Anda di halaman 1dari 3

Diari Konsep

TEMA 1 – Sistem Bumi

Bab 1 :

Konsep/Huraian

1. Sistem Alam Sekitar Fizikal:

Ditakrifkan sebagai satu set angkubah atau unsur-unsur yang saling bertindak
antara satu sama lain, mempunyai tenaga dan bahan yang dapat masuk dan keluar dari
sistem tersebut. Contoh; Sistem hutan semulajadi di mana inputnya terdiri
daripada tenaga suria, karbon dioksida dan air yang datang dari atmosfera.
Outputnya pula seperti wap air yang dibebaskan melalui proses respirasi dan
oksigen dibebaskan melalui proses fotosintesis.

2. Sistem Atmosfera:

Mengkaji saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu,
hujan, tekanan udara kelembapan udara, tiupan angin yang berlaku di ruang
atmosfera.

3. Sistem Geomorfologi:

Mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan
bumi sama ada yang makro atau yang mikro.

4. Sistem Hidrologi:

Kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera, termasuklah
pelbagai kerpasan , air permukaan seperti sungai, tasik, kolam dan juga air bawah
tanah.

5. Sistem Ekologi:
Mengkaji habitat fauna dan flora yang dibahagikan kepada ekosistem yang
berantaian antara satu sama lain seperti ekosistem muara, ekosistem akuatik dan
ekosistem hutan.

Bab 2 :

Konsep/Huraian

1. Sistem Suria:
Satu sistem yang terdapat dalam galaksi Bima sakti yang terdiri daripada
planet-planet dan bintang-bintang yang mengelilingi matahari mengikut orbit
masing-masing. Sistem suria terdiri daripada 8 buah planet setelah Pluto di
singkirkan (tidak memenuhi kreteria sebuah planet mengikut Kesatuan Astronomi
Antarabangsa).

2. Nebula atau Galaksi:

Merupakan kelompok besar bintang, gas dan habuk. Galaksi kita dikenali
sebagai Bima Sakti/Milky Way yang mengandungi sehingga 100 bilion bintang.
Bab 3:

Konsep/Huraian

1. Tenaga:

Satu daya atau kemampuan untuk mengoperasikan kerja atau menghasilkan


sesuatu. Tenaga terdapat dalam pelbagai bentuk seperti tenaga haba, tenaga
kenetik, tenaga potensi, tenaga kimia, dan juga tenaga elektrik.

2. Tenaga Endogenik:

Tenaga dalaman yang berpunca dari perut bumi seperti tenaga graviti,
radiogenik dan juga tenaga haba.

3. Tenaga Eksogenik:

Tenaga yang berpunca dari luar bumi iaitu dari matahari (hasil tindakbalas
nukleus:- atom-atom hidrogen berpadu membentuk helium) yang diterima bumi dalam
bentuk bahangan yang kemudiannya ditukar kepada tenaga haba.

4. Tenaga potensi: Tenaga keupayaan yang dimilki dan disimpan dalam sesuatu
jasad kerana kedudukan dan keadaannya. Contoh; air sungai – semakin banyak isupadu
air sungai semakin besar tenaga potensinya.

5. Tenaga kinetik:

Terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad. Bergantung kepada halaju


pergerakan. Semakin laju pergerakan sesuatu jasad semakin tinggi tenaga kinetik
yang terhasil.

6. Tenaga Graviti:

Tenaga yang dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jisim dari atas ke
bawah. Ia bergantung kepada saiz jisim dan ketinggian jisim itu.

7. Tenaga Haba:

Tenaga kepanasan sesuatu jisim yang diukur dalm unit darjah celsius.
Terbahagi dua iaitu:
Tenaga haba rasa iaitu tenaga haba yang terkena sesuatu permukaan sehingga
permukaan tersebut menjadi panas.
Tenaga haba pendam iaitu tenaga yang terkandung dalam sesuatu jisim sehingga
dibebaskan.

8. Sinaran suria:

Merujuk kepada bahangan matahari yang diterima bumi dalam bentuk gelombang pendek
(0.48 mikron)

9. Sinaran bumi: Dikenali sebagai bahangan teresterial yang dibebaskan ke


atmosfera dalam bentuk gelombang panjang (10 mikron).

10. Afelion:

Kedudukan Bumi paling jauh dari Matahari 152 juta km.


11. Perihelion:

Kedudukan Bumi paling hampir dengan matahari 147 juta km.

12. Hukum Boyle:

Apabila suhu tinggi tekanan udara menjadi rendah. Angin akan bertiup dari
kawasan tekanan tinggi ke kawasan tekanan rendah.

Anda mungkin juga menyukai