Anda di halaman 1dari 14

[SENI DALAM PENDIDIKAN] HBEF 1403

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA


SEPTEMBER 2011 HBEF 1403

SENI DALAM PENDIDIKAN


NOMBOR MATRIKULASI NOMBOR KAD PENGENALAN NOMBOR TELEFON EMAIL PUSAT PEMBELAJARAN : 770203125382001 : 770203 12 5382 : 014 5640379

: PUTRIAMNAH77@YAHOO.COM : OPEN UNIVERSITY MALAYSIA CAWANGAN TAWAU

PENSYARAH

: EN. ARBIN BIN SETTA

770203125382001 |SEPTEMBER 2011

[SENI DALAM PENDIDIKAN] HBEF 1403 1.0 PENDAHULUAN

Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada hubung jalin antara kemahiran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Kemahiran-kemahiran yang dititik beratkan menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid peluang untuk menjalankan aktiviti secara meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa pancaindera mereka. Melalui aktiviti-aktiviti ini diharapkan murid-murid akan dapat menggunakan kemahiran yang diperoleh daripada hubung jalin kemahiran seni visual, seni muzik dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

Pengajaran dan pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan pergerakan serta konsep Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak

Konsep pengajaran dan pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ini juga akan memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.

Kemahiran yang diperoleh ini juga dapat menyedarkan tentang kepentingan deria yang dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat di sekelilingnya. Dengan menggunakan deria, murid-murid akan dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual, pendidikan muzik dan pergerakan.

770203125382001 |SEPTEMBER 2011

[SENI DALAM PENDIDIKAN] HBEF 1403 2.0 PENDIDIKAN SENI VISUAL

Pada masa ini Pendidikan Seni Visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran kerana subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran guru, Pendidikan Seni Visual menjadi asas alat bantu mengajar yang baik melalui penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni,dan reka bentuk maujud yang cantik. Di kalangan murid-murid, Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insan yang celik dalam kemahiran seni dan berbudaya.

Ditinjau matlamat PSV ialah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, inovatif dan inventif. Oleh yang demikian, fokus dalam kandungan kurikulum juga harus menuju ke arah itu. Ditinjau dalam keadaan semasa, keperluan Seni Visual lebih menjurus kepada 'mencipta' sesuatu keperluan manusia kini. Adalah baik penumpuan kurikulum yang berbentuk trasformasi ini mengwujudkan proses 'pencipta kreatif' misalnya mencipta model-model alat keperluan harian, kereta dan lain-lain. Disamping itu keperluan Komunikasi Visual juga merupakan sangat-sangat menjadi keperluan kini melalui media-media digital yang semakin 'deras' perkembangannya. Oleh itu, penjurusan penciptaan melalui aktiviti-aktiviti dalam P&P, PSV perlu ditekankan disamping mengekalkan persoalan estetik, artistik dalam seni tersebut.

Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid memupuk minat, memperkembang keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain. Murid di sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan Seni Visual memainkan peranan memperkembang sifat-sifat ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. Pengalaman ini penting kerana ia membantu murid membina keyakinan diri, membuat penilaian dan mengenali cita rasanya sendiri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu dalam mata pelajaran ini dan antara mata pelajaran lain. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dengan aktiviti kemahiran befikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Murid digalakkan menyimpan rekod pengalaman pembelajaran dan hasil kerja sendiri. Amalan ini akan melatih murid membuat analisis, sintesis dan refleksi terhadap pembelajarannya untuk faedah sendiri.

