umat Islam.

Nabi SAW telah bersabda :-


"Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin
yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa
orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan
menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin


berbuka berdasarkan hadith.

Kami dari Biro Penerbitan IPIJ ingin


mengucapkan

Semoga dengan sedikit pengetahuan ini da-


pat kita manfaatkan untuk menyemarakkan
lagi semangat kita supaya menambah amalan
mulia di bulan Ramadhan serta mencapai
ketaqwaan melaluinya.