770203125382001 |SEPTEMBER 2011

[SENI DALAM PENDIDIKAN] HBEF 1403 Terdapat empat bidang dalam kegiatan Pendidikan Seni Visual iaitu: 2.1 2.2 2.3 2.4 Menggambar Membuat Corak dan Rekaan Membentuk dan Membuat Binaan Mengenal Kraf Tradisional

2.1 MENGGAMBAR

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran serta kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan membuat gambar dengan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Antara kegiatan dalam bidang ini ialah:

a) b) c) d) e) f) g)

Lukisan Kolaj Cetakan Gosokan Percikan Capan Poster

h) i) j) k) l) m)

Catan Montaj Resis Stensilan Gurisan Mozek

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri. Kegiatan menggambar merangkumi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat, bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar akan memperkenalkan pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran melalui pemerhatian alam persekitaran menjadi fokus kegiatan menggambar. Kegiatan ini dapat memperkembangkan persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya. Ini akan membolehkan murid menyelaras apa yang dilihat dan dialami dengan apa yang dilakukan melalui gubahan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

2.2 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada
770203125382001 |SEPTEMBER 2011 4

[SENI DALAM PENDIDIKAN] HBEF 1403 mana mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

2.2.1 Corak tidak terancang secara: a) b) c) d) e) Pualaman Tiupan Titisan Ikatan dan celupan Renjisan dan percikan

2.2.2 Corak terancang secara: a) b) c) d) e) f) g) h) Lukisan Catan Cetakan Capan Lipatan dan guntingan Resis Kolaj Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.

2.3 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses

770203125382001 |SEPTEMBER 2011

[SENI DALAM PENDIDIKAN] HBEF 1403 penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:

a) b) c) d) e)

Arca timbul Mobail Model Boneka Origami

f) g) h) i)

Asemblaj Stabail Diorama Topeng

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

2.4 MENGENAL KRAF TRADISIONAL

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

a) b) c) d) e)

Alat domestik Alat pertahanan diri Batik Ukiran Anyaman

f) g) h) i) j)

Alat permainan Perhiasan diri (ornamen) Tekat Tenunan Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

770203125382001 |SEPTEMBER 2011

[SENI DALAM PENDIDIKAN] HBEF 1403 3.0 PENDIDIKAN MUZIK

Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, disamping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni.

Pendidikan muzik ini melihat perkembangan diri murid dari sudut penghayatan estetik dalam seni muzik. Mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada peranannya memperkembangkan domain efektif murid khususnya dalam bidang kesenian. Selaras dengan itu, sukatan pelajaran ini digubal untuk membimbing murid ke arah menghayati dan menikmati muzik secara intelektual. Terdapat beberapa aspek yang ditekankan dalam pendidikan muzik iaitu:

3.1 3.2 3.3 3.4

Persepsi Estetik Pengalaman Muzikal Ekspresi Kreatif Penghargaan Estetik

3.1

PERSEPSI ESTETIK

Dalam aspek ini, murid mengetahui dan memahami konsep bagi unsur-unsur asas dalam muzik dan selanjutnya berkebolehan membaca, menulis dan menganalisis muzik. Untuk mencapai tujuan itu murid mendengar, mengajuk, merasa, memberi respon, membuat lakonan, menyanyi, memainkan alat muzik, membaca dan menulis. Antara konsep-konsep yang diberi penekanan:

a) b)

Irama Ekspresi

c) d)

Melodi Sistem Notasi

770203125382001 |SEPTEMBER 2011

[SENI DALAM PENDIDIKAN] HBEF 1403 3.2 PENGALAMAN MUZIKAL

Pengetahuan dan kemahiran asas dalam nyanyian dan permainan alat muzik. Dalam aspek ini murid melibatkan diri dalam aktiviti nyanyian dan permainan alat muzik. Murid membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik mengikut teknik yang betul secara amali. Pengalaman muzikal boleh diperoleh melalui:

a)

Pengetahuan teknik

b)

Pengalaman muzik

3.3

EKSPRESI KREATIF

Menyatakan persepsi, perasaan dan idea kreatif. Dalam aspek ini murid meluahkan fikiran dan perasaan kreatif melalui aktiviti meneroka, mengimprovisasi dan membuat ciptaan berasaskan bunyi. Murid memilih, mengubah, memodifikasi, mengadaptasi, menyusun atur dan membentuk bahan muzik. Aktiviti-aktiviti ini dihasilkan melalui

a) c)

Penerokaan Reka Cipta

b)

Improvisasi

3.4

PENGHARGAAN ESTETIK

Memberi pendapat terhadap hasil karya dan persembahan muzik masyarakat Malaysia dan menyatakan budaya yang berkaitan dengannya secara lisan dan bertulis. Dalam aspek ini murid menghayati dan meletak nilai terhadap bahan muzik dan persembahan. Murid mendengar, merasa, mengecam, mengenalpasti, membanding beza, mengklasifikasi, menganalisis, menghuraikan, berkongsi pandangan dan berbincang secara lisan dan bertulis.

a)

Nyanyian

b)

Muzik instrumental

770203125382001 |SEPTEMBER 2011

[SENI DALAM PENDIDIKAN] HBEF 1403 4.0 SENI PERGERAKAN

Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif. Mereka lari untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Aktiviti bagi mereka adalah intisari penghidupan. Dauer dan Prangrazi (1983), telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu:

a) b) c) d) e) f) g) h) i)

Keinginan untuk bergerak. Keinginan untuk berjaya dan diperkenankan. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya dan hidup bermasyarakat. Keinginan untuk bersaing. Keinginan untuk memperoleh kecergasan fizikal dan daya penarik. Keinginan untuk mengembara. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti. Keinginan untuk mengetahui.

Keinginan-keinginan pada peringkat awal ini harus ditumpukan kepada pergerakan-pergerakan kreatif yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi dan mental serta rohani dan sosial. Pendidikan Pergerakan Moden, Pendidikan Pergerakan, Pergerakan Pendidikan Berirama, Drama Kreatif dan Pergerakan Kreatif adalah di antara istilah-istilah yang kerap digunakan dan kadangkala penggunaannya silih berganti antara satu sama lain. Namun maksudnya menjurus ke arah yang hampir sama iaitu penggunaan pergerakan tubuh badan, irama dan daya kreatif sebagai media oleh kanak-kanak untuk melahirkan daya ekspresi.

Pendidikan pergerakan atau pergerakan kreatif mempunyai beberapa ciri seperti berikut:

a) Penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan daya usaha, bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagai asas perancangan kandungan

b) Tumpuan kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifat semulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalaman-pengalaman dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-

770203125382001 |SEPTEMBER 2011

[SENI DALAM PENDIDIKAN] HBEF 1403 kanak mengesan potensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannya sebagai alat perhubungan

c) Tumpuan kepada pengalaman gerak tari sebagai aktiviti yang menyeronokkan, sihat dan mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental, fizikal dan persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segala perasaan dalaman yang terpendam melalui perantaraan pergerakan. Ia melambangkan aktiviti yang menyentuh jiwa kanak-kanak . d) Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti kanak-kanak secara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung dengan faktor ini. Perkembangan personaliti individu memberi kesan terhadap nilai diri yang merangkumi aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadi penggalak kepada pengembangan personaliti dengan menyakinkan ketiga-tiga aspek tersebut untuk memberi berbagai kemungkinan seperti merangsang daya imaginasi dan mencabar intelek.

e) Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi mengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cuba mengekalkan hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya

f) Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi, menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-bahagian tubuh, pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalam terhadap hubungan perceptual dan peluang-peluang untuk meningkatkan kekuatan fizikal, daya ketahanan serta fleksibiliti .

Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikan peluang-peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan potensi ereka dengan membangkitkan perkembangan imej kendiri yang positif, dengan menggerakkan keinginan dalaman yang semulajadi untuk bergerak, dengan meningkatkan keupayaan kanakkanak untuk berfikir secara kreatif melalui penyelesaian masalah, dengan memupuk interaksi sosial yang positif, dengan membekalkan pengalaman-pengalaman yang boleh membantu kanak-kanak meneroka dan mengembangkan kebolehan-kebolehan fizikal dan kinestatik mereka, dan menyuburkan pengalamanpengalaman estetika.
770203125382001 |SEPTEMBER 2011 10

[SENI DALAM PENDIDIKAN] HBEF 1403 Untuk melaksanakan aktiviti ini, guru-guru tidak memerlukan latihan dan kepakaran yang tinggi. Apa yang diperlukan ialah semangat yang cekal, keberanian dan sikap positif serta inisiatif dalam pengajaran kreatif. Peranan guru ialah membimbing murid-murid meneroka, mencuba dan menemui cara bergerak yang dapat dijadikan sebagai perantaraan untuk pernyataan kendiri. Selepas itu guru-guru menerima gerakbalas berdasarkan pergerakan murid sebagai perkembangan semulajadi mereka.

770203125382001 |SEPTEMBER 2011

11

[SENI DALAM PENDIDIKAN] HBEF 1403 5.0 SENI DALAM PENDIDIKAN

Penghubungkaitan dan pautan di dalam mata pelajaran ini boleh disamakan dengan program-program antara disiplin-disiplin yang terdapat di dalam mata pelajaran yang lain. Ia boleh dilakukan dengan beberapa cara seperti :

1. Menghubungkait pengetahuan dalam pelbagai mata pelajaran. Proses penghubungkaitan pengetahuan dalam pelbagai mata pelajaran adalah berfokuskan kepada matlamat terakhirnya. Untuk itu proses ini akan berbentuk satu lingkaran atau bulatan dan antara setiap mata pelajaran itu saling berkait untuk mencapai satu matlamat

2. Menghubungkait kemahiran dalam pelbagai mata pelajaran. Dengan adanya penghubungkaitan kemahiran dalam pelbagai mata pelajaran akan dapat mengubung kait sesuatu yang dipelajari dengan keadaan kehidupan yang sebenar.

Penghubungkaitan ini berperanan sebagai satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menyelitkan unsur-unsur sosial agar dapat membentuk supaya setiap insan itu akan terus dihormati; menggalakkan sikap kepimpinan yang terpuji, berinisiatif dalam menjalankan tugasan yang diberi oleh guru dan bersikap inovasi dalam melaksanakan satu-satu aktiviti dan kemahiran serta dapat merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan dari segala sudut baik akademik mahu pun kokurikulum. Ia secara tidak langsung akan mengaitkan mata pelajaran seperti sejarah, sains dan teknologi, kajian sosial, bahasa danfizikal dan pembangunan sosial, meletakkan keseluruhan kurikulum kedalam konteks kehidupan yang sebenar. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walau pun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan.

Untuk mencapai matlamat ini, guru perlulah merancang topik, objektif, isi, cara penyampaian dan penilaian yang bersesuaian dengan kebolehan sedia ada serta minat. Selain itu guru berperanan memberi motivasi kepada pelajar. Pelajar adalah digalakkan untuk melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam segala aktiviti yang diadakan di sekolah tanpa ada sebarang pengecualian. Dengan melibatkan diri secara aktif ianya secara tidak langsung dpat mempertingkatkan konsep kendiri iaitu dapat membuat penilaian, pandangan, tanggapan dan kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

Pengukuhan merupakan satu cara guru untuk merangsang minda pelajar supaya akan menyebabkan
770203125382001 |SEPTEMBER 2011 12

[SENI DALAM PENDIDIKAN] HBEF 1403 pembelajaran pelajar meningkat maju atau terdapat peningkatan dalam tingkahlaku yang positif. Penyampaian pengukuhan ini juga dapat membentuk pelajar memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu menarik dan mencabar mereka.

770203125382001 |SEPTEMBER 2011

13

[SENI DALAM PENDIDIKAN] HBEF 1403 6.0

770203125382001 |SEPTEMBER 2011

14